Rabu, Disember 19, 2007

Pahala Yang Berterusan Selepas Kematian

7 macam pahala yang dapat dinikmati selepas matinya salah seorang anak Adam dan hanya dilakukan hanya kerana Allah sahaja barulah mendapat keredhaan dan pahala yang dijanjikan Allah kerna rahmat Allah sentiasa mendahului dari kemurkaannya.

Dari Anas r.a berkata,

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang mambacanya.

4. Orang yang menggali perigi ,selagi ada orang yang menggunakannya

5. Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya tidak kira manusia atau haiwan

6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan amendapat pahala selagi anak itu mengamalkannya

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristigfar baginya. .

Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w bersabda - "Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:-

1. Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah)
2. Ilmu yang berguna dan terus diamalkan
3. Anak yang soleh yang mendoakan baginya

Tiada ulasan: