Isnin, Mei 31, 2021

Tips Produktif di Bulan Ramadhan


Ramadan bakal mengetuk pintu rumah kita tidak lama lagi. Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang amat istimewa dan unggul kerana Allah SWT mencurahkan pahala, rahmat dan keampunan-Nya pada setiap detik sepanjang Ramadan tanpa henti berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh yang demikian, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan pada bulan ini.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Ibadah puasa adalah ibadah rohaniah dan jasadiah. Apabila ibadah puasa dilaksanakan dengan menjaga sunnah dan adab – adab berpuasa maka hasilnya akan membentuk seorang hamba yang benar-benar bertaqwa di sisi Allah SWT. InsyaAllah. Namun, bukan mudah bagi kita sebagai manusia biasa untuk menahan lapar dahaga selama lebih kurang 12 jam (atau lebih) sambil mengaut pahala. Disebabkan itu, kita hendaklah sentiasa produktif dan bersemangat dalam menghadapi bulan Ramadan.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tips untul kekal cergas dan produktif pada bulan Ramadan :
1 – Jangan tinggal sahur
Sahur adalah sangat penting bagi orang yang berpuasa. Jikalau kita tidak bersahur, kemungkinan untuk cepat penat atau letih adalah lebih besar berbanding orang yang bersahur. Bagaimana mahu menunaikan ibadah kalau awal pagi sudah letih, lemah, lemau?
Daripada Amru bin al-‘As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”. (Hadith Riwayat Muslim)
Bersahur sebelum Subuh merupakan sunnah Rasulullah SAW. Bangunlah sejam sebelum Subuh. Makanlah makanan yang mengenyangkan seperti nasi dan roti lalu, minumlah air secukupnya. InsyaAllah dengan bersahur kita dapat mengurangkan kelaparan dan kedahagaan di siang hari.
2 – Qailullah (tidur tengah hari / nap)
Qailullah atau dikenali sebagai ‘napping’ adalah amalan tidur sekejap di siang hari yakni pada sebelum atau selepas waktu Zohor. Ia adalah sangat penting untuk mengembalikan kecergasan dan kesegaran dalam kehidupan sehari-hari.
Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk qailullah, cukup sekadar 20 hingga 30 minit sahaja. Dikhuatiri jika melebihi had in akan menjadikan kita berada dalam ‘sleep mode’. Hal ini akan menjadikan kita mengantuk dan lemah untuk meneruskan aktiviti atau pekerjaan.
“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.”(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Sebernanya, tidur di pertengahan hari adalah perkara yang sangat dianjurkan dalam Islam. Qailullah adalah budaya masyarakat Arab dan umat Islam terdahulu, terutamanya pada musim panas dan bulan Ramadan. Ia juga adalah amalan para ulama’ sebagai persediaan untuk menunaikan solat-solat sunat dan tahajjud pada malam harinya.
Pada peringkat awal untuk membiasakan diri dengan rutin ini, kerap kali akan terlajak, itu pasti. Namun, perlu kita pastikan mempunyai kawan atau ibu uang mengejutkan. Lama kelamaan, insyaallah, kita akan terbiasa juga dengan amalan ini.
3 – Buat jadual
Sebernanya, mempunyai jadual memberi banyak manfaat apatah lagi, semasa bulan Ramadan. Membuat jadual menjadikan kita seorang menepati masa dan berprinsip.
Bina jadual khas digunakan sepanjang bulan Ramadan supaya masa digunakan dengan lebih efisyen dan teratur. Tentukan masa untuk bersahur, membaca Al – Quran, solat Tahajjud dan lain – lain.
Jika rasa leceh atau malas untuk membuat jadual, beli saja planner dan tentukan masa – masa beribadah dan banyak lagi. Amat disyorkan untuk membeli planner khas untuk bulan Ramadan sahaja kerana ia mempunyai banyak fungsi sampingan yang bisa digunakan.
4 – Berbuka puasa gaya Rasulullah SAW
Umat Islam dianjurkan untuk menyegerakan berbuka puasa apabila tiba waktunya. Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Banyak manfaat yang diperoleh dalam menyegerakan berbuka.
“Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW semasa berbuka adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa, yakni makanan yang manis.
Daripada Hazrat Anas bin Malik : “Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan ruthab (kurma basah) sebelum menunaikan shalat. Jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad, hasan sohih)
Cara ini dapat memudahkan seseorang untuk menunaikan solat dalam keadaan tidak terlalu kenyang dan tidak mengantuk. Ramai diantara kita yang mengabaikan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa lalu makan dan minum sehingga kekenyagan dan melengah-lengahkan solat Maghrib. Padahal, kita digalakkan supaya mengisi perut sekadarnya.
5 – Lakukan kerja selepas sahur
Ketika sedang berpuasa, ada beberapa perubahan mengenai waktu produktif dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti belajar, bekerja dan lain-lain. Jika biasanya waktu efektif melakukan sesuatu pekerjaan adalah selepas sarapan dan makan tengah hari (lunch), maka ada perubahan yang waktu yang perlu disesuaikan. Selama berpuasa, waktu produktif saat bekerja adalah setelah sahur dan setelah berbuka puasa. Jadi, bekerja saat waktu masih fajar bisa menjadi waktu yang tepat, karena anda telah mengonsumsi cukup makanan dan minuman. Manfaatkan waktu ini untuk menyelesaikan pekerjaan yang bersifat penting dan membutuhkan lebih banyak konsentrasi.
Sebaik mungkin, lakukan seluruh kerja yang lebih penting dan susah di pagi hari dan pada waktu petang yang mungkin lebih mencabar, siapkan kerja lain yang mungkin lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Sesungguhnya, terdapat banyak kebaikan berpuasa tetapi kita menjadi kurang produktif dengan alasan kita tidak mempunyai sumber tenaga yang mencukupi.
Merujuk pepatah Melayu, ‘Alah bisa, tegal biasa’, mungkin pada mulanya, kita mungkin akan berasa penat, letih dan terbeban dengan berpuasa namun, lama-kelamaan kita pasti akan terbiasa dengan rutin tersebut, InsyaAllah.

Cara Menghormati Teman-Teman Muslim yang Berpuasa


BULAN suci Ramadan akan segera datang, dan sebagaian besar dari 1,6 juta umat muslim di dunia akan menjalaninya. Berarti saat itu ada peluang baik untuk Anda bertemu dengan teman, rekan kerja, dan juga keluarga untuk menyambut bulan suci ini.
Tetapi, ada banyak sebagian orang yang masih mempunyai pertanyaan yang berkaitan dengan Ramadan ini, seperti bagaimana bisa memastikan untuk tidak menyinggung teman atau kenalan yang beragam muslim selama perayaan Ramadan .
Berikut beberapa pertanyaan yang sering dipertanyakan oleh sebagian orang:
1. Apakah selama berpuasa pada bulan Ramadan , dapat menurunkan berat badan?
Sebagian orang mungkin berpikir dengan berpuasa saat bulan Ramadan dapat menurunkan berat badan. Namun faktanya, Ramadan justru dapat menyebabkan kenaikan berat badan. itu karena makan makanan besar saat pagi sebelum fajar dan larut malam. Dengan periode yang panjang dan aktivitas yang kurang, di antara keduanya dapat mendatangkan malapetaka pada metabolisme Anda. Tetapi jika Anda berhati-hati, Anda dapat menghindari kenaikan berat badan, dan kemungkinan Anda benar-benar kehilangan beberapa kilogram.
2. Mengapa tanggal Ramadan berubah setiap tahun?
Umat muslim mengikuti kalender lunar, yang berarti 11 hari lebih pendek dari 365 hari dari kalender Gregorian standar. Oleh karena itu, kalender lunar Islam bergerak mundur sekitar 11 hari setiap tahunnya sehubungan dengan kalender Gregorian. Jadi itu sebabnya mengapa setiap tahun pada bulan suci Ramadan , selalu berganti-ganti tanggal.
3. Bagaimana cara menghormati teman-teman Muslim selama bulan Ramadan ?
Jika Anda berada di Amerika Serikat, di mana yang berada di sana menikmati kebebasan yang berarti sama halnya dengan kebebasan dari agama. Sebagian besar umat muslim di sana pun tidak berharap untuk non-muslim mengubah perilakunya untuk menghormati yang sedang berpuasa. Berbeda di beberapa negara Muslim lainnya, makan dan minum di tempat umum adalah kejahatan saat bulan Ramadan.
Jika ada teman Anda yang sedang berpuasa, cobalah untuk tidaki menawarinya makan atau menyicipi apa pun yang Anda makan. Karena terkadang, sulit bagi mereka untuk mengingat bahwa mereka sedang berpuasa dan tidak mudah untuk tidak tergoda.

Amal Masuk Syurga


عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صل الله عليه و سلم فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَاتَ وَصُمْتُ رَمَضَانَ وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَالَ: نَعَمْ
Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!. (HR Muslim, no. 15) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada orang yang arif tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya.
2. Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah SWT.
3. Keinginan dan perhatian yang besar dari para sahabat terhadap syurga diperlihatkan pada kesungguhan mereka dalam mencari jalan untuk sampai ke sana dengan bertanya kepada Rasulullah SAW melalui amal soleh yang boleh dilakukan.
4. Apabila seorang mukmin menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna (tanpa cacat) seperti solat fardhu dan puasa di bulan Ramadan, menghalalkan perkara yang halal (mengambilnya) dan mengharamkan perkara yang haram (meninggalkan), dia akan masuk syurga dengan kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya, walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

Ramadhan atau Ramadan?


Istilah bagi bulan puasa ialah bulan Ramadan. Perkataan tersebut berasal daripada bahasa Arab. Perkataan itu digunakan secara lisan dan tulisan secara meluas, sama ada ketika ceramah dan tazkirah, atau dalam penulisan dalam akhbar, majalah, poster, kain rentang, tayangan pada skrin televisyen, iklan, malahan di mana-mana sahaja.
Malangnya, kebanyakan pihak yang menggunakan perkataan itu dalam penulisan, masih keliru akan ejaan yang tepat. Ejaan Ramadhan digunakan dengan meluas. Hal sedemikian terjadi kerana pengaruh sebutan bahasa Arab. Tidaklah salah sekiranya dibunyikan seperti sebutan asal, namun demikian, ejaan sedemikian tidak wujud dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang diguna pakai semenjak 16 Ogos 1972. Ejaan sedemikian tidak dianggap salah sebelum tarikh tersebut kerana peraturan baharu ejaan Rumi bahasa Melayu belum dimuktamadkan.
Padanan bunyi untuk ejaan bagi dh dalam bahasa Melayu ialah d. Penetapan ini dibuat dengan berdasarkan hakikat bahawa dalam bahasa Melayu tiada bunyi berkenaan. Dengan sebab tiada bunyi itu, maka huruf (lambang bagi bunyi dalam tulisan) juga tidak wujud. Oleh itu, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi dh hendaklah diejakan dengan d, seperti daif, darab, dif, fadilat, fardu, kadi, mudarabah, reda ("rela"), qada ("ganti"), qadar ("ketentuan"), dan seumpamanya. Sungguhpun ejaan ditetapkan begitu, penutur dibenarkan untuk menggunakan bunyi atau sebutan asal demi untuk menjaga ketepatan makna perkataan-perkataan tersebut.
Di sebalik kesalahan ejaan tersebut, tinjauan mendapati bahawa banyak pengguna bahasa yang menggunakan ejaan yang betul bagi perkataan Ramadan. Tahniah kepada semua yang berkenaan.

Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka". (HR Bukhari No: 1764). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak dua jenis hartanya di jalan Allah, dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga.
2. Amalan fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji yang dilakukan semasa di dunia, akan menyediakan daripada ibadat tersebut, antara pintu-pintu ke syurga.
3. Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah, akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga.
4. Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan
5. Orang yang melaksanakan semua ibadat, semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu masing-masing.

Jom kita suburkan dan sempurnakan ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia memantapkan keperibadian kita dan menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita. 

Bagaimana Rasulullah ﷺ Mengatasi Permusuhan dan Penghinaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Menidakkan Rasulullah ﷺ adalah sama seperti mempersoalkan keseluruh mesej yang dibawa baginda.1  Pada masa itu, orang-orang Mekah memanggilnya dengan pelbagai nama seorang penyair, ahli silap mata, atau seorang yang gila. Hari ini, baginda dihina pula dengan label-label lain. Tetapi mungkin penghinaan yang paling mencolok, yang direka untuk melemahkan asas yang sedia kuat dan penyebaran mesej baginda, adalah bahawa baginda telah mengalahkan musuh-musuhnya menggunakan keganasan hanya untuk memerintah mereka dengan kekejaman. Gambaran kehidupan, karier ketenteraan, dan hadis-hadis baginda Rasulullah ﷺ menjadi asas kepada kebanyakan pertimbangan tentang misinya. Islam secara keseluruhannya, melalui gambaran ini, dilihat sebagai sama ada agama damai atau agama perang, bergantung kepada tafsiran yang diturunkan oleh penyampai utusan dan utusannya.  Kritikan-kritikan moden ke atas tindakan-tindakan Rasulullah  ﷺ adalah bertujuan untuk mempersoalkan kesopanan Islam dalam pertembungan rekaan antara dua tamadun yang digunakan oleh kedua-dua kumpulan Islamofobik dan juga kumpulan ekstremis. Michael Bonner menyatakan, "Kebanyakan hujah-hujah moden berbincang dari sudut historiografi, kebangkitan Islam dan asal-usul jihad secara umumnya bermula pada abad kesembilan belas dan awal abad ke-20 di kalangan pakar akademik Eropah dalam kajian Timur, sering dirujuk sebagai orientalis.2" Dia tutur menyatakan bahawa motivasi hujah-hujah ini tidak dapat dipisahkan daripada "penglibatan mereka dalam projek penjajahan."3

Tips Khatam Al Quran Dalam Sebulan


Di sini ingin berkongsi cara yang biasa diamalkan oleh para muslimin hari ini untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan.
Cara ini adalah cara yang paling mudah, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Tinggal sahaja keazaman dan kerajinan.
Berikut caranya:
Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.
Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.
Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
2 muka surat sebelum solat fardhu
2 muka surat selepas solat fardhu
Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.

Doa Nabi Tolak Wabak Penyakit

Antara doa yang Nabi SAW ajar untuk menolak wabak dan penyakit

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.

Rasulullah SAW Amat Pemurah Melakukan Kebajikan


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.
2. Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah bersedekah dan bertadarus al-Qur’an. Setiap Muslim dituntut membaca al-Qur’an pada setiap hari, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana dengan bertadabbur makna dan kandungan al-Qur’an akan meningkatkan keimanan dan kekayaan hati ke arah kebaikan.
3. Marilah kita bersama-sama mengisi kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan memperbanyakkan bersedekah, membaca, dan mentadabur al-Quran kerana pada bulan ini adalah bulan yang dipenuhi keberkatan serta dihidangkan di dalamnya dengan pelbagai amal ibadah yang pahalanya digandakan.
4. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
5. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala.
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ
“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)
6. Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.

Bersahur Membezakan Puasa Muslim


عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Daripada Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :
a. Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
b. Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh.
2. Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar.
3. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma.
4. Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.
Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan ia membezakan ibadat puasa orang Islam dengan puasa ahli kitab.

Solat Witir dan Zikir


Solat ini disebut witir kerana ganjil, bersesuaian dengan bilangan rakaat solat sunat ini iaitu sama ada dilaksanakan satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.
Solat witir dilakukan selepas solat isyak. Hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.
Dalilnya adalah berdasarkan hadis daripada Abu Ayyub RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:
الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلاَثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
“Solat Witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1 rakaat sahaja lakukanlah.” (HR Abu Daud No:1422)
Kepentingannya juga disebut dalam hadis daripada Jabir R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal”. (HR Muslim No 755).
Imam al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah berkata: Para ulama berbeza pandangan pada bilangan rakaat. Imam al-Thauri berpandangan bahawa witir sama ada lima, atau tiga atau satu, tetapi digalakkan berwitir dengan tiga rakaat. Pandangan ini juga merupakan pandangan Ibn al-Mubarak dan ahl al-Kufah dan sebahagian daripada sahabat antaranya Abdullah bin Mas'ud.
Di dalam bulan Ramadan ini, menjadi kebiasaan kita melaksanakan solat witir selepas selesai solat sunat tarawih.
Selepas solat witir, antara zikir yang menjadi sunnah Rasulullah SAW ialah membaca 'Subhanal Malikil Quddus' sebanyak 3 kali.
عن عبد الرحمن بن أبزى أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكِ الْأَعْلَى وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ: سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَرْفَعُ بِالثَّالِثِ صَوْتَهُ
"Daripada Abdul Rahman bin Abza bahawa Nabi SAW membaca dalam solat witir surah al-A'la, al-Kafirun dan al-Ikhlas. Selepas memberi salam baginda akan menyebut: "SUBHANAL MALIKIL QUDDUS [Maha suci (Allah), Raja Yang Maha Suci]'' sebanyak 3 kali. Baginda menguatkan suara pada kali yang ketiga." (HR Nasaie, No: 1753) Status: Hadis Sahih
Berdasarkan hadis ini, antara bacaan surah yang dibaca Nabi SAW dalam solat witir ialah Surah al-A‘la (rakaat 1), Surah al-Kafirun (rakaat 2) dan Surah al-Ikhlas (rakaat 3). Dalam Sunan al-Tirmizi pula diriwayatkan bahawa Nabi SAW membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas sekaligus pada rakaat ketiga.
Kata Imam al-Nawawi rahimahullah:
يُسْتَحَبُّ أَنْ يَقُولَ بَعْدَ الْوِتْرِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
"Disunatkan untuk menyebut selepas solat witir sebanyak 3 kali 'Subhanal Malikil Quddus'." [Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab].
Semoga kita tidak ketinggalan melaksanakan solat sunat witir dan zikirnya setiap malam termasuk di luar dari bulan Ramadan.

Apakah Itu Istidraj?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.”
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul æIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Kenapa Ada Wudhuk Sebelum Solat?


Di dalam berwudhu’, sebahagian anggota tubuh yang banyak memainkan pernanan yang penting dalam kehidupan kita dibersihkan. Jari-jemari, mulut, muka, telinga, tangan dan kaki, semuanya diwudhu’kan.
Anggota tubuh tersebut merupakan suatu kesatuan dalam kehidupan. Umpamanya, tangan mahu mengambil sesuatu tetapi kalau kaki tidak bergerak kita tidak boleh berbuat apa-apa. Seterusnya, biarpun tangan boleh bergerak, kaki pun boleh bergerak, kalau tidak ada perancangan dengan kepala kita pun tidak boleh berbuat apa-apa. Semuanya harus direncanakan.
Kepala tadi disapu ketika berwudhu’, supaya fikiran kita menjadi sejuk, supaya hati kita menjadi bening. Telinga dibersihkan, mulut dibersihkan, kedua tangan dibersihkan. Tangan merupakan anggota yang bayak digunakan dalam aktiviti kita seharian. Dibantu dengan kaki ditambah dengan mulut yang berbicara dan kepala yang merancang. Itu semuanya sudah dibasuh pada waktu kita berwudhu’.
Mengapa perut tidak dibasuh? Kerana kurang peranannya. Perut hanya tahu makan hingga tidak perlu untuk dibasuh. Adapun yang paling banyak berperanan adalah mulut, telinga yang mendengar, mata yang melihat, semuanya sudah dibersihkan. Tangan yang mengambil beserta kaki yang membawa kita ke sana ke mari juga telah dibersihkan. Begitu juga dengan muka yang ada mata, hidung, mulut, kepala yang memangku otak. Semuanya berperanan pentingdalam kehidupan kita telah dibersihkan. Nah, ternyata anggota tubuh kita yang paling memainkan peranan dalam solat adalah anggota yang kita wudhu’kan.
Tidak boleh berdiri? Duduk. Yang boleh membuatkan kita tegak dihadapan Allah adalah kaki. Yang digerakkan pada waktu takbir adalah tangan. Tangan juga digunakan pada waktu sujud. Mata dipakai untuk melihat bersih tidak tempat solat, arah kiblatnya & jantina imamnya (lelaki tidak boleh berimam dengan wanita kan?). Telinga berfungsi untuk mendengar bacaan. Mulut yang digunakan untuk membaca dibersihkan terlebih dahulu dengan berkumur-kumur.
Begitulah hikmah yang mengapa kita berwudhu’ dengan empat anggota tubuh. Sebabnya empat anggota tadi itulah yang terpenting dalam aktiviti seseorang.
Hikmah yang lainnya kenapa kita berwudhu’ dengan empat anggota tubuh tersebut adalah kerana empat anggota itulah yang paling memainkan peranan dalam solat. Dalam satu hadith nabi bersabda
“Aku diperintahkan sujud dengan tujuh anggota (dahi, dua tangan, dua lutut & dua telapak kaki).”
Anggota tubuh ini semuanya tercuci.