Isnin, Julai 28, 2008

Bahtera Nabi Nuh a.s.


Suatu ketika dulu, bumi telah telah ditenggelami oleh banjir besar yang membinasakan semua hidupan yang ada. Hanya manusia yang beriman dan beramal soleh sahaja yang terselamat. Mereka yang terselamat adalah mereka yang menaiki bahtera Nabi Nuh. Antara yang terselamat daripada bencana banjir besar tersebut, termasuklah pasangan haiwan.

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelit dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.

Gambar-ambar itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan ‘rahsia-rahsia′ penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’ atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang ‘maha berharga’ itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada di antara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa-kuasa besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera? Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar-benar ada di puncak Mt. Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat, ”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia,
8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:
Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.16 8)

The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, di manakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia, Iran, Turkey”.

Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau anda tengok CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey dan puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah ‘anchor’ purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yang didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut.

Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz ‘Noah Ark’ dan di dapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam di dalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui sama ada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.


* Catatan seorang Pendaki dan Pengkaji “Noah Ark” di Mount Ararat. (Dr.John Morris)

Banyak sungguh halangan untuk mencari The Great Noah Ark. Saya sudah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat ini sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan “Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yang meragut nyawa”. Kalau dari sebelah selatan,Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yang dipanggil “Lurah Ahora”, terdapat dinding-dinding batu yang curam. Bahagian yang curam itu sememangnya sukar untuk didaki.

Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yang telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa ‘banjir besar Noah” itu dulu. Puncaknya ditutupi dengan air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Memanjat dari arah air batu yang meluncur itu memang susah. Bermacam-macam masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing serigala liar, beruang gunung beserta ular-ular berbisa sering datang menganggu.

Puncak gunung yang setinggi 17,000 kaki yang ditutupi dengan air batu itu pula selalu terjadi cuaca yang tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat.

Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin,hujan dan salji. Angin yang bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi, gas yang keluar dari gunung itu ialah gas beracun yang boleh mendatangkan masalah untuk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas.

Puak-puak yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan banyak masalah kepada kami, kami telah ditembak beberapa kali,oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yang terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah.

Ramai orang telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yang paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu untuk mencari The Great Noah Ark.

* Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yang sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti ‘kotak kasut yang besar’ ditimbus airbatu ketika Air Force One yang membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977]

“Saya adalah jurufoto dan wartawan yang meliputi segala aktiviti White House selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang di utara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas “sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar sebahagiannya ditutupi dengan airbatu.”

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba-tiba terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar² yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan² di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari “Noah Ark”. Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27.Disember 1962, jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.

Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem “Noah Ark” telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian.

Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam/putih “Noah Ark” yang berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana

Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari ”Noah Ark” itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.

Beberapa ratus tahun selepas ‘bah besar’, anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat “Noah Ark” itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah bagaimana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

Semasa Hj.Yearam masih kecil,ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya. Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis, mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata-mata.

Para saintis kemudiannya megupah bapa Hj.Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mt.Ararat dan Hj.Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, air batu salji yang menutupi sebahgian Puncak Ararat mencair.

Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dengan jelas “Noah Ark” kelihatan seolah-olah berada di dalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari “Noah Ark” itu tertonjol keluar dari airbatu.Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu.

Seluruh bahagian luar dan dalam “Noah Ark” itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daun nya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan “Noah Ark” tersebut Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia-sia. Apatah lagi dengan keadaan “Noah Ark” itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.

Para saintis itu kemudianya memberi amaran kepada ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika maukan keluarga mereka selamat. Sebab itu dikala tuanya baru bercerita, itu pun hanya pada orang dipercayainya sahaja.

Gempa Bumi

Pada 2 Mei 1883, telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung-kampung yang terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dasyat, sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya.

Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang di akibatkan darinya.

Seorang Inggeris Captain Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turkey untuk menyertainya. Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur “Noah Ark” malangnya mereka tidak dapat mengukur dengan tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan air batu dan hanya 20 hingga 30 kaki shj yang terjulur keluar.

Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam “Noah Ark”. Apa yang mereka dapati ialah “Noah Ark” itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

Pengalaman Ed.Davis

“Saya seorang Sarjan Master yang menjaga pembinaan dalam Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran, pada tahun 1943. Ketika sedang mengeluarkan batu dari kuari, budak berbangsa Qurdish yang menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mt.Ararat seraya berkata ” Ya,di situlah kampung halaman dan tempat dimana orang tua saya tinggal.Yang mana di puncaknya pula terdapat “Noah Ark”… dan ayah saya tahu di mana letaknya “Noah Ark” itu”.

Saya terkejut dan berkata..”Benar?.. Boleh bawak saya ke sana? ” Budak pemandu Qurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dengan ayahnya.

Suatu hari, budak Qurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas.”Pada masa ini,”Noah Ark” masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak..” kata Abbas.

Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya.”Kita boleh pergi sekarang kalau nak..” kata Abbas. Saya tidak buang masa dan inilah saat-saat yang paling saya tunggu.

Kami seramai 8 orang mula mendaki Mt.Ararat. Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi.

Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub, memang telah menjadi adat beratus-ratus tahun Nenek Moyang Abbas akan berhenti di “Perigi Yaakob” berdoa dan meletakkan seketul batu dia atas himpunan batu yang diletakkan oleh orang-orang yang menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi.

Kami pun meninggalkan “Perigi Yaakob” dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yang digelar “Pintu Belakang”.Itu merupakan jalan pintas agar perjalanan kami menjadi lebih cepat.

Setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain. Mereka memberi satu tali panjang yang mempunyai satu tempat untuk mengikat pinggang. Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua orang Qurdish sentiasa berada di belakang saya seolah-olah pengawal peribadi. Abbas telah kehilangan 2 orang anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati-hati.

Saya rasa mereka yang lain semua ada pengalaman mendaki gunung ini, sebab mereka semua tahu jalan-jalan yang mereka lalui walaupun keadaan suasana yang gelap. Hanya saya seorang sahaja yang asing dan berbangsa Amerika.

Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang-barang tentera. Saya lihat Abbas dan rakan-rakannya mempunyai peralatan yang baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana.

Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kepada semua. Kami memakainya sepanjang masa. Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yang buleh kami gunakan bagi memberi isyarat. Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yang akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel untuk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara.

Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. Rasa-rasanya seperti daging dan sayur sahaja. Pada dinding gua itu terdapat lukisan-lukisan purba. Hanya Abbas dan rakannya sahaja tahu apa makna lukisan itu.

Semua orang masih terikat dengan tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali-kali membuka tali.

Cuaca tidak elok semasa kami naik, sentiasa hujan dan berangin. kami berjalan dia atas batu dan ais batu. Terdapat bermacam-macam bahaya, kami selalu sahaja tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. [Memang mereka tinggalkan orang yang mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa..]

Abbas dikatakan penjaga kepada “Noah Ark” itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada orang/bangsa asing naik ke gunung itu untuk mencari/mengkaji “Noah Ark”. Dia kata setiap orang yang naik mahu mengopek dan memecahkan mana-mana bahagian “Noah Ark” bagi tujuan membawanya balik. Sedangkan orang-orang Qurdish ini tidak mahu “Noah Ark” itu di apa-apakan. Pertama kali saya nampak “Noah Ark”, ia seolah-olah sebungkah batu biru yang sangat besar. Semakin dekat, barulah rupa bentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak orang.

Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan-jalan di atasnya. Abbas menerangkan bahawa “Noah Ark” itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah orang yang telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.

Sebenarnya sebahgian dari barang-barang antik muatan “Noah Ark” telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. Saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah, pasu, bikar, pinggan yang diperbuat dari kulit kerang, piring pelita, itu di rumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja.

Abbas juga menerangkan pada saya, moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspidisi bersama saintis Turkey. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sebagai madu asli.

Kisah ED BEHLING.

Dalam tahun 1973 Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yang ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker, kira-kira 100 batu dari tengarra gunung Ararat. Dia mempuyai kawan dari tentera turki Berketurunan Kurdish yang bernama Mustafa.(sebagaimana yang. diketahui orang kurdish dianggap “penjaga” gunung Ararat,, ”Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini..” kata Edward Behling.

Saya dan Mustafa telah mendaki ke puncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat “Noah Ark” itu sebelumnya, dan dia berjanji memujuk Pakcik saudaranya yang juga bangsa Qurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat “Noah Ark” tersebut.

Saya tidak membawa ‘kamera’ kerana diberitahu pakcik Mustafa sangat berbahaya kerana “Noah Ark” itu letaknya bersempadan dengan Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah. seperti yang telah dijangka, pada awalnya Pakcik Mustafa agak keberatan membawa saya ke “Noah Ark”,apatah lagi saya ini berbangsa asing.[orang Qurdish sememangnya sukar mempercayai orang luar]

Saya betul2 hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yang bertolak baru2 ini tidak menemui Noah Ark walaupun menggunakan pemandu Qurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yang tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui nescaya golongan muda yang memandu itu sekali2 tidak akan ingkar. Tidak ada sesiapa yang dapat menghampiri “Noah Ark” tanpa kebenaran golongan tua Qurdish itu.

Setelah bangun awal, Pakcik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya meresakan seolah2 sedang melalui sebuah lorong di celah2 batu dan salji turun dengan sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah2 tahu dengan tepat segala laluan yang dibawanya. setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat2 letih dan benar2 berharap mereka akan berhenti rehat dengan tidak semena2 tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu saya tengok di satu lurah
50 kaki kebawah, Saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan Bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu.Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang.lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan.

Bahtera itu berwarna hitam.Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja,selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah dtakuk atau dipecahkan. Ketebalan
dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali , Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.

Penemuan Dr Robert Ballard

Sekali lagi cerita dari al-Qur’an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air (underwater surveyors) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam al-Qur’an dan juga Old Testament.

Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. “Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan” kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk “Research Ship Northern Horizon”.

Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. “Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur”

kata Dr Ballard. Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik. Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls.

Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan “Banyak perkara berlaku telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut”.

Dipetik daripada: James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September
2000. Jamil Adimin Research and Graduate School University of Manchester.

Pengalaman Ahmet Ali Arslan - Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turkey di Washington DC.

Pernah bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika.Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan International Technology-Washington DC. “Keluarga saya dari Aralik yang terletak di kaki Mt.Ararat.Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspidisi Navarra

Saya menemani satu rombongan ekspidisi saintist dalam tahun 1989 untuk mencari kawasan jurang yang dikenali sebagai Lurah Ahora di pinggir gunung itu, Lurah Ahora ini adalah satu lurah yang sangat curam dan bahaya.

Oleh kerana saya seorang wargenegara Turkey maka saya diberi kebenarkan membuat siasatan ke bahagian2 tertentu di Mt.Ararat yang mana dikenalpasti oleh satelit sebagai kawasan yang mungkin merupakan kawasan bahtera.

Sebaik sahaja saya dekat dengan kawasan itu lapisan ais yang saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh2 kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh ke dalam lubang jurang.

Apabila saya berdiri,dihadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yang diperbuat drp kayu. Kira2 beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat2 ambil gambar. Saya yakin itulah The Great Noah Ark yang ada diceritakan oleh kebanyakkan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali arsan dialamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat.

Kenyataan dan Persoalan dari artikel/catatan pengkaji sejarah:

* Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat (Gunung Kesengsaraan) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu dari pada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredaan Allah untuk dikaji.
* Beberapa saintis barat diberi hidayah Allah untuk mengakui kebenaran Islam melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh AS yang juga mengiakan Kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
* Dan juga beberapa saintis barat yang menafikan Bahtera Nabi Nuh AS justeru ingin terus merosakkan.
* Kenapakah beberapa badan siasatan merahsiakan penemuan Bahtera Nabi Nuh AS dan bukti disimpan oleh Pentagon yang juga ingin merahsiakan misteri-misteri penemuan seperti Piramid, Kewujudan UFO, Penangkapan Makluk Asing, Misteri Segitiga Bermuda dan beberapa misteri yang masih disembunyikan dari umum.

Sumber: http://salafytobat.wordpress.com/

Tiada ulasan: