Jumaat, Jun 04, 2021

Tazkirah

Tazkirah

Tazkirah

Tazkirah

Tazkirah

Doa Yang Tidak Ditinggalkan


Doa adalah permohonan pengharapan hamba kepada Allah SWT. Memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul. (Lihat Jawami' al-Du'a min al-Qur'an wa al-Sunnah oleh Muhammad Sayyid Tantawi, hlm. 5).

Allah SWT menyukai hamba-Nya sentiasa berdoa kepada-Nya sepertimana firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah: 186)
 
Antara doa yang kerap dibaca oleh Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan daripada Anas R.A:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah:

 (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) 

 “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” HR Muslim (7016)
Imam Muslim menambah dalam riwayatnya:

وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ

"Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan banyak doa, maka dia menyertakan doa tersebut di dalamnya."
 
Manakala hadis lain yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya:

قُلْتُ لأُمِّ سَلَمَةَ : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ ؟ قَالَتْ : كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ : يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ ؟ قَالَ : يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ ، فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ ، وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.

“Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW disisi engkau?" Beliau menjawab: “Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) - “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” - Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. Lalu Baginda SAW menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya." (HR Tirmizi: 3522)
 
Ayuh, jangan tinggalkan dua doa ini apabila berdoa. 

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
 
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

 “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya), malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

Isnin, Mei 31, 2021

Jangan Benci Pilihan Allah

Tangisan Abu Hurairah Ketika Sakit

AL-ASMAUL HUSNA (Sebutan Dalam Rumi)


Nas - Aluka Yaa Man Huwallahulladzii
Laa Ilaaha Illaahu
Awarrohmaanur Rahim
Almalikul Qudduusus Salaamul Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar
Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar
Walqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim
Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur
Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl
Allathiiful Khobiir
Alhaliimul ‘Adzim
Alghofurus Syakuur
Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit
Alhasiibul Jaliil
Al Kariimur Roqiibul Mujiibul Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul Baa’itsus Syahid
Alhaqqulwakiil
Alqowiyul Matiin
Alwaliyul Hamiid
Almuhshil Mubdiul Mu’iid
Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum
Alwaajidul Maajidul Waahidus Shomadul Qoodirul Muqtadirul Muqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir
Addhoohirul Baatinul Waalil Muta’al Bar Ruttawwaaabul Muntaqimul ‘Afuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali wal Ikroom
Almuqsitul Al Jaami’ul Ghoniyul Mughnil Maani’ud Dhoor
Runnaafi’un Nuurul Haadii Badii’ul Baaqii
Alwaaritsur rosyiidus Shobuurulladzi ladza kamits lihi Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir
Allahumma Solli Afdhollas Sholati’alaa As’adi Makhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii
Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu
Maatika Wamidaa Dzakalimaa Tika Kullamaa Dzakaro Kad Dzaakiruuna Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.
See Translation
Like
Comment
Share

Amal Yang Tidak Ikhlas


إِنَّ اَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَعَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: قَاتَلْتُ فِيْكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ ِلأَنْ يُقَالَ جَرِيْءٌ, فَقَدْ قِيْلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى اُلْقِيَ فيِ النَّارِ, وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأََ اْلقُرْآنَ فَأُُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَعَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيْكَ اْلقُرْآنَ, قَالَ:كَذَبْتَ, وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ: عَالِمٌ وَقَرَأْتَ اْلقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِىءٌٌ فَقَدْ قِيْلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى اُلْقِيَ فيِ النَّارِ, وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ وَاَعْطَاهُ مِنْ اَصْْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: مَاتَرَكْتُ مِنْ سَبِيْلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيْهَا إِلاَّ أَنْفَقْتُ فِيْهَا لَكَ, قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيْلَ, ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ
"Sesungguhnya orang pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati kerana syahid di jalan Allah. Diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia perolehi di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Kemudian ditanya kepadanya : Apa yang engkau perbuat dengan nikmat tersebut? Ia menjawab : Aku berperang untuk-Mu Ya Allah, sehingga aku syahid. Allah berkata: Engkau dusta! Engkau berjihad supaya dikatakan engkau seorang yang berani. Dan itu telahpun dikatakan orang padamu. Kemudian diperintahkan para Malaikat untuk menyeret orang itu atas wajahnya, lalu dilemparkan ke neraka. Dan juga orang yang menuntut ilmu, ia juga mengajarkannya serta membaca Al Quran. Ia diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia dapatkan di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Kemudian Allah berkata kepadanya: Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu? Ia menjawab: Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, aku juga membaca Al Quran kerana Mu ya Allah. Allah pun berkata : Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar disebut alim (orang yang berilmu), engkau membaca Al Quran supaya disebut qari’ (ahli membaca Al Quran), dan orang telahpun mengatakannya. Kemudian diperintahkan para Malaikat agar menyeret atas wajahnya dan dilemparkan ke dalam neraka. Dan juga orang yang Allah berikan ia kelapangan rezeki dengan bermacam harta benda. Ia diperlihatkan kenikmatan yang ia peroleh di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Allah berkata kepadanya : Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu? Dia menjawab : Aku tidak pernah meninggalkan suatu jalan kebaikan kecuali aku berinfaq kerana Engkau ya Allah’. Allah berkata : Engkau dusta! Engkau melakukan itu supaya disebut dermawan dan orang telahpun mengatakan itu. Kemudian diperintahkan malaikat agar menyeret di atas wajahnya dan ia dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Muslim No: 1905). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita akan di hadapkan di padang mahsyar untuk dihisab setiap amal dan perbuatan.
2. Orang yang mati syahid ada yang dihumban ke neraka kerana berjihad mengharapkan orang lain menyebut tentang keberaniannya.
3. Orang yang menuntut ilmu ada yang dihumban ke neraka kerana belajar bertujuan agar orang menyebutnya sebagai orang alim.
4. Orang yang membaca al-Quran juga ada yang dihumban ke neraka kerana mengharap agar dia digelar seorang qari
5. Orang yang berinfaq juga ada yang dihumban ke neraka kerana mengharap agar orang lain menyebutnya sebagai seorang dermawan.
Pastikan agar setiap amal yang kita lakukan ikhlas untuk mencari keredhaan Allah bukan sebaliknya.

Saintis Buktikan Putaran Bumi Mungkin Terhenti Jika Umat Islam Tidak Menunaikan Solat. Apa Akan Terjadi Sekiranya Putaran Bumi Terhenti.


Saintis Buktikan Putaran Bumi Mungkin Terhenti Jika Umat Islam Tidak Menunaikan Solat. Apa Akan Terjadi Sekiranya Putaran Bumi Terhenti. Jawapan Saintis Ini Buat Ramai Terkedu

Saintis Buktikan Putaran Bumi Mungkin Terhenti Jika Umat Islam Tidak Menunaikan Solat. Apa Akan Terjadi Sekiranya Putaran Bumi Terhenti. Jawapan Saintis Ini Buat Ramai Terkedu | Sunita Williams, seorang wanita India pertama yang pergi ke bulan pada tanggal 9-07-2011. Kembalinya dari bulan terus memeluk Agama Islam . Dia berkata ”Dari bulan seluruh Bumi kelihatan hitam dan gelap kecuali dua tempat yang terang dan bercahaya.

Ketika aku lihat dengan teleskop, ternyata tempat itu adalah Mekkah dan Madinah. ”Di bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi, Tapi aku masih mendengar suara azan.

Prof Lawrence E Yoseph : Sesungguhnya kita telah berhutang besar kepada umat Islam dalam Encyclopedia Americana menulis,

“Sekiranya orang-orang Islam berhenti mengerjakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, kerana rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.”

Menurut hasil penelitian dari 15 Universiti : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23,000 kali dari baja yang ada. Beberapa astronot melihat satu sinar yang teramat terang memancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata dari Kaa’bah.

Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan kilometer jangkauan siarannya. Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis

“Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”

Para astronot telah menemukan : bahawa planet Bumi itu mengeluarkan radiasi. Radiasi yang berada di sekitar kaa’bah ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Kaa’bah di alam. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Pernah tak kita terfikir apa yang akan terjadi jika bumi ini berhenti berputar? Hasil kajian sains bertahun, jawapan mengejutkan saintis ni buat ramai sentap. Meny3ramkan. Teruskan baca, ada video dan gambar.

10 PERKARA YANG BAKAL TERJADI BILA

1. Semua Benda Akan Tiba-Tiba Mempunyai Halaju 1000 batu/jam (atau 1600km/h) Dan Bergerak Ke Arah Timur

Bayangkan jalan lurus, takde polis, cuaca baik, kita naik kereta Lamborgini dengan kelajuan maksimum 1600 km/h dan tiba-tiba ada ayam melintas depan kita, apa yang kita akan buat adalah menekan brek kuat-kuat.

Bila kereta berhenti, kita tidak berhenti (kalau tak pakai seatbelt la) tetapi mel4mbung keluar dengan kelajuan 1600 km/h. Dan itulah yang akan terjadi bila bumi berhenti berputar. Dan kita semua akan terc4mpak ke arah timur dengan kelajuan tersebut. Allahu.

2. Dalam Tempoh Kurang 2 Minit, Ombak Tsunami Dari Laut Mengh4ntam Daratan

Tak payah tunggu lama, jika kita selamat sebab sempat berpaut kat benda sainsyang pacak kuat di tanah, kurang 2 minit, tsun4mi gerg4si akan mel4nda dan mengh3ntam daratan.

Ini terjadi kerana pergerakan meng3jut tektonik dan batuan bawah bumi membuatkan ombak lautan terus meloncat dan jadi tsun4mi skala yang sangat besar. Jika kita jauh di daratan, alhamdulillah, tetapi jika kita berada kawasan persisiran pantai memang hanya sempat mengucap je lah.

3. Semua Laut Berp3cah Jadi Dua, Daratan Jadi Satu

Akibat impak Bumi berhenti berputar, dan semua pun bergerak ke timur; situasi ini membuatkan semua tujuh lautan dunia akan berp3cah jadi dua. Satu akan ke utara, dan satu akan ke selatan.

Manakala, daratan pula, alhamdulillah akan bersatu di kawasan Equotiral (Khatulistiwa) Bumi dan membentuk daratan yang sangat besar.

4. Bandaraya Persisiran Pantai Semua Lenyap Sekelip Mata

Takyah bayang la New York Ke, Los Angeles Ke, Jakarta ke, Kuala Lumpur ke, Tokyo ke, InsyaAllah semua bandar ni akan lenyap ditengg3lami air.

5. Kalau Ada Yang Selamat, Kebuluran Melanda

Bila semua b3ncana sudah berhenti, keadaan menjadi tenang seketika. Yang berjaya hidup akan cuba cari apa-apa yang boleh dibuat makanan. Makanan menjadi sangat t3ruk sebab tanaman apa pun takda. Pep3rangan puak mungkin berlaku bagi mendapatkan sumber makanan.

6. Siang 6 Bulan, Malam 6 Bulan

Yang ni paling best. Bayangkan kita hadapi waktu siang 6 bulan, dan malam pula 6 bulan. Tak dapat nak dibayangkan oleh akal kan. Tapi itulah realitinya yang bakal terjadi. Bila dah 6 bulan siang, mesti dapat rasa kan suhunya macamana kan. Masa tu memang sangat perlukan kipas angin atau seangkatannya. Tu pun kalau masih ada.

7. Akan Hanya Ada 2 Musim Sahaja

Bila ada dua waktu sahaja, musim pun akan turut serta. Ada dua musim saja nanti. Musim panas dan musim sejuk. Dapat agak tak bagaimana manusia dan hidupan lain nak hidup dalam keadaan tu? Kembali la baca buku sejarah ye.

8. Daya Magnetik Bumi Hilang

Daya magnetik bumi ni, selain dari jadi penunjuk arah kompas, sebenarnya ada fungsi paling penting sekali iaitu menjadi perisai kepada sinaran kosmik yang beradiasi tinggi dari matahari. Bila bumi berputar seperti sekarang, daya magnetik akan terhasil, bila bumi berhenti, daya magnetik pun akan berhenti. Bila daya magnetik berhenti, maka perisai bumi pun turut berhenti. Allahu. Dan apa akan terjadi seterusnya?

9. Sinaran Radiasi Matahari Akan Bu nuh Semua Hidupan

Dari masa ke masa, bumi akan bertukar jadi seperti Planet Marikh. G3rsang tiada kehidupan. Dan manusia dan kehidupan lain akan m4ti. Innalillah.

Amacam? Sudah takut ke bila dengar apa akan jadi bila bumi berhenti? Bunyi macam perkara kecil je kan. Tarian Keke atau Tik Tok ko tu yang lebih utama kan. Namun, jangan lah risau. Saintis jangkakan yang bumi memang akan benar-benar berhenti satu hari nanti. Aah ye.

Tapi dalam tempoh 18 bilion tahun lagi. InsyaAllah. So dah lega kembali? Nak sambung main Mobile Legend semula? Ish ish ish. Nikmat mana yang kamu nak dust4kan? Sekarang kita dah tau apa yang terjadi kan? Apakah yang melengahkan diri kita dari bertaubat? Jom SHARE artikel ni supaya lebih ramai terasa insaf dan kembali beriman kepada Allah SWT.

Cara Salah Mempromosi Puasa Kepada Non-Muslim


Malaysia dilahirkan sebagai sebuah masyarakat majmuk; berbilang bangsa, berbilang bahasa, berbilang agama dan berbilang budaya. Kepelbagaian kaum dan etnik ini mewujudkan pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Hidup dalam masyarakat majmuk ini memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk berdakwah kepada bukan Islam tentang ajaran Islam dalam hal ehwal spritual yang fundemental dan kepercayaan sehinggakan kepada aspek ritual seperti tuntutan solat, puasa, haji, zakat dan lain-lain.
Tuntutan serta ritual dalam ajaran Islam itu menggambarkan imej ajaran Islam secara lansung dan implementasinya oleh umat Islam khususnya di Malaysia akan menjadi perhatian golongan mad'u (orang yang ingin didakwahi). Sekiranya ritual serta tuntutan ajaran yang dilakukan itu dibuat secara sonsang, maka sonsanglah pemahaman golongan mad'u terhadap makna sebenar ajaran atau ritual tertentu.
Dalam sekian banyak ibadah ritual yang dipraktikkan oleh umat Islam seluruh dunia, ibadah puasa pada bulan Ramadhan berpotensi dijadikan sarana dakwah, namun tidak mustahil ia juga boleh menjadi salah satu dari sekian banyak salah faham terhadap ajaran Islam atas sebab-sebab yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu ditelusuri oleh umat Islam sebagai pembawa mesej Islam dalam diri masing-masing.
1) Menjadikan ibadah puasa sebagai alasan membingitkan suasana suhur
Al-Sahar bermaksud lewat malam. Manakala al-Suhur bermaksud makanan yang dimakan ketika bersahur. Al-Suhur pula bererti perbuatan dan akta terbitan dalam memakan makanan itu.Menjadi suatu sunnah yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk bangun di awal pagi dan bersuhur, walaupun dengan seteguk air kerana dengan bersuhur, kita dapat membezakan ibadah puasa pada hari itu dengan puasa ajaran agama lain. Dari 'Amru bin Al-'As, sesungguhnya Rasulullah Sallahu’alaihi Wa Sallam bersabda:-
"Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur".( Hadith Riwayat Imam Muslim no.1096)
Dalam memastikan orang ramai yang ingin berpuasa bangun untuk bersuhur, maka segala macam inisiatif dibuat oleh sesetengah pihak. Ada beberapa masjid atau surau yang memasang bacaan Quran, ada pula yang membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid, ada juga yang sanggup mengetuk pintu-pintu rumah, memasang selawat dan lagu-lagu nasyid, tidak kurang pula yang menjerit-jerit "Sahur! Sahur!".
Semua contoh di atas dibuat dengan tujuan yang satu, membangunkan orang ramai dari tidur supaya bersuhur. Apakah wajar cara-cara yang disebutkan di atas dari sudut pandang Islam? Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi pernah mengingatkan dengan berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Dinukilkan daripada artikel asal Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk “Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan”).
Sekiranya perkara-perkara yang disebutkan di atas ittu ditegah, semestinya para pembaca tertanya-tanya bagaimana seharusnya suasana bersuhur itu yang sewajarnya dari kaca mata Islam? Apakah ianya diajarkan oleh Nabi? Apa yang ditunjukkan pada zaman Nabi untuk kita teladani, yang dilakukan oleh Nabi adalah dengan melaksanakan dua kali azan. Azan pertama untuk menunjukkan masih dibolehkannya makan dan minum. Adzan kedua untuk menunjukkan diharamkannya makan dan minum. Hal ini dapat dibuktikan melalui hadis Nabi yang bermaksud:
“Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya”( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.).
2) Menjadikan ibadah puasa sebagai alasan datang lewat dan balik awal di tempat kerja/belajar
Menjadi kebiasaan sesetengah pihak untuk tidur selepas suhur dan solat subuh, maka kekenyangan sewaktu suhur menjadikan badan dan perut yang penuh itu lena. Akibatnya, ada yang terlewat ke tempat kerja atau kuliah belajar.
Perkara ini akan lebih jelek dan merosakkan imej Islam sekiranya kekerapan lewat itu berulang saban hari dengan alasan yang sama. Namun apabila tiba waktu pulang, pekerja atau pelajar inilah yang ingin pulang awal, alasan yang sama akan diguna pakai yakni perlu pulang awal untuk membeli atau menyiapkan juadah untuk berbuka puasa.
Ada juga sesetengah pejabat yang hanya memberi kelonggaran kepada golongan pekerja Muslim, maka semestinya golongan bukan Islam akan tidak berpuas hati dengan pekerja Muslim sekiranya ada yang datang lewat dan pulang awal. Bagi pekerja atau pelajar yang mempunyai pegawai atasan atau pensyarah yang bukan beragama Islam, hal sebegini boleh memberi suatu persepsi yang negatif bahawa bulan berpuasa bakal menjadikan individu Muslim itu semakin tidak berdisiplin dari menepati masa.
3) Menjadikan ibadah puasa sebagai punca tidak produktif dan malas
Sebut sahaja orang Islam, maka akan terbayang dalam otak sesetengah mereka yang bukan Islam, seorang Melayu, pemalas, tidak maju dan berdaya saing, hanya mengharap subsidi kerjaan dan macam-macam lagi benda yang negatif. Itulah persepsi sesetengah mereka yang bukan Islam terhadap orang Islam (Melayu) di negara ini. Inilah realiti yang perlu umat Islam di Malaysia khusunya hadam walaupun pahit. Pada bulan ini pula, ada sesetengah individu Muslim suka menjadikan ibadah puasa sebagai alasan untuk membenarkan persepsi di atas.
Seseorang individu yang berpuasa semestinya akan merasa lapar dan dahaga, apabila kurang darah disalurkan kepada kawasan yang mana sistem penghadaman berfungsi, maka menjadi lumrah seseorang itu berasa lemah.Namun ini tidak boleh dijadikan alasan untuk seorang Muslim itu untuk tidak produktif dalam perkerjaan sehariannya. Mereka yang tidak produktif seperti tidur pada waktu berkerja atau bermalas-malas dalam kerja seharian, ada juga yang curi tulang dengan bersolat Zohor dan Asar dengan waktu yang lama supaya campur tolak waktu kerjanya menjadi berkurangan. Apakah perkiraan individu Muslim yang tidak amanah sebegini dapat mencapai objektif ibadah puasa dalam melahirkan insan yang bertaqwa?
Sewajarnya individu Muslim sebegini berasa malu dengan fakta-fakta sejarah (sirah) Islam ketika Ramadhan yang mana hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dalam usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pada bulan yang mulia ini.
Tatkala tentera Islam dahulunya menggali parit yang sangat dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah pada Perang Khandak (parit) yang berlaku pada tahun ke 5 Hijrah, apakah wajar untuk golongan Muslim zaman ini bermalas-malas dan bersikap tidak produktif, malah melukis peta kemenangan di bantal.? Sebaliknya, jika umat Islam zaman ini dapat meneladani semangat dan ketekunan Nabi dan para Sahabat yang terlibat dalam beberapa peperangan dan menggali parit yang dalam itu pada bulan mulia ini dan menterjemahkannya ke dalam kerja harian, semestinya perkara ini dapat dijadikan contoh yang baik kepada rakan sejawat/sekuliah atau orang atasan yang bukan Islam.
4) Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan pesta makanan
Masyarakat bandar yang secara umumnya berkerja dan tidak berkesempatan menyediakan juadah berbuka puasa menjadi penyebab utama mengapa bazar Ramadhan tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutamanya di kawasan bandar.
Tidaklah menjadi kesalahan para pembeli mahupun para penjual yang berniaga pada bulan Ramadhan. Namun lambakan gerai-gerai penjualan makanan serta minuman ini menjadi antara sekian banyak sebab persoalan tarbiyah serta roh Ramadhan itu sendiri. Hasilnya, golongan agamawan terpaksa menjadikan tajuk pembaziran sebagai salah satu topik hangat dalam tazkirah dan ceramah mereka. Pesta makanan sebegini secara tidak lansung memberi manfaat kepada golongan bukan Islam termasuk para pelancong untuk mencari dan menikmati segala macam jenis hidangan di bumi Malaysia, maka terbentuklah di minda pemikiran mereka bahawa bulan Ramadhan ialah bulan pesta makanan yang ditunggu-tunggu.
Di peringkat umum, topik apa yang dimakan ketika suhur, apa yang dimakan ketika berbuka menjadi topik perbualan utama sehari-hari. Dalam erti kata lain, topik mengenai makananlah yang paling banyak dibincangkan apabila tiba bulan puasa. Sudah tiba masanya kita membetulkan mentaliti kita berkenaan puasa itu sendiri, tentang apakah ibadah puasa itu mengajar kita bagaimana caranya mengawal nafsu dan menambahkan amalan, atau sebaliknya? Bak kata sesetengah orang, bazar Ramadhan atau bazir Ramadhan! Sama-sama kita renungkan.
5) Menganggu keselesaan mereka disebabkan bazar Ramadhan dan aktiviti solat Tarawih
Apabila tiba waktu Ramadhan, maka keadaan trafik akan menjadi sesak di sebelah petang akibat orang ramai berpusu pergi ke bazar Ramadhan, manakala malamnya pula masjid dan surau akan diserbu oleh orang ramai untuk menunaikan solat fardhu dan solat sunat tarawih. Perkara ini tidak hanya menjadi bual bicara orang bukan Islam, malahan golongan Muslim sendiri ada yang merungut dengan keadaan yang sesak ini disebabkan lambakan bazaar dan ketika ke masjid atau surau untuk solat, terutama di pusat-pusat bandar.
Perkara ini dilihat ketara apabila para pembeli yang singgah di bazar Ramadhan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan sewenangnya kerana inginkan kemudahan supaya hampir dengan bazar, ada juga yang hanya sekadar mengikut perlakuan pemilik kenderaan lain. Tatkala malam hari pula, perkara yang sama berlaku apabila orang ramai yang menghadiri masjid dan surau, justeru lambakan kenderaan berlaku di masjid atau surau yang kecil. Maka akan ada pula yang meletakkan kenderaan di bahu jalan, ada juga yang meletakkan kenderaan di hadapan pintu rumah penduduk setempat dengan sangkaan sekiranya rumah itu dihuni oleh orang bukan Islam, mereka tidak akan keluar rumah untuk ke mana-mana. Mentaliti sebegini menyebabkan hak-hak orang bukan Islam itu dinafikan sedemikian rupa sehingga mampu melahirkan persepsi bahawa orang Islam yang pergi menunaikan solat di masjid atau surau hanya tahu ‘menyusahkan orang lain’. Tidakkah memalukan sekiranya pihak masjid atau surau terpaksa membuat pengumuman supaya kenderaan yang diletakkan dapat dialihkan akibat menghalang orang bukan Islam untuk keluar dari rumah yang mereka diami?
Hak-hak jalan ini tidak hanya merujuk pada waktu bazar Ramadhan sahaja, namun pada bulan-bulan lain serta situasi-situasi lain juga. Dalam Islam, jalan-jalan ini memiliki hak-haknya yang perlu ditunaikan.
Imam Nawawi rahimahullah pernah menjelaskan tentang hak-hak jalan ketika member komentar tentang sepotong hadis tentang hak-hak jalan berkata: “Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Imam Nawawi, Sharah Shahih Muslim, jld. 14 hlm.120). Dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.
6) Menuntut mereka juga 'berpuasa'
Pandangan sinis dan tajam akan diberikan kepada mereka yang bukan Islam sekiranya mereka makan atau minum di hadapan orang Islam yang sedang berpuasa. Suasana berpuasa itu menuntut golongan bukan Islam yang ‘curi-curi’ makan di pejabat, dewan kuliah hatta cafeteria dipandang sinis.
Sudah ramai orang bukan Islam yang faham tentang ibadah puasa yang dilakukan oleh orang Islam, umumnya faham bahawa orang Islam tidak akan makan dan minum di siang hari. Dengan kefahaman sedemikian, ada juga yang minta izin pada orang Islam untuk makan dan minum pada waktu siang ketika terserempak dengan rakan-rakan mereka yang Islam.
Kadang kala orang Islam tidak berlaku adil pada orang bukan Islam hanya kerana keinginan kita mewujudkan suasana berpuasa. Justeru janganlah pula kewajiban berpuasa itu ditaklifkan atas mereka yang bukan Islam sedangkan makan dan minum di siang hari itu ‘harus’ atas mereka.
Dakwah melalui puasa?
Puasa itu tidak hanya disyariatkan kepada umat Islam, sejarah peradaban manusia membuktikan bahawa amalan berpuasa ini juga telah dipraktik oleh golongan terdahulu seperti di zaman Mesir kuno, Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno, malahan amalan berpuasa juga wujud dalam agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Buddhism dan Hinduism.
Fakta tersebut membolehkan umat Islam menjadikan amalan berpuasa itu sebagai satu bahan dakwah dengan menunjukkan puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Namun sekiranya amalan berpuasa itu menjadi punca orang bukan Islam semakin menyalah fahami imej dan ajaran Islam, maka rugilah umat Islam dalam menjadikan ibadah puasa ini sebagai peluang dakwah.
Oleh itu tidak sukar untuk memahami ‘kegagalan usaha dakwah’ di Malaysia ini. Bukan kerana kita tidak berkongsi cerita tentang apa itu Islam kepada orang non-Muslim. Tetapi 'kegagalan sebenar' ialah kita sebagai umat Islam gagal menjadi contoh yang baik kepada orang non-Muslim. Justeru, sekurang-kurangnya, umat Islam di Negara majmuk seperti Malaysia ini wajar memanfaatkan ruang dan peluang dengan menterjemahkan ibadah puasa ini sebagai amalan yang menjadikan manusia itu insan yang lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya agar mereka dapat melihat potensi dalam ajaran yang dituntut dalam agama Islam.

Tips Produktif di Bulan Ramadhan


Ramadan bakal mengetuk pintu rumah kita tidak lama lagi. Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang amat istimewa dan unggul kerana Allah SWT mencurahkan pahala, rahmat dan keampunan-Nya pada setiap detik sepanjang Ramadan tanpa henti berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh yang demikian, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan pada bulan ini.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Ibadah puasa adalah ibadah rohaniah dan jasadiah. Apabila ibadah puasa dilaksanakan dengan menjaga sunnah dan adab – adab berpuasa maka hasilnya akan membentuk seorang hamba yang benar-benar bertaqwa di sisi Allah SWT. InsyaAllah. Namun, bukan mudah bagi kita sebagai manusia biasa untuk menahan lapar dahaga selama lebih kurang 12 jam (atau lebih) sambil mengaut pahala. Disebabkan itu, kita hendaklah sentiasa produktif dan bersemangat dalam menghadapi bulan Ramadan.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tips untul kekal cergas dan produktif pada bulan Ramadan :
1 – Jangan tinggal sahur
Sahur adalah sangat penting bagi orang yang berpuasa. Jikalau kita tidak bersahur, kemungkinan untuk cepat penat atau letih adalah lebih besar berbanding orang yang bersahur. Bagaimana mahu menunaikan ibadah kalau awal pagi sudah letih, lemah, lemau?
Daripada Amru bin al-‘As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”. (Hadith Riwayat Muslim)
Bersahur sebelum Subuh merupakan sunnah Rasulullah SAW. Bangunlah sejam sebelum Subuh. Makanlah makanan yang mengenyangkan seperti nasi dan roti lalu, minumlah air secukupnya. InsyaAllah dengan bersahur kita dapat mengurangkan kelaparan dan kedahagaan di siang hari.
2 – Qailullah (tidur tengah hari / nap)
Qailullah atau dikenali sebagai ‘napping’ adalah amalan tidur sekejap di siang hari yakni pada sebelum atau selepas waktu Zohor. Ia adalah sangat penting untuk mengembalikan kecergasan dan kesegaran dalam kehidupan sehari-hari.
Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk qailullah, cukup sekadar 20 hingga 30 minit sahaja. Dikhuatiri jika melebihi had in akan menjadikan kita berada dalam ‘sleep mode’. Hal ini akan menjadikan kita mengantuk dan lemah untuk meneruskan aktiviti atau pekerjaan.
“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.”(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Sebernanya, tidur di pertengahan hari adalah perkara yang sangat dianjurkan dalam Islam. Qailullah adalah budaya masyarakat Arab dan umat Islam terdahulu, terutamanya pada musim panas dan bulan Ramadan. Ia juga adalah amalan para ulama’ sebagai persediaan untuk menunaikan solat-solat sunat dan tahajjud pada malam harinya.
Pada peringkat awal untuk membiasakan diri dengan rutin ini, kerap kali akan terlajak, itu pasti. Namun, perlu kita pastikan mempunyai kawan atau ibu uang mengejutkan. Lama kelamaan, insyaallah, kita akan terbiasa juga dengan amalan ini.
3 – Buat jadual
Sebernanya, mempunyai jadual memberi banyak manfaat apatah lagi, semasa bulan Ramadan. Membuat jadual menjadikan kita seorang menepati masa dan berprinsip.
Bina jadual khas digunakan sepanjang bulan Ramadan supaya masa digunakan dengan lebih efisyen dan teratur. Tentukan masa untuk bersahur, membaca Al – Quran, solat Tahajjud dan lain – lain.
Jika rasa leceh atau malas untuk membuat jadual, beli saja planner dan tentukan masa – masa beribadah dan banyak lagi. Amat disyorkan untuk membeli planner khas untuk bulan Ramadan sahaja kerana ia mempunyai banyak fungsi sampingan yang bisa digunakan.
4 – Berbuka puasa gaya Rasulullah SAW
Umat Islam dianjurkan untuk menyegerakan berbuka puasa apabila tiba waktunya. Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Banyak manfaat yang diperoleh dalam menyegerakan berbuka.
“Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW semasa berbuka adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa, yakni makanan yang manis.
Daripada Hazrat Anas bin Malik : “Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan ruthab (kurma basah) sebelum menunaikan shalat. Jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad, hasan sohih)
Cara ini dapat memudahkan seseorang untuk menunaikan solat dalam keadaan tidak terlalu kenyang dan tidak mengantuk. Ramai diantara kita yang mengabaikan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa lalu makan dan minum sehingga kekenyagan dan melengah-lengahkan solat Maghrib. Padahal, kita digalakkan supaya mengisi perut sekadarnya.
5 – Lakukan kerja selepas sahur
Ketika sedang berpuasa, ada beberapa perubahan mengenai waktu produktif dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti belajar, bekerja dan lain-lain. Jika biasanya waktu efektif melakukan sesuatu pekerjaan adalah selepas sarapan dan makan tengah hari (lunch), maka ada perubahan yang waktu yang perlu disesuaikan. Selama berpuasa, waktu produktif saat bekerja adalah setelah sahur dan setelah berbuka puasa. Jadi, bekerja saat waktu masih fajar bisa menjadi waktu yang tepat, karena anda telah mengonsumsi cukup makanan dan minuman. Manfaatkan waktu ini untuk menyelesaikan pekerjaan yang bersifat penting dan membutuhkan lebih banyak konsentrasi.
Sebaik mungkin, lakukan seluruh kerja yang lebih penting dan susah di pagi hari dan pada waktu petang yang mungkin lebih mencabar, siapkan kerja lain yang mungkin lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Sesungguhnya, terdapat banyak kebaikan berpuasa tetapi kita menjadi kurang produktif dengan alasan kita tidak mempunyai sumber tenaga yang mencukupi.
Merujuk pepatah Melayu, ‘Alah bisa, tegal biasa’, mungkin pada mulanya, kita mungkin akan berasa penat, letih dan terbeban dengan berpuasa namun, lama-kelamaan kita pasti akan terbiasa dengan rutin tersebut, InsyaAllah.