Isnin, April 07, 2008

Di Sebalik Batas Aurat

Aurat berasal dari bahasa Arab yang secara literal atau harfiahnya bererti 'celah', 'kekurangan', 'sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang dipandang buruk pada anggota tubuh manusia dan yang Aurat berasal dari bahasa Arab yang secara literal atau harfiahnya bererti 'celah', 'kekurangan', 'sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang dipandang buruk pada anggota tubuh manusia dan yang menjadikan malu bila dipandang'.36 Di dalam Al-Qur'an, perkataan aurat disebut sebanyak empat kali, dua kali dalam bentuk tunggal (mufrad) dan dua kali dalam bentuk perkataan berganda (jama'). Bentuk tunggal disebut dalam surah al-Ahzab (33:13) manakala bentuk berganda disebut dalam surah an-Nur (24:31 dan 58).

Perkataan aurat dalam surah al-Ahzab (33:13)37 diterjemahkan oleh sebahagian besar ulama tafsir sebagai 'celah yang terbuka kepada musuh', atau 'celah yang memungkinkan orang lain (musuh) mengambil kesempatan untuk menyerangnya' ,38 Perkataan aurat di dalam surah An-Nur (24:31 dan 58) pula bermakna 'sesuatu dari anggota tubuh manusia yang menjadikan malu bila dipandang, atau dipandang buruk untuk diperlihatkan',39

Dalam tatacara ilmu fiqh, perkataan 'aurat' difahami mengikut penafsiran yang dibuat untuk surah an-Nur tadi; iaitu yang bererti 'sebahagian anggota tubuh manusia yang pada pandangan umum dianggap buruk atau malu bila diperlihatkan dan bila dibiarkan terbuka mungkin boleh menimbulkan fitnah seksual'.40 Oleh kerana itu, ulama fiqh bersependapat menyatakan bahawa aurat harus ditutup dari pandangan orang dengan pakaian yang tidak tembus pandang dan tidak mengikut lekuk bentuk tubuh.

Dalam kitab-kitab fiqh, perbahasan mengenai aurat dimasukkan dalam bab mengenai syarat-syarat melaksanakan ibadah solat kerana menurut sebahagian besar ulama fiqh, menutup aurat termasuk dalam salah satu syarat sah bagi ibadat solat. Abu Hanifah dan Shafi'e mengatakan bahawa menutup aurat termasuk dalam kewajipan-kewajipan sembahyang (furudh as-sholah) sementara Imam Malik mengatakan bahawa menutup aurat dalam solat adalah sunnah (sunan as-solah). Perbezaan ini berlaku akibat perbezaan pandangan dalam memahami perintah 'menghias diri ketika pergi beribadah' (Al-A'raf 7:31). Bagi yang melihat perintah ini sebagai kewajiban, maka menutup aurat dalam ibadah adalah wajib. Bagi yang pemahamannya tidak sedemikian pula, maka menutup aurat dalam ibadah itu dianggap tidak wajib.41

Mengenai batas anggota tubuh yang dianggap aurat, pandangan fiqh membezakan antara lelaki dan perempuan. Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai aurat lelaki, secara umumnya sebahagian besar ulama berpendapat bahawa lelaki mesti menutup bahagian anggota tubuh antara pusat dan kedua lutut mereka.42 Ulama fiqh juga berbeza pendapat dalam perkara aurat perempuan walaupun secara umumnya mereka berpendapat yang perempuan mesti lebih tertutup dari lelaki.

A. Batas Aurat Perempuan

Dalam perspektif fiqh, aurat perempuan dibahagi kepada dua kategori iaitu perempuan merdeka (al-hurrah) dan perempuan hamba (al-amah). Batas aurat perempuan merdeka berbeza dari perempuan hamba. Ada beberapa pendapat yang dinyatakan oleh ulama fiqh tentang aurat perempuan merdeka. Menurut mazhab as-Shafi'e, an-Nawawi dan al-Khatib as-Syirbini, aurat perempuan merdeka adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan (bahagian atas/luar dan bawah/dalam) sehingga ke pergelangan tangan. Al-Muzani malah mengatakan bahawa kedua telapak kaki juga tidak termasuk aurat yang wajib ditutup.43

Imam al-Marghinani dari mazhab Hanafi mengatakan bahawa aurat perempuan merdeka adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangan. Akan tetapi, pendapat yang paling tepat (asah) menurut mazhab itu adalah bahawa kedua telapak kaki juga tidak termasuk aurat yang wajib ditutup. Abu Yusuf malah membolehkan hampir separuh dari betis kaki dan menurut beliau lengan tangan perempuan juga tidak termasuk aurat yang wajib ditutup.44

Dalam mazhab Maliki juga ada dua pendapat iaitu pendapat yang mengatakan muka dan telapak tangan perempuan merdeka bukan aurat dan pendapat yang seterusnya mengatakan kedua-dua telapak kaki juga termasuk bukan aurat. Akan tetapi, Imam Muhammad bin Abdullah al-Maghribi mengatakan bahawa kalau perempuan merasa khuatir terhadap fitnah, mereka harus menutup muka dan kedua telapak tangan mereka.45

Mazhab Hanbali berpendapat yang aurat perempuan merdeka adalah keseluruhan anggota tubuhnya, kecuali dalam solat atau dalam hal-hal bagi keperluan tertentu di mana mereka diperbolehkan membuka muka dan telapak tangan mereka. Namun, ada sebahagian ulama dari mazhab Hanbali yang tetap mewajibkan menutup selurut anggota tubuh walaupun di dalam solat. Menurut Abu Bakar al-Harith, seluruh anggota tubuh perempuan merdeka adalah aural yang wajib ditutup, termasuklah kukunya.46

As-Syaukani dalam buku Nail al-Authar menyimpulkan perbezaan ulama mengenai batas aurat perempuan merdeka sebagai berikut:


"(Ulama) berbeza (pendapat) mengenai batas aurat perempuan merdeka; ada yang mengatakan seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan kedua telapak tangan. Ini dinyatakan oleh al-Qasim dalam satu daripada dua pendapatnya, as-Syafi'e dalam salah satu dari beberapa pendapatnya serta Abu Hanifah dalam satu dari dua riwayat darinya dan Malik. Ada yang mengatakan (auratnya adalah seluruh tubuhnya kecuali muka, kedua telapak tangan) dan kedua telapak kaki hingga ke pergelangan kaki. Ini dikatakan oleh al-Qasim dalam satu kenyataannya, Abu Hanifah dalam satu riwayatnya, at-Thauri dan Abu al-Abbas. Ada yang mengatakan bahawa aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka. Ini dinyatakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Daud. Ada yang mengatakan bahawa seluruh anggota tubuh perempuan adalah aurat tanpa sebarang pengecualian. Ini dinyatakan oleh sebahagian murid as-Shafi'e dan diriwayatkan juga dari Ahmad."47

Dalam perkara batas aurat perempuan hamba, juga terdapat beberapa pendapat. An-Nawawi mengatakan bahawa ada tiga pendapat iaitu:

Pertama, seperti yang dinyatakan oleh sebahagian besar murid Imam as-Syafi'e bahawa aurat perempuan hamba sama seperti lelaki iaitu anggota tubuh antara pusat dan kedua lutut kaki saja.

Kedua, seperti yang dinyatakan oleh Imam at-Thabari, aurat perempuan hamba adalah sama seperti perempuan merdeka kecuali kepala, yang tidak termasuk aurat.

Ketiga, aurat perempuan adalah seluruh anggota tubuh, kecuali yang diperlukan dibuka ketika bekerja (khidmah), iaitu tidak termasuk seluruh kepala, leher, dan kedua-dua tangan.48

Kitab-kitab fiqh klasik lain juga memuatkan pandangan-pandangan yang tidak jauh berbeza dari tiga pendapat di atas. Ada sebahagian kecil ulama yang berpendapat bahawa apabila perempuan hamba telah dikahwini oleh seseorang, atau menjadi hak milik seseorang, maka auratnya adalah sama dengan perempuan merdeka.49

Ibnu Hazm ad-Dhahiri juga berpendapat bahawa batas aurat perempuan hamba dan perempuan merdeka adalah sama dalam keadaan apa pun iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan kerana tidak ada nas syara' yang sahih dan berwibawa untuk membezakan antara perempuan merdeka dengan perempuan hamba.50

Walaubagaimanapun, menurut pandangan sebahagian besar ulama fiqh, aurat perempuan merdeka mesti lebih tertutup dari aurat perempuan hamba, atau yang hamba lebih terbuka dari yang merdeka, bahkan ramai di antara ulama tersebut telah menyamakan perempuan hamba dengan lelaki. Ini bererti bahawa tidak ada batasan aurat yang sama untuk semua perempuan.

Pandangan-pandangan di atas tentunya berdasarkan kepada pelbagai hukum-hakam yang dijadikan rujukan dan sandaran, baik dari nas-nas syara' yang berwibawa, mahupun dari logik ('illat) hukum yang berkaitan dengan penentuan batas aurat.

B. Dasar Hukum

Di antara rujukan yang banyak dijadikan rujukan untuk isu ini adalah surah an-Nur ayat 31:

( ‏وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ )
التوبة آية 31

Ertinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) kelihatan daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya." QS an-Nur 24:31.


Menurut Ibnu Rusyd dan as-Syaukani, semua pendapat ulama mengenai batas aurat perempuan merujuk pada ayat ini. Perbezaan pendapat muncul kerana adanya perbezaan dalam menafsirkan ayat illa ma zhahara minha (kecuali yang biasa kelihatan terbuka).51

Dalam ayat tersebut, perempuan dianjurkan agar tidak membuka auratnya (zinat) kecuali yang memang biasa terbuka (ma dzahara minha). Terdapat beberapa tafsiran tentang pengecualian "yang (biasa/memang) terbuka" ini. Ada yang mengatakan bahawa yang termasuk kategori ma dzahara minha adalah muka dan telapak tangan. Oleh kerana itu, muka dan kedua telapak tangan boleh dibiarkan terbuka dan tidak termasuk aurat perempuan yang wajib ditutupi. Ada pula yang mengatakan bahawa muka, kedua telapak tangan dan kedua telapak kaki termasuk dalam pengecualian (ma dzahara minha), yang biasa terbuka, sehingga tidak termasuk aurat perempuan yang wajib ditutup, bahkan sehingga setengah dari lengan tangan dan sedikit di atas tumit masih boleh dibiarkan tidak bertutup.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa ma zhahara minha bermakna sesuatu yang terbuka secara tidak sengaja, seperti tersingkap angin, terjatuh, tersangkut atau terkena benda-benda lain yang tanpa disengajakan terbuka auratnya.

Menurut pendapat ini, seluruh anggota tubuh perempuan termasuk muka, telapak tangan dan telapak kaki adalah aurat yang wajib ditutup tanpa sebarang pengecualian.52

Perbezaan penafsiran di kalangan ulama di atas didasarkan pada beberapa perkara: nas hadis, kata-kata para sahabat dan logik hukum (illat) yang berkait secara langsung dengan realiti budaya yang berkembang.

Dalam tulisan ilmu fiqh Syafi'e, Hanafi dan Maliki, rujukan yang sering dibuat dalam memperkuatkan tafsiran mereka terhadap ungkapan ma dzahara minha adalah kata-kata seorang Sahabat, Ibnu Abas r.a., bahawa yang dikecualikan adalah muka dan kedua telapak tangan. Kenyataan Ibnu Abas r.a. ini sering dijadikan rujukan para ulama yang memilih untuk mengatakan bahawa muka dan telapak tangan perempuan adalah bukan aurat.

Antara hadith yang dijadikan rujukan dalam penafsiran ayat an-Nur di atas pula ialah :

Dari Aisyah bahawa Asma binti Abu Bakar masuk ke rumah / kamar (?) Rasulullah saw dengan memakai pakaian tipis, maka baginda berpaling darinya seraya berkata: "Wahai Asma! Sesurigguhnya, perempuan itu kalau sudah sampai (umur) haid, tidak elok untuk dilihat dari (tubuh)nya kecuali ini dan ini." Baginda menunjukkan ke muka dan telapak tangan baginda. Riwayat Abu Daud.53

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ini sendiri dianggap terputus kerana perawinya, Khalid bin Duraik, tidak bertemu dengan Aisyah r.a.54

Bagi banyak pakar hadith, hadith ini dikatakan lemah kerana diriwayatkan oleh Khalid bin Duraik dari Aisyah r.a.. Khalid adalah orang yang tidak dikenali (majhul) oleh kalangan pakar hadith dan dia juga tidak bertemu dengan Aisyah.55

Antara hadith lain yang dijadikan dasar untuk mengatakan bahawa aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya melainkan muka dan telapak tangan ialah:

Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Allah tidak menerima
solat perempuan yang sudah haid kecuali dengan memakai tutup
kepala." Riwayat Ibnu Majah.56

Al-Tarmidzi menilaikan hadis ini sebagai baik (hasan), sementara Ibnu Hibban Shahih dan ad-Daruqthni menilaikannya sebagai "dari sahabat saja" (mauquf) dan al-Hakim menganggap hadith ini sebagai bermasalah (ma lul).57

Di dalam hadis ini disebutkan bahawa perempuan yang sudah haid ketika solat harus memakai tutup kepala (khimar). Ini bererti kepala harus ditutup ketika sembahyang, tetapi adakah muka, telapak tangan dan telapak kaki juga harus ditutup?

Perkara ini tidak disebutkan dalam hadis di atas. Tetapi, ulama sepakat mengatakan bahawa muka dan telapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup ketika mengerjakan solat. Walaubagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai telapak kaki dan aurat di luar sembahyang. Hadith ini hanya boleh dijadikan dasar bagi pernyataan bahawa kepala perempuan dalam solat harus ditutup dengan tudung (khimar). Itu pun, sebahagian besar ulama hanya mengkhususkannya untuk perempuan merdeka dan tidak pada perempuan hamba.

Hadis lain mengatakan:

Dari Ummu Salamah, dia bertanya kepada Nabi s.a.w tentang perempuan yang sembahyang memakai baju dan kain penutup kepala, tanpa memakai kain sarung. Nabi bersabda: "(Boleh) kalau baju itu panjang sehingga menutup bahagian atas telapak kakinya." Riwayat Abu Daud58

Hadis ini dianggap sahih oleh sebahagian ulama, tetapi menurut ulama mazhab Hanafi, teks hadis ini lemah (dha'if). Al-Zaila'i menyebutkan beberapa ulama hadith yang menyatakan teks hadith ini lemah, seperti Ibnu al-Jauzi dan Abu Hatim.59

Oleh kerana itu, ulama mazhab Hanafi membolehkan telapak kaki perempuan terbuka di dalam dan di luar sembahyang, padahal hadis ini secara jelas menyatakan bahawa telapak kaki perempuan harus ditutup ketika sembahyang, iaitu bermakna telapak kaki adalah aurat.

Ulama Hanbali yang mengatakan bahawa seluruh tubuh perempuan adalah aurat tanpa sebarang pengecualian, telah merujuk pada hadith berikut:

Nabi bersabda: "Bahawa perempuan adalah aurat yang (harus)
ditutup."

Banyak tulisan fiqh klasik yang merakam hadis ini seperti yang tertulis di atas, padahal menurut Muhammad bin Abdul Wahid as-Siwasi al-Hanafi (w. 681 H) dan lain-lain, penulisan sedemikian tidak ada dalam himpunan hadis.60

Yang ada hanyalah riwayat at-Tarmidzi:

Dari Ibnu Mas'ud, dari Nabi saw: " Bahawa perempuan adalah aurat, apabila ia keluar (dari rumah) akan disambut oleh setan." Riwayat at-Tarmidzi * At-Tarmidzi mengatakan: (Ini) hadith Hasan Shahih Gharib.61

Walaupun ulama mazhab Hanbali merujuk kepada hadith ini, mereka tetap mengecualikan (takhshish) muka dan telapak tangan, yakni sebagai anggota yang tidak wajib ditutup.

C. Antara teks dan hakikat sebenar

Kita dapati bahawa secara amnya dasar hukum yang berkaitan dengan batas aurat perempuan tidak bersandarkan pada nas syara' yang kukuh yang dengan jelas dan tegas menyebutkan tentang batas aurat perempuan. Ini membuatkan para ulama dari pelbagai mazhab menafsirkannya mengikut fahaman masing-masing yang mungkin sekali berkait rapat dengan realiti kehidupan yang berlaku dan berkembang pada zaman mereka. Ini jelas kelihatan apabila kita dapati para ulama mengecualikan (takhshish) segolongan perempuan (perempuan hamba / al-amah) dari rangkuman seluruh teks yang menyentuh isu tersebut. Para ulama melonggarkan batas aurat perempuan hamba tanpa berdasarkan pada sebarang pernyataan atau nas syara', samada dari Al-Qur'an atau pun hadith62, sehingga rangkuman teks di atas (yang dianggap sahih untuk menganggap hampir seluruh tubuh perempuan sebagai aurat) menjadi terbatas pada kelompok perempuan tertentu. Pada pandangan ulama fiqh, pembatasan dan pengecualian ini berdasarkan kepada taraf dan fungsi sosial seseorang perempuan pada ketika itu, samada dia seorang perempuan merdeka yang telah dibudayasosialkan supaya hanya bekerja di dalam urusan rumah tangga sahaja, tidak keluar rumah dan tidak banyak berjumpa orang, atau dia seorang hamba yang memang ditugaskan untuk mengabdi, melayani, bekerja dan berbuat segala sesuatu untuk kepentingan tuan-tuannya.

Berdasarkan penjelasan di atas, perempuan dalam kategori pertama (berperanan seperti perempuan merdeka) harus lebih tertutup dari perempuan di kategori kedua (berperanan seperti perempuan hamba).

Oleh itu, adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan bahawa realiti keadaan turut mempengaruhi dan menentukan taf siran ulama terhadap sesuatu nas atau teks. Hal ini menjadi lebih jelas lagi apabila, sebagai contohnya, ulama memperbolehkan muka, telapat tangan, telapak kaki atau lengan perempuan merdeka untuk dibuka kerana alasan keperluan (li al-hajah), atau kerana menutup anggota tersebut termasuk sesuatu yang menyusahkan dan memberatkar (daf'an li al-haraj wa al-masyaqqah).

Alasan yang sama juga diberikar ketika mereka mengatakan bahawa kepala, leher, lengan, kaki bahkan seluruh tubuh perempuan hamba selain di antara pusat dar lutut sebagai bukan aurat, sehingga tidak dianggap salah apabib tidak ditutup.

Di dalam buku seorang ulama mazhab Hanafi bernam; Muhammad bin Abdul Wahid as-Siwasi (w. 681 H) yang berjudul Syarh Path al-Qadir, telah diriwayatkan pandangan-pandangan ulama mazhabnya tentang lengan perempuan. Sebahagian dari mereka mengatakan ia adalah aurat yang wajib ditutup, sebahagiai mengatakan bukan aurat dan tidak wajib ditutup, manakala sebahagian lagi mengatakan lengan wajib ditutup semasa bersolat tetapi di luar solat tidak wajib.

Di antara yang mengatakan bahawi lengan perempuan itu bukan aurat adalah Imam Abu Yusuf, iaiti anak murid yang berguru dengan Imam Abu Hanifah. Alasan beliau adalah bahawa lengan tangan adalah anggota tubuh yang perlu dibuka ketika melayani dan bekerja.63

Ibnu Qudamah mengatakan dalam bukunya bertajuk Al-Mughni:

Sebahagian ulama kita .berkata: "Bahawa (tubuh) perempuan, seluruhnya adalah aurat kerana ada hadith diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa perempuan adalah aurat. (Riwayat at-Tarmidzi). Mereka menambah bahawa: Ini adalah hadith hasan sahih. Akan tetapi, diperbolehkan baginya (perempuan) untuk membuka muka dan telapak tangan, kerana menutup anggota tersebut menyusahkan."

Al-Marghinani berkata dalam buku Al-Hidayah:

"Yang menjadi batas aurat lelaki adalah juga menjadi batas aurat perempuan hamba (al-amah), perut dan punggungnya adalah aurat, selain itu seluruh tubuhnya adalah bukan aurat, kerana kata Umar: Lepaskan tutup kepalamu wahai Daffar (nama seorang amat), apakah kamu ingin menyerupai wanita merdeka? Juga kerana biasanya dia keluar untuk keperluan tuannya dengan pakaian kerjanya, maka (dalam hal aurat) dia dianggap keluarga sedarah (muhrim) bagi semua lelaki, untuk menghindari kesulitan."64

Ulama kontemporari, Muhammad Ali as-Shabuni, menyokong pendapat sebahagian besar ulama mengenai aurat perempuan hamba.

Beliau berkata:
"Perempuan hamba sebagai perempuan bekerja, banyak keluar rumah dan pergi balik ke pasar untuk melayani dan memenuhi segala keperluan tuannya; apabila diperintahkan untuk berpakaian serba tertutup ketika keluar adalah suatu hal yang menyusahkan (haraj) dan memberatkannya (masyaqqah), lain halnya dengan perempuan merdeka yang memang diperintahkan untuk tetap berada di dalam rumah dan tidak keluar kecuali kerana keperluan mendesak, maka ia tidak menimbulkan kesukaran atau keberatan seperti yang dialami oleh perempuan hamba."65

Kenyataan-kenyataan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa nas-nas berkaitan dengan aurat didasarkan pada realiti yang ada pada masa itu dan pada suatu budaya yang semakin berkembang. Ungkapan "demi keperluan" (talbiat al-hajah) dan "menghindari kesukaran" (daf'an li al-haraj) adalah ungkapan yang berkaitan dengan realiti kehidupan manusia dan sangat relatif, iaitu berbeza dari satu masa ke masa yang lain dan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Apabila dipersetujui bahawa "kesulitan" dan "keperluan" merupakan penentu dalam menafsirkan nas-nas berkenaan aurat, maka aurat bukanlah suatu istilah agama, yakni batasan aurat bukan ditentukan oleh nas-nas agama. Istilah 'aurat' dan istilah-istilah lain seperti 'aib' dan 'memalukan' atau sebaliknya 'wajar' dan 'sopan', bukanlah suatu istilah agama tetapi adalah istilah sosial budaya yang sangat relatif iaitu berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain dan dari sesuatu masa ke masa yang lain.

Perintah menutup aurat adalah dari agama (nas syara'), tetapi batas mengenai aurat adalah ditentukan oleh pertimbangan-pertimbangan kemanusiaan dalam segala bidang. Oleh itu, dalam menentukan batas aurat samada untuk lelaki ataupun perempuan, suatu sistem tertentu diperlukan. Sistem ini haruslah boleh menerima dan bertimbalbalas terhadap segala nilai yang berkembang di dalam sesebuah masyarakat sehingga pada tahap tertentu, apa yang difahami sebagai batas aurat adalah apa yang ditakrifkan serta diterima oleh sebahagian besar masyarakat tersebut. Dalam hal ini, pertimbangan khauf al-fitnah yang sudah dikembangkan oleh ulama fiqh juga harus dijadikan salah satu penentu pertimbangan, agar tubuh manusia tidak dieksploitasi untuk kepentingan-kepentingan rendah dan murahan yang bahkan mungkin boleh menimbulkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diinginkan dalam susunan kehidupan masyarakat.

Hukum Hudud Murtad

Bukan al-Quran yang mengatakan orang murtad mesti di bunuh, tetapi fiqah terutama fiqah empat mazhab. Kerana kebanyakan Muslim mendahulukan fiqah mazhab daripada al-Quran menyebabkan mereka turut menganggap orang murtad mesti dibunuh.

Bagaimanapun, beberapa dekat lalu telah muncul segelintir cerdik pandai dan ulama mengambil inisiatif untuk membuat penilain semula terhadap hukum membunuh orang murtad dengan memberi keutamaan kepada ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Justeru muncul beberapa nama ulama terkenal termasuk al-Marhum Syeikh Muhammad al-Ghazali, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Fathi Osman, Dr, Muhammad, Dr. Salim al-Awwa, Gamal al-Banna dan lain-lain.

Pakar ilmu Matlamat Syariah, Dr. Ahmad al-Raisouni adalah tergolong dari mereka itu, tetapi beliau berbeza sedikik dari mereka kerana lebih kedepan walaupun beliau boleh dikategorikan dalam golongan ulama konservatif. Sebelum ini Tema Tajdid (TT) pernah menyiarkan pandangan beliau menuntut dikurangkan hukum haram sebanyak 25 peratus. Kini TT menyiarkan pula pandangan beliau mengenai hukum murtad. Selamat membaca. -Editorial.

Oleh Dr. Ahmad al-Raisouni
(SILA BACA TULISAN ASAL DR. AL-RAISOUNI DI BAWAH)

Di antara ayat-ayat yang dianggap sesetengah ahli tafsir bahawa ia telah dimansuhkan (dinasakhkan) ialah ayat: "Tiada paksaan dalam agama.: (al-Baqarah: 256) walaupun ayat ini memperuntukkan perkara fakultatif yang muktamad dan hakikat yang jelas dan terang, iaitu dalam agama tidak mungkin dan tidak akan mungkin berlaku paksaan.

Ini kerana agama itu adalah iman dan iktikad yang boleh diterima akal manusia dan menyenangkan hatinya pula. Agama merupakan perbuatan berdasarkan kemahuan dan paksaan bertentangan dan bercanggah dengan semua itu.

Agama dan paksaan tidak boleh duduk bersama. Bila terdapat paksaan, agama menghilang. Kerana paksaan tidak melahirkan agama, tetapi melahirkan kemunafikan, pembohongan dan penipuan. Semua sifat itu adalah sifat batil dan terkeji dalam syariah. Kerana ia tidak akan melahirkan kecuali penghinaan di dunia dan akhirat.

Jika paksaan tidak melahirkan agama dan iman, ia juga tidak melahirkan kufur dan murtad. Kerana orang yang dipaksa jadi kafir bukan kafir dan orang yang dipaksa jadi murtad bukan murtad. Demikian itu juga seseorang dipaksa beriman, dia bukan orang beriman dan dipaksa jadi Muslim, dia bukan Muslim. Seseorang itu tidak sama sekali akan menjadi orang beriman dan orang Muslim kecuali dengan keredhaan yang hakiki: "Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul." Jika paksaan itu tidak sah juga dalam tingkah laku, muamalat, hak-hak jasmani dan hak-hak duniawi di mana ia tidak melahirkan kahwin dan cerai, jual beli dan angkat baiat, maka bagaimana pula ia boleh melahirkan agama, akidah, iman dan Islam?

Justeru masalah "tiada paksaan dalam agama" adalah masalah fakultatif yang muhkamah (tetap dan tidak berubah), umum yang sempurna, laku dengan awal zaman sehingga akhir zaman dan sesuai dengan orang musyrik dan kitabi dan lelaki dan wanita sama ada sebelum memeluk Islam mahupun selepas memeluk Islam. Maksudnya relevan dengan permulaan (memeluk Islam) dan kekal (dalam Islam). Kerana agama itu tidak berlaku dengan paksaan pada mula (memeluk Islam) dan pada kekal (di dalam Islam).

Jika paksaan boleh campur tangan dalam agama dan memasukkan manusia dan mengekalkan di dalamnya, maka sudah tentu paksaan itu akan keluar daripada Allah Azzawajalla sendiri. Kerana Maha Suci sahaja yang mampu memaksa secara hakiki dan secara berkesan, yang menyebabkan orang kafir menjadi orang beriman, orang musyrik menjadi orang mengesakan Tuhan dan orang kitabi menjadi orang Muslim. Tetapi Maha Suci Allah dengan hikmah-Nya menolak perkara itu dan tidak melakukannya:

"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? " "(Yunus: 99)… " Katakanlah (wahai Muhammad: Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu semuanya.." (al-An'aam: 149) "Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata ." (al-An'aam: 107)

Justeru hikmah Allah tidak memaksa dalam agama sehingga dalam bentuk ia mungkin melakukan, memberi kesan dan dapat memberi petunjuk, tetapi ia tidak menetapkannya juga kerana tidak akan berlaku kecuali pembohongan, kemunafikan dan bencikan Islam dan penganutnya.

Jika ayat:" Tidak ada paksaan dalam agama" tidak mansuhkan dan tidak diterima untuk dimansuhkan, maka ia juga bukan khusus dan tidak boleh dikhususkan. Dan paling kurang dapat dikatakan pada kedudukan ini ialah ayat berkenaan datang dalam ungkapan yang jelas dan bukan bersifat umum. Dengan itu ia tidak boleh dikhususkan kecuali dengan dalil yang sama dari segi thubut (yakin seratus peratus daripada Allah) dan dalalah (muktamad hukumnya seratus peratus).

Al-Allamah Ibnu Asyur berkata: "Dan didatangkan dengan nafi jenis (tiada paksaan), bagi tujuan umum secara nas dan ia (ayat itu) merupakan dalil yang jelas untuk memansuhkan paksaan ke atas agama dalam semua bentuknya…"

Jika dikatakan ayat itu tidak dimansuh, umum dan bukan khusus dan jika ia juga jelas dan terang dengan lafaz dan harfiahnya, maka patut kita meneliti mengenai tentangan-tentangan dan permasalahan-permasalahan yang terdapat mengenai perkara itu. Yang terpentingnya ada dua.

Pertama: Apa yang disabitkan dalam beberapa nas al-Quran dan hadis serta sirah amalan Nabi berbubung melancarkan perang ke atas kaum musyrikin sehingga mereka memeluk Islam… Begitu dilakukan paksaan terhadap kebanyakan kaum musyrik Arab supaya mereka memeluk Islam seperti didakwa.

Kedua: hudud murtad, ia memaksa supaya kekal dalam Islam. Dengan demikian dianggap salah satu bentuk paksaan di luar peruntukan dalam maksud umum ayat berkenaan.

Hudud murtad

Berhubung perkara kedua itu, iaitu membunuh orang murtad, saya menganggap amat berfaedah dan perlu disebut tentang beberapa metodologi yang relevan dengannya dan relevan dengan perkara terdahulu serta relevan dengan perkara-perkara yang serupa dengan kedua-duanya.

1- Telah diputuskan di atas bahawa fakultatif tidak ada pemansuhan.

2- Telah diputuskan juga bahawa fakultatif muhkamah adalah ibu kitab dan asas syariah. Ia menjadi penetap kepada perkara juzuk (cabang) dan mendahuluinya.

3- Imam asy-Syatibi telah menetap juga bahawa penyerupaan (tasyabuh) tidak berlaku dalam kaedah-kaedah fakultatif. Sebaliknya ia hanya berlaku dalam perkara-perkara yang dianggap cadang kecil.

Dia menjelaskan bahawa yang dikehendaki dengan asas-asas kaedah fakultatif itu, sama ada dalam ilmu Usuluddin mahupun ilmu Usul al-Fiqh dan lain-lain merupakan daripada pengertian-pengertian syariah fakultatif dan bukan juzuk-juzuknya.

4- Berdasarkan apa yang disebut di atas, asy-Syatibii menetapkan kaedah metodologi yang lain, iaitu "jika terdapat kaedah umum atau mutlak, maka ia tidak memberi kesan kepada penentangan permasalahan-permasalahan tertentu dan tidak juga cerita-cerita suasana (seperti sebab diturunkan al-Quran). Demikian itu kerana kaedah fakultatif bersandarkan dalil-dalil muktamad tidak boleh dipertikaikan. Sedangkan permasalahan-permasalahan yang bertentangan dengannya berlaku bermacam-macam kemungkinan, pentakwilan dan kesyakan…

Dia telah menjelaskan contoh perbahasan yang berlaku pada zamannya di Granada (Gharnatah), iaitu mengenai tindakan Nabi Musa a.s. membunuh orang Qibti (orang Mesir) di mana mungkin difahamkan bahawa para nabi tidak maksum dan ini berlainan dengan yang ditetapkan dalam akidah Islam. Asy-Syatibi berpendapat kemaksuman para nabi adalah permasalahan fakultatif yang diambil daripada beberapa dalil qati'i yang tidak diragui dan boleh dipertikaikan. Jika kita menerima kaedah atau asas ini, maka dengan itu kita dapat memahami bahawa kejadian pembunuhan Nabi Musa terhadap orang Qibti itu dalam bentuk mana pun tidak bercanggah dengan kemaksuman dan menafikan kemaksumannya.

Dengan itu tidak mungkin dianggap perbuatan Nabi Musa itu satu dosa. Maka tiada yang boleh dikatakan kecuali ia bukan berdosa dan anda boleh takwil dengan luas dan sesuai dengan para nabi dan tidak jauh daripada zahir ayat-ayat tersebut.

Kita menyedari bahawa sesungguhnya kaedah "tiada paksaan dalam agama" adalah qati'i (muktamad) dari segi sabit dan dalil (hukum) selain daripada fakultatif dan umum bentuknya. Seperti juga tidak menyedari dengan akal dan pengalaman bahawa paksaan dalam agama itu tidak memberi kesan yang berfaedah dan tidak menghasilkan kecuali kemudaratan.

Jika kita menyedari perkara itu dan berpegang dengannya serta tidak membatasnya, kita boleh melaksanakan dalam bentuk yang lebih sempurna dengan segala khabar dan athar (kesan) mengenai pembunuhan orang yang murtad keluar dari Islam jika tidak bertaubat dan kembali kepada Islam semula.

Justeru pandangan yang mengatakan bahawa hukum bunuh terhadap orang murtad sahaja tanpa ada atau terlibat dengan kesalahan lain dianggap bercanggah dengan sejelas-jelasanya dengan kaedah: "Tiada paksaan dalam agama." Maka patut kita menolak dan tidak menerimanya.


Selain itu segala akhbar dan athar yang menunjukkan pembunuhan orang murtad boleh difahamkan bahawa:

- Waimma ia berkaitan dengan hukuman takzir (yang ditetap oleh ijtihad hakim) yang mengambil kira suasana dan kemerbahayaan yang terbentuk oleh pergerakan murtad ke atas negara Islam yang baru lahir terutama sekali seperti diberitahu melalui al-Quran dan dalam konteks kejadian dan periwatiwa yang pada ketika itu terdapat banyak kejadian masuk dan keluar Islam merupakan perbuatan konsprirasi sulit yang berisfat pengkhianatan dan penderhakaan.

- Waimma berkaitan kebiasaan yang berlaku bersama kemurtadan seperti jenayah atau berpaling tadah menyertai barisan musuh atau lain-lain perbuatan yang pasti dikenakan hukuman. Itulah yang disebut dalam sesetengah riwayat hadis Nabi yang sahih (Tidak halal darah seseorang Muslim yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku adalah Rasulullah kecuali dengan salah satu dari tiga…) dan ia merupakan hadis yang paling sah dalam bab ini. Dalam riwayat Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan al-Tarmizi daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a.: "Tiada halal darah seseorang Muslim yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali dengan salah dari tiga: (1) hukuman membunuh balas, (2), orang yang sudah berkahwin berzina dan (3) keluar dari agama dan meninggalkan kumpulan (jamaah)."

Hadis ini tidak saja bercakap tentang keluar daripada agama, tetapi ditambah dengan meninggal atau mengasing diri atau keluar daripada kumpulan (jamaah) sama seperti disebut dalam riwayat-riwayat yang lain. Ia tambahan yang tidak mungkin tanpa ada kegunaan tambahan dan tanpa memberi kesan dalam mewajibkan hukum.

Meninggal atau keluar daripada kumpulan bermaksud memberontak, berderhaka dan berperang dan mungkin juga menyertai barisan musuh yang melancarkan perang (ke atas jamaah/ kerajaan). Begitulah yang disebut dalam riwayat-riwayat lain mengenai hadis itu. Daripada Abu Daud daripada Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. "Tiada halal darah seseorang Muslim yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali dengan salah dari tiga:
(1) Lelaki berzina selepas berkahwin, maka dia direjam,
(2), lelaki keluar memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka dia dibunuh atau disalib atau diusir dari negeri dan
(3) membunuh seseorang, maka dia dbunuh.

Dalam riwayat an-Nasai dan at-Tahawi dalam Musykil al-Athar juga daripada Aisyah: " Atau lelaki keluar daripada Islam, dia memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka dia dibunuh atau disalib atau diusir dari negeri."

Dengan demikian menjadi jelas bahawa kewajiban membunuh orang murtad itu disertai dengan pemurtadan keluar daripada kumpulan (negara) dan mengangkat pedang menentangnya Begitu menjadi jelas bahawa pembunuhan itu bukan satu-satunya hukuman yang mungkin dilaksanakan terhadap kes seperti ini.

Dalam semua keadaan, keadah (Tiada paksaan dalam agama) kekal sebagai asas yang sempurna dan jelas serta tidak mungkin dimansuh atau dibatalkan. Begitu juga ia tidak diterima apa cara untuk menafikanya secara menyeluruh atau sebahagiannya.

*Dr. Ahmad al-Raisouni adalah pensyarah Usul Fiqh dan Matlamat Syariah, Univerisiti Muhammad V, Rabat, Maghribi.

Kenapa Yahudi Kuat?

Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran, malah turut tersebut dalam kitab-kitab lain sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.

Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.. Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.

Dianggarkan terdapat 14 juta Yahudi di seluruh dunia pada hari ini. Tujuh juta berada di Amerika Syarikat, lima juta di Asia dan dua juta di Eropah manakala 100 000 lagi di Afrika. Umat Islam pula dianggarkan 1.4 bilion yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum di atas muka bumi ini. Ini bermakna bagi setiap Yahudi terdapat 100 umat Islam tetapi mengapa Yahudi hari ini beratus kali ganda kuat berbanding semua kekuatan umat Islam yang ada di dunia?

Albert Enstine, saintis berketurunan Yahudi dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis juga seorang Yahudi. Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman dan beribu lagi sarjana tersohor serta manusia popular di dunia adalah berbangsa Yahudi.

Selain itu beratus lagi sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia. Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.

Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism). Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama, George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.

Untuk tempoh 150 tahun lalu, 14 juta Yahudi telah memenangi sedozen hadiah Nobel tetapi umat Islam yang hanya berjumlah 1.4 bilion hanya 3 hadiah Nobel. Mengapa Yahudi begitu berkuasa?

Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.

Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Dona Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rosenberg (Dunkin Donuts)

Presiden Universiti Yale, Richard Levin Yahudi. Begitu juga dengan Henry Kessinger (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Alan Greenspan (Penasihat Presiden Amerika Syarikat), Joseph Lieberman dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Casper Weinberger (Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Maxim Litvinov (Mantan Menteri Luar Kesatuan Soviet/USSR), Isac Issacs (Gabenor Janeral Australia), Benjamin Disraeli (Penulis British Tersohor), Yevgeny Primakov (Mantan Perdana Menteri Rusia), Bary Goldwater serta kumpulan penyelidikkan saintis di seluruh dunia majoritinya adalah diketuai Yahudi.

Walter Annenberg juga seorang Yahudi yang membina ratusan perpustakaan sehingga mencecah nilai RM 7.2 bilion. Dalam sukan Olimpik, Mark Spitz mencipta sejarah memenangi tujuh pingat emas acara renang dalam satu pertandingan, Lenny Krayzelburg memenangi tiga pingat emas. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker kesemuanya adalah Yahudi asli.

Tidak cukup dengan itu tahukah anda juga bahawa Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk kesemuanya juga adalah artis dan bintang popular Hollywood berketurunan Yahudi. Malah dunia perfileman dan industri Hollywood itu sendiri dibuka oleh Yahudi.

Tambahan lagi Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Old Couple), Andrew Vaina (Rambo) Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah semuanya Yahudi.

Malah yang menguasai dan menjadi pelobi utama Kongres Amerika Syarikat adalah Suruhanjaya Hal Ehwal Amerika Israel (AIRPAC). Jika Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menemui teori bumi ini rata, AIPAC sudah pasti akan menghantar resolusi menekan Dewan Kongres Amerika Syarikat untuk menghantar ucapan tahniah kepada Israel atas penemuan tersebut.

William James antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300 juga berketurunan Yahudi. Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.

Daripada 1, 476 233 470 umat Islam di dunia pada hari ini iaitu satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta lagi di Amerika. Semuanya Islam dan dari setiap satu penganut Hindu dan Buddha ada dua umat Islam serta bagi setiap satu Yahudi ada 100 umat Islam. Namun mengapa umat Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan sekalipun banyak tetapi hanya mengikut arus ke mana ia pergi.

Terdapat 57 negara OIC dan dijumlahkan kesemuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk. Di Amerika Syarikat terdapat 5758 universiti dan India 8407 universiti. Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia. Tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.

Data yang dikumpulkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) pula menunjukkan kadar celik huruf di negara yang majoritinya penduduk beragama Kristian berada pada paras 90 peratus dengan 15 daripadanya memiliki kadar 100 peratus. Bagi negara yang majoritinya umat Islam pula adalah sekitar 40 peratus dan tiada negara Islam yang mencatatkan kadar celik huruf sepenuhnya sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Jabal Nur, Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!).

Sebanyak 98 peratus penganut Kristian yang celik huruf menamatkan sekolah menengah, Cuma 50 peratus umat Islam yang berbuat sedemikian. Sekitar 40 peratus umat Kristian yang celik huruf ini pula melanjutkan pengajian sehingga ke universiti tetapi tidak lebih dua peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.

Negara Islam mempunyai 230 saintis bagi setiap juta umat Islam. Amerika Syarikat pula memiliki 4000 saintis bagi sejuta penduduk sementara Jepun memiliki 5000 saintis bagi setiap juta rakyatnya. Di seluruh Arab dianggarkan terdapat 35 000 penyelidik sepenuh masa dan 50 juruteknik bagi setiap juta penduduknya tetapi penganut Kristian memiliki 1000 juruteknik bagi sejuta penduduknya.

Bagi setiap negara Islam kita hanya membelanjakan sekitar 0.2 peratus KDNK bagi tujuan Penyelidikkan dan Pembangunan (R&D) dan ini memberikan isyarat yang jelas betapa pembudayaan ilmu yang lemah dalam dunia Islam menyebabkan kita tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pendominasi lapangan ilmu pengetahuan.

Akhbar dan buku boleh dijadikan pengukur dalam menentukan sama ada ilmu pengetahuan dihayati masyarakat dengan berkesan atau tidak. Di Pakistan terdapat 23 syarikat akhbar bagi 1000 rakyatnya sedangkan di Singapura terdapat 360 syarikat akhbar bagi 1000 penduduknya. Jika di United Kingdom (Britain) terdapat 2000 judul buku bagi setiap juta penduduknya dengan 20 judul bagi setiap angka yang sama di Mesir pula tidak ada. Kesimpulannya dunia Islam gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.

Hasil eksport produk berteknologi tinggi (termasuk bioteknologi) digunakan pula sebagai pengukur sama ada ilmu pengetahuan berjaya diaplikasikan dalam dunia Islam atau tidak. Pakistan mengeksport produk teknologi tinggi sekitar satu peratus. Manakala Arab Saudi, Kuwait, Maghribi dan Algeria pula mengeksport sekitar 0.3 peratus. Singapura pula mengeksport 58 peratus produk berteknologi tingginya ke seluruh dunia. Kesimpulannya kita masih lemah dan kurang berjaya dalam mengaplikasaikan penguasaan ilmu bagi peningkatan kualiti hidup kita.

Mengapa kita tidak berkuasa? Kerana kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. Mengapa tidak berkuasa? Kerana kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan kita terhadap ilmu, hikmah dan pedoman dalam kehidupan seharian kita. Mengapa kita lemah bagaikan buih dilautan seperti sabda Rasulullah? Kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian sedangka kita sedar betapa masa depan dunia dan peradaban baru yang hendak kita bina adalah dengan ilmu pengetahuan yang kita sia-siakan selama ini.

Sesuatu yang menarik tentang KDNK 57 negara OIC hanyalah berjumlah RM 7.2 trilion tetapi Amerika Syarikat secara peribadi memiliki penghasilan produk perkhidmatan bernilai RM 432 trilion, China RM 28.8 trilion, Jepun RM 14 trilion tetapi negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar secara puratanya menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai RM 1.8 trilion sementara Spanyol menghasilkan produk bernilai RM 3.6 trilion, Poland RM 1.7 trilion dan Thailand RM 9.1 trilion. Jadi, mengapakah umat Islam yang terbina dan bermula dengan wahyu Iqraa masih tidak berkuasa? Jawapannya kerana kita tidak mengendahkan dan menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian kita berbanding bangsa-bangsa lain teramsuklah musuh kita Yahudi.

Membongkar Talmud : Mitos Yahudi Dan Pengaruh Israiiliyat

Sekarang kita singkap pula kisah pendustaan dam pembohongan bangsa Yahudi yang kita lihat kuat ini mengenai kitab suci mereka. Menurut kepercayaan Yahudi, sepanjang 40 hari penerimaan wahyu di Gunug Sinai, Tuhan telah mengurniakan Nabi Musa The Ten Commandment (Batu Bersurat) yang tertulis atasnya pokok ajaran agama, perintah bertulis (written law) atau Taurat yang lebih dikenali sebagai Bokk of Moses di samping perintah lisan (Oral Law).

Terdapat juga riwayat Yahudi lain mengatakan perintah bertulis Taurat diterima dalam bentuk wahyu bukannya tekstual dan kemudian ditulis sepenuhnya oleh Nabi Musa (sebelum kewafatannya) di tebing sungai Jordan bukannya di Sinai.

Perintah lisan ini menjadi panduan untuk mempraktikkan The Ten Commandment (Taurat) yang diajar oleh Nabi Musa melalui kaedah praktikal (kata-kata isyarat dan perlakuan yang kita kenali sebagai sunnah). Pada asalnya perintah lisan ini tidak pernah ditulis tetapi diwariskan melalui hafalan secara lisan oleh Rabbi (Pendita Yahudi) kepada waris mereka seterusnya dan perintah lisan ini menjadi panduan dalam mengamalkan agama Yahudi.

Pada era pemerintahan Empayar Rom di bawah Maharaja Traianus Hadrianus (Hadrian) pada 135 SM, kaum Yahudi telah ditindas dan memberontak ke atas empayar tersebut. Takkala inilah seorang Rabbi yang berpengaruh, Yehudah HaNasi bersama sekumpulan Rabbi yang lain (sekitar 1700-200 SM) memutuskan untuk membukukan (menulis) perintah lisan kerana bimbang tradisi ini akan luput dan tidak dapat dipertahankan dengan sempurna kepada generasi Yahudi mendatang akibat ramainya cerdik pandai Yahudi mati dan tekorban dalam penindasan oleh Empayar Rom ketika itu.

Dalam usaha ini, Yehudah HaNasi telah mengunjungi ramai Rabbi lain bagi mencatat hafalan lisan ini dan berusaha memastikan aplikasi ajaran ini benar-benar berasal daripada praktik Nabi Musa dan kesemua catatan ini dikompilasi dan disemak berdasarkan persepsi Yehuda HaNasi semata-mata dengan dinamakan Misyna.

Setelah beliau menyempurnakan Misyna. Para Rabbi lain merasakan kitab ini tidak memberikan penjelasan yang tulen dan asli tentang ajaran Nabi Musa kerana ditulis secara tergesa-gesa. Para Rabbi kemudiannya bersepakat membahas, mengupas dan mentafsir (syarah) dengan lebih meluas lagi isi kandungan Misyna dan terhasilah Gemara.

Teks-teks Misyna berupa kata-kata dan ucapan para Rabbi yang hidup antara 100-200 SM yang dikenali sebagai Tanaim (Sang Guru). Manakala Gemara pula berupa penafsiran kepada ucapan Tanaim yang dikenali sebagai Amoraim (Si Penjelas). Ringkasnya dokumentari perintah lisan dinamakan Misyna dan syarah kepadanya dikenali sebagai Gemara. Kombinasi kedua kitab inilah yang dikenali sebagai Talmud yang jauh menyimpang dan dianggap lebih penting dalam sejarah kitab suci Yahudi berbanding ajaran Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa.

Talmud secara ringkasnya adalah kitab yang meriwayatkan segalan perbincagan dan syarahan serta intepretasi para Rabbi mengenai undang-undang, etika, tradisi dan sejarah agama Yahudi (Kitab Syarah) kepada Taurat (Ten Commandment) menurut fatwa para Rabbi yang berautoritatif.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah kitab syarah ini yang dianggap sesuci Taurat dan lebih tinggi maqamnya dari kitab Taurat tidak lebih karangan Rabbi Yehudah HaNasi dalam menentukan arah dan bentuk pentafsiran serta penjelasan agama Judaisme dalam Talmud.

Hanya atas sebab beliau dianggap paling tinggi ilmunya ketika itu, pemimpin Yahudi yang disegani dan tersohor, mempunyai banyak harta sehingga mempengaruhi orang Yahudi dan para pegawai Rom untuk menurut kata-katanya di samping bersahabat dengan Maharaja Rom yang kuat menindas orang Yahudi sendiri khususnya Marcus Aurelius (Selepas Hadrian).

Diskusi perintah lisan yang dikompliasikan oleh Rabbi Babilonia dinamakan Talmud Babilonia dan yang dijilidkan di Tibras dinamakan Talmud Juruselem. Talmud Bibilonia lebih mutawatir kerana penjelasannya lebih meluas disebabkan para Rabbi memiliki banyak masa untuk menokok tambah dan mencipta kitab suci ini di samping ia disiapkan dalam keadaan aman kerana Babilonia (Iraq Purba) berada jauh di luar cengkaman Empayar Rom.

Namun tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Talmud sebahagian besarnya adalah lebih kepada pentafsiran Rabbi (manusia) yang kadang kala saling bercanggah antara satu sama lain akibat perbezaan pemahaman dan dibanjiri dengan cerita dongeng yang ditokok tambah terhadap firman Tuhan dalam Taurat. Dalam pentafsiran mereka sudah pasti ia tidak lari daripada unsur sogokkan, rasuah, sokongan politik, kuasa, situasi, kepentingan tersendiri yang condong kepada aliran pemahaman manusia yang jauh menyimpang dan sesat dari ajaran Tuhan.

Akhirnya, dalam sejarah Israel Moden, Talmud telah menjadi kitab paling suci dan penting untuk setiap penganut Yahudi mengamalkannya mengatasi Taurat yang datangnya dari Tuhan. Samalah dengan keadaan kita meletakkan ketinggian kitab syarah ulama empat mazhab fiqah dan perbezaan fikrah tauhid seperti Syiah, Muktazillah, Imam Syafii, Hambali dan sebagainya mengatasi kitab suci al-Quran.

Tanpa Talmud, Taurat mungkin sukar difahami dan akan dianggap sesat kerana tradisi pengajian Yahudi yang tidak membenarkan sebarang usaha pentafsiran baru ke atas Taurat dilakukan kontemporari ini. Mengkaji Talmud lebih utama daripada mengkaji Taurat kerana Talmud ini yang menjadi tunjang pegangan rejim Zionis menghalalkan pembunuhan umat Palestin ketika ini.

"Adalah lebih utama mempelajari ajaran Talmud berbanding Taurat" (Tafsir catatan Erubin 21b).

"Sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan Talmud memperolehi kemuliaan, tidak ada sumber lain yang lebih baik daripada ini" (Talmud, Shabbat 15c dan Baba Metzia 33a)

Malah menolak Talmud dihukum sebagai murtad dan masuk neraka seluruh keturunannya berdasarkan tafsiran Rosh Hashanah 17a. Perintah Rabbi juga ditegaskan dalam Talmud harus mengatasi perintah Tuhan. Dalam Talmud Babilonian, Baba Mezia 59a-59b dinyatakan:

"Tuhan telah tunduk kepada keputusan Rabbi walaupun pada mulanya tuhan tidak bersetuju dengannya." Sesunguhnya perbuatan ahli kitab Yahudi ini secara sejarahnya adalah melampaui batas sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam al-Quran:

"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah" (at-Taubah: 31).

Agama Yahudi yang menjadi praktik majoriti orang Yahudi pada hari ini bukanlah agama sebagaimana yang diwahyukan Allah melalui taurat kepada Nabi Musa tetapi lebih berlandaskan suatu sistem kepercayaan hasil inovasi manusia (Talmud) yang dicemari dengan korupsi (penyelewengan) dan tahyul. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 79:

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya: "Ini dari Allah (dengan makusd) untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besar bagi mereka akibat daripada apa yang mereka kerjakan"

"Sesunguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutarbelitkan lidahnya membaca al-Kitab supaya kamu menyangka apa yang dibacanya itu sebahagian al-Kitab padahal ia bukan dari al-Kitab dan mereka mengatakannya: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah," padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahuinya" (Ali Imraan: 78).

Namun, menarik juga untuk kita ketahui bahawa dalam pengamalan agama Yahudi ini ada bangsa Yahudi yang menolak Talmud sebagai kitab suci mereka dan golongan yang menolak ini dikenali sebagai Samaritans (muncul sekitar 721 M) dan Karaites (muncul sekitar 1500 M). Kedua-dua mazhab dalam agama Yahudi ini menganggap Talmud tidak mewakili teks asal wahyu Tuhan tetapi telah dicemari tangan-tangan para Rabbi yang menyeleweng dan banyak menyimpang daripada tunggak ajaran tauhid Nabi Musa yang sebenar semasa Taurat mula-mula diturunkan di Sinai.

Ditegaskan dalam buku To Pray as a Jew: A guide to a prayer book and the synagogue service karya Donin Hayim, kaedah sembahyang orang Yahudi yang asal dan tulen mempunyai banyak persamaan dengan orang Islam seperti membersihkan diri (berwuduk), menunggu panggilan sembahyang (azan) serta sujud mencecah lantai. Walaupun praktik sembahyang ini tidak diamalkan lagi oleh Yahudi Talmudian tetapi ia masih lagi diamalkan oleh Yahudi bermazhab Karaites dan Samaritans sehingga ke hari ini.

Pada hari ini Talmud banyak mengandungi dan diresapi kisah dongeng, mistik, khurafat serta lagenda Persia, Babilonia, Greek dan India oleh para Rabbi yang menghasilkannya ketika itu kerana suasana persekitaran tempat tinggal para Rabbi yang menghasilkan kitab ini adalah berada dalam zaman kemuncak popularnya cerita dongeng dan mitos-mitos ini.

Ini terjadi apabila para Rabbi ini lari meninggalkan tempat asal mereka dan lari ke serata dunia termasuk Semenanjung Arab (Hijaz) sewaktu kempen penindasan dan pembersihan etnik Yahudi giat dilangsungkan oleh Empayar Rom. Kesudahannya sukar untuk dikenal pasti sama ada riwayat-riwayat ini benar-benar Talmud, Taurat ataupun kisah dongeng bangsa serta agama lain yang meresap masuk dalam agama Yahudi.

Namun apa yang menyedihkan mengenai kesesatan orang Yahudi ini, para Rabbi mereka bangun mempertahankan petikan-petikan Talmud dengan mendakwa bahawa ia adalah asli dari Taurat dan telah disalahtafsirkan oleh ramai tanpa penjelasan yang sebenar. Bagi Rabbi ini ajaran Talmud tersebut perlu difahami menurut perspektif sejarah dan situasinya ketika itu. Jika benar begitu kenapa ia masih diajarkan pada zaman kini yang situasinya jauh berbeza? Bolehkah para rabbi memberi jaminan bahawa tidak ada langsung remaja Yahudi yang membesar dengan kebencian, kepercayaan songsang dan penyelewengan akibat pengaruh Talmud?

Kini, tidak cukup setakat itu, pengaruh Yahudi bukan sekadar menyesatkan agama mereka tetapi juga mulai meresap ke dalam ajaran Islam melalui kisah Israiliyyat. Israiliyyat menurut az-Zahabi bermaksud pengaruh kebudayaan Yahudi (dan Nasrani) terhadap pentafsiran al-Quran dan hadis. Manakala menurut Abdullah Ali Jaafar pula Israiliyyat adalah informasi-informasi yang berasal dari ahli kitab yang menjelaskan nas-nas hadis dan al-Quran.

Umumnya, ulama Islam mengkategorikan Israiliyyat kepada tiga bahagian (Ibnu Taimiyah, Muqadimmah fi Usul at-Tafsir) iaitu pertama, yang selaras dengan ajaran Islam. Kedua, yang tidak selaras dengan ajaran Islam dan ketiga, yang tidak termasuk dalam kategori pertama dan kedua. Ini berdasarkan hadis:

"Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula kamu mendustakannya, tetapi katakanlah bahawa kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kami" (Sahih Bukhari).

Walaupun begitu tokoh-tokoh Islam yang lain seperti Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Mahmud Syaltut dan Abu Zahrah (hampir sebahagian besar ulama Salafi) amat memusuhi Israiliyyat kerana berpendapat Yahudi telah melakukan penyelewengan terhadap kitab suci mereka sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran:

"(Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu: mereka merubah perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya" (al-Maidah: 41)

Mahmud Syaltut (dalam fatwa-fatwa) merasakan Israiliyyat telah menghalang umat Islam daripada mencari dan mempelajari petunjuk-petunjuk al-Quran dan Islam itu tidak perlu rujukan ajaran Yahudi dan Nasrani kerana ia telah lengkap seperti yang dijelaskan dalam al-Quran:

"Pada hari ini orang-orang Kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah kusempurnakan agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu jadi agamamu" (al-Maidah: 3)

Terdapat banyak sumber Islam yang mungkin memiliki perkaitan secara langsung dengan Talmud tanpa kita sedari namun terpulanglah kepada penilaian kita semua untuk menilai hal ini secara terbuka kerana ini bukan satu ketetapan yang dipersetujui oleh semua ulama sekadar tatapan kita sahaja.

Pertama, kisah popular dan sering kita dengan dalam sirah hijrah Rasulullah bagaimana bagindan dan Saidina Abu Bakar yang bersembunyi di Gua Thur dari kaum Quraisy. Bila kaum Quraisy hampir di gua mereka melihat gua itu dilitupi sarang labah-labah yang tidak terusik dan beranggapan tiada orang yang masuk ke gua tersebut.

Kisah yanag sama dapat di lihat dalam komentar Kitab Suci Yahudi (Midrash Alpha Beta Acheres d'Ben Sira, 9) dan dalam Lagenda Yahudi karya Louis Ginzberg. Kisah ini lanjutan Nabi Daud (David) dan Thalut (King Saul). Thalut pada suatu hari telah menghantar tenteranya bagi memburu Nabi Daud, baginda berlari bersembunyi dalam gua dan ketika para tentera menghampirinya, seekor labah-labah besar telah membuat sarang di pintu masuk gua dan oleh kerana melihat sarang itu tidak terusik mereka menyimpulkan tiada orang di dalamnya dan berlalu pergi.

Kedua, mengenai hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hirairah yang bermaksud: "Malaikatulmaut datang menemui Musa dan dia berkata kepadanya: Sahutlah seruan Tuhanmu. Katanya: maka Musa menumbuk mata (ain) malaikat maut sehingga terkeluar biji matanya. Malaikat maut kembali kepada Tuhan dan berkata: Sesunguhnya Engkau (Tuhan) mengutuskan aku kepada hambaMu yang tidak mahu mati maka dia telah menumbuk mataku sehingga terkeluar. Allah telah memulihkan mata malaikat tadi seraya befirman "Pergilah kembali kepada hambaKu dan katakan kepadanya, kalau engkau mahu terus hidup, cekupkanlah tanganmu di belakang badan lembu sebanyak mana bulu yang engkau genggam dengan tanganmu maka sebanyak itulah bilangan tahun umurmu dilanjutkan" (Hadis ini ditolak oleh Muhammad al-Ghazali, Muhammad Abduh dan yang sealiran walaupun sebahagian ulama lain menerimanya).

Kisah dari hadis ini ada persamaan dengan The Legend of The Jews Volume III – Bible and The Characters From the Exodus To the Death of Moses (Louis Ginzberg) dan The Confounding of the Angel of Death Orpheus, Myth of the World (Padraic Colum). Kisah yang mirip diceritakan dengan lebih panjang dan terperinci. Setelah Tuhan memerintahkan malaikat maut untuk mencabut nyawa Nabi Musa, Malaikat Gabriel (Jibril) dan Michael (Mikhail) tidak mampu menjalankan tugas tersebut yang juga disambut oleh Samael (Izrael) tapi gagal. Tuhan murka dan memerintahkan mereka turun kali kedua. Selanjutnya terjadilah bagaimana Nabi Musa membutakan mata Samael dengan cahaya dari muka baginda dan sewaktu Musa bersedia membunuhnya maka terdengarlah suara Tuhan befirman melarang baginda berbuat sedemikian. Motifnya adalah strategi dan propaganda Yahudi melalui Talmud yang mahu meninggikan darjat Nabi Musa sehingga ke tahap yang mustahil untuk malaikat maut tidak mampu mencabut nyawanya bagi melegemitasikan ketinggian kedudukan bangsa Yahudi paling mulia di dunia kerana menjadi pengikut dan mewarisi ajaran Nabi Musa kononnya.

Jelasnya! Kita diwajibkan beriman dengan setiap kitab yang diwahyukan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran: "Aku beriman dengan semua kitab yang diturunkan Allah" (as-Syura: 15)

Informasi dan riwayat Israiliyyat harus diterima sebagaimana ia merupakan intipati ajaran dari kitab Allah yang terdahulu sebelum al-Quran. Akan tetapi keharusan dan keperluan ini menjadi terbatal bila mana datang penjelasan lain dari al-Quran mengenai perlakuan Ahli Kitab yang telah merubah dan menyelewengkan ayat Allah sebagaimana yang terjadi dalam penjilidan Talmud oleh Rabbi Yahudi.

Takkala seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Ahli Kitab membacakan kitab Taurat dengan bahasa Ibrani dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Arab". Mendengar hal itu Rasulullah mengingatkan, "Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan janganlah pula kamu mendustakannya tetapi katakanlah kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang telah diturunkan Allah kepada kami" (Sahih Bukhari).

Sikap kita pula apabila berhadapan dengan dua situasi ini adalah dengan mengimani setiap kitab Allah dan pada masa yang sama berwaspada dengan Israiliyyat. Allah telah menjelaskan hal ini dalam al-Quran:

"Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu: maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu" (al-Maidah: 48)

Menerima dan mengabsahkan maklumat Ahli Kitab mengenai kitab terdahulu perlu mendapat penelitian dan pengesahan dari al-Quran dan sunnah Rasulullah yang sahih dan muktabar. Mungkin kisah dalam al-Quran tidak dijelaskan secara terperinci tetapi pengajaran dan hikmah itulah yang perlu dititikberatkan untuk menjadi panduan dan pedoman kita pada hari ini. Kisah Israiliyyat yang tidak berupaya merungkai tafsiran al-Quran tidak perlu dijadikan asas sandaran mahupun rujukan lebih-lebih lagi apabila kisah Israiliyyat ini tidak sesuai dengan akal yang waras. (as-Syarbashi, Qishshat at-Tafsir).

Sumber : Dipetik dan diubahsuai dari artikel Karen Amstrong,

Peristiwa Pertukaran Kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah

Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 142 - 147

"Dan peringatkanlah mereka tentang hari-hari Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang amat bersabar lagi bersyukur" (Surah Ibrahim : 5)

Hari-hari Allah itu sememangnya perlu diperingatkan sesama kita Umat Islam kerana kita ini alpa. Tambahan pula dengan fitnah penggunakan kalendar Gregorian Miladi atau Masehi itu menjadikan umat Islam semakin jauh dan tercuai daripada mengingati 'hari-hari Allah'.

Menjelangnya Rejab dan Shaaban, umat Islam selalunya lazim memperkatakan tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad SAW. Namun, terdapat suatu lagi peristiwa yang besar dan penting kepada kita semua di mana riwayat Sahih al-Bukhari secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa ia berlaku sama ada pada pertengahan bulan Rejab atau pun Shaaban, kira-kira 16 atau 17 bulan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW; sejurus sebelum berlakunya Peperangan Badar al-Kubra pada tahun kedua Hijrah itu. Peristiwa yang dimaksudkan itu adalah perpindahan Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Makkah.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada al-Barraa', beliau berkata:

"Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah. Lalu Allah SWT menurunkan ayat "Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan wajahmu ke langit"[surah al-Baqarah ayat 144]. Maka berkata-katalah orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia dan mereka itu adalah Yahudi, "Apakah yang telah memalingkan orang-orang Islam itu daripada qiblat mereka sebelum ini?" Lalu Allah SWT menjawab dengan menyatakan "Bagi Allah itulah timur dan barat".

"Orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia (iaitulah Yahudi) akan berkata (dengan ejekan): Apakah yang telah memalingkan mereka (orang-orang Islam) itu daripada qiblat mereka sebelum ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Bagi Allah itulah Timur dan Barat, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus {142} Dan (sebagaimana Kami tunjukkan kamu jalan yang lurus dengan berqiblatkan Kaabah), begitu jugalah Kami jadikan kamu sebagai umat yang 'bersifat sederhana dan pertengahan' agar dengan itu kamu menjadi saksi ke atas manusia. Manakala Rasulullah SAW itu pula, dia menjadi saksi bagi kamu. Dan tidaklah Kami jadikan qiblat kamu sebelum ini melainkan Kami ketahui siapa yang mengikut perintah Rasul dan siapa pula yang memalingkan lehernya (ingkar). Sesungguhnya perintah itu adalah amat berat melainkan bagi mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman) {143}"

"Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan. {144} Dan sekiranya kamu datangkan segala bukti kepada mereka yang telah diberikan al-Kitab kepadanya (Yahudi), tidaklah mereka itu mengikut Qiblat kamu. Dan kamu juga tidak akan sekali-kali mengikut Qiblat mereka. Bahkan mereka sesama mereka juga tidak mengikut Qiblat antara satu dengan yang lain. Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas datangnya kepada kamu pengetahuan, maka sesungguhnya kamu adalah dari golongan yang zalim. {145} Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui. {146}Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali kamu tergolong dari kalangan orang yang zalim. {147}"

Cinta Nabi SAW Kepada Kaabah, Qiblat Ibrahim Alayhi as-Salaam

Ketika di Makkah, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW bersolat di bahagian selatan Kaabah supaya Baginda SAW mengadap Baitul Maqdis sebagai perintah Allah, dan dalam masa yang sama Baginda SAW mengadap Kaabah, Qiblat Nabi Ibrahim A.S yang dikasihinya. Apabila Baginda SAW dan umat Islam berhijrah ke Madinah, Allah memerintahkan supaya solat dilakukan secara mengadap ke Baitul Maqdis. Tujuannya adalah supaya dengan ibadah yang dilakukan seumpama ini, ia akan membolehkan Nabi SAW melembutkan hati orang-orang Yahudi di Madinah untuk menerima Islam. Ia juga sebagai isyarat bahawa Syariat yang dibawa oleh Baginda SAW adalah sama dengan risalah yang diseru oleh Nabi-nabi Bani Israel seperti Musa dan Isa Alayhima as-Salaam.

Akan tetapi sifat mulia yang ditunjukkan oleh Baginda dan umat Islam itu, tidak langsung menggerakkan hati orang-orang Yahudi untuk menerima Islam, bahkan mereka mengejek-ngejek Baginda SAW. Kata mereka "Muhammad itu menentang agama kita, tetapi dalam masa yang sama mengadap Qiblat kita pula. Kalaulah agama kita tidak ada, nescaya Muhammad itu tidak tahu ke arah Qiblat mana dia mahu bersolat!"

Kata-kata seumpama ini amat melukakan hati Nabi SAW. Sehingga diriwayatkan bahawa Nabi SAW menyebut, "aku amat suka jika Allah SWT menghindarkan aku daripada Qiblat Yahudi itu (Baitul Maqdis)".

Asbab an-Nuzool Ayat 142 dan 144 Surah al-Baqarah

Ibnu Abbas RA dan at-Tabari berpendapat bahawa ayat 144 surah al-Baqarah adalah turun lebih awal daripada ayat 142. Pendapat ini disokong oleh riwayat al-Bukhari dari al-Barraa' yang telah disebutkan di atas. Akan tetapi az-Zamakhsyari menyatakan bahawa ayat 142 tentang komen Yahudi itu telah turun lebih awal sebelum turunnya ayat perintah menukar Qiblat (Al-Baqarah ayat 144). Ia adalah sebagai mukjizat daripada Allah SWT bahawa Nabi SAW telah lebih awal diperkhabarkan tentang pertukaran Qiblat berkenaan sebelum ia berlaku. Ini adalah supaya hati Baginda SAW dan umat Islam menjadi tenang menghadapi ejekan dan cemuhan Yahudi tersebut.

Di dalam artikel ini, kita akan menghuraikan peristiwa pertukaran Qiblat tersebut dengan menggunakan pendapat Ibnu Abbas RA dan at-Tabari supaya kronologi peristiwa itu dapat difahami dengan mudah oleh pembaca.

Di dalam Sahih al-Bukhari dengan riwayat daripada al-Barraa', beliau berkata:

"Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah. Nabi SAW bersolat mengadap Kaabah buat kali pertamanya adalah pada solat Asar bersama sahabat-sahabat Baginda. Kemudian keluar salah seorang daripada mereka yang bersolat bersama Nabi SAW itu dan melalui suatu kaum yang pada masa itu sedang rukuk mengerjakan solat, lalu beliau berkata "Aku bersaksi dengan Allah bahawa aku telah bersolat bersama Nabi SAW mengadap Makkah". Lalu jamaah tersebut berpusing ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Dalam pada itu (kami teringat) kepada adanya ramai di kalangan sahabat kami yang telah mati terbunuh dan mereka itu bersolat mengadap Baitul Maqdis. Sesungguhnya kami tidak tahu apa nasib mereka. Lalu Allah SWT menurunkan firmanNya yang bermaksud: "Dan tidaklah Allah sekali-kali mensia-siakan iman kamu".

Kesimpulan Riwayat Yang Zahirnya Seakan Bercanggah

Berdasarkan riwayat ini, solat yang pertama dikerjakan oleh Nabi SAW mengadap Kaabah di Makkah adalah solat Asar. Riwayat daripada Malik pula menyatakan bahawa solat itu adalah Solat Fajar dan ada juga yang menyebut Zohor. Muhammad bin Muhammad Abu Shahbah di dalam kitabnya As-Seerah an-Nabawiyyah fee Dhou' al-Qur'aan wa as-Sunnah (ms.104, juzuk 2, terbitan Darul Qalam 1992 /1412) telah cuba menggabungkan riwayat-riwayat ini dan kesimpulannya adalah seperti berikut:

Pada masa itu Nabi SAW telah pergi menziarahi Ummu Bashar bin al-Barraa' bin Ma'roor di kediaman Bani Salimah di luar Madinah. Selepas dijamu makan oleh tuan rumah, waktu Zohor menjelang, dan Nabi SAW bersama-sama mengerjakan solat Zohor. Ketika di rakaat kedua, Jibril Alayhi as-Salaam telah datang membawa perintah Allah supaya menukar Qiblat. Jibril memegang tangan Nabi SAW dan memusing Baginda SAW hampir-hampir tepat ke arah belakang iaitu ke arah Kaabah di Masjidil Haram di Makkah dan ia diikuti bersama oleh Jamaah yang bersolat bersama Baginda SAW. Peristiwa di mana berlakunya peristiwa itu, kini dikenali sebagai Masjid al-Qiblatain (Masjid Dua Qiblat) tidak jauh dari Masjid Nabawi di Madinah.

Selepas itu, Nabi SAW kembali ke Madinah dan di situ Baginda SAW bersama para sahabat menunaikan solat Asar secara lengkap sepenuhnya mengadap ke Kaabah. Kemudian salah seorang daripada mereka yang bersolat bersama Nabi SAW itu telah pergi melawat Bani Harithah dan dia telah memaklumkan kepada mereka tentang hal pertukaran Qiblat lalu mereka menukarnya. Selepas itu, lelaki yang sama atau mungkin juga lelaki yang lain telah pergi ke Quba' dan menyampaikan perkhabaran itu kepada Jamaah di situ lalu mereka menunaikan solat Fajar mengadap Kaabah di Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah.

Nabi Terdongak-dongak ke Langit

Kerana cemuhan Yahudi kepada perbuatan Nabi SAW bersolat mengadap Baitul Maqdis, Baginda SAW sering pada waktu malam keluar dan mendongak-dongak ke langit mengharapkan kalau-kalau turunnya wahyu dari Allah untuk menukar Qiblat. Firman Allah SWT:

"Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan." (Al-Baqarah : 144)

FirmanNya lagi:

"Dan sekiranya kamu datangkan segala bukti kepada mereka yang telah diberikan al-Kitab kepadanya (Yahudi), tidaklah mereka itu mengikut Qiblat kamu. Dan kamu juga tidak akan sekali-kali mengikut Qiblat mereka. Bahkan mereka sesama mereka juga tidak mengikut Qiblat antara satu dengan yang lain. Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas datangnya kepada kamu pengetahuan, maka sesungguhnya kamu adalah dari golongan yang zalim. Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui." (Al-Baqarah : 145-146)

Huraian

Allah SWT menerangkan di dalam ayat ini bahawa orang-orang Yahudi itu enggan menerima seruan Nabi SAW bukanlah kerana kurangnya pengetahuan mereka. Sebaliknya, mereka itu hanya mengikut kepada hawa nafsu yang degil terhadap kebenaran. Ayat "Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui" diturunkan bersempena dengan kisah yang berlaku di antara Umar al-Khattab RA dengan Abdullah bin Salaam iaitu seorang Yahudi yang memeluk Islam. Abdullah bin Salaam berkata, "Sesungguhnya aku lebih mengenali Rasulullah SAW berbanding dengan pengetahuanku terhadap anak aku sendiri." Umar bertanya, "bagaimanakah itu boleh terjadi wahai Ibn Salaam?" Abdullah bin Salaam menjawab, "Ini adalah kerana aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah dengan kebenaran dan yakin. Sedangkan aku tidak bersaksi seperti itu terhadap anakku. Bahkan aku tidak tahu apa yang berlaku kepada orang-orang perempuan!" Lantas Umar menyebut, "Semoga Allah bersama denganmu wahai Ibn Salaam".

Sememangnya Yahudi dan Nasrani itu tahu tentang perihal kebenaran Islam. Namun golongan ini sentiasa menyembunyikan pengetahuan mereka di atas kehendak hawa nafsu, benci dan iri hati kepada Islam. Tetapi mereka memang bertindak mengikut apa yang telah diterangkan oleh Islam. Pembesar-pembesar Kristian di Eropah hari ini amat bimbang dengan kebanjiran pendatang-pendatang asing ke Eropah dari kalangan umat Islam kerana mereka amat yakin dengan janji Nabi Muhammad SAW berkenaan dengan penawanan umat Islam ke atas Rome. Orang-orang Yahudi juga menyedari bahawa kehadiran mereka di bumi Palestin adalah untuk dihancur binasakan oleh umat Islam sebagaimana yang diperkhabarkan pada lisan Nabi Muhammad SAW. Namun, amat benarlah firman Allah SWT:

"Mereka ingkar dengannya sedangkan diri mereka mempercayainya dengan penuh yakin" (An-Naml : 14)

"Dan apabila datang kepada mereka perkara yang mereka ketahui, mereka (sengaja) mengkufurinya" (Al-Baqarah 89)



Hujah Bodoh Yahudi Terhadap Nabi Muhammad SAW

"Orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia (iaitulah Yahudi) akan berkata (dengan ejekan): Apakah yang telah memalingkan mereka (orang-orang Islam) itu daripada qiblat mereka sebelum ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Bagi Allah itulah Timur dan Barat, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus" (Al-Baqarah: 142)

Orang-orang Yahudi itu tidak langsung terbuka hati mereka untuk mempertimbangkan seruan dakwah Nabi Muhammad SAW. Sebaliknya, strategi Rabbani Rasulullah SAW dan umat Islam bersolat mengadap ke Baitul Maqdis telah dijawab dengan soalan yang mereka lontarkan dengan nada ejekan, "Apakah yang telah memalingkan mereka (orang-orang Islam) itu daripada qiblat mereka sebelum ini?".

Lantas Allah memerintahkan kepada Nabi SAW supaya membidas sangka dangkal Yahudi itu dengan menyatakan bahawa semua arah yang dihadap adalah milik Allah. Tidak ada keistimewaan bagi suatu arah berbanding suatu arah yang lain. Allah itulah yang memerintahkan hambaNya supaya beribadah mengadap ke mana-mana arah yang dikehendakiNya. Persoalan memilih suatu arah dan tidak suatu arah yang lain, adalah dengan sifat patuh dan taat kepada perintah Allah dan bukannya atas motif-motif cetek seperti yang dipercayai oleh Yahudi berkenaan.



'Wasathiyyah' Sebagai Sifat Istimewa Umat Muhammad SAW

"Dan (sebagaimana Kami tunjukkan kamu jalan yang lurus dengan berqiblatkan Kaabah), begitu jugalah Kami jadikan kamu sebagai umat yang 'bersifat sederhana dan pertengahan' agar dengan itu kamu menjadi saksi ke atas manusia. Manakala Rasulullah SAW itu pula, dia menjadi saksi bagi kamu. Dan tidaklah Kami jadikan qiblat kamu sebelum ini melainkan Kami ketahui siapa yang mengikut perintah Rasul dan siapa pula yang memalingkan lehernya (ingkar). Sesungguhnya perintah itu adalah amat berat melainkan bagi mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman)." (Al-Baqarah: 143)

Di dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa umat Muhammad SAW akan menjadi saksi bagi sekalian manusia di hari Qiamat nanti. Manakala Nabi Muhammad SAW pula akan secara khusus menjadi saksi bagi umatnya. Keterangan tentang hal ini terujuk kepada hadith Nabi SAW:

"Sesungguhnya umat-umat pada hari Qiamat mengingkari tentang perutusan para Nabi. Lantas Allah SWT memerintahkan kepada para Nabi supaya mendatangkan bukti (bahawa mereka telah menyampaikan risalah Allah SWT); dan Allah itu terlebih dahulu mengetahui tentang hakikat ini. Lalu para Nabi datang kepada umat Muhammad SAW untuk mendapatkan kesaksian. Umat-umat yang terdahulu bertanya: bagaimanakah kamu tahu tentang perihal kami (sehingga kamu boleh menjadi saksi bagi kami)? Lalu umat Muhammad SAW menjawab: kami mengetahui tentang perihal kamu semua melalui perkhabaran Allah di dalam kitabNya yang menyebut di atas lisan NabiNya yang benar. Lalu umat Muhammad SAW datang kepada Baginda SAW dan ditanya tentang perihal umatnya. Lalu Muhammad SAW menyucikan umatnya (dari anggapan keraguan) dan bersaksi di atas sifat adil mereka sebagai saksi. Dan demikian itulah Allah SWT menyebut (yang bermaksud): "Maka bagaimanakah tatkala Kami datangkan bagi setiap umat itu saksi (bagi mereka) dan Kami datangkan kamu pula sebagai saksi bagi mereka (umat Muhammad SAW)" [An-Nisaa' : 41]"

Kualiti yang melayakkan umat Muhammad SAW itu menjadi saksi di hadapan Allah untuk sekalian manusia adalah kualiti Wasathiyyah. Maksud Wasathiyyah di sini adalah keseimbangan yang ada pada Islam dan umatnya di antara dua sempadan keji. Lihat sahaja, Yahudi mencaci pada Rasul dengan menuduh mereke dengan tuduhan zina dan sebagainya, manakala Nasrani pula mengangkat martabat Rasul sehingga kepada ketuhanan lantas bertuhankan manusia. Akan tetapi Islam memuliakan seluruh Rasul dan dalam masa yang sama tidak mengangkat martabat mereka ke darjat melampau yang menceroboh hak Allah SWT.

Sistem sosialis menafikan kewujudan individu dengan anggapan bahawa individu itu hanyalah peralatan negara. Semua hasil perlu diserahkan kepada negara dan kemudian negara mengagihkannya sama rata kepada rakyat supaya secara teorinya, ia dapat membasmi kemiskinan dan jurang antara golongan kaya dan fakir. Manakala sistem kapitalis pula memberikan ketinggian kepada individu sebagai pemilik mutlak kepada sekalian hasil usaha individu berkenaan. Secara teori, ia akan menjadi motivasi yang menggalakkan persaingan dan tentunya persaingan akan meningkatkan mutu. Tetapi sistem sosialis menjadikan sekalian rakyat miskin, dan yang kaya hanyalah pemerintah yang berkuku besi. Manakala kapitalisma pula menjadikan golongan kaya bertambah kaya dan memonopoli segala hasil mahsul, sedangkan yang miskin terus ketinggalan dan tercengkam, lantas jurang antara keduanya terus melebar tanpa sekatan. Padahal Islam datang mengimbangkan antara keduanya. Individu berhak ke atas hasil usahanya, namun masih ada tanggungjawab sosial yang dinaiktarafkan sebagai rukun agama. 2.5% daripada pemilikan hendaklah dibayar sebagai zakat, supaya keseimbangan berlaku dan golongan miskin tidak terbiar hancur lebur oleh rempuhan monopoli pesaing gergasi.

Banyak lagi contoh lain tentang sifat Wasathiyyah di dalam Islam termasuklah perbahasan tentang aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah di antara Qadariyyah dan Jabariyyah di dalam masalah perbuatan hamba, dan sebagainya.

Sesungguhnya amat mulia dan tinggi sekali kualiti Islam sebagai ad-Deen yang Kamil dan Adil. Inilah yang menjadi keistimewaan umat ini sehingga layak menjadi saksi bagi sekalian umat manusia yang terdahulu.

Pertukaran Qiblat Adalah Ujian Allah

"Dan tidaklah Kami jadikan qiblat kamu sebelum ini melainkan Kami ketahui siapa yang mengikut perintah Rasul dan siapa pula yang memalingkan lehernya (ingkar). Sesungguhnya perintah itu adalah amat berat melainkan bagi mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT." (Al-Baqarah: 143)

Solat yang dikerjakan oleh Nabi SAW dan umat Islam dengan berqiblatkan Baitul Maqdis bukanlah suatu perkara yang mudah. Baginda SAW dan sahabat perlu meninggalkan Kaabah yang lebih dikasihi dan dicintai, di samping mengadap Baitul Maqdis yang menjadi qiblat musuh utama mereka iaitu orang-orang Yahudi. Tambahan pula mulut-mulut manusia bodoh itu sentiasa mempersendakan Rasulullah SAW dan umat Islam yang 'miskin qiblat' pada pengamatan dangkal mereka. Sesungguhnya semua ini adalah ujian Allah dan ia memang berat kecuali bagi mereka yang beroleh petunjuk dari Allah SWT.

Iman Golongan Terdahulu Tidak Tersia-sia
"Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman)." (Al-Baqarah: 143)

Para sahabat tertanya-tanya, bagaimana pula dengan hal mereka yang dahulunya bersolat mengadap Baitul Maqdis dan kemudiannya telah meninggal dunia. Pertanyaan mereka itu adalah dengan rasa kebimbangan kalau-kalau iman mereka itu tersia-sia. Kerana itulah mereka menimbulkan persoalan ini dengan mengemukakan alasan bahawa bahkan mereka yang telah mati itu, mati kerana syahid terbunuh mempertahankan Islam. Alangkah ruginya jika iman mereka tersia-sia. Lantas Allah SWT menjawab, "Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu."

Di dalam ayat ini juga Allah SWT menamakan solat itu sebagai Iman. Benar sekali kerana solat itu adalah ibu kepada segala ibadah dan di situlah letaknya benih, baja dan tunas kepercayaan kita kepada Allah SWT. Sesungguhnya solat dan Iman mereka tidak akan sekali-kali tersia-sia kerana mereka itu semasa hayatnya, bersolat mengadap Baitul Maqdis adalah kerana ketaatan mereka kepada Allah, sama seperti ketaatan kamu pada hari ini yang bersolat mengadap ke Kaabah, juga dengan perintah Allah SWT.

Pengajaran

Banyak sekali pengajaran yang boleh kita perolehi daripada peristiwa ini. Kita melihat bagaimana Nabi SAW dan para sahabat menunjukkan sikap bagaimana perintah Allah SWT itu dilaksanakan serta-merta tanpa bertangguh. Tidak pula mereka menghabiskan dahulu solat yang sedang dilakukan dan menunggu solat berikut untuk mengadap ke arah qiblat yang baru. Berbeza sekali dengan sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Di dalam aspek individu, kita suka menangguhkan kewajipan. Dari aspek individu kita tangguhkan qadha' puasa, kita lewatkan pembayaran hutang, dan tidak mengerjakan solat di awal waktu dan pelbagai lagi kelewatan yang berlaku tanpa uzur dan tanpa sebab selain kerana lemah dan cacatnya iman itu sendiri.

Manakala dari aspek yang lebih besar, bagaimana masyarakat kita amat gemar melewatkan pengagihan harta pusaka dan 'perbicaraan kuasa' ke atas tanah sehingga menjadi beban kepada anak-anak di masa hadapan serta kerap kali menjadi punca kepada keretakan hubungan keluarga apabila timbulnya krisis harta pusaka.

Begitu juga di dalam aspek kenegaraan, hukum hakam Islam dari segi ekonomi, politik, perundangan dan sebagainya, banyak sekali hukum Allah yang diK.I.Vkan (keep in view) dengan pelbagai alasan bahkan sesetengahnya tanpa alasan. Jika dilaksanakan peraturan Islam, bimbang nanti timbul masalah ini dan itu. Keterlibatan badan-badan Islam di dalam perniagaan yang tidak Islamik juga tidak dapat dihentikan serta-merta walaupun hukumnya telah diperjelaskan, kerana beralasan menanti harga saham stabil!. Jauh benar akhlaq kita hari ini dari sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Peristiwa ini juga menunjukkan kepada penerimaan pakai Hadith Aahaad, bilamana pemberitaan tentang pertukaran qiblat hanya disampaikan oleh seorang sahabat.

Begitu juga, sikap dan akhlaq Yahudi yang mesti kita berikan perhatian. Banyak sekali usaha yang telah dibuat untuk mencenderungkan hati mereka kepada Islam sehinggakan Nabi SAW berkorban jiwa dan perasaan, bersolat mengadap qiblat mereka bersama ejekan dan sendaan yang tidak lekang dari telinga. Apakah ada faedahnya? Apa yang pasti, pendirian Yahudi itu adalah akhirnya sebagaimana yang disebut oleh Allah SWT:

"Yahudi itu tidak akan sekali-kali redha dengan kamu, Nasrani itu juga tidak akan sekali-kali redha dengan kamu, sehinggalah kamu mengikut cara hidup dan kehendak mereka." [al-Baqarah : 120]

Semoga peristiwa ini menjadi teladan kepada kita semua dalam mengharungi kehidupan di akhir zaman yang penuh fitnah. Wallahu A'lam bis Sawaab.

Kisah Perang Salib

Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan Nya dalam satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh." (As Saff : 4)

Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)

Dalil-dalil Qawa'idul Fiqhiyyah (kaedah fekah)

Maksudnya: "Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."

Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa.

Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara individu. Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah dengan panah."

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra', singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.

Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.

Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.

Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.

Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.

Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.

Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda."

Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.

Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.

Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan."

Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: "Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.

Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu."

Dunia tanpa Islam hanya ilusi Barat

DUNIA tanpa sempadan adalah ikon umat manusia sejagat hari ini. Ia natijah semula jadi daripada ledakan teknologi maklumat yang semakin menonjol dan menampakkan kekuasaannya. Ledakan itu juga boleh menjadi nikmat dan malapetaka.

Graham Fuller yang menulis artikel bertajuk A World Without Islam atau Dunia Tanpa Islam dalam Foreign Policy terbitan The Carnegie Endowment for International Peace, Washington keluaran Januari-Februari 2008, memulakan artikelnya dengan menulis "What if Islam had never existed? To some, it's a comforting thought: No clash civilizations, no holy wars, no terrorists. Would Christianty have
taken over the world? Would the Middle East be a peaceful beacon of democracy? Would 9/11 have happened?"

Fuller yang juga bekas Timbalan Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang sekarang menjadi seorang profesor sejarah di Fraser University, Vancouver mendakwa punca kekacauan dunia adalah Islam.

"Islamlah yang menggalakkan serangan bunuh diri, bom kereta, pencerobohan tentera, perjuangan perlawanan, amukan massa, fatwa, jihad, perang gerila, video ancaman dan serangan 11/9," dakwanya. Sesetengah pihak inilah yang sampai sekarang masih menguasai aliran perdana pemikiran manusia sejagat dengan kekuasaan tentera, kewangan
dan media massa. Mereka menempatkan Islam sebagai musuh berbahaya. Oleh itu, mereka bertungkus lumus memeranginya dengan pelbagai cara sama ada secara halal mahupun yang haram.

Cara yang haram memerangi Islam adalah apa yang dilakukan ahli perundangan Belanda, Geert Wilders dalam filem dokumentarinya Fitna menerusi saluran teknologi maklumat YouTube. Menerusi filem berkenaan, Wilders melakukan serangan fitnah terhadap kitab suci agama Islam, al-Quran al-Karim. Wilders, sebagai manusia ciptaan Allah menuduh al-Quran sebagai punca semua keganasan manusia padahal Allah, sebagai Pencipta manusia termasuk Wilders mengatakan bahawa maksudnya "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam)." (Surah al-Isra': 9)

Perbuatan Wilders dengan Fitna adalah lambang putus asa sesetengah pihak yang menganggap Islam sebagai musuh khasnya di negaranya sendiri, Belanda. Mereka semakin tersepit tidak berdaya menghadapi kemaraan Islam di sana. Hampir setiap hari Belanda menyaksikan orang memeluk Islam. Belanda hari ini memiliki lebih daripada 500 masjid
termasuk surau. Ia semakin bertambah kerana pertambahan umat Islam dan semakin semaraknya aktiviti keislaman. Bahkan sebuah masjid terbesar di Eropah Barat yang boleh menampung 1,200 jemaah sudah hampir siap pembinaannya di Rotterdam. Ia diberi nama Masjid Essalam yang mempunyai menara berkembar setinggi 50 meter dan dibina
berhampiran Stadium Feyenoord. Masjid yang dilengkapi dengan dewan solat, pejabat pentadbiran, madrasah, kelas pengajian, perpustakaan, dewan persidangan dan kedai Islam ini dibiayai oleh seorang hartawan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia bukti Islam tak mengenal sempadan.

Di Rotterdam juga berdiri megah sebuah universiti Islam, iaitu Islamic University of Rotterdam yang sudah tentu menambah geram 'sesetengah pihak' yang dilambangkan dalam susuk diri Wilders.

Seperti pernah disorot ruangan ini tahun lalu bahawa di Eropah penduduk Islam semakin bertambah ramai. Di Itali, sebagai contoh, mereka dianggarkan ada 1.5 juta warga Muslim daripada 58 juta keseluruhan penduduknya.

Wartawan Itali, Oriana Fallaci dalam bukunya La Forza Della Ragione berkata, Eropah menuju kepada sebuah wilayah Islam, sebuah jajahan Islam dan diyakini Islam yang baik dan jahat sama-sama wujud. Demikian dipetik eramuslim.com. Akhbar ini pernah melaporkan bahawa Islam dijangka menjadi antara agama utama Eropah berikutan
meningkatnya kadar kelahiran bayi pendatang Muslim, iaitu tiga kali ganda lebih ketara berbanding masyarakat lain di benua itu.

Laporan lain di Britain pula memetik sarjana Universiti Oxford, David Coleman mengakui masyarakat minoriti etnik negara itu bakal mencecah 10 juta orang dalam tempoh 20 tahun akibat kadar kelahiran mendadak di kalangan pendatang.

Di Turki, Pesuruhjaya Sweden ke negara itu, Ingmar Karlsson, berkata bilangan penduduk Muslim bakal meningkat dua kali ganda menjelang 2015, manakala jumlah masyarakat bukan Islam Eropah, sebaliknya berkurangan 3.5 peratus kerana kadar kelahiran yang rendah.

Media Turki, Turkish Weekly melaporkan beberapa anggaran sebelum ini meramalkan dalam tempoh 30 tahun lagi, bilangan Muslim Eropah adalah 65 juta orang.

Aliran penduduk berbilang bangsa dan agama di Eropah bukan andaian tetapi hakikat sukar dibendung.

Ketakutan dan kegerunan sesetengah pihak terhadap Islam membuat mereka tertutup hati untuk menerima kebenaran dan kenyataan. Bagi mereka semua kekacauan dan keganasan dilakukan oleh orang Islam. Di Amerika Syarikat tidak lama dulu terjadi satu aksi keganasan yang dengan tanpa selidik dituduh kepada umat Islam padahal selepas itu
terbukti ia dilakukan oleh orang Amerika sendiri yang berkulit putih.

Menurut Fuller pada 2006 sejumlah 498 serangan keganasan dilaporkan di negara Kesatuan Eropah. Daripada jumlah itu, 424 dilakukan oleh kelompok pemisah, sejumlah 55 oleh kaum pelampau berhaluan kiri, 18 oleh kekuatan keganasan lainnya, dan hanya satu keganasan oleh kelompok Islam. Bagaimanapun, kerana Islam dijadikan agama tertuduh, akibat tindakan sekelompok kecil pemeluknya, maka segala macam
keganasan yang terjadi di pelbagai negara langsung saja dikaitkan dengan Islam.

Dunia tanpa Islam adalah satu ilusi yang jauh daripada kenyataan yang sudah wujud di hadapan kita hari ini. Bagaimana mereka hanya membayangkan kekacauan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam walaupun pada hakikatnya ia mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang memusuhi Islam.

Untuk berilusi dunia tanpa Islam adalah satu fantasi yang tidak berguna bahkan hanya membuang masa dan memenatkan fikiran. Ia hanya dilakukan oleh orang yang putus asa terhadap kemuliaan Islam dan hidup mereka diselimuti kegelapan di atas kegelapan. Bagaimanapun, mereka masih akan berleluasa dan dengan mudah melakukan serangan demi
serangan terhadap Islam dan umatnya. Beberapa perkara termasuk yang dikatakan oleh Ibrahim Zahmul, penyelidik dan pengkaji Mesir-Perancis dalam artikelnya yang disiarkan Ad-Dakwah pada 28 Ogos 1995.

Dalam tulisannya, Zahmul berkata: "Dugaan ke atas umat Arab dan Islam seluruhnya yang mengelilingi mereka hari ini adalah satu daripada siri dugaan paling berbahaya di antara semua siri kekacauan yang menimpa mereka. Masalah perpecahan yang berlaku di kalangan negara Islam menyebabkan dunia Islam terus mundur dan ketinggalan di belakang negara lain. Mereka menanggung kesengsaraan dengan luka akibat serangan bertubi-tubi yang tiada tandingannya, sama ada serangan yang datang secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. Sesetengahnya dalam bentuk peperangan langsung seperti berlaku dalam Perang Teluk Pertama dan Kedua. Sebahagian lagi dalam
bentuk fitnah yang ditimbulkan oleh bangsa Yahudi yang tidak pernah senang hati dengan Islam kecuali apabila mereka dapat melaga-lagakan bangsa Arab dan umat Islam dengan saudara mereka sendiri.

Dengan itu, kaum Yahudi dan konco mereka yang terdiri daripada golongan Kristian berjaya mencapai tujuan dan matlamat mereka untuk melemahkan umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan mereka.

Kaum Yahudi dan puak Kristian adalah tentera bersekutu yang sentiasa bersatu padu serta saling membantu antara satu sama lain. Mereka sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan kepentingan bersama. Meskipun pelbagai cara digunakan oleh mereka sepanjang sejarah silam dan pertengahan, pencapaian mereka adalah sama, iaitu berjaya
memfitnah bangsa Arab dan umat Islam.

Sepanjang sejarah moden pula fitnah itu adalah dalam bentuk sokongan dan perjanjian yang dilakukan di antara mereka (Yahudi dan Kristian) dengan bangsa Arab. Sesetengah mereka menonjol di permukaan arus, manakala sebahagian lain pula berlindung di sebalik tabir.

Ia membenarkan sikap yang menggabungkan dua personaliti - berahsia dan menonjol. Pada pertengahan abad ke-20, seorang tokoh veteran diplomatik Perancis, Cont Ugest De' San, cuba menjelaskan hubungan di antara dua perwatakan yang berlainan ini dengan katanya: "Sebenarnya dunia ini diperintah oleh peribadi yang tidak dapat kita gambarkan keperibadian mereka. Mereka inilah yang berdiri di belakang pentas dan kita tidak dapat melihat mereka dengan pancaidera mata."

Itulah hakikat yang berlaku di hadapan kita. Fitnah, fitnah dan fitnah seperti diingatkan Baginda 1,400 tahun yang lalu dalam sabdanya bermaksud: "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-harj itu hai
Rasulullah? Nabi SAW bersabda, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". (Riwayat Ibnu Majah)

Islam menerusi al-Quran dan Nabi Muhammad SAW dianugerahkan Allah kepada umat manusia untuk mengeluarkan mereka daripada gelap gelita kepada cahaya. "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Quran)yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Surah al-Maidah: 15-16)

Mereka mengharapkan tidak ada Islam di dunia ini dan berusaha untuk memadamkan cahaya rahmatnya. Bagaimanapun, perbuatan mereka akan sia-sia kerana maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan
yang demikian)." (Surah al-Saf: 8)