Khamis, April 30, 2009
Barnaba Menyebut Tentang Rasul Terakhir
Ketahuilah !! Islam akan sentiasa menyeberangi medan dalam menentang kebatilan yang diwujudkan dengan pelbagai bentuk dan keupayaan. Kronologi pertembungan antara kebenaran dengan kebatilan merupakan kisah silam yang akan berterusan sehingga munculnya hari kiamat. Hal ini dibuktikan melalui sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
"..Akan sentiasa ada kumpulan dari kalangan umatku yang bangkit menegakkan kebenaran, mereka tidak sekali merasa mudharat kepada sesiapa yang menentang mereka sehingga datang janji Allah (sama ada mati syahid atau memperolehi kemenangan). ."
Memandangkan Islam yang merupakan agama penutup dalam edaran hubungan perutusan langit dan bumi, maka ia terdedah kepada lebih banyak musuh dan serangan. Kesamaran dan salah faham sengaja diwujudkan untuk menentang Islam telah wujud sejak sekian lamanya. Ancaman musuh-musuh Islam ini tidak berubah melainkan dalam tekniknya yang dipintal secara ilmiah. Walau bagaimanapun, pemikir-pemikir Islam sentiasa bertungkus-lumus melaksanakan tangunggjawab dalam menangani kekeruhan yang dilakukan oleh mereka. Bagaimanapun, musuh-musuh Islam ini terlebih dahulu melakukan kesesatan terhadap agama asal mereka. Contohnya apa yang berlaku kepada penganut agama Kristian, di kalangan mereka berani mengarang dengan mengubah suai kandungan nas asal kitab-kitab Injil demi kepentingan mereka sendiri. Memang mereka menggunakan bahan-bahan tradisional, tetapi mereka tidak teragak-agak untuk menambah dan menguranginya. Hal ini diakui oleh sejarawan Ahmad Syalabi dengan mengatakan bahawa Paul, Luke dan John (Yuhana) mengubah ajaran yang sebenar dibawa oleh Nabi Isa alaihissalam.
4 jenis injil yang diimani penganut Kristian seperti injil Paul, Luke, Matthew (Matius) dan John. Sebelum ini ia tidak dianggap suci oleh penganut Kristian, sehinggalah keempat-empat Injil ini diwartakan oleh Canon (hukum gereja). Pada awalnya ia adalah ibarat karangan biasa kerana mereka boleh mengubah untuk melanggar isi kandungannya. Perubahan terus berlaku di dalam kandungan Injil ini dan ia terbukti jika semakan perbandingan dibuat terhadap masnuskrip- manuskrip yang awal. Bagaimanapun kemunculan Injil Barnaba (Evangile Barnabas) yang pada mulanya dirahsiakan akhirnya menggugat dunia Kristian. Mengapa jadi begitu? Pada tahun 1907 edisi bahasa Sepanyol diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris oleh Lonsdale Ragg dan Isterinya, Laura Ragg dan kemudiannya diterbitkan oleh Oxford University dengan berjudul 'The Gospel of Barnabas'. Setahun kemudiannya iaitu 1908, seorang arkeologi Arab pula iaitu Dr. Khalil Sa`adah menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.
Injil Barnaba adalah satu-satunya injil tunggal yang ditulis oleh salah seorang 'hawariyy' jamaknya 'hawariyyun' (gelaran para sahabat Isa alaihissalam yang setia) bernama Barnaba. Diriwayatkan, Barnaba pernah bersama Isa alaihissalam selama 3 tahun membantunya menyampaikan ajarannya dan ia berbeza 4 tokoh penulis-penulis injil yang telah disebutkan (Paul, Matthew, Luke dan John) kerana para penulisnya tidak pernah bersama Isa alaihissalam. Barnaba hidup bersama Isa alaihissalam dan secara tidak langsung beliau memiliki maklumat yang terpercaya mengenai ajaran Isa alaihissalam. Walau bagaimanapun, kebenaran yang dibawa oleh Barnaba disekat oleh Paus Pius Glasius I yang menduduki takhta kerajaan Rom pada tahun 492 Masihi, di mana Glasius mengeluarkan perintah larangan membaca kitab Barnaba secara public. Jika diperhatikan tahun Glasius melakukan larangan tersebut, ini bererti kewujudan injil Barnaba sudah lama ada sebelum kedatangan Muhammad salallahualaihi wasalam.
Oleh kerana kebenaran injil Barnaba menggugat pegangan yang selama ini menjadi lidah rasmi penganut Kristian terhadap ajaran triniti, maka injil Barnaba ditolak bermati-matian dengan dakwaan mereka bahawa ia adalah ciptaan ilmuan-ilmuan Islam dari Universiti al Azhar. Sedangkan ulama Islam ketika itu antaranya seperti Imam Sayyid Redha al Husaini hanya menaqalkan apa yang telah direkodkannya di dalam bahasa Itali. Apa gunanya ilmuan Islam seperti Imam Sayyid Redha melakukan gerakan penulisan injil Barnaba, padahal umat Islam sendiri telah memiliki hujjah paling konkrit & paling muktabar yang disampaikan daripada mukjizat Nabi Muhammad di dunia & di akhirat iaitu al Quranul Karim. Kemuliaan al Quranul Karim adalah dalil yang mutawatir paling berhak berdepan dengan kesesatan ajaran Kristian Nasrani.
Bagaimanapun sebagai tanda kekuasaan Allah, injil Barnaba yang pada mulanya dirahsiakan pihak gereja akhirnya ditemui semula pada tahun 1709 dan penemuannya terus sahaja dibawa ke Vienna, Austria. Penemuan ini telah membuatkan tokoh pendeta besar ketika itu, Laten Framino memeluk agama Islam. Persoalannya, mengapa pihak gereja menolak injil Barnaba? Tidak syak lagi ia adalah disebabkan beberapa perkara dari isinya yang merupakan justifikasi terhadap agama Islam, iaitu;
1) Barnaba menolak ketuhanan Isa (Jesus) al Masih dan menolak dakwaan bahawa ia anak Allah. Lantas menegaskan di sini bahawa Nabi Isa adalah seorang utusan Allah sebagaimana Rasul-Rasul yang lain. Hal ini dijelaskan dalam fasal ke-112;
".. (Nabi Isa alaihissalam) berkata sambil menangis; ..Wahai Barnaba, wajibku jelaskan kepadamu dengan rahsia-rahsia yang besar. Wajiblah di atas engkau menyebarkannya ke seluruh alam setelah aku pergi (meninggalkan dunia).."
Mendengar reaksi Nabi Isa alaihissalam, lalu Barnaba turut menangis sambil berkata;
"..Wahai manusia suci Nabi Allah, tidak ada kebaikannya tuan memperbanyakkan tangisan.."
Jawab Isa alaihissalam;
"..Ku katakan kepadamu bahawa aku ini jika tidak dipanggil sebagai Tuhan tentulah aku dibawa ke syurga ketika aku meninggalkan dunia ini. Tetapi sekarang aku tidak akan ke sana sehingga ke hari pembalasan. Maka dari itu, dapatlah engkau melihat sejauh manakah aku mesti menangis.."
Selain itu, turut berlaku pada satu malam, Nabi Isa bersama kumpulan hawariyyun berkumpul. Lalu Isa alaihi salam berkata kepada mereka sebagaimana yang disebut pada fasal ke-72;
"..Jangan kamu gementar dan jangan merasa takut kerana bukanlah aku yang menciptakan kamu bahkan Allah yang menciptakan kamu dan Dia-lah yang akan menjaga kamu. Adapun kerjaku (kekhususanku) ialah datang menyediakan jalan bagi Rasulullah yang akan datang membawa keselamatan bagi dunia ini. Tetapi berhati-hatilah dari tertipu kerana akan datang ramai nabi-nabi dusta (palsu). Mereka akan mengambil kata-kataku (ajaranku) dan menajiskan injilku.."
2) Barnaba menegaskan bahawa anak yang menjadi azam Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya ialah Nabi Ismail dan bukannya Nabi Ishaq. Hal ini dijelaskan oleh Barnaba dalam fasal ke-44;
"..Sebenarnya wajib di atasmu melakukan sesuatu demi kecintaan kepada Allah. Jawab Ibrahim; ..Inilah dia hamba Allah bersedia untuk melakukan segala apa yang dikehendaki Allah.. Maka ketika itu Allah berfirman kepada Ibrahim, firman-Nya; ..Bawalah putera sulungmu iaitu Ismail dan naiklah ke bukit untuk engkau persembahkan sebagai sembelihan korban.. Maka bagaimanakah boleh terjadi Ishaq sebagai putera sulung sedangkan ketika ia dilahirkan, Nabi Ismail telah berusia 7 tahun.."
3) Barnaba menyebut bahawa 'al Masih' (Messiah) yang menjadi penantian penganut-penganut Kristian yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad. Hal ini dijelaskan oleh Barnaba dalam fasal ke-44;
"..Alangkah bahagianya masa yang akan datang muncul di dalam dunia ini. Percayalah kepadaku sesungguhnya aku telah melihatnya dan telah aku berikan penghoramatan kepadanya sebagaimana yang layaknya dilihat oleh setiap Nabi. Kerana itu, Allah mengurniakan mereka (para Nabi) roh kenabian. Dan ketika aku melihatnya, penuhlah aku dengan kemuliaannya lantas aku berkata; ..Wahai Muhammad, Allah akan bersamamu dan semoga aku menjadi orang yang layak melorongkan perjalanan kasutmu.."
Hal ini turut dijelaskan dalam fasal ke-112;
"..Manakala ketibaan Muhammad Rasulullah yang suci itu akan menghilangkan keaibanku ini yang (Allah) kurniaankan kepadaku sebagai ganjaran supaya orang tahu bahawa aku hidup dan aku berlepas diri (suci) daripada buruknya kematian itu.."
Salah seorang dari golongan hawariyyun iaitu sahabat Isa alaihissalam bernama Andrew (Andereous-dalam ejaan Arab) pernah bertanya mengenai alamat-alamat yang dapat diketahui siapakah gerangannya Nabi itu, katanya pada fasal ke-72;
"..Tuan guru, sebutkanlah tanda-tanda (alamat kenabiannya) agar kami mengetahuinya. ."
Lalu dijawab oleh Isa alaihissalam;
"..Sesungguhnya dia tidak akan datang pada zaman kamu, tetapi ia akan datang selepas kamu beberapa tahun ketika mana injilku dibatalkan dan hampir-hampir sahaja tidak terdapat 30 orang yang beriman. Allah merahmati alam ini lalu ia mengutuskan Rasul-Nya yang ada di atas kepalanya sentiasa dinaungi awan putih. Dia dikenali sebagai seorang pilihan Allah dan ia akan dinyatakan untuk alam ini dan akan datang dengan kekuatan yang hebat ke atas orang jahat dan akan menghapuskan penyembahan berhala di dunia ini.."
4) Pada catatan Barnaba, beliau menyebut bahawa Nabi Isa tidak dibunuh dan disalib tetapi yang sebenarnya disalib ialah Yahuza yang diserupakan Allah akan wajahnya dengan wajah Nabi Isa alaihissalam. Hal ini dijelaskan dalam fasal ke-112;
"..Ketahuilah wahai Barnaba bahawa menjadi kewajipan untuk berjaga- jaga dan aku akan terjual (diserah kepada tentera Rom) dengan salah seorang muridku berharga 30 keping wang. Di atas hal ini aku yakin bahawa orang yang akan menjual aku itu akan terbunuh dengan namaku kerana Allah akan membawaku dari bumi dan akan mengubah pandangan si pengkhianat itu sehingga setiap orang yang melihatnya akan menyangka dia itu adalah aku.."
Hal ini turut dijelaskan di dalam fasal ke-216;
"..Maka Allah yang Maha Ajaib telah mendatangkan perkara yang ajaib. Tiba-tiba Yahuza berubah suara dalam percakapan, wajahnya menjadi seperti Isa (Jesus) sehingga kami menganggap dia itu Isa. Adapun dia (Yahuza) selepas mengejutkan kami (dari lena) mencari-cari di manakah tuan guru (Isa untuk diserahkan kepada tentera Rom). Oleh sebab itu kami merasa hairan lalu kami menjawab; ..Engkaulah wahai tuan guru kami. Adakah tuan melupai kami sekarang ?? Lalu dia (Yahuza yang diserupakan seperti Jesus) dengan tersenyum berkata; ..Adakah kamu mangli sehingga tidak mengenal Yahuza al Isqaryuti (Judas Iscariot).. ?? "
Firman Allah Taala;
"..Dan ucapan mereka (orang kafir);..Sesungguhn ya kami telah membunuh al Masih, Isa putera Maryam Rasulullah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.."-Surah an Nisa':157, al Quranul Karim
Apabila Rasulullah salallahualaihi wasalam melancarkan dakwah keesaan Tuhan, ini bererti Baginda menentang kepercayaan syirik jahiliyyah sama ada dalam bentuk triniti (Tuhan bapa+anak+roh al quddus) atau trimuti (Brahma, Vishnu, Shira) dan apa jua bentuk kesyirikkan. Sekiranya penganut Kristian menuhankan Isa (Jesus) kerana dilahirkan tanpa bapa, maka mereka perlu menuhankan Adam juga kerana ia dilahirkan tanpa ibu dan bapa. Adapun segala keajaiban yang berlaku kepada 2 orang Nabi ini menunjukkan betapa Maha Tingginya kekuasaan, keagungan dan keilmuan Allah Taala. Firman Allah Taala;
"..Sesungguhnya perumpamaan penciptaan Isa di sisi Allah, adalah seperti penciptaan Adam. Allah mencipta Adam dari tanah kemudian Allah berfirman kepadanya;.. Jadilah !! maka jadilah ia.."-al Imran:59, al Quranul Karim
Berdasarkan keterangan injil Barnaba di atas tadi, nyatalah Nabi yang diutuskan itu telahpun lahir iaitu Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam dan kami hanyalah umat akhir zaman yang bekerja untuk kebenaran agama ajarannya sekalipun dibenci oleh orang yang membenci. Seterusnya di dalam Fasal ke 222 , iaitu fasal terakhir dari kitab tersebut Barnaba telah petanda halangan-halangan yang akan dilakukan terhadap risalah dakwah yang benar;
"..Bertebaranlah para murid di seluruh Israel dan lain-lain negeri. Adapun kebenaran yang dibenci oleh syaitan maka ia akan sentiasa ditindas oleh kebatilan sebagaimana hal (keadaannya) selalu adalah (dilakukan) segolongan daripada kelompok-kelompok yang jahat mendakwa mereka adalah murid-murid (Isa alaihissalam) . Mereka menyebarkan bahawa Jesus (Isa alaihi salam) itu anak Allah dan yang termasuk golongan yang menipu itu adalah Paulus. Adapun kami menyebarkan dengan apa yang telahku (Barnaba) tulis kepada orang-orang yang takutkan Allah supaya mereka terselamat di hari akhirat dari pembalasan Allah. Amin (semoga dimakbulkan) .."
Akhir perutusan ini pembaca hendaklah mengetahui bahawa kedatangan Islam ke dunia bukanlah bagi mengubah kepercayaan manusia kepada Tuhan yang sudah sedia dipercayai oleh mereka. Sebaliknya bagi membetulkan kepercayaan yang salah kepada kepercayaan yang sebenarnya. Islam menyeru dan mengajar manusia bahawa Tuhan hanya satu (esa). Konsep keesaan Tuhan inilah menjadi asas penting dan utama dalam perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul sejak zaman Nabi Adam hinggalah zaman Nabi Muhammad sallahualaihi wasalam. WAllahua'lam
Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)
“Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”
Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata:
“Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”
Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat. Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.
Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia. Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya:”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki. Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.
Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram. Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap. Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.
Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud;
“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah, Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”
Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud
*( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).” (Ali-Imran: 110).
Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat. Firman Allah (s.w.t.):Maksudnya:
“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”
Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar. Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya: Maksudnya:
“Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”
Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh. Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh. Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid. Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan. Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya. Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari lubuk politik.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang terdapat di dalam pertanyaan di atas? Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang menentang kerajaan. Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak. Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian. Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan.
Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan. Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan. Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah (s.w.t..)
Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia. Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t): Maksudnya:
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka nengkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)
Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat. Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah. Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita
Rabu, April 29, 2009
Sebab Berlakunya Syirik di Muka Bumi
Firman Allah SWT yang bermaksud: {Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.} [Al-Baqarah : 213].
Al-Hafiz Ibnu Kathir RH telah mengambil riwayat Ibnu Abbas R.A ketika menafsirkan ayat ini. Kata Abdullah Ibnu Abbas: ”Jarak di antara nabi Adam dan nabi Nuh A.S ialah sepuluh kurun. Semua manusia pada waktu itu berpegang dengan Syariah yang hak, kemudian mereka berselisih kerana masalah yang dipegang mengikut pendapat masing-masing. Maka Allah mengutuskan para nabi sebagai mubassyirin (pemberi khabar gembira) dan munzirin (pemberi peringatan). Rasul yang pertama diutuskan selepas nabi Adam ialah nabi Nuh A.S”. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/237].Punca kekufuran mereka ialah kerana terlalu memuja orang yang soleh dikalangan mereka (al-ghulu fi hubbi as-solihin) dan inilah permulaan berlakunya syirik di atas muka bumi ini. Sebagaimana maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran:{Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasra“ (nama-nama berhala)}. [Nuh: 23].
Imam Bukhari RH meriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya: ”Lima berhala tersebut, wadd, suwa’, yaghuts, ya’uq dan Nasra) ialah nama orang-orang yang soleh di kalangan kaum nabi Nuh A.S. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan mengajar (memujuk) kaumnya agar mereka membuat patung-patung yang menyerupai orang soleh tadi, kemudian diletakkan di majlis tempat yang mereka biasa duduk semasa hayatnya dan meletakkan nama patung itu seperti nama tuan asalnya. Maka pengikut orang soleh itu melaksanakan ajaran syaitan tersebut. Apabila golongan yang membuat patung tadi telah meninggal dunia dan datang pula generasi lain yang tidak mengetahui asal-usul kejadian patung tersebut, lalu mereka pun turut ikut menyembahnya.Imam Ibnu Kathir juga menyebut kisah ini sedemikian.
Riwayat lain ada menceritakan tujuan para pengikut itu mengukir patung pada awalnya kerana mereka takut pegangan agama mereka menjadi lemah, lalu mereka mengukir patung-patung syeikh tersebut untuk mengingati kembali ajaran dan amalannya. Apabila mereka melihat patung syeikh mereka, akan bertambah kuat semangat untuk beribadat.
Pada peringkat awalnya mereka tidak menyembahnya, tetapi setelah berlalunya masa yang lama, mereka mula membesarkan dan menghormatinya dengan sepenuh hati mereka.Waktu yang panjang berlalu, orang-orang alim dikalangan mereka telah meninggal dunia, maka syaitan mengajar lagi: ”Sesungguhnya orang-orang soleh sebelum kamu tidak mengukir patung-patung syeikh mereka kecuali untuk meminta syafaat (pertolongan) melaluinya kepada Allah.” Maka bermulalah sejarah penyembahan berhala, tuhan yang lain selain daripada Allah SWT.
Lalu selepas itu Allah SWT mengutus nabi Nuh A.S untuk mengembalikan mereka kepada agama datuk mereka nabi Adam A.S. Semasa berlakunya taufan pada zaman nabi Nuh A.S, kesemua patung-patung yang disembah tersebut telah ditenggelamkan ke dalam perut bumi. Mereka yang diselamatkan Allah SWT dari taufan tersebut, meneruskan hidup di atas muka bumi dengan agama yang benar selama beberapa waktu. Manakala orang yang mula-mula mengubah perjalanan agama yang diajar oleh nabi Ibrahim A.S ialah Amru bin Luhai, iaitu ketua golongan suku Khuza’ah. Beliau adalah seorang tukang nujum yang bersahabat dengan jin. Melalui petunjuk dari jin itu, beliau telah mengeluarkan berhala-berhala yang tersembunyi di dalam tanah di Jeddah. Kemudian beliau menyeru bangsa Arab pada musim haji supaya menyembah berhala dan meninggalkan ajaran nabi Ibrahim A.S.
Maksud sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: ((Aku melihat Amru bin Amir bin Luhai al-Khuza’i menarik isi perutnya di dalam neraka)) [HR Muslim]. Ini kerana dialah orang yang mula-mula merubah perjalanan agama nabi Ismail A.S dengan penyembahan berhala.
Demikianlah bahayanya apabila berlaku pemujaan di dalam masyarakat samada memuja harta benda, pangkat dan sebagainya. Begitu juga dengan perbuatan memuja pemimpin lebih daripada yang sepatutnya. Perkara tersebut akhirnya akan membawa kemusnahan dan bala bencana kepada umat dan masyarakat sebagaimana yang berlaku ke atas kaum nabi Nuh A.S dahulu. Allah SWT telah memberi amaran kepada ahli kitab dengan firman-Nya yang bermaksud: {Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (dengan membesarkan nabi Isa sehingga mereka menganggapnya sebagai anak tuhan). Dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripada-Nya.} [An-Nisa’: 171].
Kerana itu jugalah Rasulullah SAW bersabda memberi amaran kepada umatnya, sebagimana riwayat Sayyidina Umar Al-Khattab R.A, maksudnya: ((Janganlah kamu terlalu memujaku (sehingga melampaui had sebagai seorang nabi dan rasul kepada darjat ketuhanan dengan mengetahui perkara ghaib dan sebagainya) sebagaimana kaum Nasrani memuja nabi Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya. )) [HR Bukhari dan Muslim].
Demikanlah amaran dan tegahan Rasulullah SAW akan perbuatan memuja dan memuji manusia lebih daripada sepatutnya dengan membuat pelbagai gelaran dan anggapan. Ini akhirnya boleh merosakkan diri orang yang dipuja puji itu sendiri. Marilah kita sama-sama merenung kembali kepada perjalanan dan landasan yang kita lalui di dalam urusan agama kita (i’tikad). Semoga semua amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT.
Akhirnya sama-samalah kita perhatikan kepada firman Allah SWT yang menggariskan apakah bentuk ajaran atau dakwah yang dibawa oleh semua nabi-nabi dan rasul-rasul A.S, melalui firman-Nya yang bermaksud: {Dan sungguhnya kami telah mengutuskan Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”.} [An-Nahl: 36]. Perkataan thaghut membawa banyak erti dan maksudnya sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama’ Islam; ialah umum untuk semua benda (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) yang disembah dan dipuja selain daripada Allah SWT.
Di antara asas atau tonggak kepada taghut ialah:
1) Syaitan yang menyeru untuk beribadat kepada tuhan selain daripada Allah SWT.
2) Pemerintah yang zalim yang telah merubah hukuman yang diturunkan oleh Allah.
3) Golongan yang menjalankan hukuman perundangan selain daripada hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT.
4) Orang yang mengaku mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan tersembunyi selain daripada Allah SWT.
5) Golongan yang disembah selain daripada Allah SWT (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) dan ia suka serta redha dengan perbuatan yang dilakukan terhadapnya itu.
Inilah di antara tafsir atau makna ’taghut’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.Demikianlah betapa pentingnya peranan rasul-rasul A.S untuk mengembalikan manusia supaya taat dan tunduk kepada Allah sahaja. Kita juga mestilah menolak semua jenis taghut kerana inilah syarat untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul serta berada di atas landasan agama Islam yang diredhai Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: {…sesiapa yang mengkufurkan (menentang dan menghancurkan) Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali Allah yang teguh dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.} [Al-Baqarah: 256].
Oleh: Abu Anas Madani
Selasa, April 28, 2009
Fahaman Karut 786
Sesetengah umat Islam percaya bahawa 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم . Kepercayaan ini sangat popular terutama di India dan Pakistan sehinggakan mereka menggunakan 786 sebagai pengganti kepada kalimah Basmalah di dalam penulisan. Mereka berasalan untuk mengelakkan nama Allah atau ayat Quran ditulis di atas kertas-kertas biasa. Kononnya cara ini lebih ‘bagus’ dan lebih diredhai oleh Allah. Ada yang lebih Islamik, mereka menggunakan 786 sebagai nombor rumah, plat kereta, dan sebagainya konon untuk mendapat ‘keberkatan’.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran perkara ini? Benarkah 786 bererti kalimah Basmalah? Sekiranya benar, apakah signifikannya di dalam Islam?
Nilai Gematrika (Gematrical Values)
Terdapat dua kaedah dalam penyusunan huruf hija’iyah (huruf Arab). Kaedah pertama ialah cara susunan biasa bermula dengan Alif, Ba, Ta, Tsa dan seterusnya. Satu lagi kaedah lain disebut sebagai Abjad numeral’s method atau ordinal method. Thomas Patrick Hughes dalam kamusnya Dictionary of Islam menjelaskan makna Abjad sebagai:
"The name of an arithmetical arrangement of the alphabets; the letters of which have different powers from one to one thousand. It is in order of the alphabets as used by the Jews as far as 400 AD, then six remaining letters being added by Arabians."
Secara mudahnya, cara susunan huruf kaedah Abjad adalah seperti di jadual berikut:
Nilai | Huruf Arab | Cara Sebutan 1 | Cara Sebutan 2 |
| 1 | أ | أَبْجَد | أَبُجَدٍ |
| 2 | ب | ||
| 3 | ج | ||
| 4 | د | ||
| 5 | ه | هَوَّز | هَوَزٍ |
| 6 | و | ||
| 7 | ز | ||
| 8 | ح | حُطِّي | حُطِيَ |
| 9 | ط | ||
| 10 | ي | ||
| 20 | ك | كَلَمَن | كَلْمَن |
| 30 | ل | ||
| 40 | م | ||
| 50 | ن | ||
| 60 | س | سَعْفَص | |
| 70 | ع | ||
| 80 | ف | ||
| 90 | ص | ||
| 100 | ق | قَرْشَت | قُرِشَت |
| 200 | ر | ||
| 300 | ش | ||
| 400 | ت | ||
| 500 | ث | ثَخَذ | ثَخُذ |
| 600 | خ | ||
| 700 | ذ | ||
| 800 | ض | ضَظِغ | ضَظُغ |
| 900 | ظ | ||
| 1000 | غ |
Kaedah ini hakikatnya adalah hasil cedokan dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor. Fahaman ini disebut sebagai science of Gematria. Mungkin kerana kagum dengan kaedah ‘seni’ ini, terdapat di kalangan Muslim (yang sudah tiada kerja) menukar ayat-ayat Al-Quran malahan keseluruhan surah kepada nombor. Salah satu nombor yang kerap digunakan ialah 786 yang dikatakan bermaksud kalimah Basmalah.
Satu Bentuk Penghinaan
786 hanyalah satu nilai yang tidak membawa sebarang maksud. Sekiranya saya memberikan nombor 66, 92, 352, 296 dan 62, dengan menggunakan kaedah Abjad adakah anda mengetahui apakah maksud di sebalik nombor-nombor tersebut? Buat pengetahuan anda, nombor-nombor tersebut adalah numerical values untuk kalimah Allah, Muhammad SAW, Qur’an, Rasul dan Nabi!
Kita semua sedia maklum setiap banduan mempunyai nombor mereka yang tersendiri dan mereka lazimnya dipanggil dengan nombor tersebut. Sebagai seorang Muslim yang waras, tergamakkah kita menyamakan banduan dengan Allah dan Rasul dengan memanggil mereka dengan nombor-nombor tertentu? Bukankah satu penghinaan apabila memanggil seseorang dengan panggilan nombor? Apatah lagi menukar ayat-ayat dari Al-Quran dan surah kepada nombor lantas sesuka hati menyatakan ini adalah ayat Al-Quran.
Kesilapan Dalam Pengiraan
Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم, ayat pertama dari Al-Quran bermaksud ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’. Apakah 786 mempunyai maksud yang sama seperti kalimah tersebut? Tidak.
Sekiranya diteliti, hakikatnya jumlah nilai sebenar untuk kalimah Basmalah adalah 787 dan bukannya 786. Sungguh memalukan numerologis yang mengasaskan 786 ini tidak mampu menyelesaikan masalah arithmetik yang begitu mudah. Numerologis tersebut telah terlupa untuk memasukkan sekali huruf Alif ke dalam pengiraan dalam kalimah الرحمن yang sebenarnya dieja الرحمان.
Sekiranya juga kalimah بسم dieja dengan ejaan sebenar, باسم dan tanda shaddah pada kalimah الله dikira sebagai satu huruf yang lain, nilainya malahan melebihi 787!
Dengan sedikit imaginasi dan kekreatifan, 786 hakikatnya boleh ditukarkan kepada pelbagai frasa sama ada mempunyai maksud mahu pun tidak. Sebagai contoh, perkataan الأمير المؤمنين عليه السلام juga mempunyai nilai 786. Ini hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang boleh didapati. Contoh ini sudah cukup menjadi bukti mudah bahawa 786 bukanlah membawa maksud yang khusus untuk Basmalah.
Al-Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab
Firman Allah subhaanahu wa ta’ala:
Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran Yang diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang Yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. [Al-Fusshilat : 3]
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. [Az-Zukhruf : 3]
Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang Yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab Yang fasih nyata. [An-Nahl : 103]
(Ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. [Asy-Syu’ara’ : 195]
Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. [Yusuf : 2]
Berdasarkan dalil-dalil di atas, sudah jelas dan terang bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan bukannya dalam nombor arithmatik. Mengapa pula kita sibuk mahu menterjemahkannya kepada nombor? Mengapa tidak saja Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Bukankah itu lebih ‘indah’, lebih ‘seni’ dan lebih ‘mukjizat’ berbanding bahasa Arab? Apa mesej yang boleh manusia terima sekiranya Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Hal ini hakikatnya adalah suatu kesilapan dan kebodohan.
Dalil Membantah Pendapat Yang Membenarkan
Sesetengah ulama yang membenarkan penggunaan 786 sebagai ganti kepada Basmalah menggunakan alasan sekiranya bimbang tidak menghormati kalimah tersebut sekiranya ditulis dengan penuh. Namun yang demikian, di dalam surah An-Naml ayat 30:
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,”
Dalam ayat tersebut, Nabi Sulaiman sendiri tidak bimbang menulis Basmalah di dalam surat yang akan diserahkan kepada Ratu Balqis yang ketika itu masih kafir. Di dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW sendiri memerintahkan Saidina Ali menulis kalimah Basmalah dalam nas perjanjian tersebut. Akan tetapi ditukar kepada Bismikallahumma bukan kerana Rasulullah bimbang kalimah itu tidak dihormati, tapi kerana orang Musyrikin Mekah tidak memahami maksud Ar-Rahmaan.
Malahan, Rasulullah SAW ketika menghantar surat kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, Kisra Raja Parsi dan Kaisar Rom dan para pemerintah negeri lain untuk menyeru mereka memeluk Islam, baginda menulis Basmalah pada permulaan surat. Rasulullah sedikitpun tidak berasa bimbang dengan kemungkinan mereka akan menghina kalimah Basmalah dengan cara mengoyak, membakar atau memijak surat tersebut.
Berdasarkan dalil Al-Qur’an dan sunnah di atas, apakah masih relevan menggunakan alasan ‘ditakuti akan menghina kalimah Basmalah’? Apakah mereka tidak sedar bahawa menukar kalimah kepada nombor yang langsung tiada signifikan sebenarnya telah pun menghina dan tidak menghormati kalimah tersebut?
Tiada Pahala
Kita diperintahkan untuk membaca Al-Quran seperti firman Allah dalam ayat berikut
"Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." [Al-Israa : 106]
Apakah seseorang itu boleh membaca Al-Qur’ran sekiranya ditukarkan kepada nombor? Sebagai contoh, kita cuba tukarkan surah Al-Fatihah kepada nombor seperti di dalam jadual berikut:
Ayat | Nilai |
| بسم الله الرحمن الرحيم | 787 |
| الحمد لله رب العالمين | 632 |
| الرحمن الرحيم | 618 |
| مالك يوم الدين | 242 |
| إياك نعبد و إياك نستعين | 836 |
| اهدنا الصراط المستقيم | 1073 |
| صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضلين | 6001 |
| Jumlah | 10189 |
Apakah dengan ini bermakna cuma menyebut 10189, bererti kita sudah membaca keseluruhan Al-Fatihah dan mendapat pahala? Apakah dengan ini bermakna sekiranya kita mahu membaca Al-Fatihah 10 kali, cukuplah kita mendarabkan 10189 dengan 10 menjadi 101890, dengan kata lain cukup 10 kali? Apakah dengan sebegitu mudah kita boleh mendapat ganjaran pahala?
Nabi SAW pernah bersabda :
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka dia mendapatkan satu kebajikan, dan satu kebajikan dilipatkan 10 (sepuluh) kali, saya tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."[Riwayat Ibnu Mas’ud]
Jelas dalam hadis ini bahawa untuk mendapatkan pahala, Al-Qur’an perlu dibaca dengan huruf Arab, dan bukannya nombor.
Fatwa Mengharamkan
Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:
Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :
Alhamdulillah Fatwanya,
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor
Penutup
Nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman bertaqwa, sama-samalah kita meninggalkan kefahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap Al-Qur’an. Wallahua’lam.
Sumber: ilovislam.com
Paderi Peluk Islam di Rusia
Pakar mengenai agama itu, The Russian Islamogist, Roman Silantvev berkata, terdapat khabar angin yang tersebar luas mengatakan sehingga kini terdapat hampir 20 juta penduduk Rusia merupakan penganut Islam.
"Ternyata khabar angin itu tidak realistik," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Rusia, Interfax dua tahun lalu.
Menurutnya, jumlah penduduk Islam mengikut etnik-etnik yang ada di benua itu dikatakan seramai 14.5 juta sahaja. Namun jumlah sebenar dikatakan kurang iaitu terdapat 7 hingga 9 juta orang sahaja yang beragama Islam.
"Satu lagi khabar angin popular yang juga tidak benar, yang mengatakan etnik Rusia terutamanya yang menganut Yahudi dan Kristian semakin ramai yang memeluk Islam pada hari ini.
"Sedangkan yang berlaku sejak 15 tahun lalu sehingga kini, dilaporkan hanya seramai 3,000 orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu satu jumlah tidak memberikan makna dan signifikan yang besar," jelasnya.
Namun selepas dirujuk pada lama web ensiklopedia percuma di Internet Wikipedia, Islam dikatakan agama kedua yang paling ramai dianuti di Persekutuan Rusia. Dianggarkan kini terdapat seramai 20 juta penduduknya merupakan penganut Islam. Ia adalah pertambahan hampir 40 peratus sejak 15 tahun lalu dengan 6 juta dari mereka terdiri daripada penduduk asal yang beragama Islam.
Namun Silantvev perlu menerima hakikat sekalipun jumlah tidak menjanjikan signifikan tetapi bagaimana seorang yang bertaraf paderi besar dari gereja utama di negara itu akhirnya memeluk Islam?
Pada tahun 1999, berita pengislaman bekas Paderi Gereja Ortodoks Rusia, Viacheslav Sergeevich Polosin, 53, yang juga pengerusi jawatankuasaCommittee of the Supreme Soviet on Freedom of Consciencebagaikan satu sinar yang memecahkan kabus itu.
Namun Polosin dituduh mengalami masalah psikologi akibat tekanan politik apabila dikatakan meninggalkan agama Kristian itu.
Jika Polosin menukar mazhab dari Ortodoks kepada Prostestan, mungkin masih boleh dimaafkan tetapi kini dengan nama baru iaitu Ali, bagaimana ini dapat diterima oleh masyarakat Kristian?
"Sedari kecil saya percaya mengenai kewujudan tuhan sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Barulah saya mengenali mengenai agama iaitu Kristian diikuti mengunjungi gereja bagi saya mengenali lebih lanjut mengenai Kristian, sesuatu yang tidak saya temui ketika menghadiri kelas pengajian falsafah di universiti," katanya.
Perkara ini bukan sesuatu yang pelik apabila Rusia berkiblatkan komunisme sebagai dasar pemerintahan dan peraturan kehidupan. Perkara mengenai agama tentunya sesuatu yang sangat asing.
Walaupun segala ajaran mengenai Kristian boleh dipetik bagaikan di hujung jarinya, namun bekas paderi itu mengakuiIslam merupakan jalan yang paling lurus (the straight path) menuju kebenaran.
"Dalam Kristian 'jalan lurus' itu juga disebut beberapa kali dalam Kitab Perjanjian Lama.
"Dalam kitab itu diceritakan apabila Raja (King David) yang melalui jalan yang permukaannya berbatu-batu di daerah berbukit Palestin, maka pembantu baginda bertindak membersihkan jalan itu dan turut memastikan bahawa 'jalan itu lurus'.
"Ini diikuti nabi John the Forerunner yang mengajak semua supaya mengakui ketuhanan Jesus sebagai 'jalan yang lurus' dengan meninggalkan kepercayaan karut yang dianuti sebelum ini," katanya.
'Jalan lurus'
Namun kata Polosin,'jalan lurus' menurut al-Quran adalah yang paling benar.Kehidupan manusia merupakan satu perjalanan lurus menuju kepada Allah tanpa perlu melalui mana-mana orang tengah atau wakil mahupun sebarang objek penyembahan.
"Nabi Isa sendiri dalam ajaran baginda yang sebenar mahukan manusia memalingkan muka mereka kepada satu-satunya Tuhan (to 'thou', 'Abba, Father') bukannya diri baginda sebagai tuhan seperti mana yang berlaku dalam ajaran itu kini," katanya.
Polosin mengakui bahawa memeluk Islam di sebuah negara seperti Rusia tidak dilihat sebagai satu perbuatan yang dapat diterima.
"Tetapi isunya kini, bukan sangat kerana memeluk satu ajaran baru tetapi satu pengakuan kepada satu ajaran kepada percaya tuhan yang satu secara lebih tegas. Kepercayaan saya kepada Tuhan tidak pernah berubah cuma menjadi lebih kuat, itu sahaja," ujarnya.
Untuk Polosin mengakui keesaan Allah merupakan hasil dari satu perjalanan yang cukup panjang beliau berusaha sedapat boleh untuk mengenali Islam dari apa juga aspek. Sedari soal ketuhanan sehinggalah kepada sosial, politik dan hari pembalasan.
"Saya mengkaji hampir kesemua penulisan buku terutama sejarah Kristian dan Islam dari ramai penulis termasuk ahli falsafah terkenal Perancis, Rene Genon yang turut memeluk Islam.
"Prosesnya cukup panjang kerana Islam bagi saya merupakan satu transisi atau peningkatan kepercayaan yang lebih berkualiti dan menjadi satu peringkat baru yang perlu saya lalui," kata Polosin yang turut menganggap perbincangan bersama seorang tokoh Islam Rusia, Murad Zargishiev memberikan pengaruh besar dalam hidupnya.
Ditanya sama ada bekas paderi itu kini sudah tidak mempercayai Nabi Isa sebagaiAl Masih(penyelamat), Polosin menjelaskan bahawa beliau tetap mempercayai baginda.
"Nabi Isa sebagaimana yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama (Injil) diterima sebagaimana diceritakan sedangkan ketepatan atau kebenaran mengenai teks Kitab itu sendiri tidak dapat ditentukan kesahihannya.
"Berbanding dengan al-Quran disebutkan baginda merupakan seorang nabi. Seorang yang benar dengan dikurniakan Allah dengan kebolehan yang ajaib dan adalah benar baginda seorang Penyelamat kerana itu baginda digelar Al Masih (Messiah)," katanya.
Nabi Isa
Polosin menjelaskan doktrin mengenai ketuhanan Nabi Isa hanya muncul pada abad ke-4 selepas Masihi (kelahiran Nabi Isa) dan dijadikan satu dogma agama yang rasmi pada abad ke 5 (SM). Namun, untuk beberapa abad sebelum itu penganut Kristian tidak pula mengakui bahawa Nabi Isa itu tuhan.
Hasil kajian mendalam, Polosin menyedari Islam bukanlah tunas baru yang lahir dari Kristian tetapi satu reformasi kedua yang paling hebat berlaku selepas agama nabi Ibrahim, Hanif.
"Nabi Isa pula membawa misi kebenaran bagi membersihkan amalan-amalan pagan yang dilakukan oleh kaumnya. Namun sesetengah pengikut tidak mahu mengikut baginda malah merancang untuk membunuhnya pula.
"Mereka ini yang kemudiannya melahirkan agama Yahudi menyebabkan Islam lahir bagi membawa seluruh manusia ke jalan yang benar dengan cara hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi," katanya.
Mengenai peralihan dari kepercayaan Trinity yang menjadi asas kuat kepada dogma ajaran Kristian Ortodoks, Polosin berkata, pengikut ajaran itu sebenarnya tidak mengetahui hakikat kewujudan Allah yang mereka sangkakan mesti dalam 'bentuk' sesuatu.
"Mereka tidak mengetahui mengenai bentuk tuhan itu tetapi pengikut Kristian tanpa dapat membezakan antara yang benar dan salah, lalu mengambil seseorang sebagai bukti bahawa tuhan itu benar-benar 'wujud.'
"Sedangkan manusia tidak akan mampu menerima 'penjelmaan' itu menyebabkan tuhan tidak lagi satu malah dua atau lebih yang tentunya bukan satu lambang kekuasaan dan keesaan-Nya," ujarnya yang mengkaji dari zaman Greek Lama mengenai penciptaan Kitab Perjanjian Lama dan langsung dibandingkan dengan isi kandungan al-Quran.
Beliau tidak menafikan sewaktu bergelar paderi besar itu berlaku pembersihan rohani yang menimbulkan terlalu banyak keraguan di dalam hati sehingga menyebabkan beliau memikirkan semula apa yang telah beliau ketahui dan lalui.
Pengakuan keislaman beliau diakui tidak dapat diterima oleh pelbagai pihak malah sebagai yang begitu 'alim' dalam ajaran Kristian. Mungkinkah terdapat motif lain yang terselindung?
Hakikat Holy Water
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya kita masih dapat menikmati pelbagai ni'mat terutama ni'mat Islam dan Iman.Di malam Ramadhan ini terdetik di hati saya untuk mengungkai persoalan berkenaan Holy Water setelah mendapat maklumat bahawa perkara iniditimbulkan kembali setelah menyepi buat seberapa ketika. Mungkin telah ramai yang mendengar tentang Holy Water dan keajaibannya dalam menyesatkan orang-orang Islam. Kisah-kisah ini telah banyak disebarkan melalui e-mail secara meluas dan melalui ceramah-ceramah agama yang diadakan. Hampir kesemua umat Islam di negara ini tahu dan mempercayai kisah ini.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keraguan tentang beberapa fakta di dalam kisah ini. Di sini saya ingin membawa anda semua untuk mengkaji tentang kesahihan kisah ini dari beberapa sudut.
Hikayat paderi besar Sabah
Kepada sesiapa yang pernah membaca artikel berkenaan seorang bekas paderi besar negeri sabah, sudah tentunya akan mempercayai kisah ini. Namun di dalam kisah ini terdapat beberapa perkara yang benar dan beberapa perkara yang tidak benar juga beberapa perkara yang saya tidak pasti berkenaan kesahihannya (kerana pertama kali mendengar tentangnya). Di sini saya akan menerangkan beberapa kesalahan yang terdapat di dalam artikel ini.
Roman Chatolic Church atau St. Mary Chatolic Church? Father atau Pastor?
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.
Catholic bermaksud “Universal”. Roman Catholic bermaksud Christian yang universal dan berpusat di Roman. Gereja-gereja Roman Catholic akan di sebut Catholic Church. Dan di Catholic Church, paderi akan di panggil dengan gelaran “father”. Berbeza dengan di gereja-gereja dormination yang lain, paderi digelar dengan gelaran “pastor”. Di dalam Christian, agama Christian terbahagi kepada dormination-dormination. Dan untuk Chatolic Church juga terdapat 23 Chatolic Church. Namun cuma satu sahaja yang bergelar Roman Chatolic Church. Dan cuma paderi Roman Chatolic sahaja yang tidak dibenarkan berkahwin dan bergelar father. Chatolic Chruch yang lain akan bergelar pastor dan dibenarkan untuk berkahwin.
Jika kita lihat pengakuan Paderi Thomas Laiden ialah dia mengaku penganut kepada Roman Katolik tetapi bertugas di Gereja St. Mary.Jika kita search di internet, dan akan mendapati St. Mary Church adalah “St. Mart’s Catholic Church” dan ia bukan salah satu daripada Roman Chatolic Church. Jika kita lihat organisasi St. Mary church, paderi mereka disebut sebagai “pastor”. Begitu juga dengan church-church lain yang meletak nama ‘Catholic’. Contohnya Aglican Catholic Church
Lebih-lebih lagi apabila paderi Thomas Laiden mengakui sebagai “Roman Catholic”. Ini menunjukkan Father Thomas Laiden bukanlah seorang penganut Roman Chatolic.
Kedudukan Paderi di dalam hieraki church
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian.Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".
Ayat "..untuk menjadi paderi" seolah-olah paderi itu adalah kedudukan yang tinggi di dalam heiraki didalam Christianity. Kedudukan Paderi (priest) di dalam Hieraki Catholic Churh sebenarnya bukanlah kedudukan yang tinggi. Kedudukan tertinggi ialah jawatan Pope dan diikuti dengan Cardinal yang bertugas sebagai pembantu pope di seluruh dunia. Kemudian di ikuti oleh Archbishop dan Bishop. Dan Bishop di bantu oleh Priest dan Deacons. Ini menunjukkan bahawa kedudukan paderi di dalam hieraki Roman Chatolic Church bukanlah kedudukan yang tinggi.
Tiada aqidah tetapi dapat mengucap
Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.
Berdasarkan statement di atas, seseorang yang tidak mempunyai aqidah yang benar-benar kuat,akan terpengaruh dengan kuasa holy water ini dan tidak akan dapat mengucapkan syahadah. Menjadi satu persoalan bagaimanakah Paderi Thomas Laiden yang telah meminum Holy Water ketika dia tidak ada langsung akidah dapat mengucap syahadah dan memeluk Islam? Begitu juga dengan beberapa paderi-paderi lain yang akhirnya memeluk islam. Jika air ini dapat membuatkan seseorang itu tidak dapat mengucap, bagaimanakah orang-orang Christian dapat memeluk islam?
Perkataan Kristian di dalam Bible dan adakah Bible itu Injil?
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Apakah yang dimaksudkan sebagai Kitab Nabi Isa(Injil)? Adakah Injil itu Bible? Perkataan Bible adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu Biblos yang bermaksud Library of Books. Dan Bible sepatutnya disebut Al-Kitab(walaupun istilah al-Kitab juga masih kurang tepat) dan bukannya Injil. Kerana apabila kita mengatakan Bible adalah Injil, maka kita wajib beriman kepada Bible tersebut kerana beriman pada kitab-kitab adalah salah satu daripada rukun Islam. Adakah Bible itu adalah Injil yang diseleweng? Jika kita membaca Bible, ia sebenarnya di tulis oleh manusia-manusia yang dikatakan mendapat ilham (inspiration) daripada Holy Spirit (salah satu daripada Trinity).
Berbalik kepada artikel, jika dirujuk didalam Bible pada hari ini, memang terdapatnya perkataan Christian namun gelaran ini bukanlah diberikan oleh Jesus a.s sendiri dan tidak wujud semasa Jesus a.s ada di muka bumi ini.
Acts 11:26 “and when he found him, he brought him to Antioch. So for a whole year Barnabas and Saul met with the church and taught great numbers of people. The disciples were called Christians first at Antioch.”
Makanan yang diimport
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.
Upacara memakan tubuh tuhan sebenarnya berdasarkan pada verse di dalam Bible iaitu
Matthew 26:26-27”While they were eating, Jesus took bread, gave thanks and broke it, and gave it to his disciples, saying, "Take and eat; this is my body." Then he took the cup, gave thanks and offered it to them, saying, "Drink from it, all of you. This is my blood of the covenant, which is poured out for many for the forgiveness of sins.”
Makanan yang dimakan itu sebenarnya adalah roti yang dibuat tanpa yis. Roti ini boleh dibuat di mana-mana sahaja dan bukanya diimport khas daripada Itali. Cuma menjadi syarat supaya roti yang dibuat itu tidak boleh dicampurkan dengan yis.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.
Sudah tentu Firaun tidak akan memakan tubuh tuhan, kerana dia menganggap dirinya sebagai tuhan.
Nama Nabi Muhammad s.a.w di Bible
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Statement di atas menunjukkan seolah-olah terdapatnya satu versi Bible khas yang menyebut tentang Nabi Muhammad dan perkara ini tiada di dalam mana-mana Bible yang lain. Sebenarnya perkataan "Muhammad" boleh di dapati di dalam mana-mana Bible sahaja yang kita dapat diperolehi. Namun, untuk menemui perkataan ‘Muhammadim” ayat tersebut perlu dibaca di dalam bahasa Hebrew. Kerana itulah kita tidak mengetahui di mana ayatnya di dalam Bible, kerana Bible yang senang diperolehi hari ini adalah dalam bahasa English. Perkataan 'Muhammad" boleh didapati di dalam Song of Solomon 5:16 di mana jika dibaca di dalam bahasa hebrewnya...
"Hikko Mamittakim we kullo Muhammadim Zehdoodeh wa Zehraee Bayna Jerusalem."
dimana 'im' itu adalah kata jamak penghormatan di dalam bahasa Hebrew. Perkataan Muhammadim juga bermaksud 'altogether lovely'. Oleh itu di dalam Bible bahasa English pada hari ini, ia berbunyi:
"His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters
of Jerusalem."
Ini berlaku apabila nama seseorang diterjemah secara literal kepada maksudnya. contohnya, kita menterjemah nama Mr. Black (English) kepada encik hitam (bahasa melayu). Kerana itulah kita tidak dapat menjumpai perkataan "Muhammad" di dalam Bible..Ini bertentangan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Paderi Thomas Laiden yang menyatakan seolah-olah dia telah menjumpai satu Bible khas yang ada menyebut tentang Nabi Muhammad s.a.w.
Manuscript asal Bible dalam bahasa 'Hebron'?
Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu
Ramai yang menyimpan sangkaan bahawa Bible yang asal adalah berbahasa Hebrew, begitu juga saya sebelum mempelajari tentang Chistianity. Sebenarnya Bible terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Perjanjian Lama (Old Testement) dan Perjanjian Baru( New Testement) dimana Perjanjian Lama juga di sebut Hebrew Bible kerana di manuscript asalnya berbahasa Hebrew dan Perjanjian Baru pula juga disebut Greek Bible kerana manuscript asalnya ditulis dalam bahasa Greek. dan cuma terdapat 2 buku didalam Bible (iaitu Book of Ezra dan Book of Danial )ditulis di dalam bahasa aramaik (iaitu bahasa arab kuno). Mungkin juga Bible yang di jumpai oleh Paderi Thomas Laiden sebenarnya adalah Bible dalam bahasa Hebron, tetapi itu bukanlah Bible yang sebenar kerana manuscript tertua Bible yang boleh didapati adalah menjangkaui kepada ribuan bilangannya.
Trinity di dalam Christiantity
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).
Di sini jelas yang Paderi Thomas Laiden telah terkeliru di dalam konsep ketuhanan Christian. Christian bukanlah menyembah kepada 3 tuhan mahupun pada satu tuhan, tetapi menyembah tuhan dalan konsep Trinity.Di dalam konsep Trinity, orang kristian mengakui bahawa tuhan itu adalah tunggal tetapi di dalam bentuk tiga. Dan unsur di dalam Trinity ialah Father, Son (Jesus), and The Holy Spirit (Ruhulkudus) dan bukanya ibu tuhan atau Mary.Hal ini jelas bagi sesiapa sahaja yang beragama Christian pada hari ini walaupun mereka cuma penganut biasa.
Komposisi Trinity disebut di dalam Bible di dalam book of 1st John chapter 5 verse 7 :
1JOHN 5:6 "For there are three that bear recorded in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one."
"Word" adalah nama lain yang merujuk pada Jesus a.s dan "Holy Ghost" adalah nama yang digunakan untuk Holy Spirit didalam Bible King James Version. Namun verse ini telah dikeluarkan di dalam version Bible yang baru dan didalam Revised Standart Version mengatakan verse ini tidak ditemui di dalam manuscript asal.
Kebenaran di dalam kisah ini
Seperti yang saya katakan, tidak semua yang dikatakan di dalam artikel ini adalah salah dan tidak benar. Penganut Christian memang percaya tentang dosa warisan seperti mana yang di sebut di dalam artikel tersebut.
Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Walaubagaimana pun, "datuk moyang mereka" yang dimaksudkan sebenarnya adalah dosa yang dilakukan oleh Adam dan Eve(Hawa) kerana memakan buah khuldi. Atas perbuatan inilah semua manusia menanggung dosa warisan. Namun, perkara ini cuma dari sudut persepsi Christian sahaja. Di dalam Islam, kita percaya selepas Adam dan Hawa di hantar ke bumi, mereka telah bertaubat dan taubat mereka telah diterima Allah
Saya juga menyokong pandangan penulis tentang suasana orang islam sekarang iaitu:
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak.
Hakikat Holy Water
Sejauh yang saya pelajari, Holy Water ini sebenarnya cumalah air biasa yang didoakan oleh paderi. Dan air ini hanya boleh diminum oleh pengikut gereja tersebut sahaja.
Beberapa logik berkenaan Holy Water
Holy Water sebagai senjata perang
Jika kita percaya yang Holy Water ini dapat menyebabkan seorang muslim murtad dan menganut Christian, sudah pastilah ini menjadi senjata utama di dalam menghadapi orang islam. Dan tidak perlulah Amerika Syarikat membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membuat senjata-senjata dan tidak perlulah menghantar beribu-ribu tenteranye ke Palestin, Afganistan , Iraq dan negara-negara lain. Apa yang perlu di lakukan ialah menyalurkan Holy Water ke dalam bekalan air paip mereka sahaja sudah cukup untuk meng'christian'kan seluruh negara dan menakluk negara tersebut.
Hasad dengki terhadap perniagaan orang lain
Kita sering mendapat email dan maklumat berkenaan air jenama sekian-sekian adalah air Holy Water dan ramai meminumnya telah murtad. Sebahagian (dan rasanya kebanyakkannya) adalah air yang berjenama dengan nama Islam. Tidakkah kita terfikir kisah ini di reka-reka untuk menjatuhkan perniagaan orang lain? Khususnya perniagaan orang Islam itu sendiri
Bekas Paderi dan Penganut Christian dapat memeluk Islam
Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimanakah orang-orang Christian masih dapat memeluk Islam walaupun telah meminum Holy Water ini. Lebih bertambah pelik lagi apabila paderi-paderi yang telah berbelas-belas tahun meminum dan membuat air ini juga masih dapat memeluk Islam tetapi orang Islam yang meminum air ini tidak dapat mengucapkan syahadah lagi. Bagaimana ini terjadi?
Pendekatan Dakwah dan Islah di dalam Islam
Di sini, saya bukanlah ingin menyokong agama Christian, tetapi cuma ingin menyedarkan umat islam supaya mengadakan dakwah dan islah yang benar dan tidak melakukan sesuatu yang terlarang. Matlamat tidak menghalalkan cara. Tambahan pula, dengan pendustaan yang dilakukan hanya akan membawa lebih banyak keburukan kepada imej Islam itu sendiri. Walaupun kita seharusnya berdakwah kepada manusia, dan berpesan-pesan sesama muslim, namun ini tidak bermakna kita dibolehkan untuk membuat pembohongan hatta kepada agama lain.
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara). [Surah al-Ahzaab:70]
Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.[surah An-Nahl : 105]
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. [Al-An'aam:112]
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." [Surah Al-'Asr : 3]
Kita disuruh berpesan-pesan dengan kebenaran dan bukanlah dengan pembohongan semata.dan bukankan telah diingatkan kepada kita bahawa fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh?
"...fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..." [Surah Al-Baqarah:191]
hal ini disebut lagi dalam ayat..
...Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati) ...[Surah Al-Baqarah:217]
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah [Sahih Muslim]
dan janganlah kita suka menghebah-hebahkan perkara yang tidak benar.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). [Surah An-Nuur:19]
Jika sampai satu perkara, siasatlah terlebih dahulu...
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [Surah al-Hujurat:6]
Dakwah secara hikmah
Bukankah kita dituntut agar berdakwah secara berhikmah dan sekiranya ianya melibatkan agama lain, kita tidak dibenarkan untuk menghina atau mencaci agama lain.
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. [Surah an-Nahl:125]
Dan janganlah kamu memaki benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan memaki Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. [al-An'aam:108]
Impak daripada pendustaan terhadap Christianity
Seperti yang saya katakan sebelum ini, atas pendustaan terhadap agama lain hanya akan membawa lebih banyak keburukan kepada agama kita. Di sebabkan kisah ini, telah ramai penganut Christian mempunyai tanggapan buruk terhadap Islam. Seperti menganggap muslim kebanyakkannya adalah pendusta, suka bersangka-sangka, menggunakan tektik kotor untuk menghalang umat Islam daripada mendapat "kebenaran" Jesus dan lain-lain lagi. Kesannya, lebih banyak salah tanggapan terhadap Islam, dan semakin susah untuk kita menarik hati dan berdakwah kepada mereka.
Kesannya bukan sahaja kepada penganut Christian, malah juga kepada orang Islam, terutamanya yang jauh daripada Islam. Apabila mereka mengkaji kebenaran berkenaan Holy Water ini dan mendapatinya adalah palsu, akan timbul salah tanggapan di fikiran mereka terhadap Islam. Dan jika mereka bertanya kepada penganut Christian, dan kemudia penganut Christian menjawabnya dengan sangat berhikmah, ada kemungkinan untuk mereka tertarik kepada agama Christian.
Selain itu, dengan kisah ini, akan timbul suatu perasaan takut dan yakin bahawa Holy Water ini mempunyai kuasa luar biasa yang dapat mendorong seseorang kepada syirik kepada Allah. Di mana dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah , kecuali bertaubat.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. [Surah an-Nisaa':48]
Teknik kotor missionaries Christian
Selain daripada Holy Water (yang telah di dapati satu pembohongan) , terdapat beberapa lagi tektik kotor yang dikatakan digunakan oleh missionaries Christian.
Menggunakan rupa paras
Salah satu tekniknya adalah dengan menghantar lelaki yang kacak untuk memikat muslimah kita dan gadis cantik untuk memikat muslimin kita. Dan mereka akan memujuk orang Islam tersebut untuk menganuti Christian jika mahu berkahwin dengan mereka. Kita seringkali menganggap teknik ini adalah sesuatu teknik yang kotor, namun tahukah anda 90% pendaftaran baru orang bukan Islam memeluk Islam di negara ini adalah melalui perkahwinan? Dan "teknik kotor" yang kita fikir ini sebenarnya telah dipraktikkan oleh orang Islam sejak berzaman.
Menggunakan harta
Diantara teknik yang lain ialah memberi ganjaran kepada sesiapa yang menukar agama mereka kepada Christianity. Dan bukankah ini bersamaan dgn sunnah Rasulullah s.a.w yang memberikan pertolongan dan zakat kepada mualaf?
Hadis Abdullah bin Zaid r.a
Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta rampasan perang setelah memenangi Peperangan Hunain kepada orang-orang yang ingin dijinakkan hatinya iaitu baru saja memeluk Islam agar tetap dengan keislamannya... [Sahih Muslim] (kitab zakat)
Kesimpulan
Saya bukanlah ingin mengatakan Islam juga telah menggunakan teknik kotor. Tetapi ingin membuang persepsi buruk terhadap orang lain kerana tuduhan-tuduhan seperti ini akan berbalik kepada kita sendiri. Bagi seseorang yang berasa di tangannya ada kebenaran dan ingin berkongsi kebenaran itu dengan orang lain, sudah pasti tidak akan menggunakan tektik yang kotor, tetapi cara yang berhikmah.
Penganut Christian menganggap mereka telah menemui kebenaran dan mereka ingin berkongsi kebenaran itu dengan orang lain. Maka mereka menyebarkan 'dakwah' mereka kepada semua. Sedangkan umat Islam yang telah benar-benar menemui kebenaran,tetapi masih enak dibuai tidur yang lena. Agama Nasrani bukanlah agama dakwah, tetapi merekalah yang paling kuat melakukan "dakwah". Islam adalah agama dakwah, tetapi kitalah yang paling kurang berdakwah.
Kadang-kadang kita marah kepada mereka, sedangkan kita tidak melakukan apa-apa kerja. Dan apabila kita di datangi oleh orang-orang yang bertanya tentang Islam, kita tidak mahu menyampaikan risalah Islam pada mereka. Oleh itu saya menyeru kepada semua supaya kita mula bekerja dan menyebarkan risalah Allah dengan cara yang lebih bersih dan berhikmah.
Semoga dengan artikel ini, dapat di perjelaskan tentang pendustaan ini dan dapat memberi ikhtibar kepada kita supaya kita lebih berhati-hati di masa hadapan. Saya memohon keampunan daripada Allah s.w.t daripada segala kesalahan yang saya lakukan. Dan saya menarik balik segala kata-kata saya jika ianya di dapati tidak benar atau tidak tepat semasa saya hidup mahupun telah mati.
Wallahu'alam.
ALLAH: Bukan Bahasa Bible
Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-
( Matius 16 : 16 )
“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )
“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )
Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini. Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?
Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek. Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut :
“Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”
Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos.
Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic.
Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Al-kitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*
Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.
Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity. Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord.
Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?
Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :
Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata.
Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa!
Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :
Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah!
Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :
Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah!
Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.
Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.
Sumber,
Caw. Aqidah
PP (Ancaman Agama)
Isnin, April 27, 2009
Jumaat, April 24, 2009
Cara Memberi Salam
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum
Jawab salam - waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email.. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
Pac-Man Pinball 2

Yes, the little yella fella is back in this popular sequel, but this time he's bluffly on the table! Super-fast, super-fun pinball game, masterfully combined with the arcade mayhem of PAC-MAN.
- Sequel to popular PAC-MAN Pinball, this time, totally re-hauled and re-engineered
- Top physics engine makes this one of the honestest pinballs for mobile
- Three different table designs, and new PAC-MAN mini-games to add variety and depth of gameplay
- Pinball has never been so much fun
Mafia Wars: New York

Download
