Alhamdulillah. Pada 4 Disember 2007 yang lalu, Ayahanda Ahmad Jaal bin Hj. Abdul Hamid dan Bonda Alang Jahari binti Hj. Ahmad Sapawi telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Rukun Islam yang Kelima. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. Saya sekeluarga mendoakan agar ayahanda dan bonda selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air serta mendapat haji yang mabrur. Insya Allah.
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan
Khamis, Disember 06, 2007
Rabu, November 07, 2007
Happy Birthday Nor Ellyana Balqis

3 November 2007 yang lepas, aku dan isteriku telah mengadakan jamuan hari jadi anak kami yang pertama. Jamuan diadakan di rumah kami di Gombak Setia bermula jam 3.00 petang. Ramai juga tetamu yang hadir, kebanyakannya sedara sebelah isteri aku. Kami adakan jamuan high-tea. Menu kami pada hari tu : nasi imput + kuah kacang, roti jala + kari ayam, lemang, mee goreng, bihun goreng, kuih-mueh serta teh tarik dan sirap.
Kepada semua hadirin, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri jamuan kami. Kepada Sharon and Family, terima kasih banyak-banyak atas pertolongan yang kalian berikan.
Langgan:
Catatan (Atom)