Pendahuluan
Hukum bermain atau terlibat dengan perjudian adalah “haram” di sisi agama Islam. Bahkan para ulamak mengklasifikasikan jenis haram ini adalah haram secara qat’ie. Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah, ayat 90.
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras, berjudi, (bekorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung”.Ayat di atas merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa pertaruhan dan judi merupakan perkara yang dilarang secara qati’e menurut syarak. Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah mengharamkan pertaruhan dan judi berdasarkan firman-Nya :
“Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu”
Selain dalil Al-Quran di atas para ulamak juga bersepakat tentang hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w serta ijmak ulamak. Ia adalah perkara usul yang melibatkan aqidah serta pegangan kita selaku umat Islam. Berdasarkan dalil ini, mereka yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan sengaja adalah terkeluar daripada agama Islam.
Menghalalkan Apa Yang Diharamkan Oleh Allah
Perkara pertama yang perlu diketahui dan dipegang ialah, manusia sama sekali tidak berhak meminda mana-mana hukum Allah SWT.
Allah SWT berfirman
Maksudnya : Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan (Surah at Taubah : 31)Seorang sahabat Nabi SAW, ‘Adiy bin Hatim telah datang berjumpa Baginda SAW (beliau adalah penganut agama Nasrani sebelum Islam). Ketika mana beliau mendengar Nabi SAW membacakan ayat 31 Surah at Taubah tersebut, beliau berkata :
“Wahai Rasulullah, mereka bukanlah menyembah benda-benda (cendekiawan dan ahli ugama) tersebut” Lalu Baginda SAW menjelaskanSepertimana yang telah disebutkan, mereka yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT dengan sengaja, adalah terkeluar daripada agama Islam. (sumber : Kitab Syarah Showi Ala Jauharah Tauhid, Syeikh Ahmad bin Muhammad al Maliki, cetakan ke 4, Darul Fikr Damsyik, tahqiq Dr Abdul Fattah Bazzam, hal. 423)
“Benar apa yang kamu katakan. Sesungguhnya mereka telah mengharamkan apa yang dihalalkan ke atas mereka, dan mereka juga menghalalkan apa yang diharamkan, lalu mereka mengikut sahaja syariat sesat tersebut. Maka perbuatan ini dikira penyembahan terhadap benda-benda tersebut”
(sumber : Kitab al Halal Wal Haram, Dr Yusof al Qaradhawi, cetakan Maktabah Wahbah)
Wujudnya Golongan Ulama Yang Bisu
Masalah yang kedua yang muncul daripada isu judi ini ialah, wujudnya golongan ulama’ yang bisu untuk menyatakan kebenaran. Allah SWT melabelkan “laknat” kepada orang yang bisu menyatakan kebenaran atau mereka yang menyembunyikan ilmu. Firman Allah SWT, Surah al Baqarah, ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."Ayat ini telah diturunkan kepada orang Yahudi, yang telah menyembunyikan hukuman rejam, dan kenabian Nabi Muhammad SAW, sedangkan ianya telah disebutkan di dalam kitab Taurat yang mereka pelajari.
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, Walaupun ayat ini diturunkan kepada kaum Yahudi, tetapi maksudnya merangkumi semua manusia hatta Umat Nabi Muhammad SAW (penggunaan lafaz yang umum). Ia bermaksud, mereka yang menyembunyikan kebenaran, hukum syariat, ilmu yang bermanfaat, pandangan yang benar, yang sesuai untuk semua dan sebagainya.sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, Maksud Kitab Suci di sini adalah mana-mana kitab yang telah diturunkan oleh Allah SWT. Orang Yahudi menyembunyikan kebenaran di dalam Kitab Taurat, Nasrani menyembunyikan kebenaran di dalam Injil, dan begitu juga mereka yang menyembunyikan kebenaran di dalam al Quran. Mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Golongan ini telah di”anugerah”kan laknat daripada Allah SWT. Dan hukum melaknat orang yang melakukan menyembunyikan kebenaran adalah diharuskan, sepertimana di akhir ayat 159, Surah al Baqarah ini, sehinggalah mereka bertaubat. (sumber : Tafsir al Munir, Dr Wahbah az Zuhaili, cetakan 9, Darul Fikr Damsyik, jilid 1, hal. 407-419)
Munculnya Golongan Yang Menyokong Kebatilan
Sepertimana yang telah disebutkan, di dalam Surah at Taubah, ayat 31, Allah SWT telah menyifatkan tentang dua golongan, mereka ialah:
1. Kaum Yahudi, yang telah memberikan hak menghalal atau mengharamkan kepada pendeta-pendeta mereka.
2. Kaum Nasrani, yang telah mengubah hukum Allah yang tercatat di dalam Injil
Di dalam riwayat lain (riwayat pertama telah disebutkan sebelum ini) Ketika Adiy bin Abi Hatim bertanya kepada Rasulullah setelah mendengar Baginda SAW membacakan ayat 31, Surah at Taubah, Rasulullah SAW menjawab :
Mereka telah mengharamkan apa yang telah dihalalkan, dan mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan, lalu mereka “beriman” dengan mereka (pendeta), maka (pendeta) itulah sembahan mereka. Nabi SAW menyifatkan tentang kaum Yahudi yang menyokong pendeta-pendeta mereka yang telah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, dan mereka turut menyokong pendeta-pendeta mereka yang telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, maka Nabi SAW mengatakan bahawa “mereka ini telah menjadikan pendeta mereka sebagai sembahan!”Jelas di sini menunjukkan bahawa Kaum Yahudi telah menyokong kebatilan yang telah dibawa oleh pimpinan mereka, walaupun pimpinan mereka telah menghalalkan apa yang Allah haramkan. Nabi SAW menyifatkan golongan angguk ini sebagai “menyembah pimpinan mereka”. (sumber : Tafsir al Munir, Dr Wahbah az Zuhaili, cetakan 9, Darul Fikr Damsyik, jilid 5, hal. 543)
Kesimpulan
Jelas di sini bahawa perangai orang Yahudi dan Nasrani telah menyerap masuk ke dalam diri umat akhir zaman. Ramai yang menentang Israel Laknatullah, tetapi masih ramai yang berfikiran seperti Yahudi dan Israel, sedangkan mereka tidak sedar.
Ketiga-tiga perkara yang disebutkan di sini adalah warisan Yahudi dan Nasrani yang sedang mengalir masuk ke dalam diri umat akhir zaman. Benarlah sepertimana sabda Baginda SAW :
Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman.
Sumber: http://dupahang.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan