Rabu, September 26, 2012

Neraka Tidak Sentiasa Panas

Roh manusia akan mengembara merentasi destinasi keenam iaitu neraka. Mereka yang menjadi ahli neraka ini akan hidup di alam terakhir ini untuk selama-lamanya. Sekiranya roh seseorang itu dapat masuk syurga maka ia adalah tempat pengembaraan paling baik dan nikmat bagi mereka.
Sebaliknya mereka menjadi ahli neraka, maka itu adalah tempat yang paling buruk. Bagi iblis dan orang-orang kafir, mereka tetap berada di alam nereka. Namun demikian, bagi orang-orang Islam yang berdosa tetapi tidak musyrik, mereka akan menempuh satu alam lagi iaitu alam syurga selapas diseksa dineraka. Bentuk neraka dan isinya.


Perkataan neraka berasal dari kata Ibrani yang mempunyai maksud unggun api. Sebenarnya neraka itu adalah azab iaitu tempat seksaan bagi mereka yang ingkar seperti iblis, syaitan, juga mereka yang menjadi musuh Allah seperti Fir’aun, Abu Jahal dan mereka yang berdosa. Inilah neraka yang disebut dalam Al-Quran sebagai Nar ataupun Darul Jahaanam. “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya itu adalah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan untuk mereka yang kafir”.
Di dalam neraka inilah orang-orang kafir akan diazab dan diseksa. Neraka juga adalah hukuman Allah seperti pembalasan daripada amalan-amalan jahat mereka ketika hidup di dunia. Ia adalah tempat untuk membakar orang-orang yang berdosa dari golongan jin dan manusia. Apinya sangat panas dan menyala-nyala. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
” Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya”.

Melihat Allah Di Syurga Pada Hari Kiamat

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.
Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W,
“Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril,
“Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.

Golongan VIP di Akhirat

Rasulullah s.a.w menjelaskan suatu keadaan yang amat menggerunkan pada hari Kiamat dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ;
“ Didekatkan matahari pada hari Kiamat kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (samada ukuran sekarang atau akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke pinggang dan ada yang sampai ke mulutnya (sambil baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya).” ( Muslim & Tarmizi )
Pada saat ini, manusia mencari-cari tempat berteduh untuk berlindung daripada kepanasan tersebut. Segala harta kekayaan ketika di dunia dahulu sudah tidak dapat berfungsi kecuali yang telah dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah. Walaubagaimanapun ada golongan ‘VIP’ tertentu yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapat ‘grand stand’ berbumbung pada saat genting itu. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda yang bermaksud ;
“ Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan yang diberikan oleh Allah”.
Mereka ialah :

1) PEMIMPIN YANG ADIL
Golongan ini diletakkan pada senarai yang pertama kerana ia bakal melahirkan ramai lagi calon untuk mengisi enam golongan seterusnya. Di dalam kitab Dalil al-Faalihin, diterangkan bahawa makna adil ialah mematuhi segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah dan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan utama di dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Golongan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w yang menjadi Perdana Menteri Negara Madinah selama 10 tahun, diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka di dalam kepimpinannya.

2) REMAJA YANG MEMBESAR DALAM KETAATAN
Usia remaja amatlah mencabar. Pelbagai pengaruh menghantui para remaja samada melalui rakan-rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya yang kelihatan menyeronokkan seperti mempunyai pasangan kekasih, merokok, merempit, berkaraoke dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada masa depan mereka sendiri. Walaubagaimanapun di celah-celah keributan gejala sosial ini, masih ada remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan, berseronok, dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi pertimbangan terpenting dalam kehidupan sehingga ada kalanya dipandang asing oleh rakan sebaya. Mereka ini yakin dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa naugan Allah sedang menanti di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan ‘antibodi’ yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

Kiamat: Bagaimana Terbitnya Matahari dari Barat


Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.
Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.


Barat mengemukakan 3 teori iaitu:
1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.
Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Makkah Sebagai Pusat Bumi

Makkah tempat di mana umat Islam melaksanakan haji itu terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan. Telah menjadi kenyataan ilmiah bahwa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air (samudera yang sangat luas).

Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magma dalam jumlah besar yang membentuk ‘bukit’. Dan bukit ini adalah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikannya lantai dari Ka’bah (kiblat). Batu basal Makkah dibuktikan oleh suatu studi ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.


Jika demikian, ini bererti bahwa Allah terus-menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi, ini adalah tempat yang paling tua di dunia.

Adakah hadits yang nabawi yang menunjukkan fakta yang mengejutkan ini? Jawapan adalah ya.
Nabi bersabda, ‘Ka’bah itu adalah sesistim tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluas.’ Dan ini didukung oleh fakta tersebut.

Menjadi tempat yang pertama diciptakan itu menambah sisi spiritual tempat tersebut. Juga, yang mengatakan nabi yang tempat di dalam dahulu kala dari waktu menyelam di dalam air dan siapa yang mengatakan kepada dia bahwa Ka’bah adalah pemenang pertama yang untuk dibangun atas potongan dari ini tempat seperti yang didukung oleh studi dari basalt mengayun-ayun di Makkah?

Bukti Pembohongan Holocaust

“Pada awal tahun 1935, beberapa buah kapal penumpang dengan diiringi armada kapal selam tentera telah berlayar secara rahsia dariPelabuhan Bremerhaven, Jerman ke Haifa (Palestin). Kapal-kapal penumpang tersebut dipenuhi oleh rakyat Jerman dan beberapa Negara Eropah lain yang berbangsa Yahudi. Tertera pada badan kapal penumpang tersebut (kapal penumpang yang terbesar di kalangan kapal penumpang tersebut) perkataan Hebrew yang berbunyi Tel Aviv.
 
Propaganda yang Dicanangkan oleh Yahudi dan Sekutu Barat Berkenaan Holocaust
Terdapat banyak bukti yang menafikan kewujudan Holocaust terhadap Yahudi.

Permasalahan Lelaki Memakai Cincin

Ulama berselisihan pendapat dalam perkara cara memakai cincin.Maka oleh kerana ada khilafnya maka memakai cincin samada di jari tangan kanan atau kiri tidak jadi masaalah.

Tempat letaknya cincin :
Ulama’ tidak berselisih pendapat tentang cincin yang di pakai oleh kaum wanita.Kerana cincin sememangnya perhiasan mereka.Bagi wanita mereka boleh pakai di samada di tangan kanan atau kiri atau cari kaki sekali pun ikut piihan mereka.kai cincin kepada perempuan;

Yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama ialah cincin yang di pakai oleh kaum lelaki.
Beberapa pengikut Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan.

Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga ulama menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri; kerana terdapat riwayat yang berbeza mengenai hadis Rasulullah saw.

Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta’ : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}.
Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memilih pemakaian disebelah kiri.

Selasa, September 25, 2012

Izinkan Saya Berzina dengan Anak Pakcik ...


Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya.

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Rabu, Ogos 15, 2012

Bagaimana Cara Sunah Nabi dalam Menyambut Aidilfitri?


Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa:-

Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki (Hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi). Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-'Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

Sumber: http://nbikutub.multiply.com

Jumaat, Ogos 10, 2012

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.

1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatulqadar
3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astagfirullah halazim waatubuilaih)
5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)
6. Bertasbih: 
  • Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X
  • Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X
  • Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X
  • Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X
7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)
8. Sembahyang sunat tahajud
9. Sembahyang sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.

Sumber: http://dakwah.org

Khamis, Ogos 09, 2012

Aurat Wanita Menurut Al Quran dan Hadis


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

1. Bulu Kening

-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada

-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Rabu, Ogos 08, 2012

Persoalan Manusia Semuanya Telah Terjawab Dalam Di Dalam Al Quran

Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)