Rabu, Februari 09, 2011

Feng Shui

Saya bukanlah orang yang arif tentang Feng Shui, malah kalau hendak dibandingkan, saya hanya tahu muqaddimah kepada muqaddimah Feng Shui sahaja tapi Insya Allah, saya akan perkenalkan kepada anda apa itu Feng Shui berdasarkan buku *Principles Of FENG SHUI yang dikarang oleh Sherman Tai. Buku ini bukanlah satu buku seperti novel, sebaliknya ianya merupakan satu buku yang ditulis secara ilustrasi, jadi sangat menarik untuk dibaca. Kefahaman tentang Feng Shui selepas membaca buku ini?Hanya satu peratus sahaja!

Ahli falsafah cina pada dulu kala mempercayai bahawa kehidupan ini bergantung kepada faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah Nasib dan Tuah, faktor luaran ialah Persekitaran(feng shui). Penulis memberi satu analogi tentang sebiji benih soya. Benih soya itu, sebelum mula bercambah sudah ingin menjadi sebuah pohon soya yang besar dan segar, dia terus nekad dan nekad tapi ketika dia mula bercambah,alangkah malangnya kerana dia bercambah di bawah sebiji batu besar yang menghalangnya daripada mendapat cahaya matahari. Jadi, untuk si benih soya tumbuh dengan hebat? Dia hatus berpindah ke tempat yang senang mendapatkan cahaya matahari! Dalam konteks ini, tempat ada cahaya matahari atau tidak, itulah Feng Shui.

Allah Tidak Mahu Hambanya Masuk Ke Dalam Neraka

Islam agama yang menyekat kebebasan? Betul,Islam agama yang menyekat kebebasan penganutnya daripada memilih neraka! Allah tidak ingin walaupun seorang daripada hamba Nya dicampakkan ke dalam neraka. Buktinya,apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini,jika perkara itu mendatangkan manfaat kepada kita dan orang lain,kita dapat pahala.Senyum, dapat pahala.Makan nasi, dapat pahala. Buang sampah, dapat pahala. Urut badan kawan, dapat pahala.Bahkan,niat baik pun dapat pahala.Senang cerita, semua yang baik,pasti pahala adalah ganjarannya.

Berbeza pula dengan dosa.Dikatakan apabila seseorang melakukan dosa, malaikat Rakib melarang malaikat Atib daripada menulisnya.Disuruhnya tunggu sehingga pelaku melakukan 10 kesalahan.Apabila 10 kesalahan dibuat, Rakib menyuruh Atib melihat adakah si pelaku ada melakukan kebaikan semasa dia melakukan 10 kesalahan.Jika ada,kesalahan- kesalahan tadi diampunkan dan jika tiada,10 kesalahan tadi ditulis sebagai 1 kesalahan.Istimewanya lagi,si pelaku masih boleh menghilangkan dosa itu dengan bertaubat.Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Umar dalam satu kisah beliau dengan sahabat-sahabat.

Doa Si Penghuni Neraka

Menjadi lumrah manusia apabila dia dalam kesusahan,kepayahan atau kesakitan maka dia akan kembali kepada Pemilik nya.Begitu juga dengan manusia-manusia yang menghuni neraka kelak,apabila kesakitan itu sudah tidak dapat ditampung lagi,mereka akan berdoa kepada Allah, mengharap secebis belas kasihan daripada Tuhan sekalian alam walaupun mereka tahu semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.

Dalam satu kisah yang diriwayat oleh Ibnu Al-Mubarak,katanya bahawa Al-Hakam bin Umar menceritakan kepada kami berita yang bersumberkan dari Muhammad Bin Ka’ab Al-Qardzi.Katanya: Telah sampai berita kepadaku bahawa ahli neraka itu akan meminta pertolongan kepada malaikat-malaikat penjaga neraka,seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Ghafir ayat 49:

"Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: “Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari”.

Penghuni Masyar Minta Dipercepatkan Hukuman

Satu Pertanyaan timbul di kalangan ahli mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar tu? Tiada siapa pun yang tahu. Perit derita di alam mahsyar itu membuatkan mereka sudah terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidah berhenti-henti, namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu pada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan mengisi perutnya, tanpa setitik air yang membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yang boleh memberikan sedikit kelegaan.

Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak, setengahnya pula berdiri dengan kepala kebumi, mereka berkeaaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yang tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari, kerana matahari sudah tidak beredar seperi di dunia dahulu. Sesaatpun manusia, tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat.

Rabu, Februari 02, 2011

Piawaian Darurat Menurut Perspektif Islam

Darurat adalah suatu istilah yang seringkali digunapakai di dalam Islam bagi mengharuskan sesuatu hukum disebabkan berlakunya kemudharatan. Namun ramai yang mempermudahkan penggunaan ini sehingga menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara di kalangan masyarakat di dalam menggunakan suatu hukum. Di sana terdapat batas-batas yang telah ditetapkan syarak berkenaan darurat di dalam Islam, bukanlah semudah yang di sangka oleh sebahagian masyarakat. Oleh itu, di sini saya akan menjelaskan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan darurat, dan piawaiannya secara umum mudah-mudahan dapat difahami oleh pembaca. Untuk penjelasan lanjut perlulah dirujuk di dalam kitab-kitab para ulama yang muktabar.

Tiga Buah Mahkamah di Padang Masyar

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1

Satu Mahkamah untuk orang kafir.Di sini di hitung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepala pun mendidih..

Neraka

Neraka adalah tempat penyiksaan di akhirat yang dipersiapkan oleh Allah Ta’ala untuk orang-orang kafir dan orang-orang yang berbuat maksiat.

Nama-Nama Neraka

a. An-Naar (QS. An-Nisa: 14)
b. Jahannam (QS. An-Nisa: 140)
c. Al-Jahiim (QS. Al-Maidah: 10)
d. As-Sa’ir (QS. Al-Ahzab: 64)
e. Saqar (QS. Al-Qamar: 48)
f. Al-Huthamah (QS. Al-Humazah: 4-6)
g. Lazha (QS. Al-Ma’arij: 15-17)
h. Darul Bawar (QS. Ibrahim: 28-29)

Tatacara Menjalin Hubungan dengan Bukan Islam

Hubungan antara Ummat Islam dengan Ghairul Islam

KALAU kita hendak menyimpulkan ajaran-ajaran Islam dalam masalah hubungan dengan golongan ghairul Islam --tentang soal halal dan haram-- cukup kiranya kita berpangkal kepada dua ayat al-Quran yang tepat untuk dijadikan konstitusi (dustur) yang menyeluruh dalam permasalahan ini.

Kedua ayat itu ialah:

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam agama dan tidak mengusir kamu dari kampung-kampungmu sebab Allah senang kepada orang-orang yang adil. Allah hanya melarang kamu bersahabat dengan orang-orang yang memerangi kamu dalam agama dan mengusir kamu dari kampung-kampungmu dan saling bantu-membantu untuk mengusir kamu; barangsiapa bersahabat dengan mereka, maka mereka itu adalah orang-orang zalim." (al-Mumtahinah: 8-9)

Hukum Membuka Aib Orang Lain

Menurut penceramah kajian tafsir Al Qur'an Masjid Raudhatul Jannah Bengkong Baru, Ustad Muhith Marzuqi SPDi menjelaskan membuka aib orang lain merupakan perbuatan yang sangat keji. Selain tercela, perbuatan itu merupakan dosa besar. Rasulullah bersabda: Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka akan ditutupi aibnya di dunia dan di akhirat (HR Ibnu Majah Juz II/79, shahih).

"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun, dan siapa yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun, HR Muslim 2674," papar Ustad Muhith Marzuqi menyebutkan hadis dari shahih Muslim.

Isnin, Januari 31, 2011

Memahami Qada dan Qadar

Ramai yang kurang pasti sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan qada' dan qadar Allah. Akan tetapi apabila ditanya mereka cuba tetap menjawabnya, walaupun jawapan yang diberi adalah tidak tepat, malahan salah sama sekali.

Sebenarnya sebelum memahami qada' dan qadar Allah ini, kita semestinya memahami terlebih dahulu sifat Allah yang bertaalluq. Iaitu sebanyak 6 sifat semuanya. Akan tetapi apabila hendak dibincangkan keenam-enam sifat itu akan terlalu panjang pula huraiannya.

Ini kerana ia akan melibatkan pemahaman jenis masa taalluq, kemana ditaalluq dan jugak bagaimana pula keadaan taalluq sifat Allah tersebut. Jadi memadai sedikit huraian yang akan saya berikan. Jadi seiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut, sila-silalah cari guru agama untuk belajar. (Buat apa nak malu)

Rabu, Januari 12, 2011

Suasana di Alam Barzakh

Adapun peristiwa di alam kubur atau di alam barzakh bermula apabila seseorang itu telah mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur. Di alam kubur itulah seseorang itu dikatakan berada di alam barzakh. Barzakh ialah dinding pemisah di antara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di antara alam dunia dengan alam akhirat. Setelah seseorang itu mati, dia akan kembali ke alam akhirat tetapi sebelum menempuh alam akhirat, dia akan berada di alam barzakh terlebih dahulu. Alam akhirat yang sebenarnya ialah alam Mahsyar iaitu setelah berlaku kiamat yang seterusnya manusia akan menuju ke syurga atau ke neraka. Jadi, alam barzakh ialah tempat seseorang itu akan menunggu setelah dia mati sebelum dia dibangkitkan semula oleh Allah SWT di hari kiamat nanti.

Isnin, Januari 10, 2011

Kamu Sembahyang Lima Waktu Tetapi ...

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

15 Perkara Mengundang Bala Allah

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).