1. GUNAKAN NAMA PENUH
sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amirah_alias@...' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.
2. NAMA DEPAN & TENGAH
contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@...' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
3. NAMA & TAHUN
contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2002@...'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2003? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nickname itu?
4. NAMA SAMARAN
contoh: 'cute_lady@...' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dgn gaya tersendiri.
5. NOMBOR & ABJAD
contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan