Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,
“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”
Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Jumaat, Mac 30, 2012
Hukuman Gantung Sampai Mati
Sekiranya anda diberi pilihan jika disabitkan hukuman mati! mana satu yang menjadi pilihan anda?. Pilihan pertama, ditembak oleh squad penembak. Kedua, suntikan maut. Ketiga, kerusi elekrik. Keempat, hukuman pancung. Kelima, digantung sampai mati. Diantara hukuman mati ini yang paling primitif adalah hukuman gantung kerana pada masa dahulu, hukuman ini telah dilaksanakan oleh masyarakat di barat. Pilihan penulis adalah hukuman pancung, nampak zalim tetapi inilah yang paling cepat dan tidak menyakitkan.
Dalam Islam, hukuman pancung dianggap zalim oleh pihak barat. Tetapi mati dipancung adalah tidak menyeksakan pesalah. Sekali hayunan sahaja maka terpisahlah kepala dari badan.
Di Malaysia, hukuman gantung sampai mati perlu diubah kepada hukuman pancung kerana kita selalu menyebut Malaysia sebagai negara Islam. Tetapi kita melaksanakan hukuman mati yang dianggapkan primitif oleh pihak barat.
Untuk mengantung seseorang pesalah. Jenis tali, kualiti serta ketahanan tali gantung perlu sesuai dengan saiz badan pesalah. Jika tidak, tali putus pesalah masih hidup nyawa-nyawa ikan. Ini akan menyeksakan.
Sains Sahkan Kewujudan Allah
Manusia berasa amat kagum dengan pencapaian ahli sains. Bermacam penemuan ditemui, dipakai, diperhalusi dan dikecapi, lantas membantu memberi kesejahteraan hidup manusia hari ini.
Pencapaian dan penemuan peralatan hidup tercanggih itu tentulah terhasil daripada akal fikiran, ujian dan keringat para saintis itu sendiri. Tetapi, siapakah para saintis itu?
“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya” Maksud Surah al- Baqarah (2:31).
Nabi Adam a.s. telah diperlengkapkan dengan ilmu oleh Allah s.w.t., Penciptanya. Dengan demikian keupayaan para saintis menggunakan akal fikirannya adalah kerana ia mewarisi ilmu daripada makhluk manusia pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t. itu.

Khamis, Mac 22, 2012
Beberapa Kesalahan dalam Berwudhu
1. Melafadzkan niat di awal berwudhu.
Hal ini tidak diperbolehkan, karena niat tempatnya adalah di hati sedangkan melafadzkan niat tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan suri tauladan kita -Shallallahu ‘alaihi wasallam-. Niat yang syar’iy adalah munculnya di dalam hati orang yang berwudhu bahwa ini wudhu untuk sholat, atau untuk menyentuh mushaf, atau untuk mengangkat hadats, atau yang semisalnya, inilah niat. Dan Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- menganjurkan untuk memulai ibadah wudhu dengan bacaan basamalah bukan dengan ucapan lainnya, maka memulai wudhu dengan mengeraskan bacaan niat merupakan penyelisihan terhadap tuntunan dan perintah beliau.
2. Tidak punya perhatian terhadap cara wudhu dan mandi (junub) yang syar’i, bergampangan dalam bersuci, dan tidak punya perhatian untuk mempelajari hukum-hukum seputar thoharoh (bersuci).
Ini termasuk perkara yang seharusnya dijauhi oleh seorang muslim, karena sesungguhnya, thoharoh, berwudhu, dan mandi (junub) merupakan syarat syahnya sholat bagi orang yang berhadats, dan barangsiapa yang bergampangan terhadapnya maka sholatnya tidak syah karena dia melalaikan kewajiban dan syarat (dari bersuci).
Dan sungguh Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- telah bersabda kepada sahabat Laqith bin Saburoh:
“Sempurnakanlah wudhu”. Riwayat Ashhabus Sunan dan dishohihkan oleh Ibnu Khuzaimah.
Dan dalam Ash-Shohihain (Kedua kitab Ash-Shohih) :
“Celakalah bagi tumit-tumit dari api Neraka”.
Anak-Anak Rasulullah S.A.W
PUTERA:
1. Abdullah bin Muhammad
Putra beliau dari Khadijah, meninggal ketika masih kecil.
2. Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H)
Putra Nabi dari Mariah Qibtiah. Dia hanya hidup selama 18 bulan. Nabi menyaksikan ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir sambil manitiskan air mata, beliau berkata “mata boleh manitiskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.
3. Qasim bin Muhammad
Putra beliau dari Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.
PUTERI:
1. Fatimah binti Muhammad (wafat 11 H)
Putri bungsu Rasulullah SAW dari Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Dia tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara. Dia menikah dengan Ali bin Abu Thalib. Dari perkawinan ini lahirlah Hasan, Husain, Ummi Kultsum dan Zainab. Dia meninggal 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah. Dan dari Fatimah Az-Zahro¡¦ini lahirlah dzuriyah Rasul sampai sekarang.
2. Ruqaiah binti Muhammad (wafat 2 H)
Putri Rasulullah SAW. dari Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat yang berarti “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1)dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab. Dia memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya hijrah ke Abessina (habasyah ), kemudian mereka kembali dan menetap di Madinah seterusnya meninggal di kota itu pula.
3. Ummi Kultsum binti Muhammad (wafat 9 H/639 M)
Putri Rasulullah dari Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang artinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) ia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab. Sepeninggal kakaknya, Ruqaiyah, istri pertama Usman dia dinikahi oleh Usman bin Affan. Dia ikut berhijrah ke Madinah.
4. Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.)
Putri sulung Rasulullah yang dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’. Dia memeluk agama Islam dan ikut hijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sampai dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah meminta kepadanya untuk menceraikan Zainab, lalu diceraikannya. Setelah dia masuk Islam, Rasulullah SAW. mengawinkan mereka kembali.
Sumber: http://islam2u.bumicyber.org

Khamis, Mac 15, 2012
Piawaian Solat Berjemaah
Perkongsian seterusnya adalah berkaitan dengan garis panduan dan standard dalam melaksanakan ibadah secara berjemaah. Lebih sesuai, ianya dikenali sebagai syarat-syarat mengikut berjemaah. Di mana makmum itu haruslah memenuhi syarat-syarat berikut :
1. Bahawa sembahyang imam itu sah dan terhindar dari perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Contohnya ialah imam itu tidak berada di dalam keadaan berhadas samada hadas kecil mahupun hadas besar.
2. Bahawa sembahyang imam itu tidak termasuk sembahyang yang wajib diulang semula. Contohnya ialah imam itu tidak menanggung najis yang tidak dapat dihilangkan bersifat sementara kerana keuzuran. Situasi itu ialah apabila imam itu patah tangan kerana kemalangan, kemudian tangan itu dibaluti dengan kain yang ada bersamanya darah dan kekotoran. Maka imam itu harus mengulangi sembahyang kelak setelah ia bersih.

Masalah-masalah Dalam Sembahyang
Terdapat beberapa masalah-masalah yang sering berlaku di dalam sembahyang. Bagi mengelak berlaku kerosakan dan kemusnahan sembahyang, setiap daripada kita hendaklah mengetahui cara-cara mengatasinya.
1. Menutup aurat
Wajib menutup aurat bagi lelaki [ pusat hingga ke lutut].
Perempuan [ seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan]
· Jangan kelihatan warna kulit dan pastikan tidak terbuka di bahagian atas, keliling kecuali bawah.
· Boleh menggunakan keleboq [danur] bagi menutup warna kulit ketika darurat. Boleh bertelanjang ketika seorang diri dan di dalam gelap.
2. Ketahui akan cara-cara sembahyang
Wajib mengetahui akan cara-cara yang dilakukan di dalam sembahyang. Sekurang-kurangnya, dapat mengetahui terdapat rukun-rukun dan sunat-sunat.
3. Suci daripada najis
Mesti suci daripada najis yang tidak dimaafkan. Begitu juga, tidak menanggung dengan sebarang najis. [badan, pakaian, tempat sembahyang]
4. Tidak berkata-kata dengan sengaja
Mesti perkataan itu bukan selain dari al-quran, zikir dan doa walaupun satu huruf sekalipun yang memberi faham. Contoh “ “ dan “ “.
5. Mesti dimasukkan di dalam niatnya itu
“ , , “
6. Tidak menambah atau mengurangkan rukun perbuatan dengan sengaja.
Sering berlaku sujud dua kali. Sebagai sujud di atas benda yang tajam, kemudian selepas diualangnya pada tempat yang tidak tajam. Melakukan satu langkahan keji walaupun sekali.
7. Konsep takbiratul ihram
Mengharamkan semua yang halal dan berserah diri kepada Allah swt di dalam sembahyang.
8. Berdiri bagi yang berkemampuan dan umpamanya bagi yang tidak berkuasa. Tiada seberang pengecualian untuk meninggalkan sembahyang kecuali mati.
9. Bergerak bagi setiap rukun di dalam sembahyang dengan qasadnya bukan kerana yang lain. Seseorang itu rukuk apabila dia terasa ingin terjatuh.
10. Memelihara setiap huruf dan perkataan di dalam bacaan al-fatihah tanpa ada sebarang kesilapan. Sekiranya menyebut perkataan selain dari al-fatihah dan perkataan itu tidak membatalkan sembahyang, maka wajib diulang al-fatihah itu.
11. Rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, iktidal mestilah mempunyai tama’ninah.
Sekadar sekali bacaan subhanaallah.
12. Mengerakkan telunjuk jari ketika tahiyyatSunat mengangkat pada kalimah “ “ dan focus kea rah kiblat sambil diperhatikan oleh mata disamping niata di hati tuhan yang Esa.
Sumber: http://ikhwanulislam.blogspot.com

Khamis, Februari 09, 2012
Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol
Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.
Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?
Jauhi Tiga Jenis Zalim Yang Akan Menyelamatkan Kita di Hari Akhirat
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Zalim ada tiga jenis :
Pertama : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ;
Kedua : Zalim yang Allah akan ampunkan ;
Ketiga : Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.
Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik . Allah berfirman : 'Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar' (Surah Luqman ayat 13) ;
Adapun zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya ;
Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) "
(Hadis Riwayat al-Taualisiy dan Abu Na’im dari Anas Bin Malik – Menurut Syeikh Nasiruddin Albaniy – Hadis Hasan – Lihat Sahih Al-Jaami’ – No 3961 )

Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu`anhuma, Nabi SAW ada menyebut bahawa baginda SAW diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tidak diseksa terlebih dahulu.
Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu? Mereka ialah:
1. Orang-orang yang tidak menjampi,
2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
3. Orang-orang yang tidak meramal,
4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada Allah `Azza wa Jalla.
Hadisnya seperti berikut:
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun. Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku: ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”

Bahaya Lidah 15 Perkara
Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang tetapi lidah boleh mendatangkan dua akibat (kesan) yang besar iaitu samaada ke syurga atau ke neraka. Jika digunakan dengan baik dan jujur maka lidah akan membawa pelakunya insya Allah ke syurga atau sebaliknya lidah yang disalah gunakan akan membawa pelakunya ke neraka. Nabi SAW pernah memberi isyarak kepada sahabat bahawa dua anggota manusia yang banyak membawa ke neraka iaitu lidah dan kemaluan.
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
Di dalam hadis sahih riwayat Bukhari Nabi SAW bersabda kepada Mu'az bin Jabal sambil memegang lidahnya yang bermaksud : "Engkau wajib menahan ini. Maka aku berkata, ya Rasulullah, kami sentiasa mengotakan apa yang kami kata. Nabi berkata, 'ibumu telah kehilangan engkau, wahai Mu'az. Bukanlah manusia di bantingkan muka mereka ke dalam neraka disebabkan angkara lidah mereka?". (Hadis Riwayat Bukhari)l

Al-Quran Menjawab 9 Soalan Manusia
Setiap kejadian yang berlaku dimuka bumi dan kepada diri manusia semuanya mengandungi hikmah dan Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.
Manusia perlu bersabar dan bertenang dan mencari kebaikan dan hikmah dibalik setiap peristiwa yang berlaku. Dari sinilah akan melahirkan jiwa yang reda dengan Qadak dan Qadar dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat daripada Allah S.W.T.
Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran.
Soalan pertama : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Khamis, Februari 02, 2012
Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Langgan:
Catatan (Atom)