Isnin, Januari 31, 2011

Memahami Qada dan Qadar

Ramai yang kurang pasti sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan qada' dan qadar Allah. Akan tetapi apabila ditanya mereka cuba tetap menjawabnya, walaupun jawapan yang diberi adalah tidak tepat, malahan salah sama sekali.

Sebenarnya sebelum memahami qada' dan qadar Allah ini, kita semestinya memahami terlebih dahulu sifat Allah yang bertaalluq. Iaitu sebanyak 6 sifat semuanya. Akan tetapi apabila hendak dibincangkan keenam-enam sifat itu akan terlalu panjang pula huraiannya.

Ini kerana ia akan melibatkan pemahaman jenis masa taalluq, kemana ditaalluq dan jugak bagaimana pula keadaan taalluq sifat Allah tersebut. Jadi memadai sedikit huraian yang akan saya berikan. Jadi seiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut, sila-silalah cari guru agama untuk belajar. (Buat apa nak malu)

Ramai memperkatakan apabila disebut qada' dan qadar, taqdir manusia itu telah ditentukan. Jadi awak tidak perlu bimbang akan sesuatu. Fahaman sedemikian adalah meleset, kerana taqdir yang telah ditentukan sepenuhnya adalah untuk haiwan dan seluruh alam melainkan manusia. Timbul pula persoalan bagaimana Allah menulis di Lauh Mahfuz tentang kehidupan manusia semenjak hidupnya sehingga matinya.

Jalan yang paling mudah untuk saya terangkan adalah, Allah Taala bersifat dengan sifat Ilmu iaitu (maha mengetahui). Allah taala menulis di Lauh Mahfuz adalah berdasarkan kepada ilmunya yang maha hebat. Timbul persoalan bagi mereka yang jahil, bagaimana Allah boleh mengetahui sebelum perkara itu berlaku. Mudah bagi soalan ini, ramai manusia percaya kepada tok bomoh ramalan, sedangkan ramalan mereka hanyalah ramalan semata-mata, bagaimanapula dengan Allah? Sudah tentu Allah lagi maha hebat.

Namun begitu ada perkara-perkara yang diluar batasan manusia yang Allah telah tentukannya, seperti dilahirkan menjadi lelaki atau perempuan, dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan sebagainya selagi ia diluar kawalan manusia.

Dari qisah Umar bin Al-Khattab R.A. Pada suatu hari, ada seorang pencuri telah ditangkap oleh penguatkuasa, ditanya oleh S.Umar. Mengapa kamu mencuri? Jawab pencuri tersebut. Ini semua telah ditaqdirkan. S.Umar amat marah lalu mengenakan hukuman yang amat berat Hudud dan ta'zir. Ditanya orang mengapa S.Umar melakukan demikian. Jawab S.Umar, Dia itu telah menipu dengan menggunakan nama Allah.

Demikian juga kisah Abu Lahab yang telah dilaknat oleh Allah dalam surah Al-Masad. Bukanlah Allah menetapkan taqdirnya kedalam neraka. Tetapi ilmu Allah yang tinggi dapat memberitahu kepada nabi perihal Abu Lahab.

Sumber: http://ustazzack.blogspot.com/

Tiada ulasan: