Jumaat, Mac 28, 2008

Syi'ah dan Al-Quran

Di antara peranan yang dimainkan oleh Syi’ah dalam usaha untuk memesongkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah dengan mendakwa bahawa al-Quran yang ada ini telahpun diselewengkan, ditokok-tambah, dikurangkan dan seumpamanya.

Kepercayaan ini adalah merupakan dharuriat aliran Syi’ah sebagaimana yang disebutkan oleh Sayyid Hashim al-Bahrani seorang ahli tafsir Syi’ah dengan katanya. “Saya yakin tentang benarnya (fahaman tentang al-Quran sudah diseleweng dan ditokok tambah) setelah diselidiki dan dikaji riwayat-riwayat dan atsar-atsar sehingga kita boleh memutuskan bahawa kepercayaan kepada perkara ini adalah salah satu daripada dharuriat aliran Syi’ah.(Al-Burhan fi Tafsiri al-Quran – Muqaddimah Fasal 4,halaman 49)

Kita akan membincangkan beberapa tajuk berkenaan penyelewengan al-Quran di sisi Syi’ah.

1. Mengapa Syi’ah tidak boleh menerima bahawa al-Quran yang terdapat di tangan orang-orang Islam kini adalah al-Quran yang asli sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2. Riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab utama Syi’ah berkenaan tahrif al-Quran.
3. Mushaf-mushaf yang lain selain dari al-Quran di sisi Syi’ah.
4. Pengakuan ulama Syi’ah tentang adanya akidah tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.
5. Bentuk tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.

5.1. Tahrif dari segi susunan al-Quran dengan mengasingkan suatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya.
5.2. Tahrif dari segi makna.
5.3. Tahrif dari segi lafaz.

1. Mengapa Syi’ah tidak boleh menerima bahawa al-Quran yang terdapat di tangan orang-orang Islam kini adalah al-Quran yang asli sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

1.1. Kerana kepercayaan mereka bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang merupakan pengumpul al-Quran telahpun murtad sepeninggalan Baginda s.a.w. bahkan mereka merupakan golongan manusia yang paling jahat di sisi Syi’ah. Apakah tidak mungkin golongan yang begitu jelek pekerti mereka akan merubah isi kandungan al-Quran apatah lagi di dalam al-Quran penuh dengan pujian-pujian terhadap para sahabat r.a. Bahkan andaikata Syi’ah mendakwa al-Quran yang dihimpunkan dan diwarisi turun temurun oleh Imam-imam maksum mereka itulah al-Quran yang terpelihara maka kita akan mengatakan kepada mereka, “Apakah kamu percaya kepada al-Quran yang diwarisi turun-temurun oleh Imam-imam kamu itu terpelihara dan mereka (imam-imam) akan menjaganya tanpa melakukan sebarang perubahan, sedangkan mereka merupakan golongan yang berpegang kepada ajaran taqiyyah (bohong) serta mengatakan bahawa taqiyyah itu adalah ajaran yang penting dalam ajaran Syi’ah sehingga menjadi sembilan persepuluh daripada agama, apakah mereka (imam-imam) akan menyampaikan al-Quran ini kepada kamu tanpa sebarang taqiyyah?”

1.2. Di dalam al-Quran penuh dengan pujian terhadap sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan golongan Syi’ah berpegang kepada akidah takfir as-sahabat (akidah mengal-Kafirkan para sahabat).

1.3. Kerana begitu banyak riwayat-riwayat yang sahih di sisi Syi’ah daripada Imam-imam maksum sehingga melebihi dua ribu riwayat bahawa al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam kini telahpun diselewengkan. Bahkan tidak ada satupun riwayat daripada Imam-imam maksum mereka yang menyebutkan bahawa al-Quran inilah yang asli terpelihara daripada sebarang penyelewengan.

1.4. Golongan Syi’ah percaya Imamah termasuk salah satu aqidah penting mereka. Seseorang yang tidak menerimanya dianggap sebagai al-Kafir. Oleh kerana tidak terdapat di dalam al-Quran satu ayat pun yang dengan jelas menunjukkan keimanan kepada 12 orang Imam mereka, maka mereka mengadakan kepercayaan bahawa al-Quran yang ada ini telah diubah dan diselewengkan daripada asal untuk membenarkan aqidah mereka. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang dinukilkan oleh Sayyid Mohsein al-Kasyani yang berbunyi:

Di dalam tafsir al-‘Ayasyi pengarangnya yang merupakan seorang ahli tafsir yang besar di sisi Syi’ah telah menyebutkan satu riwayat dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Sekiranya tidak berlaku tokok tambah di dalam kitab Allah, tentulah tidak tersembunyi hak kami (hak Imamah) kepada orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Tafsir as-Shafi – Muqaddimah Keenam – hal 10).

2. Riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab utama Syi’ah berkenaan tahrif al-Quran.

2.1. Al-Kulaini yang diberikan gelaran thiqatul Islam (orang yang sangat dipercayai dalam Islam) telah membuat satu bab dalam kitabnya Al-Al-Kafi yang berbunyi, “Bab tidaklah mengumpulkan al-Quran kesemuanya kecuali imam-imam a.s. dan mereka mengetahui kesemua ilmu”, lalu mengemukakan beberapa banyak riwayat daripada imam-imam maksum mereka berkenaan tahrif al-Quran, antaranya:

Daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja’far a.s. berkata: “Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s.”(Usul Al-Kafi jilid 1 ms. 228)

2.2. Di tempat yang lain Al-Kulaini mengemukakan riwayat berkenaan pengumpulan al-Quran yang sebenar oleh Sayyidina Ali r.a. sebagaimana berikut:

Bermaksud: Daripada Salim bin Salamah katanya: “Ada seorang membaca al-Quran kepada Abi Abdillah a.s. dan aku mendengar dengan teliti beberapa ayat al-Quran bukan sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai, lalu Abu Abdillah a.s. berkata, “Berhentilah daripada bacaan sebegini, bacalah sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai sehingga bangkit Al-Qaim (imam mahdi), bilamana Al-Qaim a.s. bangkit dia akan membaca kitab Allah ‘Azzawajalla yang sebenar dan dia akan mengeluarkan mushaf yang ditulis oleh Ali a.s. Abu Abdillah a.s. berkata lagi, “Ali a.s. telah mengeluarkan al-Quran tersebut kepada orang ramai (sahabat-sahabat) setelah dia selesai daripada menghimpunkan dan menulisnya lalu dia berkata kepada mereka, “Ini adalah kitab Allah ‘Azzawajalla sebagaimana yang Ia turunkan kepada Muhammad s.a.w. dan aku telah himpunkannya daripada dua lauh.” Maka mereka (sahabat-sahabat) berkata, “Ini di sisi kami telahpun ada mushaf yang terhimpun di dalamnya al-Quran, kami tidak lagi berhajat kepadanya.” Lalu dia (Ali a.s.) berkata, “Ketahuilah demi Allah! Kamu tidak akan dapat melihatnya selama-lamanya selepas hari ini, kewajipan atasku hanyalah menceritakan kepada kamu setelah aku menghimpunkannya supaya kamu membacanya”. (Usul Al-Kafi jilid 2 ms. 633).

2.3. Di dalam “Bashaair ad-Darajat” pengarangnya yang merupakan salah seorang murid imam yang kesebelas di sisi Syi’ah iaitu Hasan Al-Askari a.s. telah mengemukakan satu riwayat yang berbunyi:

Daripada Jabir katanya, Abu Jaa’far a.s. berkata: Rasulullah s.a.w. telah menyeru sahabat-sahabatnya di Mina lalu berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan di kalangan kamu beberapa perkara yang diharamkan oleh Allah, Ithrahku (ahlul bait) dan ka’bah baitullahil haram. Kemudian Abu Jaa’far a.s. berkata, “Adapun kitab Allah maka mereka telah menyelewengkannya, adapun ka’bah mereka telah merobohkannya dan adapun ahlul bait mereka telah membunuhnya”. (Muhammad bin Hasan, Bashaair ad-Darajat juz 8 bab yang ke tujuh belas).

Dan banyak lagi riwayat-riwayat dari imam-imam maksum di sisi Syi’ah yang menyebutkan berkenaan penyelewengan al-Quran di dalam kitab-kitab utama mereka seperti Tafsir al-’Aiyyasyi, Tafsir al-Qummi, Al-Anwar An-Nu’maniyyah dan lain-lain lagi.

3. Mushaf-mushaf yang lain selain dari al-Quran di sisi Syi’ah.

Golongan Syi’ah juga mempercayai tentang adanya mushaf-mushaf yang lain selain daripada al-Quran. Muhammad bin Ya’kub Al-Kulaini telah mengemukakan di dalam al-Al-Kafi beberapa riwayat berkenaan mushaf-mushaf tersebut. Antara mushaf-mushaf berikut adalah,

3.1. Mushaf Fatimah.

Daripada Hammad bin Uthman katanya, aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, “Telah nyata golongan-golongan Zindiq pada tahun seratus dua puluh lapan dan perkara tersebut aku dapatinya dalam mushaf Fatimah a.s. Dia (perawi) itu berkata: “Apakah itu mushaf Fatimah?” Abu Abdillah a.s. menjawab, “Sesungguhnya Allah Taala tatkala Ia mewafatkan Nabi-Nya s.a.w. maka Fatimah a.s. telah ditimpa kesedihan yang bersangatan, hanya Allah ‘Azzawajalla sahaja yang mengetahuinya. Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya untuk menghilangkan kedukaan dan berbicara dengannya. Maka beliau a.s. telah mengadu perkara tersebut kepada Amirul Mukminin a.s. (Ali) lalu Ali a.s berkata, “Bilamana engkau merasa demikian dan mendengar suara, beritahulah aku. Maka Fatimah a.s. pun memberitahunya lalu Amirul Mukminin a.s. mula menulis tatkala dia mendengarnya sehingga beliau dapat menjadikannya sebagai satu mushaf”. Perawi (Hammad) pun berkata, “Kemudian Abu Abdillah a.s. berkata: Ketahuilah sesungguhnya tidak ada sedikitpun di dalamnya berkaitan halal dan haram tetapi di dalamnya adalah ilmu sesuatu yang akan datang”.(Usul Al-Kafi jilid 2 ms 241)

3.2. Al-Jufr.

Daripada Husain bin Abil ‘Ala’ katanya, “Aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, “Sesungguhnya kita mempunyai Al-Jufr al-Abyadh”. Perawi itu berkata, “Apakah yang terdapat di dalamnya?” Abu Abdillah a.s. menjawab, “Zabur Daud, Taurat Musa, Injil Isa, Suhuf-suhuf Ibrahim a.s. serta perkara halal dan haram”.(ibid)

Dalam riwayat yang lain Imam Jaa’far As-Sadiq diriwayatkan berkata:

Bermaksud: Kemudian Beliau (Imam Jaa’far a.s.) berkata, “Sesungguhnya kamu mempunyai al-Jufr, apakah mereka mengetahui apa itu al-Jufr”? Perawi berkata, “Apa itu al-Jufr”? Beliau a.s. menjawab, “Satu bekas daripada kulit yang di dalamnya terdapat ilmu nabi-nabi dan para wasi serta ilmu ulamak-ulamak yang lalu dari kalangan Bani Israil”.(ibid)

3.3. Al-Jami’ah.

Ringkasan daripada riwayat yang panjang bermaksud: Perawi (Abu Basir) berkata: “Kemudian beliau (Imam Jaa’far As-Sadiq) berkata, “Wahai Abu Muhammad! Sesungguhnya kami mempunyai al-Jami’ah, apakah mereka mengetahui apa itu al-Jami’ah? Perawi berkata, “Apakah itu al-Jami’ah? Beliau (Imam Jaa’far a.s.) berkata, “Satu shahifah yang panjangnya tujuh puluh hasta Rasulullah s.a.w. dan Baginda s.a.w. menyampaikannya dari belahan mulutnya dan Ali a.s. menulis dengan tangan kanannya, di dalamnya terdapat setiap perkara halal, haram dan setiap sesuatu yang diperlukan oleh manusia sehingga diyat dalam kes luka (ibid)

4. Pengakuan ulama Syi’ah tentang adanya akidah tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.

4.1. Ali bin Ibrahim al-Qummi pengarang kitab tafsir tertua di sisi Syi’ah menyebutkan di dalam mukaddimahnya:

Bermaksud: Al-Quran di antara ayatnya ada yang memansukhkan, ada yang dimansukhkan, ada yang muhkam dan ada yang mutasyabih, ada yang umum dan ada yang khusus, ada yang terdahulu dan ada yang terkemudian, ada yang terputus dan ada yang bersambung, ada yang diletakkan satu huruf di tempat satu huruf yang lain dan di antaranya ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala.(Tafsir Al-Qummi, Mukaddimah juz 1 mukasurat 6)

Bahkan pentahqiq kepada kitab tafsir tersebut menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “Ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala” dengan katanya:

Maksud Imam al-Qummi adalah antaranya ayat-ayat yang dibuang daripadanya lafaz-lafaz secara zahir (penyelewengan pada lafaz al-Quran itu sendiri bukan maknanya) seperti ayat-ayat yang turun berkenaan Amirul Mukminin Ali a.s. seperti firman Allah Taala “ ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام)“.

4.2. Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi menukilkan kata-kata Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu’maniyyah yang berbunyi:

“Sesungguhnya tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab m.s. 31)

4.3. Allamah Muhammad Baqir Al-Majlisi telah mengemukakan dalil dari segi pandangan logik yang menunjukkan berlakunya tahrif dalam al-Quran di mana beliau berkata:

Bermaksud: Akal menghukum bahawa bilamana al-Quran itu berselerak dan bertebaran di sisi orang ramai dan orang yang tidak maksum tampil untuk menghimpunkannya maka dari segi adatnya terhalang untuk menjadi satu himpunan yang sempurna serta menepati kenyataan, akan tetapi tidak diragui lagi bahawa manusia ditaklifkan supaya beramal dengan apa yang terdapat di dalam mushaf-mushaf dan membacanya sehingga Al-Qaim (imam Mahdi Syi’ah) muncul. Ini merupakan suatu yang sudah dimaklumi serta mutawatir melalui jalan ahlul bait a.s. dan kebanyakan hadis-hadis berkenaan bab ini menunjukkan kepada berlakunya pengurangan dan perubahan (dalam al-Quran). (Mir’atul ‘Uqul Fi Syarhi Ahadisir Rasul jilid 1 m.s. 171)

Dan ramai lagi ulamak Syi’ah yang menerima bahawa telah berlakunya tahrif di dalam al-Quran seperti Syeikh Mufid di dalam Awailul Maqaalat hal 13, At-Thabarsi di dalam Al-Ihtijaj jilid 1 hal. 370, Al-Kasyani di dalam mukaddimah Tafsir As-Shafi, Abul Hasan Al-Amili di dalam mukaddimah Tafsir Mir’atul Anwar dan lain-lain lagi.

5. Bentuk tahrif al-Quran di sisi Syi’ah.

5.1. Tahrif dari segi susunan al-Quran dengan mengasingkan sesuatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya.

Golongan Syi’ah sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran demi untuk menyesuaikan al-Quran dengan pegangan mereka dan bukannya hendak menyesuaikan pegangan mereka dengan al-Quran. Kerana itulah mereka sering memutuskan hubungan sesuatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya supaya ayat tersebut bersesuaian dengan fahaman mereka sedangkan yang sebenarnya (sepertimana yang difahami Ahlus Sunnah) ayat-ayat al-Quran saling ada hubungan antara satu sama lain seperti contohnya:

5.1.1. Ayat 33 surah al-ahzab yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Syi’ah mengatakan ayat ini langsung tidak ada kena mengena dengan ayat-ayat sebelum dan selepasnya dengan mengatakan ayat ini diturunkan oleh Allah Taala khusus untuk dua belas orang imam maksum mereka. Sedangkan ayat sebelum dan selepasnya bermula dari ayat ke 28 hingga 34 adalah membicarakan tentang isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

5.1.2. Surah An-Nisa’ ayat ke 24 yang berbunyi:

Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah)

Syi’ah mengatakan ayat ini turun berkenaan nikah mut’ah (kahwin kontrak) dan tidak ada perkaitannya dengan ayat sebelum dan selepasnya sedangkan kalau diperhatikan kepada ayat-ayat sebelumnya bermula dari permulaan surah An-Nisa’ lagi ianya mengisyaratkan kepada pernikahan yang berkekalan. Andaikata ayat ini turun berkenaan nikah mut’ah maka akan cacatlah susunan ayat ini jika dipandang kepada ayat sebelum dan selepasnya. Kerana jika dilihat kepada ayat sebelumnya bermula dari ayat ke tujuh lagi, ianya membicarakan berkenaan dengan hukum warisan atau pusaka yang berkait rapat dengan perkahwinan yang berkekalan dan begitulah ayat seterusnya juga berkenaan hukum perkahwinan yang berterusan . Apatah lagi dalam ayat itu sendiri pun tidak ada isyarat yang menunjukkan kepada perkahwinan bertempoh iaitu nikah mut’ah.

5.1.3. Surah Al-Maidah ayat ke 3:

Pada hari ini, orang-orang al-Kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah meredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Syi’ah mengatakan potongan ayat ini letaknya di tempat yang salah susunannya kerana mereka mengatakan kalau diperhatikan kepada keseluruhan ayat ini maka kita akan dapati permulaan ayat membahaskan berkenaan halal serta haram dalam bab makanan, tetapi tiba-tiba perbahasannya berubah kepada perbahasan tentang putus asanya orang-orang al-Kafir terhadap orang-orang Islam sebagaimana ayat yang dikemukakan di atas. Seterusnya ayat selepas itu juga membicarakan berkenaan dengan halal haram dalam makanan. Ini menunjukkan berlakunya kesilapan dalam menyusun al-Quran dan tidak mungkin kitab suci yang turunnya dari langit akan berlaku kesilapan yang seperti ini.

Sebenarnya tidak berlaku pun kesilapan dalam susunan ayat tersebut. Kalau kita perhatikan kepada keseluruhan ayat tersebut kita akan dapati Allah Taala hendak menjelaskan bahawa golongan al-Kafir telahpun berputus asa dalam usaha mereka untuk memesongkan serta mencampakkan kekeliruan umat Islam dalam perkara agama ini sehingga kepada perkara yang kadang-kadang dianggap remeh iaitu berkaitan halal haram dalam makanan. Kemudian seterusnya Allah Taala hendak menjelaskan pula bahawa Dia telahpun menyempurnakan agama ini sehingga perkara yang kecil seperti berkaitan masalah makanan dan minuman, apatah lagi perkara-perkara yang lebih besar lagi daripada itu.

5.2. Tahrif dari segi makna.

Golongan Syi’ah juga sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran demi untuk menyesuaikan al-Quran dengan pegangan mereka. Kerana itulah mereka sering melakukan penyelewengan makna al-Quran supaya bertepatan dengan kehendak mereka. Antaranya:

5.2.1. Al-Kulaini mengemukakan riwayat di dalam kitabnya al-Al-Kafi yang berbunyi:

Daripada Abu Basir katanya, “Aku bertanya Abu Abdillah a.s. tentang firman Allah ‘Azzawajalla, ” Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”. Maka Beliau a.s. menjawab, “Ayat ini turun berkenaan Ali bin Abi Talib, Hasan, Husain a.s. (Usul al-Al-Kafi jilid 1 m.s. 287)

Syi’ah mengatakan ayat ini menyabitkan kewajipan supaya beriman kepada imam dua belas di sisi mereka sedangkan ayat ini langsung tidak mempunyai perkaitan dengan imam-imam maksum mereka.

5.2.2. Ali bin Ibrahim Al-Qummi menafsirkan ayat ke 103 surah Ali Imran sebagaimana berikut:

Dan firman Allah Taala “ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah” dia (Al-Qummi) berkata, “Iaitu tauhid dan walayah (walayah Ali dan imam-imam selepasnya a.s.). Dalam riwayat Abil Jarud daripada Abi Jaa’far a.s. berkenaan firman Allah Taala “Dan janganlah kamu bercerai-berai” beliau a.s. berkata, “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala telahpun mengetahui bahawa mereka akan bercerai-berai selepas Nabi mereka dan akan berselisih, maka Allah menegah mereka daripada bercerai-berai sebagaimana Allah melarang orang-orang sebelum mereka lalu Allah Taala memerintahkan mereka supaya bersatu di atas walayah keluarga Muhammad a.s. (imam dua belas) dan jangan berpecah-belah”.(Tafsir al-Qummi jilid 1 m.s. 109).

Syi’ah menafsirkan “ حبل الله” iaitu “tali Allah” dengan makna walayah imam dua belas mereka sedangkan maksud yang sebenarnya adalah berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w..

5.2.3. Al-Kulaini menukilkan satu tafsiran al-Quran di dalam kitabnya:

Daripada Thumali daripada Abu Jaa’far a.s. katanya, “Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya s.a.w. “ Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” Beliau a.s. berkata, “Sesungguhnya engkau berada di atas walayah Ali dan Ali adalah jalan yang lurus”.(Usul Al-Kafi jilid 1 m.s. 119)

5.3. Tahrif dari segi lafaz.

Di dalam kitab-kitab Syi’ah terdapat begitu banyak riwayat daripada imam-imam mereka yang membuktikan bahawa berlakunya tahrif pada lafaz al-Quran. Antaranya:

5.3.1. Apa yang dikemukakan oleh Ali bin Ibrahim Al-Qummi di dalam tafsirnya:

Bermaksud: Adapun ayat yang menyalahi apa yang diturunkan Allah adalah firman-Nya, “ كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله” maka Abu Abdillah a.s. berkata kepada pembaca ayat tersebut, “Sebaik-baik umat? Sedangkan merekalah yang membunuh Amirul mukminin, Hasan dan Husain a.s.? Lalu Dia a.s. ditanya, “Bagaimanakah ayat ini turun wahai anak (cucu) Rasulullah s.a.w.? Maka diapun menjawab, “Sesungguhnya ayat ini turun ” كنتم خير ائمة اخرجت للناس “ (Tafsir al-Qummi jilid 1 m.s. 11)

5.3.2. Beberapa contoh ayat al-Quran yang telah diselewengkan berdasarkan riwayat daripada imam-imam maksum Syi’ah di dalam kitab al-Al-Kafi.

5.3.2.1.

Daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Abdillah a.s. berkenaan firman Allah Taala: “ Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu,” beberapa kalimah berkenaan Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan, Husain dan imam-imam dari keturunan mereka a.s.” lalu Adam lupa” Demi Allah demikianlah ayat tersebut turun kepada Muhammad s.a.w.”. (Usul Al-Kafi jilid 1 m.s. 119)

5.3.2.2.

Daripada Jabir daripada Abu Ja’far a.s. katanya, “Jibril a.s. menurunkan ayat ini kepada Muhammad s.a.w. begini: ” Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan keal-Kafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah berkenaan Ali, kerana dengki”. (ibid)

5.3.3. Beberapa contoh ayat-ayat al-Quran yang didakwa oleh Syi’ah telah diselewengkan di dalam Tafsir Al-Qummi jilid 1 m.s. 10:

أ‌- آية قرئت على أبي عبدالله عليه السلام : “{ الذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماماً }” فقال أبو عبدالله عليه السلام : لقد سألوا الله عظيماً أن يجعلهم للمتقين إماماً . فقيل له : يا أبن رسول الله كيف نزلت ؟ فقال : إنما نزلت “{ الذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وأجعل لنا من المتقين إماماً }”.

ب‌- وقوله :”{ له معقبات من بين يديه ومن خلفه يحفظونه من أمر الله }” فقال أبو عبدالله : كيف يحفظ الشئ من أمر الله وكيف يكون المعقب من بين يديه ؟ فقيل له : وكيف ذلك با أبن رسول الله ؟ فقال : أنما نزلت “{ له معقبات من خلفه ورقيب من يديه يحفظونه بأمر الله }” ومثله كثير .

ت‌- وأما ما هو محرف فهو قوله “{ لكن الله يشهد بما أنزل إليك في علي أنزله بعلمه والملائكة يشهدون }” وقوله :”{ يا أيها الرسول بلغ ما أنزل إليك في علي فإن لم تفعل فما بلغت رسالته}”.

Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh ayat-ayat al-Quran yang didakwa oleh Syi’ah telah diselewengkan. Umpamanya apa yang terdapat dalam kitab al-Ihtijaj, Tafsir Majma’ul Bayan karangan At-Thabarsi, Tafsir Al-Ayyasyi dan lain-lain lagi. Kertas kerja yang ringkas ini akan menjadi terlalu panjang andaikata dibawakan kesemuanya kerana riwayat-riwayat berkenaan dengannya melebihi seribu hadis.

Walaubagaimanapun semoga dengan beberapa contoh yang dikemukakan ini kita akan dapat menyedari betapa gigihnya musuh Islam yang bertopengkan Islam ini cuba untuk merobohkan sandaran utama umat Islam ini. Kesemua ini adalah semata-mata kerana dengki terhadap umat Islam yang mempunyai pedoman yang begitu teguh ini lantas mereka musuh-musuh Islam yang sebenarnya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan juga Majusi ingin supaya umat Islam juga kehilangan pedoman yang benar sebagaimana mereka semuanya telah kehilangan kitab-kitab suci mereka.

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. (Al-Baqarah 109)

Sebelum mengakhiri kertas kerja ini sama-sama kita merenung satu sabdaan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi:

Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Qur’an tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Ali al-Muttaqi, Kanzu Al-Ummal jilid 11, halaman 324)

Demikianlah serba ringkas penjelasan berkenaan usaha Syi’ah yang cuba untuk menyelewengkan al-Quran. Semoga Allah Taala memelihara kita semua dari fitnah yang sangat besar ini.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Sihir Mata

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu. Dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)

Oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yg mengkagumkan. sebagaimana saranan al-Quran: “Dan mengapakah tidak apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata: Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah”. al-Kahfi ayat 39.

Al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis seperti kisah Sahl bin Hunaif , dan lain2 iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu.

Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih bukhari dan Muslim.
dan dalam hadis lain “Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa”. Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).

Panduan Mandi Wajib

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

"Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya."

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Siapakah Ahlul Kitab?

Siapakah Ahlul Kitab? Adakah Kristian Dan Yahudi Sekarang Ahlul Kitab

BEBERAPA MASALAH BERKAITAN TOPIK INI :

Ahlul Kitab sudah tidak wujud lagi sekarang sebab Yahudi dan Kristian sekarang bukanlah beriman dengan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s dan tidak pula mereka beriman dengan Injil yang pernah diturunkan kepada Nabi Isa a.s , bahkan mereka ini beriman dengan Taurat palsu dan Injil palsu yang telah pun diselewengkan oleh para pendita mereka . Oleh kerana Taurat dan Injil yang asli sudah tiada lagi , maka tiadalah lagi Ahlul Kitab yang sebenar.

PENJELASAN KITA :

Kata-kata di atas sebenarnya lahir daripada mereka yang terkeliru dan tidak berapa memahami istilah Ahlul Kitab itu sendiri . Kita mesti faham , apabila kita menggelarkan Yahudi dan Kristian itu sebagai "Ahlul Kitab" maka ini bermakna :

{ a } ~ Kita juga menganggap bahawa Yahudi dan Kristian adalah KAFIR . Kerana kalau mereka tidak kafir sudah tentulah mereka itu muslimin .

{ b } ~ Ahlul Kitab itu sendiri bermakna golongan yang KAFIR yang terdiri drp golongan Yahudi dan Kristian . Lantaran itulah umat Islam tidak tidak digelar sebagai Ahlul Kitab walaupun mereka mempunyai kitab disebabkan Ahlul Kitab itu adalah gelaran khas untuk Yahudi dan Kristian sahaja ( menurut pandangan majoriti ulama’ rh ) .

{ c } ~ Golongan Kafir itu sendiri ada berbagai jenis . Ada yang digelar sebagai Ahlul Kitab ( iaitu Yahudi dan Kristian ) , ada yang dipanggil Majusi ( Golongan penyembah api seperti pengikut Zoaraster dan Hindu ) , ada yang dipanggil sebagai “ Al-Wastaniyin “ ( iaitu penyembah berhala-berhala dan patung-patung ) , ada yang dipanggil “ Ad-Dahriyun “ ( seperti golongan Komunis , Atheis dan Marxisme ) , ada yang dipanggil Kafir daripada golongan falsafah dan ada pula yang digelar sebagai “ Murtaddin “ ( iaitu mereka yang keluar daripada agama Islam ) .

Kafir itu adalah nama am yang ada dibawahnya meliputi berbagai jenis kumpulan lagi . Dan Ahlul Kitab itu sendiri termasuk di bawah kumpulan yang disebut sebagai KAFIR itu .

{ d } ~ Kalau ada daripada kalangan Yahudi dan Kristian yang beriman dengan agama dan kitab sebenar yang asli yang dibawa oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s maka ini bermakna mereka itu BUKANLAH AHLUL KITAB sebab agama dan kitab yang asli yang dibawa oleh kedua-dua Nabi a.s itu adalah agama ISLAM .

{ e } ~ Injil dan ajaran Nabi Isa s.a itu sendiri telah berubah dan diselewengkan sejak 30 tahun selepas ketiadaan Nabi Isa a.s . Dan jarak masa di antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Isa a.s adalah lebih 500 tahun ( disebabkan Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 20 @ 22 April , tahun 571 masehi ) . Ini bermakna kalau selepas 30 tahun ketiadaan Nabi Isa a.s Kitab Injil telah berubah , maka apatah lagi di zaman munculnya Baginda Rasulullah s.a.w ? .

Ertinya : Injil yang ada di zaman Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah berubah dan menyeleweng . Akan tetapi walaupun ianya telah berubah dan menyeleweng sebagaimana juga dengan agama Yahudi dan Kristian , Allah Ta’ala tetap memanggil mereka di dalam Al-Quranul Karim dengan “ YA AHLAL KITAB …… “ ( Wahai Ahli Kitab ! ) .

Ini bermakna Yahudi dan Kristian itu sendiri memang telah pun dipanggil Ahlul Kitab sejak zaman Baginda Rasulullah s.a.w . Dan panggilan “ Ahlul Kitab “ itu sendiri adalah bukti mereka adalah umat yang telah menyeleweng daripada ajaran-ajaran kitab-kitab yang asli . Sebab kalau mereka itu tidak menyeleweng sudah tentulah mereka itu beriman . Dan kalaulah mereka beriman sudah tentulah Allah Ta’ala akan memanggil mereka di dalam Al-Quranul Karim dengan : “ YA AIYUHAL LADZINA AMANU … ! “ ( Wahai orang-orang yang beriman ! ) , namun panggilan ini hanya khas untuk umat Islam yang beriman dengan kerasulan Baginda Rasulullah s.a.w !!! .

{ f } ~ Dakwaan “ Tidak boleh memanggil Yahudi dan Kristian itu sebagai Ahlul Kitab kerana kitab-kitab mereka sudah tidak asli dan menyeleweng “ adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas .

Kita dah nyatakan di atas , Yahudi dan Kristian sudah terlalu lama menyeleweng dan sesat termasuklah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Akan tetapi Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w tetap memanggil mereka sebagai “ Ahlul Kitab “ .

***************************

B ~ “ Bagaimana boleh dianggap Yahudi dan Kristian itu Ahlul Kitab walhal mereka itu sendiri telah mensyirikkan Allah Ta’ala sebab Yahudi kata ‘Uzair adalah anak Tuhan dan Kristian pula berkata Jesus Christ adalah anak Tuhan . Sepatutnya Yahudi dan Kristian ini dipanggil MUSYRIKIN , bukannya AHLUL KITAB ! “ .

PENJELASAN KAMI :

Kita telah pun menjelaskan bahawa semua kumpulan dan golongan yang bukan Islam ini bermakna mereka adalah KAFIR dan di bawah nama KAFIR ini sendiri ada banyak jenisnya termasuklah kaum musyrikin .

Ya ! , memang benar dari satu segi Yahudi dan Kristian itu memang benar-benar telah menyekutukan ( syirik ) Allah Ta’ala disebabkan kata-kata mereka yang durjana itu ! .

Akan tetapi kalau kita memerhatikan uslub ( gaya ) bahasa Al-Quranul Karim sendiri kita akan temui :

{ a } – Tatkala Allah Ta’ala tujukan firman-Nya kepada semua manusia , maka Allah Ta’ala akan memanggil dengan : “ YA AIYU HANNAS ! “ ( Wahai semua manusia ! ) .

{ b } ~ Tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya khas untuk umat Islam maka Allah Ta’ala akan memanggil kita dengan panggilan : “ YA AIYUHAL LADZINA AMANU ! “ ( Wahai semua orang beriman ! ) .

{ c } ~ Tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya kepada Yahudi dan Kristian , Allah Ta’ala akan memanggil mereka dengan : “ YA AHLAL KITAB ! “ ( Wahai Ahli Kitab ! ) .

{ d } ~ Dan tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya kepada golongan Kafir selain Yahudi dan Kristian di atas , Allah Ta’ala memanggil mereka dengan : “ YA AIYUHAL KAFIRUN ! “ ( Wahai orang-orang kafir ! ) .

Memanglah Yahudi dan Kristian itu KAFIR , tidak syak lagi .

Memanglah Yahudi dan Kristian itu MENSYIRIKKAN ALLAH TA’ALA , akan tetapi walaupun mereka syirik kita tidak menemui sebarang ayat Al-Quranul Karim yang memanggil mereka sebagai “ Musyrikin / Musyrikun “ .

Ini menunjukkan walaupun Yahudi dan Kristian itu sendiri melakukan kerja syirik dan menjadi kafir , akan tetapi mereka sendiri ada kedudukan tersendiri menurut pandangan Islam dan mereka juga ada panggilan khusus iaitu AHLUL KITAB ! .

Samalah dengan orang-orang Islam . Apakah tidak ada di kalangan umat Islam yang menjadi ahli nujum dan dukun yang syirik kepada Allah Ta’ala ? .

Apakah tidak ada umat Islam yang menyekutukan Allah Ta’ala dengan menganut juga berbagai fahaman yang boleh menyebabkan mereka menjadi syirik seperti memohon hajat di kuburan-kuburan , memanggil hantu-setan dan jin untuk diminta bantuan ghaib , memuliakan pokok dan busut jantan !? .

Apakah tiada umat Islam yang menjadi murtad disebabkan turut menganut ideologi Sekularisme dan Komunisme !? .

Ada , memang ada umat Islam yang menjadi syirik dan murtad .

Tapi mereka tidak pula dipanggil sebagai MUSYRIKIN ataupun AHLUL KITAB ! .

Maka begitulah dengan Yahudi dan Kristian , walaupun mereka itu ada yang melakukan kerja syirik dan sesat lagi murtad akan tetapi mereka tidak dipanggil di dalam Al-Quranul Karim sebagai MUSYRIKUN ataupun KAFIRUN , tetapi dipanggil sebagai AHLUL KITAB .

Sila pelajari lagi masalah ini menerusi :

AHKAM ADZ-ZIMMIYIN WAL MUSTA’MININ
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Abdul Karim Zaidan ( ha )
Fasal 1 , halaman 10 – seterusnya
Terbitan : Muassasah ar-Risalah , Beirut

FATAWA MU’ASIRAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Jilid 3 , halaman 1169 – 240 ( tumpukan secara khusus di halaman 171 – 174 ) .
Terbitan : Darul Qalam Lin Nasyr Wat Tauzie’ , Kaherah

MAUQIFUL ISLAM al-‘AQADIY MINAL KUFR al-YAHUD WAN NASORO
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Baca semua halaman dan fokuskan pada halaman 35 dan 60
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah

FI FIQH al-AQALLIYAT al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 91 – 104
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah

AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 163 – 165
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah [ Edisi 2002 ]

HALAL DAN HARAM DALAM PANDANGAN ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Terjemahan : Al-Ustadz Muammal Hamidy ( rh )
Halaman : 95 & 267
Terbitan : PT Bina Ilmu , Surabaya [ Edisi Lengkap / Cetakan ketiga 1978 ]
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/

GHAIRUL MUSLIMIN FIL MUJTAMA’ al-ISLAMIY
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 6 – 7
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah [ Edisi 1992 ]

KATA-BERJAWAB 1-5
Oleh : Almarhum Ustadz A. Qadir Hasan ( rh )
Halaman : 3972 & 411

***************************

C ~ “ Memanglah kita boleh makan sembelihan dan menikahi wanita-wanita Ahlul Kitab , akan tetapi syaratnya Ahlul Kitab itu mestilah sudah memeluk Islam “ .

PENJELASAN KAMI :

Kalau Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka apalah guna lagi dipanggil mereka itu sebagai Ahlul Kitab !? . Tidakkah ini lebih menimbulkan kehairanan !? .

Jika Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka mereka secara automatik dipanggil sebagai MUSLIMIN bukannya AHLUL KITAB . Jadi untuk apa lagi disyaratkan lagi mereka mestilah Islam !? .

Kalau wanita-wanita Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka mereka tidak lagi dipanggil sebagai KITABIYAH / KITABIYAT tetapi mereka akan dipanggil pula sebagai MUSLIMAH / MUSLIMAT ! .

Kami tidak pernah pun berjumpa dengan mana-mana keterangan yang kuat ( sepanjang pengetahuan kami ) , sama ada hadist-hadist sahih ataupun fatwa-fatwa ulama’ rh yang muktabar yang meletakkan syarat seperti di atas . Kalau ada cubalah ditunjukkan kepada kami , mudah-mudahan kami boleh menukar pendirian kami ini dan menjadi lebih terpimpin ! .

Setakat kata-kata tok guru itu dan tok guru ini maka itu bukanlah hujah muktamad , apatah lagi kami sendiri telah membawa sejumlah dalil-dalil daripada Al-Quranul Karim , Hadist-Hadist , Fatwa-Fatwa dan pandangan-pandangan ulama’ muktabar yang mengatakan bahawa AHLUL KITAB ITU MASIH WUJUD LAGI DAN MEREKA ITU MEMANGLAH KAFIR ! .

KESIMPULAN TERAKHIR :

Jelas sudah kepada kita bahwa Ahlul Kitab itu masih wujud lagi dan mereka ialah para pengikut agama Yahudi dan Kristian . Dan gelaran “ Ahlul Kitab “ ini sama-sekali TIDAK MENUNJUKKAN bahawa Yahudi dan Kristian itu adalah orang-orang yang beriman tetapi ia lebih menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang engkar ( kafir ) dan terkeluar daripada agama yang benar ( murtad ) .

Para pengikut dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s yang asli dan yang sebenar BUKANLAH AHLUL KITAB tetapi mereka adalah orang-orang Islam yang beriman dengan Allah Ta’ala dan memeluk Islam di tangan Para Anbiya’ a.s yang sezaman dengan mereka .

Oleh itu para pengikut Nabi Ibrahim a.s BUKANLAH Ahlul Kitab, bahkan mereka adalah MUSLIMIN .

Para pengikut Nabi Musa a.s dan Taurat yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab, bahkan mereka adalah MUSLIMIN .

Para Pengikut Nabi Daud a.s dan Zabur yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab , bahkan merekalah MUSLIMIN .

Para Pengikut Nabi Isa a.s ( Al-Hawariyun ) yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab , bahkan mereka juga adalah MUSLIMIN .

Muslimin bukanlah Ahlul Kitab ! .

Ahlul Kitab juga bukanlah Muslimin ! .

Ini disebabkan Ahlul Kitab itu adalah KAFIR ( non-muslims ) ! .

Disebabkan mereka adalah BUKAN ISLAM , maka kita MENGKAFIRKAN mereka ! .

Ahlul Kitab juga biasa digelar sebagai “ al-Kitabiy “ , “ al-Kitabiyah “ . “ al-Kitabiyun “ , “ al-Kitabiyin “ , “ The People of the book “ dan “ The People of the Scripture “ .

Dosa-dosa Besar

Adalah Amru bin Ubaid, seorang ulama Bashrah, dan seorang zahid. Yang dikatakan oleh para pejabat pemerintah tentang dirinya sebagai berikut: "kalian semua adalah para pencari buruan, kecuali Amru bin Ubaid". Artinya, seluruh ulama mendatangi para pejabat pemerintah untuk mendapatkan hadiah, kecuali Amru bin Ubaid. Suatu saat, ulama kita ini ingin mengetahui definisi yang jelas tentang apa itu dosa besar, secara langsung dari nash Al Quran, bukan dari pendapat para ulama.

Ia kemudian menemui Abu Abdillah Ja'far bin Muhammad Shadiq. Seperti kita ketahui, Ja'far Shadiq adalah orang tokoh yang paling patut untuk ditanya tentang hal ini; karena ia adalah seorang ulama dari ahlul bait, dan ia telah begitu mendalami rahasia-rahasia kandungan Al Quran. Setelah ia bertemu dengannya, dan duduk bersamanya, ia kemudian membaca firman Allah SWT berikut ini:

"(Yaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil". (An Najm: 32).

Sampai di sini ia berhenti dan berdiam!. Menyaksikan hal itu Abu Abdillah Ja'far Shadiq bertanya kepadanya: "mengapa engkau terdiam, wahai Ibnu Ubaid?"

Ia menjawab: "aku ingin mengetahui secara pasti apa itu dosa-dosa besar, langsung dari keterangan kitab Allah".

Abu Abdillah Ja'far Shadiq berkata: "engkau datang kepada orang tepat". Selanjutnya ia berkata kembali: " [Dosa besar itu adalah, pertama:] syirik kepada Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya". (An Nisaa: 48)

Dan Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga". (Al Maaidah: 72)

Selanjutnya ia menambahkan: [dosa besar yang kedua adalah] berputus asa dari mendapatkan rahmat Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir"".(Yuusuf: 87).

Demikianlah, Abu Abdillah Ja'far Shadiq mengungkapkan hukum sambil menyebutkan dalilnya dari Al Quran. Berikutnya ia memberikan penjelasan selanjutnya: [dosa besar yang berikutnya adalah:] merasa aman dari ancaman Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi." (Al A'raaf: 99)

Dosa besar yang keempat adalah: berbuat durhaka kepada kedua orang tua. Karena Allah SWT mensipati orang yang berbuat durhaka kepada kedua orang tuanya sebagai orang yang jabbaar syaqiy 'orang yang sombong lagi celaka'. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka". (Maryam: 32).

Dosa besar yang berikutnya adalah: membunuh. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya". (An Nisaa: 93).

Dosa besar yang berikutnya adalah: menuduh wanita baik-baik berbuat zina. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la'nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar". An Nuur: 23)

Dosa besar berikutnya adalah: memakan riba. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila". (Al Baqarah: 275)

Dosa besar berikutnya adalah: lari dari medan pertempuran. Maksudnya, saat kaum Muslimin diserang oleh musuh mereka, dan kaum Muslimin maju mempertahankan diri dari serangan musuh itu, kemudian ada seseorang individu Muslim yang melarikan diri dari pertempuran itu. tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya". (Al Anfaal: 16)

Dosa besar berikutnya adalah: memakan harta anak yatim. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)". (An Nisaa: 10)

Dosa besar berikutnya adalah: berbuat zina. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu". (Al Furqaan: 68-69)

Tentang menyembunyikan persaksian, adalah seperti difirmankan oleh Allah SWT:

"Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya". (Al Baqarah: 283)

Dosa besar berikutnya adalah: sumpah palsu. Yaitu jika seseorang bersumpah untuk melakukan sesuatu perbuatan, namun ternyata ia tidak melakukan perbuatan itu. atau ia bersumpah tidak akan melakukan sesuatu perbuatan, namun nyatanya ia kemudian melakukan perbuatan itu. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih". (Ali Imraan: 77 )

Dosa besar berikutnya adalah: berbuat khianat atas harta pampasan perang. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Barangsiapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu". (Ali Imraan: 161)

Dosa besar berikutnya adalah: meminum khamar [minuman keras]. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan". (Al Maaidah: 90).

Dosa besar berikutnya adalah: meninggalkan shalat. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat". (Al Muddats-tsir: 42-43 )

Dosa besar berikutnya adalah: melanggar perjanjian dan memutuskan tali silaturahmi. Karena tali silaturahmi adalah salah satu ikatan yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk disambung. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:

"(yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi". (Al Baqarah: 27 )

Dengan demikian, semua perbuatan dosa tadi adalah bagian dari dosa besar, sesuai dengan keterangan nash Al Quran. Dan masing-masing dosa besar tadi mengandung hikmah, seperti yang diungkapkan oleh Ja'far Shadiq. Dan saat ia ditanya oleh Ibnu Ubaid tentang apa itu dosa besar, Ja'far Shadiq dengan percaya diri menjawabnya dengan urutan seperti tadi. Dan penyebutan urutan tadi pun diungkapkannya dengan tanpa perlu berpikir lama. Yang menunjukkan bahwa masalah ini telah tertanam dalam otaknya; apalagi jika disadari bahwa ayat-ayat itu terdapat secara acak dalam pelbagai surah dalam Al Quran. Sehingga untuk menyebutkannya ia harus mengutip dan mengumpulkannya dari sana sini; hal ini juga menunjukkan bahwa ia benar-benar telah mendalami rahasia-rahasia kandungan Al Quran.

Rabu, Mac 26, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Al-Quran Asli

Menamakan Anak Muhammad

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:

Salah Seorang di antara kami mempunyai anak. Beliau menamakannya dengan nama Muhammad. Orang ramai berkata kepadanya: Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah s.a.w.

Lalu orang tersebut membawa anaknya yang diletakkan di atas belakang untuk menemui
Rasulullah s.a.w. Setelah sampai di hadapan Rasulullah s.a.w beliau berkata: Wahai Rasulullah! Anakku yang lahir ini, aku namakannya dengan nama Muhammad tetapi orang ramai berkata kepadaku: Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu boleh menamakannya dengan namaku, tetapi jangan
menggelarkannya seperti dengan gelaranku kerana akulah Qasim, aku mengasingkan di antara kamu.

(Riwayat Muslim)

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah piperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya." (Riwayat
ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah (SWT) ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT). Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan
ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.

25 Pesanan Luqmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada Allah .

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah . Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah , maka dia tawadduk kepada Allah , dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah .

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah . Takutlah kepada Allah dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah .

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

10 Hadiah Allah Di Dunia untuk Orang Bertaqwa

Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran.

1. Sentiasa mendapat petunjuk
“Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)

2. Diberi penyelesaian dari masalah
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)

3. Dipermudah segala urusan
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)

4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga
“… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
“Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah
“Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Fussilat: 18) “… dan bertakwalah kepada Allah d! an ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)

9. Terpelihara dari tipu daya musuh
“Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)

10. Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
“Jika kamu bertakwa kepada Allah , nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)

Terlihat Jihad Masuk Neraka

Suatu hari terjadi satu pertempuran di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu Selesai seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka yaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah
golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawaban Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Maka jika berjihad, beramal harus diniatkan karena Allah SWT.

Memang ALLAH sengaja ...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA... PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA