Isnin, Mac 24, 2008

Normalkah anda?

Cerita 1

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..

Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."

Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Kesimpulan

Jika korang langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud korang bukannya seorang yang normal. Sebaliknya jika korang terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks... jangan ler korang risau, sebab korang adalah seorang yang normal

Hikmah Sujud

Sujud lega sistem pernafasan .MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan - bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic - memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi - untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Doa Wuduk

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

Fadhilat Menjadi Wanita ISLAM

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan, etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan
Januari 1992.

5 syarat melakukan MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Darimana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya,sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Perbezaan Filem/Drama MELAYU, CINA dan INDIA

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA .

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia)
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Computer Jokes 2





Computer Jokes 1





Adab Pemakaian Menurut Islam

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

ISLAM tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dan menutup aurat.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” – (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:

“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

12. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

Hikmah Muslim Lelaki tidak dibenarkan memakai EMAS dan SUTERA

1- Hikmah yang sebenarnya bagi seorang Muslim ialah: tunduk dan patuh kepada perintah Allah Taala. Sebagaimana firmanNya:
“Dan tidak patut bagi lelaki mukmin dan wanita mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya membuat satu ketetapan, maka ada lagi pilihan lain tentang urusan mereka”. (Al-Ahzab: 36).

2- Kerana wanita adalah perhiasan, maka diberikan kelonggaran kepada mereka memakai emas dan sutera yang merupakan perhiasan yang paling tinggi. Manakala lelaki, dengan sifat kelelakiannya, tidak ada keperluan untuk menambah hiasan yang ada pada dirinya. Dan perhiasan2 itu tidak sesuai dengan sifat kelelakian seseorang lelaki.

Sebab itu dalam Quran, Tuhan menyebut ‘hilyah’ (perhiasan) dan ditafsirkan sebagai ‘wanita’ sebagaimana firman Allah:
“Dan adakah patut orang yang dibesarkan dalam perhiasan, sedangkan dia tidak dapat memberi alasan terang dalam pertengkaran?” (Al-Zukhruf: 18).

Mujahid berkata: “Diberi kelonggaran bagi wanita memakai sutera dan emas”. Kemudian beliau membaca ayat di atas, dan menafsirkan ‘perhiasan’ sebagai ‘wanita’. Tafsir Tabari 21/579.

3- Ada juga sesetengah penulis yang mendakwa ada hikmah dari sudut saintifik, contohnya: memakai emas bagi lelaki akan melemahkan syahwat, dan boleh membawa penyakit, tetapi tidak bagi wanita. Namun, setakat ini kami masih belum menjumpai bukti kukuh dari kajian yang dipercayai tentang perihal ini.

Asal-usul Jin

1. Jin berasai dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluhan ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah SWT memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah SWT melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu jin Islam dan syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu jin Islam (Soleh) dan jin tidak Islam (tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari api (asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana jin paling suka dengan asap yang busuk.

5. Tempat tinggal jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur.

6. Apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca "Sala Mun,'Ala Sulaiman Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib. Apabila Nabi Sulaiman memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.

10. Jika kanak-kanak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya).

Wanita Ciptaan Istimewa

SESUNGGUHNYA wanita itu adalah ciptaan yang istimewa. Suami perlu mengetahui mengenai hal ini. Berbanggalah kerana isteri anda seorang wanita. Muliakanlah isteri anda. Jangan disakiti dan khianati. Sayangi dan lindungilah dia sebaiknya. Renungkanlah keistiemewaan yang ada pada kaum hawa ini... pasti anda tidak sanggup untuk melukakan hatinya.

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana dia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana dia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan: sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila dia sudah memperolehinya, dia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila dia mampu dan menangis apabila dia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika dia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci serta tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak dl dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal: tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Hollywood, Zionisme, dan Masa Depan Dunia

oleh: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
sumber: YADIM, 28 April 2006

Pemikiran untuk membentuk sebuah kota harapan sejak lama telah berkembang di kalangan para cendekiawan dan pemikir. ‘Utopia’nya Plato, ‘Kota Cahaya Mentari’nya Farabi, dan ‘Syurga Dunia’nya Thomas Moore, adalah di antara kota-kota harapan itu.

Dalam agama-agama samawi, juga terdapat kepercayaan tentang akan datangnya seorang penyelamat ke dunia. Penyelamat itu akan membebaskan dunia daripada kemalangan dan kegelapan. Dia akan membawa keadilan, keamanan, kebajikan, dan ilmu pengetahuan untuk semua manusia.

Tetapi, siapakah penyelamat tersebut dan bagaimanakah situasi kemunculannya? Zaman ketika munculnya penyelamat dunia itu disebut sebagai ‘Akhir Zaman’ atau ‘apocalypse’. Bagaimanapun, setiap agama dan mazhab mempunyai istilah dan definisi masing-masing mengenai hal ini. ‘Apocalypse’ merupakan sebuah kepercayaan bersama manusia mengenai berakhirnya dunia material ini.

Dalam terminologi ini, diyakini bahawa alam materi mempunyai awal dan akhir. Alam materi dimulai dari waktu yang telah ditetapkan dan berakhir pada masa yang telah ditentukan pula. Dengan demikian, keyakinan terhadap masa akhir zaman atau ‘apocalypse’ ini merupakan satu jawapan terhadap pertanyaan manusia yang tidak ada hujungnya mengenai masa hadapan dunia. Pada akhir zaman itu, rahsia tujuan penciptaan alam dan manusia akan terbuka.

Pakar psikologi terkenal Carl Gustav Jung, pernah mengungkapkan tentang adanya pengetahuan yang dimiliki semua manusia sejak sebelum dia dilahirkan. Pengetahuan ini membentuk pola-pola perilaku yang berdasarkan kepada ‘insting’ yang diistilahkan sebagai ‘archetype’.

Oleh sebab itulah manusia memiliki citra primordial sebagaimana yang ditemukan dalam mitos-mitos. Pada sebahagian besar mitos-mitos kuno manusia, disebutkan tentang akan terjadinya peperangan besar antara sang penyelamat dan kekuatan jahat.

Peperangan itu akan berakhir dengan kemenangan bagi sang penyelamat dan para sahabatnya. Kemudian, umat manusia akan menyaksikan wujudnya kota yang mereka impikan.

Dalam tulisan ini, penulis tidak berniat untuk membahas secara lebih terperinci mengenai kepercayaan berbagai-bagai bangsa dan agama mengenai akan datangnya penyelamat dunia. Penulis sekadar ingin mengajak pembaca meninjau filem-filem Hollywood yang bertema ‘akhir zaman’ dan ‘kedatangan penyelamat’.

Dalam filem-filem Hollywood banyak digambarkan tentang adanya ‘technological apocalypse’, iaitu pada masa hadapan manusia akan menciptakan manusia buatan dan manusia buatan ini akan menyerang manusia ciptaan Tuhan. Filem dengan tema seperti ini ialah ‘Dr. Frankenstein’, ‘Terminator-2’, dan ‘Matrix.’ Pada filem ini, manusia asli kalah dengan manusia ciptaannya sendiri.

Kemudian, datanglah penyelamat yang biasanya adalah seorang manusia yang pintar dan berani. Selain akibat serangan teknologi, filem-filem Hollywood juga menggambarkan bahawa akhir zaman diakibatkan oleh bencana alam. ‘Natural apocalypse’ ini boleh berupa datangnya badai, banjir, gempa bumi, kebakaran, atau perlanggaran bumi dengan planet lain.

Di samping itu, Hollywood pun menciptakan makhluk khayalan yang akan menghancurkan umat manusia. Misalnya, raksasa yang lahir akibat intervensi manusia terhadap alam atau akibat rekayasa genetik yang dilakukan manusia. Filem-filem seperti ini di antaranya berjudul, ‘Deep Impact’, ‘Armageddon’, ‘Water World’, ‘Godzilla’, dan ‘Jurassic Park.’

Karya khayalan Hollywood lainnya mengenai akhir zaman adalah akan datangnya makhluk jahat, yang disebut sebagai ‘apocalypse mithological’. Dalam filem seperti ini, dikisahkan bahawa sang penyelamat dan sahabatnya melakukan perjalanan ke dunia mitos dan mengalahkan makhluk jahat dalam dunia mitos itu dengan kekuatan sakti. Contoh filem seperti ini ialah ‘The Mummy’, ‘The Mummy Returns’,’ King Scorpion’ dan’ Wishmaster’.

‘Sciencefictional apocalypse’ merupakan sekelompok filem Hollywood yang mengambarkan dunia masa hadapan yang dipenuhi oleh percampuran antara khayalan dengan realiti. Dalam filem-filem seperti ini, kekuatan kuasa jahat digambarkan dalam bentuk makhluk luar angkasa yang mengancam kehidupan manusia di planet bumi.

Penyelamat dalam filem ini memiliki pengetahuan teknologi dan metafizik. Setelah berperang dengan makhluk luar angkasa itu, sang penyelamat akhirnya berhasil membebaskan umat manusia di muka bumi. Filem-filem seperti ini, antara lain berjudul ‘Alien’, ‘Independence Day’, ‘The Fifth Element’, dan ‘Star Wars’.

‘Religious apocalyps’e merupakan kategori filem Hollywood yang terpenting untuk dibicarakan. Filem-filem seperti ini biasanya menggambarkan bahawa kekuatan jahat berbentuk sebuah sosok yang antiagama, seperti syaitan, anti-Kristian, atau kekuatan jahat yang pada zaman dahulu dipenjarakan, namun kemudian ghaib dan kembali datang ke tengah-tengah umat manusia.

Penyelamat dalam kisah-kisah seperti ini adalah seorang tokoh rohani, seperti cendekiawan atau orang suci. Dia menentang kekuatan jahat dengan iman, keberanian, dan pengorbanan. Filem-filem dalam kategori ini antara lain berjudul, ‘Exorcist 1 dan 2’, ‘The Omen 3’ dan ‘End of Days.’

Secara umum, kita boleh menangkap bahawa para penentu tindakan di Hollywood sedang membawa satu misi tertentu dengan menciptakan filem-filem seperti yang telah dihuraikan di atas. Tujuan pertama daripada misi Hollywood ini adalah untuk memanipulasi rasa ingin tahu alami manusia mengenai masa hadapan dan dengan demikian, membuatkan para pelabur dan pengeluar filem menjadi lebih kaya.

Tujuan kedua ialah menyebarluaskan fahaman ‘apocalypse’ yang sesuai dengan pandangan Hollywood serta berlandaskan kepada ajaran Taurat dan pemikiran Zionis. Tujuan ketiga ialah untuk mengasosiasikan antara kejahatan dengan dunia Timur dan negara-negara Islam. Dengan kata lain, Hollywood berusaha menyebarkan pendapat bahawa bangsa yang jahat adalah bangsa-bangsa Timur dan bangsa penyelamat adalah bangsa Barat.

Fakta yang menarik dalam hal ini adalah bahawa filem-filem Hollywood berusaha membesar-besarkan kejadian tragedi pada masa hadapan dan menimbulkan ketakutan di kalangan manusia. Tragedi tersebut dibuat sedemikian rupa sehingga para penonton menyetujui semua idea dan jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh para pengarah filem.

Dari sini, kita boleh menangkap adanya proses penggunaan filem-filem untuk menyeret pendapat masyarakat dunia tentang akan terjadinya perang pada masa hadapan antara Barat dan Timur.

Hall Lindsey, seorang penulis buku “Bumi, Planet Besar Penuh Rahmat”, pernah menulis tentang ‘apocalyse’. Beliau menulis, “Sebelum orang-orang Yahudi berjaya membentuk sebuah negara, tidak ada satu pun di dunia ini yang berjalan dengan baik. Kini, ketika negara Israel telah terbentuk, segala hal berjalan sesuai dengan apa yang telah diramalkan. Hal ini boleh terjadi kerana pusat kekuasaan dunia adalah politik. Kini, penghukum politik dunia berpindah di Timur Tengah, khususnya di Israel. Oleh sebab itu, seluruh bangsa dunia akan ikut merasakan kesukaran dan kesengsaraan terhadap segala hal yang terjadi di sana, dan di sanalah mereka akan bertempur.”

Kata-kata Lindsey ini telah diadaptasi oleh filem-filem Hollywood. Sejak puluhan tahun yang lalu, idea-idea Zionisme telah masuk ke dalam kancah perfileman Barat. Filem berjudul ‘Birth of a Nation’ karya D.W Griffith merupakan pelopor filem-filem mengenai penghancuran manusia non-Yahudi.

Filem ini dibuat pada tahun 1915 dan ia dipenuhi dengan adegan pembunuhan. Di dalam filem ini, bangsa yang lebih mulia, iaitu Yahudi, digambarkan dibenci oleh bangsa lain. Pada akhir filem, diceritakan bahawa kelompok Ku Klux Klan merupakan penyelamat kulit putih. Kelompok itu berjaya membasmi musuh mereka, iaitu orang-orang kulit hitam.

Dalam menyingkapi penjajahan Zionis di Palestin, Hollywood memproduksi filem-filem yang bertujuan untuk menjustifikasi penjajahan tersebut, dengan menceritakan tentang sejarah Yahudi. Misalnya, filem ‘Ben Hur’ dan ‘The Ten Commandments.’ Golongan Zionis telah menanam pelaburan yang besar dalam pembuatan filem-filem seperti ini.

Pengkritik filem terkenal dan penulis sejarah perfileman, Eric Rhode, mengatakan bahawa filem-filem tersebut tidak begitu sesuai dengan isi kitab suci. Menurutnya, para pengarah filem itu mengakui bahawa sesungguhnya filem-filem tersebut dibuat untuk mengaut keuntungan daripada reaksi orang-orang Kristian.

Filem ‘Independence Day’ yang diterbitkan pada tahun 1996, menceritakan bahawa pada suatu masa, semua komputer melaporkan adanya sebuah pesawat ruang angkasa yang menghampiri bumi. Seorang pakar komputer melakukan penelitian terhadap isyarat-isyarat yang ditangkap dari pesawat ruang angkasa itu dan memberikan analisis kaedah untuk menghancurkannya. Akhirnya, makhluk angkasa yang melakukan serangan ke bumi itu berhasil dikalahkan melalui kecanggihan alat komputer, tepat pada hari kemerdekaan Amerika Syarikat.

Dalam filem yang dipenuhi dengan simbol-simbol Yahudi ini, Amerika dan Zionis diperkenalkan sebagai penyelamat manusia. Amerika diperkenalkan sebagai bangsa dan negara yang terbaik. Penekanan terhadap perang akhir zaman dan kemenangan Yahudi ini diungkapkan dalam dialog seorang pakar komputer dalam filem tersebut, “Sejauh yang aku ketahui, akhir dunia telah mendekat dan aku merasa senang.”

Pada tahun 2000, sebuah filem berjudul ‘Matrix’ telah diterbitkan dan mendapat sambutan hangat daripada para penonton di seluruh dunia. Diceritakan dalam filem ini, pada tahun 2199, kehidupan manusia telah menyerupai robot buatan komputer. Ketika itu, telah diciptakan inteligensia buatan yang dimasukkan dalam tubuh manusia dan disambungkan melalui paip ke dalam otak.

Akibatnya, kehidupan manusia ketika itu diatur oleh mesin. Bagaimanapun, ada seorang yang menolak kehidupan seperti ini dan melakukan penentangan. Orang tersebut, yang bernama Neo, kemudian berhasil menyelamatkan manusia daripada cengkaman mesin.

Filem ‘Matrix’ dipenuhi dengan lambang dan tanda Yahudi. Dalam filem ini, manusia direkomendasikan untuk mencari perlindungan ke sebuah tempat bernama Zion, yang merupakan nama sebuah bukit di Baitulmaqdis. Tokoh Neo, yang ertinya ‘baru’, digambarkan sebagai sang penyelamat masa hadapan dan menjadi pemimpin di bumi Zionis.

Menyusul filem ‘Matrix’, dikeluarkan pula filem lanjutan yang berjudul ‘Matrix Reloaded.’ Dalam filem ini digambarkan bahawa umat manusia telah diserang oleh mesin dan mereka kemudian mencari perlindungan di kota bawah tanah. Neo hanya memiliki waktu 72 jam untuk mengalahkan makhluk tidak berperi kemanusiaan itu melalui petunjuk seorang peramal.

Dalam filem ini, para penonton diajak untuk menanti tanah air yang ditunggu-tunggu dan masa hadapan mereka. Sang peramal dalam filem ‘Matrix’ kedua ini, bernama Oracle dan berasal dari Yunani kuno. Dia memperlihatkan simbol nabi-nabi sebelum Isa Al-Masih dan menyampaikan ajaran-ajaran Yahudi di dalam kitab ‘Old Testament.’ Dia membimbing Neo untuk berperang dengan mesin dan meramalkan apa yang akan terjadi pada masa mendatang.

Demikianlah secara sepintas lalu infiltrasi Zionisme dalam filem-filem Hollywood. Sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis ingin mengutip sebuah ayat al-Quran dalam surah Al-Anbiya ayat 105, yang bermaksud, “Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih.”

Ertinya, sesungguhnya, masa hadapan dunia akan berada di tangan orang-orang yang salih, bukan di tangan bangsa Zionis yang bertahun-tahun menzalimi rakyat Palestin, melakukan pembunuhan orang awam, dan menyebabkan ribuan manusia menjadi pelarian. Justeru, merekalah yang kelak akan menerima hukuman di atas kejahatan mereka, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.