Khamis, Jun 10, 2010

Keadaan Kiamat

"Dan pada saat permulaan kehancuran alam semesta, Allah mematikan seluruh penghuni bumi dan langit termasuk bangsa jin dan malaikat kecuali beberapa yang dikehendaki tetap hidup oleh Allah. Dan ditiiup sangkakala, maka matilah siapa yang dilangit dan yang dibumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian akan ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka bangkit menunggu (putusan masing-masing)" (QS, AZ-ZUMAR,39:68)

Begitu hebatnya keadaan pada hari itu sehingga tidak berlaku lagi hubungan-hubungan keluarga seperti firman Allah:
"Apabila sangkakala ditiup, maka di hari itu tidak ada hubungan-hubungan keluarga diantara mereka dan tidak pula mereka bertanya-tanya." (QS, ALMUKMIN,23-101)

Dalam sebuah riwayat juga disebutkan,
Pernah Aisyah, istri Rasulullah, bertanya kepada Nabi Muhammad Saw:”Bagaimanakah keadaan hari kiamat itu?” Sebelum menjawab pertanyaan itu Rasulullah menangis. Aisyah bertanya kepada Nabi Saw, kenapa ia menangis. Ia menangis karena ia sudah mengetahui suasana kiamat itu. Bahwa begitu hebatnya saat kiamat itu, sehingga suami-istri, orang tua dan anak-anaknya, masing-masing berdiri sendiri-sendiri, tidak saling kenal mengenal lagi. Masing-masing memikirkan keadaannya sendiri-sendiri. Napsi-napsi! Tiada satupun manusia yang bisa berbicara kalau tidak atas izin Allah Azza Wa Jalla yang berkuasa pada hari itu, hanya Malikiyaumiddin, Raja, Hakim pada hari kemudian itu. Masing-masing manusia sudah mendapatkan catatan yang digantungkan di tengkuknya.

Keadaan kiamat yang dijanjikan itu dilukiskan Allah dalam Al-Qur’an,
"Apabila sangkakala ditiup satu tiupan. Dan diangkat bumi serta gunung-gunung lalu diremukkan keduanya dengan satu benturan. Pada hari itu terjadilah kejadian itu (kiamat). Dan terbelahlah langit, maka ia pada hari itu lemah. Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru atas (langit), sedangkan di atas mereka masih ada delapan malaikat yang menjunjung Arsy Tuhanmu." (QS. AL-HAQQAH, 69:13-17)

Keterangan

Tentang jarak Arsy disebutkan dalam hadits riwayat Abu Dawud dari Muhamad bin Shabah dari Walin Bin Abi Tsaur dari Sammak dari Abdullah Bin Umairah dari al-Ahnaf Bin Qais dari Abbas Bin Abdul Muthalib katanya:
Aku berada di Batbaa bersama satu regu di antaranya ialah Rasulullah Saw lalu melintas di atas mereka sekelompok awan. Rasulullah lalu menengadah ke awan itu dan bertanya:’Apakah kamu namakan awan itu?’Mereka menjawab :’Awan’ Berkata Rasulullah:”Dan al-Muznu. ‘Lalu mereka berkata:’Dan al-Muznu.’Berkata lagi Rasulullah:’Dan al-Inaan.’Berkata mereka:’Dan al-Inan.’Lalu berkata pula Rasulullah:’Tahukah kamu jarak antara langit dan bumi?’Berkata mereka:’Kami tidak tahu.’Adapun jarak antara keduanya sekitar 71,72 atau 73 tahun. Begitu pula langit yang di atas langit itu yang berjumlah 7 langit, kemudian diatas langit ketujuh itu ada laut yang jarak antara dasarnya yang paling bawah dengan permukaan paling atas seperti jarak antara langit dan langit, kemudian di atas itu terletak Arsy, jarak antara lantai paling bawah dan atapnya paling atas sama pula dengan jarak antara langit dan langit, kemudian Allah Azza Wa Jalla di atas semua itu. (HADITS HASAN GHARIB DIKELUARKAN OLEH TIRMIDZI DAN IBNU MAJAH)

Keterangan

Pemakaian bilangan 7 (tujuh) itu berarti bilangan banyak. Dalam hadits lain yang dikeluarkan Ibnu Mahdi dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah saw bersabda:
"Antara langit dunia dan langit berikutnya 500 tahun dan antara masing-masing langit 500 tahun. Antara langit ketujuh dan al-kursy adalah 500 tahun. Antara al-Kursy dan air 500 tahun, Arsy di atas air, Allah di atas Arsy, tidak tersembunyi bagi-Nya tiap amal perbuatanmu."

Kalau Allah tidak memberitahu Muhammad Saw dengan perantaraan Malaikat-Nya, Jibril as maka tidak akan ada yang tahu kalau Dia memiliki jalan-jalan naik yang jaraknya sangat mencengangkan. Allah mempunyai jalan-jalan naik. Naiknya para malikat dan ruh kepada-Nya dalam sehari yang kadarnya 50.000 tahun (QS. AL-MA’ARIJ, 70:3-4)

Ayat ini memamerkan kemahabesaran kerajaan Allah kepada manusia dan jin. Kalau jarak terpendek dari Galaxy terdekat yaitu Galaxy Andromedan ditempuh 2.000.000 (dua juta) tahun perjalanan cahaya, sedangkan galaxy-galaxy lainnya ada yang ratusan juta tahun cahaya bahkan ada yang berjarak ribuan juta tahun cahaya dari planet mini Bumi. Maka jalan-jalan naik milik Allah yang seharinya berkadar 50.000 tahun tidak mustahil akan menjadi milyaran tahun perjalan cahaya. Sungguh luas kerajaan Allah.

Kemudian Allah melanjutkan gambaran kekacau-balauan manusia sehingga mereka melupakan hal-hal yang tidk pantas dilupakan.
Di hari yang kamu akan lihat (kegemparan) itu, lalai semua wantia dari (bayi) yang disusuinya, dan tiap-tiap kandungan menjadi gugur dan engkau akan dapati manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, begitu dahsyatnya siksaan Allah.(QS.AL-HAJJ, 22:2)

Dan mereka pun tak akan mempunyai kesempatan sedikitpun mengurus saudara-saudara, ibu-bapak, isteri maupun anak-anak mereka sendiri.
Maka bila datang suara gempuran besar. Dihari itu (kiamat) setiap orang lari dari saudaranya, ibu dan bapaknya, isteri dan anak-anaknya. (QS, ABASA, 80:33-36)

Dan bahkan manusia seolah-olah mempunyai sayap. Mereka beterbangan di angkasa bersama-sama dengan gunung-gunung.
Pada hari itu (hari kiamat) manusia seperti rama-rama yang beterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu-bulu yang dihamburkan. (QS, AL-QARIAH, 102:4-5)

Pernah seorang sahabat bernama Hudzaifah ra bertanya kepada Rasulullah Saw, Hudzaifah : Wahai Rasulullah bagaimanakah keadaan semua makhluk sewaktumendengar tiupan sangkakala?Rasulullah : Demi Dzat yang jiwaku berada dalam kekuasaanNya, apabila sangkakala ditiup maka itulah datangnya hari kiamat. Keadaan seseorang adalah apabila sudahmengulurkan tangan untuk mengangkat sesuap nasi pada mulutnya maka ia tidak sampai memakannya. Pakaian yang sudah berada pada kedua tangannya tinggal memakai maka ia tidak dapat memakainya dan kendi yang sudah di atas mulutnya untuk minum maka ia tidak dapat meminumnya.

Sumber: http://mocendink.wordpress.com

Solat Berjemaah di Belakang Imam Berlainan Mazhab

Mendirikan solat-solat fardhu secara berjemaah tetap menjadi tuntutan utama dalam Islam sekalipun dalam suasana musafir. Adalah menjadi suatu disiplin dan prinsip tegas baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam untuk melaksanakan solat-solat fardhu secara berjemaah dan disiplin ini diteladani oleh Para Khalifahnya yang empat beserta lain-lain para sahabat, radiallahu-anhum. Keutamaan solat fardhu secara berjemaah diterangkan oleh sebuah hadith masyhur yang bermaksud: Solat berjemaah adalah 27 kali lebih tinggi kedudukannya daripada solat yang didirikan bersendirian. Solat berjemaah harus diusahakan seboleh mungkin sekalipun bilangan orang adalah kecil, kerana solat bersendirian hanya akan membuka pintu-pintu gangguan syaitan Iblis, samada ketika solat mahupun di luarnya. Amaran Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Tidaklah 3 orang di suatu desa atau perkampungan yang tidak mendirikan solat sesama mereka melainkan syaitan akan menguasai mereka. Maka kalian harus berjemaah kerana serigala hanya akan memangsakan kambing yang liar berseorangan. Sesungguhnya serigala bagi manusia adalah syaitan, apabila hanya berdua lantas akan dimakannya (iaitu syaitan akan memangsakan manusia sebagaimana serigala memangsakan kambing-P).

Mengingatkan kepada pesanan-pesanan serta sunnah teladan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tentang keutamaan solat-solat fardhu berjemaah, kita amatlah dituntut agar melaksanakan solat-solat fardhu secara berjemaah samada di perkampungan asal, dalam perjalanan atau apabila telah tiba ke destinasi. Dalam setiap suasana solat fardhu berjemaah tetap menjadi penekanan agama dan sesiapa yang mendokonginya akan memperoleh ganjaran manakala bagi yang meremehkannya hanya akan merugikan diri sendiri beserta umat umumnya.

Walaubagaimanapun apabila seseorang itu bermusafir dari satu benua ke benua yang lain, mendirikan solat secara berjemaah akan menimbulkan dua persoalan, iaitu: Pertama - Apakah hukum solat di belakang imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan sah atau tidak solat, dan Kedua - Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengikut imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan etika dan adab solat ? Kedua-dua persoalan ini akan dihuraikan berikut ini.

Pertama - Apakah hukum solat di belakang imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan sah atau tidak solat ?

Yang dimaksudkan dengan persoalan ini ialah umpama seorang makmum dari Mazhab Shafie yang bersolat jemaah di belakang seorang imam dari Mazhab Hanafi, di mana imam tersebut sebelum memulakan solat telah menyentuh seorang wanita dan dia (imam) tidak mengulangi wudhu'nya kembali. Dalam hal ini bagi Mazhab Hanafi menyentuh wanita tidaklah membatalkan wudhu' manakala bagi Mazhab Shafie, menyentuh wanita adalah membatalkan wudhu'. Maka bolehkah dan sahkan solat makmum tersebut di belakang imam itu ? Contoh kedua ialah seorang makmum dari Mazhab Hanafi yang bersolat jemaah di belakang seorang imam dari Mazhab Shafie, di mana imam tersebut ketika berwudhu' hanya membasuh sebahagian kecil dari kepalanya. Dalam hal ini kaedah membasuh kepala bagi Mazhab Shafie adalah memadai dengan sebahagian kepala manakala bagi Mazhab Hanafi, syarat sah wudhu' adalah dengan membasuh keseluruhan bahagian kepala. Maka dalam contoh kedua ini, bolehkah dan sahkan solat makmum tersebut di belakang imam itu ?

Dalam kedua-dua contoh di atas atau dalam apa-apa situasi seumpama, para fuqaha berbeza pendapat mengenai status solat makmum tersebut, iaitu:

1. Ada di antara mereka yang berpendapat solat makmum adalah tidak sah kerana solat imam itu sendiri adalah tidak sah, kerana imam telah melakukan sesuatu yang membatalkan solat mengikut syarat-syarat mazhab makmum.

2. Sebahagian pendapat lain pula menyatakan bahawa makmum harus menerima syarat-syarat solat mazhab imam yang dikuti dalam jemaah tersebut dan selagi apa yang dilakukan oleh imam adalah sah berdasarkan mazhabnya maka sahlah juga bagi makmumnya, sekalipun antara imam dan makmum berbeza mazhab.

Ketahuilah sebenarnya bahawa perbezaan-perbezaan yang wujud antara ajaran-ajaran Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang 4 ini hanyalah perbezaan kecil yang melibatkan hal-hal cabang, iaitu furuqiyyah. Ia bukanlah perbezaan yang melibatkan urusan aqidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan antara mazhab muncul atas beberapa sebab yang sememangnya sukar untuk dielakkan, seperti beza tafsiran terhadap sesuatu dalil, atau beza anggapan terhadap kekuatan sesuatu hadith dan sebagainya. Ini semua adalah sesuatu yang lumrah lagi terbuka dalam agama dan ia adalah sesuatu yang sudah diterima umat sejak dari hari-hari pertama sejarah agama Islam ini lagi.

Oleh itu jikalau kita menyemak kitab-kitab sejarah para sahabat dan generasi-generasi selepas mereka, kita akan dapati mereka saling bersolat jemaah sesama mereka sekalipun terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa hal furu' sesama mereka sendiri. Teladan ini didokongi oleh para Imam Mazhab sendiri. Contohnya Imam Ahmad bin Hanbali, yang dari anak-anak muridnya lahir Mazhab Hanbali, berpendapat bahawa seseorang yang sedang solat lalu berlaku pendarahan pada hidung, maka batallah solatnya itu kerana pendarahan hidung adalah salah satu dari hal yang menyebabkan batalnya wudhu'. Lain pula dengan pendapat Imam Malik bin Anas, yang dari anak-anak muridnya lahir Mazhab Maliki, beliau berpendapat pendarahan hidung itu tidaklah membatalkan wudhu'. Akan tetapi apabila di suatu ketika salah seorang dari anak murid Imam Ahmad bertanya kepadanya - apakah hukum solat di belakang imam yang tidak memperbaharui wudhu' apabila berlaku pendarahan hidung, Imam Ahmad menjawab: Adakah patut aku enggan bersolat di belakang Imam Malik dan Sa'id ibnu Musayyib ? Jawapan Imam Ahmad di atas jelas menunjukkan bahawa perbezaan pendapat antara dirinya dan Imam Malik tidak menjadi penghalang bagi dia untuk tetap bersolat jemaah di belakang Imam Malik atau para pengikut mazhab Maliki.

Demikianlah sepatutnya teladan yang kita contohi, iaitu tetap berjemaah sekalipun timbul perbezaan mazhab antara makmum dengan imam ikutan solat jemaah. Perbezaan yang timbul antara ajaran mazhab tidak sepatutnya menjadi batu penghalang bagi kita umat Islam dari bersatu berjemaah mendirikan solat menghadap Allah Subhanahu waTa'ala. Lebih dari itu solat berjemaah antara sesama mazhab yang berbeza dapat menjauhkan sikap taasub dan fanatik mazhab yang hanya akan memecah-belahkan umat kepada kumpulan-kumpulan mazhab masing-masing. Bukankah solat berjemaah itu sendiri merupakan salah satu dari lambang kesatuan umat Islam, dan mengasingkan diri kepada jemaah mazhab tersendiri sahaja merupakan satu lambang perpecahan umat ?

Hujah penerangan di atas adalah berasaskan kepada kesimpulan yang dibuat oleh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, seorang tokoh fiqh Islam mutakhir, di mana setelah beliau mengupas dan menghurai pendapat setiap mazhab dalam persoalan ini, beliau menulis: Dengan itu bersembahyang di belakang orang yang berlainan dalam persoalan furu' atau cabang mazhab adalah sah dan tidak makruh. Ini kerana pengambilan kiraan dilihat kepada mazhab imam, kerana para sahabat dan tabi'in serta angkatan selepas mereka sering berjemaah sesama mereka sedangkan terdapat perselisihan sesama mereka dalam perkara-perkara furu'. Perbuatan mereka ini dikira sebagai ijma'. Dengan memegang pendapat ini juga akan luputlah kesan-kesan kefanatikan mazhab.

Oleh itu dibolehkan seseorang makmum itu bersolat di belakang seorang imam yang berbeza mazhab dengannya, sekalipun imam tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi syarat mazhab ikutan si-makmum. Asal sahaja imam ikutan itu melakukan sesuatu yang sah dalam lingkungan mazhab pegangannya, maka sahlah solatnya dan sahlah juga solat para makmum yang mengikutinya.

Kedua - Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengikut imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan etika dan adab solat ?

Antara perbezaan yang dimaksudkan dalam persoalan kedua ini ialah solat di belakang imam yang menyebut Basmalah secara perlahan ketika membaca surah al-Fatiha dalam solat fardhu Subuh, Maghrib, Isyak, dan solat di belakang imam yang tidak membaca doa qunut ketika solat fardhu Subuh. Maka dalam persoalan ini adakah seorang makmum itu mengikut sahaja perbuatan imam atau adakah dia melakukan apa yang dituntut mengikut mazhabnya sendiri ?

Penjelasan bagi soalan ini mirip kepada penjelasan bagi persoalan pertama di atas, iaitu seseorang makmum itu harus sahaja mengikut perbuatan-perbuatan solat imam ikutannya itu sekalipun terdapat perbezaan mazhab antara imam tersebut dan diri makmum. Sekali lagi dinyatakan, perbezaan ajaran mazhab tidak boleh dijadikan faktor penghalang bagi umat Islam solat berjemaah bersama-sama. Oleh itu jikalau seseorang itu solat di belakang imam yang tidak membaca doa qunut, maka dia juga tidak membaca doa qunut, dan jikalau seseorang itu solat di belakang imam yang membca doa qunut, maka dia juga perlu ikut membaca doa qunut. Walauapapun perbezaan ajaran mazhab antara makmum dan imam, imam tetap berfungsi sebagai pemimpin solat yang diikuti. Mengikut dengan tepat pimpinan imam solat jemaah dan bertoleransi dalam perbezaan hal-hal furuqiyyah adalah suatu kesepakatan kesemua mazhab Ahli Sunnah yang empat.

Hal ini dibuktikan oleh sejarah, apabila Imam Shafie, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah serta anak-anak murid mereka generasi ke generasi, semuanya turun ke Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah haji mereka, padahal imam-imam di kedua-dua masjid kota suci tersebut, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi adalah terdiri dari anak-anak murid Imam Malik binAnas, iaitu bermazhab Maliki. Akan tetapi perbezaan mazhab sebegini tidak menghalang mereka dari bersolat jemaah bersama-sama, sekalipun terdapat perbezaan dalam etika solat seperti bacaan Basmalah dan bacaan doa qunut Subuh antara keempat-empat mazhab tersebut.

Dilarang serta ditegah dari melakukan sesuatu pergerakkan solat yang berbeza dengan imam semata-mata kerana perbezaan mazhab antara imam dan jemaah. Antara perbezaan yang dimaksudkan ialah pembacaan doa qunut ketika menunaikan solat fardhu Subuh. Apabila kita berjemaah di belakang imam yang membaca doa qunut maka hendaklah juga kita ikut membacanya dan apabila kita berjemaah di belakang Imam yang tidak membaca doa qunut, seperti Imam dari Mazhab Hanafi atau Hanbali, maka hendaklah kita turut tidak membacanya.

Ini adalah berdasarkan perintah yang jelas dari baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang melarang para jemaah melakukan sesuatu pergerakkan solat yang berbeza dengan imam yang mereka ikuti. Perintah beliau: Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia rukuk, maka rukuklah. Apabila dia membaca 'SamiAllahuliman Hamidah' maka katalah 'Rabbana lakal Hamduh' . Apabila dia sujud, maka sujudlah. Dan apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua (dalam jemaah). Dan luruskanlah barisan saf dalam solat (jemaah) kerana sesungguhnya saf yang lurus adalah tanda kesempurnaan solat (jemaah).

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bukan sahaja melarang perbuatan solat yang berbeza dengan imam, tetapi juga melarang seseorang itu daripada melakukan sesuatu perbuatan solat yang tidak seragam dan semasa dengan imam yang sedang diikuti. Dua hadith berikut memberikan amaran serta ancaman berat kepada seseorang makmum yang tidak mengikut dengan tepat dan seragam akan imam solatnya:

[01] Abu Hurairah radiallahu-anhu berkata bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak takutkah salah seorang dari kalian apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk dan sujud sebelum imam, (lalu) Allah akan menjadikan kepalanya (seperti) kepala keldai atau Allah akan menjadikan bentuknya (seperti) bentuk keldai ?

[02] Abu Hurairah radiallahu-anhu berkata bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Orang yang menurun dan mengangkat sebelum Imam, sesungguhnya ubun-ubun kepalanya berada di tangan syaitan (dipimpin oleh syaitan).

Nah ! Perhatikanlah kedua amaran di atas. Jikalau pergerakkan solat yang tidak seragam dengan imam sudah diancam dengan sebegitu berat, maka bagaimana pulakah dengan sesuatu pergerakkan solat yang sengaja dilakukan bertentangan dengan imam ? Sudah tentu juga tidak boleh. Oleh itu janganlah seseorang makmum itu melakukan apa-apa perbuatan solat yang berbeza dengan imam ikutannya. Ini termasuklah etika pembacaan doa qunut dalam solat fardhu Subuh, di mana telahpun diterangkan sebelum ini bahawa terdapat perbezaan pendapat sesama mazhab akan hukum pembacaannya. Akan tetapi perbezaan ini tidaklah seharusnya mendorong seseorang jemaah itu daripada berlaku beza dengan imam ikutannya dalam solat berjemaah. Tiga hadith terakhir di atas jelas lagi nyata bagi menerangkan adab-adab solat berjemaah - iaitu tetap selari dan seragam dengan imam ikutan.

Diketahui penulis bahawa ada segelintir pendapat yang menyuruh seseorang itu untuk tetap membaca doa qunut Subuh apabila bersolat jemaah di belakang imam yang tidak membacanya. Pendapat ini juga sering diajar kepada para jemaah kita yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, di mana mereka disuruh untuk tetap 'menyelitkan’ bacaan doa qunut apabila imam sedang iktidal, sebelum turun ke posisi rukuk (Para imam di Arab Saudi tidak membaca doa qunut Subuh). Pendapat ini mengikut analisa penulis adalah sangat tidak tepat lagi menyalahi sunnah-sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam etika dan adab solat berjemaah.

Justeru apabila seorang makmum mengikut imam yang berlainan mazhab dalam solat jemaah, hendaklah dia mengikut setiap tatacara dan etika solat imam tersebut, sekalipun perbuatan imam itu tidak menepati ajaran mazhab makmum. Sikap sebegini adalah merupakan dasar manhaj para imam mazhab yang empat dan ia paling menepati tujuan serta objektif pensyari'atan solat berjemaah itu sendiri.



Kesimpulan

1. Dibolehkan solat di belakang imam yang berlainan mazhab sekalipun imam tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi syarat mazhab ikutan si-makmum.

2. Hendaklah tetap mengikuti tatacara solat imam ikutan sekalipun ia tidak menepati tuntutan mazhab pegangan makmum.

Dalil-dalil (bukti) Al Quran Itu Datang dari Allah

Berikut dipaparkan dalil ayat al.Quran dan maksud ayat-ayat al.Quran yang menjelaskan kepada manusia bahawa al.Quran itu sebenarnya datang dan diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad.s.a.w. ( Bukan ciptaan Nabi Muhammad.s.a.w. )

Allah mencabar manusia yang tidak mempercayainya supaya mencipta satu surah sepertinya tetapi tiada siapa pun yang berjaya mencipta walau pun satu surah yang setanding dengannya sehingga sekarang, malah sehingga bila-bila, Cabaran tersebut akan kekal berada di dalam al.Quran sehingga Hari Kiamat atau sampai bila-bila.

Ini bermakna manusia sekarang pun yang masih ragu-ragu atau tidak mempercayai al.Quran masih dicabar oleh Allah supaya mereka mencipta satu surah lain yang serupa dengannya dalam semua aspek. Sekiranya pendirian mereka itu benar dan al.Quran itu palsu seperti dakwaan mereka. Sudah terbukti mereka telah gagal menciptakannya.

Firman Allah dan maksudnya.

[23] Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
Surah al.Baqarah.

Maksud firman Allah:

[88] Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”
Surah al.Israa'

[48] Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

[49] (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.

[50] Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?” Jawablah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata”.

[51] (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Surah al.Ankabut.

[82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
Surah An.Nisak.

Rabu, Jun 09, 2010

Perihal Syaitan Laknatullah

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah SWT jadikan Jaan.

Fitnah Al Masih Ad-Dajjal

Ujian Allah SWT menerusi makhlukNya yang bernama Al Masih Ad-Dajjal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakanNya kepada ummat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda: "Sejak Allah SWT menciptakan nabi Adam AS sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal."

Sebelum kemunculan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama tiga tahun. Pada tahun pertama, hujan akan kurang sabanyak 1/3 daripada biasa, pada tahun kedua akan kurang 2/3 daripada biasa dan pada tahun ketiga hujan terus tidak turun. Umat ketika itu akan dilanda kebuluran dan kemarau. Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian. Dalam satu riwayat, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan."

Kisah Bidadari Ainaa’ ul Mardhiyah

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid: "Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk mula keluar ke medan peperangan pada hari Isnin, lalu seorang dari kami membaca ayat 11 surah Attaubah yang bermaksud: "Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum Mukminin jiwa dan harta mereka dengan dibayar syurga".

Di dalam majlis itu ada seorang pemuda yang berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata: "Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu". Aku berkata padanya: "Sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan penjualan itu". Pemuda itu lantas berkata: " Wahai Abdul Wahid, apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah SWT? Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah SWT. Kami tidak merasakan anak kecil tidak boleh berbuat demikian". Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk ke medan peperangan.

Bila tiba hari Isnin, beliaulah orang yang pertama sampai untuk berangkat ke perbatasan dan mengucap salam kepada ku: "Assalamualaikum ya Abdul Wahid" Aku menjawab: "Wa alaikassalam warahmat Allah wabarakaatuh. Semoga Allah SWT memberi keuntungan dalam jualanmu itu."

Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun sembahyang serta menjaga keselamatan kami di waktu malam. Beliau jugalah yang menjaga ternakan yang kami bawa sambil melayani keperluan kami di siang hari. Ketika sampai di sempadan negeri Rum, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu Asar, pemuda itu datang meluru sambil menyeru: "Alangkah rindunya aku akan Ainaa’ ul Mardhiyah". Ramai di antara kami menyangka pemuda itu mengalami ganguan saraf ingatan.

Lalu aku menyambut kedatangannya seraya bertanya: "Wahai kesayanganku, apakah itu Ainaa’ ul Mardhiyah?" Lantas beliau menjawab: "Tadi aku tertidur sebentar. Aku bermimpi seseorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainaa’ ul Mardhiyah. Aku dibawa ke satu taman yang sangat cantik. Di situ ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain di taman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata Demi Allah, itulah suami Ainaa’ ul Mardhiyah. Lantas aku memberikan salam kepada mereka, Assalamualaikunna, apakah di sini tempat Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, majulah kamu ke depan lagi."

Pemuda itu meneruskan ceritanya: "Akupun meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu taman yang ada sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut oleh sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah ku lihat sebelum mereka. Mereka berkata, Demi Allah lihatlah, suami Ainaa’ ul Mardhiyah sudah sampai. Akupun mengucapkan salam kepada mereka lantas bertanya, apakah ada di antara kamu ini Ainaa’ ul Mardhiyah? Sesudah menjawab salamku mereka berkata yang mereka adalah budak serta pelayan-pelayan Ainaa’ ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku."

Pemuda itu berkata lagi: "Aku meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu lembah yang ada sungai khamar pula. Di situ ramai gadis sedang bersuka ria, yang mana mereka lebih cantik sehingga menyebabkan aku lupa akan kecantikan gadis yang aku lihat sebelum mereka. Akupun mengucap Assalamualaikunna, apakah ada pada kamu Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka juga berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, teruskan perjalanan kamu ke hadapan."

Pemuda itu menyambung cerita: "Tiba-tiba aku bertemu pula dengan sungai madu di dalam satu kebun. Ku lihat kebun itu dipenuhi dengan ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikan mereka. Aku mengucap Assalamualaikunna, apakah di sini ada Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab Ya Wali Allah, kami hanyalah budak serta pelayannya sahaja. Majulah kamu ke hadapan".

Pemuda itu mengakhirkan cerita: "Akupun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku sampai pada satu kemah yang diperbuat dari permata yang berlubang. Ku lihat ada seorang gadis yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu kemah tersebut. Setelah ia melihat akan kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainaa’ ul Mardhiyah, suami kamu sudah sampai. Dengan rasa penuh rindu, akupun meluru masuk ke dalam kemah berkenaan. Di dalam kemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat dari emas yang bertaburan permata yakut serta berlian. Sungguh aku terpesona bila ku lihat akan kehadiran seorang gadis yang sangat cantik rupawan, menatap aku dalam senyuman duduk di atas tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambut aku dengan kalimat, Marhaban bi waliyir Rahman, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita. Aku ingin mendakapnya. Tapi Ainaa’ ul Mardhiyah lantas berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya, kamukan masih hidup di alam dunia. Nanti bila malam kamu akan berbuka puasa di sini InsyaAllah. Kemudian akupun tersedar dari tidurku. Wahai Abdul Wahid, aku rasa tidak sabar lagi…"

Abdul Wahid berkata: "Belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kami diserang oleh pasukan musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh berkenaan. Setelah ia berjaya membunuh sembilan orang kafir, akhirnya ku lihat pemuda itu rebah Akupun segera pergi ke arahnya. Dalam keadaan tubuhnya yang berlumuran darah, ku lihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia meninggal dunia."

Wallahu'alam.

Kisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka

Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis laknatullah itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu iblis laknatullah .

Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"

Akhirnya iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis itu. Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."

Wallahu'alam.

Sumber: http://abumusa2.blogspot.com/

Iblis Laknatullah Menemui Ajal

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka'bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, "Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: "Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat".

Maka di jawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: "Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka'abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: "Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suarayang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.

Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.

Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: "Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanyakepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka".

Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timurhingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: "Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!"

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung. Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam AS sambil berkata: "keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan". Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: "Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Malaikat Izrail pun menjawab: "Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda", maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.

Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha. Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.

Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya. Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: "Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".

Wallahu'alam.

Di Mana Roh Selepas Mati

Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya;

Pendapat pertama: Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).

Pendapat kedua: Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.

Pendapat ketiga: Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.

Pendapat keempat: Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.

Pendapat kelima: Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.

Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah;
· Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi,
· Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,
· Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,
· Ada ruh yang ditempatkan di bumi,
· Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,
· Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj).

Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; “Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan”.

Hubungan ruh dengan jasad

Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam”.

Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada.

Wallahu A’lam.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Syirik: Apakah Masih Ada Harapan Taubat?

Syirik adalah dosa paling besar di dalam Islam. Orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah, ditutup pintu keampunan untuknya. Ia akan kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Firman Allah (bermaksud);

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia akan mengampunkan dosa selain syirik itu bagi orang yang dikehendakiNya. Sesiapa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar” (Surah an-Nisa’, ayat 48).

Menurut ulamak Tafsir, ayat di atas bermaksud kepada orang yang mati dalam Syirik. Berkata Imam Ibnu Kathir; yakni; “Allah tidak mengampunkan hamba yang bertemuNya dalam keadaan mensyirikkanNya”. Adapun orang yang semasa hayatnya pernah mensyirikkan Allah, kemudian sebelum ia mati, ia telah menyedari dosa Syiriknya, lalu memohon ampun kepada Allah dan membuang segala perbuatan Syirik dari dirinya, Insya Allah dosanya akan diampunkan Allah. Ini sebagaimana yang dijanjikan Allah melalui sabda RasulNya;

إنَّ اللَّهَ يقبلُ توبةَ العبدِ ما لمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hamba selagi nyawanya belum sampai di halqum (yakni nyawanya berada di penghujung)”. (HR Imam at-Tirmizi. Kata at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib)

Keadaannya sama seperti orang yang asalnya kafir, lalu memeluk Islam dan mati di dalam Islam. Sekalipun ia pernah mengkufurkan Allah, tetapi keislamannya telah menutup dosa kekufuran silamya. Begitu juga, dengan orang yang pernah mensyirikkan Allah, kemudian ia bertaubat dan kembali kepada Tauhid , maka taubat dan tauhidnya itu akan menutup dosa Syirik yang pernah ia lakukan.

Ayat di atas memberi ingatan kepada kita agar menjaga Tauhid kita di sepanjang hayat kita supaya kita dapat mati dalam Tauhid, bukan dalam Syirik. Tauhid dan Syirik adalah dua perkara yang saling bertentangan. Kedua-duanya tidak akan bertemu dan bercantum buat selama-lamanya. Jika dalam diri kita ada Tauhid, tidak akan ada Syirik. Jika ada Syirik, tidak akan ada Tauhid. Kerana itu, orang yang diserapi dengan penyakit Syirik, akan hilang darinya Tauhidnya sebanyak Syirik yang menyerapinya itu. Kemuncak Syirik ialah Syirik Akbar (Besar) kerana ia memadamkan sepenuhnya Tauhid dari diri seseorang. Adapun Syirik Asghar, ia tidak memadamkan sepenuhnya Tauhid, namun tidak boleh juga kita pandang ringan kerana ia menghakis Tauhid kita sikit demi sedikit. Orang yang berterusan melakukan Syirik Asghar (Kecil), lambat laun ia akan terjebak ke dalam Syirik yang lebih besar dan akhirnya mati dalam Syirik.

Orang yang menyedari ia pernah terjebak denagn Syirik hendaklah ia cepat-cepat bertaubat kepada Allah. Bertaubat dari Syirik tidak cukup dengan istighfar dan sembahyang taubat sahaja. Ia hendaklah memenuhi segala rukun yang ditetapkan agama untuk sahnya taubat seseorang, iaitu;

Pertama; Ia hendaklah meninggalkan segala perbuatan Syirik yang pernah dilakukannya. Jika ia melakukan Syirik dengan berdoa atau memuja jin, hantu atau makhluk-makhluk halus yang lain, hendaklah perbuatan itu ditinggalkan dan ia kembali beribadah dan memohon kepada Allah sahaja. Jika ia melakukan Syirik kerana melakukan sihir, hendaklah sihir itu ditinggalkan. Jika ia ada menggantungkan tangkal, hendaklah tangkal itu dibuang.

Kedua; Hendaklah ia menyesali ketelanjurannya melakukan dosa yang amat dimurkai Allah itu. Jika ia dapat menterjemahkan penyesalan itu dengan menangis di hadapan Allah itulah yang paling baik. Sabda Nabi s.a.w.; “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; (pertama) mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan (kedua) mata yang berjaga malam kerana berkawal di jalan Allah” (HR Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Menurut beliau; hadis ini hasan).

Ketiga; Hendaklah ia berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perbuatan Syirik yang pernah dilakukan dulu.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com

7 Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah SWT

Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :

1. Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )

2. Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.

3. Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.

4. Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.

5. Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.

6. Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.

7. Sentiasa memelihara lidah.

8. Sentiasa bertafakkur.

9. Sentiasa sedih dan sesal di atas perbuatan yang lalu.

Sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com

Jumaat, Jun 04, 2010

Kenali Pokok Gharqad Yahudi



Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.