Beberapa hari yang lepas saya berpeluang duduk semeja dengan pak lebai dari golongan tabligh yang dah merantau di Pakistan, India, negara2 Arab dan tak terkecuali di Acheh.
Bila aku tanya kenapa Acheh sebuah negara yang kuat pegangan agamanya dan mendapat jolokan Serambi Mekah, dilanda bencana yang paling teruk. Apakah bentuk peringatan yang ditunjukan oleh Allah S.W.T kepada kita sebenarnya.
Jawapan dia yang pertama yang juga merupakan satu pertanyaan, Pernah ke kamu ke Acheh? Tentu jawapannya saya tak pernah ke sana. Itulah banyak orang yang tak tahu keadaan disana. Bila dia ceritakan perkara yang sebenarnya apa yang berlaku semasa dia disana pada tahun 1996 selama lebih sebulan, orang kata itu adalah fitnah.
Dia kesana bersama jemaahnya pada bulan puasa. Apa yang dilihatnya, menimbulkan kegaguman pada Islam disana. Orang yang bersembahyang jemaah disana untuk Maghrib dan Isyak memang ramai. Katakan masjid tu boleh muat seribu orang, yang pergi 3 ribu. Semua berduyun-duyun. Bukan satu masjid, bahkan hampir kesemua masjid menampung bilangan 2-3 kali ganda kapasiti yang boleh muat, melimpah sampai ke jalan.
Apabila tamat saja Ramadhan, bilangan amat jauh berbeza. Bilangan yang sembahyang jemaah hanya satu saf saja. Bila ditanya, jawapannya semua sibuk dengan kerja. Waktu Ramadhan, memang adat sembahyang jemaah dan tarawikh, macam satu pesta. Maknanya Islam disitu lebih kepada adat.
Bila malam bulan Ramadhan, memang diadakan Tadarus Al-Qur'an di masjid2.
Tapi tadarusnya lain sekali dari Malaysia. Caranya dengan selang seli antara bacaan oleh pihak perempuan dan lelaki yang berkumpul dalam satu bulatan. Antara waktu rehat, diadakan jamuan makan yang juga bercampur antara lelaki dan perempuan yang bertepuk tampar dalam masjid.
Disana juga ada pasentern atau sekolah agama. Pelajar perempuan memang diwajibkan bertudung. Tapi yang mengecewakan adalah, mereka hanya memakai skirt yang menampakkan betis mereka. Sedangkan itu juga adalah aurat yang wajib ditutup.
Pada malam2 tertentu, diadakan ceramah agama. Tapi yang peliknya, ia lebih kepada cerita jenaka. Tak kira penceramah itu bercakap soal neraka atau syurga, pendengar akan ketawa terbahak-bahak sampai menepuk lantai, bukannya seperti kita yang kekadang sehingga menitis airmata keinsafan.
Dari segi penghayatan agama juga amat berlainan. Dalam satu rumah boleh ada agama yang berbeza. bapa mungkin seorang Islam, tapi anak belum tentu. Dalam satu rumah Islam, boleh ada ayat2 suci al-Qur'an dan boleh juga ada salib.
Si bapa yang Islam tidak akan menghalang anaknya menganut agama lain kerana Pancasila negara juga tidak menghalang. Jadi bila pak Haji ni nak jumpa bapanya yang Islam, anaknya boleh cakap, urusan agamamu adalah urusan kamu, jangan ganggu agama aku dan bapanya boleh mengiyakan.
Kalau kita kata ramai Hafiz atau penghafaz Qur'an disana, kita silap. Di Malaysia lagi ramai. Kerajaannya sanggup mengeluarkan tawaran, barangsiapa anaknya Hafiz, anaknya beserta dia suami isteri akan dihantar ke Mekah untuk menunaikan haji secara percuma.
Apa yang berlaku disini adalah kerana ulama' disana telah dikatakan menjadi ulama' pemerintah. Ketika penjajahan Belanda, ramai ulama' Islam dibunuh dan kitab2 dibakar. Ulama' tulen telah hampir tiada dibumi Acheh. Umat Acheh adalah Islam kerana adat sahaja, walaupun bukan semua. Mereka amat marah jika ada pihak menghina Islam, tapi Islam mereka tidak begitu sempurna.
Apa yang berlaku pada mereka adalah hampir sama dengan apa yang berlaku kepada kaum Nabi Luth mahupun kaum Nabi Nuh, mereka dihilangkan dari bumi Allah dan digantikan dengan kaun yang
Itu adalah salah satu pandangan yang saya perolehi. Ada juga pandangan dari orang lain yang saya lihat hampir sama dengan pandangan itu tadi.
Kemaafan saya pohon kalau ada yang terguris dan terasa dengan penjelasan ini. Walau apapun, bersama-samalah kita renungkan cerita pak haji itu tadi. Kalupun cerita itu tak betul, sekurang-kurangnya ada sedikit pengajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan