Memaparkan catatan dengan label islam liberal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam liberal. Papar semua catatan

Isnin, November 15, 2010

Islam Liberal - Antara Ciri-ciri Golongannya

Cuba Mengubah Syariat

Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka.Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang.Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu.Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia.Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan,yang mana satu hukum manusia.Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.

Khamis, Mei 28, 2009

Islam Inklusif

Islam Inklusif secara logiknya akan mengakui kebenaran agama lain selain daripada Islam. Terma yang digunakan oleh golongan Islam Liberal ini menggunakan pendekatan untuk menyamakan agama lain dengan agama Islam, kerana agama lain turut dikatakan menganjurkan amalan yang baik dan benar.

Terma Inklusif sebenarnya menyamai konsep pragmatisme akhlak yang telah dipopularkan oleh John Dewey di Amerika Syarikat. Dalam konsep pragmatisme, kebenaran mutlak tidak ada menyebabkan setiap sesuatu tidak bersifat eksklusif. Dalam konteks mudah ia seakan mengarahkan umat Islam mengakui kebenaran agama lain sehingga boleh menyebabkan umat Islam berada pada tahap murtad.

Di Malaysia, usaha golongan kelompok ini dapat dilihat dari segi idea, penulisan karya, percakapan dan kelakuan seseorang atau organisasi. Mereka seboleh mungkin cuba menampakkan diri mereka terpisah tetapi mereka mempunyai jaringan dalam kelompok sendiri yang hanya diketahui oleh kelompok mereka sahaja. Dengan menjadikan pendekatan sederhana kelompok ini seringkali mengelirukan masyarakat islam di Malaysia.

Fahaman ini juga dikatakan melihat pandangan hidup Islam yang berpandukan beberapa dasar seperti konsep tuhan, kenabian, ilmu dan agama yang diletakkan sebagai objek yang membingungkan dan perlu diperdebatkan.

Sebenarnya ini semua adalah permainan barat yang sengaja mencipta pelbagai terma untuk meletakkan Dunia Islam dalam aneka perangkap mereka dengan penciptaan pelbagai istilah seperti Islam tradisional vs moden, Islam sederhana vs fundamentalis, Islam legalistik/formalistik vs substantif normatif, Islam budaya vs struktural serta Islam inklusif vs eksklusif.

Untuk mengelirukan kelompok islam juga, Barat dengan sengaja melontarkan pelbagai istilah dan pemikiran dengan aliran politik dan ideologi serta melakukan permainan istilah yang berbahaya dan asing seperti Islam Liberal, Islam Moderate dan Pluralisme Islam dengan maksud mendatangkan keraguan umat Islam terhadap ajaran asal agama yang dianuti. Ini dilakukan semata-mata kerana barat bimbang sekiranya umat islam bangkit menerusi ideologi Islam sebenar seperti yang telah dilakukan oleh tamadun islam sebelum ini seperti kewujudan kerajaan Abbasiyah, kerajaan Cordova dan juga kerajaan Bani Uthmaniyah, akan menyebabkan barat kembali berada di dalam kegelapan atau kemunduran.

Profesor Sosiologi agama di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, Charles Kurzman telah memperkenalkan istilah atau gerakan baru di Dunia Islam ini menerusi bukunya ‘Islamic Liberalism’ dan sebelum itu Leonard Binder cuba menyebarkan fahaman berkenaan dalam bukunya Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies.

Secara ringkas, aliran islam seupama ‘mazhab’ ini berakar umbi kepada fahaman kebebasan tanpa batasan bagi membolehkan akal manusia digunakan secara sebebas-bebasnya untuk memberi jawapan dan persoalan kepada semua perkara tanpa merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Pada kelompok ini tafsiran terhadap Al-Quran perlu dilakukan semula kerana mereka mengangap tafsiran lama sudah tidak relevan dalam keadaan persekitaran umat islam hari ini.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pemikiran dan Tamadun Islam Indonesia (INSISTS), Adnin Armas, ketika membentangkan kertas kerja ‘Sumber Liberalisasi Pemikiran Islam: di Ipoh pada tahun 2006, Kes al-Quran’ dalam muzakarah itu, berkata pengikut fahaman berkenaan kini semakin berani mencabar akidah umat Islam dengan menyarankan agar al-Quran disunting semula dan disusun menjadi sebuah kitab baru dikenali al-Quran edisi kritis (a critical edition of the Quran) kerana mendakwa terdapat banyak kelemahan dalam isi kandungannya.

Katanya, golongan berkenaan yang sebahagiannya memiliki latar belakang pendidikan agama mula mengemukakan gagasan supaya al-Quran diolah semula pada 2002 di Indonesia sehingga sanggup mengeluarkan ungkapan antara lain: “Hakikat dan sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai-bagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi daripada perdebatan, pertentangan, intrik dan rekayasa (direka-reka).”

Adnin berkata, fenomena itu adalah kes baru kerana ketika penjajahan Belanda, Inggeris dan Jepun di Indonesia sekalipun perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Malah, beliau berpendapat pemikiran yang mengkritik al-Quran itu datangnya dari pengaruh pandangan hidup Yahudi-Kristian.

Katanya, dengan menggunakan tafsiran baru kepada sumber dalaman tradisi Islam, golongan orientalis membangunkan teori baru yang bukan saja berbeza tetapi bertentangan dengan pendapat golongan ulama besar silam hingga sekarang.

Malangnya, kata beliau, ramai pemikir Islam terpengaruh dengan pemikiran itu sehingga pelbagai kritikan telah dilontarkan terhadap kitab suci itu terutama dalam mempertikaikan mushaf Uthmani yang digunakan sekarang dianggap sebagai tidak asli.

“Untuk menangani persoalan berkenaan, sudah tiba masanya bagi golongan ulama meneliti karya orientalis ini secara serius. Menerusi tindakan membongkar akar pemikiran sekular-liberal, diharapkan ranting pemikir Islam yang sudah terpengaruh dengan kerangka pemikiran Barat akan dengan sendirinya roboh,” katanya.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang bersidang dalam Musyawarah Nasional (Munas) Kali Ketujuh pula telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ahmadiyyah, liberalisme dan pluralisme sebagai ajaran sesat. Sejak itu, pengikut fahaman liberalisme dan pluralisme telah melakukan pelbagai cacian dan tentangan terhadap MUI dan golongan ulama.

Dalam sejarah tamadun Islam, ramai tokoh di kalangan umat Islam telah mengeluarkan hujah atas nama ‘mengeluarkan umat Islam dari kemunduran’ dengan bercakap atau melakukan perbuatan yang melanggar syariat seperti Ziya Gokalp (1875-1924) di Turki yang menyarankan agar orang Turki bersolat menggunakan bahasa Turki agar mereka berasakan jiwa lebih dekat dengan Tuhan serta menganggap hukum Islam hanya bersumberkan nas al-Quran dan adat kebiasaan (urf) masyarakat di sesuatu tempat.

Begitu juga dengan pemerintah Islam Moghul di India, Akbar Khan atau ‘Akbar Agung’ yang telah mencipta agama Din Ilahi dengan menyatukan semua agama atas alasan untuk mengelakkan perpecahan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama. Pendekatan yang seumpama membawa maksud agama lain juga benar ini telah menyebabkan Islam setaraf dengan agama lain. Malah Akbar juga telah bertindak mengahwini puteri raja Hindu dan membenarkan cucunya dibaptis oleh paderi kristian untuk menunjukkan dasar keterbukaan dirinya terhadap agama lain. Beliau juga telah mendirikan rumah pelacuran berhampiran istananya dengan tujuan untuk melayan kehendak nafsunya, selain pelacur perempuan rumah pelacuran itu juga turut mempunyai pelacur lelaki. Walaupun beliau mengakui dirinya adalah seorang Islam.

Begitu juga dengan Abdul Rahman Al-Kawakibi tokoh pembaharuan agama di Mesir, merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah kerajaan Uthmaniyah Turki. Beliau terpengaruh dengan sistem pemerintahan demokrasi di eropah dan berpendapat bahawa masalah membentuk kerajaan merupakan masalah asasi kepada manusia dan beliau menyeru agar Negara-negara di Timur agar menuruti jalan Demokrasi yang telah dilakukan oleh barat. Abdul Rahman juga tidak mengiktiraf kewujudan dua kekuasaan kepada ketua kerajaan ialam iaitu kuasa agama dan kuasa politik (sivil) kerana pada beliau agama dan politik seharusnya berasingan. Bagi tokoh kontroversi ini juga agama adalah apa yang dianuti oleh seseorang peribadi dan bukannya apa yang dianuti oleh semua orang.

Secara kebetulan, kebanyakkan besar tokoh atau mereka yang cuba memajukan ummah dari kemunduran akibat fahaman sempit mereka terhadap Islam selalunya akan mendapat sokongan atau menerima bantuan daripada pertubuhan atau negara Barat. Keadaan ini berlaku sejak dari zaman penjajahan Barat di negara Islam sehingga sekarang.

Di Malaysia tokoh yang selalu mempromosi agenda perubahan ini ialah Anwar Ibrahim dan secara kebetulan dia juga amat rapat dengan pihak barat, adakah Anwar juga merupakan salah seorang kelompok Islam Liberal? kerana kita mengetahui rakan baiknya di Indonesia iaitu Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur juga merupakan tokoh yang menggerakan Islam Liberal dan Pluralisme, keterbukaan beliau dan Inklusif dirinya dibuktikan dengan dirinya sanggup dibaptiskan oleh paderi kristian di Indonesia dan digelar bapak Pluralisme di Indonesia.

Seharusnya umat Islam berhati-hati dengan serangan pemikiran ini kerana golongan yang menyokong gerakan pemikiran ini tidak pernah henti untuk menyebarkan idea mereka semenjak daripada zaman silam sehingga sekarang dan sentiasa kekal dalam pemikiran tersebut.

Walaupun gerakan pemikiran ini menggunakan terma-terma yang pelbagai untuk mengelirukan pergerakan dan pemikiran mereka, namun secara kasarnya kita akan dapat melihat corak yang biasa mereka gunakan untuk mempopularkan idea mereka. Contohnya memperjuangkan hak kebebasan, kesamarataan dan memperjuangkan hak perempuan. Selain itu mereka juga akan mempromosi slogan demokrasi dengan harapan mereka diberi ruang untuk menyebarkan pemikiran mereka. Sebab itu sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid, golongan ini menganggap Sultan tersebut adalah kuku besi kerana cuba menghalang gerakan pembaratan pada zaman Uthmaniyah.

Kini slogan itu sudah meresap ke Malaysia dengan menjadikan demokrasi, kebebasan akhbar dan kebebasan beragama sebagai agenda, adakah Malaysia akan menjadi senasib empayar Uthamaniyah Turki selepas ini atau menjadi seperti Indonesia yang sudah seperti tidak dapat dikawal perkembangan aliran pemikiran ini disana selepas era orde baru.

Selasa, Jun 24, 2008

Islam Liberalisme dan Islam Pluralisme

Baru-baru ini telah timbul isu di negara kita yang hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ulama dan ahli cendikiwan yang peka mengenai fahaman Islam Liberalisme dan Islam Pluralisme. Secara literalnya apabila kita merujuk kepada kamus dewan Liberal bermaksud bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada suatu aliran pemikiran sahaja. Manakala Pluralisme pula bermaksud keadaan masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum, kebudayaan dan kepercayaan agama.Apabila liberal ditafsirkan secara konseptualnya ia bermaksud memahami nas-nas agama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dengan menggunakan akal fikiran yang bebas dan hanya menggunakan doktrin–doktrin agama yang bersesuaian dengan akal fikiran semata-semata. Manakala pluralisme pula adalah semua agama adalah sama kerana setiap kebenaran ada hubung kaitnya. Oleh sebab itu setiap penganut agama tidak boleh mengatakan bahawa hanya agamanya sahaja yang benar agama yang lain salah. Fahaman ini juga mengatakan semua penganut agama yang berlainan akan hidup di syurga bersama-sama. Inilah yang menjadi pokok perbincanagan para ulama dan keresahan terhadap tafsiran yang begiu menyongsang ini.

Isu yang dibincangkan oleh para ulama mengenai fahaman agama islam liberalisme dan pluralisme ini telah membangkitkan perasaan yang resah dan tidak senang kepada umat islam malah juga kepada bukan islam. Banyak faktor yang menyebabkan umat islam tidak boleh menerima dua fahaman yang begitu janggal dari sudut kefahaman islam yang sebenar ini. Ini kerana dua fahaman yang dibawa ini adalah sesuatu yang begitu bercanggah dengan iqtiqad dan pegangan kita selama ini. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang ini. Ini kerana sejarah penyebaran ajaran sesat dinegara ini sudah mampu untuk membuktikan bahawa umat islam dinegara ini begitu mudah untuk menerima dan berpegang teguh dengan fahaman songsang.

Mengikut sejarah pada asalnya ajaran-ajaran ini berkembang sejak sepuluh tahun yang lalu. Ianya berasal dari asia barat bermula dari negara mesir dan sudan. Akibat fahaman dan penyebaran ajaran yang begitu aktif dan sistematik maka akhirnya fahaman ini telah tersebar jauh hingga ke benua Eropah, Indonesia dan akhirnya tiba di Malaysia. Indonesia yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia telah menerima fahaman islam libral ini sehingga tertubuhnya organisasi Jaringan Islam Libral (JIL). Liberisme itu sendiri mempunyai pelbagai-bagai cabang. Antaranya ialah marxisme, materelisme, sekularisme, humanisme dan juga nasionalisme. Kesemua fahaman ini bersifat keduniaan semata-mata. Namun di Malaysia konsep fahaman libral ini ditolak seratus peratus. Menurut Ustaz Azhar Ibrahim Rasyidi Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) konsep Islam Plural dilihat dalam konteks yang berbeza iaitu kebebasan dari segi mempraktikan agama kerana islam menerima kewujudan agama lain bukannya mengatakan semua agama adalah sama seperti yang diwar-warkan oleh mereka yang berfahaman pluralisme.

Sebagaimana yang kita maklum fahaman Islam liberalisma dan Pluralisme ini tidak boleh dipraktikkan atas sebab-sebab yang tertentu. Contohnya di Negara kita sendiri faktor utama yang menjadi pemangkin kepada penolakan fahaman ini adalah kerana pegagan kita adalah berteraskan kepada iqtiqad mazhab As-syafii iaitu ahli sunnah dan Jamaah, kita tidak dibenarkan mengikuti fahaman dan tafsiran lain. Akan tetapi kita dibenarkan mengambil kira pendapat mazhab lain untuk kemaslahatan dan fada’il yang lain terhadap umat islam dinegara ini.

Umat Islam dibenarkan mempunyai pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara berkaitan dengan agama yang berbentuk syariat mahupun iqtiqad. Walaubagaimanapun, setiap unjuran pandangan dan tafsiran yang ingin dikeluarkan ditengah-tengah masyarakat Islam yang hidup majmuk ini haruslah diadakan musyawarah dan muzakarah dikalangan alim ulama sebelum unjuran pendapat dan tafsiran itu dibenarkan atau dibatilkan. Ini kerana segala yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat adalah tertakluk dibawah kuasa Majlis Agama Islam disetiap negeri.

Faktor kedua kepada penolakan fahaman-fahaman ini adalah disebabkan oleh ajaran-ajaran yang diterapkan didalamnya adalah bercanggah dengan akidah. Jika dilihat kepada perincian fahaman liberal ini, mereka mahukan penafsiran ayat Al Quran itu berdasarkan kepada konteks semasa. Penafsiran itu boleh dilakukan mengikut konteks semasa tetapi hendaklah mengikut kepada langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama supaya makna disebalik ayat al Quran itu tidak terpesong dari makna yang hakiki. Masalah timbul apabila fahaman ini mahu mentafsirkan ayat Al quran berdasarkan konteks pada zaman Rasullullah. Terdapat fahaman utama yang menjadi teras kepada Islam liberal iaitu wujudnya kritikan terhadap teks Al Quran. Fahaman ini mengatakan bahawa teks Al Quran itu adalah daripada hasil penulisan daripada Allah dan juga junjungan mulia nabi Muhammad yang diubah mengikut keperluan dan masyarakat waktu itu. Maka mereka berpendapat bahawa agama islam adalah agama yang dicipta oleh nabi Muhammad sendiri.

Disebabkan kecelaruan pemikiran fahaman ini mereka juga mahu melibatkan masyarakat awam yang kurang faham tentang agama dengan mengatakan bahawa tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap teks-teks Al Quran adalah tidak benar dan tidak tepat. Sebagaimana yang kita ketahui dan wajib percaya nabi Muhammad adalah seorang yang buta huruf ataupun ummi. Nabi Muhammad adalah bersifat pasif ketika menerima wahyu dari Allah Ini kerana tugas junjungan yang mulia ini hanyalah menyampaikan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T. Syariat didalam Al Quran tidak akan berubah walaupun melalui peredaran dan perubahan zaman.

Faktor lain mengenai fahaman ini adalah mereka menolak perlaksanaan tuntutan syariat. Liberalisme menolak akidah Islam untuk melaksanakan hukum Allah dan Rasul-Nya sebagai petunjuk kebenaran. Inilah yang dinyatakan oleh Al Quraan Al Karim dalam penjelasan yang sangat nyata dan jelas, tanpa ada kesamaran di dalamnya. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”. Al Ahzaab: 36

Fahaman ini juga mengatakan bahawa nabi Muhammad tidak menyampaikan ajaran-ajaran islam dengan sempurna .Malah ada dikalangan golongan fahaman islam liberal ini mengaku dirinya adalah pelengkap ajaran islam yang mana nabi Muhammad dahulu tidak menyempurnakan fahaman dakwah baginda. Contohnya individu yang boleh dikaitkan dengan perkara ini ialah Abdullah al-Naim, seorang penulis yang berasal dari Sudan telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul “Toward an Islamic Reformation” (1989) yang intinya merombak pemahaman orang Islam terhadap syariat.

Berikutan penolakan syariat islam, secara tidak langsung fahaman ini telah menolok penubuhan sebuah Negara islam yang mengamalkan dasar-dasar dan prinsip-prinsip syariat. Ini kerana fahaman ini telah menafikan bahawa wujudnya ayat-ayat Al- Quran dan As-Sunnah yang mengatakan perlunya wujud sebuah Negara islam. Mereka mengatakan bahawa sesebuah Negara itu tidak perlu untuk menjadi sebuah Negara islam yang mengamalkan prinsip syariat sepenuhnya akan tetapi apa yang lebih penting ialah mengamalkan system yang mampu unutk menegakkan keadilan sosial. Jika dilihat dari ajaran islam itu sendiri, ajarannya adalah menyeluruh bukan hanya terbatas kepada kehendak sosial sahaja malah ianya meliputi aspek pembangunan dan pemantapan isi rohani dan fizikal sesebuah masyarakat dan Negara itu.

Tidak kurang hebat juga bagi fahaman Islam pluralisme, fahaman ini mengatakan bahawa setiap agama yang ada dimuka bumi ini adalah sama dan juga tujuannya adalah untuk mengajak kepada kebaikan. Disebalik ajaran semua agama itu adalah sama terselit satu pengiktirafan dan permintaan kepada dunia islam bahawa semua agama seharusnya dilayan dengan sama rata dan adil. Tidak timbul soal diskriminasi terhadap apa jua aktiviti yang dijalankan. Agama-agama yang lain juga berhak untuk mendapat keistimewaan didalam semua perkara yang disediakan oleh kerajaan. Golongan ini juga berpendapat bahawa didalam islam wajar muncul pelbagai fahaman yang tidak perlu tertakluk kepada pengiktirafan daripada institusi agama ataupun ulama.

Di dalam ajaran Islam, agama islam itu adalah suatu agama yang benar dan tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain yang telah dicipta oleh manusia. Sebagaimana yang kita tahu hanya agama islam sahaja yang dirahmati oleh Allah. Sebagaimana firman Allah “sesungguhnya agama yang berada disisi Allah itu ialah Islam”. Jelas dari apa yang telah dinyatakan oleh Al Quran bahawa hanya Islam yang layak mendapat segala keistimewaan melebihi daripada agama lain samada dari sudut material mahupun sokongan. Didalam islam tidaklah salah untuk muncul pelbagai fahaman akan tetapi setiap fahaman haruslah berpandukan dengan dalil nakli dan aqli. Tujuananya adalah untuk memastikan bahawa fahaman atau ajaran yang kita bawakan itu adalah tidak tersasar dari tuntutan syariat yang sebenar. Lihat saja Aminah Wadud imam wanita yang kontrovesi disebabkan dia begitu berpegang kepada fahaman pluralisme dia menganggap bahawa wanita juga adalah setaraf dengan lelaki sehingga menolak ajaran syariat hanya untuk memeuhi tuntutan nafsu yang ditunjangi dengan fahaman ajaran songsang yang menyesatkan golongan yang kurang arif dan jahil dalam agama islam ini.

Jika kita mengambil contoh dinegara kita sendiri mengikut artikel yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan persekutuan 3(1) Agama rasmi negara adalah islam tetapi agama lain bebas untuk mengamalkan agama mreka dimana-mana sahaja. Jika tidak ada peruntukan seperti ini didalam perlembagaan persekutuan sudah tentu semua agama yang lain mahu menuntut dan mahu menjadikan agama mereka sebagai agama rasmi negara ini.

Akibat daripada dua fahaman yang songsang ini banyak implikasi yang timbul dikalangan masyarakat islam itu sendiri seperti syirik, murtad, fasiq, dan lain-lain. Fahaman ini kebanyakan menolak perkara yangberkaitan dengan syariat Islam, mereka menyebarkan bahawa syariat islam adalah suatu perkara yang mengongkong kehidupan dan ketamadunan. Golongan ini menyebarkan fahaman yang begitu ekstrim sehinggakan ada dikalangan umat Islam menjadi murtad dan fasik. Lihat saja kepada Mustafa kamal atartuk yang membawa Turki sehingga berjaya menjadikan Negara itu sebagai Islam sekular. Akibat dari fahaman itu seluruh umat islam dinegara itu hidup dibawah lembayung sekularisme yang mengagungkan budaya barat melebihi daripada agama islam itu sendiri.

Di negara kita pula lihat sahaja kepada kes Lina Joy. Walaupun tuntutannya untuk membuang perkataan islam didalam kad pengenalannya gagal namun dia tetap dengan pendiriannya yang tidak mahu kembali kepada agama islam. Disebalik kekalutan kes Lina joy ini, terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO yang menjadi nadi dalam menyokong keterbukaan dalam beragama. Mereka membawa fahaman yang begitu terbuka sehinggakan mereka mencadangkan sesiapa sahaja bebas unutuk keluar dari agama mereka yang asal dan bebas untuk memilih agama yang mereka kehendaki. Golongan yang memperjuangkan ini terdiri terdiri daripada berlainan agama tetapi duduk dibawah satu payung yang dinamakan suruhan jaya antara agama-agama IRC. Apa yang menyedihkan dalam hal ini antara yang kuat menyokong usul ini adalah daripada umat islam sendiri iaitu sisters in islam. Mereka menetapkan hukum tentang sesuatu perkara itu dengan menggunakan nas-nas yang lemah dan berpandukan dalil-dalil aqli sahaja tanpa menghiraukan dalil-dalil naqli iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana mereka mahu melonggarkan ikatan hukum-hukum islam yang berpandukan dalil naqli dan aqli kepada menetapkan hukum yang lebih bersifat keterbukaan. Dengan erti kata lain mereka mahu menggunakan justifikasi darurah dan ijtihad sewenang-wenangnya dalam menetapkan sesuatu hukum mengikut peredaran zaman.

Akhir-akhir ini golongan bukan islam telah membangkitkan isu mengenai kewibawaan majlis fatwa kebangsaan dan juga autoriti ulama. Mereka berani mempersoalkan mengenai agama islam sedangkan kita tahu bahawa agama islam itu adalah suci dan tidak layak dipersoalkan oleh agama-agama lain dari sudut perlaksanaan system pentadbiran dan juga hukum-hukum syariat. Lebih teruk lagi fahaman ini mengatakan bahawa autoriti agama tidak lagi berada ditangan para ulama. Mereka membawa konsep kesaksamaan yang mana semua golongan boleh memberikan pentafsiran tentang agama. Antara contohnya mereka mengatakan hukum-hukum islam yang berkaitan dengan poligami seharusnya dimansuhkan kerana tidak lagi praktikal dan efisyen dengan peredaran zaman.

Implikasi lain yang timbul dari fahaman ini adalah perpecahan dikalangan masyarakat, berikutan fahaman yang dibawakan adalah baru dan begitu mudah cara perlaksanaanya, mereka telah menerima fahaman ini dengan mudah. Maka timbullah golongan dari puak yang berbeza seterusnya akan tercetuslah perbalahan sehingga tergugat keharmonian sesebuah masyarkat islam itu sendiri. Lihat saja contoh di Indonesia yang mana telah berlaku keretakan hubungan sesama islam akibat keraguan akidah yang melanda dalam pemikiran mereka.Akibat daripada situasi ini Majlis Ulama Islam (MUI) indonesia telah mengharamkam fahaman libral dan plural ini.

Disebalik kegairahan penyebaran yang datang dari fahaman islam plurisme dan liberisme ini, secara tidak langsung ianya membuka pintu kepada musuh-musuh islam seperti zionis, sekularis barat dan juga pekembangan kepada agama-agama yang lain. Mereka tidak lagi masuk menggunakan pintu belakang dalam menyebarkan dakyah-dakyah mereka akan tetapi dengan mengikut pintu hadapan yang disambut oleh golongan islam yang menjunjung islam plurisme dan liberisme ini. Maka lebih mudahlah bagi mereka untuk merealisasikan cita-cita untuk menghancurkan islam. Status agama islam yang kian lemah akan dilemahkan lagi dengan sogokan dakyah-dakyah hina yang kononnya lebih bertamadun dari agama islam itu sendiri.

Fahaman golongan ini juga telah membawa satu usaha yang mana mereka mahu agama islam yang syumul itu kepada status yang lebih rendah. fahaman ini mahu menjadikan agama islam adalah agama yang hanya tertakluk kepada agama sivil atau peribadi semata-mata. Konsep moderat yang mereka bawakan itu langsung tidak berdasarkan kepada dalil naqli yang sebenar yang berkaitan dengan keadilan (ummatan wasatan). Mereka telah membawakan perubahan kedalam konsep asas islam seperti jihad, hudud, dakwah dan madrasah yang mengikut acuan moderat dari Negara barat. Contohnya yang menjadi tulang belakang dalam usaha ini ialah Rand Copration, Belanda, Intitute Brooke dan banyak lagi.

Fahaman Islam liberal dan plural ini adalah suatu dakyah yang begitu bahaya dan menyosongakan akidah. Setiap doktrin dan method yang dicanagkan adalah amat mengelirukan dan merosakkan bagi umat islam. Malah umat bukan islam juga akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah fahaman ini yang memberikan manfaat kepada agama mereka. Fahaman ini bergerak secara halus dengan menapilkan pendekatan yang menyenangkan seperti progresif, kesederhanaan, modeniti, keamanan, keadamaian, kemanusiaan dan hak asasi manusia. Justeru itu para cendikiawan islam khasnya dan masyarakat islam amnya harus mengambil inisiatif dan langkah yang lebih efisyen dan prakitkal dalam usaha untuk menyedarkan dan memberitahu masyarakat mengenai fahaman yang mampu menjadi nanah dan sterusnya menjadi kudis kepada pemikiran masyarakat khususnya umat islam.

Baru-baru ini telah timbul isu di negara kita yang hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ulama dan ahli cendikiwan yang peka mengenai fahaman Islam Liberalisme dan Islam Pluralisme. Secara literalnya apabila kita merujuk kepada kamus dewan Liberal bermaksud bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada suatu aliran pemikiran sahaja. Manakala Pluralisme pula bermaksud keadaan masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum, kebudayaan dan kepercayaan agama.

Apabila liberal ditafsirkan secara konseptualnya ia bermaksud memahami nas-nas agama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dengan menggunakan akal fikiran yang bebas dan hanya menggunakan doktrin–doktrin agama yang bersesuaian dengan akal fikiran semata-semata. Manakala pluralisme pula adalah semua agama adalah sama kerana setiap kebenaran ada hubung kaitnya. Oleh sebab itu setiap penganut agama tidak boleh mengatakan bahawa hanya agamanya sahaja yang benar agama yang lain salah. Fahaman ini juga mengatakan semua penganut agama yang berlainan akan hidup di syurga bersama-sama. Inilah yang menjadi pokok perbincanagan para ulama dan keresahan terhadap tafsiran yang begiu menyongsang ini.

Isu yang dibincangkan oleh para ulama mengenai fahaman agama islam liberalisme dan pluralisme ini telah membangkitkan perasaan yang resah dan tidak senang kepada umat islam malah juga kepada bukan islam. Banyak faktor yang menyebabkan umat islam tidak boleh menerima dua fahaman yang begitu janggal dari sudut kefahaman islam yang sebenar ini. Ini kerana dua fahaman yang dibawa ini adalah sesuatu yang begitu bercanggah dengan iqtiqad dan pegangan kita selama ini. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang ini. Ini kerana sejarah penyebaran ajaran sesat dinegara ini sudah mampu untuk membuktikan bahawa umat islam dinegara ini begitu mudah untuk menerima dan berpegang teguh dengan fahaman songsang.

Mengikut sejarah pada asalnya ajaran-ajaran ini berkembang sejak sepuluh tahun yang lalu. Ianya berasal dari asia barat bermula dari negara mesir dan sudan. Akibat fahaman dan penyebaran ajaran yang begitu aktif dan sistematik maka akhirnya fahaman ini telah tersebar jauh hingga ke benua Eropah, Indonesia dan akhirnya tiba di Malaysia. Indonesia yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia telah menerima fahaman islam libral ini sehingga tertubuhnya organisasi Jaringan Islam Libral (JIL). Liberisme itu sendiri mempunyai pelbagai-bagai cabang. Antaranya ialah marxisme, materelisme, sekularisme, humanisme dan juga nasionalisme. Kesemua fahaman ini bersifat keduniaan semata-mata. Namun di Malaysia konsep fahaman libral ini ditolak seratus peratus. Menurut Ustaz Azhar Ibrahim Rasyidi Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) konsep Islam Plural dilihat dalam konteks yang berbeza iaitu kebebasan dari segi mempraktikan agama kerana islam menerima kewujudan agama lain bukannya mengatakan semua agama adalah sama seperti yang diwar-warkan oleh mereka yang berfahaman pluralisme.

Sebagaimana yang kita maklum fahaman Islam liberalisma dan Pluralisme ini tidak boleh dipraktikkan atas sebab-sebab yang tertentu. Contohnya di Negara kita sendiri faktor utama yang menjadi pemangkin kepada penolakan fahaman ini adalah kerana pegagan kita adalah berteraskan kepada iqtiqad mazhab As-syafii iaitu ahli sunnah dan Jamaah, kita tidak dibenarkan mengikuti fahaman dan tafsiran lain. Akan tetapi kita dibenarkan mengambil kira pendapat mazhab lain untuk kemaslahatan dan fada’il yang lain terhadap umat islam dinegara ini.

Umat Islam dibenarkan mempunyai pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara berkaitan dengan agama yang berbentuk syariat mahupun iqtiqad. Walaubagaimanapun, setiap unjuran pandangan dan tafsiran yang ingin dikeluarkan ditengah-tengah masyarakat Islam yang hidup majmuk ini haruslah diadakan musyawarah dan muzakarah dikalangan alim ulama sebelum unjuran pendapat dan tafsiran itu dibenarkan atau dibatilkan. Ini kerana segala yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat adalah tertakluk dibawah kuasa Majlis Agama Islam disetiap negeri.

Faktor kedua kepada penolakan fahaman-fahaman ini adalah disebabkan oleh ajaran-ajaran yang diterapkan didalamnya adalah bercanggah dengan akidah. Jika dilihat kepada perincian fahaman liberal ini, mereka mahukan penafsiran ayat Al Quran itu berdasarkan kepada konteks semasa. Penafsiran itu boleh dilakukan mengikut konteks semasa tetapi hendaklah mengikut kepada langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama supaya makna disebalik ayat al Quran itu tidak terpesong dari makna yang hakiki. Masalah timbul apabila fahaman ini mahu mentafsirkan ayat Al quran berdasarkan konteks pada zaman Rasullullah. Terdapat fahaman utama yang menjadi teras kepada Islam liberal iaitu wujudnya kritikan terhadap teks Al Quran. Fahaman ini mengatakan bahawa teks Al Quran itu adalah daripada hasil penulisan daripada Allah dan juga junjungan mulia nabi Muhammad yang diubah mengikut keperluan dan masyarakat waktu itu. Maka mereka berpendapat bahawa agama islam adalah agama yang dicipta oleh nabi Muhammad sendiri.

Disebabkan kecelaruan pemikiran fahaman ini mereka juga mahu melibatkan masyarakat awam yang kurang faham tentang agama dengan mengatakan bahawa tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap teks-teks Al Quran adalah tidak benar dan tidak tepat. Sebagaimana yang kita ketahui dan wajib percaya nabi Muhammad adalah seorang yang buta huruf ataupun ummi. Nabi Muhammad adalah bersifat pasif ketika menerima wahyu dari Allah Ini kerana tugas junjungan yang mulia ini hanyalah menyampaikan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T. Syariat didalam Al Quran tidak akan berubah walaupun melalui peredaran dan perubahan zaman.

Faktor lain mengenai fahaman ini adalah mereka menolak perlaksanaan tuntutan syariat. Liberalisme menolak akidah Islam untuk melaksanakan hukum Allah dan Rasul-Nya sebagai petunjuk kebenaran. Inilah yang dinyatakan oleh Al Quraan Al Karim dalam penjelasan yang sangat nyata dan jelas, tanpa ada kesamaran di dalamnya. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”. Al Ahzaab: 36

Fahaman ini juga mengatakan bahawa nabi Muhammad tidak menyampaikan ajaran-ajaran islam dengan sempurna .Malah ada dikalangan golongan fahaman islam liberal ini mengaku dirinya adalah pelengkap ajaran islam yang mana nabi Muhammad dahulu tidak menyempurnakan fahaman dakwah baginda. Contohnya individu yang boleh dikaitkan dengan perkara ini ialah Abdullah al-Naim, seorang penulis yang berasal dari Sudan telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul “Toward an Islamic Reformation” (1989) yang intinya merombak pemahaman orang Islam terhadap syariat.

Berikutan penolakan syariat islam, secara tidak langsung fahaman ini telah menolok penubuhan sebuah Negara islam yang mengamalkan dasar-dasar dan prinsip-prinsip syariat. Ini kerana fahaman ini telah menafikan bahawa wujudnya ayat-ayat Al- Quran dan As-Sunnah yang mengatakan perlunya wujud sebuah Negara islam. Mereka mengatakan bahawa sesebuah Negara itu tidak perlu untuk menjadi sebuah Negara islam yang mengamalkan prinsip syariat sepenuhnya akan tetapi apa yang lebih penting ialah mengamalkan system yang mampu unutk menegakkan keadilan sosial. Jika dilihat dari ajaran islam itu sendiri, ajarannya adalah menyeluruh bukan hanya terbatas kepada kehendak sosial sahaja malah ianya meliputi aspek pembangunan dan pemantapan isi rohani dan fizikal sesebuah masyarakat dan Negara itu.

Tidak kurang hebat juga bagi fahaman Islam pluralisme, fahaman ini mengatakan bahawa setiap agama yang ada dimuka bumi ini adalah sama dan juga tujuannya adalah untuk mengajak kepada kebaikan. Disebalik ajaran semua agama itu adalah sama terselit satu pengiktirafan dan permintaan kepada dunia islam bahawa semua agama seharusnya dilayan dengan sama rata dan adil. Tidak timbul soal diskriminasi terhadap apa jua aktiviti yang dijalankan. Agama-agama yang lain juga berhak untuk mendapat keistimewaan didalam semua perkara yang disediakan oleh kerajaan. Golongan ini juga berpendapat bahawa didalam islam wajar muncul pelbagai fahaman yang tidak perlu tertakluk kepada pengiktirafan daripada institusi agama ataupun ulama.

Di dalam ajaran Islam, agama islam itu adalah suatu agama yang benar dan tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain yang telah dicipta oleh manusia. Sebagaimana yang kita tahu hanya agama islam sahaja yang dirahmati oleh Allah. Sebagaimana firman Allah “sesungguhnya agama yang berada disisi Allah itu ialah Islam”. Jelas dari apa yang telah dinyatakan oleh Al Quran bahawa hanya Islam yang layak mendapat segala keistimewaan melebihi daripada agama lain samada dari sudut material mahupun sokongan. Didalam islam tidaklah salah untuk muncul pelbagai fahaman akan tetapi setiap fahaman haruslah berpandukan dengan dalil nakli dan aqli. Tujuananya adalah untuk memastikan bahawa fahaman atau ajaran yang kita bawakan itu adalah tidak tersasar dari tuntutan syariat yang sebenar. Lihat saja Aminah Wadud imam wanita yang kontrovesi disebabkan dia begitu berpegang kepada fahaman pluralisme dia menganggap bahawa wanita juga adalah setaraf dengan lelaki sehingga menolak ajaran syariat hanya untuk memeuhi tuntutan nafsu yang ditunjangi dengan fahaman ajaran songsang yang menyesatkan golongan yang kurang arif dan jahil dalam agama islam ini.

Jika kita mengambil contoh dinegara kita sendiri mengikut artikel yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan persekutuan 3(1) Agama rasmi negara adalah islam tetapi agama lain bebas untuk mengamalkan agama mreka dimana-mana sahaja. Jika tidak ada peruntukan seperti ini didalam perlembagaan persekutuan sudah tentu semua agama yang lain mahu menuntut dan mahu menjadikan agama mereka sebagai agama rasmi negara ini.

Akibat daripada dua fahaman yang songsang ini banyak implikasi yang timbul dikalangan masyarakat islam itu sendiri seperti syirik, murtad, fasiq, dan lain-lain. Fahaman ini kebanyakan menolak perkara yangberkaitan dengan syariat Islam, mereka menyebarkan bahawa syariat islam adalah suatu perkara yang mengongkong kehidupan dan ketamadunan. Golongan ini menyebarkan fahaman yang begitu ekstrim sehinggakan ada dikalangan umat Islam menjadi murtad dan fasik. Lihat saja kepada Mustafa kamal atartuk yang membawa Turki sehingga berjaya menjadikan Negara itu sebagai Islam sekular. Akibat dari fahaman itu seluruh umat islam dinegara itu hidup dibawah lembayung sekularisme yang mengagungkan budaya barat melebihi daripada agama islam itu sendiri.

Di negara kita pula lihat sahaja kepada kes Lina Joy. Walaupun tuntutannya untuk membuang perkataan islam didalam kad pengenalannya gagal namun dia tetap dengan pendiriannya yang tidak mahu kembali kepada agama islam. Disebalik kekalutan kes Lina joy ini, terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO yang menjadi nadi dalam menyokong keterbukaan dalam beragama. Mereka membawa fahaman yang begitu terbuka sehinggakan mereka mencadangkan sesiapa sahaja bebas unutuk keluar dari agama mereka yang asal dan bebas untuk memilih agama yang mereka kehendaki. Golongan yang memperjuangkan ini terdiri terdiri daripada berlainan agama tetapi duduk dibawah satu payung yang dinamakan suruhan jaya antara agama-agama IRC. Apa yang menyedihkan dalam hal ini antara yang kuat menyokong usul ini adalah daripada umat islam sendiri iaitu sisters in islam. Mereka menetapkan hukum tentang sesuatu perkara itu dengan menggunakan nas-nas yang lemah dan berpandukan dalil-dalil aqli sahaja tanpa menghiraukan dalil-dalil naqli iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana mereka mahu melonggarkan ikatan hukum-hukum islam yang berpandukan dalil naqli dan aqli kepada menetapkan hukum yang lebih bersifat keterbukaan. Dengan erti kata lain mereka mahu menggunakan justifikasi darurah dan ijtihad sewenang-wenangnya dalam menetapkan sesuatu hukum mengikut peredaran zaman.

Akhir-akhir ini golongan bukan islam telah membangkitkan isu mengenai kewibawaan majlis fatwa kebangsaan dan juga autoriti ulama. Mereka berani mempersoalkan mengenai agama islam sedangkan kita tahu bahawa agama islam itu adalah suci dan tidak layak dipersoalkan oleh agama-agama lain dari sudut perlaksanaan system pentadbiran dan juga hukum-hukum syariat. Lebih teruk lagi fahaman ini mengatakan bahawa autoriti agama tidak lagi berada ditangan para ulama. Mereka membawa konsep kesaksamaan yang mana semua golongan boleh memberikan pentafsiran tentang agama. Antara contohnya mereka mengatakan hukum-hukum islam yang berkaitan dengan poligami seharusnya dimansuhkan kerana tidak lagi praktikal dan efisyen dengan peredaran zaman.

Implikasi lain yang timbul dari fahaman ini adalah perpecahan dikalangan masyarakat, berikutan fahaman yang dibawakan adalah baru dan begitu mudah cara perlaksanaanya, mereka telah menerima fahaman ini dengan mudah. Maka timbullah golongan dari puak yang berbeza seterusnya akan tercetuslah perbalahan sehingga tergugat keharmonian sesebuah masyarkat islam itu sendiri. Lihat saja contoh di Indonesia yang mana telah berlaku keretakan hubungan sesama islam akibat keraguan akidah yang melanda dalam pemikiran mereka.Akibat daripada situasi ini Majlis Ulama Islam (MUI) indonesia telah mengharamkam fahaman libral dan plural ini.

Disebalik kegairahan penyebaran yang datang dari fahaman islam plurisme dan liberisme ini, secara tidak langsung ianya membuka pintu kepada musuh-musuh islam seperti zionis, sekularis barat dan juga pekembangan kepada agama-agama yang lain. Mereka tidak lagi masuk menggunakan pintu belakang dalam menyebarkan dakyah-dakyah mereka akan tetapi dengan mengikut pintu hadapan yang disambut oleh golongan islam yang menjunjung islam plurisme dan liberisme ini. Maka lebih mudahlah bagi mereka untuk merealisasikan cita-cita untuk menghancurkan islam. Status agama islam yang kian lemah akan dilemahkan lagi dengan sogokan dakyah-dakyah hina yang kononnya lebih bertamadun dari agama islam itu sendiri.

Fahaman golongan ini juga telah membawa satu usaha yang mana mereka mahu agama islam yang syumul itu kepada status yang lebih rendah. fahaman ini mahu menjadikan agama islam adalah agama yang hanya tertakluk kepada agama sivil atau peribadi semata-mata. Konsep moderat yang mereka bawakan itu langsung tidak berdasarkan kepada dalil naqli yang sebenar yang berkaitan dengan keadilan (ummatan wasatan). Mereka telah membawakan perubahan kedalam konsep asas islam seperti jihad, hudud, dakwah dan madrasah yang mengikut acuan moderat dari Negara barat. Contohnya yang menjadi tulang belakang dalam usaha ini ialah Rand Copration, Belanda, Intitute Brooke dan banyak lagi.

Fahaman Islam liberal dan plural ini adalah suatu dakyah yang begitu bahaya dan menyosongakan akidah. Setiap doktrin dan method yang dicanagkan adalah amat mengelirukan dan merosakkan bagi umat islam. Malah umat bukan islam juga akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah fahaman ini yang memberikan manfaat kepada agama mereka. Fahaman ini bergerak secara halus dengan menapilkan pendekatan yang menyenangkan seperti progresif, kesederhanaan, modeniti, keamanan, keadamaian, kemanusiaan dan hak asasi manusia. Justeru itu para cendikiawan islam khasnya dan masyarakat islam amnya harus mengambil inisiatif dan langkah yang lebih efisyen dan prakitkal dalam usaha untuk menyedarkan dan memberitahu masyarakat mengenai fahaman yang mampu menjadi nanah dan sterusnya menjadi kudis kepada pemikiran masyarakat khususnya umat islam.

Isnin, Jun 02, 2008

Kamal Atarturk (Bapa Kemusnahan Islam di Turki)


Sudah hampir 75 tahun bumi tanduk emas, gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak ,dan bukan pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa pemodenan turki”iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman nabi Musa A.S., bezanya… Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat. Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri.

Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki. Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari,bulan, dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya denagn mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”

“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”

Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.

Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik)

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan. Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’sRepublic of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari setiap institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.

Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini, ia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”

Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”

Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak barat. Manakala orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.”

Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk di dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini.

Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”

Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

Cara kematian Ataturk adalah begitu hina sekali samada di ambang kematiannya dan juga selepas kematiannya. Ketika beliau menghadapi sakaratulmaut, beliau masih lagi berminat dengan perkara-perkara maksiat seperti minum arak,berzina dan ke pusat-pusat kasino. Allahmembalas dengan menghodohkan mukanya, bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk melekapkan ketulan-ketulan ais di badannya. Pihak bomba juga dipanggil untuk memancutkan air ke dinding biliknya.Sepertimana yang telah dikatakan oleh Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.” Kepanasan yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa tinggal di istana Dolmabahce itu sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.

Walaupun suatu ketika, beliau amat antikan perubatan tradisional dan amalan jampi- menjampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya dirinya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengatasi penyakitnya. Sepertimana ucapan beliau di bandar Samsun pada tahun 1924, “Pengetahuan dan sains adalah panduan terbaik bagi semua perkara dalam dunia ini, untuk keduniaan, perkara-perkara kerohanian, kehidupan dan kejayaan” (Knowledge and science are the best guide to everything in the world,to material and to spiritual things,to life and to success.) Namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh menandinginya. Ataturk menemui ajal dengan keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce!

Selepas kematian Ataturk, Allah memperlakukan mayatnya dengan hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikapankan, disembahyangkan atau dikebumikan dengan secepat mungkin sepertimana yang dipinta oleh Islam bahkan beliau diawet dan diletakkan di ruangan istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Kemudian mayatnya dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November 1938, mayat beliau dipindahkan ke Muzium Etnografi di Ankara.

15 tahun kemudian, pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit Resat Tepe di Ankara. Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi. Pada awalnya, mayat Ataturk dikebumikan di Istanbul tetapi keesokkan harinya mayat Ataturk dimuntahkan kembali. Sudah bpara ulama Turki cuba mengebumikannya di Istanbul, namun kejadian yang sama turut berlaku dan mereka berpendapat bumi Istanbul hanya layak untuk pejuang-pejuang Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Abdul Hamid II sahaja. Ataturk tidak layak bersama mereka. Kemudian Ataturk dibawa ke Ankara namun kejadian yang sama turut berlaku seperti mana di Istanbul dan akhirnya Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah binaan batu marmar seberat 44 tan. Untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menggambarkan bahawa betapa rakyat Turki masih lagi mengharapkan ‘kepulangannya’.

Inilah akibat kepada Firaun generasi kedua yang selalu menentang kebenaran dan bermegah-megah dengan apa yang dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan Islam tetap subur di mana sahaja walaupun gegaran sekularisma datang menghempap, namun Islam pasti dijulang.

Pemikiran Islam Liberal

Pendahuluan

Istilah "Islam Liberal" pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder1 dan Charles Kurzman.2 Namun dalam konteks Indonesia ada buku khusus yang ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 mengenai kemunculan pemikiran liberal di kalangan pemikir Indonesia.3 Buku ini kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dengan tajuk "Gagasan Islam Liberal di Indonesia: Pemikiran Neomodernisme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib, dan Abdunahman Wahid", yang diterbitkan atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan Ford Foundation pada tahun 1999. Pemikiran Islam liberal, yang biasa disingkat sebagai 'Islib', kemudian dipopularkan oleh satu kumpulan para pemuda dengan menubuhkan satu rangkaian kerjasama di dalam dan di luar negara, yang mereka namakan sebagai 'Jaringan Islam Liberal'(JIL).

Apa yang akan dipaparkan dalam kertas ini adalah beberapa isu pokok dalam pemikiran Islam liberal yang berkembang di Indonesia. Memang terlihat jelas bahawa pemikiran-pemikiran liberal yang dilontarkan oleh golongan ini merupakan penyerapan dan pengaruh dari isu-isu pemikiran yang berkembang di dunia Barat. Proses pembaratan dan globalisasi kultural yang berjalan di Indonesia selama ini telah melahirkan golongan pemikir yang merasa selesa dengan pemikiran agama seperti yang terjadi di Barat. Islib kini menjadi satu lagi jentera globalisasi, bukan dalam bidang ekonomi, tapi dalam bidang agama. Seperti juga nasib agama-agama di Barat, Islib hendak menjadikan Islam sama seperti Kristian atau Faham Yahudi di Barat yang tunduk dengan kehidupan duniawi, dengan cara membebaskan umat Islam dari ajaran-ajaran Islam yang tulin menerusi tafsiran atau perubahan ajaran Islam itu sendiri sehingga sesuai dengan selera dan agenda Barat. Hal ini sesuai dengan motto dan syiar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia iaitu "Islam Yang Membebaskan." Pembebasan yang pertama, seperti yang terjadi di dunia Barat, adalah menerusi proses sekularisasi dan sekularisme yang berambisi membebaskan umat manusia dari pengaruh-pengaruh alam rohani.

1. Sekularisasi dan Sekularisme

Sejak permulaan tahun 1970 isu sekularisasi di Indonesia telah dilancarkan oleh seorang sarjana agama yang bernama Drs. Nurcholis Madjid yang ketika itu menjawat sebagai Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Dalam ucapannya pada 2Kb Januari 1970 yang bertajuk "Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat" (Arena 1), begitu juga dalam artikelnya yang lain yang bertajuk "Sekali Lagi Tentang Sekularisasi" (Arena 2), Cak Nur, nama panggilan Nurcholis, telah memperkenalkan istilah "sekularisasi" kepada masyarakat Islam Indonesia dengan mendakwa bahawa sekularisasi tidaklah dimaksudkan penerapan sekularisme. Bahkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami seperti tertuang dalam permulaan kalimah syahadah (La IIaha...) itu sendiri. Beliau jelas-jelas mengatakan bahawa, "Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan proses sekularisasi lebih dulu. Justeru ajaran 'Tauhied' itu merupakan pangkal tolak proses sekularisasi besar-besaran".*

Pendapatnya yang aneh dan mengelirukan itu telah mendapat bantahan keras secara ilmiah oleh Prof. Dr. H.M. Rasjidi, yang ketika itu menjawat sebagai profesor Institut Agama Islam Negeri (IAIN). Dalam satu bukunya yang bertajuk "Koreksi Terhadap Drs. Nurcholis Madjid Tentang Sekularisasi" yang terbit tahun 1972, Prof. Rasjidi menyatakan bahawa Nurcholis telah menggunakan perkataan sekularisasi lantas memberikan erti semahunya sendiri, padahal istilah sekularisasi dan sekularisme itu adalah istilah yang sudah mapan dari segi maknanya, dan kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Seolah-olah Nurcholis ingin menunjukkan kepada masyarakat Islam di Indonesia bahawa proses sekularisasi itu tidak semestinya bersifat negatif dalam pandangan Islam. Bahkan sekularisasi itu menjadi sesuatu yang sangat sebati dengan Islam, karena akar sekularisasi itu sudah ada pada kalimah tauhid itu sendiri.

Sebenarnya Nurcholis Madjid telah terpengaruh dengan cara analisis Harvey Cox5 dari kalangan pemikir Kristian yang mengatakan bahawa akar sekularisasi itu sudah ada dalam ajaran-ajaran Bible. Cak Nur memang membaca karya Harvey Cox, The Secular City, yang terbit tahun 1965 dan ketika itu menjadi best-seller di Amerika. Nurcholis kemudian mengambil gagasan utama Cox itu untuk diterapkan pada Islam. Namun beliau tidak memberitahu masyarakat awam bahawa gagasan sekularisasi itu adalah diciplak dari pemikiran Harvey Cox.

Di sinilah kerancuan pemikiran Cak Nur yang telah mencampur-adukkan antara istilah yang memiliki erti yang sudah mapan dengan pengertian bahasa semata-mata. Disini juga telah terlihat adanya usaha-usaha untuk menjungkir-balikkan makna-makna ilmiah yang sudah 'established' dan mapan serta mengelirukan orang awam dengan pengertian baru tanpa tanggung jawab ilmiah sama sekali.

Oleh itu tidak aneh apabila Prof. Rasjidi yang memang sudah lama bergelut dalam kehidupan ilmiah menyindir Nurcholis Madjid muda dengan kata-katanya:

Walaupun saya sendiri faham bahasa Inggeris sudah hampir semenjak 40 tahun yang lalu dan pernah mengajar dalam suatu Universitas dengan bahasa Inggeris, namun saya tidak berani memaksakan suatu istilah yang sudah menjadi umum dalam dunia ilmu pengetahuan. Bagi Drs. Nurcholis Madjid, sekularisasi ertinya menganggap dunia ini arena kegiatan manusia, tidak ada yang tabu, tidak ada yang sakral. Faham ini adalah faham yang salah dan akan menyebabkan akibat-akibat yang sangat besar dan tidak kita harapkan.6

Nurcholis muda rupanya tidak mahu memperdulikan nasihat Pak Rasjidi. Pada 30hb Oktober 1972, Nurcholis sekali lagi membentangkan kertas kerja di Taman Ismail Marzuki (TIM) dengan tajuk "Menyegarkan Faham Keagamaan di Kalangan Ummat Islam Indonesia". Apabia Prof. Rasjidi membaca dan mendengar menerusi keset ceramah Cak Nur itu, maka timbul rasa syak dan curiga dalam diri Pak Rasjidi. Beliau mengatakan:

Setelah saya membaca dan mendengarkan ceramah Drs. Nurcholis di Taman Ismail Marzuki tersebut, berubahlah gambaran saya tentang beliau. Gambaran saya yang baru itu bukanlah gambaran seorang muda yang penuh rasa gairah terhadap Islam dan ingin mempertahankannya, akan tetapi pada tingkat sekarang cukup saya katakan bahawa dengan singkat kesan saya adalah: saya dihinggapi rasa curiga.7

Dalam kesempatan yang lain, setelah menganalisis ungkapan-ungkapan Cak Nur, Pak Rasjidi merasakan bahawa Nurcholis seolah-olah mewakili orientalis yang tidak mempunyai hubungan jiwa dengan Islam. Kata beliau:

Dengan mencantumkan tiga paragraph di atas, saya merasa seakan-akan saya berhadapan dengan seorang sarjana Barat yang sama sekali tidak mempunyai hubungan batin dengan Islam.8

Pada bahagian "Penutup" komentarnya itu, Pak Rasjidi menyimpulkan pemikiran Nurcholis muda ketika itu sebagai pemikiran yang belum matang, mentah, serta tidak memenuhi syarat sebagai pembaharu dalam Islam. Bukan hanya itu, bahkan pemikiran-pemikiran Cak Nur itu sangat berbahaya dan harus diwaspadai. Kata Pak Rasjidi:

Dengan keterangan-keterangan di atas dapat saya simpulkan bahawa segala pemikiran Drs. Nurcholis dan kelompok pembaharuannya, merupakan fikiran-fikiran orang yang belum matang dan tidak memenuhi syarat.......Terang sekali bahawa fikiran Drs. Nurcholis adalah berbahaya kepada ummat Islam Indonesia, kerana fikiran-fikiran itu menuju kepada sekularisasi. Mudah-mudahan kita selalu berwaspada.9

Namun sayang golongan pendokong pemikiran Islam liberal lebih suka mendengar gagasan Cak Nur yang keliru itu daripada nasihat Pak Rasjidi yang secara ilmiah dan akademik lebih bertanggung jawab. Jangkaan Pak Rasjidi bahawa 'faham

ini adalah faham yang salah dan akan menyebabkan akibat-akibat yang sangat besar yang tidak kita hampkan' kini telah menjadi kenyataan apabila generasi muda setelah berlalunya zaman Cak Nur, khususnya yang tergabung dalan Jaringan Islam Liberal (JIL), dengan penuh semangat menyahut kembali seruan sekularisasi Cak Nur dan bahkan mendokong pembentukan negara sekular tanpa segan dan silu. Koordinator JIL, Ulil Absar-Abdalla mengatakan: "Islam Liberal bisa menerima bentuk negara sekuler... sebab, negara sekuler bisa menampung energi kesalehan dan energi kemaksiatan sekaligus."10

Dr. Denny JA, seorang lagi aktivis Islib (singkatan Islam Liberal) menyatakan:

"Sudah saatnya komunitas Islam Liberal di Indonesia mengembangkan sebuah teologi tersendiri yang sah secara substansi dan metodologi, yaitu Teologi Islam Liberal. Ini sebuah filsafat keagamaan yang bersandar pada teks dan tradisi Islam sendiri, yang memberi pembenaran pada sebuah kultur liberal. Dalam politik, teologi itu menjadi Teologi Negara Sekuler (TNS), yaitu sebuah filsafat keagamaan, yang menggali dari teks dan tradisi Islam, yang paralel atau membenarkan perlunya sebuah negara yang sekuler sekaligus demokratis."11

Masalah Islam dan sekularisme ini sudah panjang lebar dikemukakan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya "Islam and Secularism" yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tahun 1978.12

Kesimpulan beliau adalah sekularisme adalah memusuhi Islam dan proses sekularisasi memang ditujukan untuk melawan Islam. Oleh sebab itu istilah-istilah seperti sekularisme, sekularisasi, dan sekular itu sendiri tidak boleh dihubung-hubungkan dan dikait-kaitkan dengan Islam. Bahkan terjemahan perkataan sekularisme dalam bahasa Arab seperti 'ilmaniyyah' atau 'almaniyyah' adalah tidak tepat sama sekali, karena tidak ada padanannya dalam konsepsi Islam. Begitu juga pemikir Islam yang lain seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, menyatakan pendapat yang sama bahawa sekularisme dan sekularisasi itu bercanggah dengan Islam dan akan sentiasa berkonfrantasi dengan Islam, seperti dinyatakan dalam buku beliau "al-Islam wa al-'Ilmaniyyah Wajhan li Wajhin".13 Keselarasan dua pemikir agung Muslim ini,14 ditambah lagi dengan hujah-hujah Pak Rasjidi dalam menyanggah Nurcholis Madjid sebelum itu, sepatutnya menjadi pegangan umat Islam di Indonesia dan juga di Malaysia untuk menolak sebarang unsur faham sekular yang cuba diserapkan dalam pemikiran umat Islam di rantau ini.

Kita mesti terus menerus mengawasi, waspada dan peka terhadap perjuangan kelompok Islam Liberal yang terang-terang hendak membentuk negara sekular yang tidak akan memberi ruang publik kepada Islam yang syamil dan kamil. Dalam konteks Indonesia, Islam memang sejak awal tidak dinyatakan sebagai agama rasmi negara. Namun kerana majoriti penduduk Indonesia adalah Muslim, secara teori dan kultural, Islam boleh lebih 'berkuasa' di Indonesia dan lebih memungkinkan secara demokratik untuk diperjuangkan oleh umat Islam. Tapi dengan munculnya gerakan Islib, kesatuan akidah dan pemikiran Islam telah dipecahbelah lebih dahulu. Bagi mereka tidak ada Islam yang satu; yang ada adalah "Islams" atau Islam 'warna-warni' dan caca marba. Islam yang liberal seperti itu sudah tentu Islam yang dikuasai oleh sekularisme, dan itu bukan Islam yang sebenarnya.

Dalam konteks Malaysia pula, Islam telah dinyatakan dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara. Di satu segi hal ini merupakan perlindungan undang-undang kepada Islam itu sendiri. Namun perlu diingat bahawa proses globalisasi yang tengah berjalan lambat atau cepat akan melabrak juga undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini tumbang, sementara bilangan penduduk kaum Muslimin di Malaysia bukanlah majoriti, maka sudah pasti kedudukan Islam akan tergugat di Malaysia.

Sepatutnya ada kerjasama yang rasmi dan khusus antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha membangunkan Islam. Kerjasama ini dapat berjalan di peringkat kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kekuatan majoriti Muslim di Indonesia dan kekuatan undang-undang rasmi di Malaysia sepatutnya dilihat sebagai 'strength' (SWOT) masing-masing negara dalam membedung arus liberalisasi Islam yang sedang berjalan, supaya Indonesia dan Malaysia tidak secara rasmi menyatakan diri sebagai negara sekular. Na'udzu billah min dzalik...

2. Pluralisme Agama

Yang dimaksudkan dengan pluralisme agama adalah faham yang menyamakan semua agama. Faham ini lahir sebagai akibat sekularisme and proses sekularisasi masyarakat Barat. Secara ringkasnya terdapat empat aliran pemikiran pluralisme agama yang berkembang sekarang ini: (1) Civil Religion; (2) Global Theology; (3) Transcendent Unity of Religions; dan 4) Syncretism.15 Dua yang pertama lahir di Barat akibat faham sekularisme,16 dan dua yang terakhir merupakan reaksi terhadap sekularisme. Di Indonesia nampaknya aliran Transcendent Unity of Religions (TUR) mendapat sambutan dari tokoh-tokoh pemikir Islib.

Ajaran TUR membagi agama-agama besar dunia (Islam, Kristian, Yahudi, Budha, Hindu, dll.) kepada dua struktur utama; Exoteric (Luaran/Zahir) danEsoteric (Dalaman/Batin). Agama-agama ini menurut mereka hanya berbeda pada struktur luarannya dan zahirnya sahaja, sedangkan strukur dalamannya dan batinnya adalah sama, iaitu menuju pada tuhan yang satu. Pemikir Barat yang mengembangkan faham TUR adalah Rene Guenon (lahir di Perancis tahun 1883) yang kemudian menganut Islam serta Frithjof Schuon (lahir di Jerman tahun 1907) juga kemudian menganut Islam dan menukar nama menjadi Isa Nuruddin Ahmad, sementara dalam dunia Islam faham ini mendapat sokongan dari Seyyed Hossein Nasr yang berlatar belakang Syi'ah.17 Nasr yang juga berpegang dengan faham 'Filsafat Perenial' (Perennial Philosophy) telah terpengaruh dengan pendekatan perbandingan agama (comparative religions) yang berkembang di Barat. Hal ini diakui juga oleh Nuh Ha Mim Keller, seorang sarjana Muslim yang suatu ketika dahulu tertarik dengan dan akhirnya memeluk Islam kerana tulisan-tulisan Nasr. Beliau mengatakan:

While from a Shiite background, Hossein Nasr has a firmer footing in traditional Islamic knowledge than many other western interpreters of Islam, Muslims and non-Muslims, and his works are generally free of the mistakes in detail found in other's books, though some passages are occasionally colored by the comparative religions approach that mars the writings of a number of Muslim intellectuals.11

Paham TUR oleh sebahagian para pendokongnya, seperti Huston Smith yang menekuni bidang perbandingan agama di Barat, telah disederhanakan dengan sebuah permisalan segitiga, di mana Tuhan berada di titik tertinggi, sementara semua agama mengalir ke bawah dari titik tersebut; begitu juga pada masa yang sama semua agama naik dari bawah ke atas saling berdekatan dan akhirnya bertemu di titik puncak itu. Menurut mereka, itulah titik 'transcendent' di mana semua agama-agama bersatu di situ.

Nurcholis Madjid, tokoh yang menggagaskan sekularisasi di Indonesia, adalah juga tokoh yang turut menyebarkan faham TUR. Hanya sanya permisalan yang digunakan oleh Cak Nur bukanlah segitiga sebagaimana Huston Smith, tetapi permisalan roda yang memiliki jejari yang banyak, dan masing-masingnya bertemu di titik tengah bulatannya yang dikira sebagai titik 'transcendent'. Dalam hal ini beliau menyatakan:

"Sebagai sebuah pandangan keagamaan, pada dasarnya Islam bersifat inklusif dan merentangkan tafsirannya ke arah yang semakin pluralis. Sebagai contoh, filsafat perenial yang belakangan banyak dibicarakan dalam dialog antar agama di Indonesia merentangkan pandangan pluralis dengan mengatakan bahawa setiap agama sebenarnya merupakan ekspresi keimanan terhadap Tuhan yang sama. Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan, dan jari-jari itu adalah jalan dari berbagai agama. Filsafat perenial juga membagi agama pada level esoterik (batin) dan eksoterik (lahir). Satu agama berbeda dengan agama lain dalam level eksoterik, tetapi relative sama dalam level esoteriknya. Oleh karena itu, ada istilah "Satu Tuhan Banyak Jalan."19

Faham pluralisme agama, khususnya TUR, yang meyakini semua agama pada hakikatnya sama dan benar, kini semakin diterima oleh generasi muda Islib. Sukidi, koordinator Jaringan Islam Muda Muhammadiyah (JIMM), kelompok Islib yang cuba masuk ke dalam pertubuhan Muhammadiyah, menyatakan hal yang sama tentang TUR. Beliau meminjam istilah Mahatma Gandhi dalam menggunakan permisalan pohon dan ranting bagi mengungkapkan kesatuan agama-agama di peringkat 'transcendent'. Katanya:

"Dan, kosekuensinya, ada banyak kebenaran (many truths) dalam tradisi dan agama-agama. Nietzsche menegasikan [atau : menafikan] adanya 'Kebenaran Tunggal' dan justru bersikap afirmatif terhadap banyak kebenaran. Mahatma Gandhi pun seirama dengan mendeklarasikan bahawa semua agama - entah Hinduisme, Buddhisme, Yahudi, Kristen, Islam, Zoroaster, maupun lainnya -adalah benar. Dan, konsekuensinya, kebenaran ada dan ditemukan pada semua agama. Agama-agama itu diibaratkan, dalam nalar pluralisme Gandhi, seperti pohon yang memiliki banyak cabang (many), tapi barasal dari satu akar (the one). Akar yang satu itulah yang menjadi asal dan orientasi agama-agama."20

Faham TUR yang pada asalnya masih bersifat teoritis dan filosofis, telah diterjemahkan oleh para pendukung JIL dalam bentuk yang lebih ekstrim dan radikal. Koordinatornya, Ulil Absar Abdalla, tanpa segan silu lagi menyatakan bahawa "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar."21 Apabila akidah Islam telah rosak, maka syari'ahnya menjadi tidak bermakna sama sekali. Jadi mereka pun menolak larangan kahwin beza agama yang merupakan bahagian dari syari'ah Islam. Bagi mereka larangan itu sudah tidak lagi relevan dalam era pluralisme agama kini. Ulil Absar mengungkapkan dalam satu tulisannya yang bertajuk "Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam" dalam surat khabar Kompas, bahawa: "Larangan kahwin beda agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam, sudah tidak relevan lagi."22

Faham pluralisme agama di Indonesia juga cuba diseludupkan dalam program pendidikan sekolah rendah kononnya untuk melahirkan generasi masa depan Muslim yang 'pluralis'. Sekolah yang mencuba program pluralisme agama itu adalah Sekolah Madania di Jakarta. Dr. Budhy Munawar Rahman, salah seorang aktivis JIL, yang juga menjadi pengurus Sekolah Madania menyatakan:

"Memang, ada suatu eksperimen yang dilakukan di Madania (TK, SD, SMP, dan SMU milik Paramadina). Dengan sistem active learning sejak SD, setiap anak biasanya mendapatkan pendidikan agama sesuai agama masing-masing. Juga ada sistem moving class; ketika pelajaran agama, mereka pindah ke kelas agama masing-masing. Ada macam-macam kelas agama terpisah-pisah; Christian class, Catholic class, Islamic class, dan lain-lain. Jadi, pasal 13 ayat 1 A RUU Sisdiknas sudah kami lakukan di Madania. Nah, karena kami mau menekankan pluralisme agama, pada masa-masa tertentu, misalnya tiga bulan sekali, kami adakan spiritual atau religion fair atau 'pekan raya agama.' Setiap kelas agama akan berhias diri, simbol-simbol agama juga ditampilkan, dan setiap anak akan datang berkunjung, melihat, dan mungkin bertanya kepada guru agama; apa sih artinya pohon natal? Di sana kita jumpa Buddha yang sedang melakukan meditasi, tampilan Ka'bah, dan lain-lain. Semua anak bisa melihat simbol-simbol keagamaan yang sangat ekspresif dan penuh nilai kesakralan. Itu mungkin pengalaman tersendiri bagi anak-anak. Kami tak mungkin mengajarkan wawasan pluralisme, tetapi guru-gurunya bukan pluralis. Bahaya sekali dan akan merosak ide besar kami. Makanya, orang tua juga harus mandapatkan training atau semacam acara bulanan sehingga mereka bisa memahami pluralisme."23

Mengapa sampai begitu dahsyat sekali faham pluralisme agama berkembang di Indonesia? Jawabannya adalah ringkas; kerana Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) secara perlembagaan tidak memberikan hak istimewa kepada Islam untuk menjadi agama rasmi negara, yang akhirnya Islam secara khusus tidak dilindungi dari segi undang-undang. Ini mesti menjadi pengajaran kepada Malaysia supaya terus mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dalam perlembagaannya. Apabila tidak ada perlindungan undang-undang ini, maka anasir-anasir yang merosak Islam dari dalam begitu mudah disebarkan dalam masyarakat tanpa boleh dihalang oleh pemerintah Indonesia sendiri.

Apabila Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada tahun lepas mengeluarkan fatwa bahawa faham pluralisme agama adalah bercangggah dengan akidah Islam, maka fatwa itu telah dikecam oleh kelompok JIL, bahkan MUI dianggap tolol dan diperbodoh-bodohkan oleh mereka. MUI pada 29hb Julai 2005 diantaranya mengeluarkan fatwa bahawa:

"Pluralisms agama adalah suatu paham yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan kerenanya kebenaran setiap agama adalah relatif. Oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mengklaim bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah.".......... "Pluralisme.. .sebagaimana dimaksud pada bahagian pertama adalah paham yang bertentangan dengan ajaran agama Islam."

Namun sayang, akibat tidak adanya kuasa undang-undang, fatwa di atas tidak mengikat setiap Muslim di Indonesia. Akibatnya aliran Islam yang menyeleweng tetap subur di negeri ini, maka masyarakatlah yang bertindak mengambil jalan sendiri. Kes aliran Ahmadiyah menjadi bukti apabila akhirnya masyarakat Islam yang prihatin terhadap semakin merebaknya faham ini mengambil tindakan sendiri menceroboh pusat kegiatan Ahmadiyah di Parung, Jawa Barat, baru-baru ini. JIL atas nama pluralisme dan kebebasan beragama mengecam keras tindakan tersebut, sementara Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan kembali fatwa, memperkuat fatwa sebelumnya, bahawa aliran Ahmadiyah adalah terkeluar Islam. Bahkan Majlis Ulama Indonesia menyatakan dalam fatwa yang sama bahawa,

"Pemerintah berkewajiban melarang penyebaran paham Ahmadiah di seluruh Indonesia dan membekukan organisasi serta menutup semua tempat kegiatannya."

Namun kerana fatwa tersebut tidak memiliki kuasa undang-undang di Indonesia, kelompok Islib tetap berani mempersendakan MUI di hadapan publik.

Ajaran Islam mengakui adanya 'religious plurality' dalam arti menerima adanya perbezaan dan kepelbagaian agama dalam kehidupan bermasyarakat, bukan 'religious pluralism' yang menyamakan semua agama. Prinsip 'lakum dinukum waliyadin' dan juga 'la ikraha fiddin' menjadi teras utama toleransi dan kerukunan beragama dalam Islam. Prinsip ini pada dasarnya menerima adanya perbedaan agama dari segi akidah dan keyakinan masing-masing, sementara pluralisme agama ingin memansuhkan perbedaan tersebut sehingga para penganut agama tidak boleh meyakini lagi agamanya sebagai kebenaran.

Pada akhirnya pluralisme agama itulah yang mengklaim dirinya sebagai kebenaran, sedangkan klaim kebenaran agama yang sedia ada dinafikan dan tidak boleh dikemukakan di hadapan publik. Pluralisme agama dalam bentuknya sebagai 'civil religion' yang sekular memang bercita-cita menjadi polis kepada agama-agama yang ada. Mana-mana agama atau negara yang melanggar rule of the game paham ini akan dikenakan hukuman dan didenda atas keyakinan dan perbuatannya. Bahkan agama yang mendakwa bahawa dirinya sahaja yang benar boleh dikira sebagai 'agama jahat'. Itulah kesan yang ingin ditimbulkan oleh sebuah buku pendokong pluralisme agama yang bertajuk 'When Religion Becomes Evil.'24

Kita melihat usaha penubuhan Interfaith Commision (IFC) di Malaysia adalah dalam rangka penyebaran faham pluralisme agama yang kita bincangkan. Semua tuntutan golongan ini tanpa segan silu lagi jelas-jelas menyerang prinsip-prinsip Islam sebagai agama rasmi yang dilindungi oleh perlembagaan Malaysia. Marilah kita perhatikan tuntutan-tuntutan golongan ini: 25

1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada asal agama mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah civil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Tuntutan-tuntutan di atas sebahagian besarnya bercanggah dengan ajaran Islam dan kepentingan umat Islam di Malaysia. Bukankan aneh apabila ada orang Islam atau kumpulan Islam yang mendokongnya? Namun kenyataannya ada kumpulan yang menamakan diri "Sisters In Islam" (SIS) menyetujui dan menyokong IFC. Itulah realiti pemikiran Islib; orang-orang Islam sendiri yang secara zahirnya tidak mahu dikatakan bukan Islam, tetapi batinnya tidak mahu tunduk dan patuh pada ajaran-ajaran Islam, atau seperti ungkapan Pak Rasjidi, orang Islam "yang tidak mempunyai hubungan batin dengan Islam."

Persoalannya, bolehkah lagi pemikiran itu dinamai dengan nama 'Islam' seperti dalam ungkapan 'Islam liberal' apabila bagi mereka ajaran Islam pada hakikatnya tidak berbeza dengan ajaran-ajaran yang lain? Imam al-Ghazali pernah menulis satu risalah kecil dengan tajuk 'Faisal al-Tafriqah Baynal Islam waz Zandaqah' (Fasal Kecil Tentang Perbezaan Islam dan Faham Zindiq). Berdasarkan risalah ini orang Islam yang batinnya benci kepada Islam bolehlah disebut sebagai Zindiq. Pemikiran Islib kebanyakannya adalah pemikiran zindiq yang merosak Islam dari dalam tubuh Islam itu sendiri.

3. Al-Qur'an Edisi Kritis

Isu Qur'an Edisi Kritis (QEK) juga datang dari kelompok Islib di Indonesia. Mereka mempunyai agenda untuk mengedit al-Qur'an yang sedia ada. Bagi mereka teks-teks al-Qur'an yang beredar di kalangan kaum Muslimin hari ini mengandungi banyak permasalahan yang memerlukan pengeditan semula secara kritikal. Sejarah pembukuan al-Qur'an dan berbagai macam qira'ah (ragam bacaan) yang wujud dalam tradisi umat Islam dijadikan modal oleh golongan ini untuk merealisasikan projek mereka. Tokoh utama Islib yang mempunyai minat dalam projek ini adalah Taufik Adnan Amal,26 seorang pensyarah Ulumul Qur'an di Institut Agama Islam Negri (AIAN) Makasar. Penulis secara langsung pernah berdialog menerusi internet dalam mailing list Islib sendiri dengan beliau supaya menghentikan gagasan itu, sekitar empat tahun yang lalu.27

Walaupun projek QEK ini pastinya akan menemui kegagalan, tetapi isu yang mereka lontarkan tentunya boleh menyebabkan keraguan masyarakat awam terhadap keaslian kitab suci al-Qur'an itu sendiri. Mereka mengungkit-ungkit semula sejarah pembukuan al-Qur'an di tangan Saidina Uthman. Dituduhnya Khalifah Uthman membakar mushaf-mushaf yang lain dengan menggunakan kuasa politiknya, sehingga hanya 'Mushaf Uthmani' sahaja yang layak beredar di dunia Islam. Dituduhnya pula para ulama al-Qur'an bersekongkol dengan para penguasa politik, seperti Ibnu Mujahid, dalam memonopoli qira'ah-qira'ah yang sekarang dibaca oleh umat Islam. Perhatikan kata-kata pendokong QEK ini:

Sebagian besar kaum Muslim meyakini bahawa al-Quran dari halaman pertama hingga terakhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara verbatim, baik kata-katanya (lafdhan) maupun maknanya (ma nan). Keyakinan semacam itu sesungguhnya lebih merupakan formulasi dan angan-angan teologis (al-khayal al-dini) yang dibuat oleh para ulama sebagai bagian dari formulasi doktrin-doktrin Islam. Hakikat dan sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi dari perdebatan, pertentangan, intrik (tipu daya), dan rekayasa.2B

Projek Qur'an Edisi Kritis ini sebenarnya dahulunya adalah ambisi kaum orientalis seperti G. Bergstrasser, Arthur Jeffery, dan Otto Pretzl yang menggeluti bidang al-Qur'an. Namun setelah perang dunia kedua, ketika bahan-bahan yang mereka kumpulkan hancur lebur dihentam bom peperangan, semangat mereka untuk meneruskan projek ini menjadi kendur.

The plan of Bergstrasser, Jeffery, and Pretzl to prepare a critical edition of the Qur'an was not realized, and the collection of variants derived from real old codices failed to survive the bombs of War World II.29

Kini minat para orientalis itu untuk memunculkan Qur'an Edisi Kritis tidak terdengar lagi. Tapi sayangnya projek yang sudah terkubur itu kini ingin dibangkitkan kembali oleh golongan Islib. Mudah-mudahan ini hanya menjadi angan-angan mat jenin sahaja.

4. Hermeneutika

Belum habis isu al-Qur'an Edisi Kritis (QEK) ditimbulkan, isu hermeneutika pula digulirkan. Apabila QEK bertujuan merombak al-Qur'an yang sedia ada, hermenuetika pula bertujuan merubah orientasi tafsir al-Qur'an yang selama ini menjadi tradisi umat Islam dari zaman berzaman. Walaupun kedua-duanya berbeza tujuan, tetapi terkait dan terikat satu sama lain. Hermeneutika pada asalnya adalah metodologi penafsiran Bible, kemudian dikembangkan oleh seorang pemikir Protestant, Friedrich Schleiermacher, menjadi aliran falsafah moden, lantas oleh segolongan kaum liberal diterapkan kepada penafsiran al-Qur'an.

Dalam tradisi kajian Bible, para pemuka Kristian memang mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah keseluruhannya wahyu Tuhan. Di dalamnya terjadi percampuran antara firman Tuhan dan karangan-karangan manusia, selain bahasa wahyu yang asal juga sudah tiada. Oleh itu dikembangkanlah suatu metodologi pentafsiran yang disebut sebagai hermeneutika untuk mencari nilai kebenaran Bible itu sendiri. Encyclopaedia Britannica menyatakan:

For both Jews and Christians throughout their histories, the primary purpose of hermeneutics, and of the exegical methods employed in interpretation, has been to discover the truths and values of the Bible.30

Berbeza dengan hermeneutika, tujuan tafsir bukanlah untuk mencari nilai kebenaran al-Qur'an, kerana kaum Muslimin telah sepakat bahawa al-Qur'an keseluruhannya adalah kalamullah, dan sekaligus kebenaran (al-haq) itu sendiri.

Dalam perbahasan falsafah pula, hermeneutika sentiasa melihat sebuah karya dari sudut tiga serangkai (triadic relation); teks (text), pengarang (author), dan pembaca (reader). Ketika Bible dihadapkan kepada tiga sudut pandang ini, maka para ahli teologi Kristian juga mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah wahyu Tuhan, bahawa Bible ada pengarangnya, dan bahawa pembaca Bible mempunyai jarak, baik masa mahupun bahasa, dengan dengan wahyu Tuhan yang sebenarnya, sehingga si pembaca tidak dapat secara langsung memahami firman Tuhan itu sendiri. Bahkan mereka juga mengakui bahawa teks-teks Bible mempunyai masalah yang banyak. Jadi apabila teks-teks itu sudah bermasalah, bukankah tafsirannya juga akan bermasalah? Itulah dilema yang terjadi dalam hermeneutika Bible; di satu sisi hermeneutika diberi tugas untuk memperbetulkan teks, dan di sisi lain dituntut membuat penafsiran terhadap teks itu sendiri.

Apabila hermeneutika diterapkan pada studi al-Qur'an, maka teks-teks dan ayat-ayat al-Qur'an akan dipertanyakan dahulu kebenarannya; betulkah ia kalamullah, bukankah ia telah bercampur dengan kata-kata manusia, bukankah bahasa yang digunakan juga adalah bahasa manusia yang menjadi bahagian dari budaya dan sejarah manusia, apakah Tuhan bercakap dalam bahasa Arab, dan lain-lain pertanyaan yang akan merongkai keimanan kaum Muslimin terhadap al-Qur'an al-Karim. Belum lagi kita sampai kepada tafsir al-Qur'an, kita sudah diserang dahulu dengan persoalan-persoalan 'teks' yang dilahirkan oleh hermeneutika.

Perhatikan ungkapan-ungkapan berikut ini yang diterbitkan dalam Jurnal Justisia, Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Semarang:

Dalam studi kritik al-Qur'an, pertama kali yang perlu dilakukan adalah kritik historisitas al-Qur'an. Bahawa Qur'an kini sudah berupa teks yang ketika hadir bukan bebas nilai dan tanpa konteks. Justeru konteks Arab 14 abad silam telah mengkonstruk [ atau:membentuk] Qur'an. Adalah Muhammad s.a.w., seorang figur yang saleh dan berhasil mentransformasikan nalar kritisnya dalam berdealiktika dengan realitas Arab. Namun, setelah Muhammad wafat, generasi pasca Muhammad terlihat tidak kreatif.......Dari sekian banyak daftar

ketidak-kreatifan generasi pasca Muhammad, yang paling mencelakakan adalah pembukuan Qur'an dengan dialek Quraisy, oleh Khalifah Usman ibn Affan yang diikuti dengan klaim otoritas mushafnya sebagai mushaf terabsah dan membakar (menghilangkan pengaruh) mushaf-mushaf milik sahabat lain.... ..Kerananya muncul

asumsi bahawa pembukuan Qur'an hanya siasat bangsa Quraisy, melalui Usman, untuk mempertahankan hegemoninya atas nasyarakat Arab [dan Islam]. Hegemoni itu tampak jelas terpusat pada ranah kekuasaan, agama dan budaya. Dan hanya orang yang mensakralkan Qur'anlah yang berhasil terperangkap siasat bangsa Quraisy tersebut.31

Seperti yang saya katakan sebelumnya, isu hermeneutika apabila diterapkan pada studi al-Qur'an akan berkait dengan isu Qur'an Edisi Kritis. Ini kerana hermeneutika adalah metodologi penafsiran yang mempermasalahkan teks yang akan ditafsirkannya. Apabila itu terjadi pada kajian Bible, maka hal itu adalah wajar dan munasabah, kerana memang itulah realiti kitab tersebut. Tetapi apabila hal itu diterapkan pada al-Qur'an, bukankah itu bererti suatu kemunduran berfikir? Jelas sekali cara berfikir seperti yang terungkap pada petikan jurnal di atas adalah cara berfikir mundur kebelakang.

Kita punya tradisi tafsir yang tidak dimiliki oleh agama-agama lain yang kitab sucinya masih bergelut dengan permasalahan teks. Seluruh umat Islam sepakat bahawa lafaz al-Qur'an adalah dari Allah SWT. Setelah kesepakatan ini, maka tugas umat Islam dan para ulamanya selanjutnya adalah menafsirkannya apabila ada ayat-ayat yang perlu diperhalusi lagi. Prof. Naquib al-Attas, misalnya, pernah mengatakan:

Indeed, it was because of scientific nature of the structure of the language that the first science among the Muslims — the science of exegesis and commentary (tafsir) became possible and actualized; and the kind of exegesis and commentary not quite identical with Greek hermeneutics, nor indeed with the hermeneutics of the Christians, nor with any 'science' of interpretation of sacred scripture of any other culture and civilization.32

Apabila kita mempermasalahkan teks-teks al-Qur'an itu lagi, padahal kita tidak punya masalah itu, bukankah itu satu kemunduran? Anehnya, bagi golongan Islib mengusik-usik teks al-Qur'an dianggap satu kemajuan. Saat ini pengaruh hermeneutika sudah masuk ke pusat pengajian tinggi Islam di Indoensia. Kini hermeneutika dan semiotika dijadikan mata pelajaran yang wajib diambil oleh para mahasiswa program studi Tafsir-Hadis di Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta. Tujuan dari mata kuliah itu, seperti tertera pada course outline, adalah supaya 'Mahasiswa dapat menjelaskan dan menerapkan ilmu hermeneutika dan semiotika terhadap kajian al-Qur'an dan Hadis.'33

5. Feminisme

Gerakan feminisme Barat yang bertujuan mewujudkan persamaan laki-laki dan perempuan (gender equality), juga mempengaruhi pemikiran Islib. Feminisme ala Islib biasanya menuntut persamaan hukum-hakam syariah antara lelaki dan wanita. Perbezaan hukum syara' antara wanita dan lelaki Islam dianggap tidak adil oleh golongan ini. Di Indonesia hal ini ditandai dengan munculnya sebuah kertas kerja yang bertajuk "Counter Legal Draft Atas Kompilasi Hukum Islam" (CLD-KHI) oleh satu jawatankuasa 'Kelompok Kerja Pengarusutamaan Gender (PUG) Departemen Agama Republik Indonesia' yang dipimpin oleh Dr. Musdah Mulia. Di antara isu-isu liberal dan controversial yang ditimbulkan dalam CLD-KHI ini adalah:34

1. Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang.

2. Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah.

3. Masa 'iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa 'iddah laki-laki adalah 130 hari.

4. Isteri boleh juga menjatuhkan talak.

5. Bahagian warisan anak laki-laki dan anak wanita adalah sama.

Bibit-bibit feminisme di Malaysia juga sudah mulai muncul. Kewujudan kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang dahulunya didirikan oleh Amina Wadud kini mulai mempengaruhi anak-anak wanita tokoh-tokoh negarawan Malaysia. BBC News (On Line) 11hb Mac 2006 misalnya telah menyiarkan kenyataan Marina Mahathir yang konon 'di Malaysia wanita Muslim menjadi mangsa 'apartheid'. Kata Marina, "We should also note that only in Malaysia are Muslim women regressing; in every other Muslim country in the world, women have been gaining rights, not losing them"

seperti yang dipetik BBC. Kenyataan beliau itu sebenarnya bercanggah dengan realiti sebenar di mana wanita di Malaysia memainkan peranan yang lebih aktif dalam semua bidang kerjaya dibandingkan dengan kebanyakan wanita di negara-negara Islam lainnya.

Amina Wadud, tokoh pendiri SIS, yang belum lama ini menggemparkan dunia Islam dengan bertindak sebagai khatib dan imam solat Juma'at, masih mendapat sokongan kuat dari SIS. Laman Web SIS sampai hari ini (12 Mei 2006) masih lagi menyiarkan konon hujah-hujah yang mendokong wanita menjadi imam bagi lelaki. Selain itu kita pun tahu juga adanya hubungan komunikasi antara SIS dan JIL di Indonesia. Sebahagian mereka biasa berkunjung ke pejabat JIL di Jalan Utan Kayu, Jakarta untuk berdiskusi.

Penutup

Isu Islib walaupun pada mulanya muncul di Indonesia tidak mustahil mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia juga. Isu pluralisme agama dan feminisme nampaknya sudah mula bertapak. Walaupun Malaysia beruntung kerana undang-undang yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, tetapi tekanan globalisasi apabila tidak ditangani secara bijaksana, boleh mengakibatkan terhakisnya fungsi undang-undang ini.

Komitmen Malaysia yang bersikap tegas terhadap pemikiran Islib perlulah dihargai. Dalam surat khabar Utusan Malaysia, 21 Mei 2005 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengingatkan umat Islam di negara ini supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Islam liberal kerana ia bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Katanya, ini boleh dilihat melalui prinsip fahaman ini yang melihat sesuatu perkara dalam kehidupan mengikut penerimaan masyarakat semasa, mengutamakan rasional pemikiran semata-mata dan menganggap semua agama adalah sama. "Dan paling bahaya sekali ajaran ini turut disebarkan melalui serangan pemikiran yang dibuat secara halus...Malah, pengikut fahaman ini telah mewujudkan sebuah badan yang dikenali sebagai Jaringan Islam Liberal yang bertujuan untuk menyebarkan seluas-luasnya fahaman ini di samping mewujudkan rangkaian ke negara-negara lain." Bagaimanapun katanya, Malaysia yang jelas termaktub Islam sebagai agama rasminya tetap akan menghalang perkembangan ini walau melalui apa cara sekali pun. "Kita akan menggunakan segala saluran secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang bagi memelihara akidah umat Islam di negara ini," tambahnya.

Mudah-mudahan Allah melindungi Indonesia dan Malaysia dari fitnah pemikiran Islam Liberal. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Rujukan:

1 Lihat Leonard Binder, Islamic Liberalism: Critique of Development Ideologies, Chicago: The University of Chicago Press, 1988.

2 Charles Kurzman, Liberal Islam - A Sourcebook, New York: Oxford University Press, 1998.

3 Lihat Greg Barton, The Emergence of Neo-Modernism: A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought, 1995. Buku ini pada asalnya adalah disertasi Ph.D di Monash University, Australia.

4 4. Drs. Nurcholis Madjid, "Sekali Lagi Tentang Sekularisasi", dalam Koreksi Terhadap Drs. Nurcholis Madjid Tentang Sekularisasi, oleh Prof. Dr. H.M. Rasjidi, Jakarta: Bulan Bintang, Get. 2, 1977, m.s. 33.

5 5. Harvey Cox, The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective, New York: The Macmillan Company, [1965] rev. ed. 1967.

6 6. Prof. Dr. H.M. Rasjidi, Koreksi Terhadap Drs. Nurcholis Madjid Tentang Sekularisasi, Jakarta: Bulan Bintang, Get. 2, 1977, m.s. 18. Seterusnya dipetik sebagai Rasjidi.



7 Rasjidi, m.s. 47.

8 Ibid., 58.

9 Ibid., 85.

10 Majalah Tempo, edisi 19-25 November 2001.

11 Wajah Islam Liberal di Indonesia, Jaringan Islam Liberal, Jakarta, m.s. 232-233.

12 Lihat Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism, Kuala Lumpur: ISTAC, 1993; diterbitkan pertama kali tahun 1978 oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

13 Lihat Yusuf al-Qaradawi, al-Islam wa al-'Ilmaniyyah Wajhan li Wajhin, Get. 7, Kairo: Maktabah Wahbah, 1977.

14 Penulis pernah menyampaikan kertas kerja dalam seminar Pemikiran al-Qaradawi yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam University Malaya pada 12-13 Januari 2003 dengan tajuk "al-Attas dan al-Qaradawi Mengenai Islam dan Sekularisme: Jawapan Tegas Dua Ilmuwan Islam Semasa". Kemudian diterbitkan dalam Afkar - Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, Mai-Jun 2002, m.s. 143-164.

15 Lihat Anis Malik Thoha, Tren Pluralisme Agama, Jakarta: Gema Insani Press, 2005.

16 Untuk memahami kedua-dua aliran pluralisme ini, lihat misalnya, Anis Malik Thoha, "Konsep World Theology dan Global Theology - Eksposisi Doktrin Pluralisme Agama Smith dan Hick", Islamia - Majalah Pemikiran dan Peradaban Islam, Thn 1, no. 4, Januari - Mac 2005, m.s. 48-60.

17 Lihat misalnya, Adnan Asian, Religious Pluralism in Christian and Islamic Philosophy - The Thought of John Hick and Seyyed Hossein Nasr, London: Curzon, 1994.

18. Nuh Ha Mim Keller, Reliance of the Traveller, Rev. Ed., Evanston: Surma Books, 1994, m.s. 1095.

19 Tiga Agama Satu Tuhan, Bandung: Mizan, 1999, m.s. xix.

20 Dipetik dari surat khabar ]awa Pos, 11 Januari 2004.

21 Dipetik dari majalah Gatra, 21 Disember 2002.

22 Dipetik dari surat khabar Kompas, 18 November 2002

23, Dipetik dari laman Islib.

24 Lihat Charles Kimball, When Religion Becomes Evil,

25 Dikeluarkan oleh Secretariat ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGO's) yang beralamat di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur; atau lihat laman www.geocities.com/bantah-ifc

26 Lihat artikelnya "Edisi Kritis al-Qur'an" dalam Wajah Islam Liberal di Indonesia, Jakarta: JIL, 2002.

27 Lihat, Ugi Suharto, "Upaya Meruntuhkan Mushaf Uthmani Dari Dahulu Sehingga Kini" dalam Bulletin al-Hikmah ISTAC, no. 1, tahun 8, 2002, m.s. 16-40. Sila lihat 'Lampiran' untuk mengikuti dialog tersebut

28 Ini adalah kata-kata Luthfie Asyaukani, salah seorang aktifis JIL, website islib. Dipetik dari Adian Husaini, Hegemoni Kristen Barat Dalam Studi Islam di Perguruan Tinggi, Jakarta: Gema Insani, 2006, m.s. 123.

29 Gerd-R Puin, "Observation on Early Qur'an Manuscript in San'a" dalam The Qur'an as Text, ed. Stefan Wild, Leiden: E.J. Brill, 1996, m.s. 107.

30 Encyclopaedia Britannica, edisi ke 15 (1995), 5: 874, 1b.

31 Jurnal Justisia, Edisi 23, thn. XI, 2003. Dipetik dari Adian Husaini, op. cit, m.s. 156.

32 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1999 [terbit pertama thn. 1980], m.s. 4.

33 Adian Husaini, ibid., 277.

34 Ibid., 266-267.

* Kertas Kerja ini dibentangkan dalam Seminar Ancaman Islam Liberal anjuran Kerajaan Kelantan dan Gabungan Persatuan Profesional Kelantan, di Balai Islam, Lundang, Kota Baharu, Kelantan, pada 3hb. Jun, 2006.