Rabu, April 08, 2009

Golongan Kafir

1. Tiada orang yang dilahirkan kafir

Kafir bermakna orang yang “menyembunyikan kebenaran” atau orang yang “menolak kebenaran.”

Bagaimana seseorang boleh menolak kebenaran ketika dia baru dilahirkan, sedangkan kebenaran belum lagi dipersembahkan kepadanya?


2. Setiap orang dilahirkan sebagai Muslim.

Berbanding dengan agama Kristian yang percaya bahawa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan dosa, umat Islam percaya bahawa setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah – suci, muslim.

Setiap bayi itu dilahirkan sebagai seorang muslim walaupun iba bapanya non-muslim.

Sekiranya seorang kanak-kanak meninggal dunia sebelum dia mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk, dia meninggal dunia dalam keadaan suci daripada sebarang dosa. Dia meninggal dunia sebagai seorang muslim dan akan selamat daripada neraka.

RasuluLLah SAW bersabda:

"Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Kristian." (Riwayat Bukhari & Muslim)

3. Tidak semua non-muslim dianggap kafir.

Berdasarkan definisi kafir yang diberikan di atas, seseorang itu hanya dianggap kafir sekiranya dia menolak kebenaran (Islam) setelah Islam dipersembahkan kepadanya dengan betul.

Sekiranya dia belum mendapat seruan Islam yang sebenar dalam apa jua bentuk, dia tidak dianggap sebagai kafir.

4. Allah mengazab mereka yang menolak hidayah.

Firman Allah:
“Dan Barangsiapa yang menentang Rasul SETELAH diperjelaskan kepadanya hidayah (petunjuk kebenaran) dan (lalu) mengikuti jalan yang bukan jalan-jalan mukmin,
Kami biarkan dia dalam jalan yang dipilihnya dan (kelak) akan kami masukkan ke dalam
neraka – seburuk-buruk tempat tinggal.” (An-Nisaa 4:115)

5. Orang-orang kafir yang baik juga diazab?

Katakan ada 2 orang pekerja – pekerja A dan pekerja B.

Pekerja A adalah seorang yang rajin bekerja, serta berjimat-cermat dalam perbelanjaan. Dia menyimpan sebanyak RM 2000 sebulan.

Pekerja B pula seorang yang malas bekerja. Gaji yang dia dapati pula banyak dibelanjakan. Dia hanya menyimpan sebanyak RM 500 sebulan.

Setelah lebih 20 tahun bekerja, pekerja A dan pekerja B bersara. Tetapi apabila mereka memeriksa baki akaun mereka, pekerja B mempunyai baki sebanyak RM 120, 000 manakala pekerja A mempunyai baki sebanyak RM 0!

Setelah diperiksa, mereka mendapati pekerja A sebenarnya telah memasukkan wang simpanannya ke dalam akaun yang salah! Segala usaha kerasnya selama 20 tahun hanya berakhir dengan sia-sia.

Dalam kehidupan ini, berbuat baik sahaja tidak cukup penting. Mempunyai kepercayaan yang benar adalah jauh lebih utama. Ia menentukan perbuatan baik kita akan mendapat ganjaran daripada Allah atau berakhir dengan sia-sia. Oleh itu, pastikan akaun anda betul!

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima oleh Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Hikmah Tujuh Ayat dalam Surah Al-Fatehah

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Di rakam dari syarah : Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Selasa, Mac 31, 2009

Misteri Hajar Aswad



Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka'Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Khamis, Mac 26, 2009

Ahli Kitab Taurat Sembunyi Kebenaran Nabi Muhammad S.A.W Demi Pangkat

"Hai bani Israel, ingatlah nikmat-Ku yang Aku kurniakan ke atas kamu dan sempurnakan perjanjianmu, nescaya Aku sempurnakan perjanjian kamu dan Akulah semata-mata hendaknya kamu takuti.

"Dan kamu beriman kepada barang yang Aku turunkan, menyetujui apa yang ada pada kamu dan jangan kamu jadikan orang yang mula-mula kufur kepada-Nya dan jangan kamu jual perintah-Ku padan harga yang sedikit dan Akulah semata-mata hendaklah kamu takuti".

Ayat itu bermaksud, Allah memberitahu dan dituju kepada anak cucu Yaakub khusus kepada ahli kitab yang hidup pada masa Nabi Muhammad. Allah memberi ingatan kepada mereka supaya mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Allah mahu mereka menunaikan janji dan pesanan Allah yang terkandung dalam kitab Taurat. Jika mereka menunaikan pesanan itu nescaya Allah menunaikan janji-Nya kepada mereka dengan balasan syurga.

Allah mengingatkan mereka supaya beriman dengan kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sedangkan al-Quran mengakui kaum Yahudi daripada bani Israel mempunyai kitab Taurat.

Oleh itu, jangan mereka membeli ayat Allah dengan murah iaitu dilarang merahsiakan kandungan kitab Taurat kerana ingin mendapat kepentingan di dunia. Mereka sepatutnya takut kepada Alah dengan tidak melakukan perbuatan dilarang-Nya.

Sesungguhnya Allah mengingatkan orang Yahudi bahawa mereka berasal daripada anak cucu bani Israel iaitu Nabi Yaakub Ishak yang digelar Israel kerana perkataan Isra bererti hamba Allah. Oleh itu, Israel bererti hamba Allah.

Allah mengingatkan Bani Israel khususnya ahli kitab yang sezaman Rasulullah mensyukuri nikmat dikurniakan antaranya ramai kaum mereka menjadi nabi dan rasul serta diturunkan kitab.

Allah menyelamatkan mereka daripada kekejaman Firaun. Mereka ialah pengikut Nabi Musa yang diberi minum air terpancar dari batu dan diberi makanan dari langit bernama manna dan salwa.

Allah mengingatkan ahli kitab bani Israel supaya mengambil iktibar daripada tindak-tanduk datuk nenek moyang mereka yang mengingkari nikmat Allah. Mereka akhirnya diseksa kerana kufur.

Allah mengingatkan bani Israel supaya memberitahu manusia mengenai kelahiran Nabi Muhammad dan keistimewaan Baginda sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Mereka dikehendaki beriman kepada Nabi Muhammad dan kitab yang dibawanya.

Jika menunaikan janji ditetapkan Allah mereka diberikan Allah balasan yang amat besar iaitu syurga. Mereka diberi amaran supaya takut kepada Allah dan tidak berdusta kepada Rasulullah.

Diceritakan dalam kitab Allah kepada rasul terdahulu yang menerangkan kepada manusia termasuk bani Israel supaya beriman dengan Nabi Muhammad dan selepas itu tidak mengikut kitab yang diturunkan kepadanya.

Jika Nabi Muhammad tidak mengikut kitab yang diturunkan kepadanya, nescaya Allah mengazabkan mereka seperti kaum yang mengingkari rasul terdahulu daripada Baginda.

Allah mengingatkan ahli kitab supaya beriman dengan al-Quran diturunkan kepada Muhammad SAW yang turut mengakui kitab Taurat diturunkan kepada bangsa Yahudi daripada bani Israel.

Oleh itu, tidak wajar ahli kitab menjadi orang pertama mendustakan Muhammad dan menafikan Baginda datang daripada Allah sedangkan mereka mengetahui kebenaran Muhammad dalam Taurat.

Ahli kitab seolah-olah menjual ilmu pengetahuan yang terkandung dalam kitab mereka pada harga terlalu murah kerana mahukan kepentingan di dunia yang terlalu rendah nilainya.

Mereka meninggalkan kenyataan dalam Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad dan juga al-Quran yang diturunkan untuk umatnya bagi mendapatkan jawatan ketua penganut agama Nasrani.

Mereka patut takut dengan perbuatan menjual ayat Allah pada harga murah kerana membeli sesuatu yang rendah nilainya untuk kepentingan di dunia. Mereka sanggup menjadi kufur dengan al-Quran dan Nabi Muhammad.

Tindakan mereka membawa bencana kerana Allah murka seperti juga kepada datuk nenek moyang mereka yang ingkar.

Ahli kitab tidak perlu mencampur-adukkan perkataan benar dengan yang salah seperti mereka mencampurkan kebenaran kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa dengan kepalsuan yang ditulis sendiri.

Mereka tidak sepatutnya menyembunyikan hakikat yang sebenar sedangkan mereka mengetahuinya.

Rabu, Mac 11, 2009

Penamaan Nama Negara Yahudi Dengan Nama "ISRAEL"

Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam pernah bersabda :”Sesungguhnya ada seorang hamba mengucapakan satu kalimat yang mendatangkan murka Allah, diucapkan tanpa kontrol akan tetapi menjerumuskan dia ke neraka”(H.R. Al-Bukhari 647).
Al Hafidz Ibn Hajar berkata dalam Fathul Bari ketika menjelaskan hadits ini, yang dimaksud diucapkan tanpa kontrol adalah tidak direnungkan bahayanya, tidak dipikirkan akibatnya, dan tidak diperkirakan dampak yang ditimbulkan. Hal ini semisal dengan firman Allah ketika menyebutkan tentang tuduhan terhadap Aisyah : “(Ingatlah) di waktu mendengar berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.” (Q.S An-Nur : 15)

Ucapan yang dimaksud adalah ungkapan penamaan yang begitu mendarah daging di kalangan kamu muslimin, yaitu penamaan YAHUDI dengan ISRAEL. Tulisan ini banyak diturunkan dari sebuah risalah yang ditulis oleh Syaikh Rabi’ bin Hadi Al Madkhali Hafidzahahullah yang berjudul “Penamaan Negeri Yahudi yang Terkutuk dengan Israel”. Tidak diragukan bahkan seolah telah menjadi kesepakatan dunia termasuk kaum muslimin bahwa negeri Yahudi bernama Israel. Akan tetapi sangat disayangkan tidak ada seorang pun yang mengingatkan bahaya besar penamaan ini.

Perlu diketahui dan dicamkan dalam benak hati tiap muslim bahwa ISRAIL adalah nama dari seorang Nabi yang mulia, keturunan Nabi Ibrahim ‘alaihis salam yaitu Nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Allah ta’ala berfirman : “Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Ya’qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, “(Jika kamu mengatakan ada makanan yang diharamkan sebelum turun Taurat),maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia jika kamu orang-orang yang benar”".(Q.S. Al-Imran:93)

Dari ayat di atas, dapat kita ketahui bahwa Israil adalah nama lain dari Nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Dan nama ini diakui sendiri oleh orang-orang yahudi, sebagaimana disebutkan dalam hadits dari Ibn Abbas radhiallahu ‘anhu :”Sekelompok orang yahudi mendatangi Nabi untuk menanyakan empat hal yang hanya diketahui oleh seorang nabi. Pada salah satu jawabannya, Nabi shallallahu’alaihi wasallam mengatakan : “Apakah kalian mengakui Israil adalah Ya’qub?” Mereka menjawab : “Ya, betul” Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:”Ya Allah, saksikanlah”.”(H.R. Daud At-Thayalisy 2846)

Kata “Israil” merupakan susunan dua kata “israa” dan “iil” yang dalam bahasa arab artinya shafwatullah (kekasih Allah). Ada juga yang mengatakan israa dalam bahasa arab artinya ‘abdun (hamba), sedangkan iil artinya Allah. Sehingga Israil dalam bahasa arab artinya ‘Abdullah (hamba Allah). (lihat Tafsir At Thabari dan Al Kasyaf ketika menjelaskan surat Al-Baqarah ayat 40).

Telah diketahui bersama bahwa Nabi Ya’qub adalah seorang nabi yang memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah ta’ala. Allah banyak memujinya di banyak ayat al Qur’an. jika kita mengetahui hal ini, maka dengan alasan apa nama Israil yang mulia disematkan kepada orang-orang yahudi. Terlebih lagi ketika umat islam menggunakan nama ini dalam konteks kalimat yang negatif, diucapkan disertai perasaan kebencian yang memuncak seperti Biadab Israel…Israel Bangsat…Keparat Israel atau bahkan dijadikan sebagai Head Line News seperti Israel membantai kaum muslimin…Agresi militer Israel ke Palestina…dan seterusnya, namun sekali lagi, yang sangat fatal adalah ketika hal ini diucapkan tidak ada pengingkaran atau bahkan tidak merasa bersalah.

Mungkin perlu kita renungkan, pernahkah orang yang mengucapkan kalimat-kalimat di atas merasa bahwa dirinya telah menghina Nabi Ya’qub ‘alaihis salam? pernahkah orang-orang yang menulis kalimat ini di majalah-majalah berlabelkan Islam dan mengajak kaum muslimin untuk mengobarkan jihad, merasa bahwa dirinya telah membuat tuduhan dusta kepada Nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Mengapa tidak disadari bahwa Nabi Ya’qub ‘alaihis salam tidak ikut serta dalam perbuatan orang-orang yahudi dan bahkan beliau berlepas diri dari perbuatan mereka yang keparat. Pernahkah mereka berfikir, apakah Nabi Israil ‘alaihis salam ridha andaikan beliau masih hidup?!
“Sedikitpun kami tidak berniat menghina Nabi Ya’qub ‘alaihis salam dalam penggunaan kalimat-kalimat ini sebaliknya, yang kami maksud adalah yahudi…” Barangkali ini salah satu pernyataan yang akan dilontarkan oleh sebagian kaum muslimin ketika menerima nasihat ini. Maka jawaban singkat yang mungkin bisa kita berikan:”Justru inilah yang berbahaya, seseorang melakukan kesalahan namun dia tidak sadar kalau dirinya berbuat salah”. Bisa jadi orang-orang yahudi tidak merasa terhina dan dijelek-jelekkan karena yang dicela bukan nama mereka tapi nama nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Lalu dengan apa kita menamai mereka?! Kita menamai mereka sebagaimana nama yang Allah berikan dalam Al-Qur’an, YAHUDI dan bukan dengan ISRAEL.

Semoga Allah memberikan taufik kepada kita dan seluruh kaum muslimin untuk mengucapkan dan melakukan perbuatan yang dicintai dan diridhai oleh Allah ta’ala.

Asal Usul Kaum Yahudi

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.

Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.


Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.

Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi.

Khamis, Mac 05, 2009

Da Vinci Code

Da Vinci Code adalah suatu fenomena baru dunia sekarang. Khabarnya, 60.5 juta copy buku tersebut telah dijual dalam 40 bahasa. Intipatinya dikatakan bukan baru tetapi dipakej semula dengan begitu menarik. Holy Blood, Holy Grail, buku yang diterbitkan lebih awal membawa tema yang sama dan penulis buku berkenaan turut menyaman Dan Brown kerana dikatakan menciplak idea mereka untuk menulis buku Da Vinci Code.

Persoalan dan intipati Da Vinci Code ini sebenarnya lebih tepat dilihat dari pelbagai persepektif. Orang Islam secara dasarnya tidak berasa "terancam" dengan persoalan Da Vinci Code. Ia adalah "masalah dalaman" orang Kristian. Bagi kita, yang penting adalah Nabi Isa sebagaimana yang digambarkan di dalam Al Quran dan al hadith. Seorang nabi sebelum Nabi kita Muhammad yang ditolak Bani Israel dan kemudian diangkat oleh ALlah SWT ke langit. Baginda akan muncul semula di akhir zaman untuk menghapuskan Dajjal Al Masikh dengan mengikut syariat nabi Muhammad.

Tetapi, bagi orang Kristian, ia adalah serangan terus ke akidah mereka. Akidah mereka mempercayai Nabi Isa adalah satu-satunya anak Tuhan. Sekarang, mereka dibawakan kisah bahawa "anak Tuhan" mereka berkahwin dan mempunyai keturunan. Maka, ia tidak terhenti sekadar anak Tuhan, tetapi ada cucu Tuhan, cicit Tuhan dan piut Tuhan. Mungkin ada orang di tepi jalan mengaku bahwa Tuhan adalah moyangnya. Ini membuatkan pihak gereja dalam keadaan bingung.

Vatican terutamanya gereja Roman Katolik menganggap ini merupakan pembohongan paling besar. Mereka juga menyeru supaya orang Kristian bangkit untuk menolak pembohongan ini. Ada yang mendakwa buku Da Vinci Code ini setaraf Satanic Verse bagi orang Islam. Malah, ada paderi-paderi besar yang menggeleng kepala, jika ini berlaku kepada orang Islam sudah lama buku itu ditarik pasarannya di kedai-kedai buku dan filem itu ditarik balik dari panngung wayang. Mereka kesal, bahawa orang Katolik tidak sayang kepada Jesus Christ sebagaimana orang Islam menyayangi nabi mereka.

Dari satu aspek, Da Vinci Code adalah manifestasi dendam Freemason terhadap Gereja Katolik. Freemason adalah pertubuhan sulit yang didasari dari Knights of Templar. Knights of templar adalah order yang ditubuhkan oleh tentera Salib di Baitul maqdis untuk mempertahankan Baitulmaqdis dari ditawan semula orang Islam dan melindungi penziarah-penziarah Kristian dari Eropah.

Sebahagian sejarawan percaya sepanjang pendudukan tentera Salib di Baitulmaqdis pelbagai artifak purba ditemui oleh Knights of Templar menyebabkan mereka menilai semula pandangan mereka sendiri terhadap agama Kristian dan mewujudkan kepercayaan mereka sendiri terhadap agama Nasrani itu sendiri. Salah satu dikatakan bahawa Nabi Isa mempunyai anak dan tanggunjawab mereka dalah untuk mempertahankan keturunan suci ini. Nyata sekali, doktrin ini bertentangan dengan doktrin Gereja Roman Katolik.

Asbab ini dijadikan punca untuk melenyapkan order ini oleh Raja Philip Perancis yang banyak hutang dengan Knights of Templar. Oleh itu, mereka dibakar hidup-hidup pada awal abad ke-14. Selepas itu, Knights of Templar lenyap terus dari muka bumi. Dikatakan bahawa Leornado da Vinci, Isaac Newton adalah pewaris pertubuhan sulit ini dan berkembang sebagai Freemason. Sebagaimana Knights of Templar, mereka juga mempunyai upacara khas untuk mengganggotai pertubuhan ini dan mempunyai sumpah setia mereka sendiri.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa golongan Freemason telah memulakan saat untuk memunculkan diri mereka setelah bersembunyi buat sekian lama. Sebelum ini, beberapa filem telah memuatkan perkara ini, di antaranya adalah The National Treasure. Fenomena ini bukan sahaja merupakan kempen terus untuk menghancurkan nilai-nilai Kristian tetapi juga kepada umat Islam kerana Knights of Templar sendiri ditubuhkan untuk menentang umat Islam. Orang Yahudi dianggap perlu pulang ke Palestin kerana dengan pulangnya mereka ke sana, kedatangan "Tuhan" ke atas muka bumi akan dipercepatkan. Oleh itu, dasar ini menguntungkan Yahudi.

Freemason dikatakan bukan sahaja dianggotai oleh orang Kristian tetapi juga pelbagai agama. Mereka hanya disuruh berbai'ah kepada "Supreme being", maka orang Hindu dan Buddha boleh menganggotai mereka. Oleh itu, beberapa pertubuhan dunia ini selagi mana mereka mempunyai konsep kerahsiaan dan lapisan keahlian adalah terus berhubung dengan Freemason ini.

Ajaran Islam tidak membezakan manusia dari aspek keturunan. Anak Nabi Nuh juga sesat dan tidak dapat diselamatkan oleh ayahandanya. Tiada faktor keturunan dalam iman. Untuk memeluk Islam, cukup sekadar mengucap "Tiada Tuhan yang disebabkan melainkan Allah, dan Muhammad pesuruhnya". Tiada ritual pelik-pelik. Malahan bai'ah Aqabah dan sebagainya bukan menjadikan seorang sahabah lebih elit dari sahabah yang lain, kerana asas yang ada ialah taqwa dan iman. Tiada diskriminasi di antara seorang bertaqwa dengan seorang yang bertaqwa yang lain.

Jika ada yang membezakan salah seorang dengan yang lain atas dasar menganggotai atau bersumpah janji maka itu bukan dari Islam. Itu adalah warisan Tentera salib bernama Knights of Templar. Dan ingat, yang mengalahkan tentera Salib itu adalah golongan manusia ikhlas di bawah pimpinan Nuruddin Zangki dan disambung pula oleh Salahuddin Al Ayubi. Yang ada ialah disiplin yang ketat dalam ibadah dan juga ketenteraan bukannya sumpah yang membezakan tentera biasa dan tentera elit.

Fenomena Da Vinci Code menandakan bahawa Dajjal dan barisannya makin menguatkan saf-saf mereka. Malahan, ada disebutkan juga yang bersama mereka adalah kaum Khawarij iaitu anak muda yang bersemangat dalam agama tetapi kosong dari segi penghayatan. Mereka lebih terdorong dengan taktik-taktik Dajjal dan Massuniyyah terutamanya ikatan bai'ah dan janji setia melalui upacara-upacara yang tiada nas dari sudut agama. Akhirnya, mereka menjadi apparatus kepada kebangkitan syaitan di akhir zaman. Oleh itu, kita harus mengambil pengajaran daripada AL Quran dan sunnah dan sentiasa bersama dengan Allah dan rasul serta pemerintah yang berada di kalangan kita supaya tidak terjebak dengan perangkap Dajjal Al Masikh.

Selasa, Februari 24, 2009

30 Larangan Untuk Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Pakaian Jarang Diharam Cium Bau Syurga

MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."
(Surah al-A'raaf, ayat 31).

Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.

Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah.. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.

Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-

l. Hendaklah menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud:

"Paha itu adalah aurat."
(Hadis riwayat Imam Bukhari).

2. Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.

Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Nabi bersabda bermaksud:

"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh."
(Hadis riwayat Muslim)

3. Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

4. Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya.
Nabi bersabda bermaksud:

"Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti."
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.

Nabi bersabda bermaksud:

"Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

6. Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita.
Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud:

"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi juga bersabda bermaksud:

"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

7.Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.

Nabi bersabda bermaksud:

"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat."
(Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

8.Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki.
Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.Allah berfirman bermaksud:

"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab, ayat 59)

9. Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai.
Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.

Baginda bersabda bermaksud:

"Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya."
(Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).

Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

10. Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud:

"Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

11. Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan.
Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud:

"Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya."
(Hadis riwayat Imam Muslim)

12. Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud:

"Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

13. Apabila memakai pakaian yang baru dibeli,
ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud):

"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

14. Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah:

"Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim. Insya-Allah.

Pencemaran Kisah Al-Quran

Al-Quran adalah kitab yang agung, bersih dari nilai-nilai cemar yang mengoyak kejelasan risalah suci yang terkandung di dalamnya. Al-Quran bukannya buku atau majalah lucu, yang membawa watak khayal dan lucu. Al-Quran adalah Kalam Allah untuk umat manusia.

Namun kesilapan dan kurang memahami manhaj ilmu dengan baik telah menjerumuskan sebahagian penulis dan penceramah ke lembah kekarutan dalam menggambarkan watak-watak cerita di dalam al-Quran. Risalah kecil ini saya hidangkan untuk sahabah-sahabah sebagai satu muqaddimah awal dalam gerak kerja kita membersihkan anasir-anasir cemar ini di dalam pemikiran umat.


Penceramah dan Pencemaran al-Quran.

Seorang penceramah berceramah untuk orang ramai mengenai Nabi Allah Ayyub a.s., antara katanya: “Nabi Ayyub a.s. telah ditimpa penyakit yang dahsyat sehingga keluar ulat dari tubuhnya. Ulat-ulat tersebut yang jatuh ke darat menjadi lebah, sementara yang jatuh ke laut menjadi gamat…”. Seterusnya beliau berkempen kelebihan madu lebah dan air gamat yang dijualnya.(Baca dulu petikan artikel saya sebelum membuat sebarang andaian)

Seorang penceramah yang lain pula menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Kesimpulan dari kisah yang dibawanya, beliau mengajar orang ramai do`a agar wajah kelihatan kacak dan cantik, yang entah dari mana direkanya, diikuti dengan petua bahawa sesiapa yang hendak mendapat anak lelaki maka hendaklah banyak menyebut nama “Yusuf!, Yusuf!, Yusuf” dan sesiapa yang hendak mendapatkan anak perempuan, maka hendaklah membanyakkan sebutan “Maryam!, Maryam!, Maryam!”. (Fahami dahulu tajuk artikel saya, jangan membuat sebarang spekulasi sebelum habis membaca prosiding ini).

Ini adalah dua contoh yang saya bawa daripada entah ribu bentuk dan gaya bercerita yang membabitkan para anbiya’ dan solihin yang telah dicemarkan dengan kejahilan dan keterbabasan lidah para penceramah serta bercampur dengan riwayat Israiliyyat. Maka bergabunglah rekaan penceramah atau ustaz dan rekaan Yahudi di dalam sesebuah ceramah atau kuliah agama. Watak-watak agung yang sebahagian besar mereka disebut di dalam al-Quran telah diolah dalam bentuk yang menghilangkan nilaian perjuangan serta tujuan kebangkitan mereka. Watak-watak mereka dicemari dengan tokok tambah yang akhirnya melucukan sesiapa yang mendengar kisah mereka.

Lantas menjadikan sebahagian manusia mempersoalkan kebenaran kisah mereka. Bahkan wajah cerita mereka kadang-kala diperlihatkan begitu ‘kartun’ sekali seperti mana sebahagian lidah para pendusta agama yang mereka-reka kisah Nabi Sulaiman a.s. dan sang kancil, lalu jadilah cerita ini memenuhi buku-buku jalanan yang mencemar Nabi yang agung itu.(Jangan terpesong dengan dakyah ini)


Kisah-Kisah Al-Quran Hilang Fungsi

Akhirnya kita dapati kisah-kisah al-Quran menjadi sudah tidak indah lagi. Ianya dicemarkan oleh para penceramah atau penulis yang menghiasi kisah-kisah tersebut dengan watak-watak dan adegan-adegan tambahan yang kadang-kalanya memandulkan tujuan kisah-kisah al-Quran. Nabi Sulaiman a.s umpamanya, telah dicemari kisahnya, hilang peranannya sebagai seorang nabi yang berjuang dan berdakwah seperti yang hendak ditonjolkan oleh al-Quran. Tinggallah hanya kisah-kisah ajaibnya semata-mata. Nabi Yusuf a.s. pula umpamanya, yang berdakwah dalam dan luar penjara kepada tauhid, yang menduduki kerusi kewangan negara dan mentadbir dengan keadilan dan kebijaksanaan, hilang ditelan kisah kekacakannya sahaja. Lebih malang lagi, ada yang membuat petua-petua untuk kacak atau cantik dan berseri dengan jampi-jampi yang menyebut nama Nabi Yusuf. Seolah-olah kisahnya di dalam al-Quran itu khas untuk mak andam.

Nabi Nuh a.s. pula, telah berdakwah dengan tidak putus asa kepada kepada tauhid dalam tempoh yang panjang, bersama dengan pengorbanan dan kesabaran, ini semua hilang dari pemikiran sebahagian umat. Bahkan ada yang hanya mengenang Nabi Nuh a.s. dengan menyedia bubur asyura, dengan dakwaan palsu bahawa demikianlah bubur Nabi Nuh a.s. ketika di dalam kapal. Seakan-akan Nabi Nuh a.s. itu datang hanya sebagai pemberi resipi khayalan tersebut. Maka robohlah keagungan anbiya ditelan kedangkalan kita terhadap tujuan kedatangan dan pengutusan mereka. Ini semua kadang-kala menjadikan generasi moden yang kurang faham terhadap agama bertambah keliru dan akhirnya mungkin menganggap agama sebagai dongengan semata.


Tujuan Kisah-Kisah Al-Quran

Sebenarnya, dalam al-Quran ada banyak kisah-kisah silam yang dimuatkan. Namun al-Quran bukanlah sebuah buku cerita yang semata-mata untuk bercerita tanpa arah tuju yang jelas. Kata al-Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Mu’jizah al-Kubra, al-Quran :

“Sesungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayat-riwayat kisah yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisah al-Quran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa pengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang oleh para nabi dan seluruh para penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah untuk pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari dan bacaan semata".

Untuk itu Allah ta`ala berfirman pada akhir kisah Nabi Allah Yusuf a.s. (Surah Yusuf, ayat 111) yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka (rasul-rasul) itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. Ia (Al Quran) bukanlah cerita-cerita dongeng tetapi ia membenarkan kitab-kitab yang terdahulu, dan juga penjelasan tentang segala sesuatu, dan rahmat kepada orang-orang yang beriman."

3 Golongan Manusia

Surah al-Fatihah adalah surah yang paling agung. Surah ini mempunyai beberapa nama, antaranya ia dinamakan dengan Ummul Kitab (Induk al-Quran). Ia dinamakan demikian kerana seluruh isi kandungan al-Quran secara garis besarnya terkandung di dalamnya. Dan di antara kandungan al-Quran ialah tentang keimanan, ibadah, hidayah, kisah umat masa silam, kisah-kisah yang akan datang, alam ghaib dan lain-lain.

Di dalam surah yang agung ini Allah telah menceritakan tentang tiga golongan manusia iaitu:

1) Golongan yang telah mendapat nikmat Allah

2) Golongan yang dimurkai Allah, dan

3) Golongan yang sesat

Dan kerana ketiga-tiga golongan tersebut dimaktubkan oleh Allah di dalam induk al-Quran, ini seolah-olah memberi isyarat bahwa inilah pembahagian yang sebenarnya (hakiki) bagi umat manusia di atas muka bumi ini.

Siapakah yang dimaksudkan dengan mereka itu? Apakah sifat-sifat yang telah mereka miliki sehingga digolongkan demikian? Termasuk ke dalam golongan yang manakah kita ini? Ikutilah tafsiran ringkas saya berikut ini.

Semua kita memohon kepada Allah saban hari: Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. Doa ini kita ulangi minimal 17 kali dalam sehari. Apakah yang dimaksudkan: JALAN YANG LURUS?

Allah menafsirkan jalan yang lurus itu dengan ayat berikutnya iaitu:

Jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat ke atas mereka. Dan kita masih kabur lagi tentang siapakah sebenarnya orang yang telah diberikan oleh Allah nikmatNya. Kekaburan ini diperjelaskan lagi oleh Allah dalam ayat yang lain, iaitu:


Maksudnya:

Dan barangsiapa yang patuh kepada Allah dan Rasul, maka mereka akan bersama-sama dengan orang-orang yang telah Allah berikan nikmat ke atas mereka, iaitu para Nabi, para shiddiq, para syahid dan orang-orang yang salih, dan mereka adalah sebaik-baik teman.
[an-Nisa’ 4:69]

Berdasarkan penjelasan ayat ini, dapatlah diketahui siapakah mereka yang telah mendapat nikmat dari Allah itu. Dan di atas dasar ini pulalah, sekiranya kita benar-benar ingin agar dimasukkan ke dalam golongan tersebut maka kita mestilah berusaha agar mengikuti jejak langkah mereka dalam segala aspek hidup, lebih-lebih lagi dalam hal yang bersangkutan dengan akidah, amal ibadah dan akhlak.

Selanjutnya kita memohon agar Allah SWT melindungi kita dari dua golongan iaitu golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat. Siapa pulakah mereka ini? Nabi (sallallahu alayhi wasalam) pernah ditanya oleh para sahabat.

Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang dimurkai? Dan siapa pulakah orang-orang yang sesat?

Nabi (sallallahu alayhi wasalam) menjawab:

Orang-orang yang dimurkai ialah orang Yahudi, dan orang-orang yang sesat adalah orang Nashrani.

Mengapakah Yahudi dimurkai oleh Allah, dan mengapakah Nashrani (Kristian) sesat? Karena sifat yang menonjol bagi orang Yahudi ialah ‘INAD (degil), sedangkan sifat yang menonjol pada orang Nashrani pula ialah JAHIL (kebodohan).

Sifat ‘inad yang ada pada orang Yahudi ialah karena mereka mempunyai pengetahuan (ilmu) tentang suatu kebenaran (al-Haq) tetapi mereka enggan melaksanakan kebenaran tersebut, malahan mereka ingkar terhadapnya. Seperti umpamanya mereka tahu tentang kebenaran Nabi Muhammad (sallallahu alayhi wasalam) sebagai Rasul akhir zaman kerana telah tertera berita dan ciri-cirinya di dalam Taurat, tetapi mereka tolak kerasulan baginda hanya atas sebab kerana baginda bukan dari kalangan Bani Israil.

Sedangkan sifat jahil yang dimiliki oleh Nashrani pula ialah kerana sikap mereka yang terlalu ta’ashshub dengan paderi (ulama) mereka. Apa saja yang ditetapkan oleh paderi mesti dipatuhi walaupun tidak demikian tertera di dalam Kitab Injil.

Kuasa menghalalkan sesuatu atau mengaharmkannya terletak di tangan paderi. Demikian juga dengan kuasa memberi keampunan dan keyakinan trinity dan sebagainya.

Kita umat Islam, selain memohon kepada Allah agar ditunjukki ke jalan yang lurus iaitu jalan empat kelompok di atas, kita juga memohon agar Allah hindarkan kita dari dua golongan yang terakhir ini iaitu Yahudi dan Nashrani.

Apakah kemurkaan Allah hanya terbatas untuk orang Yahudi dan kesesatan untuk orang Nashrani? Tidak! Kerana kaedah dalam ilmu tafsir al-Quran: Segala pengajaran dalam al-Quran adalah seumum lafaz itu, ia bukan khas untuk orang-orang yang kerananya ayat itu diturunkan oleh Allah.

Atas dasar ini, maka siapa saja yang memiliki sifat sebagaimana sifat Yahudi iaitu degil maka ia juga akan mendapat kemurkaan Allah, begitu juga jika pada seseorang ada sifat Nashrani iaitu ta’ashshub (fanatik) maka ia juga digolongkan ke dalam golongan yang sesat.

Apakah sifat yang paling menonjol dan ketara pada ketiga-tiga golongan di atas? Sebenarnya pada prinsipnya hanya ada dua sifat yang berkisar pada ketiga-tiga golongan tersebut iaitu:

1) Ilmu yang benar

2) Amal yang salih

Golongan pertama (Mukminun), mereka memiliki kedua-dua sifat tersebut. Itulah sebabnya golongan ini senantiasa bersikap sami’naa wa atha’naa (kami dengar dan kami patuhi). Dengan mendengar mereka mendapat ilmu pengetahuan yang berguna. Dan dengan sikap mematuhi kebenaran yang mereka dengar maka akan muncullah amal salih yang mereka.

Golongan kedua (Yahudi), mereka memiliki yang pertama iaitu ilmu pengetahuan, tetapi syangnya mereka enggan mengamalkannya. Itulah sebabnya Yahudi selalu berkata kepada Nabi Musa (as): sami’naa wa ‘ashainaa (kami dengar dan kami ingkari). Dengan mendengar mereka mendapat ilmu, dan dengan mengingkari maka tidak muncul amal yang soleh

Golongan ketiga (Nashrani), mereka memiliki sifat yang kedua iaitu banyak beramal, tetapi sayangnya tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang berfaedah kerana sikap fanatik (ta’ashshub) mereka yang sangat mendalam. Mereka sanggup ketepikan ketentuan Allah dan Rasul kerana terlalu fanatik kepada paderi-paderi mereka.

Kerana sifat dan sikap kedua-dua golongan inilah akhirnya mereka masing-masing dimurkai olih Allah dan digolongkan sesat. Oleh itu siapa saja yang memiliki sifat sebagaimana sifat mereka maka ia akan termasuk ke dalam golongan mereka, wal’iyadzubillah min dzaalik (semoga Allah melindungi kita daripada hal demikian).

Bagaimanakah cara kita mendapatkan ilmu yang benar lagi meyakinkan? Petunjuk siapakah yang paling betul? Bagi kita orang yang beriman sudah tentu segala ilmu yang datang daripada Allah SWT, itulah ilmu yang paling betul dan paling meyakinkan, sedangkan petunjuk yang paling baik adalah petunjuk daripada Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam).

Betapa tidak! Kerana Allah Pencipta kita umat manusia maka wajarlah kalau Dia-lah yang paling mengetahui apa yang boleh mendatangkan manfaat dan apa yang boleh mendatangkan mudarat kepada kita. Oleh sebab itu kita sepatutnya hanya bersikap: sami’naa wa atha’naa apa saja yang datang daripada Allah.

Hanya saja, kerana Allah tidak menyampaikan kehendakNya secara langsung kepada kita. Dia hanya memberitakan kehendakNya melalui wahyu kepada manusia pilihanNya, lalu manusia pilihan itulah yang ditugaskan agar menyampaikan pesananNya kepada umat manusia. Bagi kita manusia pilihan itulah Nabi Muhammad (sallallahu alayhi wasalam). Oleh sebab itu kita tidak akan dapat mematuhi Allah sekiranya kita enggan mengikuti Baginda (sallallahu alayhi wasalam).

Barangkali inilah munasabahnya mengapa mentaati Allah dan RasulNya menjadi syarat untuk membolehkan kita kelak bersama orang-orang yang telah mendapat nikmat Allah iaitu para Nabi, para Shaddiq, para Syahid dan orang-orang Salih. Ini sebagaimana yang dinyatakan olih Allah dalam ayat 69 dari Surah an-Nisa’ di atas.

Jadi langkah pertama untuk mencapai derjat MUKMININ ialah kita mesti berusaha untuk TAFAQQUH FIDDIN (memahami selok-belok agama) dari sumbernya yang asal iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi (sallallahu alayhi wasalam) Dan selanjutnya berdasarkan kefahaman itulah kita beramal.

Kita mesti hindarkan sifat YAHUDI yang enggan melakukan kebenaran yang mereka ketahui. Dan jangan pula ta’ashshub (fanatik) kepada seseorang walau bagaimanapun ketinggian ilmunya, kerana itu adalah sifat orang yang sesat NASHRANI. Bagi kita, manusia yang ma’shum (tidak pernah salah) yang wajib kita patuhi hanyalah Nabi Muhammad (sallallahu alayhi wasalam)

Mengenal Maha Pencipta

Islam bukan agama ikutan dengan serba kejahilan tetapi Islam adalah ad-Din kefahaman dan penghayatan. Kefahaman dan penghayatan adalah satu-satu cara untuk mempertahan dan memperkukuhkan umat. Dukacita apabila orang Islam sendiri tidak berusaha memahami Islam apatah lagi untuk benar-benar menghayati dan menyampaikannya .

Dalam konteks dakwah, betapa kita umat Islam bertanggungjawab untuk menyampaikan Islam yang sebenar kepada mereka yang bukan muslim. Malangnya kebanyakan umat Islam bahkan hampir keseluruhannya begitu agal melaksanakan tugasan ini. Setiap hari kita berurusan dengan mereka yang non-muslim atau bukan muslim tetapi sepatah pun dari dakwah Islam tidak kita sampaikan kepada mereka sehingga mereka terus terbabas tanpa dihulurkan sebab-sebab untuk sampai kepada hidayah. Lebih malang dari itu, kita kadang-kala memberikan gambaran yang buruk tentang Islam terhadap mereka. Apakah kita tidak merasai betapa kita akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak di atas kecuaian ini....

Saya begitu tertarik dengan apa yang diceritakan oleh as-Syeikh `Ali at-Tontawi dalam bukunya Ta’rif al-`Am bi Din al-Islam, katanya:

"Pernah aku bertanya kepada para pelajarku, "Sekiranya datang kepada kamu seorang lelaki asing dan berkata kepada kamu bahawa dia hanya ada waktu sebanyak sejam sahaja dan ingin memahami apakah Islam dalam tempoh tersebut? Bagaimanakah kamu boleh memahamkan Islam kepadanya dalam tempoh sejam?. Mereka menjawab: "Ini mustahil, dia mesti mempelajari tauhid, tajwid, tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, melibatkan diri dalam perbahasan masalah-masalah agama, dan dia tidak akan tamat melainkan setelah lima tahun". Aku pun berkata: "Subhana Allah! Adapun seorang `arab badawi datang menemui Rasulullah s.a.w. dan tinggal bersama baginda selama sehari atau setengah hari lalu mengetahui Islam lantas membawanya kepada kaumnya. Selepas itu, dia menjadi pembimbing dan guru, menjadi pendakwah dan mubaligh untuk Islam. Lebih dari itu, Rasulullah pernah mensyarahkan ad-Din keseluruhannya (dalam hadith Jibril) dalam tiga ayat sahaja. Baginda berbicara dalamnya mengenai Iman, Islam dan Ihsan....Kenapa tidak kita hari ini mensyarahkan Islam dalam tempoh satu jam!!?"
[m.s. 27, Dar al-Wafa, Mesir]

Demikian menariknya tokoh pendakwah Islam yang terkenal ini mengemukakan contoh kesilapan dalam menguruskan dakwah. Ya! Kebanyakan kita apabila diminta memulakan dakwah terutama kepada bukan muslim dia akan bertanya "Apakah perkara pertama yang hendak diterangkan?". Inilah persoalan yang bermain di kepala kebanyakan muslim ketika di minta berdakwah. Lebih malang lagi ada yang penerangannya bermula dengan masaalah berkhatan....

Ada pula yang apabila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan "Engkau wajib menghafal sifat duapuluh dengan perbahasan falsafahnya jika tidak iman engkau tidak dikira sah dan solat kau juga tidak bermakna....

Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.

Manusia Dan Agama

Sesiapa sahaja yang memiliki akal yang waras pasti akan mencari hakikat di sebalik kehidupan yang dirasai dan disaksikannya. Jiwa insan yang sempurna tidak akan terhenti bertanya tentang rahsia kehidupan ini. Allah telah menfitrahkan insan iaitu memberikan sifat di dalamnya jiwanya perasaan ingin mengetahui. Apatah lagi jika sesuatu itu berkait langsung dengan diri insan itu sendiri.
Berbagai perkara sering kita lihat dalam kehidupan ini, sebahagian daripadanya kita gagal memberikan jawapan yang tepat mengenainya jika tidak dibimbing oleh cahaya petunjuk yang sebenar.

Sebab itu jika diandaikan ada seorang bayi yang dihanyutkan air sehingga ke sebuah pulau yang tiada penghuni dari keturunan manusia. Sekiranya dia ditakdirkan hidup sehingga dewasa dan akalnya tidak cacat pasti dia sering bertanya dalam dirinya bagaimana dia boleh wujud di alam ini atau hadir ke pulau tersebut. Sekalipun tanpa bimbingan agama dia tetap akan bertanya siapakah yang menjadikan dirinya dan alam yang dia lihat. Mengapa mesti dia hidup. Perasaan dan jiwanya akan memberontak bertanya tentang hakikat diri. Sehingga akhirnya, jika jiwanya tidak dibimbing dengan hidayah tentu dia akan mengagak objek-objek tertentu yang dikagumi atau digeruninya sebagai punca pergantungan harapan atau dalam kata lain sebagai tuhan dalam kehidupannya. Begitu bermulanya agama yang tidak dibimbing oleh wahyu sebenar.Sebabnya ini adalah sifat yang sudah wujud dalam jiwa insan iaitu keinganan mengetahui rahsia alam sekaligus desakan jiwa untuk mencari tuhan.

Allah menggambarkan hal ini di dalam al-Quran melalui watak yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s., firman Allah dalam menceritakan kisah ini:
Maksudnya:

Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Ini adalah tuhanku". Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata aku tidak suka kapada yang lenyap". Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata "Ini adalah tuhanku". Namun apabila bulan itu hilang dia berkata: "Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari terbit dia berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar". Namun apabila matahari itu hilang, dia berkata "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan.
[Surah al-An`am ayat 75-79]

Demikian Al-Quran menggambarkan peribadi insan yang waras dan sempurnaan nilai keinsanannya iaitu senantiasa mencari tuhan yang sebenar. Jika insan tidak dibimbing oleh petunjuk dari tuhan yang sebanar maka pasti dia akan tersesat.

Manusia Dan Persoalan

Insan yang waras senantiasa menimbulkan tanda tanya tentang tuhan atau dalam kata lain bertanya "siapakah yang telah menjadikan dirinya dan alam di sekelilingnya". Akal yang waras meyakini bahawa dirinya tidak muncul dengan kehendaknya tetapi tentulah adanya kuasa yang maha agung yang menciptakannya. Tidak terhenti untuk itu sahaja, dia tentu juga merasai keperluan diri bergantung kepada zat yang agung itu kerana dalam hidup dia pasti menghadapi peristiwa-peristiwa yang terjadi tanpa pilihan atau kemampuannya. Perasaan mencari tempat pergantungan akan terus timbul dan keperluan kepada pertolongan tuhan akan benar-benar dirasai oleh setiap insan. Seterusnya, apabila insan memerlukan tuhan tentu insan ingin mengetahui kehendak atau tuntutan tuhan terhadap dirinya. Ini bagi memboleh insan merasai tuhan bersamanya dan merestuinya. Insan melihat berbagai kejadian dan peristiwa di alam ini, ada golongan yang baik dan ada pula yang jahat. Ada golongan golongan yang zalim dan ada pula yang dizalimi. Ini sekali lagi mendesaknya bertanya "Apakah kesemua ini akan berlaku begitu sahaja. Apakah yang zalim tidak ada sebarang tindakan tuhan terhadapnya sedangkan dia telah menzalimi hamba tuhan yang lain. Apakah selepas adanya penindasan dan penginayaan maka hidup pun hilang begitu sahaja. Apakah sama antara hamba yang ingin mentaati tuhan dengan yang memusuhi tuhan?

Demikianlah berbagai persoalan timbul yang mendesak jiwa insan sekaligus membawa sekali lagi insan bertanya ke manakah perginya manusia selepas berakhirnya kehidupan di dunia ini...

Perumpamaan Yang Menarik

Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti telah memberikan perumpamaan yang menarik dalam bukunyaMadkhal ila Fahm al-Juzur katanya:

"Apa pendapat kamu mengenai seorang insan yang membuka kedua matanya selepas tidur yang panjang, dia yang sebelum ini berada di atas katil di dalam bilik tidurnya, tiba-tiba dia dapati diri berada di dalam salah satu gerabak keretapi. Dia dibawa oleh suatu perjalanan ke arah yang dia sendiri tidak tahu. Merentangi bukit-bukau dan lurah yang dia tidak pernah dia lihat dan tahu mengenainya.

Siapakah yang membawa dan meletakkan dia di dalam keretapi tersebut? Bilakah perkara ini bermula? Siapakah yang sedang memandunya? Siapakah pula yang menyusun dan mengatur perjalanannya? Apakah yang orang tersebut mahu daripadanya secara peribadi selepas ini?

Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahu semua ini.....!
Apakah anda berpendapat insan berkenaan boleh menutup fikiran dari segala persoalan tersebut? Bolehkah dia merehat urat sarafnya dari terus mendesak dan mencari jawapan mengenai apa yang dia tidak tahu itu?. Bolehkah kemudiannya dia terus asyik berseronok suka dengan melihat jalanan yang cantik dan pandangan yang asing?

Samaada gerabak tersebut dipenuhi dengan peralatan mewah dan terhias dengan segala perkara yang melalaikan, atau ianya dipenuhi dengan perkara yang menduka dan menyusahkan, namun apakah mungkin untuk dia menjadikan semua itu melupakan dia dari apa yang didesak kepadanya oleh tekanan fikiran dan akalnya? Juga dari kerisauan dan kekeliruan disebabkan keadaan yang tanpa pilihannya, dia dalam lautan kejahilan.

Sekalipun demikian, namun masalah tersebut adalah masih kecil lagi terhad, bilamana keluasan keretapi tersebut adalah terhad dan dalam lingkungan alam yang diketahui tanda-tanda dan kebiasaanya. Ini kerana, bagaimana sekalipun ia bergerak ke timur atau ke barat ia sama sekali tidak akan keluar dari ruang lingkupnya dan tidak akan melepasi melainkan dalam lingkungan bumi.

Namun masalah tersebut bertukar menjadi besar dan begitu besar bilamana keretapi tersebut adalah alam ini keseluruhannya. Bilamana pergerakannya itu adalah merupakan keadaan rangkaian kehidupan insan....[m.s. 6-7, Cetakan Dar al-Fikr al-Mu`asir, Lubnan]

Demikian Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti cuba membayangkan keadaan insan yang sejak kecil membuka matanya dan melihat alam serta pergerakan di sekelilingnya. Juga yang lebih penting melihat dirinya sendiri serta rangkaian perjalanan hidupnya. Apakah tidak terdesak jiwanya untuk bertanya tentang hakikat diri, apakah keadaan yang sedang dihadapinya dan apakah kesudahannya nanti? Mungkinkah pengaruh suasana sekelilingnya boleh atau mampu melupakan dia untuk mencari jawapan bagi erti kehidupannya? Kalaulah ada insan yang demikian tentulah dia sejahil-jahil manusia secara mutlak kerana dia telah lalai memikirkan perkara yang menjadi dasar insan berakal.

Perlunya Hidayah Islam

Persoalan-persoalan ini walaupun muncul dari fitrah manusia dan ianya sesuatu yang sangat baik untuk membolehkan insan mencari kebenaran namun jika insan tanpa bimbingan hidayah atau petunjuk dari Allah, persoalan-persoalan tersebut juga boleh menjadi punca insan sesat dengan sesesatnya. Jika insan tidak dibimbang dengan petunjuk daripada Allah maka persoalan-persoalan tadi terus mencari berlegar dalam fikiran insan dan akhirnya mereka mencipta jawapan yang salah lagi sesat dalam kehidupan. Jika petunjuk sebenar tidak sampai kepada insan maka tuhan-tuhan palsu pasti akan muncul, kehendak-kehendak tuhan secara palsu juga akan diandaikan dan alam selepas kematian akan dibayangkan mengikut kehendak fikiran dan kepentingan tertentu. Akan ada yang mengambil kesempatan dari kehendak atau tuntutan fitrah tersebut dengan mencari kepentingan dunia lalu mencipta ajaran agama untuk kepentingan diri dan harta. Maka lahirlah agama-agama palsu di atas muka bumi.

Allah Tuhan Yang Sebenar tidak akan membiarkan insan tenggelam dalam kesesatan tanpa bimbingan hidayah yang asli dariNya sendiri yang menciptakan alam keseluruhannya serta Maha Berkuasa dengan penuh keagungan. Untuk itu, setiap umat diutuskan Rasul yang membawa ajaran Islam bagi memberikan jawapan sebenar terhadap persoalan insan dalam hidup. Para Rasul bukan mencipta ajaran mengikut akal mereka tetapi mereka menyampaikan ajaran daripada Allah Yang menurunkannya kepada mereka menerusi proses yang dinamakan wahyu. Tiada siapa yang berhak berbicara mengenai Allah melainkan Allah sendiri dan perbicaraan Allah itu telah disampaikan kepada sekelian insan menerusi para Rasul. Para rasul bukan sekadar memberitahu tetapi membimbing dan mendidik. Rasul yang terakhir ialah Muhammad bin `Abdullah yang membawa ajaran Islam dari Allah.

Firman Allah:

(Maksudnya):Sesungguhnya ad-Din (agama) di sisi Allah ialah Islam..
[Surah Ali `Imran ayat 19]

Firmannya lagi:

(Maksudnya):

Sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk dari kalangan mereka yang rugi.
[Surah Ali `Imran ayat 85]

Maka kedatangan Islam daripada Allah yang mencipta alam dan segala isinya telah memberikan jawapan yang sebenar kepada semua persoalan tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. adalah kesinambungan dalam menyampaikan risalah dari Allah dan memberikan jawapan kepada persoalan insan.
Justeru itu wajib kepada semua insan -tanpa kecuali- yang hidup selepas kedatangan Nabi s.a.w menyakini, menerima dan menghayati ajaran Islam yang bawa oleh Muhammad bin Abdullah, utusan Allah yang akhir itu demi keselamatan kehidupan mereka yang hakiki.

Setiap insan tahu bahawa dia tidak datang ke dunia ini dengan kebijaksanaannya. Tidak juga kerana kebijaksaan kedua ibubapanya.Kalaulah insan wujud di dunia dengan pilihan dan kebijaksanaannya tentulah semua insan dapat menentukan rupa paras yang cantik lagi menawan bagi diri dan keluarganya. Tentu kesemuanya memilih untuk lahir di tengah banglo atau istana mewah dan keluarga yang kaya-raya. Namun keadaannya tidak begitu. Hinggakan pasangan suami isteri pun sama sekali tidak boleh memilih paras rupa anak yang bakal lahir. Kalau hal ini boleh ditentukan sudah pasti setiap insan lahir dalam keadaan paling sempurna. Namun ternyata ianya di luar kawalan insani.
Ini semua menyedarkan insan bahawa adanya suatu kuasa yang Maha Agung yang mewujudkan manusia dengan kehendakNya. Dia adalah Allah. Dia tidak akan mempersoalkan insan tentang keputusan yang dipaksa ke atas mereka seperti hitam atau putihnya warna kulit seseorang, siapa ibu atau bapanya, di mana negeri kelahirannya, mengapa dia tidak pintar atau cerdas, sempurna atau cacat dan seumpamanya. Dia hanya akan menyoal apakah mereka telah menunaikan tanggungjawab yang Dia wajibkan ke atas mereka. Adapun segala kejadian tanpa pilihan insan itu adalah bagi mewujudkan sistem hidup di alam ini dan menyedarkan insan betapa mereka semua bergantung kepada Tuhan, Allah Yang Maha Esa.

Firman Allah di dalam al-Quran:

Maksudnya:

Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun. Diaa menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu bersyukur.
[Surah an-Nahl ayat 78]

Firman Allah dalam al-Quran lagi:

Maksudnya:

Dia (Allah) membuat setiap yang Dia cipta sebaik-baiknya (yang paling sesuai) dan Dia telah memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia telah menciptakan keturunannya dari saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniup ke dalam tubuhnya ruh dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi sedikit sekali yang bersyukur.
[Surah as-Sajdah ayat 7-9]

Berbagai-bagai lagi sifat dan ciri insan yang Allah bentangkan di dalam al-Quran bagi menggambarkan betapa setiap insan faqir kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Apabila menyedari diri sebagai makhluk (yang diciptakan) dan Allah sebagai Khaliq (Pencipta) dengan segala rahsia ciptaan dan kehebatannya maka timbulnya perasaan kehambaan dan mengharapkan Allah dalam segala hal. Timbulnya perasaan bergantung serta bertawakal kepada Allah.

Bahkan Allah juga telah membekalkan ke dalam jiwa manusia secara fitrah atau sejak kelahirannya beberapa sifat dan perasaan secara tersedih dari sisi Allah. Dibekalkan kepada insan sifat kasih-sayang, perasaan marah, perasaan sedia, perasaan ingin dihargai, ingin dikasihi, perasaan cinta antara lelaki dan perempuan dan berbagai lagi. Antara yang paling nyata dibekalkan tuhan dalam jiwa insan adalah sifat atau perasaan merasai kewujudan Tuhannya. Sebab itu kita dapat saksikan walau di mana pun manusia berada mereka tetap mempercayai Tuhan. Sekalipun ajaran agama tidak sampai kepada seseorang namun hati nuraninya tetap bertanya tentang Tuhan.

Golongan yang mengaku diri mereka komunis pun pada hakikatnya tetap merasai kewujudan Tuhan. Sifat ego sahaja yang menjadikan lidah mereka menafikannya.Adapun golongan mereka yang mendakwa free-thinker atau bebas dari segala ikatan kepercayaan atau agama meraka sebanarnya bukan tidak percaya tentang adanya Tuhan tetapi mereka terkeliru dalam menentukan "siapakah Tuhan yang sebenar, sifatNya, juga apakah ajaran yang sebenar dariNya?" Mereka terkeliru dengan agama-agama palsu yang mereka lihat. Atau nafsu mereka ingin bebas dan bermaharaja agar mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ikatan agama. Sebab itu kita lihat apabila Islam yang sebenar diterangkan kepada mereka dengan jelas kita mendapati kebanyakan daripada mereka bersegera menyahut panggilan hidayah Islam dengan rela dan gembira..
Di atas ciri ini, maka Allah yang menciptakan manusia, menyebut di dalam al-Quran tentang golongan kafir yang menentang Nabi s.a..w.:

Maksudnya:

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka (golongan kafir); "Siapakah yang menjadikan yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan (mentadbir) matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)
[Surah al-'Ankabut ayat 61]

Menentukan Tuhan Yang Sebenar

Kesimpulannya, manusia semuanya percaya wujudnya Tuhan tetapi mereka gagal menentukan bagaimanakah Tuhan yang sebenar. Bagaimanakah sifatNya dan jalan menghampiri diri kepadaNya. Lalu mereka meramalkan Tuhan mengikut fikiran dan suasana masing-masing. Ada yang meramalkan Tuhan itu seperti manusia atau seperti binatang yang besar atau beranak-pinak atau apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Pengikut ajaran hindu umpamanya, mereka membayangkan Tuhan itu seperti orang-orang India. Mereka mengukir bentuk Tuhan dengan rupa paras orang-orang India. Mata, warna kulit, bentuk badan dan segala-gala seperti rupa bangsa mereka. Seakan-akan Tuhan hanyalah untuk manusia di negeri India sahaja. Begitulah juga agama-agama lain yang menyesatkan. Mereka mengukir atau melukis dengan tangan mereka lalu mereka menyembahnya.
Ada juga manusia yang memilih Tuhan berdasarkan apa yang dia takuti. Bilamana dia kagum atau gerun dengan pokok yang besar atau sungai atau laut lalu mereka merasai di situ bertahtanya tuhan lalu mereka menyembahnya, ini seperti kebanyakan suku kaum yang hidup di hutan.Demikian gambaran kekeliruan manusia dalam mencari Tuhan yang sebenar.

Keterbatasan `Akal

Insan pasti akur bahawa segala kemampuannya sekali pun hebat ada had atau batasan yang dia tidak dapat lakukan. Mata yang dimilikinya ada batasan jarak, bentuk, warna yang tidak mampu dilihatnya. Telinga yang dimiliki ada batasan gelombang yang tidak mampu di dengar.

Bahkan kalau insan menulis angka dari satu hingga sepuluh di dalam sepuluh keping kertas yang kecil lalu dimasuk kesemuanya -secara bercampur- ke dalam sakunya dan diminta supaya dia mengeluarnya semula menurut susunan satu hingga sepuluh tanpa melihat kepada kertas-kertas tersebut, sudah pasti dia tidak mampu mengeluarkan secara tertib dan teratur kerana matanya tidak dapat mengesan, sekali kertas-kertas itu berada dalam sakunya sendiri.

Demikianlah keterbatasan jangkauan insan. Maka akal insan juga amat terbatas. Bukan semua perkara boleh dirumuskan oleh akal. Kalau hanya sepuluh keping kertas insan tidak dapat mengagaknya dengan tepat bagaimana insan ingin memikirkan tentang diri Tuhan yang sebenar, sifat Tuhan yang sebenar, kehendak atau tuntutan Tuhan kepada insan dan apa yang bakal Tuhan lakukan kepada insan. Ini semua gagal dicapai oleh insan tanpa bimbingan dari Tuhan sendiri melalui pengutusan para Rasul.