Jumaat, Februari 15, 2013

Waktu Solat Menurut Al-Quran dan Sains


Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.

Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.

WAKTU SUBUH

Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.

WAKTU ZOHOR

Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaanya.

Rabu, Februari 13, 2013

Doa Para Nabi-Nabi


Doa Nabi Adam a.s

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

Doa Nabi Nuh a.s

 رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)

Doa Nabi Hud a.s

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ”
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Surah Hud :56)

Doa Nabi Ibrahim a.s

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)

Adab Bercakap Mengikut Sunnah

Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“.

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan  orang yang jahil dalam agama

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

Sumber: http://muhdhazrie.wordpress.com

Kelebihan Nabi Adam a.s Berbanding Iblis

Di antara kelebihan zahir Nabi Adam a.s. berbanding Iblis ialah, Allah s.w.t. menjadikan Nabi Adam a.s. sebagai khalifah di muka bumi ini.
Adapun antara kelebihan yang tersembunyi di sebalik hakikat Nabi Adam a.s. ialah, baginda a.s. merupakan suatu jasad yang akan diletakkan roh dan nur Nabi Muhammad s.a.w. (kekasih teragung di sisi Allah s.w.t.) ke dalamnya. Oleh itu, Nabi Adam a.s. diciptakan untuk dijadikan sebab wujudnya Rasulullah s.a.w. dari nur ke alam basyariah, di dunia ini. Oleh itu, sebab yang membawa kemuliaan juga merupakan suatu yang mulia.
Di antara kelebihan batiniah Nabi Adam a.s., ialah hakikat Ubudiyah dalam diri Nabi Adam a.s. yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda a.s..
Nabi Adam a.s. dikurniakan hakikat Ubudiyah yang tidak ada pada Iblis, walaupun pada zahirnya, Iblis lebih banyak beribadah kepada Allah s.w.t..
Takkala Adam a.s. diciptakan, Iblis merupakan makhluk yang palng kuat beribadah, sedangkan Nabi Adam a.s. pada ketika itu belum lagi pernah beribadah kepada Allah s.w.t. kerana baru diciptakan.
Oleh itu, takkala Iblis disuruh untuk sujud menghormati Nabi Adam a.s., ANA (sifat rasa diri sendiri bagus) meluak-luak di dalam hatinya, kerana membandingkan dirinya yang sudah lama beribadah kepada Allah s.w.t., dengan makhluk yang baru diciptakan, tanpa sebarang ibadah.
Apabila ANA dalam diri Iblis tercabar dengan Nabi Adam a.s., dia lantas lupa bahawa yang menyuruhnya sujud kepada Adam a.s. ialah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu, dan Tuhan yang Maha Berkuasa, walaupun sebelum itu, dia telah mengenali sifat-sifat Allah s.w.t. tersebut.
Namun, apabila yang dipandangnya ialah perintah Allah s.w.t. tersebut, yang memaksa dia menghina dirinya, maka dia tidak nampak lagi kebesaran Allah s.w.t. yang memerintahnya melakukan sedemikian, dek sibuk membela kebesaran ANA (diri sendiri).

Jumaat, Januari 25, 2013

Iblis dan Alamnya

BANGSA-BANGSA JIN
Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka (seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yang juga ditakbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Di sini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilateral beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu :-

1) Puak Ifrait
Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu manusia dari semua arah terutama di dalam bab akidah. Manusia yang tipis pengetahuannya akan mudah diperkotak katikkan mereka ini. Hasutan dan tipu muslihatnya yang halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masalah itu. Salah satu contoh yang boleh diberi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang sememangnya bersatu dengan golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yang dari keluarga Ifrait juga kepada manusia yang di dalam kesusahan hidup yang miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yang miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (di Indonesia dipanggil Pensyaratan) yang sudah tentu melanggar hukum syarak, contohnya menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya, setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.

Manusia yang dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka upacara mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Sudah mula meninggalkan solat, puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf, berzina dikelab-kelab karaoke, berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerana itulah yang dicarinya selama ini. Anak bini dirumah menjadi tidak karuan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah mengetahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang “bertukar kulit” menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalik, jin akan menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak mengetahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. Lama kelamaan Jin itu menguasai sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.

Buraq Kenderaan Nabi S.A.W

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepadaMu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah memberi wahyu kepada Jibrail a.s pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail a.s bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Kemudian Jibrail a.s pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan diwajah masing-masing terdapat nama Muhammad S.A.W. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s lalu menghampirinya lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad S.A.W sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail a.s, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail a.s memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail a.s itu menendang-nendangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail a.s memegangnya dan berkata, "Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah ". Mendengar perkataan Jibrail a.s itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan malu-malu dan tidak lagi resah. Nabi S.A.W pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi S.A.W.

Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad S.A.W memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail a.s mendampingi nabi S.A.W di sebelah kanan baginda S.A.W manakala Israfil di sebelah kiri.

Sumber: http://yanty82.blogspot.com

Rela Dimasukkan ke Dalam Neraka

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun.

Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?.

Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam".

Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali.Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".
 
Sumber: http://tazkirahagama.blogspot.com

Penyelewengan Kalimah Allah

(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (al-Baqarah: 75)

Huraian

Golongan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah golongan ahli agama Yahudi yang amat arif dengan kitab-kitab suci mereka iaitu golongan yang mendengar kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s di dalam kitab Taurat tetapi kemudiannya mereka mengubah maksud dan membuat penafsiran yang menyeleweng daripada ruang lingkupnya.

Mereka melakukan pemesongan ini bukan kerana tidak mengetahui maksudnya yang sebenar tetapi mereka benar-benar tahu tentang pemesongan itu dan sengaja melakukannya. Mereka melakukan perbuatan ini semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dan kepentingan peribadi mereka sendiri.

Golongan yang seumpama inilah sudah pasti menyeleweng lebih jauh lagi daripada kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana mereka mempunyai hati yang tidak bertanggung jawab dan berpegang teguh dengan kepalsuan yang mereka sendiri mengetahui kepalsuannya.

Sesungguhnya tiada harapan lagi bagi golongan seperti ini akan beriman kerana orang yang beriman itu bersifat mudah, senang dan lembut dan hatinya sentiasa terbuka kepada cahaya iman.

Tabiat orang yang beriman bersifat lurus, malu dan segan melakukan pemesongan dan penyelewengan sedangkan golongan tersebut lebih berkesanggupan menentang dakwah Islam dan mengadakan fitnah ke atasnya.

Kesimpulan

Orang-orang yang beriman hendaklah berhati-hati apabila berdepan dengan golongan Yahudi atau segolongan orang-orang yang mendengar Kalam Allah lalu membenarkan dan beriman kepada ayat-ayat Allah.

Golongan seperti ini tetap ada sebagaimana segolongan manusia yang mendengar Kalam Allah dalam Taurat dan mereka pasti akan membenarkan kebenarannya tetapi tetap menyelewengkannya hanya kerana hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri.
 
Sumber: http://tazkirahagama.blogspot.com

Isnin, Disember 31, 2012

Perubahan Mayat Dalam Kubur

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua

Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga

Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu

Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

9 Rupa Manusia yang Dihalau di Padang Mahsyar

1. Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

2. Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

3. Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

4. Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

5. Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

6. Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

7. Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

Rabu, Disember 26, 2012

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Jumaat, Disember 07, 2012

Hukun Solat Jumaat bagi Muslimat

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya.

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit