MUQADDIMAH
Agama Islam dan Yahudi merupakan antara agama samawi yang
diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada rasul-Nya untuk memimpin kaum-kaum yang telah
diamanahkan. Namun demikian hanya agama Islam yang diturunkan kepada junjungan
besar Rasulullah S.A.W untuk menjadi ikutan umat hingga akhir zaman. Malangnya,
hingga ke hari ini masih ada lagi yang bertuhankan ataupun bertunjangkan agama
Yahudi.
Walaupun agama Yahudi merupakan salah satu dari agama
Samawi tetapi ia tetap berbeza daripada agama Islam dan Nasrani. Ini dapat
dibuktikan daripada hubungan sejarah dan ajaran agama Yahudi. Dalam satu
buku yang bertajuk ‘Sejarah Agama Yahudi Dan Kitab Perjanjian Lama: Satu
Pengenalan Dan Analisa’ tulisan Mohd Fikri Bin Che Hussain
berjaya mengupas persoalan-persoalan mengenai agama Yahudi yang mana telah
dirakamkan dalam al-Quran dan al-Hadith. Dalam buku ini banyak menerangkan
tentang kitab perjanjian lama Yahudi. Bukan itu sahaja ideologi Kabbalah
juga ada dihuraikan di sini. Yang mana ideologi Kabbalah ini
adalah satu bentuk amalan mistik yang paling popular di dalam fakta-fakta
konspirasi dunia.
Apa yang perlu diperhatikan ialah agama Yahudi
merupakan satu bangsa yang sukar untuk difahami kerana mereka tidak sahaja
memusuhi Islam sejak zaman nabi Ibrahim malah antara mereka sendiri juga
berkonflik dalam menegakkan cabang-cabang ideologi pemikiran suku masing-masing.
Di sini pengkaji akan membawakan perbezaan antara
agama Islam dan Yahudi untuk dikongsi kepada semua. Semoga dengan perkongsian
ilmu yang sedikit ini dapat menambah pemahan kita semua. Segala yang terlebih
dan terkurang dalam kajian ini harap dimaafkan.