Bismillahirrahmanirrahim, segala pujian kehadrat Tuhan Pentadbir semesta alam. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah saw.
Sepintas lalu
Tujuan penulisan ini adalah sebagai wadah memaparkan pemahaman yang jelas terhadap agama Yahudi dan Kristian. Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa dunia Islam tidak mampu memencilkan diri daripada pengaruh dua agama tersebut. Setiap hari kita akan berhadapan dengan pengaruh mereka, secara rela atau terpaksa. Tambahan, isu orang Melayu yang ingin dan sudah murtad daripada agama Islam semakin panas. Perlu kita menghadapi isu ini dengan melengkapkan diri kita dengan ilmu. Pertama ilmu agama Islam yang sebenar. Kedua, ilmu dalam memahami apa sebenarnya Yahudi dan Kristian.
Salah satu panggilan yang wujud dalam Al Quranul Karim terhadap golongan Yahudi dan Kristian adalah Ahli Kitab. Satu pangggilan yang cukup terhormat yang diberikan kepada dua golongan berkenaan. Umat Islam sering keliru tentang apa sebenarnya Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as, Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud as dan juga Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as. Adakah apa yang ada didalam tangan dua golongan ini sekarang sebenarnya Taurat, Zabur dan Injil seperti yang diceritakan dalam Al Quran?
Semoga tulisan yang serba ringkas ini dapat membantu para pembaca dalam memahami apa sebenarnya yang berada dalam simpanan Yahudi dan Kristian masa kini. Saya berharap tulisan ini yang terhasil daripada ilmu dan kajian yang serba kekurangan akan membolehkan kita berkongsi ilmu dan memantapkan jiwa kita dengan aqidah Islam yang murni dalam cabaran terkini terhadap umat Melayu Islam.
Baca artikel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan