Rabu, Mac 26, 2008

Menamakan Anak Muhammad

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:

Salah Seorang di antara kami mempunyai anak. Beliau menamakannya dengan nama Muhammad. Orang ramai berkata kepadanya: Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah s.a.w.

Lalu orang tersebut membawa anaknya yang diletakkan di atas belakang untuk menemui
Rasulullah s.a.w. Setelah sampai di hadapan Rasulullah s.a.w beliau berkata: Wahai Rasulullah! Anakku yang lahir ini, aku namakannya dengan nama Muhammad tetapi orang ramai berkata kepadaku: Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu boleh menamakannya dengan namaku, tetapi jangan
menggelarkannya seperti dengan gelaranku kerana akulah Qasim, aku mengasingkan di antara kamu.

(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan: