Menjadi satu kewajiban atas sekalian umat Islam beriman dengan semua kitab yang diturunkan Allah kepada para rasul-Nya, termasuklah Injil. Sehubungan dengan ini Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 136 yang bermaksud, “Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan ke atas Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan keturunannya. Dan kami juga beriman kepada apa yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa yang diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membezakan seorang dengan seorang yang lain dari kalangan mereka. Dan kami tunduk kepada Allah.”
Meskipun begitu, persoalan yang sering timbul ialah, adakah Bible yang ada pada hari ini masih asli dan sama seperti Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa? Bab-bab ataupun surah yang terdapat di dalam Bible disebut di dalam bahasa Inggeris sebagai ‘book’ atau ‘buku.’ Berdasarkan pengamatan teliti yang dilakukan, Bible ialah himpunan 66 surah atau buku, 39 daripadanya dikenali sebagai kitab Perjanjian Lama atau Old Testament. Sementara 27 surah yang lain dikenali sebagai kitab Perjanjian Baru atau New Testament. Kitab Perjanjian Lama mengandungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan kebijaksanaan di samping satu bab yang dipenuhi ramalan-ramalan berhubung perkara yang akan datang.
Kitab Perjanjian Baru pula mengandungi kisah-kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh-tokoh agama Kristian seperti Matthew, Mark, Luke dan John. Tulisan-tulisan ini dikenali sebagai Gospels. Di samping itu, kitab Perjanjian Baru juga mengandungi surah atau buku The Acts yang mengisahkan tentang keadaan agama Kristian di peringkat awal kewujudannya, surat-surat yang ditulis oleh St. Paul dan tokoh-tokoh Kristian terdahulu, dan sebuah buku yang berjodol Revelation.
Dalam suasana sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kitab Injil asal masih wujud tetapi disembunyi di gereja besar katholik di Rom, timbul pendapat yang mengatakan bahawa Bible yang asal sudah tidak wujud lagi pada hari ini. Hal ini dijelaskan di dalam The Interpreter’s Dictionary Of The Bible, “Tulisan-tulisan asal Perjanjian Baru sudah lama tiada. Perkara ini tidaklah mengejutkan disebabkan sumber-sumber itu ditulis di atas bahan-bahan yang tidak tahan lama..” (The Interpreter’s Dictionary Of The Bible, George Arthur Buttrick, bab ‘Text, NT’ Vol. 1, Abingdon Press, 1962)
Pendapat yang sama disebutkan juga di dalam The Catholic Encyclopedia, yang bermaksud, “Pendapat yang mengatakan kononnya Bible yang lengkap seperti yang asal masih wujud sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali. Bible yang kini menjadi pegangan umum, seperti juga kitab Perjanjian Lama, telah melalui beberapa perkembangan dan proses… sehingga akhirnya isi-isinya diputuskan secara rasmi oleh Majlis Trident atau Tridentine Council.” (The Catholic Encyclopedia, George J. Reid, Online Edition, Vol. III, 1999 di newadvent.org)
Justeru bagaimana Bible dihasilkan? Bart Ehrman, di dalam The Orthodox Corruption of Scripture berkata: “Manuskrip Bible yang asal sudah tidak wujud lagi pada hari ini. Yang ada ialah salinan yang ditiru daripada salinan-salinan yang sebelumnya. Sebanyak 5,366 daripada salinan-salinan yang tua ini ditulis di dalam bahasa Greek klasik atau Yunani kuno, di antara abad kedua hingga keenam belas Masihi. Yang menarik perhatian ialah ianya tidak wujud persamaan, kecuali sedikit sahaja, di antara satu salinan dengan salinan yang lain. Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui jumlah sebenar perbezaan dan percanggahan ini tetapi ia mungkin mencecah ratusan ribu.” (The Orthodox Corruption of Scripture, Bart Ehrman, Oxford University Press, 1996)
Dengan berpandukan salinan-salinan yang tidak sempurna ini, Bible yang ada pada hari ini ditulis dan dibukukan. Justeru, wujud pelbagai perbezaan malah percanggahan di dalam Bible berpunca daripada sumber-sumber ini. Di dalam Peake’s Commentary On The Bible disebutkan: “Memang diketahui umum bahawa Gospel adalah berasaskan khabar-khabar lisan orang-orang Kristian terdahulu. Keadaan ini telah melahirkan pelbagai variasi berhubung perkataan dan perlakuan Nabi Isa. Semua ini dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja oleh penulis-penulis Gospel….” (Peake’s Commentary on the Bible, Thomas Nelson and Sons Ltd, 1919)
Di dalam meriwayatkan kisah-kisah tentang Nabi Isa, penulis-penulis Bible sering kali tidak menyalin ataupun menceritakan semula kisah-kisah itu dengan tepat, dan hal ini telah diakui sendiri oleh seorang tokoh Kristian yang bernama Bruce M. Metzger di dalam The Text Of The New Testament: Its Transmission, Corruption and Restoration. Beliau berkata: “Penulis-penulis tidak menulis dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis pentafsiran mereka sendiri berhubung dengan sumber-sumber itu. Mereka melakukannya untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah, mereka sendiri dengan tindakan itu telah melakukan kesilapan.” (The Text Of The New Testament: Its Transmission, Corruption & Restoration, Bruce M Metzger, Oxford Univ. Press, 1992)
Di samping itu, Bible mempunyai pelbagai versi yang menunjukkan betapa banyak semakan semula dan perubahan-perubahan dilakukan ke atas isi-isi Bible. Konsep ‘Di Sana Hanya Wujud Satu Bible Dan Satu Versi Sahaja’ adalah tidak berasas sama sekali. Bart Ehrman di dalam bukunya, The Orthodox Corruption of Scripture berkata, “Manusia umumnya mempercayai seolah-olahnya di sana hanya wujud satu Bible dan satu versi sahaja. Ini merupakan satu pandangan yang tidak benar kerana kesemua Bible yang ada pada hari ini adalah hasil usaha ‘memotong dan memuatkan’ tulisan-tulisan yang diperoleh dari pelbagai manuskrip yang mana tidak ada satu pun daripada manuskrip-manuskrip itu yang layak dijadikan sebagai bahan rujukan utama”. Justeru, perubahan-perubahan pada teks wujud kerana tindakan penterjemah-penterjemahnya dan kadang kala mereka melakukannya dengan sengaja.. Sebagai contoh, apabila ada seorang penulis Bible menambah sebanyak dua belas ayat di hujung Gospel Matthew, ia jelas menampakkan perbuatan ini memang disengajakan.” (The Orthodox Corruption of Scripture, Bart Ehrman, Oxford University Press, 1996.
Justeru Bible bukannya Injil yang Allah turunkan kepada Nabi Isa. Meskipun begitu tidak dinafikan juga terdapat beberapa bahagian di dalamnya yang selari dengan ajaran Injil yang asal.
Sumber: http://towardsmardhatillah.wordpress.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan