BANGSA-BANGSA JIN
Golongan
Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan
keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti
manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini
terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir
menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk
Kerajaan Besar antarabangsa mereka (seperti PBB bagi pentadbiran
negara-negara oleh manusia) yang juga ditakbir pula oleh golongan
Maharaja mereka. Di sini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung
mereka, pentadbiran tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja,
bukan pentadbiran demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilateral beraja,
yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan
raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3
puak yang besar iaitu :-
1) Puak Ifrait
Satu
bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia.
Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya
yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya
yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia
supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu manusia
dari semua arah terutama di dalam bab akidah. Manusia yang tipis
pengetahuannya akan mudah diperkotak katikkan mereka ini. Hasutan dan
tipu muslihatnya yang halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali
terjebak, amat sukar untuk keluar dari masalah itu. Salah satu contoh
yang boleh diberi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang,
dukun dan bomoh manusia yang sememangnya bersatu dengan golongan Ifrait
itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yang dari keluarga
Ifrait juga kepada manusia yang di dalam kesusahan hidup yang miskin.
Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yang miskin tadi akan
cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (di
Indonesia dipanggil Pensyaratan) yang sudah tentu melanggar hukum
syarak, contohnya menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya
dan semua isi perutnya, setahun sekali dibuat seperti persembahan di
Kaki bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.
Manusia yang
dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila
sudah kaya bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh
dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka
upacara mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah
bukit. Dari saat itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara
pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Sudah mula meninggalkan solat,
puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan
maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf,
berzina dikelab-kelab karaoke, berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas.
Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh
menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerana
itulah yang dicarinya selama ini. Anak bini dirumah menjadi tidak
karuan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah mengetahui
perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang
“bertukar kulit” menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah
mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan jasad sahabat
manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan
tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalik, jin akan
menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak
mengetahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. Lama kelamaan
Jin itu menguasai sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan
wataknya sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.