Isnin, Mei 31, 2021

Penyusunan Ayat-Ayat Al-Quran


Tertib atau susunan ayat di dalam al-Quran mengikut pendapat para ilmuwan adalah tauqifi iaitu ketentuan daripada Nabi Muhammad berdasarkan wahyu daripada Allah. Sebahagian ilmuwan menyatakan pendapat ini adalah ijmak atau sepakat semua ilmuwan.
Antaranya al-Zarkashi dan Abu Ja`far bin al-Zubair. Abu Ja`far mengatakan: “Tertib ayat-ayat dalam surah-surah berdasarkan tauqifi daripada Rasulullah dan atas perintahnya, tanpa ada perselisihan kaum Muslimin.” Mengikut as-Suyuti, ijmak dan nas atau dalil yang ada menegaskan ayat-ayat al-Quran itu berdasarkan tauqifi daripada Nabi Muhammad.
Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu menulisnya di tempat itu.
Beliau mengatakan kepada mereka, “Letakkan ayat-ayat ini pada surah yang dalamnya disebutkan begini dan begini,” ataupun “Letakkan ayat ini di tempat itu.”
Usman bin Abil melaporkan, “Aku sedang duduk di samping Rasulullah, tiba-tiba pandangannya menjadi tajam lalu kembali semula. Kemudian katanya, ‘Jibril datang kepadaku dan memerintahkan supaya aku meletakkan ayat ini di tempat itu daripada surah ini,“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi kepada kaum kerabat…” (Surah al-Nahl ayat 90).
Antara alasan-alasan yang digunakan bagi menunjukkan ayat-ayat al-Quran disusun berdasarkan tauqifi adalah sejumlah hadis yang menunjukkan keutamaan dan ke-lebihan beberapa ayat daripada surah-surah tertentu. Ini menunjukkan, tertib ayat-ayat bersifat tauqifi. Sekiranya tertibnya dapat diubah, tentulah ayat-ayat itu tidak di-dukung oleh hadis-hadis itu atau kelebihan ayat-ayat itu tidak dapat dipraktikkan.
Abu Darda’ menyebut satu hadis, “Barang siapa hafal 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, Allah melindunginya daripada dajal.” Dalam laporan yang lain dikatakan, “Barang siapa membaca 10 ayat yang akhir daripada surah al-Kahfi…” (Direkodkan oleh Muslim).
Terdapat juga hadis-hadis lain yang menunjukkan letak ayat tertentu pada tempatnya. Umar berkata, “Aku tidak menanyakan kepada nabi mengenai sesuatu lebih banyak daripada aku tanyakan kepadanya mengenai kalalah (pusaka), sehingga nabi me-nekankan jarinya ke dadaku dan mengatakan, Tidak cukupkah bagimu ayat yang diturunkan pada musim panas, yang terdapat dalam akhir surah an-Nisak? (Direkodkan oleh Muslim).
Di samping itu, diceritakan pula nabi membaca sejumlah surah dengan tertib ayat-ayatnya dalam sembahyang ataupun dalam khutbah seperti surah al-Baqarah, Ali Imran dan an-Nisak. Terdapat juga hadis yang mengatakan beliau membaca surah al-A`raf dalam sembahyang Maghrib dan membaca surah as-Sajdah dan diikuti oleh surah ad-Dahr dalam sembahyang Subuh hari Jumaat. As-Suyuti menegaskan, “Pembacaan surah-surah yang dilakukan di hadapan para sahabat itu menunjukkan tertib atau susunan ayat-ayatnya adalah tauqifi. Ini kerana, para sahabat tidak me-nyusunnya dengan susunan yang berbeza dengan apa yang mereka dengar daripada nabi.

Mengapa Al Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab?


Al-Quran turun dengan bahasa Arab dikarenakan Rasulullah Saw dan para Mukhatab pertamanya menggunakan bahasa tersebut. Satu hal lagi, nantinya akan timbul pertanyaan jika tidak berbahasa Arab; mengapa Al-Quran turun dengan bahasa lain, padahal para mukhatab awalnya berbahasa Arab? Al-Quran sendiri juga menyatakan dalam Ayat Fushilat, ayat ke-44:” Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab?” Oleh karena itu, kondisi alamiah yang telah menuntut Al-Quran turun dengan bahasa Arab.
Hanya saja dengan merujuk kepada sebagian ayat-ayat suci Al-Quran, kita akan mendapati sisi-sisi lain dari turunnya kitab mulia ini dengan bahasa Arab. Berikut sisi-sisi tersebut:
1. Bahasa Arab merupakan faktor penting dalam rangka diterimanya Al-Quran oleh bangsa Arab saat itu. Allah berfirman:”Dan kalau Al Quran itu kami turunkan kepada salah seorang dari golongan bukan Arab, Lalu ia (Rasul) membacakannya kepada mereka (orang-orang kafir); niscaya mereka tidak akan beriman kepadanya.” (Syu’ara’, 198-199).
Dan wajar sekali jika agama Islam ingin tersebar ke seluruh penjuru dunia maka bangsa Arab yang hidup di kawasan tempat Rasul diutus harus menerimanya dan dari para mukmin inilah agama itu tersebar ke seluruh dunia.
2. Bahasa daerah (bahasa sendiri) itu lebih berpengaruh dari pada bahasa lain. Allah berfirman:”Kami tidak mengutus seorang Rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.”(Ibrahim: 4)
3. Tantangan Al-Quran yang ditujukan kepada para pengingkarnya menuntut risalah ini dituang dalam sebuah bahasa yang dapat dipahami dan dimengerti oleh para mukhatab pertamanya. Allah berfirman:”Dan jika kalian (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolong kalian selain Allah, jika kalian orang-orang yang benar.” (Al-Baqarah, 23)
Atau dalam Surah Yunus disebutkan:”Atau (patutkah) mereka mengatakan “Muhammad membuatnya.” Katakanlah: “(Kalau benar yang kalian katakan itu), Maka cobalah datangkan sebuah surat seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kalian panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kalian orang-orang yang benar.”(Yunus, 38)

Doa Keampunan Ramadan

 


Doa Nabi-Nabi

 





























Khamis, September 12, 2019

Nabi S.A.W berurusniaga dengan Yahudi, bukan boikot

Sumber: http://suarapakatandaily.com

Pagi tadi aku dapat sebaran whatsapp dari sahabat yang juga Ustaz, tulisan Ulama ISMA mengenai tindakan Nabi memboikot Peniaga Yahudi lalu membina Pasar mereka sendiri sebagai Hujah kepada promosi mereka memboikot barangan Non Muslim…

Bila Aku membaca tulisan terebut, Jelaslah berlaku penyelewengan fakta berkenaan tindakan Nabi tersebut.. Bukan sekadar mereka menyeleweng fakta, tetapi melakukan fitnah kepada Nabi..
Benarkah Nabi memboikot produk bukan Islam ? atau sebenarnya Nabi menentang tindakan Yahudi pada ketika melakukan amalan, riba, Penindasan dalam jual beli pada ketika itu ? Izinkan aku menjawab..Hari ini aku akan mengupas 2 peristiwa besar Nabi dalam membina ekonomi Ummat Islam..

PASAR BANI QAINUQA’ DAN PASAR MADINAH

Dalam Sirah Nabawiyah disebutkan bahwa di Madinah ,Ketika Nabi sampai di Kota Madinah, setelah dibina Masjid, Nabi telah membina pasar..

Di Madinah pada ketika itu aktiviti Ekonomi dan perdagangan dikuasai oleh sebahagian besarnya adalah milik bangsa Yahudi. Salah satu pasar paling besar adalah Pasar Banu Qainuqa’ milik Yahudi.
Ketika itu Masyarakat Di Madinah terutama kaum Auz dan Khazraj terikat dengan pelbagai penindasan ekonomi, Berlakunya kecurangan, sewa pajak yang tinggi,monopoli, perjudian dan amalan Riba yang mengikat mereka dengan Hutang Dengan cara-cara yang penuh penipuan (gharar dan jahalah)..

Rabu, September 04, 2019

Musafir Penerbangan dan Beberapa Permasalahannya


https://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/index.htm#Bahagian%20IV

 


 

Ubat Halal & Ubat Haram (Perspektif Islam)


Pengenalan

Islam sangat mementingkan kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan umatnya. Justeru, dalam aspek kesihatan umat Islam diperintahkan supaya menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping menyuruh umat manusia berikhtiar mencari ubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit.

Tubuh badan yang sihat akan melahirkan akal yang cerdas dan bijak, dengan tubuh badan yang sihat juga kita lebih mudah dan selesa untuk melakukan ibadah dan urusan harian. Hakikatnya, umat Islam wajib memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Namun, dalam keghairahan kita untuk menjaga kesihatan dan mencari ubat bagi merawat sesuatu penyakit, persoalan halal dan haram tetap perlu dijaga dan diambil berat. Mencari dan memilih ubat yang halal adalah wajib bagi setiap umat Islam dan meninggalkan yang haram juga merupakan suatu kewajipan. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam” hadis riwayat al-Baihaqi.

