Allah telah menyediakan untuk hamba Nya yang beriman dalam Syurga, nikmat yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, tiada siapa pernah terfikir, sehingga tahap orang yang mendapat paling sedikit nikmat dalam Syurga akan ingat yang dia mendapat paling banyak nikmat antara mereka.
Abu Sa`eed al-Khudri, (RA), berkata yang Rasulullah (SAW) bersabda: "Serendah-rendah martabat manusia dalam Syurga akan ada seorang lelaki yang mukanya Allah palingkan dari Neraka ke arah Syurga, dan menunjukan dia satu pokok yang memberikan bayangan. Dia akan berkata, ‘Wahai Tuhan, bawalah aku dekat kepada pokok itu supaya aku boleh berada dalam bayangan itu … Maka dia akan masuk ke rumahnya (di Syurga) dan dua isterinya dari kalangan Al-Hoor Al-`een akan datang dan berkata kepada nya, ‘Pujian kepada Allah yang memberi kamu kehidupan untuk kami dan memberi kami kehidupan untuk kamu.’ Kemudian dia akan berkata, ‘Tiada siapa yang pernah diberikan apa yang aku telah di beri." (Riwayat Muslim)
Merujuk kepada perkara tadi Allah SWT berfirman: " Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahmaan: 56, 57)
Dalam jawapan beliau kepada soalan tersebut, Sheikh Muhammad S. Al-Munajjid, seorang pengarang dan pensyarah Islam Saudi terkemuka, menyatakan:
“Sebelum kita menjawab soalan tersebut berkenaan kenapa Islam memberikan berita gembira akan perkara-perkara dalam Syurga yang di larang di dunia ini, kita mesti jelaskan yang Allah melarang apa-apa yang Dia mahu di dunia ini kepada makhluk Nya, kerana Dia ialah Pencipta dan Pemilik akan perkara-perkara itu.
Maka, di larang bagi sesiapa yang membantah hukum Allah atas sebab pemikiran singkat dan kefahaman dangkal. Hukum dan keputusan akan perkara itu, sebelum dan selepas, ialah hanya hak Allah, dan tiada siapa boleh mengatasi hukum Nya, semoga Dia Terpuji dan Agung.
Allah melarang beberapa perkara di dunia ini, dan di Akhirat membenarkan perkara itu sebagai balasan kepada mereka yang menjauhi dari perkara itu (seperti arak, memakai sutera bagi lelaki, dan sebagainya). Ini ialah apa Allah akan berikan sebagai ganjaran kepada mereka yang mentaati Nya dan berusaha secara sabar di dunia ini. Allah SWT berfirman : "Bukankah tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (juga).?" (Ar-Rahmaan: 60)
Kita bolehkan jelas semua hal ini dalam ringkasan berikut:
1- Kita tidak semestinya tahu semua sebab kenapa perkara diharamkan. Terdapat beberapa alasan, yang kita tidak tahu. Prinsip asas ialah kita bersetuju dan patuh kepada nas walaupun kita tidak tahu alasannya, kerana penyerahan diri ialah asas Islam, yang berlandaskan ketaatan sepenuhnya kepada Allah SWT.
2- Beberapa sebab larangan mungkin jelas kepada kita, seperti kesan buruk akibat melakukan zina, kecelaruan dalam penentuan ayah si anak, penyebaran penyakit merbahaya dan sebagainya. Apabila Islam melarang perhubungan haram, tujuannya adalah untuk melindungi maruah dan keturunan manusia. Akibat dari zina, hubungan yang mengikat masyarakat luntur dan masyarakat dipenuhi dengan penyakit yang merebak melalui perhubungan seks, menandakan kemurkaan Allah terhadap mereka yang mencabuli sempadan suci Nya dan menghalalkan yang haram.
Ini tidak sama dengan perhubungan lelaki dengan Al-Hoor Al-`een di Syurga kerana kita dapat lihat dalam hal perempuan curang di dunia ini , maruahnya sanggup diserah kepada semua dan dia tiada ketaatan agama atau malu. Dia tidak terikat dengan perhubungan halal dengan seseorang. Jadi lelaki dan perempuan berzina dengan sesiapa yang mereka mahu, dengan tanpa batasan agama atau moral. Tetapi Al-Hoor Al-`een dalam Syurga adalah dikhususkan dan dihadkan kepada suami-suami mereka yang Allah telah beri sebagai ganjaran untuk kesabaran mereka dalam menjauhi dari perkara terlarang dalam dunia ini Allah SWT berfirman: " (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, tersimpan dalam mahligai ." (Ar-Rahmaan: 72)
3- Allah telah mengisytiharkan yang di dalam dunia ini lelaki tidak dibenarkan untuk ada lebih empat isteri pada satu masa, dan
Dia akan merahmati penghuni Syurga dengan apa yang Dia mahukan dari Al-Hoor Al-`een. Jadi tiada percanggahan antara apa yang dilarang di dunia dan di Akhirat, kerana hukum setiapnya adalah berbeza, mengikut apa yang Allah SWT mahu. Jelaslah, Akhirat lebih baik dan lebih kekal dari dunia ini.
4-Larangan-larangan ini mungkin sejenis ujian daripada Allah kepada hamba-hamba Nya untuk melihat sama ada mereka akan mentaati arahan-arahan ini dan meninggalkan perkara yang Dia larang. Ujian itu tidak boleh atas sesuatu yang manusia tiada kecenderungan dan perkara yang mereka tidak suka; ujian itu mesti berkaitan dengan sesuatu dengan sesuatu yang mereka cenderung dan tertarik. Ujian atas lelaki dengan perempuan adalah untuk menghadkan dirinya kepada perkara yang Allah benarkan berkenaan perempuan, menundukkan pandangannya dan mengelakkan mencari keseronokan dalam perkara yang Allah larang. Ia adalah rahmat Allah yang Dia tidak melarang sesuatu yang manusia cenderung tanpa membenarkan satu aspek dari hal berkenaan.
5-Hukum hal-ehwal dunia ini tidak seperti hukum di Akhirat. Arak di akhirat adalah suci, tidak seperti arak didunia ini, yang menyebabkan kehilangan akal, mabuk dan sakit perut. Apa yang Allah sediakan untuk perempuan beriman pada Hari Kebangkitan ialah ganjaran untuk ketaatan mereka tidak seperti zina yang mencabul kehormatan manusia, merosakan keturunan, menyebarkan penyakit dan mendorong kepada penyesalan. Perempuan di Syurga adalah suci dan mulia; mereka tidak akan mati atau tua, tidak seperti perempuan di dunia ini."
Terjemahan daripada: Why the Forbidden Is No more Forbidden in Paradise?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan