Isnin, Julai 28, 2008

Bahtera Nabi Nuh a.s.


Suatu ketika dulu, bumi telah telah ditenggelami oleh banjir besar yang membinasakan semua hidupan yang ada. Hanya manusia yang beriman dan beramal soleh sahaja yang terselamat. Mereka yang terselamat adalah mereka yang menaiki bahtera Nabi Nuh. Antara yang terselamat daripada bencana banjir besar tersebut, termasuklah pasangan haiwan.

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelit dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.

Gambar-ambar itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan ‘rahsia-rahsia′ penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’ atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang ‘maha berharga’ itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada di antara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa-kuasa besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera? Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar-benar ada di puncak Mt. Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat, ”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia,
8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:
Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.16 8)

The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, di manakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia, Iran, Turkey”.

Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau anda tengok CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey dan puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah ‘anchor’ purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yang didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut.

Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz ‘Noah Ark’ dan di dapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam di dalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui sama ada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.


* Catatan seorang Pendaki dan Pengkaji “Noah Ark” di Mount Ararat. (Dr.John Morris)

Banyak sungguh halangan untuk mencari The Great Noah Ark. Saya sudah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat ini sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan “Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yang meragut nyawa”. Kalau dari sebelah selatan,Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yang dipanggil “Lurah Ahora”, terdapat dinding-dinding batu yang curam. Bahagian yang curam itu sememangnya sukar untuk didaki.

Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yang telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa ‘banjir besar Noah” itu dulu. Puncaknya ditutupi dengan air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Memanjat dari arah air batu yang meluncur itu memang susah. Bermacam-macam masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing serigala liar, beruang gunung beserta ular-ular berbisa sering datang menganggu.

Puncak gunung yang setinggi 17,000 kaki yang ditutupi dengan air batu itu pula selalu terjadi cuaca yang tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat.

Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin,hujan dan salji. Angin yang bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi, gas yang keluar dari gunung itu ialah gas beracun yang boleh mendatangkan masalah untuk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas.

Puak-puak yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan banyak masalah kepada kami, kami telah ditembak beberapa kali,oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yang terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah.

Ramai orang telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yang paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu untuk mencari The Great Noah Ark.

* Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yang sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti ‘kotak kasut yang besar’ ditimbus airbatu ketika Air Force One yang membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977]

“Saya adalah jurufoto dan wartawan yang meliputi segala aktiviti White House selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang di utara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas “sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar sebahagiannya ditutupi dengan airbatu.”

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba-tiba terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar² yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan² di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari “Noah Ark”. Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27.Disember 1962, jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.

Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem “Noah Ark” telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian.

Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam/putih “Noah Ark” yang berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana

Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari ”Noah Ark” itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.

Beberapa ratus tahun selepas ‘bah besar’, anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat “Noah Ark” itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah bagaimana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

Semasa Hj.Yearam masih kecil,ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya. Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis, mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata-mata.

Para saintis kemudiannya megupah bapa Hj.Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mt.Ararat dan Hj.Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, air batu salji yang menutupi sebahgian Puncak Ararat mencair.

Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dengan jelas “Noah Ark” kelihatan seolah-olah berada di dalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari “Noah Ark” itu tertonjol keluar dari airbatu.Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu.

Seluruh bahagian luar dan dalam “Noah Ark” itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daun nya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan “Noah Ark” tersebut Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia-sia. Apatah lagi dengan keadaan “Noah Ark” itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.

Para saintis itu kemudianya memberi amaran kepada ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika maukan keluarga mereka selamat. Sebab itu dikala tuanya baru bercerita, itu pun hanya pada orang dipercayainya sahaja.

Gempa Bumi

Pada 2 Mei 1883, telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung-kampung yang terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dasyat, sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya.

Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang di akibatkan darinya.

Seorang Inggeris Captain Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turkey untuk menyertainya. Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur “Noah Ark” malangnya mereka tidak dapat mengukur dengan tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan air batu dan hanya 20 hingga 30 kaki shj yang terjulur keluar.

Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam “Noah Ark”. Apa yang mereka dapati ialah “Noah Ark” itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

Pengalaman Ed.Davis

“Saya seorang Sarjan Master yang menjaga pembinaan dalam Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran, pada tahun 1943. Ketika sedang mengeluarkan batu dari kuari, budak berbangsa Qurdish yang menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mt.Ararat seraya berkata ” Ya,di situlah kampung halaman dan tempat dimana orang tua saya tinggal.Yang mana di puncaknya pula terdapat “Noah Ark”… dan ayah saya tahu di mana letaknya “Noah Ark” itu”.

Saya terkejut dan berkata..”Benar?.. Boleh bawak saya ke sana? ” Budak pemandu Qurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dengan ayahnya.

Suatu hari, budak Qurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas.”Pada masa ini,”Noah Ark” masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak..” kata Abbas.

Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya.”Kita boleh pergi sekarang kalau nak..” kata Abbas. Saya tidak buang masa dan inilah saat-saat yang paling saya tunggu.

Kami seramai 8 orang mula mendaki Mt.Ararat. Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi.

Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub, memang telah menjadi adat beratus-ratus tahun Nenek Moyang Abbas akan berhenti di “Perigi Yaakob” berdoa dan meletakkan seketul batu dia atas himpunan batu yang diletakkan oleh orang-orang yang menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi.

Kami pun meninggalkan “Perigi Yaakob” dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yang digelar “Pintu Belakang”.Itu merupakan jalan pintas agar perjalanan kami menjadi lebih cepat.

Setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain. Mereka memberi satu tali panjang yang mempunyai satu tempat untuk mengikat pinggang. Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua orang Qurdish sentiasa berada di belakang saya seolah-olah pengawal peribadi. Abbas telah kehilangan 2 orang anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati-hati.

Saya rasa mereka yang lain semua ada pengalaman mendaki gunung ini, sebab mereka semua tahu jalan-jalan yang mereka lalui walaupun keadaan suasana yang gelap. Hanya saya seorang sahaja yang asing dan berbangsa Amerika.

Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang-barang tentera. Saya lihat Abbas dan rakan-rakannya mempunyai peralatan yang baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana.

Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kepada semua. Kami memakainya sepanjang masa. Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yang buleh kami gunakan bagi memberi isyarat. Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yang akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel untuk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara.

Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. Rasa-rasanya seperti daging dan sayur sahaja. Pada dinding gua itu terdapat lukisan-lukisan purba. Hanya Abbas dan rakannya sahaja tahu apa makna lukisan itu.

Semua orang masih terikat dengan tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali-kali membuka tali.

Cuaca tidak elok semasa kami naik, sentiasa hujan dan berangin. kami berjalan dia atas batu dan ais batu. Terdapat bermacam-macam bahaya, kami selalu sahaja tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. [Memang mereka tinggalkan orang yang mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa..]

Abbas dikatakan penjaga kepada “Noah Ark” itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada orang/bangsa asing naik ke gunung itu untuk mencari/mengkaji “Noah Ark”. Dia kata setiap orang yang naik mahu mengopek dan memecahkan mana-mana bahagian “Noah Ark” bagi tujuan membawanya balik. Sedangkan orang-orang Qurdish ini tidak mahu “Noah Ark” itu di apa-apakan. Pertama kali saya nampak “Noah Ark”, ia seolah-olah sebungkah batu biru yang sangat besar. Semakin dekat, barulah rupa bentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak orang.

Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan-jalan di atasnya. Abbas menerangkan bahawa “Noah Ark” itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah orang yang telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.

Sebenarnya sebahgian dari barang-barang antik muatan “Noah Ark” telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. Saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah, pasu, bikar, pinggan yang diperbuat dari kulit kerang, piring pelita, itu di rumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja.

Abbas juga menerangkan pada saya, moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspidisi bersama saintis Turkey. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sebagai madu asli.

Kisah ED BEHLING.

Dalam tahun 1973 Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yang ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker, kira-kira 100 batu dari tengarra gunung Ararat. Dia mempuyai kawan dari tentera turki Berketurunan Kurdish yang bernama Mustafa.(sebagaimana yang. diketahui orang kurdish dianggap “penjaga” gunung Ararat,, ”Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini..” kata Edward Behling.

Saya dan Mustafa telah mendaki ke puncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat “Noah Ark” itu sebelumnya, dan dia berjanji memujuk Pakcik saudaranya yang juga bangsa Qurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat “Noah Ark” tersebut.

Saya tidak membawa ‘kamera’ kerana diberitahu pakcik Mustafa sangat berbahaya kerana “Noah Ark” itu letaknya bersempadan dengan Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah. seperti yang telah dijangka, pada awalnya Pakcik Mustafa agak keberatan membawa saya ke “Noah Ark”,apatah lagi saya ini berbangsa asing.[orang Qurdish sememangnya sukar mempercayai orang luar]

Saya betul2 hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yang bertolak baru2 ini tidak menemui Noah Ark walaupun menggunakan pemandu Qurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yang tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui nescaya golongan muda yang memandu itu sekali2 tidak akan ingkar. Tidak ada sesiapa yang dapat menghampiri “Noah Ark” tanpa kebenaran golongan tua Qurdish itu.

Setelah bangun awal, Pakcik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya meresakan seolah2 sedang melalui sebuah lorong di celah2 batu dan salji turun dengan sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah2 tahu dengan tepat segala laluan yang dibawanya. setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat2 letih dan benar2 berharap mereka akan berhenti rehat dengan tidak semena2 tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu saya tengok di satu lurah
50 kaki kebawah, Saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan Bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu.Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang.lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan.

Bahtera itu berwarna hitam.Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja,selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah dtakuk atau dipecahkan. Ketebalan
dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali , Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.

Penemuan Dr Robert Ballard

Sekali lagi cerita dari al-Qur’an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air (underwater surveyors) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam al-Qur’an dan juga Old Testament.

Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. “Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan” kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk “Research Ship Northern Horizon”.

Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. “Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur”

kata Dr Ballard. Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik. Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls.

Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan “Banyak perkara berlaku telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut”.

Dipetik daripada: James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September
2000. Jamil Adimin Research and Graduate School University of Manchester.

Pengalaman Ahmet Ali Arslan - Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turkey di Washington DC.

Pernah bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika.Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan International Technology-Washington DC. “Keluarga saya dari Aralik yang terletak di kaki Mt.Ararat.Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspidisi Navarra

Saya menemani satu rombongan ekspidisi saintist dalam tahun 1989 untuk mencari kawasan jurang yang dikenali sebagai Lurah Ahora di pinggir gunung itu, Lurah Ahora ini adalah satu lurah yang sangat curam dan bahaya.

Oleh kerana saya seorang wargenegara Turkey maka saya diberi kebenarkan membuat siasatan ke bahagian2 tertentu di Mt.Ararat yang mana dikenalpasti oleh satelit sebagai kawasan yang mungkin merupakan kawasan bahtera.

Sebaik sahaja saya dekat dengan kawasan itu lapisan ais yang saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh2 kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh ke dalam lubang jurang.

Apabila saya berdiri,dihadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yang diperbuat drp kayu. Kira2 beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat2 ambil gambar. Saya yakin itulah The Great Noah Ark yang ada diceritakan oleh kebanyakkan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali arsan dialamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat.

Kenyataan dan Persoalan dari artikel/catatan pengkaji sejarah:

* Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat (Gunung Kesengsaraan) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu dari pada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredaan Allah untuk dikaji.
* Beberapa saintis barat diberi hidayah Allah untuk mengakui kebenaran Islam melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh AS yang juga mengiakan Kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
* Dan juga beberapa saintis barat yang menafikan Bahtera Nabi Nuh AS justeru ingin terus merosakkan.
* Kenapakah beberapa badan siasatan merahsiakan penemuan Bahtera Nabi Nuh AS dan bukti disimpan oleh Pentagon yang juga ingin merahsiakan misteri-misteri penemuan seperti Piramid, Kewujudan UFO, Penangkapan Makluk Asing, Misteri Segitiga Bermuda dan beberapa misteri yang masih disembunyikan dari umum.

Sumber: http://salafytobat.wordpress.com/

Sejarah India Muslim di Malaysia

Seeni Naina Mohamed memberi gambaran tentang sejarah India Muslim di Malaysia melalui penulisan Indian Muslims in Penang: Role and Contributions. Katanya, sebelum 1786, India Muslim telah pun menjalankan operasi perniagaan di Kuala Kedah. Bandar Georgetown menjadi tumpuan 1000 peniaga India Muslim berkumpul menjalankan aktiviti jual beli.

Pulau Pinang mencatatkan sejarah unik kemasukan India Muslim pada kurun ke 18. Kemasukan mereka secara beramai-ramai direkodkan lebih awal dari kemasukan orang British.

India Muslim diwakili lebih dari satu etnik

Perkataan India Muslim membawa maksud terdapat lebih dari satu etnik keturunan India yang beragama Islam berada di Pulau Pinang dan Malaysia. Tidak ada perbezaan dari sudut kuasa, kekayaan, tingkat sosial antara satu etnik dengan etnik India Muslim yang lain.

Etnik Tamil beragama Islam dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther.

Marikar diambil maksud perkataan Tamil membawa makna penduduk dengan perahu kayu. Fakta menunjukkan Marikar wujud di bahagian tanjung laut sekitar Tamilnadu.

Rawther diambil dari perkataan Mauther yang bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera diraja.

Dari sudut amalan agama Islam. Golongan Marikar mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Imam Syafie. Golongan Rawther pula mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Hanafi.

Hubungan nama keluarga dan asal usul.

Perkataan Merican yang menjadi nama keluarga dalam komuniti Melayu moden turut mempunyai pautan sejarah dengan perkataan Marikar. Ia sama seperti nama keluarga Rautin yang merujuk kepada Rawther.

Satu tempat berlainan etnik

India Muslim di Malaysia turut diwakili oleh etnik-etnik India kecil yang lain. Kerala Muslim datang dari selatan negara India yang dipanggil Kerala. Mereka juga dikenali sebagai Malabar Muslim. Mereka juga digelar sebagai Kaka yang bermaksud abang yang lebih tua. Bengali Muslim, Gujerati Muslim.

Kewujudan masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.

Bengali Muslim pula datang dari Bengal, India. Kewujudan mereka jauh lebih lama sebelum kewujudan negara Pakistan dan Bangladesh.

Kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworh menandakan kehadiran mereka ke sini.

Gujerati Muslim datang dari Gujerat, Utara India. Satu kumpulan lagi, Bombay Muslim berasal dari Maharashtra, Utara India. Jumlah mereka kecl tetapi aktif dalam perniagaan.

India Muslim di Malaysia ramai berasal dari Tamilnadu. Misalnya, bagi kawasan Thenkasi di kawasan Trinelveli, Tamilnadu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai. Kawasan tersebut mempunyai sebuah Bandar besar bernama Kadaya Nallur. Mereka banyak berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.

Mereka dikenali dengan gelaran Thenskasi Muslim dan Kadaya Nallur Muslim.

Satu kumpulan India Muslim juga datang dari dari daerah lain di Tamilnadu. Kebanyakkan datang dari Ramnad dan Tanjore. Mereka membentuk kumpulan perniagaan Inida Muslim di Pulau Pinang. Thenkasi Muslim menggelarkan mereka sebagai Petai Muslim.

Sumber: http://bisnesmamak.wordpress.com/

Jumaat, Julai 25, 2008

Kenapa Mereka Tidak Mahu Masuk Islam?

Ketika ini, kat mana-mana pun orang suka cakap pasal isu politik, iaitu isu kerajaan yang nampak macam dah nak tumbang dan isu pembakang yang nampak makin handal bermain peluang…

Dan pada waktu ini, masing masing sangat perlu kepada pengaruh yang besar, sokongan yang kuat dan laungan yang padu, manakala isu 'lompat parti' atau beli kerusi atau apa sahaja istilah yang mana target masing masing adalah untuk menambahkan bilangan pengikut, dan semua tahu sudah, dalam negara demokrasi, yang ramai itu akan 'kekal' berkuasa sampai jadi mayat.. atau senang cerita 'yang ramai itu betul'...

Lalu apa yang patut kereta mayat buat untuk memeriahkan suasana ini?

Aku, selain daripada sibuk menghantar mayat korang ke kubur, izinkan aku bagi satu rahsia menambahkan pengaruh yang paling mengejutkan dunia tapi ini bukan main main, ini betul betul..

Mungkin korang boleh ulang kaji rahsia menambahkan pengaruh ini, renung dalam-dalam dan boleh kot di guna pakai untuk pilihan raya kelak, kot?

Sesuai dengan tajuk entry ini, dalam usaha menambahkan pengaruh ummat manusia, kita rujuk kepada satu 'pergerakkan' yang mana telah bermula dari 'zero to hero', dari sifar kepada juta, dari seorang manusia lalu telah berkembang ke seluruh dunia, dan telah merentasi seluruh benua, menyelinap ke setiap bangsa, menempuhi beratus ratus kurun, dan telah menjangkau abad, dan kemudian, sehingga ke hari ini, masih menjadi antara yang teramai di dunia…

Bukan parti, kumpulan, atau sesuatu yang sound so politic, tapi itulah yang berlaku dalam kisah pengembangan agama Islam...

******

Jika kita fikir balik, macam mana ketika ummat manusia sewaktu masa dulu yang hidup dengan menghalalkan zina dan arak, tiba tiba muncul agama dengan keputusan tidak popular yang mengharamkan zina dan arak akan di ikut orang? Sama seperti kuputusan naik minyak jugak, lantas semua cerdik pandai di zaman itu fikir agama islam akan terkurbur bersama kubur Nabi Muhammad SAW...

Tapi dalam mereka leka membiarkan nabi Muhammad SAW dengan revolusi kurang popular itu, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu bilangan pengikut Nabi Muhammad semakin hari semakin bertambah, eh.. ada jugak orang yang bersetuju arak itu haram, dan bersetuju zina itu tak best, pelik bukan?

Lalu apa mereka buat untuk menghalang orang ramai menyertai Nabi Muhammad SAW?

Mereka ugut, boikot ekonomi orang islam, seksa, dan bunuh!

Tapi hari demi hari agama islam makin ramai yang ikut, lagi pelik?! Dah kena seksa dan mati di bakar, masih ramai jugak yang nak masuk islam…

Last, mereka buat kuputusan untuk bunuh punca agama, iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri, tapi pendek cerita nabi telah 'lari dengan izin Allah' ke madinah, yang mana tiga tahun kemudian orang Mekkah dengan 1000 tentera telah siap nak ganyang Madinah, dan orang islam yang ikut berperang hanya 313 orang, pendek cerita, orang islam menang, dan dalam keadaan zina dan arak haram, bilangan orang islam terus bertambah, yang mana lebih kurang 10 tahun kemudian, apabila Nabi Muhammad SAW nak pergi Haji maka bilangan Ummat islam telah mencecah kepada lebih kurang 10 ribu orang (yang ikut pergi haji)...

Semua tahu sudah, kedatangan Nabi untuk pergi haji telah di halang oleh orang kafir Mekah lalu terbentuklah perjanjian Hubadiah dan berlakulah 'genjatan senjata'…, apabila berlaku genjatan senjata, maka orang kapir boleh bergaul mesra dengan orang islam di madinah dengan bebas dan sudah tak ada perang lagi sehinggakan dalam masa setahun sahaja jumlah orang islam telah mencecah 124 ribu orang.. bermakna purata orang masuk islam adalah 100 ribu orang setahun, atau 300 orang sehari, dan bilangan ini semakin bertambah dari hari ke hari sehingga akhirnya 2/ 3 dunia ini di penuhi oleh majoriti mudah orang islam…

Persoalannya,
Kenapa orang ramai masuk islam berbondong-bondong di sertai turunnya ayat Al Qran yang memerintahkan orang islam bertasbih memuji ALLAH, kerana pintu kemengan telah di buka… (rujuk surah An- nashr)

Kenapa ek?

"kenapa orang masuk islam?"

"Bukankah zina dan arak di haramkan dalam islam?, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas, tapi kenapa ramai pulak orang yang masuk islam?, siap kena sunnat lagi, kenapa?"

"apa yang bestnya islam ini?"

"kenapa ada yang sanggup mati kerana islam"

"Best ke islam?"

Untuk menjawab soalan ni, aku telah memutuskan untuk membaca pengakuan-pengakuan rakyat Malaysia yang Mualaf, yang baru masuk islam, tanya mereka kenapa pilih islam..

Bila aku baca pengakuan mereka, rasa sedih dan terharu sangat, sebab rata rata dari mereka masuk islam adalah dengan susah payah usaha mereka sendiri, bukannya ada orang yang ajak dan present tentang islam buat mereka masuk tapi mereka masuk islam atas keinginan nak tahu dan di tambah pengorbanan yang sungguh-sungguh dari mereka..

Biasanya mereka bermula dengan timbulnya banyak persoalan tentang kekeliruan terhadap agama masing masing, mereka tanya yang pakar dalam agama masing masing tapi tak dapat jawapan yang tepat, lalu mereka akan study semua agama dan buat perbandingan, setelah fikir masak masak dan buat timbang tara serta untung rugi, berdasarkan hati dan akal yang di kurniakan tuhan, akhirnya mereka masuk islam…

Pelik, sebab bila mereka masuk islam, orang yang ada peluang seks bebas dah tak boleh lagi nak buat semua tu, orang yang boleh minum arak dah tak boleh dah....

Itulah yang di namakan hidayat, yang mana walaupun ada orang islam keluar agama kerana nak minum arak dan seks bebas tapi di sudut dunia yang lain ada orang yang sanggup kena buang keluarga untuk masuk islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. Siap kena sunnat lagi…

Pelik bukan?

Orang islam murtad sebab nak berseronok, nak minuk arak dan seks bebas..
Tapi orang kapir yang masuk islam pula ada pilihan mereka sendiri, nak jadi baik dan nak tinggalkan semua itu, seks dan arak.

Cuma yang sedihnya bilangan orang kapir yang masuk islam di malaysia tak popular macam zaman nabi dulu.., jika dulu orang masuk islam 300 orang sehari, tapi kat malaysia ni, 3 orang setahun pun susah...

Lalu timbul lagi soalan lain,

Kenapa orang kapir di Malaysia tak nak masuk islam?

Dan balik kepada soalan tadi,

Kenapa orang kafir di zaman Nabi berbondong-bondong masuk islam?

Untuk mencari jawapan kepada dua persoalan ini, kita patut tanya kepada seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang islam dan bersumpah tak nak masuk islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyiksa mayat orang islam. akhirnya beliau di dapati telah masuk islam jugak akhirnya…, alhamdulillah, inilah orang yang kita cari..

Sekarang peluang untuk kita tanya dia, kenapa kamu masuk islam?, kenapa masuk islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. siap kena sunnat lagi, Kenapa?

Aku tanya pada kamu dengan jujur sebab dulu kamu pernah bersumpah tak nak masuk islam bukan?, mati hidup balikpun kamu cakap tak nak masuk islam, alih-alih? Dengar berita dah masuk islam.. dah masuk islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. siap kena sunnat lagi..

Kenapa..ek?!

Berceritalah Hamba Allah ini dalam bahasa arab, lebih kurang cerita, setelah di alih ke bahasa pasar melayu yang lebih mudah di fahami bunyinya adalah begini lebih kurang..

Beliau sebenarnya tersenarai dalam golongan 10 orang yang halal namanya untuk di bunuh oleh orang islam kerana banyaknya jenayah yang telah beliau lakukan terhadap orang islam, ketika Nabi Muhammad SAW menakluk Mekah, (Fatal Mekkah), beliau terus bersembunyi sebab takut kena bunuh..

Pada waktu itu, beliau sangka orang islam pasti akan buat karnival sureheboh secara besar-besaran atau parti kemenangan kat Kota Mekkah kerana dah berjaya tawan pusat tumpuan seluruh Bangsa Arab, namun sebaliknya pada malam itu tiada apa-apa yang berlaku.., tiada sureheboh, jomheboh atau perkampungan hadhari, yang ada adalah qiamulai atau nak senang faham orang islam hanya di lihat sibuk beribadat di sekeliling Kaabah..

Kata beliau, pada malam itu pandangan matanya telah 'melihat sesuatu' yang mana kerana itulah beliau masuk islam..

Beliau telah 'melihat sesuatu' yang mana kerana itulah beliau masuk islam..? tanya aku balik?

Apa yang beliau lihat?

Bagaimanakah 'pemandangan' yang di lihat oleh seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang islam dan bersumpah tak nak masuk islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyiksa mayat orang islam akhirnya beliau masuk jugak islam setelah melihat satu 'pandangan' yang cukup mengkasimakan?

Aku rasa bukan sahaja beliau yang mengalami situasi ini, malahan selepas itu, berbondong-bondong manusia kafir yang lain juga telah masuk ke dalam agama islam kerana telah melihat 'pemandangan' ini…

Apakah 'pemandangan' itu?

Dan aku tak nafikan, pemandangan itu tiada di Malaysia sekarang ini, kerana itulah jumpah orang kafir agak 'lembab' nak masuk islam kat sini...Lebih lembab daripada kadar pertukaran wang asing dan kenaikkan harga saham kuala Lumpur yang di tutup rendah sekali sekala.., (apa aku merepek?)

Jadi, Apakah 'pemandangan' itu?

Dan kerana tiadanya 'pandangan' sedemikian, hari ini orang kafir kat Malaysia semakin kafir, dan orang islam sendiri pula pakat-pakat murtad di sini-sana..

Apakah 'pandangan' itu?

'Pandangan' yang di maksudkan oleh Hindun isteri Abi sufian yang makan mayat orang islam itu adalah..

Beliau telah melihat...

ORANG MENYEMBAH ALLAH DENGAN CARA YANG PALING LAYAK SELAYAKNYA ALLAH DI SEMBAH!!!!

Hindun yang pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?

"Bukan aku yang masuk islam, tapi islam yang masuk ke dalam aku"

lalu beliau terus membongkar rahsia:
"pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya, yang membuatkan aku masuk islam…

Aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!

Aku ulang lagi sekali:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!

Oh..kerana itulah berpuluh-puluh tahun bangsa cina dan india yang duduk kat Malaysia yang rakyatnya bagus-bagus dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk mereka masuk agama islam kerana penduduk islam di Malaysia amnya belum menyembah Allah dengan
selayaknya..oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…!

Tak payah nak cerita bab lain ler, cukup aku bagi contoh kita belum menyembah Allah dengan selayaknya dalam bab solat berjemaah.

Cuba kira berapa ramai antara kita yang benar benar sembah Allah di waktu subuh pada waktu yang betul dan pada tempat yang betul?
Berapa?

Berapa ramai orang islam yang pergi solat berjemaah 5 waktu sehari semalam?

Ustaz ulamak akhir zaman pun kantoi, apatah lagi aku dan korang..

Lalu kita pelik kenapa orang kapir tak masuk islam?, kenapa Allah tak bagi kerajaan islam?

Mengakulah, Salah kita!, Nak tinggal anak bini 15 minit pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak tinggal rancangan kegemaran satu episode untuk pergi solat jemaah pun tak sanggup?, nak ambik cuti annual leave pergi belajar agama pun tak sanggup?..

Lalu, dalam keadaan kita belum menyembah Allah dengan selayaknya, nak pulak kita benci orang kapir, hina dan caci mereka, padahal kerana kitalah mereka enggan masuk islam, tapi kita nak pulak mati kena bom bersama mereka, nak pulak hantar mereka cepat cepat ke naraka dan mengaku mati syahid kononnya…Oh!

Selemah lemah iman adalah mencegah maksiat dengan hati, dan tanda mencegah dengan hati adalah kita tolong doa kat orang kapir supaya mereka masuk islam dan dalam masa yang sama kita tunaikan segala kewajipan kita pada Allah, iaitu menyembah Allah dengan selayaknya Dia di sembah, jangan solat lengah lengah dan jangan tinggal solat berjemaah, jangan buat orang kafir benci kita kerana terzahirnya amal agama yang lemah dari diri kita...

Orang kafir tengok masjid kosongpun tak rasa apa-apa, kita yang islam ni jugak sama tak rasa apa apa bila lihat masjid kosong…

Kawan, Satu orang kafir mati tanpa iman, semua orang islam telah berdosa secara halus…

Allah tak buat orang kapir untuk jadi bahan bakar api nereka semata mata, tapi ada kerja untuk ummat islam…

Dan semua tahu sudah!

Kesimpulan
Orang yang bersyukur dengan nikmat kaya bukan setakat cukup dengan ucap terima kasih pada Allah lalu simpan harta banyak-banyak dalam bank, itu 'Bakhil' namanya dan boleh masuk neraka sebab harta yang di beri Allah adalah amanah yang mana si kaya itu patut bahagi bahagikan nikmat itu pada orang miskin dan papa di sekeliling hidupnya, itu baru di namakan syukur nikmat…

Begitu jugak dengan nikmat iman, bukan setakat cukup dengan beribadat dan berzikir sahaja sambil ucap terima kasih pada Allah sebab jadi orang islam, , itu 'Bakhil-iman' namanya dan boleh masuk neraka sebab iman yang di beri Allah adalah amanah yang mana setiap orang islam itu patut bahagi bahagikan nikmat iman pada mereka yang belum dapat iman kerana tanpa iman, mereka akan masuk neraka selama-lamanya dan bila orang beriman buat dakwah, itu baru di namakan syukur atas nikmat…

Orang yang bersyukur akan di tambah nikmat iman, dan orang yang kufur, azabnya adalah pedih..

Sebab tu semua sahabat Nabi bila dapat iman terus kongsikan iman itu pada orang lain, iaitu buat dakwah, walaupun mereka terpaksa di pukul, di hina dan menjadi mayat…

Dan Dakwah adalah cara yang paling layak dalam membantu agama Allah...

So, jawapan kepada tajuk entry ini adalah:

Orang kafir tidak ingin masuk islam dan ingin kekal menjadi mayat orang kafir adalah kerana orang islam tidak beryukur atas nikmat iman yang mana orang islam amnya belum lagi menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah...

Sumber: Email

Perlembagaan Persekutuan

Sumber: http://www.jpapencen.gov.my/

BAHAGIAN I - NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN


Perkara 1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.
Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
Perkara 3. Agama Persekutuan.
Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.

BAHAGIAN II - KEBEBASAN ASASI

Perkara 5. Kebebasan diri.
Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.
Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
Perkara 8. Kesamarataan.
Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Perkara 11. Kebebasan beragama.
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
Perkara 13. Hak terhadap harta.

BAHAGIAN III - KEWARGANEGARAAN

Bab 1 - Pemerolehan Kewarganegaraan

Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
Perkara 15. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara)
Perkara 15A. Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.
Perkara 16. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka).
Perkara 16A. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia.
Perkara 17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka)--Dimansuhkan).
Perkara 18. Peruntukan am tentang pendaftaran.
Perkara 19. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.
Perkara 19A. (Pemindahan kewarganegaraan ke Singapura atau dari Singapura--Dimansuhkan).
Perkara 20. (Naturalisasi bagi anggota-anggota angkatan Persekutuan--Dimansuhkan).
Perkara 21. (Peruntukan am tentang naturalisasi--Dimansuhkan).
Perkara 22. Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah.

Bab 2 -- Penamatan Kewarganegaraan

Perkara 23. Pelepasan kewarganegaraan.
Perkara 24. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.
Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.
Perkara 26. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian.
Perkara 26A. Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya.
Perkara 26B. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan.
Perkara 27. Tatacara bagi pelucutan.
Perkara 28. Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui kuat kuasa undang-undang.
Perkara 28A. Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara pada Hari Malaysia.
Perkara 29. Kewarganegaraan Komanwel.
Perkara 30. Perakuan Kewarganegaraan.
Perkara 30A. (Hak mengundi, dsb., bagi warganegara Singapura dan warganegara lain--Dimansuhkan).
Perkara 30B. (Perhubungan tentang kewarganegaraan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura--Dimansuhkan).
Perkara 31. Pemakaian Jadual Kedua.

BAHAGIAN IV

Bab 1 -- Ketua Utama Negara

Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.
Perkara 33. Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan.
Perkara 33A. Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan.
Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.
Perkara 35. Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 36. Mohor Besar.
Perkara 37. Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong.

Bab 2 -- Majlis Raja-Raja

Perkara 38. Majlis Raja-Raja.

Bab 3 -- Badan Eksekutif

Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.
Perkara 40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.
Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb.
Perkara 43. Jemaah Menteri.
Perkara 43A. Timbalan-Timbalan Menteri.
Perkara 43B. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
Perkara 43C. Setiausaha-Setiausaha Politik.

Bab 4 -- Badan Perundangan Persekutuan

Perkara 44. Keanggotaan Parlimen.
Perkara 45. Keanggotaan Dewan Negara.
Perkara 46. Keanggotaan Dewan Rakyat.
Perkara 47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen.
Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
Perkara 49. Peruntukan melarang dua keahlian.
Perkara 50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan.
Perkara 51. Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli.
Perkara 52. Ketidakhadiran ahli.
Perkara 53. Keputusan tentang kehilangan kelayakan.
Perkara 54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka.
Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.
Perkara 56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Perkara 57. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Perkara 58. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua.
Perkara 59. Sumpah oleh ahli-ahli.
Perkara 60. Titah oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 61. Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan Peguam Negara.
Perkara 62. Tatacara Parlimen.
Perkara 63. Keistimewaan Parlimen.
Perkara 64. Saraan ahli.
Perkara 65. Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Bab 5 -- Tatacara perundangan

Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.
Perkara 67. Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-Undang dan pencadangan pindaan-pindaan yang melibatkan pencukaian, perbelanjaan, dsb.
Perkara 68. Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja.

Bab 6 -- Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman

Perkara 69. Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman.

BAHAGIAN V - NEGERI-NEGERI

Perkara 70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.
Perkara 71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.
Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

BAHAGIAN VI - PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI

Bab 1 -- Pembahagian kuasa perundangan

Perkara 73. Takat undang-undang persekutuan dan Negeri.
Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.
Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.
Perkara 76. Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
Perkara 76A. Kuasa Parlimen untuk memperluas kuasa perundangan Negeri.
Perkara 77. Kuasa baki perundangan.
Perkara 78. Perundangan yang menyekat penggunaan sungai.
Perkara 79. Penjalanan kuasa perundangan bersama.

Bab 2 -- Pembahagian kuasa eksekutif

Perkara 80. Pembahagian kuasa eksekutif.
Perkara 81. Obligasi Negeri kepada Persekutuan.

Bab 3 -- Pembahagian beban kewangan

Perkara 82. Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama.

Bab 4 -- Tanah

Perkara 83. Pengambilan tanah bagi maksud persekutuan.
Perkara 84. (Pengambilan kepada Negeri tanah yang dipegang bagi maksud persekutuan--Dimansuhkan).
Perkara 85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud persekutuan.
Perkara 86. Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan.
Perkara 87. Pemutusan pertikaian tentang nilai tanah.
Perkara 88. Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak mempunyai Raja.
Perkara 89. Tanah simpanan Melayu.
Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.
Perkara 91. Majlis Tanah Negara.

Bab 5 -- Pembangunan negara

Perkara 92. Rancangan pembangunan negara.

Bab 6 -- Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri

Perkara 93. Siasatan, tinjauan dan perangkaan.
Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.
Perkara 95. Pemeriksaan aktiviti Negeri.

Bab 7 -- Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Perkara 95A. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

Bab 8 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Perkara 95B. Ubah suaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan.
Perkara 95C. Kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah.
Perkara 95D. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan tempatan.
Perkara 95E. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada rancangan negara bagi penggunaan tanah, kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN

Bab 1 -- Am

Perkara 96. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang.
Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.
Perkara 98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Perkara 99. Penyata kewangan tahunan.
Perkara 100. Rang Undang-Undang Perbekalan.
Perkara 101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih.
Perkara 102. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud yang tidak dinyatakan.
Perkara 103. Kumpulan Wang Luar Jangka.
Perkara 104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Perkara 105. Ketua Audit Negara.
Perkara 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara.
Perkara 107. Laporan Ketua Audit Negara.
Perkara 108. Majlis Kewangan Negara.
Perkara 109. Pemberian kepada Negeri.
Perkara 110. Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri.
Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.
Perkara 112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri.

Bab 2 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Perkara 112A. Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 112C. Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura--Dimansuhkan).

BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA

Perkara 113. Penjalanan pilihan raya.
Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Perkara 115. Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Perkara 116. Bahagian pilihan raya persekutuan.
Perkara 117. Bahagian pilihan raya Negeri.
Perkara 118. Cara mencabar pemilihan.
Perkara 118A. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan.
Perkara 119. Kelayakan pemilih.
Perkara 120. Pemilihan terus ke Dewan Negara.

BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN

Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.
Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.
Perkara 122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.
Perkara 122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi.
Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman.
Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.
Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Perkara 124. Sumpah jawatan hakim-hakim.
Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.
Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.
Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.
Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.
Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung tentang tafsiran Perlembagaan--Dimansuhkan).
Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan.
Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutuan--Dimansuhkan).
Perkara 131A. Peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar.

BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM

Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.
Perkara 133. Perkhidmatan bersama, dsb.
Perkara 134. Peminjaman pegawai.
Perkara 135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat.
Perkara 136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan.
Perkara 137. Majlis Angkatan Tentera.
Perkara 138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Perkara 139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Perkara 140. Suruhanjaya Pasukan Polis.
Perkara 141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api--Dimansuhkan).
Perkara 141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Perkara 142. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya.
Perkara 143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya.
Perkara 144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan.
Perkara 145. Peguam Negara.
Perkara 146. Laporan Suruhanjaya.
Perkara 146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo--Dimansuhkan).
Perkara 146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau Sarawak--Dimansuhkan).
Perkara 146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam--Dimansuhkan).
Perkara 146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 147. Perlindungan hak pencen.
Perkara 148. Tafsiran Bahagian X.

BAHAGIAN XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
Perkara 150. Proklamasi darurat.
Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.

BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 154. Ibu kota persekutuan.
Perkara 155. Persalingan Komanwel.
Perkara 156. Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan Negeri.
Perkara 157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu Negeri lain.
Perkara 158. (Perkiraan dengan Brunei -- Dimansuhkan).
Perkara 159. Pindaan Perlembagaan.
Perkara 159A. Perjalanan kuat kuasa peruntukan peralihan dalam Akta Malaysia.
Perkara 160. Tafsiran.
Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
Perkara 160B. Teks sahih.

BAHAGIAN XIIA - PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

Perkara 161. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 161A. Kedudukan istimewa anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 161B. Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautinan akan hak untuk menjalankan amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 161C. (Pendidikan agama Islam di Negeri-Negeri Borneo -- Dimansuhkan).
Perkara 161D. (Kebebasan beragama -- Dimansuhkan).
Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara 161F. (Penggunaan bahasa tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri Singapura -- Dimansuhkan).
Perkara 161G. (Kedudukan istimewa orang Melayu di Singapura -- Dimansuhkan).
Perkara 161H. (Pemeliharaan kedudukan Singapura dari segi perlembagaan -- Dimansuhkan).

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN

Perkara 162. Undang-undang yang sedia ada.
Perkara 163. (Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948 -- Dimansuhkan).
Perkara 164. (Fungsi sementara Majlis Perundangan -- Dimansuhkan).
Perkara 165. (Peruntukan sementara kewangan -- Dimansuhkan).
Perkara 166. Pewarisan harta.
Perkara 167. Hak, liabiliti dan obligasi.
Perkara 168. (Prosiding undang-undang -- Dimansuhkan).
Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka.
Perkara 170. (Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal 126--Dimansuhkan).
Perkara 171. (Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama -- Dimansuhkan).
Perkara 172. (Mahkamah yang sedia ada -- Dimansuhkan).
Perkara 173. (Sementara menanti rayuan ke Majlis Privy -- Dimansuhkan).
Perkara 174. (Jawatan kehakiman dan Peguam Negara -- Dimansuhkan).
Perkara 175. Pengarah Audit hendaklah menjadi Ketua Audit Negara yang pertama.
Perkara 176. Pertukaran pegawai.
Perkara 177. Mengetepikan atau menangguhkan sumpah jawatan jika pelantikan diteruskan di bawah Bahagian ini.
Perkara 178. Saraan selepas Hari Merdeka.
Perkara 179. Sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama.
Perkara 180. Pemeliharaan pencen, dsb.

BAHAGIAN XIV - KECUALIAN BAGI KEDAULATAN, DSB., RAJA-RAJA

Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.

BAHAGIAN XV - PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA

Perkara 182. Mahkamah Khas.
Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

JADUAL-JADUAL

Jadual Pertama -- Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian.

Jadual Kedua --

Bahagian I - Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir sebelum Hari Malaysia.
Bahagian II - Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia.
Bahagian III - Peruntukan tambahan berhubung dengan kewarganegaraan.

Jadual Ketiga -- Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian I - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian II - Pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian III - Pemecatan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian IV - Am

Jadual Keempat -- Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian I - Sumpah bagi Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian II - Sumpah bagi TImbalan Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian III - Terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Kelima -- Majlis Raja-Raja.

Jadual Keenam -- Bentuk sumpah dan ikrar.

Jadual Ketujuh -- Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara.

Jadual Kelapan -- Peruntukan yang hendaklah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri.

Bahagian I - Peruntukan tetap.
Bahagian II - Peruntukan sementara sebagai gantian bagi peruntukan dalam Bahagian I
Bahagian III - Ubah suaian Bahagian I dan II berhubung dengan Melaka dan Pulau Pinang.


Jadual Kesembilan -- Senarai Perundangan.

Jadual Kesepuluh -- Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri.

Bahagian I - Pemberian ikut kepala.
Bahagian II - Pemberian jalan Negeri.
Bahagian III - Sumber hasil yang diserahhakkan kepada Negeri.
Bahagian IV - Pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
Bahagian V - Sumber tambahan hasil yang diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak.


Jadual Kesebelas -- Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.

Jadual Kedua Belas -- (Peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagaimana yang terpakai bagi Majlis Perundangan selepas Hari Merdeka -- Dimansuhkan).

Jadual Ketiga Belas -- Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

Bahagian I - Penetapan dan prinsip yang berhubungan dengan penyempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
Bahagian II - Tatacara bagi menyempadankan bahagian-bahagian pilihan raya.