Antara isu halal dan haram dalam perubatan yang menjadi topik perbincangan hangat sehingga hari ini ialah persoalan mengenai ubat-ubatan yang mengandungi unsur-unsur najis atau haram seperti alkohol, dadah, bahan-bahan dari khinzir, lembu dan seumpamanya. Pengguna di Malaysia terutamanya pengguna Islam sangat prihatin dengan isu-isu ini kerana ia melibatkan persoalan halal dan haram iaitu perkara asas dalam kehidupan beragama dan perlu diambil berat oleh setiap individu muslim.

Isu Halal di Media Sosial


Kita sering menerima pelbagai bentuk maklumat berupa gambar atau teks mengenai isu halal dan haram melalui media sosial, khususnya WhatsApp, Facebook dan Instagram. Kadangkala maklumat mengenai halal dan haram sesuatu produk makanan mewujudkan rasa syak wasangka, cuak dan membingungkan kita. Sejauh mana kebenaran isu dan produk yang dikatakan haram atau tidak halal disebarkan oleh media sosial?
Malah kadang-kadang apabila disemak dalam laman sesawang dan juga media sosial lainnya, sesetengah video yang diviralkan bukanlah dalam negara ini. Tetapi telah disebarkan lebih sepuluh kali dalam kumpulan WhatsApp. Keadaan ini menyebabkan pengguna Islam semakin keliru dan tidak lagi menggunakan produk yang dikatakan tidak halal itu. Mungkin ini ada kebaikannya. Namun apa kata kalau maklumat yang tersebar sarat dengan fitnah atau sengaja dilakukan pihak tertentu untuk membaikot produk berkenaan?
Di satu sudut, jika benar sesetengah produk yang didakwa adalah tidak halal, maka perlu kita tidak memakan atau menggunakannya. Namun ada pula wujud kenyataan yang mengelirukan.
Contohnya kesalahan fakta atau usaha mensabotaj produk keluaran Muslim, tetapi dikatakan haram? Telah wujud rungutan dalam kalangan pengusaha Bumiputera yang mendapat Sijil Halal Jakim tetapi dikatakan tidak halal. Ini telah membunuh usahawan dan ekonomi Bumiputera.

Bagaimana Peniaga Muslim Menyokong Produk Halal


Halal atau tidak? Itulah yang selalu menjadi isu oleh para pembeli atau pengguna pada hari ini. Ternyata mereka semakin bijak menilai sesuatu produk yang dipasarkan. Kualiti menjadi suatu keutamaan bagi mereka. Atas sebab itu juga, produk-produk yang bermutu terus menjadi pilihan masyarakat dewasa ini. Maka tidak hairan jika kebanyakkan dalam kalangan masyarakat pada hari ini bijak untuk menetapkan piawaian terhadap sesuatu produk iaitu produk yang dijamin akan halalnya adalah produk yang telah mencapai tahap yang ditetapkan. Sangat penting juga untuk kita memilih produk-produk yang halal kerana produk-produk tersebut lebih dipercayai akan kebersihan dan keselamatannya. Suatu situasi yang tidak pelik apabila masyarakat Cina dan India atau mereka yang bukan Muslim di negara kita turut memilih produk halal. Cumanya, adakah wajar sekiranya para pengguna sahaja yang terus-menerus menyokong pemasaran produk halal? Tentu tidak sama sekali kerana para peniaga terutama yang beragama Islam dilihat mempunyai peranan yang begitu penting dalam usaha menaikkan lagi produk-produk berstatus halal. Timbul persoalan, bagaimanakah cara untuk para peniaga Muslim menyokong produk halal?

1.0 Memasarkan Sendiri Produk-Produk Berstatus Halal

Secara umumnya dapat difahami, bahawa para pengguna tidak akan dapat menggunakan produk-produk halal sekiranya tidak dipasarkan oleh para peniaga. Apa yang pasti, para peniaga terutamanya peniaga Muslim perlu memainkan peranan dengan terus memasarkan produk halal di premis-premis mereka. Itu sudah memadai sebagai satu tanda sokongan mereka terhadap barangan halal. Mereka juga tidak sepatutnya menjual barangan yang tidak mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan barangan halal terus menjadi pilihan utama untuk kegunaan seharian para pengguna. Selain itu juga, peniaga Muslim mestilah sentiasa peka dengan isu-isu semasa berkaitan halal dan haram sesuatu produk. Tujuannya adalah supaya mereka sendiri tidak memasarkan produk tersebut di premis mereka.

Isu Ubat Tiada Logo Halal JAKIM


Bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara, semua produk ubat-ubatan sama ada moden atau tradisional WAJIB berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum boleh dijual kepada pengguna. Sebelum didaftarkan produk-produk ini akan diuji dan dinilai bagi memastikan ianya selamat, berkualiti dan berkesan.

Terdapat dua 4 kategori ubat yang dibawah pengawalan PBKD

1) *Ubat terkawal (kod MAL2002544-A)*. Ubat yang dikawal selia sepenuhnya sepertimana terdapat dalam jadual racun mengikut Akta Racun 1952 (serta pindaan). Kategori inilah yang terdapat dalam premis KKM dan swasta. Ianya wajib berdaftar dan tertakluk kepada regulasi undang-undang dari masa ke semasa. Terdapat 1674 jenama ubat yang berdaftar dalam buku formulari ubat KKM. Ia dikeluarkan oleh pelbagai syarikat samada dalam negara ataupun luar negara.

2) *Ubat bukan racun (Kod MAL20030080-X)*. Ubat jenis ini dikenali sebagai *ubat am atau Ubat Over The Counter (OTC)*. Boleh diperolehi di kedai farmasi ataupun kedai runcit tertentu. Contohnya Panadol dan seumpamanya.

Jangan Boikot Secara Melulu


MASYARAKAT Islam di negara ini dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada produk yang memiliki sijil halal, bukannya memboikot secara melulu barangan keluaran pengeluar bukan Islam.
Pendakwah bebas yang juga pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, masyarakat Islam tidak sewajarnya taksub untuk memboikot sesuatu hanya berdasarkan perbezaan bangsa atau pegangan politik kerana agama melarang berbuat demikian kecuali atas alasan ilmu.
“Jika produk keluaran pengeluar Islam tidak berkualiti atau tidak memiliki sijil halal, adakah kita wajib membelinya?
“Adalah lebih baik jika gerakan terbabit mengajak umat Islam untuk memberi tumpuan kepada produk yang memiliki persijilan halal khususnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana barangan yang mempunyai sijil halal sememangnya menepati hukum syarak dan berkualiti tinggi.
“Dalam isu ini, jika tidak mempunyai pilihan lain, kita tidak boleh sesuka hati memboikot barangan keluaran pengeluar bukan Islam kerana Nabi Muhammad SAW sendiri pun membenarkan orang Yahudi berniaga di kota Madinah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Beliau mengulas mengenai wujudnya gerakan pihak tertentu untuk memboikot barangan yang dikeluarkan atau dijual oleh orang bukan Islam.
Mohd Izhar berkata, dianggarkan hanya 25 peratus daripada ribuan produk halal yang terdapat di pasaran hari ini adalah keluaran pengeluar Islam dan Bumiputera
Mohd Izhar berkata, di Arab Saudi misalnya, masyarakat Islam di sana memboikot sebuah restoran makanan segera dan usaha mereka berjaya kerana mempunyai produk gantian yang seumpamanya iaitu Al-Baik.
“Al-Baik bukan sahaja dimiliki oleh orang Islam tetapi kualiti makanannya juga sama dengan jenama makanan segera terkenal itu.
” Justeru, tidak hairanlah mengapa masyarakat Islam di sana berjaya memboikot ( jenama makanan segera terkenal berkenaan) kerana ada produk gantian yang hampir sama kualitinya,” katanya.
Menurutnya, gerakan untuk memboikot dilihat sukar dijayakan di negara ini kerana kesedaran masyarakat untuk memperkukuhkan ekonomi orang Islam masih kurang.
Ini kerana, banyak masa masyarakat dihabiskan dengan berselisih faham, bergaduh sesama sendiri daripada berusaha meningkatkan lagi kualiti produk keluaran masing-masing.
“Jika kita melulu memboikot barangan hanya disebabkan sesuatu bangsa atau agama, ia adalah tidak wajar.
“Kita seharusnya melihat kepada skop yang lebih besar iaitu persijilan halal kerana jika kita memboikot barangan yang tidak mempunyai sijil halal, ia secara tidak langsung akan memaksa pengeluar untuk memohon sijil halal dan menepati semua syarat pembuatan yang diperlukan terutama daripada pihak agama,” katanya.

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus