Memaparkan catatan dengan label zakat. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 11, 2011
Golongan Yang Layak Menerima Zakat
Allah SWT telah menjelaskan golongan yang layak menerima zakat seperti firmanNYA di dalam al-Quran, surah al-Taubah ayat 60:
Maksudnya: “Hanyasanya al-Sodaqaat (zakat) ituadalah untuk orang-orang yang fakir, miskin, amil-amil yang menguruskannya, muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang-orang yang berhutang, untuk sabilillah, iaitu sebagai satu ketetapan daripada Allah. Dan ingatlah Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana.”
Penjelasan ringkas setiap golongan di atas:
1. Fakir: orang yang tidak ada harta yang cukup untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Seperti orang yang memerlukan sepuluh ringgit tetapi dia hanya memiliki 3 ringgit sahaja.
2. Miskin: Orang yang hanya memiliki sesuatu untuk keperluan dirinya akan tetapi ianya tidak mencukupi, seperti seorang yang memerlukan 10 ringgit tetapi dia hanya memiliki 8 ringgit sahaja.
Selasa, Ogos 02, 2011
Selasa, Ogos 10, 2010
Keutamaan dan Keistimewaan Zakat
1. Zakat merupakan rukun Islam ketiga setelah shalat, terletak di tengah-tengah antara lima rukun Islam yang lain, didahului dengan syahadah dan shalat, lalu diikuti dengan puasa dan menuaikan haji bagi mereka yang berkemampuan, sebagai rukun terakhir.
2. Apabila diteliti, kita mendapati bahwa zakat berbeda dari rukun-rukun Islam yang lain. Kesemua rukun Islam merupakan amalan ta’abudiyah kepada Allah. Akan tetapi, kita lihat, zakat tidak hanya berhubungan dengan Allah (habluminallah), tetapi juga berhubungan dengan manusia (habluminannaas) secara langsung.

Jumaat, Mei 15, 2009
Hikmah Zakat
Hikmah dari zakat antara lain:
1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
6. Untuk pengembangan upaya umat
7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

Rabu, Ogos 20, 2008
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.
WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

Isnin, Ogos 18, 2008
Zakat Fitrah Penyelamat Umat Dari Kehancuran
Zakat adalah salah satu Rukun Islam dan sendi untuk melengkapkan agama Islam. Pelaksanaannya dibuat selepas perintah mendirikan solat, yang menjadi tiang agama.
Firman Allah bermaksud: “Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.” (Surah al-Baqarah, ayat 110)
Rasulullah SAW bersabda: “Islam itu didirikan di atas lima perkara iaitu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya serta utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa bulan Ramadhan dan beribadat haji di Baitullah bagi orang yang mampu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah memberikan amaran keras kepada orang yang lalai atau sambil lewa untuk melaksanakan kewajipan ini. Firman-Nya bermaksud: “Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak suka membelanjakannya dalam fisabilillah, maka beritahukanlah kepada mereka itu akan memperolehi seksa yang amat pedih sekali.” – (Surah Taubat, ayat 34)
Ahnaf bin Qais berkata: “Pada suatu ketika saya berada di dalam kelompok orang Quraisy. Abu Dzar lalu di kawasan itu dan dia berkata: “Beritahukanlah kepada orang yang suka menyimpan hartanya dan tidak suka berzakat bahawa mereka akan ditusuk ke dalam punggung dengan api itu sehingga keluarlah besinya dari rusuk, juga ditusuk dari dalam tengkuknya sehingga keluar besi itu dari dahi mereka.”
Ancaman itu membuktikan bahawa menunaikan zakat adalah cukup penting dan ia termasuk dalam urusan agama yang mesti diberikan perhatian.
Pada Ramadhan yang mulia ini setiap umat Islam diwajibkan menunaikan zakat fitrah. Bagi mereka yang mempunyai keupayaan menanggung keluarganya pada malam Aidilfitri dan siangnya, wajiblah dia menunaikan zakat fitrah. Kadarnya mengikut bilangan keluarga yang wajib diberi nafkah.
Walaupun bayi yang baru saja di lahirkan dan ia mendapat sebahagian daripada Ramadhan.
Sesiapa meninggal dunia sebelum tenggelamnya matahari atau lahir selepas tenggelamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan itu tidak wajib zakat fitrah ke atasnya.
Ia kerana tidak berhimpun pada mereka itu puasa Ramadhan dan berbuka puasa pada Syawal.
Menunaikan zakat fitrah sangat penting serta perlu dijadikan sebagai agenda utama bagi setiap umat, pemerintah serta kerajaan Islam.
Membayar zakat fitrah pada Ramadhan bukan saja menambahkan kemeriahannya, tetapi tersirat seribu makna dan maksud tersendiri.
Antaranya, ia menyelamatkan setiap individu dalam masyarakat daripada kehancuran.
Mengabaikan tanggungjawab berzakat sebenarnya mengundang bala dan kehancuran bagi sesebuah masyarakat.
Si kaya yang tidak berzakat tidak terdidik jiwanya menjadi manusia pengasih dan merendah diri. Jika ia berlaku lahirlah masyarakat yang anggotanya dipenuhi orang mementingkan diri sendiri dan tidak teragak-agak memijak serta menganiayai orang lain asalkan matlamatnya tercapai.
Berzakat turut mewujudkan masyarakat penyayang. Ia tuntutan agama serta fitrah manusia, malah syarat mewujudkan sebuah negara maju yang makmur.
Zakat fitrah titik-tolak untuk kita menjadikan kasih sayang serta perasaan cinta menyintai sesama insan sebagai asas perbelanjaan dan pengagihan kemewahan terkumpul.
Asas ini sangat penting supaya segala bentuk kezaliman sesama insan dapat dihapuskan dan kehidupan harmoni di dunia diwujudkan.
Berkasih sayang penting kerana:
Ia syarat mendapat kasih sayang dari Allah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Orang yang pengasih akan dikasihi Tuhan, kasihilah makhluk di dunia ini, nescaya kamu akan dikasihi Allah.”
Ia menjadi sumber kekuatan kepada sesebuah masyarakat.
Firman Allah: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan (jika kamu lakukan) nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.”
Ia syarat untuk memasuki syurga Allah. Sabda Rasulullah SAWb diriwayatkan Imam Al-Bukhari: “Dan demi nyawaku di dalam genggamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sepenuhnya sehingga kamu sayang menyayangi antara kamu, apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu membuatnya nescaya kamu akan berkasih sayang, ia adalah memberi salam sesama kamu.”
Umat Islam hendaklah bersegera dalam mengeluarkan zakat dengan menyedari bahawa ia adalah antara tuntutan Rukun Islam.
Sesungguhnya, Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat.
Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, ikhlas dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan. Kefarduan mengeluarkan zakat fitrah pada Ramadhan adalah bukti bahawa umat Islam perlu hidup bertolak ansur dan bersatu padu tanpa membezakan status ekonomi, keturunan, pendidikan dan kadar ketakwaan.
Zakat fitrah diwajibkan pada Ramadhan kerana Allah memberi keistimewaan kepada Ramadhan sebagai bulan toleransi dan perpaduan antara kaya dan miskin.
Zakat fitrah juga berfungsi membersihkan jiwa pembayar serta menimbulkan nilai toleransi dan perpaduan orang kaya terhadap orang miskin.
Hikmatnya zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya. Begitu juga dia akan mengelakkan orang fakir dan miskin daripada meminta-minta pada hari raya.

Di antara dalil yang menganjurkan untuk menunaikan zakat fitrah adalah :
1. Firman Allah Ta'ala:
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia shalat" (Al-A'la: 14-15)
2. Hadits shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu, ia berkata :
" Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mewajibkan zakat fitrah bagi orang merdeka dan hamba sahaya, laki-laki dan perempuan, anak-anak dan orang dewasa dari kaum muslimin. Beliau memerintahkan agar (zakat fituah tersebut) ditunaikan sebelum orang-orang melakukan shalat 'Id (hari Raya) " (Muttafaq 'Alaih)
Setiap muslim wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan orang yang dalam tanggungannya sebanyak satu sha' (+- 3 kg) dari bahan makanan yang berlaku umum di daerahnya. Zakat tersebut wajib baginya jika masih memiliki sisa makanan untuk diri dan keluarganya selama sehari semalam. Zakat tersebut lebih diutamakan dari sesuatu yang lebih bermanfaat bagi fakir miskin.
Adapun waktu pengeluarannya yang paling utama adalah sebelum shalat 'Id, boleh juga sehari atau dua lari sebelumnya, dan tidak boleh mengakhirkan mengeluaran zakat fitrah setelah hari Raya.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mewajibkan zakat fihrah sebagai penyuci orang yang berpuasa dari kesia-siaan dan ucapan kotor, dan sebagai pemberian makan kepada fakir miskin. "Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum shalat 'Id, maka zakatnya diterima, dan barang siapa yang membayarkannya setelah shalat 'Id maka ia adalah sedekah biasa. "(HR. Abu Daud
dan Ibnu Majah, (Dan diriwayatkan pula Al Hakim, beliau berkata : shahih menurut kriteria Imam Al-Bukhari.)
Zakat fitrah tidak boleh diganti dengan nilai nominalnya. Berdasarkan hadits Abu Said Al Khudhri yang menyatakan bahwa zakat fithrah adalah dari limajenis makanan pokok
(Muttafaq 'Alaih). Dan inilah pendapat jumhur ulama. Selanjutnya sebagian ulama menyatakan bahwa yang dimaksud adalah makanan pokok masing-masing negeri. Pendapat yang melarang mengeluarkan zakat fithrah dengan uang ini dikuatkan bahwa pada zaman Nabi shallallahu hlaihi wasallam juga terdapat nilai tukar (uang), dan seandainya dibolehkan tentu Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan beliau memerintahkan mengeluarkan zakat dengan nilai makanan tersebut, tetapi beliau tidak melakukannya. Adapun yang membolehkan zakat fithrah dengan nilai tukar adalah Madzhab Hanafi.
Karena hal itu tidak sesuai dengan ajaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dan diperbolehkan bagi jamaah (sekelompok manusia) membeyikan jatah seseorang, demikian pula seseorang boleh memberikan jatah orang banyak.
Zakat fitrah tidak boleh diberikan kecuali hanya kepada fakir miskin atau wakilnya. Zakat ini wajib dibayarkan ketika terbenamnya matahari pada malam 'Id. Barangsiapa meninggal atau mendapat kesulitan (tidak memiliki sisa makanan bagi diri dan keluarganya, pen.) sebelum terbenamnya matahari, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Tetapi jika ia mengalaminya seusai terbenam matahari, maka ia wajib membayarkannya (sebab ia belum terlepas dari tanggungan membayar fitrah).
Hikmah disyari'atkannya Zahat Fitrah Di antara hikmah disyari'atkannya zakat fitrah adalah :
1. Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana Allah memberikan umur panjang baginya sehingga ia bertahan dengan nikmat-l\lya. Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan
2. Zakat fitrah juga merupakan bentuk pertolongan kepada umat Islam, baik kaya maupun miskin sehingga mereka dapat berkonsentrasi penuh untuk beribadah kepada Allah Ta'ala dan bersukacita dengan segala anugerah nikmat-Nya.
3. Hikmahnya yang paling agung adalah tanda syukur orang yang berpuasa kepada Allah atas nikmat ibadah puasa. (Lihat Al Irsyaad Ila Ma'rifatil Ahkaam, oleh Syaikh Abd.
Rahman bin Nashir As Sa'di, hlm. 37. )
4. Di antara hikmahnya adalah sebagaimana yang terkandung dalam hadits Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma di atas, yaitu puasa merupakan pembersih bagi yang melakukannya dari kesia-siaan dan perkataan buruk, demikian pula sebagai salah satu sarana pemberian makan kepada fakir miskin. Ya Allah terimalah shalat. kami, zakat dan puasa kami serta segala bentuk ibadah kami sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Selasa, Mac 18, 2008
Zakat Pendapatan
Zakat ke atas pendapatan adalah wajib dikeluarkan sebagaimana yang telah di fatwakan oleh kebanyakan ulama muta'akhirin termasuk Prof. Dr. Yusof Qardhawi, demikian juga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dihadiri oleh mufti-mufti seluruh Malaysia.
Yang dimaksudkan dengan pendapatan yang wajib dizakatkan itu ialah imbuhan atau perolehan yang didapati oleh individu daripada majikan atau individu sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.
Nas/Dalil yang mewajibkannya adalah:
1. Maksud firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahgian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu" (Al-Baqarah : 267)
2. Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang bermaksud:
'jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar' (Riwayat Abu Daud)
Pengiraan Zakat Pendapatan
Zakat Pendapatan: gaji kasar setahun (termasuk bonus dan elaun)
TOLAK
1.perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan (contoh: diri -RM8000, isteri -RM3000,
2.tiap anak -RM1000,
3.KWSP -11%,
4.ibubapa -jumlah yang diberi,
5.potongan untuk Tabung Haji) dan; jawapan tersebut didarab 2.5 % jika baki menyamai atau melebihi nisab (~3000).
Contoh: kalau gaji dan bonus setahun ialah RM 40,000 dan perbelanjaan yang dibenarkan RM 24,000 maka zakat ialah 2.5% x RM 16,000 = RM400
Kalkulator Zakat Pendapatan

Langgan:
Catatan (Atom)