Isnin, Ogos 04, 2008

Jalan Ke Syurga Penuh Duri

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. .

Banyak Tertawa Gelapkan Hati

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawasegala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Jumaat, Ogos 01, 2008

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Khamis, Julai 31, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Neraka Wail Bagi yang Melambatkan Sembahyang

Apabila Allah telah sempurna menjadikan Adam, Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, sebagai menghormati kejadian Allah. Sujud ini diistilahkan sebagai ``sujud tahyat''. Semua malaikat sujud, kecuali iblis. Ketika ditanya sebab keengganannya, iblis menyatakan bahawa Adam itu dijadikan daripada tanah, pada hal dirinya dijadikan daripada api. Api lebih mulia daripada tanah.

Akibat keengganannya itu, Allah menjadi murka, melaknat iblis, dihukumkan kafir, dan akan dimasukkan dalam neraka. Menyedari kemurkaan Allah, iblis merasakan bahawa semuanya terjadi adalah akibat daripada Adam, kerana itu iblis (dan konco-konconya) bersumpah akan membinasakan Adam dan keturunannya. Iblis bersumpah akan menipu manusia, menyebabkan manusia tunduk kepada nafsu, merasakan apa yang diperintahkan Allah itu buruk, manakala apa yang diharamkan, yang ditegah itu baik, menyebabkan banyak manusia yang mengingkari perintah Allah.

Allah telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang lima waktu, yang terlalu banyak memberi pengaruh dalam pembentukan peribadi yang luhur. Sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Bermaksud, bahawa sekiranya seseorang itu berupaya melakukan sembahyang dengan betul, sah sembahyangnya, dan diterima oleh Allah, maka orang yang berkenaan akan terhindar daripada perbuatan jahat dan kemungkaran.

Atas pemahaman inilah, maka tidak pelik kenapa iblis dan syaitan itu berusaha supaya manusia itu tidak melakukan sembahyang. Leka dengan kerja harian, mesyuarat, berniaga, berforum, bertemu kawan, main bola di padang , berdebat di meja persidangan dan sebagainya tanpa mempedulikan masuk waktu sembahyang.

Iblis dan syaitan menguliti manusia supaya melupakan sembahyang. Sembahyang mengganggu kerja-kerja dan urusan harian, manakala orang yang hendak sembahyang, akan didatangi oleh iblis dan syaitan supaya melambat-lambatkan sembahyangnya seperti yang berlaku pada diri saudara. Bagi orang yang tidur, iblis datang menguliti agar terus terlena, dan langsung tidak sembahyang.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda menyatakan, apabila seseorang itu tidur, iblis akan mengikat di atas kepala orang yang berkenaan tiga ikatan. Iblis berkata, kau mempunyai masa tidur yang panjang. Tidurlah! Apabila orang yang berkenaan terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah, maka terhurailah satu ikatan. Apabila ia berwuduk, maka terhurailah ikatan yang kedua, dan apabila orang yang berkenaan sembahyang, terhurailah ikatan yang ketiga. Dengannya orang yang berkenaan akan menghadapi waktu pagi dalam keadaan cergas, kalau tidak dia akan menghadapi waktu pagi dengan malas lagi monyok.

Apabila seseorang itu berwuduk, kumpulan iblis yang dinamakan ``Al-Wilhan'' akan datang mengganggu orang yang berkenaan, sehingga menyebabkan ada orang yang mengambil wuduk berjam-jam lamanya sehingga basah kuyup. Apabila seseorang itu mendirikan sembahyang, iblis dan syaitan akan mengganggu manusia ketika sembahyang; ketika sedang berniat, iaitu ketika membaca takbiratul ihram, menyebabkan niat itu dilakukan berulang kali. Ketika membaca Al-Fatihah, iblis dan syaitan mengganggu manusia, menyebabkan sesetengah orang mengulangi kalimah-kalimah Al-Fatihah berulang kali.

Terlalu banyak gangguan iblis dan syaitan ketika seseorang itu sedang sembahyang. Ada orang yang rasa terkentut ketika sembahyang, atau terasa terkeluar air kencing pada hal ketika di luar sembahyang, gangguan seumpama ini tidak berlaku. Begitu juga dengan gangguan lain, iaitu dengan mendatangkan pelbagai ingatan yang telah berlalu, ketika berada di pejabat, ketika mesyuarat, termasuk harga saham yang menjunam, harga kelapa sawit yang sedang menurun dan sebagainya. Semua ingatan ini datang menyelinap dalam ingatan orang yang sedang sembahyang, semata-mata supaya seseorang itu tidak ada rasa khusyuk ketika sembahyang.

Fenomena yang dijelaskan di atas ini membuktikan bahawa gangguan iblis dan syaitan ketika seseorang itu sedang sembahyang bukan satu rekaan, atau bidaah semata-mata, tetapi ia memang benar-benar berlaku. Rasulullah menyuruh setiap orang itu berwaspada daripada gangguan iblis dan syaitan. Petua untuk mengatasi masalah bagi orang yang suka melambat-lambatkan sembahyang adalah mudah, iaitu sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang. Apabila saudara dapat melakukannya, pada satu tahap tertentu, saudara akan merasa tidak senang, rasa gelisah selagi saudara tidak mendirikan sembahyang. Dan apabila saudara telah sembahyang, saudara akan merasa lega, nikmat dan tenang kerana telah menyempurnakan sesuatu yang difardukan ke atas saudara. Ketika itu saudara akan benar-benar berupaya menghayati ibadah sembahyang, dan tentunya tidak akan bermasalah untuk mendirikan sembahyang di awal waktu.

Allah menjelaskan seperti yang tersebut dalam surah Maryam: 58 tentang mereka yang diberi nikmat Allah, yang terdiri daripada para nabi dari keturunan Adam, iaitu Nabi Noh, Ibrahim, Nabi Musa (Maryam: 51), Harun (Maryam: 53), Nabi Ismail, juga Nabi Idris (Maryam: 56). Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang maha pemurah kepada mereka, mereka menyungkurkan diri bersujud dan menangis (Maryam: 58).

Dalam Surah Maryam: 59-60 tersebut firman Allah: Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan sembahyang dan menurutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.

Menurut Ibn Abbas, yang dimaksudkan dengan ``mensia-siakan sembahyang'' itu bukan mereka yang meninggalkan semua sembahyang, tetapi mereka yang mengakhirkan atau melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Menurut Said bin Al-Musayyab, seorang ketua golongan tabiin, seorang daripada tujuh orang fuqaha yang terkenal di Madinah, yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang yang tidak sembahyang zuhur hinggalah tiba sembahyang asar, tidak sembahyang asar hinggalah tiba maghrib, dan tidak sembahyang maghrib hinggalah tiba waktu isyak, dan tidak sembahyang isyak hinggalah terbit fajar, dan tidak melakukan sembahyang subuh sehinggalah naik matahari. Barang siapa mati, apabila ia terus menerus dalam keadaan sedemikian rupa, dan tidak pula bertaubat, Allah memberi amaran balasan ``Al-Baqhy'' untuknya. Al-Baghy itu ialah satu lembah yang terdapat dalam Neraka Jahanam yang dalam lagi kotor makanan penghuninya.

Sa'd bin Abi Waqaas, seorang daripada 10 orang yang dijanjikan syurga, di antara orang yang awal memeluk Islam berkata, beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang mereka yang lalai terhadap sembahyang. Baginda menjawab menyatakan bahawa mereka itu adalah orang yang melambat-lambatkan sembahyang. Mereka sembahyang tetapi mengambil ringan menyebabkan sembahyang di akhir waktu. Allah menjanjikan mereka ``Neraka Wail'', iaitu satu neraka yang amat sakit azabnya. Sesetengah ulama menyatakan Neraka Wail adalah satu lembah yang terdapat dalam Neraka Jahanam. Seandainya dilalukan bukit-bukit yang terdapat di dunia ini di atasnya, nescaya cair semuanya kerana sangat panas. Neraka itu adalah tempat tinggal mereka yang lalai terhadap ibadah sembahyang kecuali mereka yang menyesal dan bertaubat.

Dalam Surah Al-Munafiqun: 9 dijelaskan bahawa orang yang dilalaikan oleh harta juga anak-anak adalah terdiri daripada golongan orang yang rugi: Wahai orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa berbuat demikian, mereka adalah orang yang rugi.

Ahli-ahli tafsir menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan, ``mengingati Allah'' itu adalah sembahyang lima waktu. Maka barang siapa yang sibuk dengan hartanya, dengan berjual beli, urusan harian, kehidupannya, kilang, untung rugi, juga urusan anak-anaknya, daripada mendirikan sembahyang pada waktunya, maka mereka adalah termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Dijelaskan dalam sebuah hadis, riwayat oleh Al-Bayhaqiy, atau namanya yang sebenar Abu Bakar, Ahmad bin Al-Husain bin Ali, seorang imam hadis, yang dilahirkan pada tahun 384 Hijrah, bahawa Umar bin Al-Khattab, telah berkata, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Be-liau bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan-amalan yang lebih digemari oleh Allah Taala dalam Islam? Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembah-yang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang itu tiang agama.

Ketika Sayyidina Umar ditikam oleh Abu Lu'luah Al-Majusi, telah diberitahu kepadanya: Sembahyang wahai Amirul Mukminin. Beliau menjawab: Ya. Sesungguhnya tidak ada tempat bagi seseorang dalam Islam yang meninggalkan sembahyang. Beliau telah menunaikan sembahyang pada hal darahnya mengalir dari liang luka.

Dalam sebuah hadis lain dijelaskan bahawa Baginda s.a.w. ada bersabda: Barang siapa mengumpulkan dua sembahyang tanpa uzur, maka dia sesungguhnya telah mendatangi satu pintu yang besar daripada pintu-pintu dosa besar. Memang benar orang yang melambat-lambatkan sembahyang itu telah menunaikan kewajipan yang tertanggung ke atasnya, tetapi berdasarkan kepada dalil-dalil al-Quran, juga hadis-hadis, mereka yang berbuat demikian diberi amaran oleh Allah dengan azab yang pedih. Ini memperlihatkan bahawa mereka tetap berdosa. Dalam masa yang sama ditakuti orang yang terlibat meninggal dunia sebelum sempat mendirikan sembahyang pada hal waktunya telah tiba. Sebenarnya, tidak ada formula atau petua bagi orang yang suka melambat-lambatkan sembahyang kecuali terus bangun sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu. Selain daripada itu kesedaran tentang dosa dan amaran Allah ke atas mereka yang bertabiat sedemikian rupa boleh menginsafkan diri.

Soalan untuk Saiful Bukhari Azlan

su liwat DSAI makin panas.... Kalau la aku dapat jumpa si Saiful nie ... ni beberapa soalan yang aku nak tanya kat dia:

1. Kenapa selepas 9 kali ngko diliwat baru nak gi wat report?
2. Apsal semasa PRU 12, ngko jadi pembantu DSAI, tapi dalam friendster ngko kempen untuk Pak Lah?
3. Ngko tu dah GB, apsal gi pejabat Najib untuk mintak sokongan untuk pinjaman pembelajaran?
4. Apsal sehingga hari ini ngko masih bersembunyi? Kalau ngko tu benar, keluar la dan buat sidang media. Apa nak takut kalau ngko tu di pihak yang benar?
5. Cuba ngko citer sikit pengalaman ngko kene liwat.
6. Mana ngko dapat duit sewa condo kat damansara tu?

dan last sekali

Betul ke DSAI liwat ngko????

Selasa, Julai 29, 2008

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

10 Laluan Untuk Manusia

10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c.. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

a. Kasihilah NAbi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Miniti Titian Sirat

Setelah penimbangan amal selesai, maka manusia diperintahkan dan dibawa pergi ke kampung tempat balasan yang diperuntukkan bagi masing-masing mendiaminya melalui satu titian (al-Sirat) yang biasa disebut dengan nama “Titian Siratal Mustaqim”, titian yang diletakkan untuk menyeberangi lautan api Neraka, titian yang di kiri kanannya terdapat banyak pengait-pengait untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait. Dalam beberapa riwayat, diceritakan:

Allah s.w.t akan menghimpunkan seluruh manusia pada Hari Kiamat dan berkata kepada mereka bermaksud: Sesiapa yang menyembah sesuatu benda, maka ikutilah benda tersebut. Bagi orang yang menyembah matahari, mereka akan mengikut matahari tersebut. Bagi orang yang menyembah bulan maka mereka akan mengikuti bulan tersebut. Manakala orang yang menyembah taghut, maka mereka akan mengikuti taghutnya itu. Jadi tinggal lagi umat ini iaitu umat yang percaya kepada Allah termasuklah orang-orang munafik yang tetap dengan kemunafikan mereka. Lalu Allah mendatangi mereka dengan bukan gambaran-Nya yang sebenarnya di mana gambaran tersebut mereka kenal dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhanmu. Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada engkau iaitu gambaran tersebut, beginilah pendirian kami sehingga Tuhan kami benar-benar datang kepada kami kerana kami mengenali-Nya. Lalu Allah mendatangi mereka dengan gambaran-Nya yang sebenarnya sebagaimana yang mereka kenali dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhan kamu. Mereka pun menjawab: Engkaulah Tuhanku. Mereka pun mengikut-Nya. Kemudian Allah merentangkan kepada mereka suatu titian yang merentangi Neraka.

Apabila berlaku Hari Kiamat, para penyeru iaitu para Malaikat mengumumkan: Setiap umat hendaklah mengikuti apa yang mereka sembah sewaktu di dunia…….Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas Neraka Jahanam

Titian itu lebih halus dari rambut, dikatakan ia adalah misai Malaikat Malik Zabaniyah (penjaga neraka). Malaikat sendiri ialah jisim halus, apalagi misainya. Jauh perjalanan meniti Titian ini ialah 3,000 tahun perjalanan. Namun ada juga yang menitinya sepantas kilat dan ada juga dalam masa beberapa minit.

Solat Jamak

Bila disebutkan tentang “jamak” solat pasti terbayang di kepala kita “qasar” yang merupakan duetnya dalam solat seorang yang bermusafir.

Inilah yang telah kita pelajari sedari kecil, iaitu jika kita bermusafir (yang bukan untuk tujuan maksiat) Allah S.W.T memberikan kelonggaran kepada kita untuk “qasar”, iaitu memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja (solat Zohor, Asar dan Isyak) dan juga kelonggaran untuk “jamak”, iaitu menghimpunkan dua solat dalam satu masa untuk dikerjakan, contohnya, mengerjakan solat Zohor dan Asar diwaktu Zohor (jamak taqdim) ataupun di waktu Asar (jamak taakhir) dan juga waktu Maghrib dengan Isyak samada dikerjakan pada waktu Maghrib atauipun Isyak.

Nabi S.A.W Menegur Kesalahan Secara Kiasan

ANTARA kaedah yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w dalam memberikan tunjuk ajar kepada umatnya ialah tidak menjuruskan ucapan kepada orang yang bersalah dengan menyebut kesalahannya.

Baginda biasanya membuat teguran dengan menggunakan lafaz yang ditujukan kepada orang yang tidak ada dalam majlis atau dengan lafaz umum boleh didengar oleh orang ramai, seperti “kenapakah kaum itu melakukan itu... dan itu?”

Pernah satu ketika Nabi s.a.w memerintah seorang daripada suku Bani Asad (untuk memungut zakat). Ada pendapat mengatakan namanya ialah Ibn Allutbiyyah. Apabila dia datang menemui Nabi, dia berkata: “Ini untuk kamu dan ini untuk diriku.”

Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: “Kenapakah seorang amil yang aku utuskan (untuk memungut zakat dan sebagainya) berkata ini ialah untuk kamu dan ini dihadiahkan untukku. Kalaulah dia tinggal di rumah bapanya adakah hadiah itu diberikan kepadanya atau tidak? Dan demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang pun di antara kamu mengambil sesuatu daripadanya hanyalah dia datang pada hari kiamat membawanya di atas bahunya.” (Muslim, kitab al-Imarah)

Arahan yang dilakukan secara tidak langsung itu me nunjukkan baginda menghormati manusia sebagai anak Adam dan sedar tujuan perundangan ialah untuk mem perbaiki bukan memburukkan seseorang, kerana membu rukkan seseorang yang bersalah itu boleh mendorongnya supaya berterusan melakukan kesalahan.

Baginda pernah memarahi sahabatnya, Khalid bin al-Walid apabila dia mencaci seorang wanita yang berzina dari Bani Ghamid ketika baginda menjalankan hukuman rejam ke atas wanita itu.

Tindakan Nabi ini adalah implimentasi secara praktikal terhadap kejernihan jiwa dan kebersihan lidah yang terhindar daripada percakapan cabul dan mencela walaupun kepada seteru.

Apabila baginda luka pada hari peperangan Uhud dan darahnya mengalir, sahabat berkata kepada baginda: “Ka laulah engkau mendoakan ke atas mereka (supaya sesuatu bala menimpa mereka), lalu baginda bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai seorang yang melaknat, tetapi aku diutuskan sebagai pendakwah dan rahmat, wahai Tuhanku berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Orang Islam datang menemui Rasulullah s.a.w untuk ber tanya berhubung perkara agama serta dunia dan sering kali al-Quran memberikan jawapan.

Ada lima belas tempat di dalam al-Quran yang menyebut soalan serta jawapannya, antaranya ayat 215, surah al-Ba qarah, maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah ianya dibelanjakan?) Katakanlah; apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan, maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir (orang yang terlantar dalam perjalanan).”

Kebanyakan ayat ini ialah ayat Madaniyah (ayat yang diturunkan di Madinah) dan surah al-Baqarah adalah surah yang pertama diturunkan di Madinah. Surah ini adalah surah yang paling banyak mengandungi soalan serta jawapan kepada persoalan terbabit.

Ini kerana orang Islam pada masa itu ingin mengetahui banyak perkara berkaitan dengan masyarakat baru Islam yang menjadi asas kepada kekuatan negara Islam yang baru lahir itu.

Jika al-Quran tidak mengemukakan jawapan kepada segala persoalan yang dikemukakan oleh orang Islam, sudah tentu Nabi s.a.w memberikan jawapan dengan jawapan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.

Baginda memberikan jawapan lengkap kepada semua per soalan, sama ada secara ringkas atau lebih lanjut mengikut keperluan. Baginda tidak membiarkan orang yang bertanya dalam keadaan tidak berpuas hati atau membiarkan mereka tanpa mengetahui walaupun satu aspek daripada persoalan yang diajarkan.

Mencapai Pelepasan Dari Seksaan Kubur dan Meringakannya

Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya
orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:

"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan
telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).

** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda;

"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.

"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"
Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahawa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) dan Tabaarak.

4. Mati Syahid

Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.

Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda :

"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang
hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah)nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur (terus bertambah; dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."

Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia dihari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur" Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':
"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah Al Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:
"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :
"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat
bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan. Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan) engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi :
"Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan
daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah
saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku"
Riwayat Abi Umaamah