Jumaat, November 02, 2007

Antara Malaikat, Manusia dan Haiwan

Malaikat: diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.
Haiwan: diberi nafsu, tidak diberi kepadanya akal.
Manusia: diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.

Kalau akal manusia dapat mengalahkan nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah. Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, maka turunlah dia kepada darjat haiwan.

Untuk mengatasi nafsu:
  • hendaklah melawan nafsu dari bertindak semua-muanya
  • hendaklah memberati dengan beban ibadat yang banyak.
  • hendaklah memohon bantuan Allah, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara jahanam yang mencabar.
  • minta diteguhkan iman dan taqwa, supaya dapat melawan nafsu.

Tiada ulasan: