Isnin, Disember 05, 2011

7 Sunnah Penting

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. Sumber: SurauKampung

Jumaat, Disember 02, 2011

Perkara Yang Dapat Melepas/Meringankan Dari Seksaan Kubur

Hadis untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

Khamis, Disember 01, 2011

Berkahwin dengan Bukan Islam

Bukankah sepatutnya wanita harus mengikuti agama lelaki? Jika wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam, sepatutnya wanita Islam harus meninggalkan agamanya dan memeluk agama bakal suami. Bukankah wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki? Bukankan wanita harus mengikuti agama bakal suami? Ataupun kekalkan agama masing-masing seperti perkahwinan campur antara agama selain islam seeprti perkahwinan wanita beragama hindu dengan lelaki beragama Budhism, mereka mengekalkan agama masing-masing dan tetap ahrmoni? Kenapa Islam memaksa lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam untuk memeluk Islam?

1. Islam menghalalkan perkahwinan.

Islam menghraman zina dan menghalalkan perkahwinan. Firman Allah :

"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada Adam, dan menciptakan Hawa daripada dirinya. Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai (An-Nisaa' 4:1)

Kenapa Islam Membenarkan Suami Memukul Isteri?

Islam menzalimi isteri dengan membenarkan suami memukul isteri seperti tercantum dalam ayat di bawah :

Suami (lelaki) itu pelindung bagi isteri (perempuan), kerana Allah telah melebihkan lelaki atas perempuan dan lelaki telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat kepada Allah dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka. Perempuan yang kamu syak berlaku nusyuz (melanggar perintah Allah), maka berikan nasihat kepada mereka, asingkan mereka dari tempat tidur, jika perlu pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati mu janganlah kamu mencari alasan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Maha Besar (Nisaa' ayat 34)

Mengapa Muslim Tidak Mengamalkan Vegetarian?

Ramai bukan Islam terutama beragama Budha dan Hindu mengamalkan vegetarian menganggap Islam adalah agama yang kejam kerana tidak mengamalkan vegetarian. Mereka menganggap vegetarian lebih baik daripada makan haiwan baik kesihatan ataupun penjagaan alam semesta. Mengikut kajian penyumbang utama pencemaran udara dan alam semesta adalah pertenakan. Oleh itu, amalan vegetarian memberikan banyak kelebihan berbanding makan haiwan.

Islam adalah agama universal yang sesuai diamalkan di merata dunia baik di kutub utara ataupun selatanb. Islam tidak mewajibkan seseorang untuk menjadi vegetarian tetapi Islam tidak pernah menghalang sesiapa yang mahu mengamalkan vegetarian. Sekiranya seorang vegetarian memeluk Islam boleh mengekalkan menjadi vegetarian asalkan jangan mengharamkan makan haiwan sebab Allah telah menghalalkannya.

Tanggapan Salah Di Kalangan Muallaf

Apabila seseorang telah minat kepada Islam sehingga membantutkan keinginan tersebut. Salah tanggapan tersebut berpunca daripada media massa yang memburuk-burukkan Islam dan perangai segelintir muslim yang tidak mengamalkan Islam. Contoh-contoh buruk di kalangan masyarakat muslim seperti pembuangan anak, sumbang mahram, rogol dan dadah tertinggi di kalangan Muslim sungguhpun perkara tersebut berlaku juga di kalangan bukan Islam tetapi media tidak menjadikan sebagai berita utama dalam surat kabar.Selain itu masyarakat muslim yang majoriti akan menunjukkan lagi keburukan yang lebih ketara berbanding bangsa-bangsa yang lain.

Media berperanan penting dalam menciptakan salah faham tersebut dengan membuat pernyataan negatif dan tidak adil tentang Islam, ditambah lagi oleh segelintir muslim yang tidak mengamalkan Islam menambahkan keyakinan mereka tentang kebenaran berita yang dipaparkan oleh media massa. Islam dituduh menggalakkan keganasan, menindas perempuan dan ketinggalan zaman. Salah faham tersebut akan melemahkan semangat orang-orang yang sedang mengkaji Islam dan mahu memeluk Islam. Pelbagai tuduhan oleh media telah mempengaruhi minda orang-orang bukan Islam terhadap Islam

Rabu, November 23, 2011

7 Ciri-ciri Golongan yang Mendapat Hidayah Allah S.W.T

1. Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT.

2. Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan.

‎3. Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan.

4. Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu.

‎5. Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.

‎6. Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT.

7. Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia.

Jumaat, Oktober 28, 2011

Memberhentikan Solat

Para Ulama' telah bersepakat mengatakan solat fardu yang sedang kita lakukan itu boleh diberhentikan dengan sebab darurat ataupun dengan keuzuran Syara'

Yang mewajibkan memberhentikan Solat:

1. Solat yang sedang kita lakukan itu bolehlah diberhentikan sekirannya berlaku kecemasan seperti mahu menolong orang yang sedang dalam bahaya walaupun orang itu tidak menjerit meminta pertolongan kepada kita seperti melihat seseorang yang sedang diserang binatang buas, seseorang yang sedang dizalimi atau orang yang sedang lemas di dalam air.

2.Solat boleh diberhentikan jika kita melihat seseorang yang buta sedang menuju ke tempat yang merbahaya seperti ke sungai, peigi atau jalan raya.

3. Solat boleh diberhentikan jika kita melihat anak kecil yang mahu mencapai sesuatu yang merbahaya seperti pisau, air panas dan segala perkara yang boleh membahayakan anak yang kecil.

4. Solat boleh diberhentikan jika kita melihat kebakaran unutk menyelamatkan harta benda ataupun bimbang api yang kecil akan merebak menjadi besar jika tidak dipadamkan dengan segera.

5. Solat boleh diberhentikan jika kita melihat binatang ternakan mahu diserang oleh binatang Buas

Jumaat, Oktober 21, 2011

Hukum Jenayah Islam

1. Pengertian Jenayah.

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

2. Falsafah Jenayah.

Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.


HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada;

(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir

Jumaat, Oktober 14, 2011

Istidraj

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Rahsia Disebalik Waktu Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Sujud Melegakan Sistem Pernafasan


Mungkin masih ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud ketika sembahyang. Walhal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual iaitu berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. serta menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud dengan lebih lama.