Isnin, April 07, 2008

Boikot barang pengajaran hina Islam

Bantahan secara berhemah serlah ketinggian akhlak, tepis pandangan negatif Barat

KEBEBASAN adalah antara isu hangat diperkatakan umum dewasa ini. Ini kerana isu kebebasan bukan saja bersifat nasional, malahan ia menjadi isu sejagat. Di mana saja negara di dunia ini sering membahaskan isu kebebasan dalam konteks kemanusiaan sesuai dengan peredaran zaman yang semakin canggih ini.

Justeru, sering kedengaran suara menuntut kebebasan wanita, kebebasan akhbar, kebebasan beragama. Akhbar Eropah berani menyiarkan gambar kartun Nabi Muhammad di dada akhbar arus perdana dan terkini penerbitan filem Fitna dari Belanda yang secara terang menghina Islam.

Tayangan filem itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sekali gus menyebabkan hubungan semakin tegang antara Barat dengan negara Islam. Kemarahan dan ketidakpuasan hati umat Islam terhadap Barat ada kewajarannya, lebih-lebih lagi paparan orang Islam yang membunuh orang kafir secara membuta tuli dan Islam dikatakan
menggalakkan keganasan adalah satu penghinaan cukup besar terhadap Islam.

Biarpun dengan alasan kebebasan bersuara, kebebasan itu membabitkan tanggungjawab dan perbuatan itu tetap tidak dapat diterima oleh prinsip moral dan akal yang waras. Tambahan pula, perbuatan itu menghina keyakinan orang lain.

Dari satu segi lain, Islam dan keganasan adalah dua perkara berbeza. Islam pada hakikatnya adalah al-Din bersifat rahmah kepada sekalian alam. Bukankah Allah menjelaskan matlamat utama di sebalik kejadian manusia dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat,ayat 13) .

Jelas di sini, Islam adalah al-Din amat menitikberatkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah. Maka, Islam dari awal lagi menganjurkan umat Islam supaya bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini.

Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu kaum atau bangsa tertentu. Semuanya diberikan hak dan keistimewaan yang sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkan ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat. Oleh itu, Islam melarang keras
sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya.

Inilah adalah satu fakta cukup jelas Islam perlu diketengahkan kepada Barat, Islam tidak memusuhi mana-mana umat manusia menghuni alam maya ini. Islam amat cintakan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan hidup, bukan saja kepada umatnya, bahkan kepada umat lain turut berkongsi alam semesta ini.

Bagi umat Islam, mereka wajar dan mempunyai hak untuk meluahkan kemarahan dan protes terhadap pihak yang menghina agama mereka, namun biarlah kena pada tempatnya. Dalam erti kata lain, biarlah kemarahan dan protes itu diluahkan dengan cara baik, logik dan terkawal.

Maka, bertepatan sekali apabila seorang ulama Mesir terkemuka, Prof Dr Yusof al-Qaradawi menegaskan Islam tidak membenarkan sama sekali kekerasan dan keganasan seperti tindakan membakar kedutaan, melakukan kemusnahan di tempat awam, tindakan membakar kedutaan Denmark dan Norway di negara Arab oleh umat Islam yang marah dengan penyiaran kartun Nabi Muhammad dalam akhbar Eropah. Islam tidak pernah mengharuskan sebarang tindakan keganasan seumpama ini kerana ia jelas bercanggah dengan prinsip moral dan juga akhlak Islam yang luhur.

Sebaliknya, Prof Dr Yusof al-Qaradawi mencadangkan umat Islam supaya memboikot terus semua barang dari Belanda dan juga negara terbabit dalam penghinaan Islam. Ia adalah satu cadangan berhemah dan berpandangan jauh yang sewajarnya diberikan sokongan padu oleh umat Islam seluruh dunia dengan tujuan untuk mengajar Barat maruah dan agama umat Islam wajib dihormati pada masa hadapan.

Langkah Malaysia menggantung permit akhbar Sarawak Tribune satu ketika dulu satu langkah baik untuk dijadikan iktibar kepada syarikat akhbar lain supaya Islam tidak lagi dihina dan sensitiviti umat Islam perlu dijaga.

Akhirnya, Islam memerintahkan umatnya supaya menonjolkan ketrampilan akhlak terpuji dan terbaik kepada kaum lain supaya dapat diserlahkan Islam sebagai agama yang bersifat toleransi di samping akan membuka pintu hati orang bukan Islam akan keindahan dan kesejahteraan yang menghiasi Islam itu sendiri dengan pendekatan penerangan dan dakwah kepada umat lain dengan cara yang baik dan bijaksana serta dengan contoh amalan yang baik menurut ajaran Islam yang sebenarnya, bukannya dengan kekerasan dan penindasan yang kejam.

Ringkasnya, umat Islam pada asasnya adalah umat yang terbaik dilahirkan Allah di bumi ini untuk menghembuskan roh kedamaian dan kerahmatan untuk menghirup oleh sekalian penghuni alam semesta ini.

INTIPATI

Tayangan filem Fitna dari Belanda yang menghina Islam menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sekali gus menyebabkan hubungan semakin tegang antara Barat dengan negara Islam.

Islam pada hakikatnya adalah al-Din bersifat rahmah kepada sekalian alam, menitikberatkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya.

Langkah memboikot terus semua barang dari Belanda dan juga negara terbabit dalam penghinaan Islam. Ia adalah satu cadangan berhemah dan berpandangan jauh yang sewajarnya diberikan sokongan padu oleh umat Islam.

Muslim berjaya usah lupa, lalai dan tenggelam dalam keasyikan berada di mercu kejayaan hingga lupa tanggungjawab kepada Tuhan.i

Mandi Wajib yang Betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Jokes

Teacher: Ah Kau, if your father has $10 and you ask him for $6, howmuch would your father still have?
Ah Kau: $10.
Teacher: You don't know Maths.
Ah Kau: You don't know my father la!

Mother: David, come here.
David: Yes, mum.
Mother: You really disappoint me. Your results are getting worse.
David: But but but....I will only get my report card tomorrow ???
Mother: I know that, but I'm going Hong Kong tomorrow so I'm scolding you now.

Father: Why did you fail your Mathematics Test?
Son: On Monday, teacher said 3 + 5 = 8
Father: So?
Son: On Tuesday, she said 4 + 4 = 8.
On Wednesday, she said 6 + 2 = 8.
If she can't make up her mind, how I know the right answer one ???

Girl: Do you love me?
Boy: Yes Dear.
Girl: Would you die for me?
Boy: No la, mine is undying love only !!!

Man: How old is your father?
Boy: Same as me la.
Man: How can that be?
Boy: He only became a father when I born lo !!!

Teacher: Simon, your composition on "My Dog" is exactly the same as
your brother's. Did you copy his?
Simon: No la, teacher. It's the same dog!

Father: Your teacher says she finds it impossible to teach you anything!
Son: That's why I tell you she's no good!

Teacher: Where were you born?
Student: Singapore , Sir.
Teacher: Which part?
Student: All of me ma....

Kewujudan Alam Semesta

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

"Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi." Surah al-An'aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat; 47)

Edwin Hubble

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
akta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

ORBIT

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya) . (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat; 7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

BENTUK SFERA BUMI

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)

Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.

BUMBUNG PROTEKTIF.

Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;

Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32)

Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.

Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.

Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.

Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.

Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.

PENGITARAN DI ATAS LANGIT.

Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;

Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.

Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian' .

Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.

Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.

Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.

Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.

Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.

Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.

LAPISAN ATMOSFERA

Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit' , yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.

Antara Sifat Mulia Rasul

Kehadiran Nabi Muhammad SAW sebenarnya model utama bagi umat ini, kerana Baginda mempunyai keistimewaan paling tinggi sehingga diakui Allah sebagai peribadi yang sangat mulia akhlaknya.

Firman Allah bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad SAW) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Kalam, ayat 4)

Saidatina Aisyah pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, lalu beliau menjawab: “Akhlaknya adalah al-Quran, Baginda reda dengan keredaan-Nya dan Baginda murka dengan kemurkaan-Nya.”

Aisyah tidak melampaui di dalam kata-katanya kerana setiap nilai yang disebut al-Quran terpancar pada peribadi Rasulullah SAW sama ada pada perkataan atau perbuatannya.

Sewajarnya kita mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Peribadi Rasulullah SAW adalah model yang sangat agung untuk kitacontohi. Di antara keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad ialah:-

* Baginda berdoa dengan penuh khusyuk, sambil air matanya sentiasa berlinangan.

* Wajah Baginda sentiasa ceria, elok dan sempurna, sehingga sejuk mata memandang Baginda.

* Baginda memilik perasaan yang halus.

* Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir sehingga lena.

* Baginda gemar makan beramai-ramai daripada berseorangan.

* Baginda benci kemegahan dan perhiasan yang cantik kerana ia melambangkan kesombongan dan keangkuhan.

* Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

* Baginda tidak pernah mengumpat atau mencerca, apa lagi menghina orang lain.

* Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.

* Baginda suka membalas hadiah.

* Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar daripada rumah atau semasa masuk ke rumah.

* Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.

* Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemui Baginda.

* Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.

* Ketika berjabat tangan, Baginda tidak melepaskan tangannya sehingga orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.

* Baginda mengangkat tangan memberi hormat apabila melepasi kumpulan kanak-kanak

* Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.

* Baginda sangat menghormati orang tua dan mengasihani orang muda dan kanak-kanak.

* Baginda tidak pernah bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.

* Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di depan sahabat.

* Suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.

* Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.

* Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak, cuma tersenyum lembut.

* Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.

* Baginda sangat sabar dan tabah, apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.

* Baginda sangat kasih terhadap umatnya.

* Tidak pernah mengambil rezeki Allah melebihi keperluan asas makan minum Baginda. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk tujuan fisabilillah.

* Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun Baginda sendiri dalamk esusahan.

* Baginda tidak menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.

Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1] Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2] Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3] Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

## Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

## Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

## Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

## Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : “Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? “

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Oleh Anisah Bahyah Hj. Ahmad

How Malaysian Are You?

NO CHEATING

1. How much is satu kupang?
2. Where's the favourite spot to take wedding pictures in Taiping?
3. In what dialect is Apo Nak Di Kato?
4. Name at least five variations of roti canai.
5. What is the staple food of native Sarawakians.
6. Name a popular Malay ointment made from "cucumber"
7. Name the sauce made from fish or shrimp that the Kelantanese love.
8. What does pi mai pi mai tang tu mean?
9. Which fruit is Ipoh famous for?
10. What is the English name for putu mayam?
11. "Lah" is to Peninsular Malaysians as"..." is to Sabahans.
12. What does ABC stand for?
13. How long is a sari?
15. Name Penang's famous beach.
16. How do you order coffee mixed with tea at a kopi-tiam?.
17. What's on Malaysian TV at 8pm?
18. On one side of our RM1 coin is the bunga raya, what's on the other?.
19. Now what's on our 10 sen coin?
20. What was the name of the KL Commonwealth Games 1998 mascot?
21. When you fill in a form, if you're not Malay, Chinese or Indian, you are...?
22. Who is Malaysia's favourite Kampung Boy?
23. How did the word "gostan" come about?
24. Lobo's Whispers in the Wind is the English version of which famous Malay song?
25. When did Malaysia last win the Thomas Cup?
26. What is the name of our national flag?
27. If you want 4D numbers, who do you consult?
28. What's the name of the Malaysian-made 175cc motorbike?
29. Name our national bird.
30. If the father is a baba, and the mother is a nyonya, then what is the son?


ANSWERS:
1. Northern slang for 10 sen
2. Lake Gardens
3. Negri Sembilan, meaning "What's there to say?"
4. Roti bom, roti pisang, roti planta, roti telur, roti sardin, roti telur bawang
5. Sago
6. Minyak gamat made from sea cucumber, for wounds
7. Budu
8. Northern dialect that means coming and going but ending up at the same spot
9. Pomelo
10. String hoppers
11. Bah
12. Air batu campur
13. Six yards
15. Batu Ferringhi
16. Kopi cham
17. The news
18. Keris
19. Congkak
20. Wira
21. "Other" or Lain-lain
22. Lat
23. A corruption of "go astern"
24. P. Ramlee's Getaran Jiwa
25. 1992
26. Jalur Gemilang
27. "Datuk"
28. Jaguh
29. There's none
30. Baba

SCORES AND EVALUATION :
0-10
Malu-lah you! We suggest you spend at least one hour a day at your nearest coffee-shop.

11-20
Boleh pass. Okay, you may claim to be the average Malaysian with a score in this range but you could watch less CNN and more RTM.

21-30
Wah, you one true blue Malaysian-lah. Top quality belacan. We are truly impressed, especially if you know the answer to No. 24 which we admit is very tricky!

Pensabitan Hudud

Kita adakalanya terlalu menumpukan tentang perlaksanaan hudud tanpa memandang sedikitpun kepada pensabitannya. Itu yang menyebabkan orang yang takut. Kerana, apabila kita melihat kepada pensabitannya, kita akan dapat melihat gambaran bahawa hudud itu tidaklah sebagaimana hukum rimba. Asal di dakwa berzina sahaja, sebat atau rejam. Asal didakwa mencuri sahaja potong tangan.

Pensabitan:

1. Keterangan:
a. saksi
b. Iqrar dari tertuduh

2. Qarinah

Berikut ini kami nukilkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):

BAHAGIAN III

Keterangan

39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.

(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.

(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1)Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.

(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.

(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telahd ituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.

(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar

(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.

(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.

(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Lihat Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, hal. 120-125)

Petikan di atas sudah cukup jelas untuk menggambarkan bahawa untuk mensabitkan kesalahan hudud ada peraturan dan sistemnya. Itu tidak dikira syarat-syarat yang dikenakan terhadap kesalahan hudud. Kita ambil contoh mencuri yang hududnya ialah potong tangan:

7. Bilakah hukuman hudud tidak boleh dikenakan.

Hukuman hudud kerana kesalahan sariqah (mencuri -panel.) Tidak boleh dikenakan dalam keadaan yang berikut:

(a) apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada nisab;
(b) apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan keterangan yang dikendaki di bawh peruntukan-peruntukan Bahagian III;
(c) apabila pesalah itu bukan mukallaf;
(d) apabila tuanpunya harta yang dicuri itu tidak mengambil langkah yang cukup untuk menjaga harta itu daripada kena curi, memandangkan kepada keadaan harta itu dan tempat ia disimpan atau ditinggalkan;
(e) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya terhadap harta yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai jagaan dan milikan ke atas harta tersebut;
(f) apabila harta yang dicuri adalah daripada jenis harta yang tidak bernilai dan boleh didapati dengan banyaknya merata-rata tempat ataupun daripada jenis harta yang sudah musnah;
(g) apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikut hukum syarak seperti minuman yang memabukkan atau alat-alat hiburan;
(h) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang dengannya yang enggan membayar hutang itu;

Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuri itu tidak melebihi jumlah hutang atau nilai harta yang dicuri itu melebihi jumlah hutang tetapi tidak melebihi nisab.

(i) apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak, seperti perang, kelaparan, penyakit dan bencana alam;
(j) apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isteri mencuri daripada suaminya dan sebaliknya atau anak mencuri daripada bapanya atau sebaliknya;
(k) apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang mana bahagian yang diperolehi oleh tiap-tiap seorang daripada pesalah itu setelah dibahagikan harta yang dicuri atau hasilnya sesama mereka adalah kurang daripada nisab.
(l) apabila pesalah itu mengembalikan harta yang dicuri itu sebelum hukuman hudud dilaksanakan;
(m) apabila tuan punya harta yang dicuri itutidak mengaku bahawa hartanya telah dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat iqrar mencurinya;
(n) apabila pesalah itu membuat bantahan yang boleh diterima oleh hukum syarak terhadap saksi-saksi; dan
(o) apabila harta yang dicuri itu atau keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan mengikut hukum syarak tida ada hukuman hudud yang boleh dikenakan ke atasnya.

Dosa akan datang dalam 4 peringkat

Dosa Peringkat Pertama.

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua.

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa di atas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga.

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee. setakat sebotol tak mabuk lagi." Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat.

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut. "Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Patrick Lim

Hari ini, Malaysiakini turut mendedahkan ‘Siapa Patrick Lim’-Sila baca laporan tersebut :

Nama Patrick Lim melonjak secara tiba-tiba dan menjadi tumpuan awam selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa pemaju hartanah itu bersama menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin ‘memerintah’ Terengganu.

Malah, Dr Mahathir membahasakannya sebagai Patrick Badawi. Dr Mahathir menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan tabung bangunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kemaman Jumaat lalu.

Jadi, siapakah Patrick Lim? Patrick Lim merupakan seorang pemaju hartanah yang tidak menonjolkan diri. Bapanya adalah seorang yang terkenal dalam arena lumba kuda sehingga logo syarikatnya Equine Capital Bhd turut menggunakan imej kuda.

Patrick adalah Pengerusi Eksekutif Equine Capital Bhd yang beribupejabat di Seri Kembangan, Selangor. Beliau mempunyai tiga projek hartanah yang besar – satu daripadanya adalah di Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Projek itu termasuk dalam projek pembangunan jambatan kedua Pulau Pinang. Projek perumahan tersebut dikenali sebagai Crescentia Park – projek campuran komersial dan perumahan – yang akan dimajukan sebagai bandar satelit ketiga di Pulau Pinang.

Kawasan itu merangkumi kawasan seluas 450 ekar. Nilai Pembangunan Kasar dan Kos Pembangunannya dianggarkan masing-masing bernilai RM860 juta dan RM636 juta. Projek itu dijangka disiapkan sepenuhnya pada 2015.

Kawasan tersebut boleh diakses melalui jambatan kedua Pulau Pinang dan melalui lebuhraya. Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat projek pembangunan jambatan kedua itu, beliau turut diberi taklimat oleh Patrick mengenai projek syarikatnya.

Padang Lumba Kuda

Sebelum ini, salah seorang pengurus anak syarikat milik Patrick terbunuh selepas terkena kipas helikopter yang dinaikinya dan insiden itu menjadi tumpuan laporan media massa .

Selain itu, Patrick juga mendapat hak mereka-bentuk dan membina semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang akan dipindahkan ke kawasan Batu Kawan yang berharga RM375 juta.

Ini menjadikannya Patrick (foto) sebagai seorang pemaju yang mempunyai projek hartanah yang terbesar di Malaysia.

Projek kedua yang diperolehi Patrick adalah pertandingan perahu layar Monsoon Cup di Pulau Duyong, Terengganu – idea yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri. Projek bernilai RM200 juta termasuk pelaksanaan pembangunan prasarana di pulau tersebut, termasuk pembinaan chalet.

Perdana Menteri mahu dianjurkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa sewaktu musim tengkujuh bagi menghapuskan mitos bahawa tiada aktiviti yang dapat dijalankan pada musim tersebut, di mana nelayan tidak keluar menangkap ikan kerana laut yang bergelora.

Bagi sesetengah pihak, pembabitan Patrick dalam projek pembangunan yang termasuk dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang dan penganjuran ‘Monsoon Cup’ itu mencerminkan hubungan baik beliau dengan Perdana Menteri.

Monsoon Cup merupakan pertandingan perahu layar bertaraf dunia pertama yang diadakan di Asia dan dimulakan pada Disember tahun lalu, dengan disaksikan oleh 500 juta penonton di seluruh dunia.

Jackie Chan tertarik

Pertandingan tersebut berjaya menarik kehadiran pelakon terkenal seperti Jackie Chan, Michelle Yeoh dan tunangnya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif pasukan lumba kereta Formula 1, Ferrari, Datuk Jean Todt.

Abdullah turut menyaksikan pertandingan tersebut untuk memberi sokongan kepada projek berkenaan. Todt sudahpun memiliki dua buah bunglow di pulau tersebut.

Sementara itu akhbar melaporkan baru-baru ini Jackie Chan yang merupakan rakan karib Patrick turut menyuarakan minatnya untuk untuk membeli hartanah di Pulau Duyong.

Pelakon Hong Kong itu dilaporkan berkata, beliau telah jatuh cinta dengan keindahan dan ketenangan pulau tersebut dan sedang menimbang untuk membeli hartanah di situ.

Chan berada di Malaysia baru-baru ini untuk melawat kawasan pertandingan Monsoon Cup itu. Beliau yang datang dari Singapura, menaiki skuter air untuk meninjau sekitar kawasan tersebut.

Atas jemputan Patrick

Jackie berkata beliau datang ke Pulau Duyong atas jemputan Patrick “Patrick memujuk saya supaya datang menyaksikan pembangunan dan keindahan Pulau duyong. Lawatan saya juga adalah untuk memenuhi tanggungjawab saya sebagai Duta Pelancongan Asia. Bagaimanapun, Jackie bekata, beliau tidak dapat menyaksikan pertandingan ‘Monsoon Cup’ tahun in kerana sibuk dengan penggambaran filem Rush Hour 111.

Dalam cara pertandingan tahun lalu, pihak penganjur telah mengedarkan 30,000 baju hujan ‘pakai-buang’ kepada penonton yang datang menyaksikan pertandingan tersebut.

Patrick juga berjaya melantik juara kapal layar dunia sebanyak dua kali, Peter Gilmour sebagai pengarah pertandingan tersebut yang berlangsung pada 29 November hingga 4 Disember tahun lalu.



Salah Guna Al-Quran Tempah Neraka

AL-QURAN adalah kitab panduan bagi manusia, yang memberikan petunjuk, kerahmatan dan kebahagiaan, malah penawar jika menghadapi masalah dan gangguan jiwa.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman." (Yunus: 57)

Tetapi sesetengah pihak bersikap acuh tidak acuh terhadap al-Quran, selain dibaca ketika solat, mereka membaca secara bermusim di majlis tertentu.

Lebih mendukacitakan apabila ada kurang fasih membacanya dan tidak berminat mempelajarinya sehingga diri menjadi jauh daripada kitab suci itu.

Sebagaimana tujuan penurunannya untuk memberikan cahaya kebenaran, kesejahteraan dan kegembiraan kepada manusia, sepatutnya al-Quran dimanfaatkan untuk mendapatkan ebaikan dan keredaan.

Al-Quran menjadi pedoman dalam pelbagai lapangan kehidupan, ayatnya dibaca dan dikaji, malah dijadikan doa.

Tidak kurang memanfaatkan ayat al-Quran bagi tujuan perubatan dan rawatan. Tetapi bagaimana pula jika ia digunakan sebagai tangkal dalam amalan perbomohan bagi menganiayakan orang lain, apakah ia dibolehkan? Memang kelebihan ayat al-Quran ialah penawar (syifa) kepada segala masalah dan penyakit sebagaimana ditegaskan Allah.

"Justeru, ia diharuskan bagi tujuan mengubati penyakit. Itu pun kena ada iktikad kuasa menyembuh adalah daripada Allah.

"Tetapi menggunakan ayat al-Quran bagi tujuan yang jahat seperti mahu merosakkan kehidupan orang lain dan meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah diharamkan.

"Contohnya kita menyebut ayat tertentu dengan tujuan orang yang dimaksudkan akan dibenci, dihina dan keji orang lain adalah tidak dibolehkan.

"Perbuatan seperti ini bertentangan dengan anjuran Islam kepada umatnya supaya mengeratkan hubungan silaturahim, bantu membantu dan berkasih sayang.

"Kita juga tidak boleh membaca ayat tertentu daripada al-Quran untuk membuatkan seseorang perempuan supaya minat dan kasih kepada kita.

"Walaupun ayat al-Quran yang dibaca betul, tujuannya salah. Begitu juga membaca ayat al-Quran secara menyimpang seperti menambah perkataan lain atau membaca baris lain walaupun bagi tujuan kebaikan," katanya.

Al-Quran adalah mukjizat yang agung, membacanya adalah satu ibadat dan diberikan ganjaran pahala, malah terbukti khasiatnya sebagai penawar mujarab segala masalah, seperti untuk mengubati penyakit rohani, emosi, kecelaruan fikiran dan penyakit sosial yang melanda anak muda kebelakangan ini.

"Kami turunkan al-Quran sesuatu yang boleh menyembuhkan penyakit (hati) dan menjadi rahmat kepada orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra': 82)

Kedudukan al-Quran sangat mulia dan sewajarnya ia dijaga daripada dicemari kemuliaannya. Justeru, penggunaannya untuk tujuan tertentu yang sudah tentu dibimbangi membawa kepada terhina dan tercemar kesuciannya, seperti pada tangkal perlu dijauhi.

Malah, menurut fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Terengganu, sekiranya (perbuatan itu) tidak dapat dikawal dan membawa kepada terhina serta tercemar kesucian al-Quran boleh menjadi haram.

Dari Ibnu Masud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik."

Jawatankuasa fatwa itu juga berpendapat, penggunaan rajah dan huruf tertentu untuk melariskan perniagaan jika ia menjadi suatu kepercayaan yang boleh merosakkan akidah adalah haram.

Mohamad Fauzi yang juga Setiausaha Masjid Kuala Kangkung, Alor Star, Kedah, menegaskan ayat al-Quran tidak boleh digunakan bagi perkara yang kotor termasuk dalam ilmu hitam dan sihir kerana hukumnya dosa besar.

"Perbuatan seperti menyihir orang dan melakukan perbomohan dengan tujuan menganiayai orang dengan mencampuradukkan ayat al-Quran dalam jampi juga dilarang."

Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariah, malah segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber yang asal seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas ditolak oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Garis panduan yang dikeluarkan berdasar kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia juga ada menyatakan:

"Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan seseorang bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan.

"Orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenun adalah tergolong di dalam golongan orang yang bodoh dan menzalami diri sendiri."

Ini dijelaskan oleh firman Allah S.W.T, yang bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudarat kepadamu. Jika engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri
dengan perbuatan syirik itu)." (Yunus: 106)

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, malah jampi mentera dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Menurut Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitab Fatawa al-Mu'asirah sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan tiga syarat:
(1) Ia mesti didasarkan kepada Allah dan nama-nama-Nya,
(2) ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maknanya dan
(3) beriktikad ia tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan
takdir Allah.

Bidadari Syurga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Isyarat Kematian

Pernahkah anda mendengar seseorang itu sebelum meninggal dunia berkelakuan ganjil seolah-olah dia tahu bahawa dirinya akan dipanggil oleh Allah s.w.t ke alam barzakh. Gelagat aneh dan ganjil perilaku seseorang itu lebih ketara semasa dirinya terlalu hampir kepada kematian.

Sebagai contoh ada di kalangan hamba Allah ini sebelum menemui ajal akan mengumpulkan saudara maranya, mengumpul semula gambarnya semasa muda untuk tatapan keluarganya, menulis atau bercakap sesuatu yang menggambarkan kedatangan ajalnya dan lain-lain lagi perlakuan aneh. Dalam masyarakat melayu, terdapat peribahasa orang tua-tua mengenai tanda kematian ini seperti "Buang Tebiat"

Hakikatnya, setiap orang akan mendapat tanda atau kelainan pada dirinya di hari-hari terakhir hayatnya. Bagi orang beriman, ini adalah kelebihan yang Allah Taala berikan pada mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka akan meninggal dunia dalam masa terdekat cuma tidak mengetahu tarikhnya secara tepat. Hakikatnya Allah s.w.t memaklumkan lebih awal bila seseorang itu meninggal dunia menerusi gerak hati yang dipanggil Latifah rabbaniah.

Didalam kitab Tasauf iaitu Sir Al-Salikin dalam bab Zikrul Maut (Mengingati mati) menunjukkan bahawa seseorang itu diberi isyarat ketika mautnya hampir sampai kepada orang tersebut. Ada juga dikalangan individu yang menerima isyarat tersebut tetapi buat-buat tak faham dan masih bergelumang dengan maksiat dan dosa. Setengahnya akan menjadi insaf dan mengambil peluang untuk beribadat dengan sisa kehidupan yang ada.

Isyarat akan menjadi lebih jelas ketika seseorang itu menghadapi sakratulmaut atau nazak. Orang yang beriman dan beramal soleh akan menghadapi kematiannya dengan tenang berbeza dengan orang yang kufur dan melakukan maksiat.

Penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai kematian, cerita ini penulis dapat daripada abang ipar penulis yang juga seorang doktor. Ada hamba Allah ini yang nazak setelah berbulan-bulan. Ketika menghadapi sakratulmaut sebelum dicabut nyawanya, nafas hamba Allah ini seperti kerbau dan ketika nyawa ditarik, hamba Allah ini jatuh seakan-akan terpelanting daripada katil hospital. Begitulah sakitnya ketika menghadapi kematian. Hingga jatuh daripada katil barulah nyawanya selesai dicabut. Penulis bercerita mengenai kematian hamba Allah ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sekadar peringatan untuk kita semua.

Oleh yang demikian, wajarlah seseorang muslim itu mengingati mati pada setiap masa. Ia juga selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. serta dapat menghindarkan seseorang untuk melakukan kejahatan.

Semoga mereka yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat dan mereka yang masih hidup mentaati suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Marilah kita sembahyang sebelum kita disembahyangkan.