Tadharru' ialah kehinaan yang amat dan rasa rendah diri yang disebabkan oleh hilangnya harapan dan terpapar apabila seseorang itu sampai ke destinasi terakhirnya.
Tadharru' adalah satu bentuk penyembahan yang di gunakan oleh seorang mukmin semasa dalam keadaan yang terdesak,krisis, dan kecemasan atau menehadapi kebuntuan dalam sesuatu perkara.
Sifat ini akan membuang sifat ego,angkuh,bangga diri yang menutup hati kita.ianya menunjukkan keikhlasan kita untuk memohon pertolongan terhadap Allah s.w.t dan menyedarkan kembali bahawa hanya padaNya tempat kita bergantung.
Ia juga menyedarkan kita bahawa kita hanyalah insan yang `kotor' di sisiNya dan memerlukan pertolongan dariNya.
Keadaan ini di gambarkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan menyebut, " Bayangkan seorang lelaki yang sedang hanyut di tengah2 lautan dan apa yang dia ada hanyalah sekeping kayu yang masih menjadi tempat pautannya.
Lelaki tersebut menjadi semakin lemah dan ombak lautan yang masin semakin menariknya kearah maut. Bayangkan lelaki tersebut dengan matanya yang penuh mengharap dengan penuh terdesak melihat ke langit menangis sekuat-kuatnya" Ya tuhan,ya tuhan!!"
Bayangkan betapa terdesaknya lelaki tersebut dan betapa ikhlasnya dia memohon bantuan dari Allah s.w.t.
Allah s.w.t. maha pemurah lagi maha penyayang.Kadangkal a apabila kita terleka,alpa dan hanyut dari jalan yang lurus,Allah s.w.t. meletakkan kita dalam situasi yang amat terdesak supaya kita menyedari kelemahan kita dan kembali kepadaNya untuk mencari perlindungan dan meminta pertolongan. Oleh itu,musibah yang menimpa orang islam sebenarnya adalah untuk menyedarkan kita supaya kembali semula kepada Allah s.w.t.
Jadi,adakah kita sedari akan mesej-mesej yang disampaikan Allah?
Contohnya, kejadian tsunami.Adakah umat islam sedar bahawa musibah ini merupakan mesej dari Allah s.w.t. untuk menyedarkan bahawa kita sudah jauh dariNya.
Secara individual pula,kadangkala kita mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan,kehilanga n wang,dirompak dan sebagainya,adakah kita sedar bahawa ia adalah mesej dari Allah untuk kembali kepadaNya?
Inilah satu tahap kehinaan yang kita harus cuba mencapainya ketika mana kita berdoa kepada Allah s.w.t agar membantu kita dan ummah.
Marilah kita sama-sama merayu kepadaNya seperti mana Nabi Yunus a.s berdoa kepada Allah ketika mana baginda terperangkap di dalam perut ikan Nun.
Sedangkan rasul yang berkedudukan tinggi dan dijamin syurga bagi mereka memohon pertolongan Allah dalam keadaan yang penuh tadharru',apatah lagi kita insan biasa yang sering tidak terlepas dari melakukan dosa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan