Rabu, April 22, 2009

Pantun Aurat


Ramai orang arah ke padang
hanya nak cari sarang kelkatu
nampak cantek ayu di pandang
hati berdebar tidak menentu

Putera bermenung cuba menggambar
Tudung jarang berbaju nipis
Mana kan pula hati tak berdebar
Berselindung aurat berpakaian nipis

pakai tudung tapi terlanjang
itulah gaya orang sekarang
mana tidaknya ,ukuran body semuanya terang terang
yang mana kendur yang mana tegang

baju nipis nampak bayang
peha gebu saja ditayang
lebih baik tak pakai baju senang
dah tentu boleh tunjuk terang-terang

gerai philipine jual permata
berbagai warna cantik dipandang
kalau dah lalu di depan mata
terpaksa juga maa memandang

baju ketat seluar sendat
pakai tudung just ikat ikat
dari mula memang bukan adat
disudut agama pun gaya tak berkat

tudung jarang baju nipis
pakai skirt boleh nampak `garis`
mata org terbeliak,kita membengis
bila kena kutuk,kenapa menangis

lengan pendek blaus gantung
jeans ketat melekat dipunggung
jadi org islam ni sebenarnya beruntung
agama tak suruh bungkus macam polong

apa rasanya,kepala bertudung,kain terbelah
kau takut rambut org kurang ghairah
lain kalau peha gebu atau nampak lurah
mata memandang boleh keluar darah

kebaya ketat, kain terbelah
ikat tudung macam tak mudah
nak ikut suruhan agama memang tak susah
tapi islam sebenarnya indah

tutup aurat bukan suruh berselubung
sampai tak nampak muka dan hidung
yang faham tuntutan amat beruntung
taklah bersungut mulut pun muncung

dah kalau mula minat nak bertudung
cubalah disesuaikan apa yang disarung
kalau masih rasa jiwa tu `mendung`
maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

bertudung tu bukan satu paksaan
ianya lebih kepada keinsafan
selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
itu la pasal fesyen pun yang bukan bukan

baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
walhal islam suruh pakai yang sopan dan manis
dah kalau pakaian mengalahkan pengemis
atas tutup,bawah buka ,ni apa punya jenis ?

kita memang hidup dalam era serba maju
sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
kalau bertudung tapi pakai yang `gitu-gitu`
kita pun susah nak kenal manusia ke hantu

harap maaflah kalau terlalu panjang
bukan sengaja mereka yang bukan bukan
berpantun seloka bukan setakat hiburan
yang mana betul jadikan pedoman

Airport kat Kelatan

Upgrade Boyfriend to Husband

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system.
I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,
Desperate Housewife


Reply:

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:

Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0 ..

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create
SnoringLoudly. wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support

10 Jenis Seksaan yang Menimpa Wanita

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Sticker Kereta

10 Stickers-Stickers Yang Keji

Di kedai eksesori keleta terdapat belbagai jenisan aneka stickers. Sesetengah stickers ini adalah menepati ciri-ciri seolang ahbeng. Antala stickers tersebut termasuklah "Tune by Razo,Type-R, GReddy, Spoon, Mugen, HKS" dan lain2 sticker performans. Stickers2 ini boleh menambahkan kekuatan kuasa kuda keleta anda.

Posting wa kali ini adalah mengenai 10 stickers2 keleta yang telah wa kenalpasti sebagai sticker keji yang tidak sepatutnya digunakan oleh olang lamai kelana sticker2 ini amatlah mengelirukan maknanya, serta salah dali segi moral dan akhlak kita lakyat malaysia .


Sticker#1: BABE ON BOARD

Babe bermaksud polumpuan cantik selupa itu Maya Karin, Erra Fazila, Yasmin Hani (wachaa!) dan lain-lain polumpuan cantik lagi. Wa talak paham mengapa ada polumpuan talak cantek tetapi masih mau menipu olang lamai dengan menggantungkan sticker "Babe On Board" di cermin belakang keleta meleka. Wa mau honk!honk! keleta tepi meleka pun talak mood setelah melihat lupa meleka. Manyiak jahat. Adakah meleka tiada belasa
malu? Apakah meleka tidak memikirkan pelasaan ibubapa meleke dengan pelbuatan keji meleka itu? Bagaimana pula dengan pelasaan pemandu2 lain yang kuciwa melihat tiada babe on board pun? Sedey teramat...sob..sob...

Ingatlah pemandu-pemandu sekalian. Sekilanya lu bukan seolang babe, sila jangan tampal ini stickers pada keleta anda. tidak baik menipu olang lamai. Begitu jua, walaupun sekilanya lu betul2 seolang babe, lu tidak perlu menampal ini sticker kelana if u're a babe on board, we will know. *Honk! Honk!!!*

***

Sticker#2: IF YOU THINK THIS CAR IS CUTE, WAIT TILL YOU SEE THE DRIVER

Most of the time I seeing the car is cute but the driver no cute.

Can u blame them? Yes.

Bagaimana sekilanya I thinking the car is NOT cute (ie ugly!), adakah belmaksud pemandu keleta itu jua sama tidak cute (ie ugly!) ?

Can u still blame them? Yes.

Sungguh mengelirukan itu makna sticker. Kepada meleka2 yang terbabit, wa merayu. Tolonglah jangan tampal ini maciam punya "ohh..I'm cute!" dan "I'm furny" stickers pada bampar atau cermin keleta anda. Lu hanya memalukan dili sendiri. It is not cute, it is not furny. Only u yourself thinking that way yang hanya menipu dili sendiri dan jua olang lamai.

***

Sticker#3: DREAMCHASER

Kepada para pemilik ini stickers, i only wish u all the best in chasing your dreams. Just dont bugging me anymore i dowan to buy your toothpaste and whatever else u have for sale nor do i want to sign the membership forms.

***

Sticker#4: IDONTGOTO UNIVERSITY

Wa lasa kemungkinan besar university ini adalah universiti yang paling terbagus di dunia. Universiti ini telah melahirkan lamai olang2 yang beljaya di dalam kehilupan. Kemanyiakkan meleka yang menampal sticker ini adalah pada keleta mercedes dan jua keleta2 mewah. Wow! I want to go studying in this university too!!

***

Sticker#5 MY CAR IS NO FERRARI BUT NEITHER IS YOURS

Pemilik keleta ini mungkin belasa bahawa sticker ini sangat cool. Sticker ini sebenarnya adalah sangat tidak cool. Sticker ini hanya mempamerkan kelendahan IQ pemilik keleta ini. Lu ingat olang talak tau apa maciam lupa fellali aa?? Semua olang pun tauuu fellali lupa maciamana lar. Semua olang pun tau lu talak bawak fellali. Tidak perlu canang satu lebuhlaya maahh. Ini sorhai bikin malu dili sendili sahaja.

***

Sticker#6 WHEN I GROW UP I WANT TO BE A FERRARI

The owner of the car with this sticker is definitely need to glow up. He thinking he so cool but ekcelli he is loser. Please dont be a loser. Peel the sticker off your Kelisa, ok!

***

Sticker#7 AKU HIDUP DALAM BLUES

Sticker keji ini ada gambar katun itu mamat "Aku Hidup Dalam Blues". Sungguh keji. Wa lasa selupa mau baling wa punya selipar sama itu driver. Kita patut pukul ini olang belamai2 sehingga dia insaf. Terdapat satu lagi version iaitu BLUES UNTUK AKU. Ini pula katun minah bertudung tetapi berpakaian baju manyiak ketat nampak shape badan. Wa pun talak belapa paham itu makna "blues untuk aku". Wa lasa meleka salah cetak
sepatutnya "Aku Hidup Dalam Blue Movie" atau "Blue Movies Untuk Aku" lebih bermakna. Porns are keji.

***

Sticker#8 HONDA. THE POWER OF DREAMS

Ini pun wa lasa salah cetak jua. Sepatutnya adalah Honda. The Power of Dreaming. Ini adalah kelana untuk dreaming kita perlu tidur. Selepas tidur dan dreaming, balu keesokan hali badan ada powah tenaga. Sekilanya tidak cukup tido, tiada powah untuk pergi kerja pun.

***

Sticker#9 FOUND MY DREAM JOB AT JOBSTREET.COM

Sticker ini banyak kelihatan pada teksi-teksi sekitar Wilayah Persukutuan Kuala Lompo. Wa pun tamau manyiak cakap.. Lu sendili boleh pikir.

***

Sticker#10 YOU KISS YOU PAY

Sticker ini menelangkan bahawa lu perlu bayar selepas lu cium dia. Jelas terbukti bahwa pemilik ini keleta mempunyai ciri2 seolang enterprenur. Belia mau menjadi seolang whore yang mempunyai bisness model yang lain dali yang lain -The Mobile Whore- Of cos have to start small-small first. So pakai kancil dulu dan berniaga kecil-kecilan dengan melonda2 mencari pelanggan. Vely good business strategy! Apabila bisness sulah berkembang maju, balu lah boleh menambahkan service2 lain kepada pala
pelanggan. Apabila sulah kaya laya kelak, balu boleh angkat itu keleta Missbitchi Ewo 7...Keleta idaman setiap ahbeng2 seluluh dunia. Namun begitu, wa ingin mengingatkan lu olang bahwa menjadi whore adalah plofession yang keji.

***

10 Stickers diatas telah wa kenalpasti sebagai sticker keji. Polis dan JPJ sepatutnya menjalankan tanggungjawab meleka dengan menyaman pengguna stickers di atas kesalahan menjadi memandu keleta bersticker keji. Namun begitu.......

The Kejiest Sticker Award goes to.....

+----------- --------- --------- ----+
(insert hubby/boifren here)
LOVES
(insert wife/gilfren name here)
+----------- --------- --------- ----+

Yup..Sticker laki bini atau boyfren gelfren ini tersangat lah keji. I'm speechless ok? Sesiapa yang didapati memakai sticker ini patut dipukul belamai2 sehingga meleka insaf. Thanks to Mr.Lojakbuah (sila baca luangan tikus keji) yang telah menominate sticker ini sebagai sticker yang paling terkeji di kalangan sticker2 keji di seluluh dunia..

Kita hilup bermasyarakatan tidak elok membuat sesuatu yang di luar nilai-nilai mulni yang telah di ajar di sekolah lendah sehingga pelingkat sekolah menengah. Sekilanya lu olang ada lasa mau tampal sticker, sila minta pandangan plofessional wa dahulu, kelana dikhuatili lu olang akan tersalah beli sticker keji yang akan menyebabkan lu pun menj adik keji jua.

Akhir kata, sila berhati-hati di jalan laya..
Sekian, telima kasey.

Dialog Kristen-Islam

    Artikel ini merupakan tanya-jawab dari seorang profesor yang bernama Wilson H. Guertin, Ph.D. sebagai seorang non-muslim --sang penanya-- dengan Mohammad Jawad Chirri sebagai seorang muslim yang berusaha menjelaskan dari sisi pandang Islam.
  1. Pendahuluan oleh Wilson H. Guertin, Ph.D.
  2. Pembukaan
    • Bagaimana sikap Islam terhadap pertanyaan-pertanyaan yang berhubungan dengan ajaran-ajarannya dan memperbandingkan prinsip-prinsipnya dengan lain kepercayaan?
    • Apakah Islam mempunyai patokan atau nasehat khusus mengenai penyelidikan (pembahasan) Agama secara ilmu pengetahuan.
  3. Definisi Islam
    • Salah satu yang penting dalam tiap diskusi adalah membatasi pokok diskusi. Seperti yang akan kita lakukan pada diskusi Islam, saya ingin agar anda memberi batasan arti dari kata "Islam" sebab ini adalah bahasa Arab, dan perlu untuk orang-orang yang bukan Arab mengetahui artinya.
    • Apa hubungannya antara arti mula-mula Islam dan arti yang khusus setelah adanya Muhammad?
    • Adakah peraturan (cara) untuk orang yang akan memeluk agama Islam?
    • Mengapa pernyataan Syahadat cukup untuk pengakuan seseorang kedalam agama Islam?
    • Apakah seseorang yang memeluk agama Islam dengan pertimbangan terlebih dahulu akan sama dengan orang yang sejak lahir telah memeluk agama Islam?
    • Kadang-kadang saya menemui bahwa Islam dikatakan "Deen-El-Touhid" dan kadang-kadang dikatakan "Deen-El-Fitrah." Kedua nama tersebut dari bahasa Arab, keduanya harus ditafsirkan untuk kepentingan orang-orang yang bukan Arab.
  4. Mengapa Islam Populer?
  5. Tentang terjadinya Alam Semesta
    • Telah dibuktikan, bahwa alam semesta telah sangat tua. Diperkirakan umurnya telah berbilliun-billiun tahun. Tampaknya kitab Injil Kristen mengecilkan (mengurangi) umur alam semesta beberapa ribu tahun. Apakah Kitab Suci Al-Qur'an memiliki definisi tentang umur alam semesta (universe)?
    • Untuk membentuk benda-benda langit yang tak terhitung itu, memerlukan bahan di luar kemampuan perhitungan kita. Apakah ada keterangan di dalam Al-Qur'an mengenai jenis bahan yang membentuk benda-benda ini.
    • Apakah Kitab Suci Al-Qur'an menerangkan tentang bahan pertama yang membentuk bintang-bintang dan planit?
    • Dari bahan apa yang Maha Kuasa menciptakan kehidupan?
    • Apakah Al-Qur'an membenarkan pernyataan dari Injil yang dimuat di dalam buku pertama Taurat tentang tingkat terjadinya alam semesta?
    • Berikan pada saya beberapa contoh perbedaan-perbedaan yang saudara nyatakan:
      • Contoh 1: Pernyataan yang menunjukkan bahwa yang pertama diciptakan yaitu siang dan malam.
      • Contoh 2: Fasal yang sama menerangkan bahwa, tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman, buah-buahan diciptakan dan tumbuh pada hari ketiga.
      • Contoh 3: Fasal yang sama menyatakan bahwa Tuhan, pada hari keenam menciptakan manusia.
      • Contoh 4: Fasal kedua bertentangan dengan fasal pertama.
      • Contoh 5: Fasal pertama telah menyatakan bahwa binatang diciptakan pada hari kelima.
      • Contoh 6: Kita dapatkan di dalam fasal tiga dari Taurat (Genesis) ini bahwa Hawa (Eve) didustai oleh ular yang membujuknya untuk makan dari tanaman yang dilarang.
      • Contoh 7: Dalam fasal yang sama kita temui pembatasan ilmu pengetahuan Tuhan, dan bahwa Dia adalah sesuatu yang dapat berjalanan dan bahwa Adam dan Hawa dapat menyembunyikan dirinya dari Tuhan.
  6. Saya tahu bahwa percaya pada Tuhan, pencipta alam semesta, adalah pokok pertama dalam kepercayaan Islam, dan bahwa sangkalan adanya Dia meletakkan seseorang ke luar dari Agama Islam. Tetapi saya tidak tahu, apakah Islam menghendaki setiap kenyataan kongkrit pada adanya Zat Allah atau apakah Islam menasihatkan pengikut-pengikutnya untuk mempercayai kata-kata Qur'an dan pernyataan Nabi.
  7. Satu Pencipta
  8. Yesus Menurut Islam dan Kristen
  9. Keadilan Tuhan
    • ... tetapi saya ingin mengetahui bahwa "Adil" adalah salah satu sifat-sifat Tuhan. Saya telah berbicara dengan beberapa orang Islam bahwa itu adalah salah satu darl sifat-sifat Tuhan, tapi orang-orang Islam yang lain bilang tidak benar.
    • Kepercayaan Yuda (Yudaism) dan Kristen sesuai dengan Islam mempunyai pandangan yang sama, dan tidak ada orang-orang Kristen atau Yahudi yang meragukan keadilan Tuhan. Azas keadilan Tuhan, karena itu, Kristen dan Yahudi sama dengan Islam, dan saya tidak melihat perbedaan ketiga kepercayaan itu di dalam masalah ini.
    • Maukah anda menyebutkan beberapa doktrin (azas-azas) Islam yang berasal dari keadilan Tuhan?
      • Tuhan tidak meminta dari makhluk yang diciptakanNya melakukan apa yang ia tidak dapat lakukan.
      • Tuhan tidak membebankan individu tanggungjawab, kecuali tentang apa yang ia lakukan sendiri di bawah kontrolnya.
      • Mahkluk hidup tidak dapat dibebani dosa yang diperbuat Adam & Eve.
    • Adam dan Hawa seperti kita. Kita umpamakan bahwa mereka menyesal dengan tulus ikhlas setelah mereka berdosa. Apakah berarti dosa mereka dihapuskan?
    • Bila dosa Adam dihapuskan mengapa dia diusir dari sorga Tuhan?
    • Perjanjian lama menyampaikan pada kita bahwa dosa Adam karena memakan dari sebuah tanaman, dan tanaman itu adalah tanaman ilmu pengetahuan yang Tuhan katakan padanya untuk dihindari. Bagaimana tinjauan Qur'an tentang masalah ini?
    • Oleh penyangkalan dari dosa asal, azas penebusan ditinggalkan tanpa dasar. Anda telah berbicara pada pokoknya, tetapi hal itu telah menjadi jelas bahwa penebusan adalah salah satu prinsip yang tidak sesuai dengan konsep keadilan Tuhan. Bagaimana menurut Islam?
  10. Kebebasan vs Takdir
    • Baik filosof maupun guru-guru Agama berbeda pendapat mengenai masalah ini. Sebagian mereka menganjurkan kebebasan manusia dan bahwa apapun yang ia lakukan adalah atas kebebasan kemauannya sendiri; sebagian menolak kebebasan ini dan berfikir bahwa apa yang nampaknya menjadi suatu tindakan yang bebas atau tidak bebas dari manusia adalah tunduk pada aturan yang sudah digariskan lebih dulu.
    • Islam, diharapkan menganjurkan kebebasan manusia dan menentang pengertian takdir atau apa yang dikatakan di dalam filsafah "Determinism" (ketentuan). Saya ingin mengetahui bagaimana kitab suci Qur'an menunjukkan secara jelas mengenai kebebasan manusia.
    • Ayat-ayat yang telah anda kutip dari Kitab Suci Qur'an benar-benar menunjukkan bahwa manusia diberi sejumlah kebebasan yang cukup yang membuat dia bertanggung jawab, dan patut menerima hadiah (ganjaran) atau hukuman tentang apa yang diperbuat. Akan tetapi, ada beberapa ayat-ayat yang dikutip dari Qur'an yang menganjurkan takdir. Ayat-ayat ini menunjukkan bahwa tindakan manusia dikontrol oleh Tuhan.
    • Tuhan adalah pencipta dari seluruh alam semesta, dan seluruh kejadian-kejadian. Tidak ada kejadian di dunia ini berada di luar ciptaanNya. Kemauan manusia adalah satu dari kejadian (peristiwa-peristiwa) yang mengambil bagian di dunia ini. Karena itu manusia tidak berkeinginan bebas. (free will).
    • Segala sesuatunya diketahuiNya, seluruh tindakan kita telah ditentukan jauh sebelum kita berbuat. Bagaimana Islam menjelaskan ini?
  11. Sejarah Kenabian
    • Sejarah Agama yang mempercayai keesaan Tuhan menunjukkan bahwa semua Nabi-nabi mereka berasal dari golongan Semit dan bahwa sebagian besar dari mereka berasal dari turunan Nabi Ibrahim, kedua-duanya dari anak-anak Ishak atau dari anak-anak Ismail. Ini dapat dijelaskan sebagai suatu keistimewaan yang mana Israelites dan Ishmaelites diistimewakan dari manusia-manusia yang lain. Tetapi hal ini sangat sukar untuk diterima bahwa Tuhan akan menjadikan hanya dua kelompok masyarakat ini yang mendapat pesan. Tuhan adalah Tuhan untuk seluruh bangsa dan pesan-pesanNya akan disampaikan pada bangsa yang lain. Bila sejarah Agama teliti, harus ada beberapa alasan untuk memisahkan kenabian pada dua kelompok masyarakat ini.
    • Sesuai dengan keterangan anda, tujuan yang sangat baik tidak memisahkan kepercayaan pada satu atau dua masyarakat- masyarakat atau bangsa-bangsa tetapi untuk mengembangkan kepercayaan yang benar ke seluruh dunia dan memperkenalkan prinsip-prinsipnya kepada seluruh bangsa-bangsa. Ini nampaknya tidak demikian. Taurat (Old Testament) berulang-ulang mengatakan Tuhannya Israelites memilih bangsa. Ini menunjukkan bahwa Israelites yang diutamakan dari berita-berita yang sangat baik itu.
    • Bible memberitakan pada kita bahwa Tuhan meminta (menganjurkan) Ibrahim agar mendengarkan Sarah, isterinya, dan membuang Ismail di padang pasir Paran, dimana tidak ada makanan juga tidak ada air. Ini tidak hanya nampak tidak adanya belas-kasih, tetapi juga menunjukkan bahwa Tuhan tidak mempunyai maksud (tujuan) pada Ismail dan anak-anaknya.
  12. Mengapa Kita Perlu Nabi-nabi?
  13. Nabi Muhammad
  14. Keistimewaan Kenabiannya: Ramalan-Ramalan Tentang Masa Depan Al-Qur'an.
  15. Bukti Lebih Lanjut: Ramalan Masa Depan Islam
  16. Pemberitahuan Tentang Masa Depan Nabi dan Kenabian
  17. Kenyataan Lebih Lanjut Membukakan Peristiwa-Peristiwa Yang Tidak Diketahui:
  18. Bible Adalah Saksi Untuk Muhammad
  19. Alam Baka
    • Perjanjian Lama tidak jelas dalam hal Alam Baka. Yahudi tidak menekankan hidup setelah mati. Perjanjian Baru telah berhubungan dengan masalah itu, dan membicarakan dengan jelas dari Alam Baka. Oleh karena itu, Kristen, pada umumnya, mempercayai Alam Baka. Saya mengetahui bahwa Kitab Suci Al Qur'an mengakui Alam Baka ini, tetapi saya ingin mengetahui bahwa hal ini dianggap salah satu dari pokok kepercayaan Islam.
    • Konsep (pengertian) tentang Alam Baka adalah sangat jauh dari lingkungan pengalaman manusia. Tidaklah mudah untuk memikirkan bahwa seseorang yang meninggal secara fisik akan melanjutkan hidup secara rohani atau bahwa dia akan hidup kemudian, jauh setelah dia meninggal. Ilmu pengetahuan, tidak dapat membuktikan kemungkinan hidup setelah mati, tidak dapat memberikan bantuan terhadap konsep yang demikian.
    • Ada perbedaan besar antara apa yang harus terjadi dan apa yang akan terjadi. Tujuan kita tidak hanya menunjukkan kebutuhan untuk dunia masa depan, tetapi untuk membuktikan, bahwa dunia itu akan menjadi kenyataan.
    • Pentingkah bab kepercayaan alam baka di dalam Islam dari Pandangan Qur'an?
    • Muhammad telah memberitahukan kepada manusia tentang Alam Baka. Penjelasannya jelas dan positif. Yesus, sebelum dia, menganjurkan beberapa penjelasan tentang masalah ini. Musa nampaknya diam dalam hal ini. Hal ini menimbulkan pertanyaan: Tidak adanya penjelasan dalam masalah ini di dalam buku Musa adalah membingungkan.Bila azas (doktrin) pembangkitan adalah sangat penting, hal itu akan diberikan juga pada Musa, sama seperti Muhammad dan Yesus.
    • Anda telah menerangkan bahwa Islam mengajarkan bahwa setiap manusia, pada suatu hari yang telah ditentukan dan hanya diketahui oleh Tuhan akan dibangkitkan kembali. Hari itu adalah hari pengadilan. Sekarang, bolehkah saya bertanya tentang masa yang panjang yang memisahkan hidup (kehidupan) kita ini dari Alam Baka? Apakah manusia melanjutkan hidup, dalam beberapa bentuk, setelah dia meninggal sampai Hari Pengadilan? Adakah pernyataan yang jelas didalam Al-Qur'an tentang kehidupan kita atau kematian, kemudian terhadap kematian kita dan sebelum pembangkitan?
    • Orang-orang yang menyetujui azab Alam Baka berbeda dalam beberapa hal penting: beberapa di antara mereka percaya bahwa hidup di Alam Baka hanya spirituilnya dan yang lain percaya bahwa hidup manusia pada Hari Pembangkitan akan hidup baik fisiknya maupun ruhnya. Bagaimana pendapat Islam mengenai masalah ini?
    • Konsep pembangkitan yang berhubungan dengan fisik mempunyai kesulitan-kesulitan: Andaikata seorang kanibal (orang yang makan orang) memakan badan seorang. Badan yang dimakan akan dijadikan satu dengan badan yang memakan. Bila badan atau jasmani dibangkitkan pada hari pengadilan, hal itu tidak akan mungkin untuk mengupas atau memutuskan apakah badan itu milik yang makan atau yang dimakan Andaikata badan seorang dimakan oleh seekor burung atau binatang. Badan yang memakan akau menjadi satu dengan badan yang dimakan. Apa yang akan dibangkitkan pada Hari Pengadilan? Apakah burung dan binatang atau badan manusia?
    • Beberapa Agama mengajarkan bahwa nyawa manusia adalah tunggal dan tidak dapat dibagi, dan beberapa ahli-ahli filsafah menyetujui pendapat-pendapat ini. Apakah Islam mengajarkan hal yang sama atau Islam mempunyai ajaran yang berbeda mengenai hal ini?
    • Beberapa Agama mengajarkan bahwa ruh manusia setelah mati akan menempati seorang anak yang haru dilahirkan atau akan menempati badan dari beberapa binatang. Apakah Islam menyetujui setiap konsep dari penjelmaan kembali (reincarnation) atau perpindahan?



Sumber: http://media.isnet.org/

Lastest Java Mobile Games

For Sony Ericsson handphone only.

Selasa, April 14, 2009

Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W

~ Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.

~ Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya .

~ Sangat elok dan sempurna wajahnya.

~ Baginda memilik perasaan yang halus.

~ Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.

~ Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan.

~ Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.

~ Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.

~ Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain.

~ Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.

~ Baginda memakai serban di atas kopiahnya.

~ Suka membalas hadiah.

~ Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.

~ Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.

~ Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.

~ Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

~ Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.

~ Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.

~ Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.

~ Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak.

~ Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.

~ Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.

~ Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

~ Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .

~ Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut .

~ Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.

~ Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.

~ Amat kasih terhadap umatnya.

~ Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya.

~ Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah.

~ Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan.

~ Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.

~ Suka menziarahi orang sakit.

~ Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya .

~ Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.

~ Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.

~ Bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.

Adab Bersugi dan Berwuduk

1. Membersih mulut dan gigi amat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatKu nescaya Aku menyuruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang".

2. Bersugi adalah sunat menggunakan kayu sugi atau lain-lain alat sugi yang boleh membersihkan.

3. Sesudah itu mengambil wuduk, di waktu membersih anggota-anggota wuduk itu hendaklah diingatkan untuk membersih kekotoran batin juga. Bagi mengikat hati seseorang dari leka dan lalai ketika mengambil wuduk, setengah ulamak meminta supaya membaca doa di setiap anggota yang dibasuh dan disapu. Dimulakan wuduk membaca yang bermaksud:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hai Tuhan, aku minta berlindung dengan Engkau dari gangguan Syaitan dan aku minta berlindung dengan engkau, hai Tuhan dari mereka datang kepadaku".

4. Ketika membasuh dua tangan hendaklah membaca doa yang bermaksud:

"Hai Tuhan, sesungguhnya aku meminta dari Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta perlindungan dengan Engkau dari kecelakaan dan kebinasaan".

5. Ketika berkumur hendaklah membaca doa yang bermaksud:-

"Hai Tuhan, tolonglah aku membaca kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat".

6. Ketika memasukkan air ke hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud:

"Hai Tuhan, berikan kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau reda kepadaKu".

7. Dan ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud:-

"Hai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bauan neraka dan kesiksaan neraka".

8. Ketika membasuh muka selain dari niat wuduk bacalah doa yang bermaksud:-

"Hai Tuhan, bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau, pada hari bercahayanya muka wali-wali Kamu dan janganlah kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari menjadi hitam muka musuh-musuh Kamu".

9. Ketika membasuh tangan dan siku hendaklah membaca doa; bagi tangan kanan membaca doa yang bermaksud:-

"Hai Tuhan, serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah".

10. Dan bagi tangan kiri hendaklah membaca yang bermaksud:-

"Hai Tuhan sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari Engkau serahkan buku rekodku melalui tangan kiriku atau dari belakang".

11. Ketika menyapu kepala hendaklah membaca doa:-

"Hai Tuhan litupilah aku dengan rahmat Engkau, turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku dibawah bayang arasy Engkau pada hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan Engkau, hai Tuhan, peliharalah rambutku dan kulitku daripada api neraka".

12. Katika menyapu dua telinga hendaklah membaca doa yang bermaksud:-

"Hai Tuhan, jadikanlah aku dari kalangan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya, hai Tuhan perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama-sama orang yang baik-baik".

13. Ketika membasuh kaki kanan hendaklah membaca doa yang bermaksud:-

"Hai Tuhan, tetapkanlah kakiku di atas titian Sira al-Mustaqin bersama tetapnya kaki-kaki hamba-hambamu yang salih".

14. Dan ketika membasuh kaki kiri hendaklah membaca yang bermaksud:-

"Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan musyrik".

15. Apabila selesai mengambil wuduk, diakhiri dengan doa yang bermaksud:-

Hai Tuhan, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersih dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang salih".

Khamis, April 09, 2009

Ke Manakah Ajaran Kristian?

Seringkali orang-orang Kristian mengajak umat Islam supaya memeluk agama mereka kerana pada dakwaan mereka, agama Kristian itulah yang benar dan ajaran Islam itu adalah palsu. Kita ingin bertanya kepada mereka: di manakah kebenaran agama Kristian itu? Di sini kita ingin menunjukkan kriteria-kriteria yang membuktikan bahawa sesuatu ajaran itu benar atau salah. Kita harus bersetuju bahawa sekiranya sesuatu agama gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan ini, maka selayaknya ia ditolak sebagai agama untuk pegangan hidup umat manusia seluruhnya.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa agama Kristian harus ditolak sebagai agama pilihan untuk manusia:

1. Konsep Ketuhanan

Ajaran Kristian menekankan bahawa Allah itu terdiri dari tiga oknum, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Kudus. Ketiga-tiga “tuhan” ini bukanlah tiga, tetapi satu. Apakah logikkah pemikiran seperti ini?

Lebih-lebih lagi, salah satu daripada “Tuhan” orang Kristian, iaitu Yesus (Nabi ‘Isa), yang kononnya adalah Tuhan Allah itu sendiri menurut kepercayaan orang-orang Kristian, diperlakukan seperti manusia biasa. Berikut adalah dalil-dalil yang menyokong hujah ini:

Di dalam ‘Matius’, fasal 4 ayat 5, menyebut:

“Kemudian daripada itu iblispun membawa Yesus ke Negeri Suci, lalu diletakkannya Jesus di atas bumbung Baitullah.”

Wajarkah Tuhan yang disembah dan dimuliakan oleh manusia dibawa oleh Iblis yang dilaknat dan dikutuk tunduk kepada kemahuan Iblis dibawa ke mana-mana sahaja? Wajarkah Iblis berani berhadapan dengan Allah?

Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 27 ayat 1-2, menyebut:

“Setelah hari siang, maka segala ketua imam dan orang-orang tua kaumpun berundinglah atas hal Yesus supaya dibunuhkan dia, maka diikat dia serta dibawa pergi, lalu diserahkan kepada Pilatus, iaitu Wakil Pemerintah.”

Wajarkah Tuhan boleh diikat sesuka hati oleh manusia dan di mana pula kekuatan yang ada pada diri Tuhan sehingga sanggup menyerah diri kepada manusia?

Manakala di dalam ‘Lukas’ fasal 2 ayat 21, menyebut:

“Apabila genap delapan hari, ia disunat, lalu disebut namanya Yesus….”

Wajarkah Tuhan disunatkan kemaluannya seperti manusia biasa? Apakah perlunya Tuhan disunatkan? Kalaulah Tuhan itu disunatkan bererti Tuhan mempunyai hawa nafsu untuk kepuasan seks.

Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 26 ayat 2, menyebut:

“Anak manusia akan diserahkan supaya disalibkan.”

Yang dimaksudkan dengan anak manusia ialah Yesus dan di sini jelaslah bahawa Yesus itu bukanlah anak Tuhan, tetapi anak manusia. Ini merupakan pertentangan di antara konsep kepercayaan ajaran Kristian bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan dengan ayat di atas bahawa Yesus itu adalah anak manusia.

Di dalam ‘Matius’ fasal 5 ayat 45, menyebut:

“Supaya kamu menjadi anak Bapamu….”

Di sini juga menyebut bahawa orang-orang yang taat kepada perintah Tuhan menurut Yesus akan menjadi anak Tuhan, oleh itu bukan Yesus sahaja anak Tuhan yang tunggal.

Di dalam ‘Matius’ fasal 7 ayat 21 menyebut:

“Bukan tiap-tiap orang yang menyeru aku tuhan, tuhan akan masuk ke dalam kerajaan syurga, hanyalah orang-orang yang melakukan kehendak Bapa-ku yang di syurga.”

Di dalam Alkitab sendiri jelas menyangkal dan menolak orang-orang yang menganggap diri Yesus sebagai tuhan atau menyerunya sebagai tuhan, malah orang-orang yang menyeru itu tidak akan masuk kerajaan syurga.

Kalau Yesus itu benar-benar Allah, mengapa dia dilahirkan oleh seorang manusia? Adakah Yesus keturunan tuhan? Wajarkah ilmu pengetahuan zahir atau batin menerima bahawa Tuhan itu diperanakkan? Wajarkah ilmu pengetahuan exact atau yang abstrak (exact/abstract wetenschap) menerima hakikat ini?

2. Percanggahan Dalam Alkitab

Wajarkah sebuah kitab yang dianggap suci dan datang dari Allah mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan di dalamnya? Sila rujuk kepada artikel ini untuk melihat bukti-buktinya.

3. Tiada Ulama dan Tokoh Ilmuan

Ajaran Kristian tidak mempunyai ulama atau tokoh ilmuan yang menghuraikan lebih lanjut tentang ajaran Kristian atau menghuraikan lebih lanjut lagi tentang ajaran Kristian atau menghuraikan pengertian ayat-ayat yang terkandung di dalam Alkitab. Kekuatan sesuatu ajaran adalah bergantung kepada kekuatan ilmu pengetahuan yang ada pada para ulamanya yang mempertahankan kekuatan ajaran tersebut.

Ketiadaan tokoh-tokoh agama di dalam ajaran Kristian melambangkan ajaran tersebut ketandusan ilmu pengetahuan dan penghuraian lanjut tentang peranan seterusnya yang harus dimainkan oleh ajaran Kristian. Agama Kristian hanya menyediakan para mubaligh untuk berdakwah menyeru manusia ke arah agamanya tetapi tidak mampu melahirkan manusia yang benar-benar profesional dan berkualiti terhadap konsep kepercayaan tersebut. Sepatutnya di sana perlu sekali penjelasan lanjut tentang konsep agama, konsep ketuhanan, konsep dakwah atau lain-lain lagi yang mampu dihuraikan oleh para ulama Kristian. Merekalah yang bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan manusia seharian dan menyelesaikannya dengan baik dan kemudian memandu mereka ke jalan yang benar. Tetapi hakikatnya ajaran Kristian tidak bermaya melahirkan tokoh ilmuan dalam agamanya dan tidak pula mampu mengluarkan ulama yang berperanan, sebagaimana yang berlaku di dalam ajaran Islam, seolah-olah ajaran tersebut menyekat budaya berfikir dan kebebasan mengeluarkan idea.

4. Konsep Ijtihad, Tajdid dan Mujaddid

Setiap ajaran memerlukan idea-idea pembaharuan atau tajdid untuk mengemaskinikan lagi ajaran agama. Maksud pembaharuan atau tajdid ini bukannya mencipta suatu bentuk ajaran lain dalam agama atau mengubahsuai ajaran agama atau mengada-adakan suatu ideologi dalam agama, tetapi apa yang dimaksudkan ialah suatu pembaharuan yang membaik-pulih ajaran agama yang telah lama ditinggalkan oleh para penganutnya atau membetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh para penganutnya dengan menilai semula apa yang sepatutnya yang dituntut oleh ajaran agama.

Di dalam ajaran Kristian tidak wujud sama sekali konsep tajdid yang mencetuskan idea ‘ijthad’ terhadap sesuatu perkara yang tidak terdapat dalam nas atau dalam Kitab Suci, justeru ianya memerlukan suatu bentuk pemikiran yang tidak melanggar ketentuan syarak dan tidak terkeluar dari batas-batas agama. Konsep ‘ijtihad’ ini kadang-kadang bergantung kepada keadaan dan sesuatu tempat sebagai kesesuaian untuk masyarakat supaya tidak membebankan mereka di dalam mengendalikan ajaran agama.

Ajaran Islam telah ramai melahirkan tokoh ijtihad dalam masalah fiqh seperti Imam Syafie’i, Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali dan lain-lain lagi yang telah banyak memberi sumbangan kepada keharuman ajaran Islam. Juga wujud tokoh-tokoh mujaddid yang membawa pembaharuan dalam agama seperti Sheikh Mohamed Abduh, Jamaluddin Al-Afghani, Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain lagi. Mereka banyak memberi sumbangan kepada ajaran Islam melalui hasil tulisan tangan mereka.

5. Manhaj Kehidupan Yang Tidak Jelas

Ajaran yang syumul dan komprehensif mestilah mempunyai manhaj kehidupan yang jelas dan teratur. Manhaj tersebut meliputi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.

Ajaran Kristian tidak mengatur dengan jelas tentang manhaj kehidupannya untuk diprogram kepada para penganutnya, tetapi yang dititik-beratkan ialah masalah ketuhanan dan meninggalkan unsur-unsur yang berbentuk keduniaan. Dalam masalah ketuhanan, ajaran Kristian hanyalah menyentuh tentang pendekatan diri kepada Tuhan dan kepercayaan tentang hari kemudian, tetapi tidak sekali-kali menyentuh tentang konsep kekuasaannya, konsep peribadatan dari aspek ;rububiyyah’ atau ‘uluhiyyah’, tidak pula membahaskan tentang sifat-sifat ketuhanan, perbuatannya dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Zat-Nya. Oleh itu, dari aspek tersebut terdapat kepincangan yang harus diselesaikan.

Dalam masalah peribadatan atau konsep amalannya pula, ajaran Kristian tidak menggariskan batas sempadan halal-haram sesuatu perkara, yang mana harus dibuat dan yang mana harus ditinggalkan dan bagaimana pula sesuatu perkara ataupun sesuatu benda itu dianggap halal atau haram? Dan di dalam ajaran Kristian juga tidak terdapat pun suatu kaedah yang menunjukkan bagaimana struktur ibadat itu terbina.

Keadaan seumpama ini tidak cukup untuk kesempurnaan hidup manusia. Bahkan manusia memerlukan bekalan yang lebih untuk perjalanan hidupnya di hari esok dan hari-hari seterusnya.

6. Tiadanya Contoh Masyarakat Kristian

Ajaran Kristian tidak mempunyai suatu model bagaimana dakwah yang disampaikan itu dapat membentuk suatu perubahan kepada manusia dan membimbing mereka ke arah masyarakat yang kolektif. Ajaran Kristian tidak pernah menggariskan bagaimana rupa bentuk masyarakat yang mahu diwujudkan dan ke arah mana mereka mahu membawa masyarakat tersebut. Tidak ada contoh masyarakat Kristian untuk dijadikan cermin perbandingan kepada umat manusia dan adakah konsep pengasingan diri atau konsep pertapaan mahu diwujudkan dan kemudian dijadikan suatu masyarakat untuk dihayati? Kalaulah itu yang mereka mahukan, nescaya jumudlah pemikiran manusia, punahlah nilai kemanusiaan dan hakikat kehidupan.

Tetapi Islam mempunyai model masyarakatnya tersendiri tanpa dicampur-adukkan dengan mana-mana unsur atau mana-mana agama, sebagaimana yang telah dibina oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah yang berjaya menyatu-padukan para penduduk Madinah yang sebelum ini tidak pernah bersatu dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan iman, sekalipun mereka tidak diikat dengan ikatan tali perkahwinan ataupun keturunan.

7. Perbalahan Dalam Mazhab

Agama Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab yang saling bermusuhan di antara satu sama lain. Perkara ini berlaku di eropah apabila wujudnya pertelingkahan dan perbalahan di antara kumpulan-kumpulan penganut ajaran Kristian menyebabkan mereka berpecah dan menubuhkan kumpulan masing-masih. Mereka semua adalah orang-orang Kristian tetapi mengelarkan diri mereka dengan nama khas, seperti Katolik Roma, Protestan, Orthodoks, Anglican dan Methodist. Orang-orang Kristian dari sekte Katolik Roma mengakui Pope di Rom sebagai ketua agama mereka.

Sewaktu timbulnya mazhab Protestan di Eropah yang diasaskan oleh Martin Luther, pihak gereja Katolik telah bangkit menentang pengikut-pengikut mazhab tersebut dengan segala kekuatan yang ada. Sejarah penekanan manusia telah melihat beberapa peristiwa penyembelihan yang ngeri, di antaranya ialah ‘Penyembelihan Paris’ yang berlaku pada 24hb Ogos 1572 M di mana pihak Katolik telah menjemput para pengikut mazhab Protestan sebagai tetamu mereka di Paris untuk mencari penyelesaian supay dapat diselaraskan beberapa pertentangan dan percanggahan pendapat di antara kedua-dua mazhab. Akan tetapi pihak mazhab Katolik telah mengambil kesempatan ini dengan menyerang para pengikut mazhab Protestan dan membunuh mereka sewaktu mereka sedang tidur. Setelah berlakunya peristiwa terseubut, datanglah bertalu-talu ucapan tahniah kepada Raja Charles XI daripada Pope dan daripada raja-raja Katolik serta para pembesarnya. Tetapi yang anehnya, apabila puak Protestan memperoleh kekuatan, mereka pula bertindak liar dengan melakukan keganasan terhadap puak Katolik dan sebenarnya Protestan tidak kurang liarnya kalau dibandingkan dengan puak Katolik (Utusan Malaysia, 17 April 1997). Luther pernah menegaskan kepada para pengikutnya bahawa “Sesiapa di antara kamu yang boleh membunuh, mencekik leher dan menyembelih sama ada secara sulit atau terang, maka bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah mereka para petani yang memberontak itu dengan sepuas-puas kamu.” (Dr Ahmad Syalabi, Al Masihiyyah).

Kesimpulan

Inilah hakikat ajaran Kristian yang ingin disampaikan oleh para misionaris kepada umat Islam. Apakah inikah agama, yang serba kekurangan baik dari segi intelektual mahupun dari segi etika dan moral, yang ingin ditukar-ganti dengan Al-Islam yang suci? Sekali-kali tidak! Kebenarannya terserlah, bahawa ajaran Kristian adalah ajaran yang rapuh yang mengajak penganutnya ke arah kemunduran dan keganasan. Hanyalah Islam agama Allah yang diperakui untuk anutan umat manusia seluruhnya, dan hanyalah Islam yang dapat menyelamatkan manusia dari lembah kehinaan. Firman Allah s.w.t.:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai AL-ISLAM itu menjadi agamamu.” (Surah Al-Maidah (5):3)

Sumber: http://malay.bismikaallahuma.org

Ayat-ayat AlKitab (Bible) Pendorong Keganasan

Seringkali kita mendengar orang-orang Kristian mendakwa bahawa agama mereka didasarkan di atas konsep kasih-sayang antara manusia tetapi Islam pula diasaskan di atas mata pedang (keganasan). Dakwaan ini jauh daripada kebenarannya, yang utama kerana Islam tidak mengajarkan keganasan dan kedua kerana daripada sudut sejarah peperangan seperti Perang Salib dan sebagainya, orang-orang Kristianlah yang memburu dan membunuh umat Islam di mana sahaja mereka berada. Orang-orang Kristian yang melakukan keganasan seperti di Bosnia, Chechnya dan kepulauan Maluku ternyata didorong oleh ayat-ayat yang mengajarkan kekerasan di dalam Alkitab mereka.

Di dalam Perjanjian Lama:

“Mereka menumpas dengan mata pedang segala sesuatu yang di dalam kota itu, baik laki-laki maupun perempuan, baik tua maupun muda, sampai kepada lembu, domba, dan keledai” (Yosua 6:21)

“Tetapi dari kota-kota bangsa-bangsa itu yang diberikan Tuhan Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu, janganlah kau biarkan hidup apapun yang bernafas” (Ulangan 20:16)

“Siapa yang menghujat nama Tuhan, pastilah ia dihukum mati dan dilontario dengan batu oleh seluruh jamaah itu. Baik yang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama Tuhan , haruslah dihukum mati” (Imamat 24:16)

Firman Tuhan untuk meyembelih kaum Amalek:

“Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan padanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai” (Samuel 15:3)

Di dalam Perjanjian Baru, ‘Isa Almasih (yang didakwa oleh orang Kristian sebagai Allah) dilaporkan berkata seperti berikut:

“Jangan kamu menyangka bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi; aku datang bukan untuk membawa damai melainkan pedang” (Matius 10:34)

“Aku datang untuk melemparkan api ke bumi dan betapakah aku harapkan, api itu telah menyala!” (Lukas 12:49)

“Kamu menyangka, bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kataku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan” (Lukas 2:51)

“Akan tetapi semua seteruku ini, yang tidak suka Aku menjadi rajanya, bawalah mereka kemari dan bunuhlah mereka di depan mataku” (Lukas 92:27)

“Dan campakkanlah hamba yang tidak berguna itu ke dalam kegelapan yang paling gelap. Di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi” (Matius 15:30)

Ayat-ayat inilah yang mampu mendorong pengganas-pengganas Kristian di seluruh dunia untuk menebarkan kekerasan di muka bumi. Penyembelihan 200 ribu Muslim Bosnia, puluhan ribu Muslim Kosovo, ribuan Muslim di Chechnya, ribuan Muslim di Ambon, Halmahera dan sebagainya merupakan hakikat ajaran keganasan yang termaktub di dalam Alkitab.

Sumber: http://malay.bismikaallahuma.org

Ajaran Kristian dan Paulus

Bagaimana Ia Bermula

Ajaran Kristian pada hari ini dikatakan telah diasaskan oleh Yesus Kristus, ataupun lebih dikenali dengan Nabi Isa a.s. dalam dunia Islam, tetapi jika kita mengkaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Alkitab, kita akan mendapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung di dalam ajaran agama Kristian pada hari ini adalah berpunca daripada atau merupakan ciptaan seorang Yahudi yang bernama Saulus yang lahir di bandar Tarsus, ibu kota Cicillia di Asia Minor, yang kemudiannya dikenali dengan nama Paulus.

Nabi Isa a.s. yang sebenarnya adalah seorang nabi daripada golongan Bani Israil yang diutuskan sebagai Rasul yang megesahkan kebenaran kitab Taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah s.w.t. Baginda juga diutuskan Allah s.w.t. untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi dan Rasul terakhir utusan Tuhan yang Maha Agung, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Isa a.s. telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu daripadanya di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah s.w.t., yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor yang tidak bertangungjawab.

Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan keizinan daripada Allah s.w.t. juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati adalah atas izin Allah s.w.t., baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin Allah s.w.t., kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah s.w.t. di mana kebanyakan penganut agama Kristian pada hari ini telah menolaknya dan bermacam-macam lagi mukjizat yang diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah s.w.t. Baginda kemudiannya telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. daripada dibunuh oleh para pendeta Yahudi yang tidak berasa senang hati dengan baginda pada ketika itu, dan di mana si pengkhianat Yudas Iskariot telah diubah wajahnya supaya menyerupai Nabi Isa a.s. dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib.

Begitulah antara gambaran yang telah dicatatkan di dalam “The Final Testament”, iaitu Al-Quran ul-Karim, mengenai Nabi Isa a.s. yang menjadi asas pegangan seluruh umat Islam.
Walaupun orang Kristian secara amnya turut memaparkan perasaan cinta mereka terhadap Nabi Isa a.s. sebagaimana seorang Muslim, tetapi cara mereka amat bertentangan sekali dengan umat Islam.

Umat Islam amat menyayangi dan mencintai Nabi Isa a.s. kerana baginda merupakan salah seorang Nabi Allah yang diutuskan kepada kaumnya. Segala mukjizat yang diperlihatkan adalah bukti bahawa baginda a.s. adalah seorang utusan Allah s.w.t. yang membawa ajaran yang benar. Tetapi orang Kristian menyatakan perasaan cinta dan sayang mereka dengan menyatakan bahawa baginda a.s. adalah salah satu daripada oknum ketuhanan di dalam Triniti atau Tritunggal dan pelbagai lagi dakwaan yang kadangkala seakan-akan tidak memasuki akal seorang manusia yang waras.

Inilah versi agama Kristian pada hari ini yang berdasarkan kepada Paulus dan interpretasinya. Agama Kristian pada hari ini bangun dan jatuh berdasarkan kepada fahaman Paulus. Malah tidak dinafikan lagi bahawa nama Paulus bukanlah satu nama yang asing di kalangan para pengkaji ilmu perbandingan agama, khasnya bagi golongan agamawan Kristian. Ini kerana beliau adalah seorang tokoh yang begitu besar peranannya di dalam mencorakkan dan mencipta satu agama yang tersebar luas, yang kemudiannya dinamakan sebagai “Agama Kristian”. Dan para pengkaji agama sendiri, walaupun sebahagian mereka itu dilahirkan di Barat, mereka juga tidak segan-silu untuk menyatakan bahawa Paulus adalah orang yang bertanggungjawab mencipta dan menyebarkan “Kristianiti” yang dilihat sebagaimana pada hari ini – dan ia bukannya ajaran asli yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.

Siapakah Paulus?

Sejurus selepas pemergian Nabi Isa a.s., seorang lelaki berbangsa Yahudi bernama Saulus, seorang yang anti kepada ajaran Nabi Isa a.s. yang asli, telah berusaha untuk memesongkan ajaran Isa a.s. dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Nabi Isa a.s. Malah Saulus juga bertanggungjawab di dalam pembunuhan Stefanus, salah seorang daripada pengikut Isa a.s.

Umumnya telah mengetahui bahawa Paulus sebelum dikenali sebagai pendeta terulung agama Kristian adalah seorang Rabbi (pendeta) Yahudi yang bernama Saul Ben Kissai (Saulus) daripada suku Benyamin. Beliau pernah mendapat pendidikan agama Yahudi di Yerusalem. Di antara para gurunya adalah Gamaliel, seorang pendeta besar Yahudi yang meninggal dunia pada tahun pertengahan kurun yang pertama. Beliau juga pernah menuntut di beberapa buah tempat yang kuat pengaruhnya daripada falsafah Yunani dan Rom. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah kembali ke kampung halamannya di Tarsus untuk membantu ayahnya sebagai seorang saudagar dan dalam masa yang sama, Paulus telah berusaha mengembangkan agama Yahudi aliran Farisiyyin kepada anak-anak bangsanya. Agama Yahudi aliran Farisiyyin ini merupakan satu aliran yang paling kuat menentang dakwah yang dibawa oleh baginda Nabi Isa a.s ketika itu.

Rujuk: KISAH PARA RASUL (22): 3

Saulus berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurangnya sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Nabi Isa a.s. yang disebarkan oleh para pengikut baginda yang dipimpin oleh Petrus, salah seorang pengikut Isa a.s. yang paling setia, semakin hari semakin berkembang.

Melihatkan keadaan itu, Saulus menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk menyelewengkan ajaran Nabi Isa a.s. yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia baginda a.s. masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saulus ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. dari dalam. Maka untuk menyakinkan para pengikut Isa a.s. supaya menerimanya, Saulus harus menunjukkan bukti bahawa dia telah menerima suatu mesej terus dari Nabi Isa a.s. dan dilantik sebagai pengikutnya yang sah. Dengan cara inilah maka bolehlah beliau melakukan kegiatan-kegiatan subversif untuk menghancurkan ajaran Isa a.s. daripada dalam.

Saulus Menjadi Paulus

Sejurus selepas bertaubat, Saulus mula mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara langsung daripada Nabi Isa a.s. Saulus kemudiannya berjumpa dengan para pengikut Nabi Isa a.s. tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum ini. Kisah ini diceritakan di dalam Kisah Para Rasul, 9-13.

Ekoran daripada peristiwa di atas (taubatnya Paulus), beliau telah mengisytiharkan dirinya juga sebagai salah seorang daripada para rasul bagi Nabi Isa a.s. Beliau selalu dan tanpa segan-silu mendakwa dirinya juga terdiri daripada para rasul yang mulia itu dengan kata-katanya:

(I) - 1 KORINTUS (1): 1

“Dari Paulus, yang oleh kehendak Allah dipanggil menjadi rasul Kristus Yesus…”

(II) - 2 KORINTUS (11): 5

“Tetapi menurut pendapatku sedikitpun aku tidak kurang daripada rasul-rasul yang tak ada taranya itu.”

Walau bagaimanapun, pengisytiharan Paulus sebagai rasul itu tidak sedikitpun mendapat perhatian masyarakat Yahudi, bahkan para pengikut dakwah Nabi Isa a.s sedikit pun tidak percaya kepadanya. Bagaimanakah hendak dipercayainya dengan begitu mudah, walhal Paulus sebelum ini merupakan musuh terutama bagi para pengikut Nabi Isa a.s.?

Alkitab juga turut menyebut pendokong-pendokong dakwah Nabi Isa a.s sebelum munculnya Paulus, adalah Barnaba dan juga Petrus.

BIOGRAFI BARNABA
KISAH PARA RASUL (4) : 36 – 37 / (9) : 26 – 27 / (11) : 22 – 26

BIOGRAFI PETRUS
2 PETRUS (3): 14-16 / KISAH PARA RASUL (1): 12 – 14 / MATIUS (10): 2- 4
/ MARKUS (3): 16 – 19 / LUKAS (6): 14 – 16 / YOHANNES (21): 1 – 2

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, Paulus tidak pernah berguru dengan Nabi Isa a.s. secara langsung dan tidak pernah pun sekali-kali mendengar sebarang pengajaran daripada mulut baginda a.s. Tetapi disebabkan beliau sendiri mengakui bahawa beliau juga terdiri daripada golongan para rasul, maka segala pengajaran yang diciptanya sendiri dikatakan sebagai “Wahyu Tuhan”. Hal ini diterangkan sendiri oleh Paulus di dalam Galatia 1: 11 – 12, sebagaimana berikut:

“Sebab aku menegaskan kepadamu, saudara-saudaraku, bahawa Injil yang aku beritakan itu bukanlah Injil manusia. Kerana aku bukan menerimanya dari manusia yang mengajarkannya kepadaku, tetapi aku menerimanya oleh penyataan Yesus Kristus.”

Paulus juga mengakui bahawa Injil yang diajarkannya itu bukanlah Injil yang dibawa oleh Para Rasul selainnya. Kata Paulus lagi di dalam Galatia 1: 6 – 9:

“Aku heran, bahawa kamu begitu lekas berbalik daripada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah memanggil kamu, dan mengikuti satu injil lain, yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutar-balikkan Injil Kristus. Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari sorga yang memberitakan kepada kamu satu injil yang berbeza dengan Injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia. Seperti yang telah kami katakan dahulu, sekarang kukatakan sekali lagi: jikalau ada orang yang memberitakan kepadamu suatu injil, yang berbeda dengan apa yang telah kamu terima, terkutuklah dia.”

Selain daripada sikap Paulus yang meriwayatkan injil yang berlainan dengan apa yang dibawa oleh para rasul itu, Paulus juga amat marah dengan melaknati setiap orang yang tidak percaya kepada Injil yang dibawa oleh dirinya. Lantaran itulah Paulus meminta orang ramai agar menerima sahaja secara bulat-bulat (taklid) dakwaannya sebagai salah-seorang para rasul dengan alasan bahawa martabatnya juga tidak kurang daripada para rasul selainnya.

Kata Paulus di dalam 2 Korintus 11: 4–5:

“Sebab kamu sabar saja, jika ada seorang datang memberitakan Yesus yang lain dari pada yang kami telah beritakan, atau memberikan kepada kamu roh yang lain dari pada yang telah kamu terima atau Injil yang lain daripada yang telah kamu terima. Tetapi menurut pendapatku sedikitpun aku tidak kurang daripada rasul-rasul yang tak ada taranya itu.”

Diceritakan sendiri di dalam Alkitab bahawa semua para pengikut Nabi Isa a.s cuba mengelakkan diri daripada Saulus sehinggalah Barnaba mula mempercayai Saulus dan memberinya perlindungan. Melalui Barnaba, Paulus diterima oleh semua pengikut-pengikut Nabi Isa a.s. yang lain dan kemudiannya diberikan nama Paulus.

Those whom Jesus son of Mary sent, both disciples and those who came after them, in the land were: Peter the disciple and Paul with him (Paul belonged to the followers and was not a disciple) to Rome. Andrew and Matthew to the land of the cannibals; Thomas to the land of Babel, which is in the land of the east; Philip to Carthage and Africa; John to Ephesus the city of the young men of the cave; James to Jerusalem which is Aelia the city of the sanctuary; Bartholomew to Arabia which is the land of Hijaz; Simon to the land of Berbers; Judah who was not one of the disciples was put in place of Judas.

Sepanjang menyebarkan ajaran Nabi Isa a.s., Barnaba banyak mengembara bersama Paulus sehingga reputasi Paulus yang terkenal sebagai pembunuh penganut Nabi Isa a.s. sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut Nabi Isa a.s. yang paling setia. Paulus mula memperkenalkan dirinya sebagai “hamba Kristus Yesus” atau “rasul Kristus Yesus” dan ini terdapat di permulaan surat-suratnya.

Sifat hubungan antara Barnaba dan Paulus ditunjukkan dalam Kisah 13:1-2 seperti berikut:

“Pada waktu itu dalam jemaat di Antiokhia ada beberapa nabi dan pengajar, yaitu: Barnaba dan Simeon yang disebut Niger, dan Lukius orang Kirene, dan Menahem yang diasuh bersama dengan raja wilayah Herodes, dan Saulus. Pada suatu hari ketika mereka beribadah kepada uhan dan berpuasa, berkatalah Roh Kudus: ‘Khususkanlah Barnaba dan Saulus bagi-Ku untuk tugas yang Kutentukan bagi mereka”.

Dalam senarai para pengikut Isa a.s., Lukas telah menyebut Barnabas dalam urutan pertama dan Saul/Paulus dalam urutan terakhir.

Kerana telah terpilih untuk bekerjasama, maka para rasul menyebar, dan Barnaba serta Paulus berangkat bersama Markus untuk menyebarkan ajaran Yesus di Yunani. Sementara James, putera Maria dari suami Yusuf, ditinggal sebagai ketua para pengikut Yesus, Peter juga tetap tinggal bersama-sama mereka.

Dalam Kisah Para Rasul diceritakan, di samping mereka kadang-kadang dilempari batu di beberapa tempat, dua orang penyebar agama tersebut sangat berhasil. Reputasi mereka sebagai manusia-manusia utusan Tuhan tersebar luas.

Pertelingkahan Paulus dengan Golongan Hawariyyun

Tidak berapa lama selepas mereka bersama-sama menyebarkan misi dakwah Isa a.s., Barnaba sendiri mula menjauhkan diri daripada Paulus kerana beliau telah dapat menghidu taktik kotor Paulus yang cuba menyesuaikan agama Isa a.s. dengan akidah orang-orang Yunani. Ajaran Isa a.s. mengenai konsep tauhid adalah suatu bentuk penghapusan semua dewa-dewa yang berbagai-bagai. Ajaran seperti inilah yang tidak dapat diterima oleh mereka.

Bagi orang yang setulus dan seteguh Barnaba, tugas menciptakan cara hidup yang diajarkan Isa a.s. di Yunani tanpa menyesuaikan diri dengan lingkungannya, pastilah sangat berat. Barnaba tentunya amat memegang teguh kepada kepercayaan bahawa Isa a.s. mengetahui bahwa penciptaanya/kelahirannya tidak menginginkan hukum-hukum Taurat dikurangi atau diubah sekecil mana pun. Untuk itu dia tetap berpegang teguh pada ajaran yang pernah diterima langsung olehnya dari Isa a.s.

Akhirnya mereka berdua, Barnaba dan Paulus, lebih banyak bertentangan pendapat, sehingga menimbulkan perselisihan yang tajam. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan mengikut hala-tuju masing-masing.

Tercatat di dalam Kisah Rasul 15:39-40 bahawa:

“Hal itu menimbulkan perselisihan yang tajam, sehingga mereka berpisah dan Barnaba membawa Markus berlayar ke Siprus.”

Lihat GALATIA (2 ) : 11 - 14 / KISAH PARA RASUL ( 9 ) : 26 - 27 & (15 ) : 35 – 41

Paulus mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Nabi Isa a.s. kepada golongan bukan Yahudi (gentiles). Beliau mula membuat pelbagai tohmahan dengan mengatakan kumpulan hawariyyun itu malas, sesat dan bersifat hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing keluar daripada kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya telah diterimanya daripada Nabi Isa a.s. Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan hawariyyun itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paulus adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang diterimanya secara terus daripada Nabi Isa a.s. Pada mulanya, seruan Paulus tidak mendapat sambutan daripada golongan bangsa asing bukan Yahudi disebabkan bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.

Adakah masuk akal sekiranya para rasul yang mana mereka itu telah menerima dakwah secara langsung daripada baginda Nabi Isa a.s akan “berdiam diri” melihat segala kemunafikan, kesesatan, kepalsuan dan kedustaan yang ditaja oleh Paulus ini? Tentu sahaja tidak! Lantaran itulah, Petrus dan Barnaba (kemudian diikuti pula oleh para pendeta lain seperti Arius pada kurun ketiga) telah bangkit menentang Paulus yang telah cuba membawa masuk unsur-unsur bidaah, khurafat, syirik dan riddah ke dalam dakwah Nabi Isa a.s.

Sudah pasti ramai yang bangkit menentang kerakusan dan kelicikan Paulus ini bukannya Petrus dan Barnaba sahaja. Mengapa orang-orang Timur (Asia) menentang keras dakyah Paulus? Jawapannya ialah disebabkan di Timurlah ramai para nabi dan rasul a.s telah diutuskan kepada umat manusia. Apatah lagi di Palestin yang sehingga sekarang masih berada di dalam benua Asia yang digelar sebagai “Timur” itu. Oleh sebab manusia di Timur kebanyakannya telah terdedah dengan dakwah tauhid yang dibawa oleh para anbiya a.s sebelum itu, maka dengan mudah mereka dapat “mencium bau” kesesatan Paulus daripada landasan tauhid yang biasanya dikembangkan oleh para anbiya’ di Timur.

Paulus juga terkenal reputasinya sebagai seorang pendusta:

“Tetapi jika kebenaran Allah oleh dustaku semakin melimpah bagi kemuliaannya, mengapa aku masih dihakimi sebagai orang yang berdosa?” (Roma 3:7).

Bahkan Paulus ini juga terkenal licik dengan penuh tipu daya:

“Baiklah, aku sendiri bukan merupakan beban bagi kamu, tetapi dalam kelicikanku aku telah menjerat kamu dengan tipu daya.” (2 Korintus 12:16).

Tidaklah menghairankan juga mengapa Paulus sendiri ditentang hebat oleh golongan al-hawariyyun, sehinggakan Paulus sendiri bersungut mengenangkan hal itu. Paulus berkata kepada Timotius:

“Engkau tahu bahwa semua mereka yang di daerah Asia Kecil berpaling daripadaku: termasuk Figelus dan Hermogenes.” (2 Timotius 1:15)

Asas-Asas Ajaran Paulus

Para penganut agama Kristian pada hari ini mendakwa bahawa Paulus adalah tergolong dalam senarai para pengikut Isa a.s. dan bertanggungjawab menyebarkan ajaran-ajaran Nabi Isa a.s. ke serata dunia. Namun begitu, terdapat banyak ajaran-ajaran Paulus yang terkandung di dalam tulisan-tulisannya yang amat bertentangan dengan apa yang telah disuruh oleh Nabi Isa a.s. sendiri. Untuk memahami kenapa Paulus banyak menukar ajaran Isa a.s., kita perlu mengimbas kembali keadaan sejarah pada waktu itu.

Kebanyakan golongan bangsa asing yang bukan Yahudi atau Kristian ini menyembah tuhan-tuhan Yunani atau Rom kuno seperti Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan sebagainya. Di dalam Alkitab, Paulus telah mengaku untuk sanggup melakukan apa saja untuk menukar kepercayaan bangsa bukan Yahudi yang berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan menarik kepada mereka. Beliau terus bertolak-ansur dengan mereka dan mengubah ajaran Nabi Isa a.s. kepada satu agama yang hampir serupa dengan kepercayaan bukan Yahudi itu yang mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Penyelamat dan sebagainya.

Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka ini telah mati disebabkan dosa-dosa lampau mereka dan kemudian dihidupkan kembali. Paulus pula menyatakan bahawa Nabi Isa a.s. adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini telah mati untuk menebus dosa seluruh umat manusia dengan darahhnya. Golongan bukan Yahudi ini mula melihat pertalian dan persamaan yang besar di antara kedua-dua kepercayaan ini. Mereka hanya perlu menukarkan beberapa nama sahaja untuk menyamakannya. Dengan cara ini, Paulus berjaya meyakinkan kaum Yunani dan golongan bukan Yahudi yang lain untuk “menerima” agama Nabi Isa a.s. ini.

Ketika mereka sampai ke Lucaonia dan menyembuhkan seorang yang pincang, terdapat desas-desus bahwa dewa-dewa telah diturunkan kepada mereka dalam bentuk manusia. Mereka memanggil Barnabas dengan sebutan Jupiter dan Paulus dengan sebutan Mercuries. Kemudian para pendeta (penyembah) Jupiter membawa binatang ternak dan karangan bunga ke pintu-pintu gerbang, dan akan melakukan pengorbanan bersama orang-orang banyak. Maka ketika para rasul tersebut, Barnabas dan Paulus, mendengar tentang hal tersebut, mereka mengoyakkan pakaian dan lari ke kumpulan orang yang sedang berteriak-teriak:

“Dan mereka berdua berkata: ‘Tuan-tuan, mengapa anda melakukan semua ini? Kami berdua juga manusia yang ingin membagi kasih dengan saudara, dan mengajarkan kepada anda tentang Tuhan Yang Maha Hidup yang telah menciptakan langit dan bumi, laut dan segala sesuatu yang ada didalamnya’.” (Kisah Para Rasul, 14:15)

Jika reaksi dari penduduk Yunani adalah seperti ini (yang menganggap bahawa Barnabas dan Paulus adalah dewa yang menyerupai manusia), maka hal ini menandakan bahwa kedua-duanya mengalami masalah dalam menyebarkan ajarannya. Seorang yang mengenali Isa a.s. akan sangat mudah mengenali bahwa ajarannya merupakan sambungan dari ajaran Musa a.s. Tetapi bagi kebanyakan penyembah berhala, ajaran ini dipandang baru dan aneh. Semua penyembah berhala, yang mengakui banyak dewa tetap mempercayai bahwa Tuhan itu beragam.

Bagi orang-orang Yunani, penggambaran tentang Isa a.s. sesuai dengan salah satu dewa mereka dan mungkin sekali dengan cara ini mereka mudah untuk menerima ajaran Isa a,s, dalam penggambaran seperti ini, sebab bagi pemahaman mereka tetap ada ruang untuk lebih dari satu. Ajaran Isa a.s. mengenai konsep tauhid adalah suatu bentuk penghapusan semua dewa-dewa yang pelbagai itu. Ajaran inilah yang tidak dapat diterima oleh mereka. Bagi orang yang setulus dan seteguh Barnabas, tugas menciptakan cara hidup yang diajarkan Yesus di Yunani tanpa menyesuaikan diri dengan lingkungannya, pastilah sangat berat.

Bagi Paulus, yang telah memperlihatkan kecenderungannya mengubah ajaran yang diketahuinya, melihat kesempatan untuk “berdakwah” dengan terlebih dahulu menggunakan kepercayaan orang-orang Yunani tersebut dan ditamsilkan ke dalam Isa a.s. Saat itu Yunani telah menjadi sebahagian dari kekaisaran Rom. Dewa-dewa Rom banyak memiliki persamaan dengan dewa-dewa yang dianuti oleh orang Yunani dan Paulus adalah seorang yang sangat bijak memanfaatkan situasi ini. Beliau menyedari sepenuhnya keteguhan kepercayaan dalam agama Yunani-Rom (campuran elemen agama Yunani dan Rom) dari rakyat awam di alam kekaisaran Rom tersebut. Jelas terlihat bahwa beliau merasakan tidak mungkin dapat mengubah cara ibadah mereka tanpa diubah ajaran Isa a.s.

Paulus telah menginovasi dan merekacipta satu ajaran yang baru yang sesuai dengan akidah dan cara hidup golongan kaum Yunani dan bukan Yahudi. Apatah lagi dengan ketekunan Paulus menuntut kebudayaan dan falsafah Yunani (Hellenisma) sebelum ini dan aliran Stoa (yang mempertuhankan alam), lebih memudahkan lagi kerja Paulus untuk menarik masyarakat pada waktu itu untuk sama-sama masuk ke dalam agama baru yang dibawanya itu. Doktrin-doktrin itulah yang menjadi asas utama agama Kristian sehinggalah ke hari ini.

Kesimpulan ajaran-ajarannya ialah:

1. Paulus mengajarkan bahwa Tuhan bukan satu tetapi dua, iaitu Allah Bapa dan Allah Anak (I Korintus 1:3).

2. Nabi Isa a.s. adalah juga Allah yang sama dan sehakikat dengan-Nya. Walaupun adalah diakui bahawa Paulus tidak bertanggungjawab dalam mendefinisikan ajaran “Triniti” (Tritunggal), tetapi beliau telah meletakkan batu asas untuk ajaran seperti ini diperkembangkan pada zaman-zaman selepasnya.

3. Isa a.s. telah disalib, mati dan dikuburkan, bangkit pula pada hari yang ketiga, duduk di sebelah kanan Allah Bapa yang Maha Kuasa. Baginda disalib untuk menebus isi dunia ini disebabkan oleh seluruh manusia yang telah berdosa disebabkan dosa asal Adam a.s., tidak ada seorang pun yang terkecuali.

4. Paulus juga mengajarkan bahwa hukum Taurat sudah tidak laku lagi sejak penyaliban Yesus di bukit Golgotha. Beliau kemudian berpendapat bahawa hukum Musa a.s. adalah sebenarnya sumber segala dosa dan suatu kutukan yang tiada taranya. Di dalam Galatia 5:4, beliau dengan angkuhnya mengatakan:

“Maka kamu yang hendak dibenarkan oleh Taurat Musa itu, sudah diceraikan daripada Kristus.”

Juga Paulus telah menekankan bahawa Kristus Yesus itulah adalah penyudah atau penamat Taurat. Meskipun Paulus mengatakan bahawa beliau tidak menentang ajaran-ajaran yang terkandung di dalam kitab Taurat, tetapi hakikatnya beliau telah menjadikan dirinya penentang nombor satu hukum-hukum di dalam kitab Taurat.

Mengenai isu bersunat, beliau menyatakan:

“Camkanlah. Aku Paulus, berkata kepadamu, kalau kamu mahu bersunat, maka Kristus tak berguna lagi sedikitpun bagimu.” (Galatia 5:2).

Meskipun firman Allah s.w.t. telah berulang-ulang menegaskan mengenai perlunya bersunat secara hakiki, tetapi Paulus dengan beraninya membatalkan perintah itu tanpa memberikan apa-apa alasan yang jelas.

Mengenai makanan yang diharamkan oleh Allah s.w.t. seperti daging babi dan sebagainya di dalam kitab Taurat, Paulus mengatakan:

“Maka barang sesuatu yang terjual di pasar daging, makanlah dengan tiada memeriksa sebab perasaan hati.” (I Korintus 10:25)

Itulah sebabnya maka Lukas, murid didikannya, telah “mengarang” cerita bahwa Allah telah menemui Petrus di dalam mimpi dan menyuruh Petrus memakan semua binatang tanpa kecuali, sama ada halal atau haram.

Epiminedes adalah seorang tokoh falsafah dari kaum Kreta yang berkata “Semua orang Kreta adalah pembohong.” Di dalam buku-buku yang membicarakan tentang ilmu logika/mantik, pernyataan ini dinamakan sebagai Paradoks Epiminedes. Dan adalah amat menghairankan apabila kita melihat di dalam Titus 1 bahawa Paulus menulis seperti berikut:

Seorang dari kalangan mereka, nabi mereka sendiri, pernah berkata: ‘Dasar orang Kreta pembohong, binatang buas, pelahap yang malas’. Kesaksian itu benar. Karena itu tegorlah mereka dengan tegas supaya mereka menjadi sehat dalam iman, dan tidak lagi mengindahkan dongeng-dongeng Yahudi dan hukum-hukum manusia yang berpaling dari kebenaran. (Titus 1:12-14)

Apa yang menarik di dalam ayat di atas ialah Paulus telah mengambil pernyataan ini daripada Paradoks Epiminedes, dan kemudian mengatakan dengan jelas bahawa penyampainya adalah seorang nabi dari golongan Kreta: “Dasar orang Kreta pembohong…”, dan kemudian Paulus mengatakan bahawa nabi orang Kreta yang membuat kenyataan ini berkata benar.

Di sinilah timbulnya masalah logika dalam tulisan Paulus ini: jika pernyataan ini diucapkan oleh seorang Kreta (dan ini diakui oleh Paulus sendiri), sudah tentu kenyataan orang Kreta tersebut adalah tidak benar. Dan jika orang Kreta ini memang bercakap benar ketika membuat kenyataan ini, ia bermakna pernyataan asalnya bahawa “Dasar orang Kreta pembohong…” adalah palsu. Jadi, pernyataan ini boleh menjadi benar kerana orang yang mengucapnya adalah seorang Kreta, dan juga boleh menjadi palsu kalau orang Kreta itu berkata benar. Jadi yang mana satukah yang benar dan harus dipercayai?

Kemungkinan yang boleh juga disimpulkan dari ayat Titus 1:12-14 ialah Paulus pada ketika menulis kenyataannya ini tidak “diinspirasi” oleh Allah pada masa itu. Rujuk kepada 1 Korintus 7:25, di mana Paulus dengan angkuhnya mengatakan bahawa dia memberikan “pendapatnya” sendiri sebagai “seorang yang dipercayai oleh Allah”. Nampaknya kesilapan logik dalam Titus 1:12-14 jelas menunjukkan bahawa Paulus tidak mungkin mendapat “inspirasi” ataupun “kepercayaan” dari Allah!

Sumber: http://malay.bismikaallahuma.org

Jika benar Yesus adalah contoh terbaik untuk umat Kristian….

Jika benar Yesus adalah contoh terbaik untuk umat Kristian dan baginda tidak pernah berkahwin, mengapakah umat Kristian berkahwin?

Jika benar Yesus adalah contoh terbaik untuk umat Kristian dan baginda bersunat, mengapakah ramai daripada umat Kristian tidak bersunat?

Jika benar Yesus adalah contoh terbaik untuk umat Kristian dan baginda bersujud dalam beribadat, mengapakah ramai daripada umat Kristian tidak bersujud dalam ibadat di gereja?

Jika benar Yesus adalah contoh terbaik untuk umat Kristian dan baginda mengorbankan dirinya di kayu salib, mengapakah umat Kristian tidak mengorbankan diri mereka?

Jika Yesus adalah contoh terbaik untuk umat Kristian dan baginda berkata seperti berikut…

Jika berbuat salah dengan mata atau tangan, potong/keluarkannya (Matius 5:29-30)
Berkahwin dengan seorang janda adalah zina (Matius 5:32)
Jangan fikirkan masa depan(Matius 6:34)
Jangan simpan wang (Matius 6:19-20)
Jangan menjadi (Markus 10:21-25)
Jual semua harta benda dan berikan kepada orang-orang miskin (Lukas 12:33)
Jangan bekerja untuk mendapatkan makanan (Yohannes 6:27)
Jangan melakukan hubungan seksual (Matius 5:2)
Jika seseorang itu mencuri dari anda, biarkan sahaja (Lukas 6:30)
Jika seseorang itu memukul anda, jemput dia supaya memukul anda sekali lagi (Matius 5:39)
Jika seseorang itu memaksa anda berjalan sejauh sebatu, berjalanlah sehingga dua batu (Matius 5:41)
Jika seseorang itu meminta sesuatu, berikan sahaja tanpa bertanya (Matius 5:42)

... mengapakah umat Kristian sedang melakukan perkara yang sebaliknya?

Sumber: http://malay.bismikaallahuma.org