Para Ulama' telah bersepakat mengatakan solat fardu yang sedang kita lakukan itu boleh diberhentikan dengan sebab darurat ataupun dengan keuzuran Syara'
Yang mewajibkan memberhentikan Solat:
1. Solat yang sedang kita lakukan itu bolehlah diberhentikan sekirannya berlaku kecemasan seperti mahu menolong orang yang sedang dalam bahaya walaupun orang itu tidak menjerit meminta pertolongan kepada kita seperti melihat seseorang yang sedang diserang binatang buas, seseorang yang sedang dizalimi atau orang yang sedang lemas di dalam air.
2.Solat boleh diberhentikan jika kita melihat seseorang yang buta sedang menuju ke tempat yang merbahaya seperti ke sungai, peigi atau jalan raya.
3. Solat boleh diberhentikan jika kita melihat anak kecil yang mahu mencapai sesuatu yang merbahaya seperti pisau, air panas dan segala perkara yang boleh membahayakan anak yang kecil.
4. Solat boleh diberhentikan jika kita melihat kebakaran unutk menyelamatkan harta benda ataupun bimbang api yang kecil akan merebak menjadi besar jika tidak dipadamkan dengan segera.
5. Solat boleh diberhentikan jika kita melihat binatang ternakan mahu diserang oleh binatang Buas
Yang mengharuskan memberhentikan Solat
1. Solat boleh diberhentikan jika mahu menyahut panggilan ibubapa sedang orang tuanya tidak mengetahui bahawa anaknya sedanng solat dan ini hanya untuk solat sunat sahaja adapun jika sedang solat wajib/fardu maka tidaklah wajib ia menyahutnya kecuali jika ada kemudaratan/ kecemasan dan ini telah disepakati oleh para ulama'
2. Solat kita boleh diberhentikan jika berlakunya kecurian barang walaupun barang yang dicuri itu bukanlah miliknya dan barang itu mestilah bernilai satu dirham atau lebih.
3. Solat kita boleh diberhentikan jika tidak dapat menahan lagi rasa hendak membuang air kecil atau air besar walaupun ia akan kehilangan pahala solat berjamaah.
4. Solat juga boleh diberhentikan jika seseorang itu teringatkan akan masakannya yang tertinggal di atas dapur dan jika dibiarkan ia akan menjadi hangus.
5. Sembahyang boleh diberhentikan jika kita mahu membunuh binatang yang merbahaya atau berbisa dan perbuatan ini memerlukan gerakan yang banyak. jika dengan sekali pijak binatangini sudah mati maka tidaklah perlu ia memberhentikan sembahyangnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan