Karangan ini membincangkan asal-usul salib dalam sejarah dan mengkaji maksud salib dalam ibadah pra-Kristian manusia. Hubungan salib kepada perintah kedua juga dikaji.
Berry (Encyclopaedia Heraldica) menyebut 385 salib-salib berlainan. Kebanyakannya hiasan semata-mata atau mempunyai signifikans bentara (ERE, art. Cross, Vol. 4, ms 324 dan seterusnya). Terdapat 9 jenis salib yang mempunyai simbolisme agama.
Salib telah dihubungkan dengan Kekristianan. Namun begitu, ia bukan simbol Kristian awal dan, sememangnya, Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat secara tradisinya adalah ikonoklastik dan membenci penggunaan simbol salib sebagai pagan. Sesungguhnya, sesetengah umat Kristian Pemelihara Sabat telah mati syahid kerana tentangan mereka terhadap penggunaan salib dalam simbolisme Kristian. Orang Vandal merupakan Subordinationist ikonoklastik yang memusnahkan patung-patung yang dipuja-puja di Greece (Yunani) dan Rom.
Orang Paulicia ialah ikonoklas dan begitu juga semua Sabbatati yang dikaitkan dengan atau turun daripada mereka.
Larangan terhadap salib ini (serta amalan baptisan orang dewasa) kekal dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat hingga sekarang. Simbol salib amat kuno dan mempunyai beberapa erti mistik.
Salib-salib Bukan Kristian
Salib mempunyai erti yang dihubungkan dengan pemujaan matahari. Schliemann memperhatikan kehadiran salib pada tembikar dan lingkaran-lingkaran Troad (kawasan sekitar Troy) (ERE, ibid. ms 325). Ia berselang-selang dengan cakera berjejari dan kadangkala kedua-dua lambang ini diatur seiring (ibid.).
Orang India menggunakan salib sama sisi berselang-seli dengan cakera berjejari.
Salib wujud semulajadi di cabang-cabang jalan dan dengan itu menjadi objek pemujaan.
Ketika zaman perunggu (gangsa), khususnya di kalangan orang Gaul, salib sering muncul pada tembikar, permata dan wang syiling.
Salib juga ditemui di Mexico, Peru dan pentingnya di Amerika Tengah. Di situ salib merujuk kepada empat angin, yang merupakan sumber hujan.
Orang Dakota juga menggunakan salib untuk menggambarkan empat angin.
Simbolisme awal salib dinyatakan dalam ideogram China untuk perkataan bumi, iaitu salib sama sisi dalam segiempat sama sisi.
Salib matahari tertutup nampaknya mewakili empat sungai firdaus. Alkitab merujuk kepada ini sebagai sungai, yang keluar dari Eden dan membahagi kepada empat kepala.
Justeru, konsep yang terangkum dalam kisah Kejadian itu (Kejadian 2:10), walaupun mempunyai geografi khusus berkaitan empat sungai, juga mewakili tema dasar sungai-sungai air hidup yang mengalir dari sumber utama iaitu Tuhan melalui bintang fajarNya yang merupakan Iblis pada waktu itu.
Oleh itu, kita berdepan dengan sejenis keberhalaan yang amat serius dalam simbolisme salib sebagai gambaran pemujaan matahari di sini.
Tidak diragui lagi bahawa penggunaan salib, yang berhubungan dengan simbol-simbol kebangkitan dan hidup baru, betul-betul bercampur dengan teologi purbakala.
Swastika muncul dengan meluas dalam Buddhisme di China dan Jepun, nyata menonjol pada kekaki patung-patung Buddha dan Bodhisattva Buddhisme Mahayana.
Salib dalam Kekristianan
Tanda Salib
Penyebaran simbol salib ke dalam agama Kristian banyak berkembang sebagai Trinitas. Tertullian mendakwa bahawa pada setiap langkah umat Kristian menandakan dahi mereka dengan tanda kecil salib. Penggunaan yang dimaksudkan Tertullian ini menarik tuduhan keberhalaan.
Para penulis Roman Katolik mengaku bahawa salib telah menjadi objek sesuatu yang benar-benar kultus. Didron menyatakan:
Salib telah menerima pemujaan serupa kalau tidak setara dengan yang diterima Kristus; kayu keramat ini dipuja hampir setara dengan Tuhan sendiri (ibid.).
Hujahnya sukar dinafikan bahawa salib telah diperkenalkan kepada sistem Kristian daripada kultus-kultus Misteri bersama-sama dengan bentuk ibadah lain yang beransur-ansur menguasai Kekristianan dan yang bukan sebahagian daripada jemaat mula-mula. Bentuk-bentuk ini umpamanya kebaktian hari Minggu dan perayaan Easter dan Krismas, datang daripada kultus-kultus Matahari.
Hakikatnya adalah salib tidak diperolehi daripada Kekristianan, yang kemudiannya digunakan di persimpangan jalan, tetapi sebaliknya salib lingga yang diperkemaskan supaya sesuai dengan adat istiadat Kristian dan ditinggalkan dengan watak-watak ibu dewi Hecate dan sebagainya yang dinama semula Madonna.
Perbezaan yang dibuat antara pancang dan tiang pada sebelah satu dan salib pada sebelah satu lagi, adalah untuk mengambil bagi Kekristianan simbol yang begitu penting dalam simbolisme pagan. Hakikatnya adalah penyaliban, iaitu sejenis hukuman purba, dibuat atas pohon, yang tidak khusus bentuknya dan pancang biasa dipanggil salib atau crux.
Zakharia 12:10 menandakan sebab terakhir kematian adalah dengan tikaman. Adalah mustahil untuk memastikan sama ada salib yang digunakan untuk menyalibkan Kristus satu pancang biasa atau mengandungi palang silang kerana istilah ini umum bagi kedua-duanya.
Inipun bukannya penting, melainkan bahawa simbolisme di atas telah dipindahkan dari kultus-kultus dan terpaksa diabsahkan.
Sidang Nicea kedua (787), yang diadakan dengan tujuan memperbaiki salah pakai dan mengakhiri semua pertikaian ikonoklasme, mendefinisikan bahawa pemujaan umat setia diharuskan untuk ‘salib mulia dan menghidupkan itu’ serta gambaran atau patung Kristus, Perawan Diberkati, dan para santo (Cath. Encyc., op. cit.)
Sidang itu berpandangan bahawa kultus Latria hanya milik kudrat ilahi sahaja. Justeru, benda-benda itu diberi pemujaan tertentu yang bukan pemujaan yang dipercayai diberi kepada kudrat ilahi. Namun menuntut bahawa pemujaan patung makhluk fana diterima adalah bertentangan ajaran jelas Alkitab.
Justeru simbolisme ini telah pulang ke asal dan patung-patung Misteri telah menguasai Kekristianan dan menjadi tumpuan ibadah.
Dari atas, penggunaan salib tidak dapat disetujui dari segi falsafah dalam Kekristianan – bukan saja atas sebab-sebab itu, tetapi juga kerana konsep-konsep di atas, yang secara logiknya berdasar pada Tuhan dan merupakan hak istimewa langsung Tuhan, ada di dalam simbolisme ini yang dipertalikan kepada Kristus sebagaimana yang dibuat kepada dewa-dewa kumpulan Misteri. Kebangkitan berlaku sebagai perbuatan kuasa Tuhan. Tuhan saja yang abadi (1 Timotius 6:16). Kristus menggunakan kuasa ketaatan, menyerahkan hidupnya dan mengambilnya berdasarkan kuasa itu (Yohanes 10:18). Kristus, dia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan semuanya berasal dari satu (KJV) (enos pantes) (Ibrani 2:11 RSV). Penggunaan istilah enos pantes bererti bahawa mereka satu, sama sekali, dalam semua hal, dalam setiap cara (Thayers). NIV cuba mengurangi teks ini dengan menterjemahkannya sebagai dari keluarga sama.
Tuhan saja yang harus disembah dan tujuan doa (Lukas 4:8; Yohanes 4:23; Wahyu 19:10; 22:9). Salib telah menjadi simbolnya yang tersendiri sama seperti patung yang didirikan Musa (Bilangan 21:8-9) menjadi patung tersendiri dan dengan itu menjadi berhala.
Simbolisme yang menyelubungi salib dan karya seni dan bentuknya dimuatkan dengan konsep-konsepnya sendiri, yang telah dibawa masuk ke dalam ibadah Kristian. Konsep-konsep ini diperolehi daripada bentuk-bentuk ibadah paling purba, yang diangkut atau disebarkan melalui bangsa dan suku. Pengenalpastian asal usul dan hubungan saling kait dibuat dalam bahagian-bahagian di atas. Salib sebagai benda gambaran bukanlah alat atau hiasan tidak berbahaya.
Penyifatan salib dan Kristus sebagai gambar dan tujuan doa merupakan pelanggaran perintah kedua.
Konsep atau doktrin ini menghubungkan dosa terbesar kepada Kristus iaitu menjadikan dirinya setara dengan Tuhan, yang Alkitab katakan tidak (Yohanes 14:28, Filipi 2:6). Konsep-konsep sebegitu tidak digunakan dalam dua abad pertama Jemaat dan memangpun dipandang sebagai keberhalaan. Ramai umat kita mati syahid kerana tidak mahu menerima salib sebagai simbol iman mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan