Jumaat, Julai 11, 2008
Api Neraka padam disirami Air Mata
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Kebaikan Tidak Diiktiraf Jika Terus Melakukan Dosa
Persoalan besar timbul ialah apakah kita menyedari bahawa gaya hidup dan tingkah laku sehari-hari itu termasuk sebagai persediaan sebagai ahli syurga atau sudah pun tergelincir sebagai ahli neraka.
Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang beruntung ialah hidup yang selalu diisi dengan amalan salih iaitu melaksanakan hak Allah, mengerjakan kebajikan dan melakukan perbuatan membawa kebaikan kepada masyarakat atau manusia umumnya.
Sesungguhnya setiap kebajikan atau kejahatan yang dilakukan manusia akan dicatat, direkod dan dikumpulkan oleh Allah dengan perantaraan malaikatnya untuk dihitung dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..
Allah menjadikan hidup di dunia bukan dengan tujuan sia-sia atau secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu. Kerana itulah manusia diberi akal fikiran supaya tidak terikut-ikut dengan gaya menyalahi fitrah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? (Surah al-Mukminun, ayat 115)
Justeru, kehidupan di dunia perlu selari dengan ajaran Islam dan menjauhi daripada gaya hidup penuh maksiat. Manusia yang bebas daripada budaya maksiat akan membentuk masyarakat bertamadun dan berintegriti.
Orang yang baik bukan hanya sekadar melakukan kebaikan tetapi mestilah meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya. Seseorang itu tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi memberi sedekah kepada orang miskin tetapi petang pula melakukan kejahatan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
Oleh itu, untuk mengelakkan rugi atau menyesal, gunakan kesempatan kehidupan yang dikurniakan untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan menghindarkan perbuatan yang merosakkan masyarakat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang lelaki melalui sebatang jalan dan ternampak satu ranting pokok yang berduri lalu dialihkan ke tepi. Maka Allah melimpahkan kasihnya kepada lelaki itu dan diberikan keampunan ke atasnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Walaupun menjauhkan sebatang duri dari tengah jalan kelihatan mudah tetapi pekerjaan itu dianggap Allah sebagai satu kebajikan yang besar kerana boleh mengurangkan kesusahan dan penderitaan manusia sejagat.
Janganlah berangan ingin memasuki syurga Allah jika usaha dan gaya hidup dipenuhi budaya maksiat. Oleh itu, setiap kita yang mengaku beriman dan ingin ke syurga perlu membuktikannya dengan melakukan amal ibadah dan amal salih bersungguh-sungguh.
Antaranya memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan, memastikan kehidupan sehari-hari tidak bercanggah dengan hak Allah dan hak manusia, memperbanyakkan kebajikan dan memastikan kehidupan seharian tidak mencampuradukkan perkara halal dan haram.
Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah sama ahli neraka dan ahli syurga. Ahli syurga merekalah orang yang beroleh kemenangan.” (Surah al-Hasyr, ayat 20)
Sejarah Terjadinya Peristiwa Israk dan Mikraj
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Perkara Yang Dilarang Ketika Solat
- Berdiri di atas satu kaki.
Duduk di antara dua sujud dengan berjongkok (kedua-dua lutut terangkat dan telapak tangan di atas lantai).
- Memasukkan kedua-dua tangan dalam baju ketika berdiri, rukuk dan sujud kerana menyamai perbuatan orang Yahudi.
- Mengangkat pakaian ketika sujud manakala lelaki dilarang menyelak rambut ketika waktu solat.
- Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan daripada dada.
- Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul-ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Perkara ini tidak baik jika seseorang itu menjadi imam. Dia sepatutnya berdiam diri sejenak sebelum membaca al-Fatihah dan sebelum rukuk.
Bagi makmum, jangan menyambung takbiratul-ihram sendiri dengan takbiratul-ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Dia patut mendiamkan diri sejenak sebelum takbiratul-ihram mengikuti imam.
Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua. Ia perlu dipisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.
- Solat dalam keadaan mahu membuang air besar atau kecil atau mengenakan sepatu yang sempit. Perkara ini boleh menghalang seseorang khusyuk dalam solat.
Nasi Kangkang dan Nasi Tangkas
FILEM perempuan, isteri dan… lakonan pelakon Sofea Jane sedikit masa dulu menimbulkan kekecohan apabila dengan berani menunjukkan ‘aksi’ si isteri menghasilkan nasi tangas atau lebih dikenali bahasa kasarnya, nasi kangkang. Begitupun sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya?
Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diketahui di kalangan kelompok yang pernah melakukan kerja berkenaan.
Seorang bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Tua ketika di temui di rumahnya di Gombak mengaku walaupun masyarakat hari ini leka kemajuan sains dan teknologi, masih ada segelintir wanita yang yang datang berjumpanya bagi minta cara-cara untuk menghasilkan nasi kangkang.
“Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar’ dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri,” katanya.
Sungguhpun begitu, sejauh mana amalan berkenaan boleh menzahirkan hajat wanita berkenaan masih sukar dipastikan dengan kata-kata kerana ia diukur berdasarkan `kehebatan’ bomoh berkenaan.
“Ada yang kata menjadi dan ada yang kata tidak menjadi. Itu yang sukar untuk kita pastikan, tetapi sehingga ke hari ini wanita yang menemui saya selalunya berpuashati,” katanya yang menyatakan amalan berkenaan dilakukan menerusi pembacaan ayat tertentu yang diamalkan ketika melakukan prosedur itu.
Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.
Bagaimanapun, katanya, sebelum melakukan `kerja’ berkenaan beliau akan menasihati wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan’ suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.
“Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, kadangkala itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut telunjuk kata,” katanya.
Beliau juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.
Bagaimanapun Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata nasi kangkang hanyalah nama yang digunakan masyarakat kurang terpelajar kerana ia tidak memberikan sebarang kesan.
Katanya, sekiranya berkesan kepada suami yang di bomoh itu, ia hanyalah dikaitkan dengan kesan psikologi individu berkenaan saja yang percaya kepada keberkesanannya menerusi apa yang diperkatakan oleh masyarakat sekeliling mengenai kehebatan ilmu dan pengamalnya itu.
“Kalau dalam psikologi sosial, ia sama seperti kesan `brain wash’ yang mana boleh mempengaruhi kita kalau selalu dikatakan tangas ia meninggalkan kesan hebat. Antara syaitan dan manusia adalah dua perkara yang berbeza dan hanya Allah yang membenarkan ia terjadi dan sebaliknya.
“Orang selalu gunakan Islam untuk menjadikan asas menunjukkan syaitan itu ada kesan terhadap manusia sedangkan tidak. Sekiranya kita percaya terkena sihir, dan berubat menerusi cara berbomoh tadi, maka dikhuatiri kita akan terjebak juga akhirnya, dalam lingkungan tidak bertepi tadi.
“Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya. Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara,” katanya.
Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.
Apa Itu Solat Istikharah?
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.
Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)
Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.
Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)
Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.
Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)
Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.
Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.
Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.
Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)
Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Doa Solat Istikharah
“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
Mimpi: Mainan Syaitan atau Anugerah Tuhan
Artikel kali ini ingin mengupas permasalahan tentang mimpi yang ada kalanya mempengaruhi kehidupan kita hari ini. Mengikut kamus Dewan, mimpi bermaksud sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur seseorang. Mimpi biasanya berkaitan dengan apa yang sedang menjadi fikiran seseorang. Kadang-kadang apa yang pernah dilihat, dialami dan dirasai oleh seseorang itu sering kali melintas dalam mimpinya. Hakikatnya, mimpi adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sekiranya mimpi itu datang dari Allah Taala ia disebut sebagai ‘al-rukyah’ Kadang-kadang ada juga yang datang dari iblis dan syaitan yang disebut sebagai ‘al-hulm’.
Terdapat perbahasan antara ulama mengenai takwil mimpi. Ada mimpi yang boleh ditafsirkan dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenaran mimpi tersebut. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya ilmu tersebut. Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: ‘Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.’
Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah SAW tidak bermimpi melainkan mimpi baginda adalah wahyu dari Allah. Sedangkan mimpi manusia biasa merupakan berita yang disebarkan oleh iblis dan syaitan. Untuk memahami persoalan mimpi ini, bolehlah kita bahagikan mimpi kepada tiga jenis:
Mimpi yang baik.
Mimpi yang baik disebut juga sebagai ‘busyra’ iaitu khabar gembira dari Allah SWT Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedang mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadis yang lain dari Abu Said al-Khudri r.a., dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang menyenangkan, maka itu adalah daripada Allah Taala. Dia hendaklah memuji Allah dan ceritakannya kepada orang lain” (Riwayat Bukhari) Menurut satu riwayat lain, menjelaskan bahawa larangan menceritakan mimpi baik itu kecuali kepada orang yang disukai atau orang yang paling dekat dengan kita. Hal ini pernah dialami oleh Nabi Yusuf a.s. Baginda bermimpi; sebelas bintang dan matahari sujud kepadanya. Ketika itu ayahnya melarangnya untuk menceritakan kepada saudara-saudaranya yang lain, sebab hal itu boleh mengundang fitnah. Mimpi yang baik boleh dibahagikan kepada dua kategori:
i. Mimpi para Nabi dan Rasul-rasul.
Mimpi mereka adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT Bukti kebenaran mimpi ini dinyatakan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”. (Surah al-Fath, ayat 27).
Mimpi bagi nabi dan para rasul berbeza dengan mimpi manusia biasa. Hal ini kerana mimpi pesuruh Allah itu adalah benar. Ia merupakan salah satu cara bagaimana wahyu diturunkan dari Allah Taala kepada mereka. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh telah diperintah oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpinya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” (Surah al-Soffat: 102)
Kalau ditelusuri sejarah para nabi dan rasul-rasul, bukan Nabi Ibrahim a.s. sahaja yang mendapat wahyu dari Allah Taala melalui mimpi Baginda, tetapi hampir semua para nabi, termasuklah Nabi Muhammad SAW Bahkan hadis-hadis Qudsi yang diterima nabi juga merupakan wahyu dari Allah Taala.
ii. Mimpi orang soleh.
Mimpi yang baik akan datang kepada hamba-hamba-Nya yang soleh. Walau bagaimanapun, mimpi yang baik di sini bukanlah bermaksud mimpi yang berbentuk ramalan atau sengaja-sengaja direka-reka apatah lagi bentuknya seolah-olah melampaui qada’ dan qadar Allah SWT. Mimpi melihat Rasulullah SAW adalah ciri-ciri mimpi orang soleh. Dalam sebuah hadis Nabi SAW Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, sesungguhnya dia benar-benar melihatku, kerana syaitan tidak dapat mengambil bentukku.” (Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila telah hampir kiamat tidaklah mimpi seorang Muslim itu dusta, mimpi yang paling benar ialah mimpi orang yang paling benar perkataannya dan mimpi seorang Muslim merupakan satu daripada empat puluh enam bahagian daripada mimpi kenabian.” (Riwayat Muslim)
Justeru itu perlu diingat bahawa mimpi manusia biasa itu tidak mengandungi kebenaran yang mutlak. Kemungkinan tanda kebenarannya berlaku secara kebetulan sahaja, tetapi tidak menutup kemungkinan berlakunya banyak percanggahan yang mengelirukan. Apatah lagi bagi orang yang jahil atau yang memperkuda agama untuk kepentingan peribadi kononnya telah menerima wahyu melalui mimpinya, sehingga membawa kepada syirik dan terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu kita yang jahil ini, dilarang mentakwilkan atau menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaiknya berfikirlah lebih rasional dan berpijak pada bumi yang nyata.
Mimpi yang buruk.
Mimpi jenis kedua ini sering berlaku kepada mereka yang mengalami masalah gangguan sama ada daripada iblis dan syaitan ataupun terkena sihir. Selain itu makhluk-makhluk halus juga mampu mengganggu mimpi manusia dengan izin Allah Taala melalui penglibatan manusia itu sendiri.
Prof. Madya Dr. Amran Kasimin, seorang pengamal perubatan Islam berpendapat, unsur kesedihan, susah hati atau apabila seseorang itu dalam keadaan marah akan menyebabkan pertahanan diri menjadi lemah. Apabila elemen dalaman ini lemah menyebabkan iblis dan syaitan yang sentiasa menunggu-nunggu peluang akan mudah menyerap masuk untuk mengganggu manusia melalui mimpinya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedangkan mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)
Secara teorinya apabila kita tidur, jasad sahaja yang berada di atas perbaringan. Sedangkan akal manusia masih wujud, tetapi tidak aktif, tidak berfungsi dan di luar sedar. Ketika inilah, sekiranya kita tiada pertahanan diri menyebabkan makhluk-makhluk tersebut menyerang roh kita sehingga menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w menjelaskan daripada Safiyah binti Huyayn, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut pembuluh darah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila ini berlaku, ia boleh mengganggu manusia pada bahagian otak, hati dan mengawal pergerakan manusia dengan izin Allah Taala. Dalam sebuah hadis nabi memberi petua; apabila seseorang itu bermimpi yang buruk-buruk, maka jangan diceritakan sama sekali kepada orang lain, termasuk orang yang paling dekat sekalipun.
Mimpi mainan tidur.
Mimpi ketiga ini yang paling banyak berlaku kepada kita. Mimpi jenis ini disebabkan pengaruh menonton cerita-cerita ganas, mengerikan, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam mimpi mereka hasil daripada cerita yang ditonton ketika jaga.
Selain itu, mimpi yang melibatkan anggota fizikal juga adalah mainan tidur. Mimpi ini disebabkan oleh gangguan fikiran yang berpunca daripada penyakit tertentu seperti demam, ramuan ubat, dadah atau pengaruh dan khayalan nafsu yang kuat. Walaupun demikian apabila mimpi tersebut berlaku berulang kali, tiga atau empat kali dalam seminggu, ataupun hampir setiap hari, iaitu ketika hampir terlena atau sedang tidur, ia bukan lagi mainan tidur. Ia kemungkinan antara tanda-tanda seseorang itu mengalami gangguan ataupun terkena sihir.
Dalam masyarakat Melayu Islam hari ini amalan-amalan khurafat yang berpunca daripada mimpi merupakan elemen utama dalam perubatan secara tradisional. Ada antara mereka yang mencari keuntungan segera di sebalik mimpi mereka yang sebenarnya boleh merosakkan akidah pengamal dan orang yang berubat dengannya. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak untuk menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Amalan yang disabitkan dengan mimpi seperti yang diterangkan di atas tidak akan terlepas daripada amalan khurafat yang menyalahi akidah ini sekiranya:
Meramal suatu peristiwa yang bakal terjadi berdasarkan mimpi.
Perbuatan meramal atau menilik nasib seperti ini adalah perbuatan khurafat. Ia bukanlah satu-satunya cara atau landasan untuk menentukan sesuatu keputusan sementelahan pula mimpi itu sendiri bukanlah pemutus bagi segala-galanya untuk dipercayai. Islam tidak mengajar umatnya supaya meramal mimpi untuk menentukan baik buruk atau ajal maut dalam kehidupan manusia. Manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi melalui tukang tilik seolah-olah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (Surah al-Maidah: 90)
Meletakkan keyakinan atau bergantung harap terhadap petunjuk melalui mimpi.
Jangan meletakkan nasib kita pada mimpi yang menjadi mainan syaitan. Nasib seseorang Muslim itu tidak terletak kepada mimpinya. Mimpi adalah suatu yang sangat peribadi dan tidak mempunyai kuasa untuk merubah nasib seseorang. Sesungguhnya tempat bergantung harap, memohon perlindungan dan keselamatan hanyalah kepada Allah Taala. Perbuatan terlalu percaya kepada mimpi seolah-olah menafikan zat Allah yang Maha Kuasa. Hal ini boleh menyeret kita kepada perbuatan syirik kepada Allah SWT Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni (dosa) kalau Dia disekutukan dan Dia mengampunkan selainnya, sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang menyekutukan Allah, sesungguhnya dia telah sesat sejauh-jauhnya. (Surah al-Nisa’:116)
Mencampuradukkan antara ibadah dengan amalan khurafat.
Segelintir masyarakat kita sama ada sedar atau tidak telah mencampuradukkan ibadah mereka dengan amalan khurafat. Tanpa disedari fenomena menilik jodoh melalui mimpi dengan perantaraan solat sunat istikharah, terutamanya bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula.
Amalan solat istikharah bukan bertujuan untuk meramal jodoh. Solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi tidak pasti apakah membawa kebaikan ataupun tidak kepadanya. Maka disunatkan baginya untuk melakukan solat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis dari Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda yang bermaksud, “Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib”
Malah apabila seseorang itu beriktikad bahawa mimpilah yang menjadi penentu kepada pasangan jodohnya maka dikhuatiri ia telah berbuat syirik kepada Allah SWT Islam melarang apa jua amalan baik yang bercampur aduk dengan kebatilan yang mengelirukan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula pada hal kamu semua mengetahuinya” (Surah al-Baqarah: 42)
Mimpi sebagai medium atau perantara yang menghubungkan antara manusia dengan makhluk lain atau alam ghaib.
Golongan ini biasanya melibatkan diri dengan perubatan tradisional misalnya, bomoh atau pawang yang terlibat dengan amalan semah, menyembah pantai, menurun dan sebagainya. Mereka ini kononnya didatangi oleh makhluk melalui mimpi meminta supaya disembelih binatang tertentu dan darahnya diberi makan kepada makhluk tersebut.
Ada kalanya jenis mimpi, kononnya mereka didatangi oleh tokoh-tokoh agama atau manusia istimewa yang kononnya diberi keizinan oleh Allah SWT untuk menganugerahkan ijazah kemahiran atau ilmu-ilmu tertentu. Apabila keadaan seperti ini berlaku, orang yang didatangi mimpi itu merasakan yang ia mendapat arahan ataupun hidayah daripada Allah melalui mimpi. Sesetengah daripada mereka meyakini, bahawa yang datang itu ialah malaikat utusan Allah. Kepercayaan atau amalan melalui mimpi ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana mimpi bukanlah medium untuk memperoleh ilmu. Ilmu itu cahaya yang datang daripada sumber yang bersih dan suci. Manakala mimpi khurafat adalah lambang kepada kegelapan dan kesesatan.
Sesungguhnya beruntunglah bagi hamba-hamba pilihan Allah Taala yang diberi anugerah mimpi yang baik. Sebaik-baik mimpi ialah mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Akan datang suatu masa di kalangan kamu dapat bermimpi melihatku lebih disukai olehnya daripada keluarga dan hartanya” (Riwayat Bukhari)
Manakala dalam usaha mengatasi gangguan tidur terutamanya mimpi-mimpi yang buruk akibat gangguan daripada iblis dan syaitan Rasulullah SAW telah mengajar doa berikut yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi”
Setelah membaca doa di atas, orang yang terlibat hendaklah mengubah posisi tidurnya. Kalau semasa bermimpi dia tidur mengiring sebelah kiri, dia hendaklah mengiring sebelah kanan, begitulah sebaliknya. Adalah lebih mudah andainya dia beralih tempat tidur. Demikianlah kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW Sebuah hadis daripada Jabir, katanya Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disukai, dia hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah daripada syaitan tiga kali, dan ia hendaklah menukar posisi tidurnya”
Menolong Orang yang Nazak
tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).
Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa ila ha illallah'lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.
Rahsia Disebalik Demam
Hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Hakikat Demam.
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)
Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.
Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.
Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.
Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.
Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.
Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :
Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)
Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah
Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani" .
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
Mencaci-maki Demam.
Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :
"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".
Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana
landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".
(Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
Demam Penebus Dosa.
Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.
Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
Sejarah Peristiwa MUBAHALAH & Kaum Najran
Kaum Nasrani berjaya mengekalkan kekuasaan meraka di Najran selepas menumpaskan Zu Nuwwas dari kaum Yahudi yang telah menyerang bumi tersebutdan kejayaan ini membawa penguasaan mereka di selatan Habsyah dan di utara Rom. Inilah detik-detik kaum Nasrani Najran berada di puncak keangkuhan mereka sebagaimana keangkuhan kaum Yahudi sebelumnya. Mereka telah membina sebuah Ka’abah di Najran di sebabkan kedengkian mereka terhadap Ka’abah di Makkah. Yaqut telah menyebutkannya di dalam ‘Mu’jam Ul-Buldan’ (Jilid 8 : muka surat 264):
Dan Ka’abah Najran ini dikatakan telah dibina oleh Banu Abdul Madan bin Ad-Diyan Al-Harisi mengikut bentuk binaan Ka’abah, mereka memulia dan mengagung Ka’abah tersebut serta menamakannya ‘Ka’abah Najran’ di dalamnya para asaqifah beribadat.
Penguruasan ‘Ka’abah Najran’ dibahagikan kepada tiga jabatan yang dipertanggungjawabkan kepada tiga orang. Jabatan yang mengurus urusan luar mengurus luar mengenai hubungan di antara qabilah dengan mereka sebagaimana yang kita namakan pada hari ini kementerian luar disandang oleh ‘As-Sayyid’ yang namanya ialah ‘wahab’, di mana ia merangkap sebagai pemimpin di dalam peperangan yang kita namakan menteri peperangan atau menteri pertahanan. Jabatan yang mengurus urusan dalaman yang kita namakan pada hari ini kita namakan kementerian dalam negeri yang di sandang oleh ‘Al-‘Aqib’ yang namanya adalah ‘Abul Maseh’, jabatan yang mengurus urusan keagamaan yang kita namakan pada hari ini menteri agama yang disandang oleh ‘Al-Usquf’ yang namanya adalah ‘Abu Marisah’.
Kaum Nasrani Najran telah mengutus ketiga-tiga mereka bertemu Rasulullah s.a.w.a. dan baginda telah berhasrat untuk bermubahalah dengan mereka, tetapi mereka telah memohon perdamaian dengan baginda, walaubagaimanapun Rasulullah telah menulis sepucuk surat kepada mereka dengan mengenakan beberapa syarat. Selepas Abu bakar menyandang jawatan khalifah dihapuskan yang demikian itu, ketika umar mengambil alih jawatan tersebut, beliau telah memuliakan mereka dan membeli harta mereka.
Pembahasan mengenai penurunan ayat ini:
Di dalam sahih muslim, dari riwayat Amir bin Saad bin Abi Waqqas daripada bapanya ia berkata: “Muawwiyah bin Abi Sufyan menyuruh Saad dengan berkata: Apakah yang menghalangmu dari mencaci Abu Turab (Imam Ali a.s.)?. Ia ( Saad ) menjawab: Ada pun telah diperingatkan kepadaku tiga kali di mana Rasulullah s.a.w.a. telah berkata ketiga-tiganya maka aku tidak akan mencacinya, kerana sesungguhnya ia adalah bagiku satu-satu yang paling aku kasihi dari seluruhnya. Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w.a. bersabda mengenainya di waktu baginda meninggalkan Ali r.a. di dalam beberapa peperangan, maka Ali r.a. telah berkata kepada baginda: “Wahai Rasulullah!, engkau tinggalkan aku (tidak ikut serta di dalam peperangan) bersama perempuan-perempuan dan kanak-kanak.” Rasulullah s.a.w.a. menjawab: “Tidakkah engkau redha bahawa engkau menjadi di sisiku kedudukannya sama dengan kedudukan Harun di sisi Musa kecuali sesungguhnya tidak ada lagi seorang Nabi sesudahku. Aku juga telah mendengar baginda bersabda di hari (perang) Khaibar: “Aku akan berikan besok panji-panji kepada seorang lelaki yang cintakan Allah dan Rasul menyintainya.” Ia berkata: Kami telah membentang kepadanya (panji-panji). Maka baginda bersabda: “Panggillah Ali untukku.” Kemudian Ali telah datang dengan mata yang sedang sakit, maka baginda telah meludah ke dalam kedua belah matanya dan menyerahkan panji-panji kepadanya dan Allah s.w.t. telah memberikan kemenangan di dalam tangannya. Sewaktu turun ayat ini: “Katakanlah kepada mereka, marilah kita mengajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu kemudian kita bermubahalah. Rasulullah s.a.w.a. telah memanggil Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain dan berdoa: Ya Allah tuhan kami, mereka itulah Ahlul Baitku”[1].
Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam “Fathul Bari” ( Syarah Al-Bukhari ) telah berkata selepas menyebut hadis ini yang diriwayatkan oleh muslim dan At-Tarmizi mengikut lafaz tersebut dan di sisi Abi Ya’la daripada Saad dengan bentuk yang lain. Beliau telah berkata: “Jika sekiranya diletakkan gergaji di atas kepalaku untuk aku mencaci Ali, aku tidak mencacinya sama sekali selama-lamanya. Beliau juga berkata hadis ini ialah hadis ‘Al-Manzilah’ (iaitu hadis tentang kedudukan Imam Ali a.s.) yang diriwayatkan juga daripada Rasulullah s.a.w.a. melalui jalan yang lain daripada Saad dari hadis Umar, Ali sendiri, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Jabir bin Abdullah, Al-Barrak, Zaid bin Arqam, Abi Said, Jabir bin Samrah, Anas bin Malik, Habsyi bin Janadah, Muawiyah, Asma’ binti Umais dan lain-lain. Dan beliau berkata bahawa hadis tersebut mencangkupi jalan-jalan daripada Ibnu Asakir di dalam ‘Tarjumah Ali r.a..[2]
Imam Annawawi menyatakan di dalam syarah muslim sehubungan dengan memberikan komentar terhadap teks riwayat yang berbunyi: “Sesungguhnya Muawiyah telah berkata kepada Saad bin Abi Waqqas: Apakah yang menghalangmu dari mencaci Aba Turab?”. Beliau berkata: “Para ulama telah berkata bahawa hadis-hadis yang telah diriwayatkan itu adalah pada lahirnya menyentuh para sahabat ( Rasululah s.a.w.a. ) wajib ditakwilkannya. Mereka berkata ianya tidak ada di dalam riwayat-riwayat yang siqaat (kepercayaan). Maka pertanyaan Muawiyah ini tidak menunjukkan pengertian yang jelas padanya bahawa sesungguhnya ia menyuruh Saad mencaci Ali r.a.. Tetapi hanyasanya ia ( Muawiyah ) telah bertanya kepadanya (Saad ) tentang halangan baginya untuk mencaci, seolah-olah ia berkata, adakah engkau telah terhalang disebabkan oleh kerendahan diri atau takut atau selain daripada yang demikian itu. Jika sekiranya kerana kerendahan diri dan kebesaran tentang membuat cacian, maka engkau betul dan baik. Tetapi sekiranya selain daripada yang demikian itu, maka baginya jawapan yang lain pula. Dan boleh jadi Saad sesungguhnya telah berada dalam satu golongan (yang) mereka itu mencaci Ali r.a., maka ia tidak bersama-sama dengan mereka dan tidak mampu untuk mengingkarinya ataupun mengingkari terhadapnya. Dengan itu ia telah bertanya tentang soalan ini. Mereka juga (para ulama) telah membuat andaian dengan dua takwil yang lain iaitu maknanya apakah yang menghalangmu untuk menyalahkannya di dalam perkara pandangan dan ijtihadnya. Maka zahirkah kebaikan terhadap manusia, akan tetapi pandangan kami dan ijtihad kami ini adalah sesungguhnya salah”.
Hadis tersebut diriwayatkan juga oleh Tarmizi di dalam sahihnya[3], Ahmad Ibnu Hanbal di dalam Musnadnya[4], dan An-Nasai di dalam Khasaisnya[5].
At-Thabari telah mengeluarkan banyak hadis mengenai ayat di atas melalui berbagai jalan daripada Zaid bin Ali, daripada Sadi dan Qatadah, daripada Sanaa bin Zaid dan daripada Al-Yasykiri[6] As-Syayuthi di dalam Ad-Dur Ul-Mansurnya menukilkannya daripada Jabir dan menyebutkan di akhirnya bahawa Jabir telah berkata: ‘diri-diri kami dan diri-diri kamu ialah Rasulullah s.a.w.a. dan Ali r.a. dan anak-anak kami ialah Hassan dan Hussain dan perempuan-perempuan kami ialah Fatimah.[7]
Al-Wahidi An-Naisaburi di dalam Asbab Un-Nuzulnya telah menyebut di akhirnya bahawa As-Syakbi telah berkata: Anak-anak kami ialah Hassan dan Hussain perempuan-perempuan kami ialah Fatimah dan diri-diri kami ialah Ali bin Abi Talib r.a.[8]. Al-Qanzuri Al-Hanafi di dalam Yanabiyyul Mawaddahnya menyebutkan berbagai riwayat yang menyatakan bahawa Ali ialah diri Rasulullah s.a.w.a. berdasarkan dari nas ayat yang mulia itu[9]. Asy-Syablanji di dalam Nurrul Absarnya menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan perempuan-perempuan kami ialah Fatimah dan anak-anak kami ialah Hassan dan Hussain dan diri-diri kami ialah diri kami ialah diri Rasulullah s.a.w.a. dan Ali r.a.[10].
Riwayat yang memberi maksud yang sama dikeluarkan oleh sebahagian para muhaddisin dan mufassirin di antaranya: At-Thabari di dalam Zakhairul ‘Uqba[11], Al-Kanji As-Syafie di dalam Kifayat Ut-Talibnya[12], Al-Hakim di dalam Mustadraknya[13], Abu Naim di dalam An-Nubuwah[14], Fakharuddin Ar-Razi di dalam tafsirnya15, Ibnu Asir di dalam kitab Usdul Khabah16, Basth Ibnu Jauzi di dalam Tazkirah,17 Al-Qurtubi di dalam Al-Jamiul Lil Ahkamil Quran18, Al-Baidhawi di dalam Tafsirnya19, Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Isabah20 dan lain-lain lagi.
[1] Sahih Muslim: jil 7, ms 120.
[2] Fathul Bari, jil 8, ms 74.
[3] At-Tarmizi, jil 2, ms 200.
[4] Musnad Ahmad Ibnu Hanbal, jil 1, ms 185.
[5] An-Nasai, jil 4, ms 16
[6] Tafsir At-Thabari, jil 3, ms 192.
[7] Ad-Dur Ul-Mansur, jil 2, ms 38.
[8] Asbab Un-Nuzul, ms 47.
[9] Yanabiyul mawaddah, ms 43.
[10] Nurul Absar, ms 101.
[11] Zakhairul Uqba, ms 25
[12] Kifayah At-Talib, ms 54.
[13] Mustadrak, jil 3, ms 150
[14] Dalail, ms 297.
[15] Fakhrurazi, jil 8, ms 85
[16] jil 4, ms 25
[17] ms 17
[18] jil 3, ms 104
[19] jil 2, ms 22
[20] jil 2, ms 503
Isnin, Julai 07, 2008
Tempat Tinggal Roh
· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.
Perbezaan Fatwa dan Ijtihad
DALAM perkembangan kehidupan perkampungan global hari ini, sesuatu yang terjadi di satu tempat akan diketahui oleh orang di tempat lain dalam sekelip mata menerusi kemudahan teknologi maklumat. Perkara ini berlainan berbanding apa yang berlaku beberapa dekad dulu sebelum dunia menjadi kampung global.
Sesuai dengan namanya, 'kampung global', dunia global diumpamakan sebuah kampung dengan setiap sesuatu yang berlaku di tempat itu akan cepat tersebar ke merata tempat.
Kampung yang dalam bahasa Arabnya disebut 'qaryah' mempunyai tempat sendiri dalam al-Quran kerana walaupun disebut kampung tapi ia dalam banyak penggunaannya adalah istilah bagi satu ketamadunan. Ia disebut 33 kali dalam kata tunggal, sekali dalam kata mutsanna dan 20 kali dalam kata jamak. Satu jumlah yang banyak bagi satu istilah yang patut ditumpukan untuk mengkaji sistem perkampungan atau perkotaan atau kenegaraan atau ketamadunan dalam al-Quran.
Kampung global juga mempengaruhi perkembangan fatwa di kalangan masyarakat Islam. Jika fatwa pada masa lalu hanya terdedah pada satu tempat dan diketahui kalangan tertentu, pada hari ini ia mudah tersebar di seluruh dunia walaupun ia dikeluarkan seorang ustaz dalam kampung yang terpencil.
Justeru, ada kalanya apabila fatwa itu disebarkan kepada masyarakat yang bukan tempat asal masyarakat fatwa berkenaan, kadang kala akan memicu ketidakharmonian masyarakat terbabit. Cuba sebarkan fatwa melarang perempuan memandu kereta di sini, apa yang akan terjadi? Begitu pula sebaliknya, cuba sebarkan fatwa bahawa wanita boleh memandu kereta di Arab Saudi sampai beberapa bulan lalu, apa yang akan terjadi? Sudah tentu di kedua-dua tempat itu akan terjadi gejolak pemikiran dan polemik pro dan kontra yang tidak akan selesai kecuali dengan turun tangannya agensi kerajaan sebagai pemutus perkara syarak seperti ditetapkan oleh kaedah syarak.
Dilema fatwa global yang menonjol dan memerlukan keberhati-hatian setiap umat adalah fatwa dibenarkannya membangun atau mendirikan gereja di tanah negara Islam bahkan yang sangat konservatif di negara Teluk. Di salah satu negara ini, sedikitnya lima gereja dibenarkan untuk dibangun. Pengeluar fatwa di negara terbabit mempunyai hujah tersendiri yang bagi pihak penentangnya tidak munasabah. Akhirnya, fatwa ini merubah paradigma pemikiran Islam tradisional yang melarang sama sekali pembangunan gereja di tanah Islam.
Jika kita perhatikan seketika, kalimah fatwa ialah satu perkataan Arab yang berasal dari "fata-yaftu- fatwan". Fatwa yang memberi pengertian "ifta'" itu maksudnya, iaitu perbuatan yang dikeluarkan seorang alim mengenai hukum bersangkut paut dengan hal syariah. Dalam lisan al-'Arab, Ibnu Manzur menerangkan bahawa "futan" atau "fatwa" iaitu dua perkataan nama yang digunakan di tempat "al-ifta'" yang bermaksud perbuatan dilakukan mufti mengenai sesuatu hukum atau satu keputusan hukum dikeluarkan seorang faqih (seorang yang berpengetahuan luas lagi mendalam dalam perundangan Islam).
Fatwa ialah satu keputusan hukum syariah yang dikeluarkan seorang mujtahid dengan pengertian keputusan itu sebagai menjawab masalah menjadi kemusykilan dalam hukum.
Imam al-Ghazali menerangkan bahawa ulama bersepakat iaitu harus bagi seseorang mufti yang mujtahid dan adil itu mengeluarkan fatwa dan mufti mestilah berpengetahuan luas berhubung hal agama iaitu ia mestilah seorang yang adil dan mengetahui hal periwayat hadis dengan baik. Dengan perkataan lain mufti wajib mengetahui sumber hukum dari al-Quran dan hadis iaitu ia hendaklah memahami isi yang terkandung dalam kedua-duanya mengenai halal-haram, cerita, contoh, nasihat; mengetahui ilmu bahasa Arab; mengetahui nasakh dan mansukh dan mengetahui hal qias dan al-ijtihad serta kedudukan tingkatan pihak berkuasa sumber perundangan Islam sama ada yang disepakati atau tidak disepakati oleh ulama.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, segala permasalahan hukum-hakam pada setiap zaman diutarakan kepada ulama. Ia dimulai sahabat, Tabi'in, Tabi' Tabi'in dan akhirnya membentuk aliran masing-masing yang didokong oleh imam yang dikenali sebagai mazhab. Selepas berlalunya zaman pembinaan mazhab, maka hukum-hakam lebih berjalan berdasarkan fatwa imam mazhab masing-masing. Selepas berlalunya zaman pendukung mazhab, fatwa yang dikeluarkan seseorang mufti mahupun ulama ketika itu lebih terikat dengan mazhab masing-masing.
Pada dasarnya, umat Islam seharusnya menghormati nilai keilmuan yang ditinggalkan oleh ulama silam yang telah membina aliran fikah masing-masing. Ini kerana mereka dibuktikan zaman yang mereka sangat beramanah dan berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu hukum atau fatwa pada zaman masing-masing. Sejarah mencatatkan bahawa keikhlasan dan pengetahuan mereka mengatasi ulama pada zaman ini. Malah, terbukti tidak ada segelintir pun dari kalangan ulama silam yang diperakui oleh umat pada zaman itu dengan sengaja mereka cipta hukum-hakam agar bercanggah dengan ajaran Islam yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad. Bagaimanapun, fatwa juga berubah berdasarkan perubahan tempat, keadaan, zaman, motif dan risiko.
Dalam kertas kerja bertajuk "Kedudukan Mazhab Shafie Dalam Fatwa Masa Kini di Malaysia", Dr Saupi Man dan Dr Mek Wok Mahmud menulis bahawa apabila fatwa bersifat ijtihadi, maka sudah tentu hasil ijtihad yang terikat dengan zaman, tempat dan keadaan itu tidak akan kekal buat selamanya. Maka, hukum turut berubah sebagaimana diungkapkan ulama usul. Berdasarkan kepada syariat Islam yang bersifat syumul dan murunah (fleksibel) serta sesuai pada setiap zaman dan tempat. Maka, percanggahan pendapat ulama mazhab adalah suatu rahmat. Setiap ulama yang mewakili mazhab masing-masing cuba meletakkan hukum-hakam selari dengan kehendak Islam yang sebenar, sejajar tuntutan zaman dan keadaan.
Mengambil kira hasil ijtihad dan fatwa mana-mana ulama terdahulu sebagai zanni, maka perbezaan hukum dengan menyimpang daripada hukum silam tetapi tidak menyalahi kaedah mazhab. INTI PATI: Sejarah kewujudan, perbezaan mazhab
* Selepas kewafatan Nabi Muhammad, segala permasalahan hukum-hakam pada setiap zaman diutarakan kepada ulama. Ia dimulai sahabat, Tabi'in, Tabi' Tabi'in dan akhirnya membentuk aliran masing-masing yang didokong imam yang dikenali sebagai mazhab.
* Selepas berlalunya zaman pembinaan mazhab, maka hukum-hakam lebih berjalan berdasarkan fatwa imam mazhab masing-masing.
* Pada dasarnya, umat Islam seharusnya menghormati nilai keilmuan yang ditinggalkan ulama silam yang membina aliran fikah masing-masing.
* Telah terbukti tidak ada segelintir pun dari kalangan ulama silam yang diperakui umat pada zaman itu dengan sengaja mereka cipta hukum-hakam agar bercanggah dengan ajaran Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.
* Fatwa juga berubah berdasarkan perubahan tempat, keadaan, zaman, motif dan risiko.
* Berdasarkan kepada syariat Islam yang bersifat syumul dan murunah (fleksibel) serta sesuai pada setiap zaman dan tempat. Maka, percanggahan pendapat ulama mazhab adalah suatu rahmat.
* Setiap ulama yang mewakili mazhab masing-masing cuba meletakkan hukum-hakam selari dengan kehendak Islam yang sebenar, sejajar tuntutan zaman dan situasi.
* Mengambil kira hasil ijtihad dan fatwa mana-mana ulama terdahulu sebagai zanni, maka perbezaan hukum dengan menyimpang dari hukum silam sebagaimana sedia ada justeru membina hukum lain berdasarkan kaedah dan metod Shafie sendiri tidak dianggap menyalahi mazhab.
Tiga Perkara yang Menyelamat dan Membinasakan Manusia
Ada tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu:
* Sentiasa menjaga tingkah laku kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mendengar semua yang dilakukan hamba-Nya.
* Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak, tidak terhad pada hubungan antara sesama makhluk malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan.
* Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari.
Rasulullah SAW berpesan ada tiga perkara lain akan membinasakan manusia iaitu:
* Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
* Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
* Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri serta suka menghina orang lain menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.
Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik, pasti ada kemuliaannya.