Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi webblog ini.

Tujuan blog ini adalah untuk kita semua berkongsi bermacam-macam maklumat. Artikel-artikel yang dipaparkan diperolehi daripada kiriman email, buku, majalah dan dari blog yang lain. Diharap aktikel-arkitel yang disiarkan dalam blog ini memberi manfaat kepada kita semua.

Jika anda ingin memberi sebarang komen atau pendapat, sila tulis dalam ruangan komen / pesanan yang saya sediakan.

Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat artikel-artikel yang dipaparkan dalam blog ini menyinggung perasaan anda.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah Ali Imran : 104 )

Jumaat, Julai 09, 2010

Memahami Syahadah

MUQADDIMAH

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.

Pengertian lafaz Syahadah:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”



Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati.

Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.

RUKUN SYAHADAH

Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :

1. Menetapkan zat Allah
2. Mengakui zat dan sifat Allah adalah paling sempurna
3. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk
4. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah SAW sahaja yang benar

SYARAT SYAHADAH

1. Menyebut atau mengucapkan kalimah Syahadah (diucapkan dengan lidah)
2. Meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul
3. Jangan ada di dalamnya syak, zann dan waham (50 - 50 percaya, 70 – percaya dan 30 tidak atau 70 – tidak percaya dan 30 percaya)
4. Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah

IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR

1. Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat
2. Kesan Akhirat – Akan membawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar.
3. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

1. Menyekutukan Allah dengan segala sesuatu
2. Bertawakal kepada makhluk (bergantung nasib kepada makhluk, sedangkan konsep sebenarnya hanya boleh bergantung kepada Allah taala sahaja)
3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya
4. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam
5. Mencaci Nabi dan Sunnahnya
6. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan
7. Menenung nasib dan bermain sihir
8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
10. Menolak sebahagian daripada al-Quran dan menerima sebahagian al-Quran

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...