Sutera adalah sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat, ataupun bermaksud kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera. (Kamus Dewan 1331)
Kain yang diperbuat daripada benang sutera ini sudah menjadi popular dikalangan orang ramai terutama sekali kaum perempuan dan tidak kurang pula oleh sebahagian kaum lelaki. Kain yang lembut dan halus serta mempunyai nilai yang tinggi ini menambahkan lagi minat pemakainya bagi menunjukkan status atau kedudukan seseorang itu sama ada sebagai orang yang berada atau ingin bergaya.
Sebagai barang yang mewah, seperti emas, Islam mempunyai penilaiannya tersendiri. Dalam Hal ini bagaimanakah pandangan Islam terhadap penggunaan sutera ini? Maka Irsyad Hukum kali ini akan menjelaskan dan menghuraikan beberapa perkara yang berhubung dengan penggunaan atau pemakaian sutera.
Hukum Memakai Sutera
Hukum memakai pakaian yang diperbuat daripada benang sutera itu tertakluk kepada pemakainya. Jika ia seorang perempuan adalah halal memakainya, sebaliknya haram hukumnya bagi lelaki.
Dalil Pengharaman
Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang tafsirnya :
"Emas dan sutera dihalalkan bagi wanita daripada umatku dan diharamkan ke atas lelaki daripada umatku." (Hadis riwayat An-Nasa’ie)
Hadis yang lain lagi daripada Abu Laila katanya:
Maksudnya: "Ketika tiba di Madayin, Hudzaifah meminta minuman. Lalu datang seorang pembesar kampung dengan membawa gelas yang diperbuat daripada perak. (Hudzaifah) membuang gelas tersebut, lalu berkata: "Sesungguhnya aku tidak membuangnya melainkan aku melarangnya tetapi tidak berhenti. Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang kita daripada menggunakan sutera dan dibaj (sejenis sutera) serta minum daripada bejana emas dan perak. Baginda bersabda: "Ia (sutera dan bejana) bagi mereka di dunia dan ia (sutera dan bejana) bagi kamu di akhirat." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Daripada Ibnu ‘Umar katanya :
Maksudnya: "Aku pernah mendengar ‘Umar menyebutkan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat." (Hadis riwayat At-Tirmidzi)
Menurut Asy-Syaukani, bahawa hadis di atas menunjukkan kepada sindiran tidak masuk syurga, kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman bahawa pakaian ahli syurga itu adalah sutera. Oleh yang demikian, barangsiapa yang memakai pakaian sutera maka tidak akan masuk ke dalam syurga. Sementara menurut As-Suyuthi, hadis ini ditakwil oleh kebanyakkan ahli hadis bahawa orang yang memakai sutera itu tidak akan masuk syurga bersama-sama orang yang terdahulu yang berjaya. (Tuhfah Al-Ahwadzi, kitab Al-Adab, bab Ma Ja’a Fi Karahiyah Al-Harir Wa Ad-Dibaj: 8/88) Pendapat ini disokong lagi dengan hadis daripada Juwairiyah katanya :
Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Barangsiapa memakai pakaian sutera, nescaya Allah memakaikannya pakaian daripada neraka di hari qiamat kelak." (Hadis riwayat Ahmad)
Titik permulaannya pengharaman memakai pakaian sutera ini adalah ketika Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai sutera lalu dilarang oleh Jibril ‘alaihissalam, sebagaimana diceritakan dalam hadis daripada ‘Uqbah bin ‘Amir katanya:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dihadiahkan (oleh Ukaidir) dengan farruj (sejenis pakaian) sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan sembahyang dengan pakaian itu. Setelah selesai sembahyang Baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Baginda bersabda: "Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Muslim)
Banyak lagi hadis-hadis yang melarang lelaki memakai pakaian sutera dan menghalalkan perempuan memakainya, di antaranya hadis daripada ‘Ali Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memegang sutera di tangan kirinya dan emas di tangan kanannya. Baginda mengangkat keduanya lalu bersabda: "Sesungguhnya kedua-dua ini haram ke atas lelaki daripada umatku dan halal bagi perempuan daripada umatku." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Adapun memakai sutera kerana dharurah seperti ketika musim sejuk atau panas atau selainnya, dan tiada pakaian lain selain sutera, maka harus dia memakai pakaian tersebut bahkan hendaklah dia memakainya bagi menutup aurat. (Al-Majmu‘, kitab Ash-Shalah, bab Ma Yukrah Lubshu Wa Ma La Yukrah: 4/380)
PERKARA YANG DIKECUALIKAN
Terdapat dua keadaan yang dikecualikan daripada pengharaman tersebut:
1. Jika keadaan terdesak(darurat)
Ketika ketiadaan sesuatu untuk menutup aurat atau melindungi badan daripada cuaca panas dan sejuk seseorang harus memakai sutera sementar mendapatkan yang lain. Hal ini adalah kerana kaedah fiqh menyatakan bahawa “keadaan terdesak boleh mengharuskan perkara yang terlarang, dan keharusan dalam keadaan terdesak adalah sekadar keadaan tersebut”.
2. Keadaan yang memerlukan
Harus bagi lelaki memakai sutera yang diperlukan untuk mengatasi kemudharatan yang dihadapinya, jika dengan memakai sutera penyakitnya akan segera sembuh atau meringankan kesakitan yang dialami.
Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud:
Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw memberi kemudahan kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Auwam ra memakai baju sutera semasa bermusafir disebabkan gatal-gatal atau kesakitan yang mereka alami.
HIKMAH PENGHARAMAN
Himah pengharaman sutera bagi lelaki, selain daripada patuh dan taat semata-mata adalah mengelakkan unsure-unsur kebanggaan dan keangkuhan, bersifat keperempuanan dan kepondanan yang jauh berbeza dengan ciri-ciri kelekakian. Seseorang lelaki tidak dijadikan untuk terus dewasa dengan barang-barang kemas , berbangga dengan barangan hiasan, memperlihatkan penampilan ;embutyang menyerupai perempuan dan tidak sanggup menghadapi perkara-perkara penting yang mencabar. Sebaliknya mereka dijadikan untuk mengharungi kenyataan hidup, mengatasi segala kesulitan, melaksanakan pelbagai tanggung jawab dan tabah menempuh bahaya dan bala bencana. Kesemua ini memerlukan tindakan agrasif yang jauh sama sekali daripada sifat-sifat lembut, bermewah-mewah, bersifat pondan dan lembik.
Sumber: http://adabberhias.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan