Mengikut ulama, syaitan akan mengusai tubuh badan manusia melalui 10 Pintu ;-
1.Melalui Sifat Sombong Dan Angkuh
Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan
2.Melalui Sifat Bakhil Dan Kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang di peroleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya di belanjakan ke jalan yang baik dan ikhlas.
3.Melalui Sifat Takbur Dan Bongkak
Allah berfirman bermaksud ,"Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang yang takbur"
4.Melalui Sifat Khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakan sesuatu yang menjadi milik org lain , malah mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian , perkongsian dan sebagainya.
5.Melalui Sifat Tidak Suka Menerima Ilmu Dan Nasihat
Menganggap dirinya lebih mengetahui dan tidak perlu di beri nasihat jika melakukan perkara-perkara yang remeh walaupun bukan dalam bidang keilmuannya kerana menganggap dirinya kaya atau darjatnya yang tinggi .
6.Melalui Sifat Hasad
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud , "Hindarilah kamu daripada sifat hasad dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering" (hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
7.Melalui Sifat Suka Meremehkan Orang Lain
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud ," Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan iman yang adil." (Hadith Riwayat Muslim)
8.Melalui Sifat Ujub Atau Bangga Diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud ,"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja."(hadith riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9.Melalui Sifat Suka Berangan-Angan
Islam adalah anti kemalasan .Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
10.Melalui Sifat Buruk Sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa di selidiki terlebih dahulu amat di cela oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud , " Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahwa mereka sudah rosak . Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya ."( hadith rawayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan