Jika kita membuka hadits-hadits yang terkait dengan jumlah hitungan
dalam membasuh anggota-anggota wudhu, maka di sana kita akan dapatkan
bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam pernah berwudhu dengan
sekali basuh, dua kali basuh, dan tiga kali basuh. Sedang sikap yang
terbaik dalam menyikapi ragam sunnah ini adalah dengan melakukan variasi
saat melakukannya. Sesekali dengan satu kali basuh dan di waktu lain
dengan 2/3 kali basuh, dengan demikian sunnah-sunnah Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasallam dapat teramalkan tanpa mengabaikan salah
satunya.
Dalil Ragamnya Basuhan
Di antara dalil-dalil yang menunjukkan bolehnya berwudhu satu kali, dua kali, dan tiga kali basuh adalah sebagai berikut:
1. Diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu, ‘Ketika
berwudhu, Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam terkadang membasuh satu kali
anggota wudhunya, terkadang dua kali, terkadang pula tiga kali.’ [Shahih. HR. ath-Thahawi, Syarh al-Atsar 1/36].
2. Diriwayatkan pula oleh Bukhari dalam bab Wudhu, dari ibnu Abbas
Radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam pernah
berwudhu sekali-sekali, ‘Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam berwudhu
satu kali-satu kali.’ [HR. al-Bukhari 157].
3. Dan dalam riwayat Abdullah bin Zaid Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
‘Sesungguhnya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam berwudhu dua kali-dua
kali.’
4. Adapun keterangan tentang kebiasaan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasallam dalam membasuh anggota wudhunya tiga kali adalah hadits dari
Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘anhu, ‘Dari Humran, bahwa Utsman pernah
meminta air untuk berwudhu. Ia lalu mencuci tangannya tiga kali.
Kemudian berkumur, menghisap air melalui hidung dan mengeluarkannya.
Kemudian membasuh tangan kanannya hingga siku sebanayk tiga kali. Lalu,
tangan kirinya begitu juga. Kemudian mengusap kepalanya. Kemudian
membasuh kaki kanannya hingga mata kaki tiga kali, lalu kaki kirinya
begitu juga. Kemudian ia berkata, “Aku melihat Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini ”.’ [Muttafaq ‘Alaihi. Shahih Bukhari 158 dan Muslim 226].
Memaparkan catatan dengan label ibadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibadah. Papar semua catatan
Khamis, Julai 13, 2017
Isnin, Julai 03, 2017
Hukum Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.
Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.
Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]
Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:
“Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/391]
Imam An-Nawawi RH berkata:
“Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam.

Isnin, September 21, 2015
Daging Korban
Pembahagian
Daging Qurban
Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis iaitu sembelihan
Korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:
Pembahagian daging qurban wajib atau nazar:
Wajib
semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang
fakir dan miskin dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan
dagingnya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
Pembahagian daging qurban sunat ada beberapa cara iaitu:
- Menurut pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali, daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan kepada hadith Ibn Abbas seperti yang berikut:
- 1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya.
- 1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
- 1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran atau saudaranya.
- Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul jadid(pendapat baharu):
- 1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya.
- 1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
- 1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
- Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul qadim(Pendapat Terdahulu):
- ½ - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya.
- ½ - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
- Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul asah.
- Wajib disedekahkan daging walaupun dengan kadar yang sedikit seperti setengah kilo atau setengah kati dengan syarat hendaklah daripada daging yang mentah, bukannya yang telah dimasak.
- Tujuannya supaya orang fakir atau miskin itu boleh memasak daging itu mengikut seleranya atau membolehkan dia menjualnya kepada orang Islam yang lain bagi mendapatkan harga dalam bentuk mata wang ataupun pertukaran dengan barangan yang lain.
- Yang paling afdhal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau sesuap yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.
Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’)
memakan daging korbannya.
Isnin, September 14, 2015
Perbezaan Ibadah Haji dan Umrah
Terdapat beberapa pendapat tentang bila bermulanya pensyariatan
kedua-dua ibadat ini. Berdasarkan pendapat yang lebih rajih
ibadat-ibadat ini disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan:
Nabi s.a.w bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al-Qis yang datang menemui Baginda s.a.w pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah-perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang”. Sekiranya haji difardhukan sebelum itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama perintah yang ditujukan kepada mereka ( Kitab Fiqh al-Manhaji Imam As-Syafie ).
Terdapat beberapa perbezaan yang besar antara ibadah haji dan umrah dari sudut masa perlaksanaan dan hukum iaitu :
1. Haji hanya boleh dilakukan pada bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah ). Umrah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.
2. Haji mengandungi wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Dalam umrah tidak ada semua semua perkara tersebut, hanya tawaf, sa’i dan bercukur atau bergunting (tahallul).
3. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i dan tahallul. Manakala rukun umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul
4. Kewajipan mengerjakan haji telah disepakati oleh ijmak ulamak, tetapi kewajipan umrah ulamak berselisih pendapat ( tiada sepakat ulamak).

Isnin, Julai 06, 2015
6 Cara Salah Mempromosi Puasa Kepada Non-Muslim
Malaysia dilahirkan sebagai sebuah masyarakat majmuk; berbilang bangsa, berbilang bahasa, berbilang agama dan berbilang budaya. Kepelbagaian kaum dan etnik ini mewujudkan pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Hidup dalam masyarakat majmuk ini memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk berdakwah kepada bukan Islam tentang ajaran Islam dalam hal ehwal spritual yang fundemental dan kepercayaan sehinggakan kepada aspek ritual seperti tuntutan solat, puasa, haji, zakat dan lain-lain.
Tuntutan serta ritual dalam ajaran Islam itu menggambarkan imej ajaran Islam secara lansung dan implementasinya oleh umat Islam khususnya di Malaysia akan menjadi perhatian golongan mad'u (orang yang ingin didakwahi). Sekiranya ritual serta tuntutan ajaran yang dilakukan itu dibuat secara sonsang, maka sonsanglah pemahaman golongan mad'u terhadap makna sebenar ajaran atau ritual tertentu.
Dalam sekian banyak ibadah ritual yang dipraktikkan oleh umat Islam seluruh dunia, ibadah puasa pada bulan Ramadhan berpotensi dijadikan sarana dakwah, namun tidak mustahil ia juga boleh menjadi salah satu dari sekian banyak salah faham terhadap ajaran Islam atas sebab-sebab yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu ditelusuri oleh umat Islam sebagai pembawa mesej Islam dalam diri masing-masing.
1) Menjadikan ibadah puasa sebagai alasan membingitkan suasana suhur
Al-Sahar bermaksud lewat malam. Manakala al-Suhur bermaksud makanan yang dimakan ketika bersahur. Al-Suhur pula bererti perbuatan dan akta terbitan dalam memakan makanan itu.Menjadi suatu sunnah yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk bangun di awal pagi dan bersuhur, walaupun dengan seteguk air kerana dengan bersuhur, kita dapat membezakan ibadah puasa pada hari itu dengan puasa ajaran agama lain. Dari 'Amru bin Al-'As, sesungguhnya Rasulullah Sallahu’alaihi Wa Sallam bersabda:-
"Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur".( Hadith Riwayat Imam Muslim no.1096)
Dalam memastikan orang ramai yang ingin berpuasa bangun untuk bersuhur, maka segala macam inisiatif dibuat oleh sesetengah pihak. Ada beberapa masjid atau surau yang memasang bacaan Quran, ada pula yang membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid, ada juga yang sanggup mengetuk pintu-pintu rumah, memasang selawat dan lagu-lagu nasyid, tidak kurang pula yang menjerit-jerit "Sahur! Sahur!".
Puasa Dalam Agama Yahudi,Kristian,Hindu,Buddha dan Islam: Sama Tapi Tak Serupa?
Amalan berpuasa telah lama menjadi ritual agama-agama penting di dunia. Tatkala amalan ini menjadi perhatian dunia apabila umat Islam seluruh dunia berpuasa serentak pada bulan Ramadhan, amalan berpuasa ini telahpun lebih awal menjadi amalan lazim masyarakat bukan Islam terdahulu seperti di zaman Mesir kuno,Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno. Dan ritual ini masih dipraktikan oleh sesetengah agama seperti Kristian, Judaism, Buddhism, Hindusim, Jainism dan sebagainya.
Amat benarlah perintah Allah bahawasanya puasa itu telahpun disyariatkan kepada umat-umat terdahulu. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” [al-Baqarah 2:183]
Konsep puasa difahami oleh agama-agama umumnya sebagai satu kaedah penyucian jiwa dan raga manusia, selain sebagai langkah penyatuan dan ketakwaan kepada Tuhan. Secara konseptualnya puasa difahami sebagai suatu tindakan ‘menahan diri daripada melakukan sesuatu’. Justeru walaupun amalan berpuasa ini terdapat dalam agama-agama lain, puasa dari segi syariat dan pengisiannya adalah berbeza-beza.
Menahan diri daripada melakukan sesuatu bagi sesetengah agama merujuk kepada makan dan minum, atau salah satu darinya untuk beberapa waktu, atau juga terhadap sesuatu tindakan seperti menahan diri daripada berkahwin. Melihat kepada agama-agama samawi, kewujudan dan pemahaman tentang puasa juga wujud dalam bentuk-bentuk dan cara-cara yang berbeza.

Mencari Lailatul Qadar
"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)
Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.
Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)
Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.
Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.
Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.
Selasa, Disember 23, 2014
Cara Menunaikan Solat Ketika Sakit
- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
- Mengadap kiblat.
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
- Mengiring di atas rusuk kanan.
- Muka dan dada mengadap kiblat.
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
3. SOLAT BARING MELENTANG
- Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- Tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
- Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
- Tangan diangkat sepertipt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.
4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA
- Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
- Kaki menghala ke arah kiblat.
- Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.
5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI
- Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.
Sumber: http://ustazdris.blogspot.com/
Selasa, Julai 22, 2014
Kesilapan dan Kecuaian Umat Islam pada Bulan Ramadan
Sebahagian kita melakukan kesilapan dalam melaksanakan sesuatu ibadah termasuk ibadah puasa sama ada disebabkan kekeliruan, kekurangan mahupun juga ketiadaan ilmu tentangnya. Oleh sebab itulah sebelum tibanya bulan Ramadan lagi kita digesa supaya membuat persediaan mental dan fizikal bagi menyambut ketibaannya dengan penuh keinsafan serta kegembiraan dan berusaha menunaikan ibadah yang difardukan atas kita itu dengan penuh kesungguhan.
Antara persediaan penting yang perlu dilakukan termasuklah mendapatkan ilmu secukupnya berkaitan dengan bulan Ramadan serta ibadah puasa. Sebagai contoh ialah cara terbaik menyambut Ramadan, hikmah berpuasa dan hukum-hakam ibadah puasa, misalnya perkara-perkara sunat, makruh dan yang mengurangkan pahala serta membatalkan puasa, selain keringanan (rukhsah) yang diberikan kepada individu tertentu untuk tidak menunaikan ibadah puasa serta cara menggantikannya.
Beberapa kekurangan dan kesilapan yang dapat dilihat dalam amalan atau tindakan umat Islam pada bulan Ramadan termasuklah:
1. Tidak meneladani amalan umat Islam terdahulu dalam menyambut ketibaan Ramadan
Jika diamati, sambutan yang diberikan terhadap kedatangan Ramadan amat berbeza antara masyarakat Islam kini dengan umat Islam terdahulu. Ibn Rajab al-Hanbali menyebut daripada Ma`la ibn al-Fadl, “Mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah selama enam bulan supaya mereka ditemukan dengan Ramadan dan berdoa enam bulan lagi (selepas Ramadan) agar Allah menerima amalan mereka.” (Mohamad Noor Mohamad Endut, Ensiklopedia Ramadan, hlm. 82)
2. Menyambut Ramadan tanpa memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
Dr Mani` `Abdul Halim Mahmud mengatakan, “Terdapat tiga perkara penting yang mesti dilakukan oleh umat Islam sebagai persediaan penting sebelum kedatangan bulan penuh kemuliaan, iaitu Ramadan.
Pertama, taubat nasuha daripada sebarang dosa, kedua, berazam dan berjanji untuk tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan itu, dan ketiga, berusaha untuk mengetahui hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah puasa agar dapat melaksanakannya dengan sempurna.
Isnin, Julai 14, 2014
Kehebatan Sedekah
Sedekah
adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipat gandakan rezeki;
sebutir benih menumbuhkan tujuh ulir, yang pada tiap-tiap ulir itu
terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya akan membalasnya
hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah!
Sahabat, betapa dahsyatnya sedekah yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas, sampai-sampai Rasul sendiri membuat perbandingan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik,

Rasulullah
SAW bersabda, "Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu
Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan
kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat tertanya-tanya akan
penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, 'Ya Rabbi, adakah
sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?'. Allah
menjawab, ' Ada , yaitu besi'. Para malaikat pun kembali bertanya, 'Ya
Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari
besi?'.Allah menjawab, ' Ada , yaitu api'.
Bertanya kembali para malaikat, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari api?'. Allah menjawab, ' Ada , yaitu air'. 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?' tanya para malaikat.
Allah pun menjawab, ' Ada , yaitu angin'. Akhirnya para malaikat bertanya lagi, 'Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?'.Allah yang Maha kaya menjawab, ' Ada , yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan SEDEKAH dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya' ."
Subhanallah...

Selasa, April 15, 2014
Bacaan Kuat Selain Azan
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Selasa, Julai 23, 2013
Perkara Wajib dan Sunat dalam Solat
Pekara yang wajib dalam solat:
Terdapat 13 perkara yang wajib di dalam solat (fardu dan sunat). Ia juga dikenali dengan nama rukun solat. Perkara-perkara tersebut ialah:
1. Niat
2. Berdiri betul
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca Surah Al-Fatihah
5. Rukuk serta tuma'ninah
6. I'tidal
7. Sujud serta tuma'ninah
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyat akhir
10. Bacaan tahiyat akhir
11. Selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib
Sunat-sunat solat itu banyak dan secara keseluruhannya ia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Sunat-sunat yang ditunaikan sebelum solat
2. Sunat-sunat yang ditunaikan ketika solat
3. Sunat-sunat yang ditunaikan selepas solat
Sunat-sunat yang ditunaikan sebelum solat
Ada tiga perkara, iaitu:
1. Azan.
2. Iqamat.
3. Meletakkan sesuatu (pemisah) di hadapannya yang memisahkan antaranya dengan orang-orang yang lalu lalang seperti dinding, tiang, tongkat atau dengan menghampar sejadah dan seumpamanya.
Doa Iftitah Dalam Solat
Secara
ringkasnya doa iftitah merupakan salah satu perkara sunat yang
dilakukan semasa solat dan termasuk dalam kategori sunat haiat (سنة هيئات) iaitu perkara sunat yang tidak akan menyebabkan sujud sahwi apabila ditinggalkan. Berbeza dengan sunat ab’adh (سنة أبعاض) iaitu perkara sunat yang akan menyebabkan sujud sahwi apabila ditinggalkan.
Pensyariatan Doa Iftitah Di Dalam Solat
Antara hadis Nabi S.A.W. yang menyatakan tentang perkara ini ialah : Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Saidina Ali k.a.w. daripada Rasulullah S.A.W. apabila berdiri untuk solat akan membaca :
وجهت)
وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنبفا مسلما وما أنا من المشركين, إن صلاتي
ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين, لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من
المسلمين.(
Aku
berniatkan ibadahku kepada Yang menjadikan langit dan bumi, sebagai
seorang Hanif (yang berada atas jalan lurus) dan Muslim dan bukanlah aku
tergolong dari kalangan orang musyrikin. Sesungguhnya solatku,
ibadahku, kehidupanku, dan kematianku hanyalah kepada Allah Tuhan
sekalian alam. Tiadalah sekutu bagiNya dan dengan itulah (mentauhidkan
Allah) aku diperintahkan dan aku tergolong dari kalangan orang Islam.
Ahad, Julai 21, 2013
10 Kekeliruan Dalam Saf
1. Luruskan saf . saf tidak
boleh dipandang ringan . Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya
kesempurnaan saf atau barisan dalam sembahyang merupakan sebahagian
daripada solat jemaah . jika ia nya tidak dilakukan dengan sempurna ,
secara tidak langsung pahala solat jemaah turut tidak sempurna.
2. Tugas imam dan bilal .
peranan imam menyuruh jemaahnya meluruskan saf , manakala bilal pulak
membacakan iqamah bagi membangkitkan jemaah . pada zaman Rasulullah saw ,
baginda sendiri pergi membetulkan saf . malah dalam riwayat yang lain ,
diceritakan bahawa Saidina Umar pernah menggunakan pedang bagi
meluruskan saf .
3. Saf kosong iaitu putus saf
. apabila saf putus atau kosong ,solat jemaah menjadi tak sempurna .
apabila salah seorang makmum keluar dari jemaah menyebabkan wujudnya
ruang kosong . adalah menjadi keutamaan kepada makmum di bahagian
belakangnya untuk bergerak ke hadapan . tetapi ia nya juga bergantung
kepada keadaan . sekiranya tiada orang bahagian belakang , maka makmum
di tepi kosong perlu berganjak .
Jumaat, Julai 12, 2013
Solat Berjemaah Mengikut Mazhab Syafie
1. Niat dalam solat
Makmum
mestilah berniat makmum sewaktu takbiratul ihram. Batal solat jika dia
sengaja mengikut imam tanpa niat makmum atas alasan tiada apa ikatan
antara dia dengan imam. Kecuali kalaulah pengikutan dia dengan imam itu
secara kebetulan, tidak batal solat, namun dia dikira solat sendirian
(munfarid).
Makmum
yang syak niatnya samada niat makmum atau tidak, jika dalam solat,
batal solatnya. Kecuali dia belum mengikuti imam 1 rukun perbuatan,
maka, dia boleh berniat menjadi makmum.
Imam
pula, untuk mendapat kesempurnaan berjemaah, hendaklah berniat imam
sewaktu takbiratul ihram jika dia ada makmum bersamanya seawal solat.
Jika di pertengahan solat, baru ada makmum mengikutinya, maka dia
berniat imam sesudah makmum selesai bertakbiratul ihram. Imam yang yang
tidak berniat imam, sah sembahyangnya tapi tidak mendapat kelebihan
berjemaah. Kecuali untuk solat jumaat, adalah wajib bagi seseorang
berniat samada imam ataupun makmum.
2. Takbiratul ihram
Tidak
boleh mendahului atau serentak dengan imam dalam takbiratul ihram.
Makmum kena tunggu selesainya imam takbiratul ihram, barulah boleh dia
takbiratul ihram. Jika tidak, batal solatnya.
Makmum yang takbiratul ihram dan mendapati imam sujud, boleh sahaja terus sujud tanpa mengucapkan takbiratul intiqalat.
Begitu
juga, jika dia mendapati imam tasyahud awal atau tasyahud akhir, terus
sahaja boleh duduk tasyahud tanpa perlu bertakbir intiqalat. Membaca
tasyahud itu dibolehkan baginya.
Makmum
yang takbiratul ihram kemudian mendapati imam telah memberi salam
sebelum dia sempat duduk, maka dia hendaklah terus sahaja berdiri
meneruskan solatnya. Tidak perlu baginya duduk lagi. Dia dikira mendapat
jemaah.
3. Menunggu makmum
Adalah
lebih afdhal berjemaah dengan orang yang sedikit di awal waktu daripada
bersembahyang berjemaah dengan orang yang banyak di akhir waktu.
Justeru, tidak sunnah mentakhirkan sembahyang sebab menanti akan orang
yang banyak atau menanti orang-orang terpilih.
Sunnat
bagi imam menanti di 2 tempat dalam sembahyangnya; Rukuk dan tasyahud
akhir; akan orang yang dirasakan datang untuk mengikutnya. Jika dia
menunggu untuk makmum mengikutnya masuk jemaah, dia boleh melebihkan
tasbih dalam kiraan ganjil 5x, 7x sehingga kesempurnaannya ialah 11x.
Jika tiada apa keuzuran seperti itu, makruh imam membaca tasbihnya dalam
rukuk atau sujud lebih dari 3x.
Khamis, Jun 13, 2013
Masbuq (Solat Berjemaah)
Masbuq
ertinya yang didahului. Salah satu daripada istilah ilmu fiqh, iaitu
ma’mum yang tidak sempat membaca surah al-Fâtihah berserta imam pada
rakaat pertama. Lawannya muwâfiq.
Hukumnya adalah seperti berikut:
- Jika ma’mum melakukan takbîratul ihrâm sewaktu imam belum ruku‘, hendaklah ma’mum terus membaca surah al-Fâtihah seberapa segera yang mungkin tanpa membaca doa Iftitâh. Apabila imam ruku‘ sebelum ma’mum habis membaca surah al-Fâtihah, maka hendaklah ma’mum itu memberhentikan bacaan surah al-Fâtihahnya dan terus ruku‘ bersama imam, kerana bacaan surah al-Fâtihah ma’mum yang tidak habis itu sama ada sebahagiannya atau semuanya akan ditanggung oleh imam.
- Sekiranya ma’mum melakukan takbîratul ihrâm sewaktu imam sedang ruku‘, hendaklah ma’mum itu terus ruku‘ bersama imam tanpa membaca surah al-Fâtihah. Dengan berbuat demikian, ma’mum tersebut mendapat satu rakaat, kerana ma’mum itu sempat ruku‘ bersama imam. Tetapi sekiranya dia tidak sempat ruku‘ bersama imam, maka tidaklah dikira rakaat itu bersama imam. Hendaklah ditambah kekurangan rakaatnya sesudah imam memberi salam.
- Jika imam sedang duduk membaca tahiyyat atau sedang sujud, maka ma’mum hendaklah melakukan takbîratul ihram kemudian terus mengikut keadaan dan perbuatan imam itu. Oleh kerana ma’mum itu tidak sempat ruku‘ bersama-sama imam, maka dia tidak dikira mendapat satu rakaat.
Contoh-contoh sembahyang masbuq:
- Jika ma’mum yang masbûq sempat ruku‘ bersama imam pada rakaat yang kedua dalam sembahyang Subuh, ma’mum itu hendaklah mengikut keadaan dan perbuatan imam, kemudian apabila imam telah selesai memberi salam, maka ma’mum tersebut hendaklah berdiri untuk melakukan rakaat yang kedua bagi dirinya dan sunat baginya membaca doa Qunut sekali lagi dalam rakaat yang kedua itu.
- Jika ma’mum yang masbûq itu sempat ruku‘ bersama imam pada rakaat yang ketiga (akhir) dalam sembahyang Maghrib, ma’mum itu hendaklah mengikut keadaan dan perbuatan imam, kemudian apabila imam selesai memberi salam, maka ma’mum tersebut hendaklah berdiri untuk melakukan rakaat yang kedua bagi dirinya dan melakukan tahiyyat awwal dalam rakaat itu, kemudian dia berdiri lagi untuk melakukan rakaat yang ketiga hingga selesai memberi salam.
Sumber: http://www.mufti.gov.bn
Jumaat, Februari 15, 2013
Lalai Solat Kerana Pengaruh Dunia
PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?
Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.
Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.
Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.
Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:
1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.
2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.
3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.
Waktu Solat Menurut Al-Quran dan Sains
Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.
Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.
WAKTU ZOHOR
Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaanya.
Rabu, Februari 13, 2013
Doa Para Nabi-Nabi
Doa Nabi Adam a.s
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)
Doa Nabi Nuh a.s
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)
Doa Nabi Hud a.s
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ”
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Surah Hud :56)
Doa Nabi Ibrahim a.s
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)
Jumaat, Disember 07, 2012
Hukun Solat Jumaat bagi Muslimat
Solat
Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan
menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama
muslim.
Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya.
Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.
Sabda Nabi SAW;
الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض
Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”
Sabda Nabi SAW lagi;
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً
Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit”

Langgan:
Catatan (Atom)