Khamis, Mac 13, 2008

Perbezaan Hajjah

Sorang pergi haji 10 hari….

Sorang pergi 2 minggu…

Dan sorang pergi 40 hari…
Sebab tu resultnya lain2….

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Makanan dan Khasiatnya

KHASIAT BURUNG MERPATI

Burung merpati jantan:
1- Dapat mengubati penyakit lembik.
2- Dapat mengubati penyakit kebas (serbam).
3- Dapat mengubati penyakit lumpuh.
Jika dimakan burung betina :
Dapat memanjangkan umur dengan izin Allah Taala dan juga bagi menguatkan tenaga batin.

KHASIAT BUAH KURMA (TAMAR)

1- Menguatkan tenaga zahir dan batin, juga boleh melicinkan tekak.
2- Menambahkan kesihatan hati, ianya mengandungi protin yang banyak dan berkhasiat tinggi.
3- Jika dimasak dan dicampurkan dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu (gastrik).

KHASIAT BERAS

Masakkannya dengan membubuh susu lembu asli. Nasi tersebut boleh menambahkan air mani dan menguningkan warna kulit badan.

KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR BASAH

1- Menguatkan hati dan jantung.
2- Menguatkan emosi.
3- Mengubati penyakit batuk.
4- Menguningkan warna kulit.
5- Menghilangkan perasaan marah.
6- Mencairkan lendir dan kahak.
7- Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
8- Menghilangkan bau mulut yang busuk.
9- Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah dihadam.
10-Menghilangka rasa pedih dan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.

KHASIAT BUAH ZAITUN

1- Melambatkan rambut dari beruban.
2- Melawaskan perut.
3- Melicinkan dan melembutkan kulit, juga mengeluarkan parasit.
4- Minyaknya yang bergaram jika disapukan ke kulit yang terkena api, dapat menghilangkan lecur.

KHASIAT BUAH TIN

1- Jika dimakan buah yang kering (tidak terlalu banyak):
a- Terhindar dari bahan-bahan keracunan.
b- Melicinkan tekak dan dada.
c- Mencucikan hati dan jantung.
d- Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus.

2- Jika dimakan buah yang masih basah (segar):
a- Jika dimakan bersama buah pala, sekiranya sebelum terminum / termakan racun pembunuh Insya Allah terselamatlah (jadi tawarlah racun).
b- Menghilangkan penyakit buasir.

3- Jika dimakan seperti biasa, dapat:
a- Mempercepatkan pertumbuhan gigi.
b- menyembuhkan penyakit bengkak telinga.

KHASIAT BUAH BIDARA

Buah yang pertama kali dimakan oleh Nabi Adam Alaihi salam.
1- Boleh menguatkan kecerdasan otak.
2- Melicinkan perjalanan usus-usus.
3- Menghilangkan penyakit kuning.
4- Mencantikkan kulit.
5- Membuka selera makan.
6- Menghilangkan kahak.
7- Menghilangkan penyakit lambat hadam.
- Ianya boleh dimakan sama ada buah yang masih segar atau kering.

KHASIAT BUAH TEMBIKAR DENGAN BUAH KURMA

Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan dalam usus.
Caranya: Hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum memakan makanan lain.

KHASIAT BUAH DELIMA

Buah yang manis :
1- Membaikkan usus-usus dan menguatkannya.
2- Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
3- Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.
4- Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan sesuai mengubati batuk.

Buah yang masam :
1- Melawaskan kencing.
2- Menyucikan perut dan mencegah dari muntah.
3- Menurunkan kepanasan hati dan menguatkan anggota badan.
4- mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.

Boleh mengubati penyakit kuning mata putih :
- Ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu, kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.

Khasiat Bijinya:
1- Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
2- Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu.

Ciri Adab Muslim

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1- Awal-awal pagi setelah terbit matahari. (Waktu solat sunat Isyraq).
2- Selepas masuk waktu ‘Asar.
3- Baru selepas makan.
4- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1- Bersihkan tubuh badan, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur atau sunat dahulukan dengan berwuduk.
2- Hindarkan dari tidur pada lewat malam.
3- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah bangun dari tidur dan sebelum turun dari katil.
4- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan, tetapi jangan minum selepas saja baru bangun dari tidur.
5- Cucilah muka terutamanya kelopak mata dengan air suam.
6- Ambil lah wuduk dan bersembahyang sunat.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Di larang tidur di siang hari kecuali di hari yang panas , boleh menyebabkan :

1- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2- Merosakkan warna kulit.
3- Melemahkan jantung.
4- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga Sayhwat.
6- Melemahkan kecerdasan fikiran.

DOA SEBELUM TIDUR

Cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah saw :
1- Tidurlah di awal malam, sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan berwuduk.
2- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi kemudian, sunat bersugi, berwuduk dan sembahyang sunat Tahajjud.
3- Kemudian tidurlah semula, dan bangkitlah sebelum terbit fajar (solat fardhu Subuh).
4- Cara tidur ialah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.

WAKTU-WAKTU YANG DI LARANG MEMINUM AIR

Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1- Selepas baru bersenam, bersukan atau bekerja berat (rehat sekejap 5 minit).
2- Selepas baru bersetubuh.
3- Selepas makan atau sebelumnya.
4- Ketika sedang makan.
5- Selepas memakan buah-buahan.
6- Selepas keluar daripada bilik mandi.
7- Ketika terjaga daripada tidur.

SUPAYA AIR YANG DI MINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK TUBUH BADAN.

1- Minumlah segelas air dengan 3 kali minum (seteguk).
2- Jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya.
3- Jangan meniup air yang hendak di minumkan.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1- Di larang keras terus tidur selepas makan kerana akan mendatangkan keras hati.
2- Hendaklah berjalan selepas makan sekurang-kurangnya 40 langkah.
3- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang sunat dahulu selepas makan tengahari supaya makanan mudah hadam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA / MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1- Melihat perkara-perkara yang haram.(Antaranya melihat aurat perempuan, gambar lucah dalam Internet, VCD, majalah dll, kerana termasuk perbuatan haram dan
merosakkan minda kita).
2- Bermain mata dengan perempuan (zina mata).
3- Onani.
4- Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
5- Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur dengan semut mati (kerana di dalam badan semut itu terdapat satu enzim yang menyebabkan pelupa).
6- Tidak pernah membaca Al-Quran dalam seharian. Walaupun sepotong ayat.
7- Meminum atau memakan dari rezeki yang haram ataupun yang diperolehi dengan cara yang haram.
8- Mengadu dumba, mengumpat dan menghina sesama saudara muslim.
9- Terlalu memikirkan tentang perempuan / lelaki dengan nafsu syahwat.
10-Bercinta- cinta dengan lelaki / perempuan dengan nafsu syahwat.
11-Terlalu memikirkan perkara kebendaan dan harta dunia.
12-Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.

UNTUK MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1- Kurangkan percakapan yang tidak berfaedah.
2- Sentiasa bersugi.
3- Sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir.
4- Sentiasa bersama-sama / berkawan dengan orang soleh dan orang alim.
5- Sentiasa mengamalkan ilmu yang dipelajari.

6 PERKARA YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1- Memakan daging.
2- Selalu menghidu bau-bauan yang harum.
3- Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4- Sentiasa memakai pakaian yang di perbuat dari kapas.
5- Memakan makanan yang agak manis tetapi jangan terlalu banyak (Buah kurma).
6- Mandi dalam keadaan perut sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1- Minumlah madu lebah asli yang dicampurkan dengan air suam.
2- Sentiasa meminum air lebihan dari air sembahyang (wuduk).

4 PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1- Bercakap banyak yang sia-sia.
2- Tidur banyak.
3- Makan banyak.
4- Banyak jimak (Semalaman sampai 4x).

LARANGAN-LARANGAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN

1- Berjaga malam selain qiamullail.
2- Berada didalam keadaan terlalu lapar (Puasa lain).
3- Terus mandi selepas makan.
4- Selalu makan daging arbuk.
5- Sentiasa berada didalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
6- Beristerikan perempuan tua dan berjimak selalu dengannya.
7- Berjimak dalam keadaan keterlaluan kenyang atau terlalu lapar.

Rabu, Mac 12, 2008

Silap Faham Ummat Islam Terhadap Ajaran Kristian?

Dapatkah pihak tuan menjawab salah satu daripada soalan-soalan berikut,
terutama sekali soalan yang ke-10 yang ditanya oleh Kristian Antarabangsa ?

http://www.answering-islam.org/Malay/

Apakah maksud Isa "Anak" Tuhan?

Umat Kristian sentiasa akan mencabar umat Islam untuk buktikan dakwaan bahawa orang Kristian percaya Tuhan melahirkan anak dalam sebutan Isa "Anak" Tuhan. Dakwaan ini ditolak oleh bijak pandai Kristian dan mereka mengatakan bahawa itu adalah rekaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad dalam Al-Qur'an. Sebenarnya umat Kristian tidak percaya bahawa Allah melahirkan anak. Tidak ada satupun ayat dalam kitab Bible yang menyatakan Tuhan melahirkan anak.

Sebutan Isa "Anak" Tuhan ialah satu gelaran yang mulia mengikut kaedah bahasa Hebrew (Ibrani). Sebutan "anak" apabila dinisbahkan kepada Tuhan bermakna manusia yang dimuliakan oleh Tuhan BUKAN anak yang hakiki, BUKAN dia seorang yang dilahirkan oleh Tuhan.

Sebutan kemuliaan ini ada juga disebut dalam Al-Qur'an bahawa orang Yahudi dan Kristian menganggap diri-diri mereka sebagai "anak-anak" Allah..."dan berkata orang-orang Yahudi dan Nasara bahawa kami adalah anak-anak Allah.." (Surah Al-Maidah (5):18).

Jika difahami betul-betul ayat tersebut ini secara harfiah, adakah benar Allah melahirkan mereka sebagai anak-anakNya? Tentu sekali tidak !! Begitu dengan sebutan Isa "Anak" Tuhan itu bermakna Isa sebagai manusia yang dimuliakan oleh Allah.

Kita hairan, kenapa umat Islam berterusan membuat fitnah terhadap ajaran Kristian yang sebenarnya? Ugama Kristian dan juga kitab Bible tidak pernah mengajar bahawa Tuhan melahirkan anak. Itu silap faham orang Islam. Mereka boleh membaca Bible dan buktikan sendiri bahawa tidak ada satupun ayat dalam Bible yang mengatakan Tuhan melahirkan anak.

Sila lihat perkara ke-10 di bawah:

SEPULUH SILAP FAKTA DALAM AL-QUR'AN

1) Kenapa Raja Habsyah memeluk Islam? Ini berdasarkan ayat dalam Al-Qur'an: "..dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesra kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata - Bahawa kami adalah orang-orang Nasrani - Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita and ahli-ahli ibadat" (Al-Maidah 5:82). Ayat ini merujuk kepada Raja Habsyah yang memeluk Islam, kononnya dia mengakui Muhammad ialah Nabi yang ditunggu-tunggu. Padahal Raja itu bukan penganut mazhab Kristian yang sahih. Dia adalah salah seorang pengikut mazhab yang tidak mengiktiraf bahawa Bible adalah 100% asas ugama Kristian yang sah. Bahkan dia percaya kepada pendapatnya sendiri. Oleh itu rakyat Habsyah tidak mengikut-nya memeluk Islam. Tambahan pula dalam ayat (Al-Maidah 5:82), sebutan "pendita" adalah ajaran yang tidak pernah wujud dalam Bible.
Oleh itu sebutan itu tidak ada kaitan dengan ajaran Kristian yang sebenarnya.

2) Sebutan nama menteri Haman dalam Al-Quran adalah satu kekeliruan sejarah. Nama "Haman" tidak pernah wujud dalam sejarah Mesir kuno sebelum Islam. Nama itu terdapat dalam ayat Al-Qur'an: "...kepada Fir'aun, Haman bersama-sama tentera mereka ..." (Al-Qasas 28:6) Sebutan Haman dikatakan seorang menteri kepada Fir'aun. Ini tidak
betul ..sebab nama Haman sebenarnya ialah menteri di Parsi Kuno. Bible ada menyebut nama Haman dalam ayat Bible (Esther 3:1-2) bahawa Raja Xerxes Parsi menjadikan Haman sebagai perdana menterinya. Oleh itu nama Haman itu tersilap sebutannya sebagai seorang menteri yang hidup di Mesir dalam Al-Qur'an.

3) Sebutan nama dan sifat-sifat Muhammad dikatakan terdapat dalam Taurat dan Injil mengikut ayat Al-Qur'an: "..Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil..." (Al-A'raf 7:157) Pakar-pakar pengkaji Bible tidak menjumpai apa yang dikata sebagai wujudnya "sifat-sifat Nabi Muhammad" dalam Bible (Taurat dan Injil). Kitab Bible tetap utuh dan tidak ada bukti yang ia telah diubah ataupun dipinda sejak 5,000 tahun dahulu. Ini kerana mengikut penemuan bahan-bahan kitab suci Dead Sea Scrolls, yang sudah berusia 5,000 tahun dahulu, dan 2,000 tahun sebelum hidupnya zaman Nabi Isa, kitab Bible itu adalah sama isinya seperti mana dengan Bible
yang ada zaman moden ini. Seluruh naskah Bible yang disimpan dan dipelihara hingga zaman ini ADALAH SAMA. Tidak terdapat apa yang yang dikatakan terdapat sifat-sifat Nabi Muhammad.

4) Isu sebutan Taurat dan Injil sudah diubah ayat-ayatnya oleh alim-ulama Yahudi dan Kristian. Ini berdasarkan ayat Al-Qur'an:
" Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah ayat-ayat Taurat dari tempatnya.." (An-Nisa' 4:46). Sudah diterangkan bahawa kitab Bible (Taurat & Injil) sekarang adalah sama isinya dengab Bible yang berusia 5,000 tahun dahulu dan semua naskah-naskah yang ada di seluruh dunia adalah serupa dan sama. Kalaulah salah satu
naskah diubah dan berlainan dengan yang lain, nescaya alim-ulama Yahudi dan Kristian menyedari perkara ini. Sebab itulah pada zaman Muhammad di Madinah, orang-orang Yahudi dan Kristian menentang pembohongan ini.

5) Isu sifat-sifat "keras" dikatakan terdapat sebutan dan sifat sifatnya dalam Taurat dan Injil. Ini berdasar kepada ayat Al-Qur'an:
"...demikianlah sifat-sifat mereka yang terdapat dalam Taurat dan begitu juga dalam Injil ..." (Al-Fath 48:29). Tidak adapun gambaran itu dalam Bible. Orang-orang Yahudi dan Kristian membaca kitab Bible sudah beribu-ribu tahun lamanya, dan mereka tidak pernah jumpa dengan perkara tersebut. Apatah lagi dalam Injil sendiri, ajarannya ialah menyibarkan ugama Kristian secara lemah-lembut bukan secara "keras" terhadap orang bukan Kristian.

6) Sebutan "yaa ukhta Harun" dalam ayat (Maryam 19:28): " yaa ukhta Harun (wahai adik perempuan Harun)..." Ini ialah salah satu nisbah kekeluargaan yang tidak sah. Ini ialah kerana Nabi Harun hidup dizaman Nabi Musa dan sudah lama meninggal. Padahal
Maryam adalah anak-cucu keturunannya. Bagaimana pula Maryam boleh disebut sebagai "adik perempuan Harun"?? Tidak ada nas yang terang daripada ayat Al-Qur'an dan hadith yang mengatakan bahawa pernah wujud seorang yang pernah menjadi saudara kepada Maryam yang bernama Harun. Dan makna "yaa ukhta Harun" adalah difaham secara harfiah.

7) Isu sebutan "Isa Al-Masih" seperti mana terdapat dalam Al-Qur'an sebanyak 11 kali. Contohnya ialah dalam ayat (Ali 'Imran 3:45) :
"Al-Masih Isa ibni Maryam...". Persoalannya ialah kenapa tidak disebut sahaja nama "Isa ibni Maryam"?? Bukankah itu sudak cukup?? Ini ialah kerana sebutan itu meniru cara orang Kristian menyebut Isa sabagai "Jesus Christ" (Isa Al-Masih). Makna Christ ialah Al-Masih dalam bahasa arab. Dalam bahasa Ibrani disebut Messiah.
Sebenarnya mengikut akidah orang Kristian, nama "Al-Masih" itu bererti "Anak Tuhan". Terdapatnya sebutan itu dalam Al-Qur'an secara tidak langsung mengiktiraf bahawa Isa adalah Anak Tuhan. Ini pada kepercayaan orang Kristian. Yang menghairankan ialah kenapa Al-Qur'an meniru sebutan itu??

8)Perkara "Uzair Anak Allah". Ini disebut dalam ayat Al-Qur'an,
"..berkata Yahudi, Uzair ialah Anak Allah.."(At-Taubah 9:30). Ini satu kesilapan fakta dalam Al-Qur'an. Tidak pernah wujud dalam sejarah orang Yahudi yang berkata begitu. Tidak ada dalam Bible yang menyebut begitu. Hairan, dari mana kamu dapat rekaan itu???

9)Perkara "Maryam Sebagai Tuhan". Ini disebut dalam ayat Al-Qur'an,
"..Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia:
Jadikan daku dan IBUku dua tuhan selain dari Allah?" (Al-Maidah 5:116). Satu lagi silap fakta...tidak ada dalam ummat Kristian yang pernah mempertuhankan IBU kepada Isa. Hairan kenapa orang Islam berani berkata begitu???

10) Perkara "Isa Anak Tuhan". Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menuduh orang Kristian percaya bahawa Tuhan melahirkan anak. Satu lagi silap faham orang Islam. Mereka menuduh sesuatu tanpa memahami konteks sebenarnya fahaman Kristian apakah maksud dalam etimologi bahasa dalam Bible. Tidak ada dalam Bible yang mengatakan
Tuhan melahirkan anak. Orang Kristian faham makna "Anak" ialah satu pangkat kemuliaan BUKAN bermakna Tuhan itu melahirkan anak. Tuhan yang menciptakan alam semesta ini tidak pernah beranak. Cuba kamu buktikan di manakah disebut dalam Bible bahawa Tuhan
melahirkan anak??? Perbetulkan pembohongan yang kamu reka-rekakan..

Jawapan :

Kami akan menumpukan jawapan ini kepada 10 soalan sebagaimana yang tuan pinta iaitu mengenai 'Isa Anak Tuhan'. Telah dikatakan umat Islam salah tanggap i.e Tuhan beranak. Manakala yang sebenarnya mengikut orang Kristian ia merupakan satu kemuliaan yang diberi oleh tuhan kepada manusia.

Apa yang dibincang ini adalah suatu perkara yang menjadi 'rukun iman' kepada umat Kristian. Jikalau terbukti Isa bukan anak Tuhan maka banyaklah ajaran tunggak Kristian akan runtuh terutama Triniti (satu dalam tiga dan tiga dalam satu-God The Father, God The Son and Holy Ghost) peristiwa persaliban dan sebagainya.

Yang lebih menarik lagi rencana tersebut tidak menyatakan dengan jelas siapa Isa sebenar jikalau ia tidak anak Tuhan, Adakah ia Rasul, separuh manusia separuh tuhan atau sebagainya. Untuk membincangkan perkara ini kita perlu kepada rujukan. Apakah rujukan yang dianggap berotoriti oleh orang Kristian (kita tidak menggunakan al-Qur'an takut dikatakan berat sebelah). Mengikut kepercayaan orang Kristian samada Katolik atau protestant, sumber rujukan mereka ialah Bible dan tradisi Gereja i.e pandangan paderi. Jikalau katolik pada masa kini Pope John Paul 11 di Vatican City dan kalau protestant pandangan World Council of Churches di Geneva, Switzerland pandangan mereka adalah kata pemutus. Setakat ini tidak ada permuasyaratan yang muktabar Kristian (yang sama taraf dengan council of Nicene yang diadakan pada tahun 325 A.C) mengeluarkan kenyataan menolak Isa sebagai anak tuhan. Pandangan paderi ini amat penting kerana ia kadang-kadang boleh 'overule'. Bible sebagai contoh kes Galileo telah dihukum murtad dan dibunuh kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari sedangkan masa itu gereja mengatakan sebaliknya. Namun begitu Pope John Paul 11 baru-baru ini telah membatalkan 'fatwa tersebut.

Isu Isa bukan 'anak tuhan' ini timbul apabila pendiayah agama Kristian (sebahagian besarnya golongan evangelical) telah melaksanakan program mereka di kalangan orang Islam terutama di Indonesia dan Malaysia. Pendiayah yang menggunakan pendekatan yang diistilah sebagai mengikut 'contextualization' yang dipelopori oleh Koyama seorang Jepun yang tinggal di Thailand di abad yang lalu, maka banyak istilah agama Islam telah digunapakai seperti Allah, Rasul, solat dan lain-lain.. Pada kita inilah pendekatan tujuan menghalalkan cara.

Jadi apa patut kita lakukan sekarang? Kami rasa, pertamanya kita harus tanyakan soalan ini kepada Pope John Paul 11, tetapi kita sudah terlambat kerana Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan Pope dan soalan ini tidak termasuk dalam senarai perbincangan. Jadi kita kena merujuk kepada Bible, masalahnya berbagai jenis Bible, apakah kita nak gunakan Versi King James (yang dianggap 'muktabar'), malangnya kami tidak ada Bible itu masa kini. Dari segi kandungan Bible pula ada yang dinamakan Canonical dan apocryphal (buat masa ini untuk menjimatkan masa kita lupakan persoalan ini). Kita rujuk kepada Bible (untuk makluman, kami gunakan Good News Bible - Bible yang diubah suai untuk remaja);

'my father is working still, and I am working'
'I and the father are one'
'I am in the father and the Father in me'
(John 5:17:10:30;14:10,11)

Dalam Matthew 11:27 Isa bersabda,
"All things have been delivered to me by my father; and no one knows the Son except the Father, and no one knows the Father except the Son and any one to whom the Son chooses to reveal him"

Dalam John 3:16-17,
'For god loved the world so much that he gave his only Son, so that everyone who believe in him may not die but have eternal life. For God did not send his Son into the world to be its judge, but to be its saviour'

Walaubagaimanapun, sila bandingkan dengan ayat yang sama tetapi dari New World Translation of The Holy Scripture (1984),
'For God loved the world so much that he gave his only-begotten Son........John 3:16

Kalau kita lihat pula kepada asal usul keturunan Isa dalam Bible yang sama (God News Bible) terdapat perbezaan yang besar di antara Matthew dan Luke. Di dalam Matthew 1:6-16 terdapat 25 orang sebelum Joseph (suami Maryam i.e tidak pernah menyetubuhi Maryam) tetapi dalam Luke 3:23-31 terdapat 40 orang dan sungguh aneh di akhir ayat ditambah lagi dengan perkataan 'the son of god'.

Inilah yang menjadikan kita bertanya samada umat Islam salah faham atau Orang Kristian salah faham tentang ajaran Bible kerana di dalam Bible dari Old Testement hingga New Testement terutamanya synoptic Gospels (Matthew, Mark dan Luke) fahaman Isa anak tuhan tidak timbul lagi apatah lagi dalam Old Testement.

Kesimpulan:
1. Di dalam al-Qur'an diceritakan orang Nasrani memanggil Isa ' anak tuhan'. Tidak ada ayat al-Qur'an yang menyebut sebagai contoh (yang bermaksud) Allah melahirkan Isa.

2. Pendiayah Kristian di negara-negara penduduk majoriti Islam mendapati al-Qur'an adalah 'anti-dote' yang mujarab menentang Kristian maka mereka bertungkus lumus untuk menawarkan anti body tersebut maka digunakan berbagai pendekatan sehingga hampir kepada 'penipuan'.

3. untuk menuduh orang Islam silap faham, perlulah pihak berotoriti Kristian seperti Pope membuat pengisytiharan bahawa Isa Bukan Anak Tuhan terlebih dahulu. Bukan dengan dakwaan pastor di pendalaman wilayah Islam yang mementingkan agenda mereka.

Kita bermohon kepada Allah s.w.t agar iman kita tidak tergelincir kerana apabila sudah datang kebenaran maka kebatilan akan luput. Wallahu a'lam.

Bernazar

Seseorang yang telah bernazar maka dia wajib menunaikan dengan segera. Sekiranya nazar itu tidak dapat ditunaikan, maka dia wajib membayar kifarah (denda) yang termampu olehnya mengikut turutan berikut:

a)Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu;
b)Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin dengan makanan asasi secupak seorang, jika tidak mampu;
c)Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin sepasang seorang.

Sekiranya tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara itu setelah berusaha, maka hendaklah dia berpuasa 3 hari dengan niat kifarah nazar.

Hak Sesama Muslim

Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada enam perkara iaitu:

1. Bila bertemu, berilah salam
2. Bila diundang (ke majlis yang tiada perkara maksiat), maka hadirlah
3. Bila diminta nasihat, maka berilah nasihat
4. Apabila sakit, ziarahilah
5. Apabila meninggal dunia, hantarkanlah jenazahnya hingga ke kubur
6. Apabila bersin (lalu menyebut 'Alhamdulillah'), maka doakanlah ia (dengan menyebut 'Yarhamkallah')

Khamis, Februari 28, 2008

Ajaran Wahabi

SEJARAH RINGKAS

Muhammad Abdul Wahab adalah pembangun gerakan Wahabi. Beliau dilahirkan didesa ‘Iniyah di Najd tahun 1115 H dan wafat tahun1206 H dalam usia 91 tahun. Pada ketika itu daerah Hijaz , termasuk Mekah dan Medinah berada dibawah kekuasaan Syarif-Syarif Mekah, di bawah naungan kerajaan Turki Othmaniah.
Ia belajar agama tingkat permulaan dari bapanya , Abdul Wahab , seorang ulama’ Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Maka memberikan nama “Wahabiah” pada gerakan Muhamad bin Abdul Wahab adalah sesuatu kekeliruan , keran Abdul Wahab ( bapanya) adalah ulama’ Ahli Sunnah , bukan berfahaman “Wahabiah”.
Juga seorang saudaranya bernama Sulaiman bin Abdul Wahab adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah Wal-Jamaah juga , tidak menerima faham Wahabi.
Pada waktu remaja, Abdul Wahab pergi naik haji ke Mekah dan sampai ke Medinah menziarahi maqam Nabi Muhamad saw dan kembali ke Najd sesudah mengerjakan haji.
Dia datang lagi ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya. Dia tinggal di Mekah dan Medinah sebagai pelajar.
Pada kali kedua ini, dia tersandung pada kitab-kitab Ibni Taimiyyah, yang mengharamkan “Tawasul dan Istighatsah” , yang mengharamkan berpergian ziarah ke maqam-maqam walaupun maqam Nabi dan Wali-wali dan juga ia tercangkuk dengan pelajaran Ibni Taimiyyah tentang “Tuhan diatas” dan “Tuhan bersila” dan lain-lain sebagainya.
Maka menjadilah ia seorang ‘pemuja’ Ibni Taimiyyah dengan erti kata yang sebenar-benarnya bahkan lebih Taimiyyah dari Ibni Taimiyyah sendiri.
Tersebut dalam buku “Munjid” halaman 568 ertinya: Wahabiah adalah sebahagian dari firqah Islamiyah , di bangun oleh Muhamad bin Abdul Wahab (1702-1787). Lawannya menamakannya Wahabiah , tetapi pengikutnya menamakan gerakannya dengan nama “Muwahhidun”. Dalam Feqah mereka berpegang kepada madzhab Hambali disesuaikan dengan tafsiran Ibni Taimiyyah.
Keterangan “Munjid” ini tidak semuanya benar. Ulama’-ulama’ Wahabi itu tidak maraah kalau mereka diberi gelar “Wahabi” ; bahkan ada sebuah kitab mereka yang berjudul “ Al-Hidayatul Saniah Waltahfatul Wahabiatul–Najdiyah” .
Muhamad bin Abdul Wahab ‘terbuka matanya’ dan dia melihat bahawa banyak sekali amal ibadat Ummat Islam di Medinah berlawanan dengan Sunnah Rasul menurut kacamata Taimiyyahnya , umpamanya berbundung-bundung ke Medinah menziareahi kubur Nabi Muhamad saw, kubur Saidina Hamzah di Uhud , kubur Siti Khatijah di Al-Mu’la dan lain-lain perkuburan. Ini semua adalah “ Bid’ah” katanya.
Dan dia paling tidak suka melihat seseorang berdo’a dihadapan maqam Nabi di Medinah menghadap kepada kubur Nabi , bukan menghadap ke Ka’abah. Ini juga “Syirik” katanya.
Kemudian ia dengar orang mengucapkan “Ya RasuluLLah” di hadapan maqam Nabi. Ini juga “Syirik” katanya.
Marah melihat itu semuanya maka ia pulang ke desa ‘Iniyah di Najd dan membuka pengajiannya dan langsung memfatwakan bahawa kepergian ziarah ke Maqam Nabi adalah ma’siat.Penduduk desanya tidak menerima fatwa ini dan dia diusir oleh penguasa desanya .
Kemudian dia pergi ke Basyrah, Iraq. Dia cuba pula mengeluarkan fatwa-fatwanya yang ganjil-gajil itu ; sehingga diusir lagi dari Basyrah.Dia bermaksud akan melanjutkan perjalanannya ke Baghdad dan Syria tetapi tidak punya wang ( Muqaddimah Kitab Kasyaful- Syubhat , karangan Muhamad bin Abdul Wahab, halaman 4).
Maka ia pergi ke Hasa berlindung kepada Punguasa Hasa , namanya Sheikh Abdullah bin Abdul Latif ; tetapi kemudian penguasa ini mengusirnya pula kerana tidak menyetujui pengajian-pengajian Muhamad bin Abdul Wahab ini.
Pendeknya kemana sahaja ia pergi akhirnya diusir akibat dari fatwa-fatwanya yang salah-salah , berlainan dari fatwa-fatwa ulama’ yang lazim ketika itu.Desanya sendiri , ‘Iniyah , Basyrah dan Hasa tidak menerimanya.
Abangnya sendiri bernama Sulaiman bin Abdul Wahab mengarang sebuah buku untuk menolak fatwa-fatwa Wahabi dari Muhamad bin Abdul Wahab. Buku itu bernama : “Al-Sawa ‘iqul- Muharrakah fil-ardhi ‘Alal-Wahabiah” ( Petir yang membakar untuk menolak faham Wahabiah).
Kemudian Muhamad bin Abd Wahab pindah ke sebuah negeri namanya “ Dar’iyah”. Raja Dar’iyah itu bernama Muhamad bin Sa’ud. Maka berjumpalah di Dar’iyah dua ‘Muhamad’ iaitu Muhamad bin Abdul Wahab dan Muhamad bin Sa’ud. Yang saling perlu memerlukan.
Muhamad bin Abdul Wahab memerlukan pertolongan seorang Penguasa yang dapat melindungi ‘da’wah’nya, kerana ia tidak tahan dikejar-kejar dan diburu-buru oleh penguasa-penguasa negeri yang didiaminya.
Sedang Muhamad bin Saud sebagai Penguasa di Ra’Iyah memerlukan pula seorang ulam’ yang dapat mengisi rakyatnya dengan pelajaran-pelajaran agama yang mampu memperkukuhkan kearajaannya.
Dari ketika itu bersatulah agama Wahabi dengan kekuasaan ‘Sa’udi’ atau ‘Al-Sa’ud’ atau ‘ Ibni Sa’ud’.
(Petikan dari Masalah Ugama –Kiyai Hj Sirajuddin Abbas)

SIAPAKAH IBNU TAIMIYAH LAKNATULLAH ALAIHI’

Sejarah ringkas dan perkembangan wahhabi
Dia ialah Abu al-`Abbas bin `Abd al-Halim atau lebih dikenali Ibn Taimiyyah (m.728H/1328M) . Pendapat dan pemikirannya bercanggah dan berlawanan dengan akidah ulama dan umat Islam pada zamannya sehingga tokoh-tokoh ulama telah mengeluarkan perisytiharan perang dan menghukumkannya fasiq dan sesat, terutama selepas akidahnya yang penuh kebatilan dituliskan dan disebarkan kepada orang ramai. Penentangan terhadap Ibn Taimiyyah dilakukan menerusi dua cara:

(1) Penulisan kitab-kitab dan tulisan-tulisan yang menjawab dan menyangkal pendapat dan pemikirannya yang batil berdasarkan pandangan al-Qur’an dan al-Hadith. Contohnya:
a) Taqi al-Din al-Subki dengan kitabnya, Syifa’ al-Siqam fi Ziyarah Qabr al-Imam.
b) Al-Subki dengan kitabnya, al-Durrah al-Mudi’ah fi al-Radd `ala Ibn Taimiyyah.
c) Taqi al-Din Abi `Abd-Allah al-Akhna’i, Qadi al-Qudat al-Malikiyyah.
d) Fakhr bin Muhammad al-Qarsyi, Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mutadi.
e) Taqi al-Din al-Hasani, Daf` al-Syubhah.
f) Taj al-Din, al-Tuhfah al-Mukhtarah fi al-Radd `ala Munkir al-Ziyarah.
Semua tokoh yang disebutkan di atas menolak pendapat dan pemikiran Ibn Taimiyyah dan memperlihatkan kedangkalan serta kecetekan pendapatnya.
(2) Celaan dan kritikan para ulama dan fuqaha’ terhadapnya dengan mengeluarkan hukum dan fatwa tentang kefasikan dan kekufurannya, dan mereka turut memberikan peringatan tentang bid`ah dalam agama yang boleh merosakkan, yang dihasilkan daripada pemikirannya. Tokoh ulama tersebut ialah al-Badr bin Jama`ah, Qadi al-Qudat di Mesir. Umat Islam telah menulis kepadanya tentang pendapat Ibn Taimiyyah mengenai ziarah kubur Nabi (s.`a.w). Qadi al-Qudat tersebut menjawab: “ Ziarah Nabi adalah sunat yang dituntut. Ulama bersepakat dalam hal ini dan sesiapa yang berpendapat bahawa ziarah itu adalah haram, maka para ulama wajib mengutuknya dan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut. Sekiranya dia enggan, maka hendaklah dipenjarakan dan diperendah-rendahka n kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya lagi.”

Bukan Qadi al-Syafi`iyyah di Mesir sahaja yang mengeluarkan fatwa ini, bahkan Qadi al-Malikiyyah dan al-Hanbaliyyah turut sama mendakwa kefasikan Ibn Taimiyyah dan menghukumkannya sebagai sesat dan menyeleweng. Al-Dhahabi, salah seorang ulama abad ke-8H/14M, tokoh sezaman dengan Ibn Taimiyyah telah menulis sebuah risalah kepadanya, dengan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut … dan beliau menyamakannya dengan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dari segi kesesatan dan kejahatan.Ibn Taimiyyah meninggal dunia pada tahun728 H/1328M di dalam penjara al-Syam. Ibn al-Qayyim cuba menyambung dan meneruskan usaha gurunya, tetapi tidak berjaya. Dengan kematian Ibn Taimiyyah, segala pendapat dan pemikirannya juga turut mengalami kematian, dan umat Islam terlepas daripada bid`ah dan kesesatannya.
Kemudian lahirlah Laknatullah Muhammad bin `Abd al-Wahhab datang dengan membawa pemikiran Ibn Taimiyyah dan bersekongkol pula dengan keluarga Sa`ud yang saling menyokong di antara seorang dengan yang lain dari segi pemerintahan dan keislaman. Di Najd, kesesatan telah tersebar dan fahaman al-Wahhabiyyah merebak ke seluruh pelusuk tempat seumpama kanser (al-saratan) dalam tubuh badan manusia. Dia menipu kebanyakan umat manusia dan menubuhkan sebuah pertubuhan ataupun dengan kata-kata lain, mazhab atas nama Tawhid dengan menjatuhkan hukuman ke atas Ahl al-Tawhid, menumpahkan darah umat Islam atas alasan jihad menentang golongan musyrikin hingga menyebabkan beribu-ribu orang manusia, lelaki dan wanita, kecil dan besar menjadi mangsa bid`ah mereka yang sesat. Ia turut sama menyebabkan perselisihan (khilaf) yang sempit semakin membesar dan menjadi-jadi di kalangan umat Islam dan dengan cara itu, mazhab yang baru ini dihubungkan dengan mazhab-mazhab yang banyak itu. Musibah itu akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan jatuhnya dua buah kota suci, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.
Penduduk Najd bermazhab Wahhabi memperolehi bantuan dan pertolongan Britain yang ingin melihat perpecahan negara Islam kepada negara-negara yang lebih kecil dari segi kedudukan geografi. Mereka dengan secara sengaja berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota Makkah dan Madinah dengan memusnahkan kubur para wali (awliya’) Allah, mencemarkan kehormatan kerabat Rasulullah (Al Rasulillah) dan lain-lain dengan perbuatan-perbuatan jenayah dan dosa untuk mengoncangkan hati dan perasaan umat Islam.
Sesetengah ahli sejarah menyebutkan: “ Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya, apa sahaja yang ada di al-Mu`alla, sebuah kawasan perkuburan Quraisy yang terdiri daripada kubah-kubah (qubbah) yang begitu banyak, termasuklah kubah-kubah Sayyidina `Abd al-Muttalib, datuk Nabi (s.`a.w), Sayyidina Abi Talib, al-Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi (s.`a.w), Abu Bakr dan al-Imam `Ali.
Mereka juga turut memusnahkan kubah zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur … sehingga dikatakan sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut.”
Al-`Allamah al-Sayyid Sadr al-Din al-Sadr mengatakan: “ Demi usia hidupku, sesungguhnya al-Baqi` telah menerima nasib yang sangat malang, kerana hati-hati yang kecewa, mengikut nafsu dan berperangai kebudak-budakan, maka berlakulah pencetus kepada segala kecelakaan, apabila tiada lagi kedamaian.
Bagi umat Islam kepada Allah diadukan, hak Nabi-Nya yang telah memberikan petunjuk dan syafaat.” Katanya lagi: “ Celakalah anak cucu Yahudi (WAHHABI) dengan perbuatan jenayah yang mereka lakukan, mereka tidak mendapat apa-apa daripadanya dengan membongkarkan harim Muhammad dan kaum kerabat baginda. Neraka wail untuk mereka dengan apa yang mereka tentang terhadap orang-orang yang kuat (al-Jabbar). Mereka musnahkan kubur orang-orang salih dengan perasaan benci mereka. Hindarkanlah daripada mereka kerana sesungguhnya mereka membenci orang-orang yang terpilih (di sisi Allah).”

PENDEKATAN FIKIH WAHABI

Dalam segi fekah, golongan Wahhabi mirip kepada Al-La Mazhabiyah iaitu yang mengetepikan dari mengikut hukum hakam yang telah di istimbatkan oleh mana-mana mazhab muktabar dalam Islam.
Walaupun demikian mereka tetap mendakwa sebagai pengikut mazhab Hambali untuk mengaburi mata masyarakat agar tidak membenci mereka. Tujuan mereka agar kesemua umat Islam mengikut mereka dari segala aspek hukum dan akidah.
Selain itu hukum bid’ah membid’ah juga menjadi cara utama mereka dalam menetapkan sesuatu hukum.
Contohnya, Wahhabi membid’ahkan dan menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan yahudi.
Lihat kitab At-Tauhid karangan Soleh bin Fauzan m/s 116 cetakan Riyadh, Saudi.
Ini membawa kepada kekecohan umat islam sejagat. Sedangkan hukumnya adalah diharuskan kerana Rasulullah telah bersabda apabila ditanya mengenai puasa sunat hari Isnin baginda menjawab :
“ Hari itu adalah hari kelahiranku ”. HR Sohih Muslim.
Begitu juga mereka mengharamkan pengkhususan solat dan puasa pada nisfu sya’ban.
Lihat kitab yang sama m/s 101.
Kenyataan yang popular dari kalangan Wahhabi ini sebenarnya jelas bercanggah dengan hadith yang bermaksud :
“ Apabila tiba malam nisfu sya’ban maka bangunlah pada malamnya (qiamullai) dan berpuasalah pada siangnya” .
Hadith riwayat Ibnu Majah.
Sememangnya dari segi fekah, cara pendekatan mereka cukup terkenal dengan hukum hakam yang ganjil. Jika hendak disenaraikan disini tidak mencukupi kerana ianya melebihi puluhan perkara.

AJARAN WAHABI ATAU WAHABI

Puak Wahabi lebih gemar menggelar gerakan mereka sebagai ‘Salafi’ . Mereka mempunyai beberapa konsep. Antaranya adalah saperti berikut.
1. Dalam usuluddin harus menganut faham Ibni Taimiyah.
2. Didalam fekah harus memakai madzhab Hambali
3. Madzhab Syafie dibuang.
4. Melarang keras ummat Islam mendo’a dengan tawassul
5. Melarang menziarahi kubur , walaupun kubur Nabi.
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal itu semuanya menjadikan manusia syirik.Gedung besar yang dibina diatas tempat lahirnya Nabi di runtuhkan.
7. Melarang membaca qasidah yang memuji-muji Nabi saperti qasidah berzanji, burdah dan lain-lain.
8. Melarang menghisab rokok dan makan sireh.
9. Melarang ummat Islam meraya dan m,emperingat maulid Nabi.
10. SEmbahyang berkaum-kaum, berjemaah adalah wajib
11. Melarang mengaji ‘sifat 20’ .
12. Faham Ashaari, iaitu faham Ahli Sunnah Waljamaah dibuang jauh-jauh.
13. Tidakboleh membaca kitab ‘Dalail –ul Khairat’, ‘Burdah’ dan lain-lain wirid yang memuji-muji Nabi.
14. Tidak boleh melagukan lafadz qur’an , umpamanya dengan lagu fuqaha, lagu Masri dan lain-lain.Qur’ an harus dibaca lurus sahaja, begitu juga adzan; tidak boleh dilagukan.
15. Tidak boleh bertahlil – membaca zikir ‘La-ila- ha –illallah’ beramai-ramai.
16. Im,am tidak membaca basmalah dalam sembahyang.
17. Amalan ‘Tarikat’ , umpama Tarikat Naqsabandi, Tariqat Qadri , Tariqat Sazali , Tarikat Saman dan lain-lain dilarang keras.
18. Dan lain-lain lagi…….

Islam Tidak Menganggap Wanita Kelas Dua

TIDAK dinafikan isu kedudukan wanita dan lelaki selalu menjadi perbincangan kerana banyak tulisan bukan memberi lebih kefahaman tetapi menyebabkan kita lebih keliru seperti yang dinyatakan. Allah tidak membezakan lelaki dan wanita dari segi kehormatan, kedudukan di
sisi undang-undang dan kedudukan dari sisi-Nya.

Perbezaan di sisi Allah hanyalah semata-mata berdasarkan ketakwaan seseorang tidak kira dia lelaki ataupun wanita. Dengan kata lain, seorang lelaki tidak diberi keistimewaan masuk syurga semata-mata kerana dia lelaki, atau seorang wanita dimasukkan ke neraka
kerana dia wanita. Tetapi amal ibadat, ketakwaan dan ketaatan yang dipandang Allah, bukan jantina seseorang.

Namun begitu, ada perbezaan dari segi fungsi dan peranan wanita serta lelaki. Secara adatnya, wanita memikul tanggungjawab atau fungsi berbeza dengan lelaki. Wanita dicipta dengan susuk tubuh badan tidak serupa dengan lelaki. Wanita mengandung selama
sembilan bulan, mengalami sakit sewaktu melahirkan anak, mempunyai sifat keibuan dan sering kali mengutamakan anak lebih daripada diri sendiri.

Bagi insan yang rasional tentu dapat memahami dari aspek ini bahawa ada perbezaan fungsi antara lelaki dan wanita. Walaupun sedemikian, martabat wanita tidak diletakkan di bawah ataupun di atas lelaki. Kedua-dua jantina saling lengkap melengkapi dan penting bagi
pembinaan institusi keluarga bahagia serta masyarakat harmoni.

Menyamakan fungsi kedua-dua jantina ini menyebabkan masyarakat hilang arah tuju, melawan sifat semula jadi dan mengelirukan orang ramai. Lelaki tetap lelaki dan wanita tetap wanita dan sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam mencari keredaan Allah.

Oleh kerana ada perbezaan peranan dan fungsi itulah maka undang-undang Islam mengiktiraf peranan masing-masing dalam bidang masing-masing. Umpamanya, dalam bidang faraid al-Quran jelas menyebut mengenai pembahagian itu.

Dalam memahami hukum Allah, ada hukum bersifat qati’e dan zanni. Qatie bermaksud hukum bersifat putus, mutlak dan kita tidak diberi hak untuk mentafsirkan dengan maksud lain daripada yang disebut.

Tetapi hukum zanni tidak bersifat putus, manusia diberi hak mentafsirkan dengan menggunakan akal yang benar. Saudari boleh merujuk kepada ustaz berhampiran
untuk memahami dengan lebih lanjut. Hukum pusaka dalam Quran menyebut jumlah yang bersifat qatie di mana disebut satu perdua, satu perempat, satu perlapan dan
sebagainya. Ia adalah putus dan kita wajib menerima, beriman dan patuh sebagai lambang ketaatan kepada Allah.

Namun, bagi memahami kenapa ada perbezaan pembahagian pusaka, kita boleh mengkaji peranan lelaki dan wanita dalam kekeluargaan Islam. Seorang lelaki bertanggungjawab menyara keluarganya dalam apa keadaan sekalipun. Jika tidak berkemampuan, maka keluarga sebelah lelaki wajib membantunya.

Oleh itu, jika lelaki mendapat pusaka dua kali ganda daripada wanita, pusaka itu perlu diagihkannya kepada orang di bawah tanggungannya seperti isteri dan anak. Berbeza apabila seorang wanita menerima pusaka, dari segi hukum, harta itu adalah kepunyaannya sendiri
secara total, suami dan anak lelaki tidak berhak kepada harta itu.

Suami tidak boleh menuntut pusaka itu sebagai harta sepencarian. Oleh itu, walaupun secara luaran seolah-olah lelaki menerima lebih banyak pusaka, tetapi hakikatnya setelah ditolak tanggungan, lelaki sebenarnya menerima kurang daripada wanita.

Begitu juga keadaannya dalam isu talak. Walaupun suami boleh melafazkan talak tetapi Islam tidak pernah memberi jalan supaya lelaki menceraikan sesuka hati. Rasulullah SAW menyebut, “Perkara halal tetapi dibenci Allah adalah talak.”

Dalam keadaan suami menceraikan isterinya tanpa sebab munasabah, suami itu menanggung dosa menzalimi isteri, dia bertanggungjawab membayar sagu hati perkahwinan atau mutaah kepada bekas isterinya. Wanita juga boleh mengambil tindakan untuk berpisah dengan kaedah lain seperti khuluq, fasakh dan taklik.

Ada banyak perkara wanita diberi keistimewaan dalam Islam kerana peranan yang dimainkan mereka. Umpamanya, urutan keutamaan mendapat hak jagaan anak adalah wanita dan bapa diletakkan di tempat ketiga selepas ibu dan nenek.

Wanita tidak pernah dibebankan membayar nafkah kepada suami ataupun anak walaupun wanita itu kaya atau bekerja dan mempunyai gaji lumayan. Jika dia memberi dengan reda untuk keluarganya, ia dianggap hadiah atau pemberian membantu meringankan beban suaminya.

Dalam Islam kesamaan itu tidaklah bermakna satu sama dengan satu. Persamaan dan keadilan dalam Islam berlaku apabila kita meletakkan sesuatu di tempat yang betul ataupun memberikan hak kepada yang berhak. Dalam erti kata lain, hak persamaan itu diberikan sesuai dengan peranan dan fungsi yang dimainkan seseorang.

Oleh itu, janganlah terpengaruh dengan dakwaan bahawa undang-undang Islam mendiskriminasi wanita atau memandang wanita sebagai makhluk kelas dua. Itu semua tidak benar. Tiada diskriminasi dalam Islam, yang ada cumalah memberi pengiktirafan terhadap peranan yang
dimainkan oleh setiap golongan.

Namun begitu, setiap orang sama ada lelaki atau wanita perlu memahami hak dan tanggungjawab masing-masing. Jangan hanya mengambil hak saja tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab. Sikap itu sebenarnya merosakkan Islam dan memberi gambaran Islam tidak
adil. Yang patut dipersalahkan ialah umat Islam yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya bukannya undang-undang Islam.

Dialog perpaduan hapuskan prasangka Barat terhadap Islam

Dialog perpaduan hapuskan prasangka Barat terhadap Islam
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

ISLAM adalah al-Din yang menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan umat. Islam sejak awal menganjurkan umatnya supaya bertoleransi dan bekerjasama dengan sesama manusia untuk memakmurkan bumi Allah ini.

Bumi Allah ini bukan milik persendirian individu tertentu atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum sebaliknya, bumi Allah umpama hidangan istimewa yang disediakan Allah untuk dinikmati bersama semua makhluk-Nya.

Allah menjelaskan matlamat itu dalam firman-Nya yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan- (Nya keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Dalam konteks hubungan antara Muslim dengan masyarakat bukan Islam, Islam tidak melarang umatnya menjalinkan hubungan intim dan berdiplomasi dengan kaum lain dalam perkara yang membawa kebaikan dan maslahah kepada umat manusia sejagat asalkan mereka bukannya daripada golongan yang memusuhi Islam.

Justeru, Islam menggalakkan umatnya memelihara hubungan baik dan jalinan persahabatan dengan kaum lain selaras firman-Nya yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil." (Surah al- Mumtahanah, ayat 8)

Ayat itu menggariskan prinsip ajaran Islam yang menyentuh kod etika hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Kod etika itu suatu penegasan daripada prinsip Islam bahawa perbezaan suku bangsa, warna kulit, bahasa dan keyakinan keagamaan antara umat manusia adalah rencah kehidupan yang tidak dapat dielakkan dan dihindari.

Perbezaan keyakinan agama tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk mewujudkan suatu suasana hidup yang rukun, damai dan bersaudara.

Dalam kes ini, Rasulullah SAW kerap menziarahi orang sakit biarpun berlainan kaum, mahupun agama dan tidak ketinggalan pernah bangkit menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung ke kubur.

Apabila ditanya sahabat, Baginda SAW menjelaskan bahawa si mati itu adalah manusia yang wajar dihormati. Malah, perbezaan agama, kaum atau keturunan tidak akan menyebabkan permusuhan dan pertelagahan antara kaum. Sebaliknya, mereka saling bantu membantu, bekerjasama dan berganding bahu untuk membangunkan Madinah ketika itu.

Di bawah naungan Islam, orang Yahudi dan Nasrani dapat menikmati kebebasan maksimum dalam menjalani kewajipan agama masing-masing sama seperti kebebasan yang diperoleh umat Islam. Perbezaan akidah atau agama bukanlah satu penghalang besar ke arah mewujudkan hubungan kemanusiaan lebih harmoni dan akrab.

Pendek kata, semangat toleransi beragama dianjurkan Islam bukanlah toleransi yang bersifat pasif, tetapi toleransi bersifat aktif dan konstruktif. Dengan kata lain, toleransi dianjurkan Islam ialah toleransi berpaksikan kewajipan moral untuk menegakkan kebajikan dan keadilan tanpa diskriminasi agama.

Rasulullah SAW sentiasa membuka pintu dialog antara agama dengan tujuan mencari kebenaran dan membina kerjasama. Ia dilakukan dengan penuh hikmah dan adab kesopanan Islam. Bahkan, orang bukan Islam yang mengunjungi Rasulullah SAW dianggap sebagai tetamu yang perlu dihormati.

Dalam Islam, faktor sebenar yang menjadi batu pemisah dalam pergaulan hidup bermasyarakat dan keharmonian sejagat bukanlah perbezaan keyakinan agama atau perbezaan kebangsaan, sebaliknya disebabkan sikap permusuhan terhadap Islam dan umatnya.

Perlu disedari selama ini Barat memang sering salah faham dan berprasangka buruk terhadap Islam dan umatnya sehingga mereka berani melabelkan Islam sebagai radikal, ganas, ekstrem, fanatik, militan dan sebagainya.

Contohnya, Judith Miller dalam majalah Foreign Affair terbitan 1993, berprasangka buruk mengenai Islam sebagai The Challenge of Radical Islam. Begitu juga majalah Time edisi 15 Jun 1992 yang memuatkan artikel penuh dengan prasangka buruk dengan judul The Sword of Islam.

Berdasarkan realiti ini, maka tidak ada jalan lain bagi umat Islam untuk menghapuskan prasangka buruk dan salah faham Barat itu melainkan melalui jalan dialog persefahaman yang dilandaskan semangat kepercayaan, toleransi dan sikap terbuka untuk saling menghormati kepelbagaian agama, budaya dan bangsa yang mewarnai hidup ini.

Isu JAKIM dan PRINGLES

Di bawah adalah petikan daripada jawapan JAKIM di laman web mereka:-

"Berbalik kepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilik jenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establish dan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM walau pun dikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM manakala bagi produk Dove, pihak pengedar Dove di Malaysia telah memaklumkan bahawa Dove untuk pasaran malaysia tidak mengandungi bahan yang diharamkan dan ia selamat untu digunakan oleh pengguna Muslim.nn"

Pada saya pihak JAKIM ingin melepas tangan dan secara borong mempercayai sepenuhnya pengakuan pihak Pringles dan pemilik kilang yang mengilangkan bahan produk Pringles.

Begitu juga pihak JAKIM melepas tangan dengan memprcayai terus pihak pengedar produk Dove tanpa membuat sebarang siasatan terperinci terhadap produk berkenaan. Sepertimana yang telak saya perkatakan dalam komen saya di isu yang lain pihak JAKIM tidak komited untuk menentukan dan mempastikan bahawa produk-produk jualan orang bukan Islam benar-benar suci dan bersih mengikut syariat Islam. Pihak JAKIM dikawal oleh orang berkuasa politik dan JAKIM tidak berani membuat sesuatu kesimpulan mengenai isu halal haram kecuali selepas mendapat kata putus daripada pihak berkenaan.

JAKIM mestilah berani,tegas dan berwibawa dalam mengendalikan isu sensitif halal haram ini mengikut kehendak syariat Islam. Jika tidak maka ramai yang akan meragui pengakuan JAKIM dalam hal ini.

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang mengacaukan program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang gimana? Virus yang senantiasa bikin hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti vi rus itu virus merah jambu. Mau tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kasus yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak ditemukan pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para ABG yang nggak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survei juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun karena jarang membuka file C:\Iman\CintaIlahi. Exe atau file C:\Iman\Rajinibadah .doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung turun, dan virus merah jambu menyebar ke seluruh komputer hati mereka.
Nah lho, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaithon yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih ridlo-Nya. Namun banyak juga yang suka dengan tampilan syaithon tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat hang pusat sistem otak syaraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Menomorsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomorduakan cinta pada Ilahi.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Gimana caranya? Yang musti kamu lakukan pertama kali, yaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya saja cintadunia.exe. Lalu masukan disket anti virus yang berisi file syakshiyah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu bisa pergi ke kajian-kajian yang nawarin jasa installer iman. Atau kamu bisa beli disket installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita senantiasa jernih dan OK’s banget…

Selasa, Februari 12, 2008

Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :
لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة
Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)


Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.


Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)


Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat Lebih Besar Dosa

"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya

"Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-
ينساء النبي لستنّ من يأت منكنّ بفاحشة مبينة يضاعف لها العذاب ضعفين
Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda" ( Al-Ahzab : 59 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.