Rabu, Ogos 15, 2012

Bagaimana Cara Sunah Nabi dalam Menyambut Aidilfitri?


Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa:-

Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki (Hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi). Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-'Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

Sumber: http://nbikutub.multiply.com

Jumaat, Ogos 10, 2012

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.

1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatulqadar
3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astagfirullah halazim waatubuilaih)
5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)
6. Bertasbih: 
  • Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X
  • Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X
  • Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X
  • Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X
7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)
8. Sembahyang sunat tahajud
9. Sembahyang sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.

Sumber: http://dakwah.org

Khamis, Ogos 09, 2012

Aurat Wanita Menurut Al Quran dan Hadis


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

1. Bulu Kening

-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada

-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Rabu, Ogos 08, 2012

Persoalan Manusia Semuanya Telah Terjawab Dalam Di Dalam Al Quran

Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

Khamis, Julai 26, 2012

Rahsia Kenapa Yahudi Bijak

Oleh: Dr. Stephen Carr Leon

Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam.

Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.

Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka.

Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.

Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian.

Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?
Silakan baca dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya. ang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w.

Selasa, Julai 24, 2012

Kisah Empat Nabi Yang Masih Hidup Sampai Sekarang


1. Kisah Nabi Isa Alaihissalam
Al-Qur’an menerangkan dalam surat AnNisaa’:157 bahwa Nabi Isa AS tidaklah dibunuh maupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa AS (sebagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang berkhianat yang bernama Yudas Iskariot) dan karena ucapan mereka:

“Sesungguhnya kami telah membunuh AlMasih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (An Nisaa’ : 157)


Nabi Isa AS diselamatkan oleh Allah SWT dengan jalan diangkat ke langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang tahu tentang hal ini. AlQur’an menjelaskan tentang peristiwa penyelamatan ini. ”Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa’ :158)

3 Golongan Manusia yang Hampir Masuk Syurga Tetapi Disekat

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…......

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero di dalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang, glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah. Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Petunjuk Allah SWT

ALLAH SWT menyebut perihal hari akhirat dan menjelaskan azab kepada orang kafir secara singkat serta pahala orang yang taat secara terperinci. Ini adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa di sisi rahmat itu didahulukan daripada azab.

Kemudian Allah SWT menambah dengan menyebut keadaan dunia, iaitu Dia mendahulukan keadaan orang yang taat (Rasulullah SAW dan umatnya) berbanding keadaan orang yang derhaka dan musyrik.

Sebelum perintah dan larangan yang berhubung dengan Rasulullah SAW dikeluarkan, Allah SWT telah memerintahkan kepadanya agar bersabar terhadap gangguan kaumnya yang baginda alami. Ini adalah untuk menghilangkan kedukaannya dan menguatkan hati baginda, sehingga lapang hati baginda. Justeru baginda sibuk mentaati Allah dengan berada dalam kegembiraan dan keaktifan.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya kami Telah menurunkan al-Quran kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur. (al-Insaan: 23)

Al-Maraghi berkata: " Penurunan secara berperingkat dan beransur-ansur selama 23 tahun, agar mudah dihafal, memahami dan mempelajarinya. Manakala hukum-hukumnya itu diturunkan sesuai dengan peristiwa yang benar-benar berlaku di dunia sehingga akan memperkuatkan lagi keimanan orang Mukmin dan menambah ketakwaan orang yang bertakwa."

Isnin, Julai 23, 2012

Penyusunan Ayat-Ayat Al-Quran



Tertib atau susunan ayat di dalam al-Quran mengikut pendapat para ilmuwan adalah tauqifi iaitu ketentuan daripada Nabi Muhammad berdasarkan wahyu daripada Allah. Sebahagian ilmuwan menyatakan pendapat ini adalah ijmak atau sepakat semua ilmuwan.

Antaranya al-Zarkashi dan Abu Ja`far bin al-Zubair. Abu Ja`far mengatakan: “Tertib ayat-ayat dalam surah-surah berdasarkan tauqifi daripada Rasulullah dan atas perintahnya, tanpa ada perselisihan kaum Muslimin.” Mengikut as-Suyuti, ijmak dan nas atau dalil yang ada menegaskan ayat-ayat al-Quran itu berdasarkan tauqifi daripada Nabi Muhammad.


Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu menulisnya di tempat itu.

Beliau mengatakan kepada mereka, “Letakkan ayat-ayat ini pada surah yang dalamnya disebutkan begini dan begini,” ataupun “Letakkan ayat ini di tempat itu.”

Usman bin Abil melaporkan, “Aku sedang duduk di samping Rasulullah, tiba-tiba pandangannya menjadi tajam lalu kembali semula. Kemudian katanya, ‘Jibril datang kepadaku dan memerintahkan supaya aku meletakkan ayat ini di tempat itu daripada surah ini,“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi kepada kaum kerabat…” (Surah al-Nahl ayat 90).

Berpuasa Bukan Alasan Islam itu Lemah

Sudah kedengaran ada yang mengeluh bila tibanya bulan Ramadan kerana ianya adalah kewajipan semua muslim berpuasa di bulan ini. Keimanan yang nipis menjadikan kita merasai bulan puasa adalah satu kelemahan pada diri. Lemah untuk bekerja, lemah untuk melakukan pelbagai aktiviti yang kebiasaanya kita lakukan di bulan yang lain.
Mutu kerja mula menjadi merosot kerana alasan letih berpuasa. Surau di tempat kerja mula dipenuhi bukan untuk solat sahaja, malah sebagai tempat melabuhkan kepala, tidur sejam dua di waktu bekerja. Menjadikan bangsa lain beranggapan puasa menjadikan orang islam lemah dan tidak produktif. Kita patut menghindari perspektif ini di mata bangsa lain yang bukan beragama islam.
Kita perlu menjadikan bulan puasa, bukan sahaja bulan untuk beramal ibadat tetapi juga sebagai bulan untuk kita membuktikan pada penganut agama lain, bulan ini menjadikan kita pekerja yang tetap produktif, bukannya malas. Berpuasa bukan alasan untuk kita menjadikan mutu kerja kita menurun malah lebih baik, setidaknya sama dengan bulan yang lain.
Mari kita mengenang kembali kisah perjuangan tentera islam di bulan Ramadan sebelum ini yang tidak pernah menjadikan alasan berpuasa untuk mereka dianggap lemah, malah bulan inilah yang lebih menaikkan semangat mereka demi membuktikan agama islam dan amal ibadatnya tidak menghalang perjuangan menegakkan islam.
 

Mengapa Al Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab?


Al-Quran turun dengan bahasa Arab dikarenakan Rasulullah Saw dan para Mukhatab pertamanya menggunakan bahasa tersebut. Satu hal lagi, nantinya akan timbul pertanyaan jika tidak berbahasa Arab; mengapa Al-Quran turun dengan bahasa lain, padahal para mukhatab awalnya berbahasa Arab? Al-Quran sendiri juga menyatakan dalam Ayat Fushilat, ayat ke-44:” Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab?” Oleh karena itu, kondisi alamiah yang telah menuntut Al-Quran turun dengan bahasa Arab.

Hanya saja dengan merujuk kepada sebagian ayat-ayat suci Al-Quran, kita akan mendapati sisi-sisi lain dari turunnya kitab mulia ini dengan bahasa Arab. Berikut sisi-sisi tersebut:

1.   Bahasa Arab merupakan faktor penting dalam rangka diterimanya Al-Quran oleh bangsa Arab saat itu. Allah berfirman:”Dan kalau Al Quran itu kami turunkan kepada salah seorang dari golongan bukan Arab, Lalu ia (Rasul) membacakannya kepada mereka (orang-orang kafir); niscaya mereka tidak akan beriman kepadanya.” (Syu’ara’, 198-199). 

Dan wajar sekali jika agama Islam ingin tersebar ke seluruh penjuru dunia maka bangsa Arab yang hidup di kawasan tempat Rasul diutus harus menerimanya dan dari para mukmin inilah agama itu tersebar ke seluruh dunia. 

2.  Bahasa daerah (bahasa sendiri) itu lebih berpengaruh dari pada bahasa lain. Allah berfirman:”Kami tidak mengutus seorang Rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.”(Ibrahim: 4)

3.  Tantangan Al-Quran yang ditujukan kepada para pengingkarnya menuntut risalah ini dituang dalam sebuah bahasa yang dapat dipahami dan dimengerti oleh para mukhatab pertamanya. Allah berfirman:”Dan jika kalian (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolong kalian selain Allah, jika kalian orang-orang yang benar.” (Al-Baqarah, 23) 

Atau dalam Surah Yunus disebutkan:”Atau (patutkah) mereka mengatakan “Muhammad membuatnya.” Katakanlah: “(Kalau benar yang kalian katakan itu), Maka cobalah datangkan sebuah surat seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kalian panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kalian orang-orang yang benar.”(Yunus, 38)

Sumber:  http://eraalquran.wordpress.com

Rabu, Julai 18, 2012

Sejarah Pertukaran Qiblat


Firman Allah SWT,

Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap ke kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah) ; dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka ; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144) Dan demi sesungguhnya ! jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya ! kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. (145)
Huraian ayat

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap ke kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah)
Ada pendapat mengatakan ayat ini turun pada tahun kedua hijrah pada bulan Syaaban. Sebab turun ayat ini sebagaimana Imam Bukhari meriwayatkan daripada Al-Barra’ katanya, ketika Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda bersembahyang menghadap ke arah Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis), sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi-Nabi sebelumnya. Hal ini berterusan selama 16 atau sekitar 17 bulan. Meskipun begitu Nabi saw sangat teringin untuk bersolat mengadap Kaabah. Malahan baginda pernah menggabungkan antara mengadap ke arah Kaabah dan ke arah sakhrah dengan cara baginda saw solat di selatan Kaabah sambil mengadap kearah utara menghala ke arah sakhrah.

Selasa, Julai 17, 2012

Peringatan untuk yang Berpuasa Ramadhan

1. Manusia melihat suatu perkara dengan pelbagai persepsi. Bulan Ramadhan yang bakal datang juga tidak terlepas daripada persepsi yang pelbagai ini. Terdapat mereka yang melihat Ramadhan sebagai transit sebelum hari raya, tujuannya adalah hari raya, Cuma Ramadhan mesti dilalui sebelum sampai kepadanya. Ada juga yang melihat Ramadhan sebagai syurga makanan dan barang-barang keperluan rumah, dengan resepi dan bazar Ramadhan yang sangat meriah, tiada dalam bulan yang lain. Tidak kurang masih wujud mereka yang melihat Ramadhan sebagai bulan ibadah yang perlu direbut dengan memperbanyakkan amal.

2. Walau apapun persepsi manusia terhadap bulan Ramdhan ini, ia tetap akan datang dengan seribu satu fadhilat yang telah dijanjikan oleh Allah Azza wa Jalla dan RasulNya SAW. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda:
Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, maka syaitan dirantai, ditutup pintu-pintu neraka dan tiada satupun yang terbuka, dibuka pintu-pintu syurga dan tiada satupun yang tertutup. Dan menyerulah penyeru: Wahai pencari kebajikan, bergembiralah, dan wahai pelaku maksiat, kurangilah. Dan ke atas Allah, membebaskan manusia daripada api neraka, dan demikian itu berlaku pada setiap malam. (Riwayat Tirmizi)

3. Beruntunglah mereka yang untung dan rugilah mereka yang rugi dalam bulan ini. Untuk memastikan kita dalam kalangan mereka yang untung dengan maksimum dan meminimumkan kadar kerugian, maka terdapat beberapa perkara yang mesti dielakkan dan dijauhi, antaranya:

Pertama: berharap Ramadhan tidak tiba dan segera habis
 
4. Mereka yang seumpama ini biasanya tidak gembira dengan kedatangan Ramadhan bahkan tidak ada usaha sedikitpun untuk merebut segala kelebihan dan keberkatan di dalamnya. Mereka terkejut dan tidak perasan dengan kedatangan Ramadhan. Golongan inilah yang sangat cepat marah walaupun dengan sebab yang sangat kecil dan tidak mampu menjaga mulutnya daripada perkataan yang tidak baik. 
 
5. Ini bersalahan dengan amalan para sahabat dan generasi awal Islam. Mereka sangat gembira dan menanti-nanti kedatangan Ramadhan, sentiasa berpuasa pada selain Ramadhan sebagaimana yang diamalkan oleh nabi SAW terutamanya di dalam bulan Sya’ban, dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ramadhan adalah anugerah Allah Azza wa Jalla dan mereka bergembira dengan berlumba-lumba melakukan amal soleh, bagi meraih fadhilat yang Allah Azza wa Jalla sediakan. Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 58 bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.