SELEPAS Allah memerintahkan Bani Israel beberapa arahan, seperti mengingati nikmat, menunaikan janji, takut kepada-Nya, beriman dengan kitab yang diturunkan, jangan menjadi orang yang pertama kafir dan jangan menjual ayat-ayat Allah dengan harta dunia, Allah meneruskan lagi arahan-Nya dengan ayat berikut:
DAN JANGANLAH KAMU CAMPUR ADUKKAN YANG BENAR ITU DENGAN YANG SALAH, DAN KAMU SEMBUNYIKAN YANG BENAR ITU PULA. PADAHAL KAMU SEMUA MENGETAHUINYA. (Surah al-Baqarah ayat 42)
Firman Allah: `Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah’, iaitu jangan sekali-kali kamu mencampurkan antara kebenaran yang diturunkan daripada Allah dengan kebatilan yang kamu reka sendiri. Jangan juga kamu mengubah apa yang terdapat di dalam Taurat dengan cara pembohongan dan penipuan yang kamu ada-adakannya’. As-Samarqandi dalam tafsirnya, Bahr al-Ulum berkata: “Campur adukkan di sini pada bahasa bermaksud memakai pakaian. Maknanya, jangan kamu campurkan kebenaran dan kebatilan, iaitu kamu sembunyikan sifatnya. Yang demikian itu kerana mereka mengkhabarkan sebahagian sahaja sifatnya dan menyembunyikan sebahagian lain supaya mereka mempercayai dan membenarkan sehingga mengelirukan mereka.” Qatadah pula berkata: “Jangan kamu campur adukkan ajaran Yahudi dan Kristian dengan Islam, sedangkan kamu tahu hakikat agama Allah yang sebenarnya ialah Islam.” Ada pendapat mengatakan maksud ayat ini ialah, jangan kamu beriman dengan sebahagian dan beriman dengan sebahagian yang lain. Di samping itu, `Dan kamu sembunyikan yang benar itu pula’, iaitu jangan sekali-kali kamu sembunyikan apa yang terdapat di dalam kitab kamu mengenai segala sifat Muhammad s.a.w. Ibn Jauzi melalui kitabnya, Zad al-Masir berkata: “Ada dua pendapat mengenai maksud kebenaran: Pertama, ia berhubung dengan urusan Nabi s.a.w. Inilah pendapat Ibn Abas, Mujahid, Qatadah, Abu al-`Aliah, as-Suddi dan Muqatil. Kedua, ia berhubung dengan agama Islam, sebagaimana pendapat al-Hasan.
Al-Imam al-Maghari berkata: “Larangan yang pertama berkaitan pindaan dan penukaran, sedangkan larangan kedua adalah menyembunyikan.” Syeikh Abdul Rahman as-Sa’di di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim berkata: ``Yang dimaksudkan oleh ahli kitab dan ilmu, ialah membezakan kebenaran dan menzahirkannya supaya memberi petunjuk kepada orang yang mendapat hidayat dan mengembalikan orang-orang yang sesat daripada kesesatannya, di samping menjadi hujah dan bukti ke atas orang-orang yang mengingkarinya. Begitu juga kerana Allah menerangkan melalui ayat-ayat-Nya dan menjelaskan segala kenyataan untuk membezakan yang hak daripada yang batil dan membetulkan jalan orang yang silap. Justeru, sesiapa yang beriman dengan-Nya dari kalangan ahli ilmu, sebenarnya ia layak menjadi pengganti Rasul dan petunjuk ummah.” Seterusnya ayat ini menerangkan cara mereka dalam kesesatan dan penyelewengan, sebagaimana yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka:
i. Peringatan daripada nabi-nabi mereka berhubung pendustaan dan kebangkitan.
ii. Allah s.w.t. membangkitkan seorang nabi daripada anak Ismail, daripada perempuan yang bernama Hajar kepada mereka dan diterangkan segala alamat yang jelas tanpa sebarang kekeliruan. Sebaliknya, merekalah (paderi dan pendita) yang mengelirukan dengan berbagai-bagai tohmahan kepada Rasulullah s.a.w.
`Padahal kamu semua mengetahuinya’, iaitu keadaan kamu mengetahui tetapi menyembunyikannya.
Ibn Qayim melalui kitabnya, `Ilam al-Muwaqi`in menegaskan seperti berikut: “Jika seseorang hakim atau pemberi fatwa dihadapkan oleh sesuatu masalah, maka ada dua kemungkinan:
1. Ia mengetahui masalah itu dengan keyakinan yang mantap atau ia mengetahui masalah itu dengan dugaan kuat yang didapatinya setelah mengeluarkan daya upayanya dengan mencari atau mengetahui masalah tersebut.
2. Ia tidak mengetahui masalah itu dan tidak memiliki dugaan kuat terhadap masalah itu, jika ia tidak mengetahui masalah itu dengan mantap dan juga tidak memiliki dugaan yang kuat dengan mengeluarkan daya upayanya untuk mengetahui masalah itu, maka ia tidak boleh mengeluarkan fatwa dan menetapkan hukum pada masalah itu, dan jika ia melakukan hal itu, maka ia akan mendapat ancaman seksaan Allah serta termasuk dalam firman Allah yang berbunyi: Katakanlah: Rab-Ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nampak mahupun yang tersembunyi, perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak Allah turunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa saja yang kamu tidak ketahui. (al-`Araf: 33). Ayat ini menerangkan bahawa berpendapat tentang (ketetapan) Allah tanpa didasari ilmu, maka hal itu adalah perbuatan yang termasuk dalam empat perbuatan yang amat dilarang Allah, yang tidak dibolehkan pada setiap keadaan. Untuk itu larangan keempat-empat perbuatan ini diungkapkan dengan `batasan’, iaitu dengan menggunakan kata `hanya’ juga termasuk dalam firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan kepada Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah: 168-169)
Termasuk pula sabda Nabi s.a.w.: Sesiapa yang memberi fatwa tanpa didasari ilmu, maka dosanya hanya bagi orang yang memberi fatwa. Juga termasuk pada seorang hakim daripada tiga hakim yang dua di antaranya berada di neraka, iaitu hakim yang memutuskan perkara tanpa didasari ilmu pengetahuan. Dan ia mengetahui masalah tersebut dengan mantap atau memiliki dugaan yang kuat, maka ia tidak boleh memberi fatwa atau mengeluarkan ketetapan hukum yang sebaliknya. Jika seseorang mengeluarkan fatwa atau menetapkan hukum tanpa didasari ilmu pengetahuan akan mendapat dosa besar, maka bagaimana halnya dengan orang yang mengeluarkan fatwa atau menetapkan sesuatu hukum dengan ketetapan yang telah diketahuinya bahawa ketetapan itu bertentangan dengan yang sebenarnya? Tidak diragukan lagi, bahawa ia sengaja berbuat dusta kepada Allah dan Allah berfirman yang bermaksud:
Dan pada Hari Kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. (Az-Zumar: 60).
Tidak ada kezaliman yang lebih besar daripada orang yang mendustai Allah dan agama-Nya, dan seseorang yang memberi fatwa tanpa didasari pengetahuan, bererti ia telah mendustai Allah dengan kebodohan, orang-orang seperti ini, lebih buruk keadaannya daripada orang yang menuduh seseorang itu berzina kerana kemungkaran itu dilihat oleh dirinya sendiri, bagi Allah ia telah melakukan dusta walaupun ia mengkhabarkan kenyataan, kerana Allah tidak mengizinkan orang itu bersaksi pada suatu perbuatan zina itu, jika Allah menganggap dusta kepada seseorang yang telah bersaksi pada suatu perbuatan zina, padahal berita itu benar, maka bagaimana pula dengan orang yang mengkhabarkan suatu hukum ketetapan Allah sementara ia sendiri tidak tahu ketetapan Allah itu? Dan juga Allah tidak memberinya izin untuk menetapkan hukum itu atau memberi fatwa?
Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta `ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (Itu benar) kesenangan yang sedikit, dan bagi mereka azab yang pedih. (an-Nahl: 116-117).
Dan firman Allah yang bermaksud: Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran ketika datang kepadanya. (az-Zumar: 32). Berdusta kepada Allah bererti mendustai kebenaran. Allah berfirman: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah. Mereka itu akan dihadapkan kepada Rab mereka, dan para saksi akan berkata: Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rab mereka. Ingatlah kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim. (Hud: 18).
Walaupun ayat-ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang musyrik dan orang-orang kafir, akan tetapi termasuk pula di dalamnya untuk orang-orang yang mendustai Allah dalam tauhid, agama, nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan Allah. Dan tidak termasuk dalam ayat-ayat ini bagi orang yang salah dalam ketetapan fatwanya, jika ia telah mengeluarkan segala kemampuan dan daya upaya untuk mencapai kebenaran hukum Allah yang telah Allah syariatkan, kerana hal inilah (berusaha dengan segala daya upaya) yang telah Allah wajibkan kepada hamba-Nya, orang yang taat kepada Allah tidak akan mendapat ancaman seksaan Allah walaupun ia salah kerana kelalaiannya.
Ibn Jarir at-Tabari merumuskan ta’wilan ayat ini di dalam kitabnya, Jami’ al-Bayan seperti berikut: “Jangan kamu campur adukkan kepada manusia hai pendita-pendita dari kalangan ahli kitab pada urusan Muhammad s.a.w. dan semua yang didatangkan dengannya di sisi Tuhannya. Sedangkan kamu sangka bahawa ia dibangkitkan hanya kepada sebahagian bangsa bukan semua, atau kamu bersifat munafik pada urusannya, tetapi yang sebenarnya kamu amat maklum bahawa ia diutuskan kepada kamu semua dan umat yang lain. Malangnya kamu campur adukkan kebenaran dengan pendustaan, di samping kamu menyembunyikan apa yang kamu dapatinya pada kitab kamu daripada segala sifatnya. Bahawa ia merupakan rasul-Ku kepada seluruh manusia, sedangkan kamu mengetahui hakikatnya yang ia sebagai rasul-Ku. Begitu juga apa yang dibawa kepadamu daripada-Ku. Dan kamu mengetahui bahawa daripada perjanjian-Ku yang Aku ambil daripadamu sebagaimana termaktub di dalam kitabmu, ialah hendaklah beriman dengannya dan dengan apa yang dibawa di samping mempercayainya.”
Sumber: http://suarajagat.wordpress.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan