Isnin, September 06, 2010

Busana Muslimah

Banyak majalah-majalah bacaan para wanita pada hari ini mempamerkan busana muslimah dengan fesyen terkini. Memang cantik dan hebat corak rekaannya. Memang tampak bergaya dan menjadi tarikan orang sipemakainya.

Berbagai corak rekaan jubah atau gaun panjang dengan pelbagai warna yang menarik. Persoalannya,apakah corak busana muslimah pada hari ini selari dengan apa yang digariskan oleh agama Islam?.

Islam menggariskan pakaian atau busana muslimah adalah yang longgar dan tidak jarang/transparent. Apakah pakaian yang longgar itu? Pakaian yangtidak mengikut bentuk badan seseorang wanita. Pakaian yang ketat hingga melekat pada tubuh badan sehingga orang yang melihat boleh tahu shape tubuh badan adalah haram. Yang layak untuk melihat bentuk tubuh badan seseorang wanita itu adalah suaminya yang halal baginya.

Pakaian yang jarang pula bermaksud pakaian yang nipis hingga menampakkan susuk tubuh seseorang wanita itu dari luar. Banyak busana pada hari ini samada jubah atau baju kurung yang nipis hingga boleh menampakkan betis dan aurat-aurat yang lain, ini adalah haram.

Pakaian yang terang dan berwarna-warni juga tidak diperbolehkan dalam Islam. Cuba lihat busana muslimah pada hari ini, kebanyakannya adalah bercorak dengan warna-warni yang menarik dan terang seperti gabungan warna merah,kuning dan sebagainya. Warna pakaian yang terang menyebabkan orang yang bukan muhrim tertarik untuk memandang kearahnya dua kali. Di sini sudah berlaku zina mata.

Islam telah menggariskan bahawa aurat seseorang wanita kepada orang luar adalah seluruh tubuh badan kecuali wajahnya dan tapak tangannya. Daripada situ, kita boleh faham dengan jelas apa yang boleh kita pakai dan apa yang tidak boleh kita pakai. Jika kita renung kembali panduan berpakaian dalam Islam ini, kita akan sedar betapa Tuhan menjaga aurat,maruah dan darjat seorang wanita dalam Islam.

Sumber: http://ms.shvoong.com/

Tiada ulasan: