Isi Perbincangan:
1. Sikap buruk ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan kebenaran.
2. Larangan menyembunyikan ilmu.
3. Hukum mengambil upah dan gaji dari mengajar ilmu-lmu agama.
Firman Allah Taala:
’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan) ; maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
Sebab turun ayat
Ayat ini diturunkan disebabkan sikap ahlul kitab yang menyembunyi kebenaran yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Ketika mereka ditanya mengenai kedatangan Nabi Muhamad s.a.w., mereka tidak mahu menyebutkannya, padahal di dalam kitab-kitab mereka dengan jelas ada menyatakan mengenainya. Ini adalah disebabkan rasa dengki dan benci.
Ibnu Abbas menyatakan bahawasanya Muâaz bin Jabal bersama beberapa sahabat bertanya kepada sekelompok pendeta Yahudi tentang beberapa perkara yang terdapat di dalam Taurat. Pendeta ini tidak mahu menerangkannya kepada orang-orang yang bertanya.
Dengan perbuatan pendeta Yahudi ini, lalu Allah menurunkan:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayah.
Pengajaran dan Hukum
Orang-orang Yahudi dengan Tauratnya dan Nasrani dengan Injilnya, mereka ini memanglah bersikap tidak mahu menjelaskan isi sebenar kandungan kitab masing-masing. Terutamanya mengenai sifat-sifat dan identiti Nabi akhir zaman. Apabila ada orang bertanya, mereka akan menyembunyikannya.
Memang, di dalam kitab asal mereka samada Taurat mahupun Injil ada menyebutkan tentang kebangkitan nabi akhir zaman dan disertakan sekali sifat-sifatnya. Dan sifat-sifat itu ada selengkapnya pada Nabi kita Muhamad s.a.w. Mereka ini dengki dan takutkan pada bayang-bayang sendiri. Mereka pada hakikatnya tahu dan mengenal benar-benar bahawa Muhamad adalah nabi akhir zaman, tetapi mereka dengan angkuh dan sombong menafikan kebenaran ini. Ada sebahagiannya merasa kecewa kerana nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka. Begitulah jahatnya pendita-pendita Yahudi dan Nasrani.
Tidak cukup setakat itu, mereka menyembunyikan juga beberapa syariat yang diturunkan kepada mereka. Antaranya ialah mereka menyembunyikan mengenai hukum rajam bagi penzina.
Kejahatan pendeta Yahudi dan Nasrani ini bertambah-tambah lagi dengan tidakan mereka mengubah perkataan-perkataan yang ada dalam kitab mereka serta menafsirkankanya berdasarkan hawa nafsu mereka.
Lalu Allah membuka pekong di dada mereka dengan menurunkan ayat di atas.
Jelaslah sekarang, Taurat dan Injil (Bible) yang ada sekarang ini bukanlah kitab yang asli. Ia adalah hasil ciptaan para pendeta mereka.
Mengapa mereka merubahnya?
1. Kerana sifat jahat dan dengki yang membara di dada mereka. Padahal mereka kenal siapa itu Muhamad melalui kitab-kitab yang asli.
2. Mereka merubahnya kerana mahu memenuhi selera dan nafsu.
3. Mereka merubahnya kerana isis ajaran agama itu tidak dapat berhadapan dengan kehendak dan perubahan zaman.
Pada hakikatnya, para penganut Yahudi dan Nasrani telah tertipu dengan keilcikan para pendeta mereka.
Kita sedih dengan perkembangan yang berlaku di mana sebahagian dari umat Islam Melayu yang terjebak dengan tipu daya para pendeta Kristian. Satu agama yang sudah tidak diterima oleh barat.
Ketika masyarakat barat berebut-rebut menjadi athies/mulhid kerana kebatilan-kebatilan yang ada dalam ajaran Kristian, samada dari sudut logik akal dan naluri kemanusiaan, sebahagian masyarakat di Asia ini boleh merelakan diri untuk ditipu dengan seribu satu macam khurafat dan kekarutan.
Masyarakat barat, tindakan mereka meninggalkan agama itu adalah tindakan yang bijak. Kerana akal manusia yang sejahtera tidak dapat menerima ajaran agama itu. Tetapi, amat disayangkan sekali kerana sebahagian mereka tidak memilih Islam sebagai pegangan.
Sebahagian dari kita di sini, tindakan mereka keluar dari Islam dengan memilih Kristian sebagai agama adalah satu tindakan bodoh. Kerana memilih agama yang penuh dengan bumbu-bumbu tipu daya dan khayalan sahaja.
Ayat di atas adalah ditujukan kepada pendeta Yahudi dan Nasrani yang bersifat menyembunyikan kebenaran yang ada di dalam kitab mereka. Apakah ayat ini hanya untuk mereka sahaja, tidak kepada umat Islam?
Ya, kita umat Islam juga termasuk di bawah larangan ayat ini. Oleh itu umat Islam dilarang dari menyembunyikan hukum-hakam syariah. Para ulamak Usul menyatakan, sekalipun ayat itu khusus diturunkan kepada pendeta Yahudi dan Nasrani tetapi keumuman pengajarannya ditujukan kepada semua.
Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
’Barangsiapa yang ditanya mengenai suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya, maka dia akan dikekang pada hari kiamat dengan api (HR Ibnu Majah dan al-Hakim)
Masalah menyembunyikan syariat Allah ini lebih diberi perhatian kepada para ulamak Islam. Kerana merekalah yang lebih mengetahui tentang syariat Allah. Merekalah yang dipertanggungjawabk an untuk menyebarkan dan mengajarkannya kepada kaum masing-masing, dengan lisan kaum itu.
Tanggungjawab yang dipikul oleh ulamak jika dilihat pada lahiriahnya, ada yang melihatnya sebagai satu tugas mudah. Mereka mengatakan, bukan susah jika hanya mengajarkan sembahyang, zakat, puasa dan Haji. Tambahan pula, golongan ulamak merupakan satu golongan yang dihormati oleh masyarakat setempat.
Jika ini anggapan sebahagian kita, ia adalah satu anggapan yang salah. Tugas dan tanggungjawab ulamak adalah berat. Beban ilmu yang diamanahkan kadangkala menuntut agar ia dipertaruhkan dengan nyawa. Kalau sekadara tekan ekonomi, mental dan siksaan adalah perkara yang lumrah.
Lihat sahaja sejarah, Imam Ahmad bin Hanbal pernah disiksa kerana enggan mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang dipenjarakan. Imam Syafie pernah disoal-siasat oleh pemerintah kerana dituduh terbabit dengan gerakan Syiah.
Tidak semua para ulamak yang tahan dengan ujian kerana tidak mahu menyembunyikan syariah. Ada juga yang gagal menempuh ujian ini. Ada yang tewas dengan ujian siksaan, dan yang lebih menggerunkan ialah dengan ujian kebendaan dan kedudukan yang amat mengelirukan.
Ketika Imam Ahmad bin Hanbal dan beberapa ulamak lain yang disiksa oleh pemerintah yang bermazhab Muktazilah, tidak semua yang berjaya mengharunginya. Mereka dipaksa supaya mengaku bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Mereka disiksa. Imam Ahmad tidak sekadar disiksa, malah dimalukan dengan mengheretnya secara menghina sekeliling kota.
Semuanya itu adalah akibat tidak mahu menyembunyikan syariat Allah. Oleh itu, hormatilah ulamak. Berdampinlah dengan mereka. Kasihilah mereka. Di bahu mereka punya bebanan berat yang perlu dipikul untuk umat ini. Di dada mereka punya butiran permata berharga yang kadangkala memerlukan pengorbanan untuk dibahagi-bahagikan kepada manusia akhir zaman. Memanglah wajar jika Allah mengangkat martabat ulamak dari yang lain-lain. Patutlah seandainya kutukan dan laknat kepada mereka yang memusuhi ulamak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan